HAJAH ROHIMAH BINTI MUHAMMAD SMK (P) RAJA ZARINA
02/09/2023 08:03:13 AIRMATA KEINSAFAN DI BUMI ACEH
Bumi Aceh Kami Datang ... 30 Ogos 2023 - Pertama kali menjejaki kaki ke bumi Serambi Mekah ini. Alhamdulillah..hasrat yang tertangguh hampir 9 tahun menjadi kenyataan. Bersama-sama 30 peserta ( Guru -guru PPIM , Guru Cemerlang dan anak-anak puteri PPIM) dipilih oleh Nya untuk melihat dengan mata sendiri tanda-tanda kebesaran Allah di sebalik musibah tsunami 2004. Meskipun tugasan sebagai kepala sekolah semakin bertambah lebih-lebih lagi di hujung perkhidmatan ini tetapi menjejakkan kaki di sini adalah cinta hati. Benarlah..hati diterpa rasa sayu dan amat pilu bila menziarahi Kuburan Massal yg menempatkan 46,718 mangsa tsunami di tanah yang telah diratakan serta ditutupi rumput hijau saujana mata memandang. Airmata yang tidak segan segan lagi mengalir laju semasa mengaminkan doa buat mereka yang terkorban yang dipimpin oleh pemandu pelancong Bapak Mawardi. Hati bagai ditimpa rasa sayu dan pilu yang paling dalam. Demikianlah..bila Allah berkehendak, air laut yang bermula dengan gempa bumi dan diikuti dengan tsunami pada waktu dhuha 26 Disember 2004 itu mengorbankan banyak jiwa dalam tempoh sekelip mata sahaja. Banda Aceh yang teguh berdiri ranap mrnyembah bumi. Dan harta benda musnah sama sekali. Pastinya hal ini tidak terjangkau dik akal manusia. Sungguh..kita tidak mampu menggerakkan ekor matapun tanpa izinNya. Insaflah wahai diri yang sering alpa dan lalai akan besarnya kuasa Allah, mengatasi apa pun kuasa yang ada di dunia ini.
<<Gambar2>> Airmata keinsafan bertamu lagi apabila memasuki Muzium Tsunami di Jalan Iskandar Muda Banda Aceh. Melihat akan ketinggian bangunan yang tersergam indah dengan rekabentuk yang sangat unik bermotifkan anyaman tikar itu sebenarnya mrnyimpan cerita dan makna yang tersendiri. Ketinggian melebihi 30 meter itu merupakan ketinggian tsunami yang melanda banda Aceh itu sendiri . Reka bentuk hasil karya seorang arkitek Indonesia ini sangat mengagumkan dengan mempunyai cerita di sebalik setiap ruang yang ada. Diberi penerangan oleh seorang petugas yang mengalami sendiri saat musibah tersebut sekali lagi mengundang sebak dan keinsafan. Tidak dapat dibayangkan bila diceritakan seakan-akan bumi Aceh yang diterjah tsunami sebagai mesin pengisar makanan. Anak-anak kehilangan ibu ayah tempat bergantung hidup, kehilangan rumah dan kampung halaman , kehilangan sekolah tempat menuntut ilmu dan lain-lain lagi. Sebahagian banda Aceh menjadi padang jarak padang terkukur. Kehilangan tempat tinggal merupakan episod duka dan trauma yang mengambil masa yang bukan sedikit untuk pulih seperti sedia kala. Dan pastinya airmata mereka tetap mengalir pabila menceritakan kisah duka ini. Di sini juga kami melihat peranan kuasa kuasa besar dan serumpun yang menghulur bantuan kewangan, kemahiran dan tenaga amal dalam membantu membina semula banda Aceh. Meninggalkan muzium Tsunsmi Aceh pada hari itu saya sempat memberi sedikit pandangan supaya petugas yang membuat penceritaan memasukkan elemen penambahbaikan dengan menekankan akan kewajiban masyarakat terutamanya pangunjung kembali kepada hidup bersyariat..mendaulatkan hukum hukum Allah di muka bumi ini. Rasa lega sebelum kaki meninggalkan muzium tersebut dengan harapan sedikit nasihat yang diberi mampu memberi sudut pandang yang lebih baik pada masa yang akan datang dan petugas tersebut tersenyum sambil mengangguk-gangguk kepala. Mudahah- mudahan penceritaan yang berpaksikan mentauhidkan Allah akan melahirkan generasi baharu sebagai amilin yang sama sama mendaulatkan hukum hakam Allah di bumi Aceh yang banyak melahirkan para pejuang yang menentang kuasa kuasa besar seperti Belanda dan Jepun pada suatu masa dahulu.
<<Gambar3>> 31 Ogos 2023 Hari kedua bermusafir di sini . Sejak malam lagi hati berbunga-bunga kerana pada hari ke dua dijadualkan melawat sebuah universiti yang kedua terkemuka di Banda Aceh iaitu Universiti Islam Negeri Aceh. Universiti yang berusia 60 tahun ini kami jejaki. Apa yang paling menarik visi universiti ini ke arah melahirkan graduan yang cemerlang dunia dan akhirat . Berkongsi pengalaman bersama Prof Dr Saifullah Idris wakil Rektor Kemahasiswaan UIN amat berbekas di hati. Tutur kata yang lembut dan bahasa yang teratur mencerminkan peribadi yang mulia. Di sini berpeluangberkongsi Amalan Terbaik RZ...dan di sini juga kami menyanyikan Lagu Negaraku setelah bersama-sama mengalunkan asma husna. Dewan kuliah itu seakan bergegar dengan laungan merdeka. Walsupun jauh berada di bumi Aceh..sempat kami meraikan ulang tahun kemerdekaan negara kali ke 66. Jauh di sudut hati..mengharapkan agar Allah memelihara tanah air tercinta dan mampu mendaulatkan hukum dan syariatNya.
<<Gambar4>> Seterusnya..mata menjadi saksi akan kebesaran Allah bila mana kami dibawa melihat sebuat bot besar terdampar di atas rumah. Diceritakan bahawa bot tersebut dipukul tsunami dan tersangkut di atas rumah dua tingkat milik seorang guru. Dengan ketinggian hampir 27 meter memberi gambaran bahawa tsunami itu menjulang tinggi setinggi pohon kelapa. Dan bot itu disangka bot penyelamat mahu menyelamatkan mangsa yang berteduh dan berpegang pada tiang rumah tanpa menyedari bahawa bot itu sebenarnya tersangkut di atas rumah dua tingkat itu..Alhamdulillah seramai 59 orang yang berlindung di situ terselamat. Cerita itu diceritakan dalam bahasa yang mudah tetapi dari hati kerana petugas tersebut berusia lima tahun ketika tsunami melanda. Peristiwa ini membawa ingatan akan kapal nabi Allah Noh yang terselamat akibat banjir besar yang melanda. Sungguh..demikianlah Allah menghantar ujian untuk diambil peringatan dan ibrah buat hati yang lupa. Sekali lagi airmata keinsafan tumpah di sini.
Hari ke -3 Airmata keinsafan tumpah lagi di sini Di kampung Gurah ..menyaksikan sebuah lagi bukti kebesaran Allah ..tsunami telah membawa kubah masjid TKJ CICK MAHARAJA GURAH yang terletak di sebalik bukit terdampar di sawah padi. Diceritakan bahawa hanya 25 orang sahaja penduduk asal yang terselamat daripada 700 orang penduduk kampung..sehingga hari ini tidak diketahui jasad dan kuburnya di mana. Walaupun petugas tersebut menceritakan saat-saat tsunami dengan tersusun tetapi ada getar sedih yang masih tersisa meskipun 19 tahun berlalu dan airmata yang tidak mampu juga dibendung. Airmata pun tumpah lagi di sini. Terasa akan kekerdilan diri dan DIA Yang Maha Berkuasa. Kun Fayakun..Bila Allah berkendak..jadi maka jadilah. Misi terakhir adalah menziarahi pasentran Dayah Nurul Huda ..yang menempatkan seramai 200 orang ansk yatim piatu. Disambut dengan meriah dengan gema selawat berdiri di tepi jalan masuk mengundang sebak. Sambil bersalawat dan bersalam-salaman..wajah -wajah pulus jernih tersebut menghantar simpati yang paling dalam. Menyambut tangan para azatizah yang dihulur mengalir silatulrahim yang tidak mampu terucap. Airmata hiba menerpa diri apabila bapak Darmawan menyatakan sangat berterima kasih atas kunjungan kami tetapi memohon kemaafan kerana hanya mampu menyediakan air mineral botol kecil sahaja ..tidak mampu menyediakan walau sebiji kuih. Allahu..sungguh tak mampu membendung airmata mengalir. Tangan cuba melihat baki wang yang ada..alhamdulillah dapat menambah sedikit sumbangan. Semasa mrmberi ucapan balas..ada getar yang bersarang di jiwa..rasa sedih yang paling dalam..tetapi berjanji PPIM akan berhubungan lagi setelah kembali ke tanah air. Alhamdulillah sempat memeluk ansk-anak ini yang pastinya amat merindui pelukan seorang ibu atau bapa..airmata keinsafan sekali lagi menerjah di kolam rasa..bertambah tambah rasa sedihnya bila seorang ustazah menyebut bahawa hanya doa anak anak yatim ini sahaja mampu membalas jasa dan sumbangan yang kecil itu. Tuhanku..sungguh banyak ibrah di Serambi Mekah..banda Aceh ini. Mudah-mudahan kaki ini mampu hadir ke sini lagi biarpun usia telah senja. Terima kasih kepada semua Terima kasih ustazah Sarimah..tulang belakang program ini.. Terima kasih Impian Kembara Holiday Terima kasih bapa Ismawardi..pemandu pelancong yang penuh informasi dan mampu membuat kami ketawa sepanjang jalan Terima kasih sahabat d PPIM dan MGC Selangor dan pegawai yang turut hadir. Terima kasih anakanda Latifah yang sentiasa berada di sisi menyantuni umminya anya yang sudah tidak kuat lagi atas masalah lutut yang dialami. Terima kasih suami tercinta yang memberi keizinan bermusafir untuk kesekian kali dan alhamdulillah, saat airmata keinsafan tumpah ALLAH hadirkan seorang cucu perempuan ( anak merdeka) yang masih belum bernama di bumi Malaysia. Doa dan harapan mudah mudahan bukan menjadi anak yang solehah malah pejuang agama Allah. Dan Banda Aceh..kami menyaksikan kebesaran Mu di sini... mudah-mudahan kami kembali lagi ke sini.