Tupai yang rajin Tupai yang rajin
AMRY PRODUCTION No, 2 Lorong Cyberjaya 6, Taman Cyberjaya, 43300, Kajang, Selangor Tel : 013-9876553 Fax : 06-6941432 Cetakan Pertama 2024 Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian atau isi dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dicetak bagi memelihara keaslian buku ini. Disiarkan oleh Hans Amz Production N0,21 Persiaran Amanjaya, 09000, Kulim, Kedah
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Pada suatu hari, tupai mengajak arnab membuat sarang kerana sekarang sudah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. tapi biarlah saya berehat dulu, ” jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah kesejukan.
“Jika kita ada sarang, tentu kita tak basah begini,” kata tupai. Pagi esok kita kena buat sarang, kata tupai lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab membuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai.
‘Tapi bukan sekarang, ” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Jom cari makanan. Saya sungguh lapar!’ . Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang, kata tupai kepada arnab tetapi arnab itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya.
Tupai pun membuat sarang di atas pokok apabila melihat arnab tidak menghiraukan kata-katanya. Arnab hanya merehatkan diri.
Tiba-tiba angin bertiup kencang lalu hujan mula turun dengan lebat. Tupai terus kembali ke sarangnya.
Arnab kebasahan kerana tidak dapat naik ke atas pokok. Arnab berasa menyesal kerana tidak mendengar kata kawannya itu.
Setelah hujan reda, arnab pun membuat sarang dengan bantuan tupai. Arnab berterima kasih kepada tupai kerana telah membuat arnab sedar. Akhirnya mereka mempunyai sarang untuk berteduh.
TAMAT
Nilai dalam cerita Kita hendaklah sentiasa bersiap sedia menghadapi dugaan yang mendatang. Kita perlu menanam sikap rajin dalam diri agar kerja tidak bertangguh.