Ayah , Mencari rezeki hingga ke malam, Keringat yang mengalir tidak dihirau, Sedih dukanya sendiri disimpan, Lusuh bajunya menjadi petanda bahawa Kasih sayangnya tidak ternilai. Ibu, Berputus urat bertarung nyawa. Bersengkang mata menjaga permata, Bagi mengisi perut si kecil, Lapar dahaga menjadi biasa, Itulah wanita sempurna bergelar ibu. SAJAK IBU BAPA