TOKOH PEMIMPIN JOHOR
BIODATA DIRI
NAMA
Ahmad Thaqif Arfan bin Aszrul Erwan
KELAS
6 UKM
ALAMAT EMEL
[email protected]
NAMA SEKOLAH
SK Perumahan Tampoi 2
ALAMAT SEKOLAH
Jalan Persiaran Selasih, Taman
Cempaka, 81200 Johor Bahru,Johor
PENGENALAN
Dato’ Dr. Ungku Omar merupakan salah seorang daripada tokoh intelektual
Melayu yang amat besar sumbangannya dalam bidang pendidikan di negara ini.
Antara sumbangan penting Dato’ Dr. Ungku Omar ialah merealisasikan penubuhan
institusi pengajian tinggi awam yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium
perantaraan dalam pengajarannya terutamanya dalam pelajaran kursus-kursus penting
seperti kejuruteraan dan perubatan.
Institusi pengajian yang dimaksudkan ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Perjuangan Dato’ Dr. Ungku Omar ini sekali gus telah berjaya memartabatkan
Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
Dato’ Dr Ungku Omar juga dikenali sebagai UKM, Bangi
tokoh intelektual Melayu yang juga seorang ahli sains
dan tokoh perubatan terkenal.
BIODATA TOKOH
• Nama: Ungku Omar bin Ungku Ahmad
• Tarikh lahir: 18 Januari 1931
• Tempat lahir: Johor Bahru, Johor
• Pendidikan awal: i) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak
ii) Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak
• Kerjaya: i) Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala
Lumpur
ii) Pendaftar di Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine,
London
iii) Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan
• Anugerah/Gelaran: i) Anugerah Bintang Kebesaran Darjah Setia Mahkota (DSM) oleh
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang membawa
gelaran Dato’
ii) Anugerah Bintang Kebesaran Darjah Kerabat Yang Dihormat
oleh Sultan Johor
iii) Gelaran Profesor oleh Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia
iv) Namanya diabadikan untuk institusi Politeknik Ungku Omar,
Ipoh, Perak setelah beliau meninggal dunia pada 15 Februari
1969
Politeknik Ungku Omar, Ipoh,
Perak
PENDIDIKAN
Pendidikan awal Dato’ Dr. Ungku Omar bermula di sekolah Melayu dan sekolah agama di
tanah kelahirannya di Johor. Pada peringkat awal lagi, beliau telah mempamerkan tahap
kecerdasannya yang tinggi.
Oleh itu, pada tahun 1961, Dato’ Dr. Ungku Omar berangkat ke England bagi
menyambung pelajaran. Hasilnya beliau memperoleh diploma dalam bidang patologi dari Royal
College of Physicians London dan Royal College of Surgeons of England pada tahun 1962.
Pada tahun yang sama juga, beliau berkhidmat sebagai pendaftar di Jabatan Patologi,
Royal Free Hospital, School of Medicine, London.
Royal College of Royal College of Royal Free Hospital,
Surgeon, London Physicians, England School of Medicine,
London
Beliau kemudiannya menyambung pelajaran pada peringkat kedoktoran dan
memperoleh ijazah PhD dan diterima menjadi ahli Institute of Biology, London pada tahun
1965. Dua tahun seterusnya, beliau diterima menjadi ahli kehormat College of American
Pathologist, Amerika Syarikat.
Setelah menimba pelbagai pengalaman di luar negara, Dato’ Dr. Ungku Omar
kembali semula ke tanah air.
Dato’ Dr. Ungku Omar bertekad mencurahkan baktinya di tanah air apabila dilantik
sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama
dilantik memegang jawatan tersebut dan telah melakukan tugasnya dengan cemerlang.
KERJAYA TOKOH
Dato’ Dr. Ungku Omar dikenali sebagai tokoh intelektual Melayu yang juga seorang
ahli sains dan perubatan terkenal.
Sepanjang hayatnya, Profesor Dr. Ungku Omar pernah memegang berbagai-bagai
jawatan, termasuk Pengarah Perkhidmatan Membasmi Malaria, Kementerian Kesihatan
Malaysia; Pengarah Perkhidmatan Pemindahan Darah Kebangsaan; Pengerusi Majlis Kolej
Islam; Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; Pengerusi Rancangan Operasi,
Jawatankuasa Membasmi Malaria; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membasmi Malaria;
Ahli Jawatankuasa Pakar; Kementerian Kesihatan Malaysia; Ahli Jawatankuasa Penyakit
Kusta Kebangsaan; Pengerusi Institut-Institut Penyelidikan Perubatan Whitley Council dan
banyak lagi.
Beliau juga pernah menjadi Ketua Delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa ASA
Technical Coopearation dan Research (Filipina, Thailand dan Malaysia); Ahli Lembaga
Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC) dan Ahli
Jawatankuasa Sains Sosial UNESCO.
SUMBANGAN TOKOH
Dato’ Dr. Ungku Omar telah memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang
pendidikan di negara ini.
Antara sumbangan penting Dato’ Dr. Ungku Omar dalam bidang pendidikan ialah
menubuhkan sebuah universiti yang mampu mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai
Bahasa ibunda.
Selama ini, bahasa penjajah atau Bahasa Inggeris telah digunakan secara meluas di
institusi pengajian tinggi.
Perjuangan Dato’ Dr. Ungku Omar inilah yang akhirnya telah mendorong kerajaan
untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya sebagai bahasa penghantar.
Selain itu, beliau telah mendesak kerajaan agar menyediakan peruntukan kewangan
lebih besar kepada penduduk luar bandar terutama bagi memenuhi keperluan pendidikan
mereka.
Antara desakan itu ialah mendirikan lebih banyak sekolah atas pusat-pusat latihan
kemahiran sebagai langkah jangka panjang memajukan pelajar dan belia di luar bandar.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
• Sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
Dato’ Dr. Ungku Omar ialah seorang yang tidak mudah berputus asa dalam
melakukan sesuatu. Sebagai contoh,beliau mempertahankan hak orang Melayu
sehabis baik sehingga Bahasa Melayu dimartabatkan dan digunakan sebagai bahasa
pengantaraan di institusi pengajian tinggi.
• Berjiwa rakyat
Beliau sangat prihatin dan mengambil berat akan rakyat dan masyarakat.
Usaha beliau untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi
memastikan anak bangsa dapat menuntut ilmu dengan baik dan selesa.
KESIMPULAN
Dato’ Dr. Ungku Omar merupakan tokoh pemimpin Johor yang sangat disegani.
Nilai kepimpinan yang tinggi dalam diri beliau telah menjadikan beliau sebagai seorang
tokoh yang banyak memberi jasa dan sumbangan terhadap rakyat dan negara ini.
Kehilangan Dato’ Dr. Ungku Omar merupakan suatu kehilangan yang sangat besar
buat negara. Nama Dato’ Dr. Ungku Omar akan terus diingati khususnya dalam bidang
pendidikan apabila namanya telah diabadikan pada salah sebuah politeknik terkenal di
negara ini, iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.
SUMBER RUJUKAN
Adi Alhadi. (2007). Siapa Mereka (Jilid 4). Kedah: eduCLASS Publishing & Printing Sdn. Bhd.
Afyassin (2008, 21 Mac). Ungku Omar Ungku Ahmad :
http://afyassin.blogspot.com/2008/03/ungku-omar-ungku-ahmad-dato-dr.html
Amaleen Aisyah. (2007). Siri Reformasi Pendidikan Tempatan: Sumbangan Tokoh Dalam
Pendidikan. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek.
Celine Soo. (2019, 1 Mac). Profesor Dato' Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad:
https://www.scribd.com/doc/301437658/Profesor-Dato-Dr-Ungku-Omar-Ungku-Ahmad
Freddie Aziz Jasbindar. (2019, 24 January). Disebalik Nama Politeknik Ungku Omar Di Ipoh:
https://www.orangperak.com/sebalik-nama-politeknik-ungku-omar-di-ipoh.html
Jamie Barras. (2009, 30 Jun). London (Royal Free Hospital) School of Medicine for Women
WC1:
https://www.flickr.com/photos/ddtmmm/3677894933
Jeffrey Blackler. (2008, 12 November). Royal College of Surgeons of England, Lincoln's
Inn Fields, London:
https://www.alamy.com/stock-photo-royal-college-of-surgeons-of-england-lincolns-inn-
fields-london-21360012.html
Royal College of Physicians. (2019, 19 Disember). Photo Royal College of Physicians:
https://www.rcplondon.ac.uk/news/royal-college-physicians-responds-queens-speech