The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by endertazerling, 2022-01-05 21:20:37

epolio (2)

MPU 21032














DASAR-DASAR KERAJAAN KEARAH

PERPADUAN NEGARA

Pengenalan












Nama Ahli Kumpulan: AMIRUL ARIF BIN MOHAMAD ZAHIR 23DLH21F1028


ZULFAQAR 23DLH21F1046


Nama Pensyarah: DR. NORHAYATI FATMI BINTI TALIB

Kursus: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU 21032


Sesi Pengajian: 1


Kelas: 1B


Tajuk Tugasan: DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA

Isi kandungan Muka surat




Pengenalan Dasar Perpaduan Negara I







Dasar-Dasar Yang Diperkenalkan Oleh Kerajaan 6-12






Faktor-Faktor Perpaduan Negara 13-23







Penutup 24







Gambar-Gambar Tokoh Perpaduan Malaysia 25







Rujukan 26

Pengenalan Dasar Perpaduan Negara

Pengenalan Perpaduan
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi

negara supaya tiap-tiapanggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan

kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting untuk memacu kemajuan dan

keharmonian negara. Sejak merdeka lagi kerajaan telah berusaha memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan
negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai

untuk Wawasan 2020 tidak mungkin menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk mencapai kemajuan.



Pengenalan Dasar

Dasar ialah kerangka, panduan, strategi dan petunjuk dirangka untuk terjemahkan wawasan politik kerajaan kepada

program dan tindakan untuk mencapai hasil yang diingini. Selain itu, dasar awam ialah usaha kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sesebuah negara yang Makmur dan Bersatu padu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana

pembangunan yang aman untuk kesejahteraan rakyat. Sejak merdeka kerajaan telah menggubal pelbagai dasar
pembangunan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara bagi mengatasi masalah ketidak seimbangan ekonomi yang

timbul akibat daripada dasar penjajahan British.Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu,

Dasar ekonomi baharu
 Dasar kebudayaan kebangsaan

 Dasar pendidikan negara

 Dasar sosial negara

 Dasar pembangunan nasional
 Dasar wawasan negara

Dasar-Dasar Yang Diperkenalkan




Oleh Kerajaan

Dasar Ekonomi Baharu

Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat seperti berikut:



l. Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum




Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antaragolongan kaya dan golongan miskin tanpa

mengira kaum. Untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baharu ini, kerajaan telah memberikan banyak tumpuan kepada
golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, nelayan dan sebagainya.




II. Penyusunan Semula Masyarakat



Penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal,

pekerjaan, pendapatan, pendidikan sosial, kesihatan,pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai

kaum dan lain-lain. Oleh itu, DEB menetapkan beberapa program di dalam beberapa factor ekonomi seperti
perlombongan,pembinaan, perdagangan, perindustrian, pertanian dan pelajaran. Dalam dasar ini, kerajaan telah

menetapkan sasaran pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat termasuk 30

peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB, kerajaan telah
mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan.

Langkah-langkah DEB

1. Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan kurang berupaya.

2. Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu.
3. Melatih dan membertuk para usahawanan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.

4. Menanmbahkan bilangan bumiputera yang berkelayakkan ihtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.






Dasar Pendidikan Negara

Pada umumnya,dasar pendidikan negara digubal pada peringkatpusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian
Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu systempendidikan yang seragam menyeluruh

dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini merupakan satu usaha yang rumit. la harus dilakukan dengan teliti,

dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam

pendidikan supaya tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu system rangkaian maklumat atau
media yang menjelmakan idealism, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara.Ini bermaksud meliputi rang

lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu social, politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan,

kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. la juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan
kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu, dasar

pendidikan yang digubal member tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam system pendidikan termasuk perkara

pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastruktur.

Dasar Sosial Negara

 Dasar Sosial Negara (SN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteruskan nilai-nilai muni dan peningkatan

keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

 Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang

maju dari aspek sosial,ekonomi dan teknologi.

 Setia panggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran
sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif,

penyayang, adil dan saksama.




Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah:



 Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya jantina dan fahaman

politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati
kesejahteraan hidup secara berterusan.

 Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat.

 Membangun dan memperkasakan inan sepanjang hayat.
 Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.

Dasar Pembangunan Nasional

Tahun 1990, menandakan berakhirnya RRJPI dan DEB. Dalam tempoh perlaksanaan DEB (1971-1990). ekonomi

Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh
disangkai adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah

dicapai. Jelas bahawa proses kejuruteraan ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah

diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia maya. RRJPK2 (1991-2000) telah

digubal berasaskan DPN dan rancanganini menandakan bermulanya satu lagi era baharu dalam usaha untukmenjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN

kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagikestabilan sosial dan politik dan

mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu Langkah ke arah membolehkan

Malaysiamencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi.



Strategi perlaksanaan DPN merangkumi perkara berikut:

I. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
II. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sector ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.

III. Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakan

perkongsian yang adil daripada pembangunan Negara.
IV. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan

pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

V. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.

Dasar Wawasan Negara

“Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN adalah seperti

berikut:
Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.

Pelabuhan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan disamping penarikan.

Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.

Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih
tinggi.




Teras Utama Dasar Wawasan Negara:



Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik

kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif

serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.



Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan

ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.



Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhanan, institusi kewangan dan

korporat serta pengurusan ekonomi makro.

Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.




Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah
bag semua sector ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.




Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan
berpengetahuan.




Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.






Kesimpulan




Dasar-dasar negara yang digubal oleh kerajaan bertujuan untuk menjadikan sebuah negara aman dan damai serta
menstabilkan system di dalam negara.Dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin

yang memimpin dalam suatu tempo masa. Namun matlamat dasar-dasar tersebut mash sama walaupun mempunya

sedikit perubahan. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970-an
adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara.

Faktor-Faktor Perpaduan Negara

Untuk mengekalkan perpaduan sesebuah negara bukanlah mudah. Namun begitu, Malaysia masih lagi mampu untuk

mengekalkan perpaduan dan kemasarakatannya. Ini adalah sesuatu pencapaian yang membangakan buat semua yang

bergelar rakyat Malaysia. Tambahan pula, Malaysia sering kali menghantar wakil untuk ke luar negara bagi memberikan
pendapat tentang cara-cara mewujudkan dan mengekalkan perpaduan kepada negara-negara yang sedang berperang.

Contohnya, lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Filipina bagi memberi pendapat mengatasi konflik yang telah wujud

sekian lama di negara tersebut.



Antara faktor yang membawa kepada perpaduan dan kemasyarakatan di Malaysia ialah:



Melalui Peristiwa 13 Mei 1969 Dijadikan Teladan




Pada tanggal 13 Mei 1969, keharmonian negara telah dikejutkan dengan peristiwa yang hampir meragut dan

menghancurkan keutuhan negara. lebih-lebih lagi baru enam tahun usia pembentukan Malaysia. Tragedi ini berlaku

ekoran daripada pelbagai isu-isu sensetif telah disentuh bagi mencapai kemenangan dan untuk kepentingan diri sendiri.



Bagi mengatasi Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Antara dasar–dasar

dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara
(DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1 Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya

rusuhan kaum 13 Mei 1969. Antara faktor berlakunya peristiwa itu ialah kerana keadan ekonomi Tanah Melayu pada

ketika itu secara keseluruhannya boleh dikatakan dikuasai oleh masyarakat dari kaum Cina. Masyarakat Cina turut
menguasai perniagaan dan bank di kawasan bandar dan juga kawasan-kawasan perlombongan bijih timah. keadan

ekonomi yang dikuasai oleh sekolompok masyarakat sahaja membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan ekonomi

serta menimbulkan perasaan iri hati dan benci dalam kalangan penduduk di Malaysia.



Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah

diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan
ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah. Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan

kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati

dalam masyarakat.



Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional

pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula

masyarakat.



Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil,

maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.

Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk

mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan
pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat

Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu
bersaing.







Konsep 1 Malaysia




Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini

memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan
yang lebih erat.




Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat

sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”



Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu

diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Pendidikan


Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara langkah yang dilakukan ialah

dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses

integrasi antara kaum.
Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung

kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.




Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar
dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu

memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.



Inisiatif ini diambil pengajaran daripada sistem pendidikan penjajah dimana sekolah ditubuhkan mengikut kaum.

Contohnya, sekolah Cina untuk kaum Cina, sekolah India untuk kaum India dan begitu juga dengan bangsa Melayu.

Sukatan pelajaran yang dipelajari juga adalah berbeza-beza kerana masing-masing sekolah menggunakan sukatan
pelajaran dari negara asal. mereka juga menggunakan bahasa ibunda dalam pertuturan seharian menyebabkan

komunikasi sukar untuk dilakukan dengan kaum lain.

Oleh itu, penubuhan sekolah kebangsaan adalah faktor yang membawa kepada perpaduan dan kemasyarakatan di
Malaysia. Ini kerana, dengan adanya sekolah ini, pelajar dapat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan

Bahasa Melayu. Ini memudahkan lagi proses suai kenal dan memahami antara satu sama lain.




Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya adalah:



1) Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.



2) Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.




3) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.



4) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya - menyediakan pendidikan yangg menyeluruh, seimbang &

bersepadu.



5) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil &

memberi perhatian khas kepada golongan yang kurang bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman.

Penubuhan Parti Politik




Penubuhan parti politik di negara kita bermula sekitar 1940. hal ini kerana wujudnya kesedaran politik rentetan
pengenalan Malayan Union. Penubuhan Malayan Union adalah ditentang sama sekali oleh orang Melayu kerana

kerakyatan Jus Soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi

kedudukan orang Melayu. Oleh itu, Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Selepas itu, UMNO, MCA, MIC pula ditubuhkan dengan objektif awal untuk membela kedudukan kaum masing-

masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.



Masing-masing kaum menpunyai tempat untuk mengadu dan aduan tersebut akan disuarakan dalam persidangan yang

dilaksanakan. Sistem ini juga lebih teratur kerana pemimpin parti politik yang akan membela kedudukan kaum

masing-masing dalam apa jua aspek berbanding dengan menggunakan teknik pertumpahan darah seperti peristiwa 13

Mei. Ini dapat mengelakkan sikap berat sebelah seterusnya membawa kepada pertumpahan darah. Ini juga dapat
membawa kepada perpaduan dan kemasyarakayan di negara ini.




Terbentuknya Parti Perikatan hasil gabungan UMNO, MCA, MIC seterusnya merapatkan lagi hubungan antara orang
Melayu, Cina dan India dalam bidang politik yang bermaufakat dalam usaha memupuk kerjasama kaum ke arah

mencapai perpaduan. Perpaduan dan kemasyarakatan yang dibentuk dapat menjamin keadan negara yang aman dan

damai. Selain itu, rakyat juga dapat berkerjasama antara satu sama lain.

Peranan Media Massa




Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien. Media
massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Menurut L. John Martin, media

massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden.



Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu

masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media memainkan peranan yang amat penting bagi

memperbaiki hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini.



Media cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan

memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat di dalam Negara kita dalam

ruangan akhbar, orang ramai dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-
menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap individu.




Di samping itu, media elektronik seperti televisyen, radio, laman web dan lain-lain juga merupakan satu peralatan
yang dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan mudah. Media elektronik memainkan peranan dengan

menayangkan iklan-iklan yang boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.

Sebagai contohnya, kempen–kempen yang ingin dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan

haruslah dibantu oleh media elektronik kerana saluran ini adalah alat yang berkesan dalam penyampaian maklumat
pada zaman teknologi yang canggih ini.






Peranan ini membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen berkenaan dan seterusnya dapat merealisasikan

hasrat kerajaan bagi menanam semangat perpaduan.






Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)




Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat

serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan
bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi

dan bergaul mesra.



Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman

yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan

keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara

berkekalan.

Keluarga Malaysia



Pada tahun 2021, Perdana Menteri ke-9 Malaysia Ismail Sabri Yaakob telah mengemukakan konsep “Keluarga Malaysia”

sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi mengukuhkan perpaduan rakyat.

Konsep ini berlatarbelakangkan krisis pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara Malaysia, kegawatan

dan ekonomi yang merundum, kejurangan strata ekonomi yang membesar di antara golongan berpendapatan rendah dan
golongan T20, ketidakpuashati masyarakat Sarawak dan Sabah terhadap kerajaan persekutuan yang ketara serta isu

perkauman yang kian bertambah.



Bagi menjayakan konsep Keluarga Malaysia, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menganjurkan

pelbagai program yang berlandaskan tiga teras utama konsep iaitu Kerterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.




Nilai lain ialah menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga, menyuburkan budaya komunikasi berhemah
dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga.




Visi 'Keluarga Malaysia' ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang
bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai visi itu berlandaskan

'Keberhasilan Kebahagiaan’.



Secara amnya, mesej keseluruhan konsep ini ialah 'Keluarga Malaysia' dapat menerima persamaan dan perbezaan

berdasarkan nilal-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Rukun Negara.

Kesimpulan




Kesimpulannya, terdapat banyak faktor-faktor yang membawa kepada perpaduan dan kemasyarakatan bagi
menghasilkan negara yang aman dan sejahtera. selain itu, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus

diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang

bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.



Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan,

negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.



Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,

ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Penutup













Secara ringkas, memupuk perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini amat penting bagi memastikan keamanan
dan keharmonian sejagat. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan dan menjalankan beberapa dasar bagi mencapai

integrasi nasional. Kerajaan telah mengambil langkah proaktif agar dasar-dasar ini dapat diterima dan dipersetujui

oleh semua komuniti di negara ini.
Dengan itu, kita perlulah bersyukur kerana adanya dasar-dasar yang diperkenalkan bagi memupuk perpaduan.

Sekiranya tiada usaha tersebut, maka struktur masyarakat akan menjadi kucar-kacir dan berlakunya huru-hara.

Adanya dasar tersebut bagi menegaskan bahawa negara ini mampu bersatu-padu walaupun berbeza agama, kaum
dan kekhilafan politik.

Dasar-dasar tersebut telah pun menjadi asas penyatupaduan di negara ini dan secara tidak langsung menjadi gaya

kehidupan rakyat Malaysia. Maka ia tidak boleh lagi dipisahkan dari hati dan jiwa rakyat.

Tun Dr. Mahathir mengemukakan
TunkuAbdul Rahman dan pemimpin Sekolah ialah tapak di mana perpaduan
nasional awal negara yang merangka nasional dipupuk pada usia muda pelan Wawasan 2020 bagi merangka

dasar-dasar perpaduan perjalanan bangsa Malaysia






















Konsep “Keluarga Malaysia” ialah dasar Dato Sri Najib Razak memperkenalkan konsep
perpaduan terbaru oleh kerajaan 1Malaysia sebagai aspirasi merapatkan hubungan kaum

Rujukan




1. Jeong Chun Hai @Ibrahim. (2007). Fundamental of Development Administration. Selangor: Scholar

Press. ISBN 978-967-5-04508-0

2.^ Sukirno, Sadono. "Growth and Transformation of the Malaysian Economy".
3.Shahrin, Azmi. "A Critical Assessment the Contribution of the Agriculture Sector in the Growth of the Malaysian

Economy"

4.https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasar-pelan/dasar-pelan-kementerian-perpaduan-negara/dasar-
perpaduan-negara-dpn

5.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dasar-perpaduan-keluarga-malaysia-akan-dilancar-hujung-bulan-ini-

wan-ahmad-fayhsal-331368

6.https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/03/794576/perpaduan-perlu-jadi-agenda-utama-setiap-tindakan
7.https://www.sinarharian.com.my/article/177157/KHAS/Wacana/Konsep-Keluarga-Malaysia-satu-kesinambungan

8.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894198/3-disember-hari-batik-malaysia

9. Jeong Chun Hai @Ibrahim & Nor Fadzlina Nawi. (2012). Principles of Public Administration: Malaysian
Perspectives. Kuala Lumpur: Pearson. ISBN 978-967-349-233-6

10. Jeong Chun Hai @Ibrahim. (2007). Fundamental of Development Administration. Selangor: Scholar

Press. ISBN 978-967-5-04508-0

SEKIAN




TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version