The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nainanazira002, 2021-10-23 06:40:08

KISAH SANG GAJAH DAN SI SEMUT (1)

KISAH SANG GAJAH DAN SI SEMUT (1)

KISAH
SANG GAJAH

DAN
SI SEMUT

NAINA NAZIRA NUR FARISYA ERDA QHULIYA

Di dalam hutan rimba yang sunyi, terdapat seekor gajah yang sangat sombong. Gajah tersebut sangat berlagak dengan saiz badannya yang besar
dan selalu menakut-nakutkan haiwan lain yang bersaiz kecil. “Akulah haiwan paling kuat dan gagah dalam hutan ini, tiada siapa boleh tandingi aku,”

kata Sang Gajah kepada sekumpulan semut yang sedang mencari makanan.



“Jangan kau berlagak sangat wahai Gajah, kelak boleh makan diri,” ujar seekor semut disitu.



“Sekurang-kurangnya aku ini sangat berani, tidaklah seperti kamu semua. Aku boleh menjaga diri aku sendiri andai kata ada sesuatu yang buruk
berlaku nanti,” balas Sang Gajah sambil menayangkan gadingnya yang putih dan tajam serta menaikkan belalainya yang panjang itu.



“Terpulanglah pada diri kau Gajah, kami hanya menasihati,” kata semut yang lain pula lalu mereka pun pergi meninggalkan Sang Gajah yang telah
memperlekehkan mereka.



sWataukntguamumalaanmyyaannggsgaenlgaaptpguanrtaiub.aS. uSdealuhrtuehnpteunlaghhuynainrgimpbaalinsgudtearhkpeujulatnigalkaehrSuamnaghGdaajanhs.aDriaanmgemnajasdinig
p-amnaiksiknegr.aTniabad-iatibsuadmaehrteakhaudbikaehjauwtkaaintudaedngaalanh

bunyi ngauman dari seekor singa yang digelar raja rimba disitu. Dia perlu mencari tempat perlindungan
dengan segera agar tidak menjadi santapan makan malam untuk ‘raja rimba’ itu. Dia dengan
gopoh mencari tempat persembunyian dan terserempak dengan Si Semut yang sedang
menuju ke sarangnya.



“Semut, tolong aku, aku tiada tempat persembunyian. Sang Singa itu pasti sedang kelaparan sehingga
mengaum dengan sangat kuat tadi. Tolong aku, Semut. Aku takut,” rayu Sang Gajah kepada
Semut yang bijak.



“Itulah Gajah, aku sudah berpesan kepada kamu supaya tidak berlagak. Sekarang, kau tanggunglah
akibatnya,” balas Si Semut.

“Maafkan aku wahai Semut, aku berjanji tidak akan berlagak kuat lagi. Tolong aku Semut, carikan tempat untuk aku bersembunyi sehingga esok pagi,” kata Sang

Gajah yang sudah menggigil ketakutan.



“Baiklah Gajah, mari ikut aku,” ujar Si Semut dan terus berjalan. Sang Gajah hanya mengikutinya dari belakang.



Setelah tiba di suatu tempat yang mempunyai lubang yang besar, Si Semut pun berkata “Gajah, kau lompatlah kedalam lubang ini dan bersembunyi sehingga esok
pagi. Esok aku akan datang dan bantu kamu untuk keluar dari lubang ini.”



“Tapi, bagaimana aku mahu keluar nanti wahai Semut? Tebing lubang ini terlalu tinggi untuk dipanjat,” tanya Sang Gajah yang sedang melihat lubang yang dalam itu.



“Tunggulah esok pagi, aku akan membantu engkau untuk keluar ,” balas Si Semut.



Tanpa berfikir panjang, Sang Gajah pun lompat masuk ke dalam lubang itu.



“Aduh, sakitnya punggungku! “jerit Sang Gajah.



“Sabar sajalah, kau kan kuat,” kata Si Semut sambil ketawa. Dia pun berlalu pergi dan balik ke sarangnya.



Sang Gajah duduk di dalam lubang itu dan tidur sehingga keesokan paginya. Pagi itu, Si Semut pun datang seperti yang dijanjikan.



“Gajah, mari aku tunjukkan jalan untuk keluar dari lubang ini,” ujar Si Semut. Gajah pun segera bangun dan membuntuti Si Semut.



“Semut, mengapakah kau tidak penat menjadi kecil? Kau tidak rasa kecewa dengan diri kau?” tanya Sang Gajah secara tiba-tiba.

“Sudah tentulah tidak. Malah aku bersyukur kerana aku mempunyai kelebihan tersendiri, begitu juga dengan engkau Gajah,” balas Semut sambil
tersenyum manis.



“Ya Semut, baru aku sedar yang menjadi besar dan gagah ini pun mempunyai kelemahannya. Maafkan aku wahai Semut kerana telah
memperlekehkan engkau dan rakan-rakan yang lain,” kata Sang Gajah sambil menunduk kesal. Dia merasa segan dengan Si Semut.



“Tidak mengapa wahai Gajah, kita semua pernah membuat silap,” kata Si Semut.



Setelah lama berjalan, mereka akhirnya keluar dari lubang itu.



“Terima kasih Semut, jika tiada engkau semalam sudah pasti aku telah menjadi santapan makan malam Sang Singa yang ganas itu,” ujar Sang Gajah

sambil tersenyum girang.



“Sama-sama sahabat, selepas ini bolehlah kau bawa aku jalan-jalan sambil aku duduk di
atas badan kau yang besar ini,” kata Semut sambil ketawa.


“Boleh sahaja Semut, asalkan kamu tidak menggigit badanku,” gurau Sang Gajah.
Mereka pun tertawa bersama-sama.


Sejak kejadian itu, mereka menjadi sahabat yang akrab dan saling
tolong- menolong antara satu sama lain.


Pengajarannya, kita mestilah menghormati orang lain dan sentiasa berbuat
baik agar hidup menjadi aman dan bahagia.

TAMAT

KATA TUGAS
KATA ADJEKTIF


Click to View FlipBook Version