SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN WARGA USM (STAF)
Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan ................................................................................................................... 3
2.0 Takrif ............................................................................................................................... 3
3.0 Sumber Rawatan ............................................................................................................. 4
4.0 Kaedah Menerima Rawatan............................................................................................. 4
5.0 Klinik Panel..................................................................................................................... 5
6.0 Bayaran Perubatan Yang Dibiayai Oleh Universiti............................................................ 5
7.0 Kemudahan Rawatan Pergigian....................................................................................... 7
8.0 Bayaran Perubatan Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti .................................................. 8
9.0 Kemudahan Pesara ........................................................................................................ 8
10.0 Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil........................................................................ 8
11.0 Laporan Lembaga............................................................................................................ 8
12.0 Maklumat Klinik Panel Pilihan Staf dan Kelayakan Perubatan ......................................... 9
13.0 Keadaan Luar Biasa ........................................................................................................ 9
14.0 Tatacara Permohonan Perbelanjaan Perubatan .............................................................. 9
15.0 Rujukan: ........................................................................................................................ 10
Lampiran A ............................................................................................................................... 11
Lampiran B............................................................................................................................... 14
Lampiran C............................................................................................................................... 15
2
1.0 Pendahuluan
Peraturan ini adalah terpakai kepada semua warga staf USM seperti di Lampiran A yang tertakluk
kepada surat pelantikan, layak mendapat faedah Skim Kemudahan Perubatan Warga Universiti
Sains Malaysia (Staf) selepas daripada ini disebutkan sebagai Skim.
2.0 Takrif
2.1. ‘Anak-anak di bawah jagaan staf ’ bermaksud:-
Anak-anak yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun atau masih belajar sepenuh
masa dan di bawah umur 21 tahun dan termasuk anak tiri yang diisytiharkan dan anak
angkat yang di ambil secara sah atau melalui perundangan. Tiada had umur untuk anak-
anak staf yang kelainan upaya.
Layak untuk mendapat perkhidmatan perubatan di Pusat Sejahtera/Unit Kesihatan
Universiti Sains Malaysia, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Hospital Universiti
Sains Malaysia, Hospital Pengajar, Klinik Panel dan Hospital Kerajaan.
2.2 ‘Klinik Panel’ bermaksud:-
Klinik perubatan swasta yang diluluskan oleh Universiti untuk menjadi ahli Klinik Panel
bagi tujuan staf serta keluarga staf Universiti Sains Malaysia mendapatkan rawatan
perubatan.
2.3 ‘Doktor Swasta’ bermaksud:-
Seseorang Doktor Perubatan berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
ataupun yang tidak termasuk dalam Doktor Panel.
2.4 ‘Pegawai Pergigian’ bermaksud:-
Seseorang Pegawai Pergigian yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia khususnya
dengan tujuan memberi perkhidmatan pergigian di Hospital USM, Pusat Sejahtera
Kampus Pulau Pinang, Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan
Pergigian Termaju, Bertam.
2.5 ‘Klinik Pergigian Kerajaan’ bermaksud:-
Sebarang Klinik Pergigian Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-Hospital Universiti,
Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia, Klinik-Klinik Kerajaan (dan Yayasan-Yayasan
Perubatan Persekutuan lain).
2.6 ‘Doktor Universiti’ bermaksud:-
Seseorang Pegawai Perubatan yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia khususnya
dengan tujuan memberi perkhidmatan perubatan di Hospital USM, Pusat Sejahtera
Kampus Pulau Pinang, Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan Dan
Pergigian Termaju, Bertam.
2.7 ‘Hospital Kerajaan’ bermaksud:-
Sebarang Hospital Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-hospital Universiti, Pusat
Sejahtera/Unit Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Klinik-klinik Kerajaan (dan Yayasan-
yayasan Perubatan Persekutuan lain) yang bertaraf AWAM.
2.8 ‘Jawatankuasa Tetap Kewangan’ bermaksud:-
Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti Sains Malaysia.
2.9 ‘Staf ’ bermaksud:-
Staf Universiti Sains Malaysia yang berstatus tetap, sementara, kontrak, lantikan kunjungan,
Pekerja Sambilan Harian (PSH), dan pinjaman (yang bekerja dengan Universiti Sains
Malaysia).
Mereka layak berdasarkan terma dalam surat pelantikan iaitu;
*Staf Universiti Sains Malaysia yang dilantik secara tetap, kontrak, sementara, dan
pinjaman yang tertakluk kepada terma-terma surat pelantikan mereka layak mendapat
faedah Skim Kemudahan Perubatan Warga USM (Staf).
3
2.10 ‘Keluarga Staf ’ bermaksud:-
2.11 Bagi staf lelaki: isteri ataupun isteri-isteri yang sah dan anak-anak di bawah jagaannya;
2.12 dan bagi staf perempuan: suami dan anak-anak di bawah jagaannya termasuk ibu bapa
2.13 staf yang diisytiharkan dan sah taraf. Ibu bapa hanya layak menerima rawatan di Hospital
2.14 Kerajaan sahaja.
2.15
2.16 Kelayakan staf dan keluarga staf adalah seperti di Lampiran A.
‘Pesara’ bermaksud:-
Pesara wajib atau pilihan dalam skim pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
atau penerima pencen terbitan.
‘Lembaga’ bermaksud:-
Sebarang Lembaga yang diluluskan mengikut Skim Perkhidmatan untuk staf Universiti
Sains Malaysia.
‘Lembaga Gabenor’ bermaksud:-
Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia.
‘Pusat Sejahtera’ bermaksud:-
Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia.
‘Stesen yang sama’ bermaksud:-
Satu lingkungan kawasan 33 km dari tempat bertugas.
‘Universiti’ bermaksud:-
Universiti Sains Malaysia.
3.0 Sumber Rawatan
Rawatan perubatan hendaklah diperolehi sama ada dari :
Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian) [Kampus Induk]
Unit Kesihatan [Kampus Kejuruteraan]
Klinik Panel USM
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju [IPPT]
Hospital/Klinik Kerajaan
Hospital Swasta setelah dirujuk oleh Hospital Kerajaan dan juga tertakluk kepada
kelulusan Naib Canselor USM.
4.0 Kaedah Menerima Rawatan
Kemudahan di bawah skim boleh dinikmati dalam keadaan berikut:-
4.1 Dalam Stesen Yang Sama
Staf Universiti serta keluarga staf adalah layak menerima faedah dari Skim semasa
berada dalam stesen yang sama. Apabila mereka berada di luar dari stesen, rawatan
perubatan hendaklah diperolehi dari Hospital Kerajaan.
4.2 Bertugas Rasmi Di Luar Negara
Semasa bertugas rasmi di luar negara seseorang staf yang jatuh sakit dan terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak menuntut balik perbelanjaan terse-
but tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i. Perbelanjaan perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah; dan di mana ada
terdapat, hendaklah seberapa boleh menggunakan Perkhidmatan Kesihatan Negara
yang ada di negara berkenaan.
ii. Belanja perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja.
iii. Seseorang staf yang dikehendaki mendapatkan rawatan wad hospital tidak layak
menuntut Elaun Makan semasa di dalam hospital.
4
iv. Bayaran-bayaran hospital adalah ditanggung oleh Universiti mengikut kadar yang
ditetapkan bagi dalam negeri kecuali dalam kes kecederaan yang berlaku semasa
menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya adalah ditanggung sepenuhnya
oleh Universiti.
v. Di negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan bagi mendapatkan
rawatan di hospital, bayaran premium bagi seseorang staf itu adalah ditanggung oleh
Universiti.
5.0 Klinik Panel
Staf yang berkeluarga adalah layak memilih dua Klinik Panel manakala staf yang belum
berkeluarga layak memilih satu Klinik Panel sahaja. Semua staf layak mendapatkan rawatan di
Klinik Panel USM 24 jam selepas waktu operasi Klinik Panel pilihan dan pada waktu kecemasan.
Senarai nama Klinik Panel akan di edarkan untuk pengetahuan semua staf. Senarai tersebut
boleh dipinda oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
5.1 Kecemasan
Dalam keadaan kecemasan, apabila Doktor Panel tidak dapat dihubungi, staf serta
keluarga staf hendaklah pergi ke Hospital Kerajaan. Mereka yang memilih untuk pergi ke
Hospital Swasta akan bertanggungjawab atas segala perbelanjaan yang dikenakan.
6.0 Bayaran Perubatan Yang Dibiayai Oleh Universiti
6.1 Rundingan Rawatan
Bayaran rundingan, sama ada di klinik atau di rumah oleh seorang Doktor Panel atau di
Hospital Kerajaan.
6.2 Suntikan
Bayaran suntikan dan ubat untuk rawatan kes-kes biasa dan ubat-ubat khas untuk
rawatan kecemasan yang terhad sahaja. Bagi rawatan berpanjangan, staf hendaklah
dirujuk ke Hospital Kerajaan oleh Pusat Sejahtera/Unit Kesihatan, Hospital Universiti
Sains Malaysia, dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam.
6.3 Pembedahan Dan Pemeriksan Makmal
Bayaran untuk pembedahan kecil dan pemeriksaan makmal seperti yang ditetapkan dari
semasa ke semasa.
6.4 Ubatan
Ubat boleh diperolehi sama ada daripada Doktor Klinik Panel yang telah dilantik oleh
Universiti jika ianya dipreskripsikan oleh Doktor Panel. Jumlah kos ubat yang boleh di
perolehi daripada Klinik Panel adalah terhad kepada maksimum RM50.00 bagi satu
preskrepsi.
Bil ubatan Doktor Klinik Panel hendaklah mengikut kadar-kadar yang ditetapkan oleh
Universiti dari semasa ke semasa. Bil dari dispensari Doktor Panel hendaklah dihantar
terus ke Universiti untuk pembayaran dan nama Doktor Panel yang mempreskripsikan
ubat mestilah dicatat di dalam bil tersebut.
6.5 Hospital Kerajaan
Semua bayaran untuk kehadiran, rundingan, pemeriksaan atau rawatan yang dikenakan
di mana-mana Hospital Kerajaan di stesen yang sama ditanggung oleh Universiti.
6.6 Masuk Hospital
Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada staf atau keluarga staf sebagai pesakit
dalam di Hospital Kerajaan di stesen yang sama atas nasihat Doktor Kerajaan di Hospital
Kerajaan, akan dibayar oleh Universiti mengikut kadar bayaran yang dikenakan oleh
Hospital Kerajaan kepada staf Kerajaan.
5
6.7 Hospital Khas
Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada staf serta keluarga staf, sekiranya
dimasukkan ke dalam hospital khas (misalnya Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan,
Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Pusat Kusta Negara Sungai Buluh) atas
nasihat Doktor Universiti atau Doktor Hospital Kerajaan, akan ditanggung oleh universiti.
6.8 Rawatan Khas Di Luar Stesen Yang Sama
Seorang staf serta keluarga staf hanya boleh mendapat rawatan perubatan dari seorang
doktor atau Hospital Kerajaan di luar dari stesen yang sama apabila:
i. Rawatan tersebut tidak boleh didapati di stesen yang sama.
ii. Dirujuk oleh doktor yang berkuasa di Hospital Kerajaan dengan persetujuan
Universiti
Dalam keadaan ini staf tersebut boleh menuntut elaun-elaun seolah-olah beliau atau
keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi. Tetapi sekiranya staf atau
keluarga staf itu sendiri hendak mendapatkan rawatan di luar stesen, elaun-elaun di atas
tidak boleh dituntut.
Peruntukan Rawatan Di Luar Stesen dalam Perintah Am 42 Bab ‘B’ adalah dikekalkan
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan pindaan iaitu membenarkan seorang
pengiring jika diperakukan oleh Pegawai Perubatan tempatan. Pengiring adalah
dibenarkan untuk menuntut elaun seolah-olah ia menjalankan tugas rasmi ketika
megiringi pesakit tidak melebihi daripada lima (5) hari berasaskan kepada kelayakan
anggota berkenaan.
6.9 Wad Yang Layak Dimasuki
Kelayakan wad yang ditetapkan ke atas staf atau keluarga staf yang dimasukkan ke
Hospital Kerajaan di stesen yang sama adalah seperti dalam Lampiran B peraturan ini.
Jika staf atau ahli keluarga atau ibu bapa yang sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad
yang lebih tinggi dari kelayakannya, maka staf berkenaan akan dikehendaki membayar
bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan kepada orang awam. Staf juga dikehendaki
membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang
ditetapkan.
6.10 Bayaran Hospital Dalam Keadaan Tertentu
Dalam keadaan yang tertentu, seorang staf bolehlah membuat permohonan kepada Naib
Canselor supaya semua bayaran yang dikenakan oleh Hospital dibayar oleh Universiti.
6.11 Doktor Pakar
Seorang staf atau keluarga staf boleh berunding dengan seorang Doktor Pakar di
Hospital Kerajaan di stesen yang sama atas perakuan Doktor Universiti atau Doktor Panel
atau Doktor di Hospital Kerajaan.
6.12 Doktor Pakar Swasta
Walau bagaimanapun, sekiranya disahkan oleh doktor yang berkuasa di Hospital
Kerajaan dan dipersetujui oleh Universiti bahawa rawatan kepakaran tidak boleh didapati
di Hospital Kerajaan di stesen yang sama, maka staf tersebut bolehlah berunding dengan
seorang pakar swasta di Hospital lain di stesen yang sama dan Universiti akan membayar
semua bayaran yang dikenakan.
Sekiranya seorang staf atau keluarga staf ingin berunding dengan seorang Doktor Pakar
Swasta atas kehendaknya sendiri, maka semua bayaran hendaklah dibayar oleh staf
tersebut. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran.
6.13 Rawatan Di Luar Negara
Apabila seseorang staf atau keluarga staf disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan
sebagai memerlukan rawatan khas, maka pesakit itu boleh dipertimbangkan oleh Jawa-
tankuasa Tetap Kewangan untuk dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan
tersebut atas perbelanjaan Universiti dan jika betul-betul diperlukan, termasuk
perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki mengiringinya.
6
6.14 Implan
Dalam keadaan tertentu Naib Canselor boleh mempertimbangkan bayaran kemudahan
alat-alat bantuan perubatan dan pembedahan.
7.0 Kemudahan Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian hendaklah diperolehi sama ada di Klinik Pergigian Kerajaan, Pusat Sejahtera
(Kampus Induk), Pusat Kesihatan (Kampus Kejuruteraan), Institut Perubatan dan Pergigian
Termaju (IPPT) dan HUSM.
7.1 Kaedah Menerima Rawatan
Kemudahan di bawah skim boleh dinikmati dalam keadaan berikut:-
a) Dalam Stesen Yang Sama
Staf Universiti serta keluarga staf tetap adalah layak menerima faedah dari Skim
semasa berada dalam stesen yang sama. Apabila mereka berada di luar dari stesen,
rawatan pergigian hendaklah diperolehi dari Klinik Pergigian Kerajaan.
b) Bertugas Rasmi Di Luar Negara
Semasa bertugas rasmi di luar negara seseorang staf yang jatuh sakit dan terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan rawatan pergigian adalah layak menuntut balik
perbelanjaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i. Belanja rawatan pergigian itu hanya untuk bayaran bagi rawatan pergigian biasa
sahaja.
c) Kecemasan
Dalam keadaan kecemasan, staf serta keluarga staf hendaklah pergi ke Klinik
Pergigian Kerajaan. Mereka yang memilih untuk pergi ke Klinik Pergigian Swasta
akan bertanggungjawab atas segala perbelanjaan yang dikenakan.
7.2 Bayaran yang dibiayai oleh Universiti termasuklah:-
a) Rundingan
Bayaran rundingan oleh seorang doktor di klinik atau di Hospital Kerajaan.
b) Rawatan yang dibenarkan:-
i. Perundingan
ii. Pencucian dan penggilapan gigi
iii. Tampalan
iv. Cabutan biasa
v. Ubat-ubatan
7.3 Hospital Kerajaan
Semua bayaran untuk kehadiran, rundingan, pemeriksaan atau rawatan yang dikenakan
di mana-mana Hospital Kerajaan di stesen yang sama. Semua bayaran lain termasuklah
harga alat-alat perubatan dan pembedahan (gigi palsu, ‘braces’, ‘crown’, ‘bridge’, ‘implant’,
‘teeth whitening’ dan rawatan akar) hendaklah dibayar oleh staf berkenaan.
7.4 Doktor Pakar Pergigian Swasta
Sekiranya seorang staf atau keluarga staf tetap ingin berunding dengan seorang Doktor
Pakar Pergigian Swasta atas kehendaknya sendiri, maka semua bayaran hendaklah
dibayar oleh staf tersebut. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
bayaran.
7.5 Bayaran Rawatan Pergigian Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti
Bayaran rawatan pergigian berikut tidak dibiayai di bawah Skim Perkhidmatan Pergigian
(Untuk Staf ):-
7
i. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian selain dari rawatan pergigian biasa. Akan tetapi rawatan
pergigian yang percuma (tidak termasuk pembekalan gigi palsu) boleh didapati di
Klinik Pergigian Kerajaan.
ii. Rawatan Lain
Bayaran untuk gigi palsu, ‘braces’, surgical appliances’, ‘crown’, ‘bridge’, ‘implant’, ‘teeth
whitening’ dan rawatan akar.
iii. Alat-alatan
Semua bayaran lain termasuklah harga pembedahan gigi palsu hendaklah dibayar
oleh staf berkenaan.
8.0 Bayaran Perubatan Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti
8 . 1 C ermin mata, pemeriksaan kesihatan keseluruhan, ubat sampingan (supplement) dan
perubatan alternatif.
8.2 Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan semua jenis/kategori peralatan untuk ibu
bapa yang sah kepada seseorang staf adalah tidak dibenarkan.
8.3 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang adalah tidak dibenarkan.
9.0 Kemudahan Pesara
Seseorang pesara Universiti yang menerima pencen bulanan atau keluarganya akan
berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti yang dinyatakan dalam
syarat-syarat yang dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan.
Kelayakan kemudahan adalah seperti ditetapkan oleh Kerajaan.
10.0 Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil
Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Pembekalan Cuti Universiti dan Skim
Kemudahan Perubatan Warga USM (Staf), Lembaga Perubatan boleh dipanggil:-
10.1 Apabila seseorang staf didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit
biasanya;
10.2 Apabila seorang Pegawai Perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk staf
menjadi sihat untuk bertugas;
10.3 Apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut staf itu telah
bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih;
10.4 Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan staf diragukan;
10.5 Apabila staf telah tercedera semasa bertugas;
10.6 Apabila staf disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah;
10.7 Apabila staf atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negara
kerana tiada rawatan sedemikian di dalam negara.
11.0 Laporan Lembaga
Laporan mana-mana Lembaga Perubatan dikemukakan terus kepada Naib Canselor yang
mengikut budi bicaranya akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan atau LGU
untuk keputusan. Laporan Lembaga Perubatan akan dikemukakan dalam bentuk seperti di
Lampiran C.
8
12.0 Maklumat Klinik Panel Pilihan Staf dan Kelayakan Perubatan
Staf yang layak mendapat faedah dari Skim ini boleh menyemak senarai tanggungan yang layak
dan Klinik Panel yang dipilih melalui Campus Online dan aplikasi Passport USM. Selain daripada
Klinik Panel yang dipilih, nama mana-mana Klinik Panel yang memberi perkhidmatan perubatan
24 jam juga akan dipaparkan dalam Passport USM. Staf dan keluarga mereka adalah berhak
untuk menerima rawatan daripada Pusat Sejahtera/Pusat Kesihatan/IPPT/HUSM di Kampus di
mana mereka berkhidmat.
13.0 Keadaan Luar Biasa
Naib Canselor adalah berkuasa membuat keputusan atas sebarang keadaan luar biasa yang
tidak dilindungi oleh peraturan-peraturan yang tersebut di atas. Naib Canselor akan memutuskan
tentang sebarang kekeliruan yang timbul dari semasa ke semasa mengenai makna mana-mana
peraturan dalam Skim Kemudahan Perubatan Warga Universiti Sains Malaysia (Staf).
14.0 Tatacara Permohonan Perbelanjaan Perubatan
i. Permohonan perbelanjaan bagi ubat, alat ortopedik dan anggota palsu (artificial limbs),
perkhidmatan perubatan dan rawatan penyakit buah pinggang [Hemodialisis/Continuous
Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)] dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan; dan
b. kemudahan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh Hospital/Klinik
Kerajaan; dan
c. perakuan keperluan dan pengesahan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai (b)
di atas hendaklah menggunakan borang Perakuan dan Pengesahan Oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan
d. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat,
Alat, Perkhidmatan dan Rawatan (Borang Perubatan 1/09); dan
e. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.
ii. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan adalah dilaksanakan mengikut
tatacara berikut:
a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan atau Klinik Lembaga Penduduk Dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan
b. rawatan primary infertility sahaja; dan
c. kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/ disediakan oleh Hospital/
Klinik Kerajaan atau Klinik LPPKN; dan
d. perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pegawai/Pakar
Perubatan Kerajaan/ LPPKN mengenai perkara di perenggan (b) dan (c) di atas; dan
e. permohonan dikemukakan menggunakan Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat,
Perkhidmatan dan Rawatan Borang Perubatan 1/09; dan
f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.
iii. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di Hospital/Klinik Swasta
dilaksanakan mengikut tatacara berikut:-
a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Swasta berdekatan dengan tempat kejadian
kecemasan kerana tiada Hospital Kerajaan yang berhampiran; dan
b. keperluan rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan
nyawa pesakit (life-threatening); dan
c. pesakit dalam keadaan kritikal/tenat semasa dibawa ke Hospital/Klinik swasta; dan
d. pengesahan kecemasan oleh Pakar Perubatan Hospital/Klinik swasta berkenaan
mengenai (b) di atas; dan
e. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan
Rawatan Kecemasan di Hospital/Klinik Swasta (Borang Perubatan 2/09) dan
f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.
9
iv. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran di Hospital Swasta dilaksanakan
mengikut tatacara berikut:
a. Mendapat rawatan di Hospital Kerajaan; dan
b. rawatan kepakaran berkenaan tidak diperolehi di Hospital Kerajaan; dan
c. pengesahan Pakar Perubatan Hospital Kerajaan bahawa rawatan kepakaran
diperlukan dan boleh diperolehi di dalam negeri; dan
d. perakuan Ketua Jabatan/Ketua PTJ mengenai (b) di atas; dan
e. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat,
Alat, Perkhidmatan dan Rawatan (Borang Perubatan 1/09) dan
f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.
v. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri dilaksanakan mengikut tatacara
berikut:
a. Mendapat rawatan di Hospital Kerajaan; dan
b. rawatan khas diperlukan dan tidak diperolehi di dalam negeri; dan
c. pengesahan Lembaga Perubatan mengenai (b) di atas; dan
d. perakuan Ketua Pengarah Kesihatan/Hospital bahawa rawatan sedemikian tiada pada
Kerajaan; dan
e. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Rawatan
Di Luar Negeri (Borang Perubatan 3/09) dan
f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.
vi. Kemudahan rawatan percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) boleh diperolehi
mengikut tatacara berikut:
a. Mendapat rawatan di Hospital Kerajaan; dan
b. dirujuk oleh Pakar Perubatan Hospital Kerajaan ke IJNSB; dan
c. mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam “Panduan Mengenai
Kemudahan Di IJNSB Bagi Pelbagai Golongan Pesakit Di Bawah Tanggungan
Kerajaan Persekutuan–Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Kerajaan” mengikut
surat Kementerian Kesihatan Malaysia rujukan (68) dlm.KKM.203/30 Bhg.5 bertarikh
16 September 1997
d. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.
Sila layari laman sesawang https://bsm.usm.my untuk muat turun:
Borang Perubatan 1/09
Borang Perubatan 2/09
Borang Perubatan 3/09
15.0 Rujukan:
1. Peraturan Skim Perkhidmatan Perubatan Warga USM
– Lembaga Gabenor Universiti Ke-85 pada 26 April 2012
2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993: Pindaan Kepada Surat Pengenalan Dan
Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik
Kerajaan (Perintah Am 25 Bab F)
3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan
Kemudahan Perubatan
4. Surat Edaran JPA.SARAAN(S)264/15/16-4 Jld. 14(18): Pelaksanan Penambahbaikan
Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Di bawah PP Bil. 21 Tahun
2009 Bagi Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad Disenaraikan Sebagai Alat Bantu
Penglihatan.
10
Lampiran A
SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN WARGA USM (STAF)
KELAYAKAN STAF/TANGGUNGAN DAN PESARA/TANGGUNGAN
BIL KATEGORI TANGGUNGAN KLINIK PUSAT HOSPITAL HOSPITAL RAWATAN
PANEL SEJAHTERA/ KERAJAAN KERAJAAN PERGIGIAN
MERUJUK KE
Layak UNIT HOSPITAL Layak
Layak KESIHATAN/ Layak
*Layak IPPT (KLINIK SWASTA *Layak
Layak STAF/HUSM Layak
Diri Sendiri Layak (KLINIK STAF) Layak Layak Layak
Isteri/Suami Layak Layak
Pengerusi dan Anak-anak *Layak Layak Layak Layak *Layak
1 Ahli Lembaga Layak
Ibu Bapa Tidak Layak *Layak *Layak *Layak Tidak Layak
Gabenor USM Diri Sendiri Layak
Isteri/Suami Layak Layak Layak Layak Layak
Staf Tetap/ Anak-anak Layak Layak Layak
Sementara *Layak Layak Layak
(termasuk Ibu Bapa *Layak *Layak
Pensyarah Tidak Layak Layak Layak
2 Perubatan Tidak Layak Tidak Layak
Pelatih dan Layak *Layak *Layak
Pergigian Layak Layak Layak Layak
Layak Layak Layak Layak
Pelatih) *Layak (Bergantung
*Layak kepada kes *Layak
Diri Sendiri Tidak Layak kecemasan dan
Isteri/Suami Tidak Layak perakuan Pegawai Tidak Layak
Layak Layak Perubatan Tidak Layak
Layak Tidak Layak
Tidak Layak Kerajaan) Tidak Layak
Tidak Layak *Layak Tidak Layak
Tidak Layak Layak Tidak Layak
Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Anak-anak Tidak Layak Layak Layak Layak Tidak Layak
Tidak Layak *Layak Tidak Layak
Kontrak Tidak Layak Tidak Layak *Layak
3 Warganegara Tidak Layak (Rawatan Biasa Tidak Layak
Tidak Layak Layak
Ibu Bapa sahaja yang
Layak tidak melibatkan
Diri Sendiri Tidak Layak
Tidak Layak kes rawatan
Tidak Layak kronik)
Layak
(Rawatan Biasa
sahaja yang
tidak melibatkan
kes rawatan
kronik)
Tidak Layak jika
kontrak kurang 1
tahun
Layak
Isteri/Suami Layak Tidak Layak
Kontrak Anak-anak *Layak
(Rawatan Biasa
4 Bukan i - Terhad kepada
3 orang anak sahaja yang
Warganegara tidak melibatkan Tidak Layak
sahaja
kes rawatan
ii - Umur tidak kronik)
lebih 21 tahun
Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak
Diri Sendiri Layak Layak
Isteri/Suami
Kunjungan, Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak
Kehormat,
5 Penyandang Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak
Krusi
Tidak Layak Tidak Layak
Diri Sendiri Tidak Layak Tidak Layak
Isteri/Suami
Pekerja Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak
6 Sambilan
Tidak Layak Tidak Layak
Harian (PSH)
Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak
11
BIL KATEGORI TANGGUNGAN KLINIK PUSAT HOSPITAL HOSPITAL RAWATAN
PANEL SEJAHTERA/ KERAJAAN KERAJAAN PERGIGIAN
MERUJUK KE
Tidak Layak UNIT Tidak Layak HOSPITAL
Tidak Layak KESIHATAN/ Tidak Layak
Tidak Layak IPPT (KLINIK Tidak Layak SWASTA
Tidak Layak STAF/HUSM Tidak Layak
Felo Pasca Diri Sendiri (KLINIK STAF) Tidak Layak Tidak Layak
Doktoral (Post Isteri/Suami Layak Layak
7 Doc Fellow) Anak-anak Layak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak
*Layak *Layak
(Lantikan 1 Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Tahun) Diri Sendiri Tidak Layak Layak
Isteri/Suami Tidak Layak Tidak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Pinjaman Ke Anak-anak Tidak Layak *Layak
8 Dalam Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Layak Layak Layak
Diri Sendiri Layak Layak
Pinjaman Ke Isteri/Suami Layak Layak Layak Layak Layak
9 Luar Anak-anak *Layak *Layak
Ibu Bapa Tidak Layak Layak Tidak Layak *Layak *Layak
Felo Diri Sendiri Tidak Layak Layak
Rancangan Isteri/Suami Tidak Layak *Layak Tidak Layak Layak Tidak Layak
Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak
Latihan Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Layak Layak
10 Kakitangan Diri Sendiri Layak
Isteri/Suami Layak Layak Layak
Akademik Anak-anak Layak
(RLKA) Ibu Bapa Layak *Layak *Layak *Layak
Tidak Layak
Pelajar Tajaan Diri Sendiri *Layak Layak Tidak Layak
11 (Paramedik) Layak
Isteri/Suami Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Pesara Wajib Layak
12 (Berpencen/ Anak-anak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Ibu Bapa *Layak
KWSP) Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
*Layak Tidak Layak Tidak Layak
Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Layak Tidak Layak Tidak Layak
Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Layak
Tidak Layak Layak
Layak (Hospital/Klinik
Tidak Layak Layak Tidak Layak
Kerajaan)
Tidak Layak Layak
Layak
Tidak Layak Tidak Layak (Hospital/Klinik
Tidak Layak Tidak Layak
Kerajaan)
Tidak Layak
Tidak Layak Tidak Layak
Diri Sendiri Tidak Layak Layak Layak Layak
(Bergantung (Hospital/Klinik
kepada kes
kecemasan dan Kerajaan)
perakuan
Pegawai
Perubatan
Kerajaan)
Pesara Pilihan Layak Layak
13 (Berpencen/ ( Bergantung (Hospital/Klinik
kepada kes
KWSP) kecemasan dan Kerajaan)
Isteri/Suami Tidak Layak Layak perakuan
Pegawai
Perubatan
Kerajaan)
Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak
12
BIL KATEGORI TANGGUNGAN KLINIK PUSAT HOSPITAL HOSPITAL RAWATAN
PANEL SEJAHTERA/ KERAJAAN KERAJAAN PERGIGIAN
MERUJUK KE
UNIT Layak HOSPITAL
KESIHATAN/
IPPT (KLINIK Layak SWASTA
STAF/HUSM
(KLINIK STAF) *Layak
Tidak Layak
Diri Sendiri Tidak Layak Layak Tidak Layak Layak
Tiada (Hospital/Klinik
Bersara atas Isteri/Suami Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak
14 sebab * Layak Kerajaan)
Anak-anak Tidak Layak *Layak Tidak Layak Tidak Layak Layak
kesihatan Tidak Layak
Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak (Hospital/Klinik
Gemulah (Staf Diri Sendiri Tiada Tiada Tiada Kerajaan)
meninggal Isteri/Suami Layak Tidak Layak *Layak
Anak-anak Tidak Layak *Layak Tidak Layak
15 dalam Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak (Hospital/Klinik
perkhidmatan) Tidak Layak Tidak Layak Kerajaan)
Tidak Layak
Tiada
Tidak Layak
Tidak Layak
Tidak Layak
Hospital Kerajaan bermaksud - Sebarang Hospital Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-hospital Universiti, Klinik-klinik
Kerajaan (dan Yayasan-yayasan Perubatan Persekutuan lain) yang bertaraf AWAM.
* Anak-anak yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun atau masih belajar sepenuh masa dan di bawah umur 21 tahun dan
termasuk anak tiri yang diisytiharkan dan anak angkat yang di ambil secara sah atau melalui perundangan. Tiada had umur untuk
anak- anak staf /pesara yang kelainan upaya dengan syarat anak staf/pesara berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Gemulah dan Pesara atas sebab kesihatan – Waris/Tanggungan perlu dapatkan dokumen khas dari Bahagian Sumber Manusia
Catatan:
Kemudahan ini hanya diberi kepada ibu bapa yang sah selagi seseorang staf masih di dalam perkhidmatan Kerajaan.
Rawatan pergigian untuk rawatan asas sahaja (perundingan, pencucian dan penggilapan gigi, tampalan, cabutan biasa
dan ubat-ubatan)
13
Lampiran B
Kelayakan Wad Bagi Staf dan Tanggungan USM
Kelayakan wad di hospital-hospital dan lain-lain Yayasan Perubatan Kerajaan yang ditetapkan kepada
staf, tanggungan dan pesara dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 12 Tahun 2001 dan Pekeliling
Perkhidmatan bilangan 4 Tahun 2010 adalah seperti berikut:-
Pengurusan Gred 45 – 54 Gred 31 – 44 Gred 21 – 30 Gred 1-20
Tertinggi
Kelas 1 Kelas 1 Kelas 1 Kelas 1 Kelas 2
Bilik Bilik Bilik Bilik
Seorang Seorang Berdua Bertiga
14
Lampiran C
Nama Staf : LAPORAN LEMBAGA PERUBATAN
Jabatan : (Laporan Perubatan Staf Universiti Sains Malaysia)
Jawatan :
Tarikh Lahir : _____________________________________________________
Hospital : _____________________________________________________
Tarikh : _____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
Kami, pegawai-pegawai perubatan yang berikut telah ditubuhkan sebagai sebuah Lembaga Perubatan
atas permintaan Universiti Sains Malaysia untuk memeriksa staf yang tersebut di atas melaporkan yang
berikut:
1. Staf ini dikehendaki untuk diperiksa kesihatannya kerana:
(a) Ia tiada mempunyai apa-apa cuti sakit lagi*.
(b) Seorang pegawai perubatan telah memperakukan sedemikan*.
(c) Ia telah mengambil cuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih bagi tiap-tiap tahun selama 3
tahun yang berturut-turut*.
(d) Kesihatan badan*/ kesiuman otaknya diragukan*.
(e) Sambungan cuti sakit untuknya telah disyorkan atas sebab-sebab kecederaan yang
dialami semasa bertugas*.
(f ) Disyorkan untuk mendapat cuti separuh gaji*/cuti tanpa gaji* kerana menghidap
penyakit tibi/kusta/barah*.
(g) Ia meminta untuk diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan*.
(h) Ia perlu diperiksa untuk mengesahkan sama ada ia memerlukan rawatan khas di luar
negeri*.
2. (a) Kami telah memeriksa staf ini pada...........................................................................*
(b) Kami telah meletakkan staf di bawah perhatian perubatan
rawatan perubatan dari........................................... hingga..........................................
(c) Riwayat perubatan staf ini, seperti yang kami boleh dapati, adalah sebagai berikut
(Jikalau panjang buat lampiran).
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
15
3. Kami mengesahkan bahawa pada pandangan kami, staf ini adalah:
(a) Dalam kesihatan yang baik*
(b) Mengidap*
Sedang pulih dari ............................................................................................................
..........................................................................................................................................
4. Kami berpendapat bahawa penyakit atau kecederaan staf ini:
(a) Akan*
Tidak akan menjadi kekal
(b) Akan*
Tidak akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan tugasnya sebagai
............................................................................................................................................
(c) Akan*
Tidak akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan apa-apa tugas lain.
5. (a) Kami mengesyorkan dia dianggap sebagai tidak sihat buat selama-lamanya*/
tidak sihat buat sementara*/sihat untuk bertugas semula*.
(b) Dia dianggap sebagai sihat untuk perkhidmatan selanjutnya, tetapi atas sebab- sebab
kesihatan dia patut diberi cuti seberapa awal yang boleh sebanyak
...............................................................minggu*.
6. (Sebutkan di sini apa-apa syor atau pandangan tambahan Lembaga Perubatan).
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
(a) Tandatangan Pegawai Perubatan :
Nama Penuh : _________________________________________________
Jawatan : _________________________________________________
Tarikh : _________________________________________________
(b) Tandatangan Pegawai Perubatan :
Nama Penuh :
Jawatan :
Tarikh :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------
*Potong mana yang tiada berkenaan
16
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan kemudahan perubatan warga (staf) USM boleh hubungi:-
KAMPUS INDUK
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 4, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
No. Telefon: 04-653 6102/6103/6106/6083/6096
KAMPUS KESIHATAN
Unit Pentadbiran dan Perhubungan Staf
Jabatan Pendaftar
Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian, Kelantan
No. Telefon: 09-767 2055/2054/2052/2050
KAMPUS KEJURUTERAAN
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
No.Telefon: 04-599 5074/5080