SARIMAH BINTI YAAKOP SMK TENGKU IDRIS SHAH
2 SEPT 2023 - ACEH INDONESIA Kun Fa Yakun.. Sesungguhnya Peristiwa Aceh itu Benar
<<Gambar1>> <<Tanggal 30 Ogos 2023>> Tatkala Malaysia sedang sibuk membuat persiapan KEMERDEKAAN, Rombongan kami pula sibuk bersiap - siap untuk berlepas ke Bumi Aceh Indonesia. Dengan perasaan kegembiraan bercampur keinsafan.. Aceh…. Tunggu, kami datang…
<<Gambar2>> Muzium Tsunami. Disini tersimpan segala rahsia peristiwa dahsyat yang pernah melanda bumi Aceh pada 26 Disember 2004 yang hampir melumpuhkan semua aktiviti dan kegiatan penduduk Aceh. Ku pohon keinsafan kepada Mu Ya Allah… hanya kepada Engkau kami kembali…
Misi diteruskan… Ilmu yang dicari tidak pernah habis.. Perkongsian Ilmu dan Jalinan bersama pihak UIA ( Universiti Islam AlRaniary ) Bandar Aceh. SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA….
<<Gambar4>> Maha suci Allah.. Segala apa di bumi ini adalah milik Mu… Nikmat dan rezeki yang tidak ternilai… Engkau memberi peluang kepadaku menjejaki kekuasaan Mu Ya Allah… Kubah Masjid yang telah dihanyutkan badai Tsunami
<<Gambar5>> Andai di beri peluang, kuatkan ukhuwah kami, simpulkan silaturrahim ini Ya Allah… Ku berterima kasih di atas segala pengalaman dan pengajaran daripada lawatan ini. Semoga bertemu kembali…. Acheh, Indonesia… Bumi keinsafan… Sarimah Yaakop - 30/8/2023 - 2/9/2023