SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2024 Tarikh : 2 Januari 2024 (Selasa) Masa : 10.00 pagi (Sesi Petang) / 12.30 tengah hari (Sesi Pagi) Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Pujut Kehadiran : Rujuk Lampiran Agenda : 1. Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’ 2. Bacaan Doa 3. Perutusan Pengerusi 4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bilangan 4 Tahun 2023 5. Perkara Berbangkit 6. Waktu Bekerja Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 7. Tatacara Permohonan Cuti (Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit, Cuti Tanpa Rekod dan Lain-lain) 8. Data Guru dan AKP Dalam e-OPERASI dan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) 9. Pengurusan Akademik 10. Hal-hal Lain 11. Ucapan Penangguhan 12. Lagu Fly Kenyalang Fly, Fly High 1.0 Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ dan ‘Ibu Pertiwiku’ 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ’Negaraku’ diikuti dengan Lagu Kebesaran Negeri Sarawak ’Ibu Pertiwiku’. Tindakan : Semua Guru 2.0 Bacaan Doa 2.1 Disusuli bacaan doa oleh Encik Muhammad Amirul Ilham Bin Ajmin (Sesi Petang) / Ustaz Awang Sharulnizam Bin Awang Samat (Sesi Pagi). Makluman : Semua Guru 3.0 Perutusan Pengerusi 3.1 Puan Su Yien Jiong, Pengetua Sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Pengetua juga meminta semua guru untuk memaklumkan kehadiran guru ke mesyuarat kepada pihak pengurusan untuk mengelakkan sebarang isu berbangkit. Puan Pengetua turut memaklumkan pertukaran nama mesyuarat (rujuk memo) daripada Mesyuarat Staf Kali ke-2 sesi 2023/2024 kepada Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2024. 3.2 Puan Pengetua mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru serta AKP yang telah banyak membantu melancarkan urusan perkhidmatan dan lain-lain urusan dengan cemerlang sepanjang tahun 2023. Puan Pengetua mengharapkan ketekunan dan dedikasi semua guru dan AKP untuk tahun baru 2024 serta belajar dari kegagalan.
3.3 Puan Pengetua memperkenalkan guru baru yang telah melaporkan diri serta guru yang akan melaporkan diri. Seramai 17 orang guru baru, 14 guru sudah melaporkan diri. 7 guru akan berkhidmat pada sesi pagi dan 7 lagi berada di sesi petang. Semua Guru ini akan berada di bilik tutorial 9 buat sementara waktu ini. Puan Pengetua turut meminta guru senior agar sama-sama membimbing guru-guru baharu dalam semua aspek. 3.4 Puan Pengetua menghuraikan Visi KPM yang meliputi perkhidmatan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera. Penekanan terhadap amanah : Anak yang baik lagi cerdik (ABC). Puan Su Yien Jiong menerangkan asas bagi melahirkan ABC dengan menfokuskan kemenjadian murid. 3.5 Puan Pengetua mengingatkan 7 Teras KPM ; Kaitan secara langsung dengan tugas guru. Antaranya termasuklah Karamah Insaniah, Keciciran Pendidikan yang melibatkan isu kehadiran murid, Kebajikan Guru serta Pendidikan Digital yang mempunyai 6 teras. 3.6 Puan Pengetua membentangkan fokus terkini yang melibatkan sasaran SPM 2023. Puan Pengetua memaklumkan berita baik bahawa SMK Pujut bukan lagi sekolah Fokus Program Transformasi Daerah (DTP). Semua guru diingatkan untuk tidak leka dan perlu terus melangkah ke hadapan untuk mencapai sasaran SPM 2023. Sasaran peratus layak sijil ialah 93.86% serta mencapai GPS 4.98. 3.7 Puan Pengetua mengingatkan 8 orang guru yang terlibat dengan urusan kenaikan Pangkat Time based Kecemerlangan untuk segera melengkapkan dokumen yang diperlukan. Jika ada sebarang masalah boleh rujuk bersama Puan Linda Binti Haliward. 3.8 Puan Pengetua mengingatkan semua guru untuk hormati masa dan menguruskan cuti mengikut peraturan. Guru diingatkan untuk memaklumkan Ketua Jabatan sekiranya ingin bercuti/keluar sewaktu tempoh bekerja/urusan rasmi dan mengikut prosedur yang betul. Jika urusan kurang 4 jam, guru boleh isi borang G, manakala jika lebih daripada masa tersebut, guru terlibat dinasihatkan untuk memohon cuti. 3.9 Bagi urusan rasmi, guru perlu mempunyai surat panggilan dan kebenaran Ketua Jabatan. Guru turut diingatkan untuk scan face ID di depan pintu pejabat sekolah sebagai bukti kehadiran, menjaga masa instruksional (MMI) serta awal dan mendahului tarikh hantaran tugas kerja. Guru haruslah peka kepada arahan/notis dalam group telegram sekolah. 3.10 Puan Pengetua memaklumkan etika berpakaian guru. Semua guru masih dibenarkan berpakaian sukan yang lengkap. Namun, semua guru digalakkan mengikut etika pakaian seperti yang dibentangkan iaitu seperti berikut : i. Isnin dan Selasa : Berpakaian formal ii. Rabu : Baju T Unit Beruniform iii. Rabu pertama setiap bulan : Baju Unit Beruniform lengkap iv. Khamis : Batik v. Jumaat : Formal / Baju Kebangsaan / Baju berkolar Nehru atau Mandarin
3.11 Puan Pengetua memaklumkan Baju Korporat akan diadakan pada tahun ini. Yuran Kelab Staf sebanyak RM 100 serta sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebanyak RM 20. Manakala yuran masuk ahli baru koperasi dinaikkan ke RM 5 manakala syer maksimum koperasi adalah RM100. Pengerusi turut memaklumkan kutipan terakhir Bacathon adalah pada 2 Februari 2024. 3.12 Puan Pengetua turut mengingatkan 18 rukun murid akan dimuatkan dalam Buku Panduan untuk dihayati oleh semua murid. 3.13 Puan pengetua membentangkan KPI 2024 bagi Bidang Kurikulum. Antara KPI tersebut ialah: i. Expected Targeted Result (ETR) SPM 2023 peratus layak sijil adalah 93.86 dan Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 4.98 ii. 1 Guru Baharu 1 Panitia 1 Kajian Tindakan /Inovasi iii. PLC : Minimum 8 kali setiap Panitia (Panitia kecil boleh gabung dari panitia lain di bawah bidang yang sama) - Lesson study (WAJIB), learning walk, peer coaching dan lain-lain iv. Aktiviti Jaringan dan Jalinan (JnJ) : Minimum 3 setiap panitia v. 1 Bidang : Sekurang-kurangnya 1 penyertaan koakademik peringkat negeri / kebangsaan / antarabangsa vi. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) : Minimum 7 hari (Guru) dan 5 hari (AKP), 42 mata kredit dan Pembelajaran Kendiri sepanjang tahun 2024. 3.14 Puan Pengetua membentangkan Takwim 2024 yang melibatkan aktiviti utama : i. SPM 2023 : Januari hingga Mac 2024 (Ujian Bertutur dan Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris, Ujian Bertulis) ii. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 (8 hingga 12 Januari 2024) iii. Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Pujut Berhad (3 Januari 2024) ; KPI Perolehan melebihi RM1 juta iv. Bacathon : Tarikh akhir adalah 2 Februari 2024 (Sasaran = RM 50,000) v. Gotong royong Perdana 1 (27 Januari 2024) vi. Pesta Pulasan (10 Ogos 2024) vii. Majlis makan malam Jubli Tembikar (23 November 2024) 3.15 Puan Pengetua memaklumkan cadangan tarikh cuti peristiwa pada 2024: i. 12 Mac 2024 - Sempena Awal Ramadan ii. 1 April 2024 - Sempena Easter Monday iii. 15 Julai 2024 - Sempena Kejohanan Olahraga Sekolah iv. 2 Disember 2024 - Sempena Majlis Anugerah Murid Cemerlang
3.16 Puan Pengetua membentangkan Pelan Pembangunan Kompetensi Guru 2024 : i. Kolokium Pendidikan Antarabangsa 2024 anjuran PPD Miri ii. Kajian Tindakan dan Penulisan iii. Ahli Team Think Tank (3T) iv. Program Guru Cemerlang v. Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) vi. Coaching and Mentoring / Professional Learning Community (PLC) vii. Pengurusan Aktiviti / Program (SKPM Kualiti @ Sekolah Sebagai Panduan, PDCA) viii. Jurulatih Utama (Ju) Daerah ix. Penyemak Kertas SPM x. Penyertaan Aktif Pertandingan Kokurikulum 3.17 Puan Pengetua memaklumkan penyelenggaraan yang telah dijalankan sepanjang Bulan Oktober sehingga Disember 2023 serta isu dan cabaran sekolah : Penyelenggaraan Oktober - Disember 2023 Bil Perkara Kos (Rm) Sumber 1 Membaik pulih dan naik taraf tandas murid lelaki dan perempuan 99,980.00 JPN/KPM 2 Membaiki lampu koridor blok akademik, bengkel & soket kelas 8,150.00 JPN/KPM 3 Membaiki kipas & soket bilik makmal dan spotlight depan gate sekolah 1,955.00 PIBG 4 Membaiki bumbung dan syiling blok makmal sains 49,800.00 JPN/KPM 5 Mengganti pam tangki septik, pendawaian dan vakum air 22,880.00 JPN/KPM 6 Menebang pokok berisiko 3,650.00 JPN/KPM 7 Menservis pendingin hawa sekolah 1,575.00 JPN/KPM 8 Menyelenggara alat pemadan api (APA) 1,782.00 JPN/KPM 9 Membaiki tiang gol sukan 2,150.00 JPN/KPM 10 Membaiki saluran air (gutter) Place To Read , bumbung yang diterbang blok makmal dan memasang balik grill besi tangga di blok akademik 2,570.00 JPN/KPM 11 Mengganti photo selcon & contactor 240V 1,960.00 JPN/KPM 12 Membaiki lampu dan soket di Bengkel PVMA 1,025.00 JPN/KPM 13 Membina tangga besi di tapak perhimpunan 1,100.00 JPN/KPM 14 Membeli kerusi baharu (200 buah) di Dewan Newton 5,200.00 PIBG
Isu Dan Cabaran Sekolah 3.18 Puan Pengetua menutup pembentangan dengan berkongsi 7 tip menjadi guru berkualiti serta mengingatkan semua guru untuk berbincang bersama bagi menyelesaikan segala isu berbangkit. i. Jadilah guru yang produktif ii. Jadilah guru yang kolaboratif iii. Jadilah guru yang inovatif iv. Jadilah guru yang komited v. Jadilah guru yang fleksibel vi. Jadilah guru yang komunikatif vii. Jadilah guru yang kompeten Makluman dan Tindakan : Semua Guru 4.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas 4.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat Tahun 2023 telah dibentangkan dan berikut merupakan laporan atau maklum balas tindak susul Mesyuarat Kurikulum Kali Ketiga Tahun 2023. 4.1.1 Semua Kad Daftar Stok KEW.PS-3 (Lampiran A) makmal sekolah tahun-tahun sebelum ini tidak dijumpai di dalam fail. Pegawai tidak dapat semak kembali benda-benda yang dibeli sebelum ini kerana tiada perekodan yang dijumpai. BIL ISU INISIATIF / INTERVENSI TINDAKAN 1 Penyelenggaraan bangunan sekolah (Lampu, Tandas Murid, Pam Bomba, Sistem Keselamatan Kebakaran Sekolah, Bilik Suis Utama, Anai-anai, Kemendapan Tanah Bangunan, Alat Pendingin Hawa, Keceriaan Sekolah, Padang Sekolah, Surau Sekolah) Memohon peruntukan daripada JPN, pihak YB, PIBG, Koperasi Sekolah, CSR Pihak Swasta (PIBKS) Secara berterusan sepanjang tahun. Peruntukan Gotong-Royong KPM 27 Januari 2024 Peruntukan Gotong-Royong KPM 27 Januari 2024 2 Penyelenggaraan dan Pembaikan Flat Kediaman Guru Memohon peruntukan daripada JPN Berterusan 3 Kehadiran dan Sahsiah Murid Ziarah Cakna / Sesi Kaunseling / Sesi Motivasi / Sesi Permuafakatan bersama Ibu Bapa / Kem Jati Diri Sepanjang Tahun Rukun 18 Murid SMK Pujut Program Skuad Lestari Tandas Murid 4 Kemahiran Membaca Ujian Literasi 3 Januari 2024 Program Pemulihan 3M Sepanjang Tahun
Puan Pengetua dan Penolong Kanan Pentabiran sudah berjumpa dengan semua pembantu makmal pada 13 Disember 2023. 4.1.2 Guru untuk membuat pengisian pada tapak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebelum atau selewat-lewatnya 24 Disember 2023. Semua Guru telah mengambil tindakan sebelum tarikh akhir yang diberikan. 4.1.3 Pengisian untuk Sistem Pengisian IDentiti (idME) akan dibuka mulai 8 Januari 2024 hingga 8 Februari 2024. 4.2 Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat Tahun 2023 telah dicadang dan disahkan oleh Cik Goh Moi Hua (Sesi Petang) / Puan Sylvana Anak Dandi (Sesi Pagi) dan disokong oleh Cik Jessica Lamah Anak Jamban (Sesi Petang) / Puan Raini Anak Dusit (Sesi Pagi). Makluman : Semua Guru 5.0 Perkara Berbangkit 5.1 Tiada perkara-perkara berbangkit memandangkan semua tindakan terhadap 3 maklum balas telah selesai. Makluman : Semua Guru 6.0 Waktu Bekerja Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 6.1 Puan Christina Anak Pedang selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidik (PBPPP) akan ditetapkan kemudian bagi tahun 2024. 6.2 Peringatan oleh Puan Christina Anak Pedang waktu bekerja adalah seperti berikut: i. Guru sesi pagi sebelum 6.30 pagi ii. Guru sesi petang sebelum 12.20 tengah hari iii. AKP (Isnin - Khamis) : 8.00 - 1.00 petang, 2.00 - 5.00 petang iv. AKP (Jumaat) : 8.00 - 11.45 pagi, 2.30 - 5.00 petang 7.0 Tatacara Permohonan Cuti (Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit, Cuti Tanpa Rekod dan Lain-lain) 7.1 Penerangan tatacara permohonan cuti (CRK/CR. Cuti sakit, CTR dan lain-lain) mesti mengikut prosedur yang betul dan jika cuti sudah dirancang seharusnya ada bahan swap. Makluman dan Tindakan : Semua Guru
8.0 Data Guru dan AKP Dalam e-OPERASI dan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) 8.1 Puan Christina Anak Pedang mengingatkan untuk membuat semakan maklumat diri/data guru dan AKP dalam e-operasi dan HRMIS. Semua guru dan AKP perlu ambil perhatian berkaitan perkhidmatan dan kenaikan pangkat masing-masing (maklumat tentang perakuan dan permohonan oleh pemohon sendiri) Makluman dan Tindakan : Semua Guru 9.0 Pengurusan Akademik 9.1 Puan Christina Anak Pedang mengingatkan semua guru pantas dalam bertindak dan menyelesaikan tugasan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM. 9.2 Pembentangan oleh Puan Christina Anak Pedang berkaitan bidang akademik yang melibatkan : 9.2.1 Jadual Waktu Edisi 5 ▪ Memaklumkan jadual waktu edisi 5 yang telah dikongsi bersama di group telegram sekolah. Jadual ini akan berkuatkuasa pada 4 Januari 2024 (Khamis). Guru yang mengambil alih kelas / subjek sila berhubung dengan guru asal untuk mengelakkan ketinggalan info. 9.2.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ▪ Mengingatkan semua guru untuk membuat simpanan sendiri RPH (3 tahun ke belakang) terutamanya penting bagi tujuan kenaikan pangkat. Tiga perkara wajib dalam RPH termasuklah Objektif, Aktiviti dan Refleksi serta menghantar fail RPH mengikut ketetapan yang telah dibuat. 9.2.3 Pengurusan Panitia ▪ Semua panitia perlu merujuk pelan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal panitia masing-masing untuk menyemak program/aktiviti tahunan. ▪ Setiap panitia perlu memastikan dokumen yang disenaraikan dalam senarai semak fail panitia seperti DSKP, RPT, RPH, pelantikan penyelaras dan lain-lain ada dan lengkap dalam fail panitia sebelum sesi 2023/2024 berakhir. ▪ Memastikan Perbelanjaan PCG panitia dibelanjakan secara berhemah dan mematuhi prosedur kewangan. 9.2.4 Laporan Aktiviti atau Program ▪ Semua guru diingatkan untuk membuat laporan aktiviti atau program dalam bentuk One Page Report (OPR) dengan memuat turun softcopy akan disediakan oleh Setiausaha Kurikulum. ▪ Sesalinan laporan perlu dihantar secara hardcopy kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan untuk tandatangan pengesahan setiap OPR. ▪ Salinan yang telah disahkan hendaklah dihantar dalm bentuk hardcopy kepada Setiausaha Kurikulum sebagai rekod.
9.2.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ▪ Pengisian PBD peringkat sekolah telah tamat pengisian pada 24 Disember 2023 yang lepas. ▪ Post mortem akan dilakukan pada 16 Januari 2024. ▪ Semua Ketua Panitia perlu memastikan mesyuarat penyelarasan Dilaksanakan untuk memastikan tahap penguasaan adil kepada semua murid. 9.2.6 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ▪ Ujian Akhir Sesi Akademik akan bermula pada 4 Januari 2024 (PSV dan PJPK), 8 hingga 12 Januari untuk semua subjek. Semua guru tingkatan perlu memaklumkan jadual UASA kepada murid. Kehadiran semua murid adalah wajib dan tiada ulangan bagi UASA. ▪ Jika murid didapati positif Covid-19, murid diminta memberikan bukti screenshot Mysejahtera kepada guru kelas dan murid akan diasingkan di Bilik RBT sepanjang tempoh murid dikuarantin dengan pengawasan guru. 9.2.7 Ujian Literasi ▪ Semua Guru Tingkatan diingatkan untuk memaklumkan murid-murid yang terlibat (seramai 193 murid) dengan Ujian Literasi yang akan dijalankan pada 3 Januari 2024. ▪ Murid yang terlibat dengan Ujian Literasi terdiri daripada murid yang mendapat 10 markah ke bawah dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. ▪ Skrip jawapan akan diagihkan kepada 14 orang guru baharu setelah ujian. Markah perlu diisi di dalam template yang telah disediakan oleh Cikgu Wong Haw Sing pada 8 Januari 2024. 9.2.8 Ujian Bertutur Bahasa Melayu (UBBM), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) dan Ujian Mendengar ▪ Taklimat UBBM dan UBBI akan diadakan 3 Januari 2024 (Rabu) di Bilik Newton. ▪ Lawatan pusat dan penyusunan kerusi meja pada 5 Januari 2024 (Jumaat) pada 3 waktu akhir. ▪ Sesi petang akan mula digilirkan pada hari Jumaat (belum ada surat kelulusan) ▪ Aras 2 dan Aras 3 digunakan sepanjang peperiksaan SPM (Januari - Mac) 9.2.9 Pengoperasian sekolah sepanjang bulan Januari dan Februari ▪ Pemakluman bahawa kehadiran murid akan digilirkan mulai 5 Januari 2024 (Jumaat). (Menunggu surat kelulusan pengiliran daripada JPNS) ▪ Guru-guru dimaklumkan pengoperasian sekolah sepanjang minggu mulai 8 Januari 2024 hingga 12 Januari 2024 yang melibatkan sistem blok untuk UASA, kelas hipers yang akan berlangsung dan melibatkan calon SPM yang tidak terlibat UBBM /UBBI, guru yang akan mengawas bilik kuarantin dan bilik transit serta murid Tingkatan 4 akan direhatkan. ▪ Kehadiran kelas akan digilirkan sehingga bulan februari dan jadual penggiliran kelas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Makluman dan Tindakan : Semua Guru
10.0 Hal-hal Lain 10.1 Puan Patricia Anak Paulus selaku Penyelaras Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 memaklumkan terdapat senarai Ahli Jawatankuasa terkini sehingga 2 Januari 2024 dan beliau memohon semua Jawatankuasa terus bergerak bagi kelancaran majlis pada hari tersebut. 10.2 Puan Roslinaty Binti Mor memaklumkan bahawa pemulangan buku teks akan dilaksanakan pada 5 Januari 2024 bagi murid Tingkatan 4 dan 5. Semua kekurangan buku harus dilaporkan dengan mengisi borangyang telah disertakan dalam fail pinjaman. ( Borang Hijau untuk Tingkatan 5, manakala borang Merah Jambu untuk tingkatan 4). Beliau juga memaklumkan bahawa kehilangan buku hendaklah diganti dengan buku. Selain itu, semua murid Tingkatan 4 diminta mengikat buku teras dengan mengasingkan buku elektif, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 10.3 Cik Nur Syahirah Binti Roslan selaku Penyelaras Majlis Mohon Restu Tingkatan 5 memaklumkan bahawa majlis akan diadakan pada hari 5 Januari 2024 (Jumaat) setelah selesai proses penghantaran buku teks. Tentatif program akan dikongsikan dalam telegram rasmi sekolah dan pada masa itu juga token akan diberikan kepada murid. Makluman dan Tindakan : Semua Guru 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan mengharapkan agar semua guru terus berusaha untuk meningkatkan penyertaan, prestasi dan pencapaian sekolah tahun ini. Makluman dan Tindakan : Semua Guru 12.0 Lagu Fly Kenyalang Fly, Fly High 12.1 Mesyuarat diakhiri dengan nyanyian Lagu Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ‘Fly Kenyalang Fly, Fly High’ Tindakan : Semua Guru Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.
Laporan / Maklum Balas Tindak Susul Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Tahun 2024 Bil Perkara Tindakan Penilaian Catatan 1. Semua guru diingatkan untuk tidak leka dan perlu terus melangkah ke hadapan untuk mencapai sasaran SPM 2023. Sasaran peratus layak sijil ialah 93.86% serta mencapai GPS 4.98. ➢ Bermula sesi persekolahan 2024/2025 ➢ Akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2024/2025 2. Guru diingatkan untuk memaklumkan Ketua Jabatan sekiranya ingin bercuti/keluar sewaktu tempoh bekerja/urusan rasmi dan mengikut prosedur yang betul. Jika urusan kurang 4 jam, guru boleh isi borang G, manakala jika lebih daripada masa tersebut, guru terlibat dinasihatkan untuk memohon cuti. ➢ Telah dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2023/2024 ➢ Amalan ini masih diteruskan pada sesi persekolahan 2024/2025 3. Yuran Kelab Staf sebanyak RM 100 serta sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebanyak RM 20. Manakala yuran masuk ahli baru koperasi dinaikkan ke RM 5 manakala syer maksimum koperasi adalah RM100. Pengerusi turut memaklumkan kutipan terakhir Bacathon adalah pada 2 Februari 2024. ➢ Kutipan Yuran Kelab Staf telah bermula pada 4 Januari 2024 dan sehingaa 18 Januari 2024, seramai 30 orang staf telah membuat pembayaran. ➢ Masih berjalan ➢ Tarikh akhir kutipan Yuran Kelab Guru serta Program Bacathon adalah sehingga 8 Februari 2024 dan 2 Februari 2024 masingmasing. 4. Semakan dan pengemaskinian maklumat diri/data guru dan AKP dalam e-operasi dan HRMIS bermula 2 Januari 2024 sehingga 12 Januari 2024 dengan menggunakan ID Pengguna masing-masing seperti prosedur kebiasaan setiap empat kali setahun. ➢ Tindakan telah diambil oleh semua guru dan AKP dengan menandakan ’tick’ di ruangan kotak pengesahan ➢ Telah dilaksanakan Selesai 5. Semua guru diingatkan untuk membuat laporan aktiviti atau program dalam bentuk One Page Report (OPR) dengan memuat turun softcopy akan disediakan oleh Setiausaha Kurikulum sebagai rekod. ➢ Masih ada guru yang belum mengambil tindakan sehingga 18 Januari 2024.
Laporan / Maklum Balas Tindak Susul Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Tahun 2024 Bil Perkara Tindakan Penilaian Catatan 6. Ujian Akhir Sesi Akademik akan bermula pada 4 Januari 2024 (PSV dan PJPK), 8 hingga 12 Januari untuk semua subjek. Semua guru tingkatan perlu memaklumkan jadual UASA kepada murid. ➢ Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) telah selesai ➢ Telah dilaksanakan Selesai 7. Seramai 113 orang murid Tingkatan 1 dan 80 orang murid Tingkatan 2 akan terlibat dengan Ujian Literasi yang bakal dijalankan pada 3 Januari 2024. ➢ Ujian Literasi dan Numerasi telah dilaksanakan pada 3 Januari 2024. ➢ Tingkatan 1 : Seramai 13/113 orang belum ambil ujian ➢ Tingkatan 2 : Seramai 28/ 80 orang belum ambil ujian ➢ Ujian akan dilaksanakan kepada 41 orang pelajar ini ➢ Tarikh akan dimaklumkan kemudian 8. Penyelaras Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 memaklumkan terdapat senarai Ahli Jawatankuasa terkini sehingga 2 Januari 2024 dan beliau memohon semua Jawatankuasa terus bergerak bagi kelancaran majlis pada hari tersebut. ➢ Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 telah dijalankan pada 14 Januari 2024 ➢ Telah dilaksanakan Selesai