The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Berterusan Tugasan 2 (GKEB1072)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 693-21-wagner, 2023-07-20 07:33:42

Pentaksiran Berterusan (GKEB1072, T2)

Pentaksiran Berterusan Tugasan 2 (GKEB1072)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM 98009 MIRI SARAWAK PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP] AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU [SK] PENTAKSIRAN BERTERUSAN GKEB1072 : KEMAHIRAN BELAJAR TAJUK TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU) NAMA : WAGNER WELLI ANGKA GILIRAN : 2022022310052 NO. KAD PENGENALAN : 040505131193 KUMPULAN : PPRBMM3-2 KOD DAN NAMA KURSUS : GKEB1072 : KEMAHIRAN BELAJAR NAMA PENSYARAH : DR LAW HUI HAW TARIKH HANTAR : 23 JUN 2023 PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH : Wagner


Nama : Wagner Welli Umur : 19 tahun Asal : Miri, Sarawak Bangsa : Saban Agama : Kristian Bidang pengkhususan : Bahasa Melayu (SK) Pengenalan Diri


Kandungan Pengenalan Golongan Kata Rumusan Rujukan


Pengenalan Pembelajaran yang berkesan sudah pasti memiliki kaedah dan strategi yang tersendiri. Misalnya, membuat nota untuk kegunaan mengingat fakta dengan lebih efisien dan proaktif. Umum mengetahui, kemahiran belajar adalah suatu proses pembelajaran untuk meningkatkan kemampuan pelajar dalam pembelajaran (Anida et al., 2023). Lantaran itu, penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar mengetahui dengan lebih mendalam dan teliti mengenai golongan kata.


Golongan kata ialah kumpulan perkataan yang terdiri daripada jenis perkataan yang sama berdasarkan tugasnya. Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai golongan kata yang digunakan dalam pertuturan dan penulisan. Oleh itu, kita perlu mengetahui golongan kata supaya penggunaannya dapat diaplikasikan dengan betul dan baik dalam kehidupan seharian. Berdasarkan penggunaan perkataan dalam ayat, golongan kata bahasa Melayu terbahagi kepada empat golongan seperti yang berikut. Golongan Kata


Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas


01 Kata Nama


Kata Nama Am Kategori Perkataan Manusia doktor, guru, pelajar, ibu Haiwan kucing, katak, burung, ikan Tumbuhan pokok durian, rumput Benda bangunan, kereta, meja Tempat kampung, pantai, bandar Kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda, manusia, haiwan, tumbuhan dan tempat. Kata nama dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama (Nik Safiah et al., 2015). Kata nama am digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, tumbuhan, tempat dan benda secara umum. Setiap perkataan kata nama am perlu ditulis dengan huruf kecil kecuali apabila kata nama am tersebut berada pada permulaan ayat lalu huruf pertamanya diawali dengan huruf besar. Contoh perkataan : Jadual 1 Perkataan-perkataan kata nama am mengikut kategori


Kata Nama Am Manusia Haiwan Benda Tumbuhan Tempat Latihan Kelaskan kata nama am berikut mengikut kategori yang betul. adik bantal arnab pasar polis almari rumput sekolah itik pokok 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2.


Kata Nama Khas Kata Nama Khas Kata nama khas merujuk kepada benda, manusia, tempat, haiwan dan tumbuhan yang dinyatakan secara khusus. Setiap perkataan kata nama khas, huruf pertamanya sentiasa diawali dan ditulis dengan huruf besar. Contoh perkataan : Manusia Tumbuhan Tempat Haiwan Benda Razali Doktor Azim Cikgu Sarah Ibu Leha Proton Saga Matematik Haji Sabun Dove Pulau Pinang Zoo Negara Jalan Kasturi Jepun Pak Belang Sang Buaya Katak Puru Si Tompok Bunga Raya Pisang Emas Musang King Tongkat Ali


Kata Nama Khas Manusia Haiwan Benda Tumbuhan Tempat Latihan Kelaskan kata nama khas berikut mengikut kategori yang betul. Ahmad Bunga Mawar 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. Sarawak Hotel Jaya Si Putih Doktor Ain Mas Cotek Jalan Ceria Pak Belang Proton Waja


Kata Ganti Nama Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan nama diri, nama tempat, nama tunjuk dan nama tak tentu. Dalam pada itu, kata ganti nama terdiri daripada dua komponen, iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk. Orang Kedua Orang Ketiga Merujuk kepada orang yang berbicara. Merujuk kepada orang yang diajak berbicara. Merujuk kepada orang yang diperkatakan. Contoh : aku, saya, hamba, patik Contoh : awak, anda, kamu, engkau Contoh : dia, beliau, mereka, baginda Saya telah menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. "Awak hendak pergi ke mana?" tanya ibu kepada Swee Ling. Mereka sedang bermain badminton di gelanggang.


Kata Ganti Nama Tunjuk Kata ganti nama tunjuk umum Ini - benda yang dekat Itu - benda yang jauh Menunjukkan benda atau perkara yang umum. Contoh ayat : 1. Ini kereta baharu keluarga saya. 2. Itu bangunan Hospital Miri, Sarawak. Kata ganti nama tunjuk tempat sini - dekat situ - agak jauh sana - jauh Menunjukkan tempat Contoh ayat : 1. Di sini tempat menunggu bas. 2. Di situ adalah kawasan murid berkumpul. 3. Di sana ada pondok pengawal keselamatan.


Latihan Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai. 1. "................... (Saya / Beta) akan berlepas ke Sarawak pada petang ini," kata Encik Mazlan. 2. .................... (Mereka / Kamu) sedang berlatih bersungguh-sungguh kerana akan menyertai pertandingan bola sepak peringkat sekolah. 3. Anis anak yang berdikari. .................... (Dia / Aku) melakukan semua kerja dengan sendiri. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama tunjuk yang betul. 1. Kek cawan yang enak dan cantik hiasannya ................... (ini / itu) disediakan oleh ibu saya. 2. Mereka akan berkhemah di .................... (sini / situ) selama dua hari. 3. Tuk Melan akan menyiapkan ukiran kaya yang ditempah oleh pelanggannya di bengkel .................... (sana / itu).


02 Kata Kerja


Kata Kerja Kata Kerja Transitif Kata kerja ialah perkataan yang merujuk kepada perbuatan. Perbuatan adalah perkara yang melibatkan manusia, haiwan atau benda. Sehubungan dengan itu, kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif (Norizan, 2013). Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja yang mesti diikuti oleh objek setelahnya. Kata kerja yang tidak memerlukan objek setelahnya. Kami pergi ke Sibu. Adik Azim masih tidur. Nenek memasak. Contoh ayat : Ibu sedang mencuci pinggan. (ayat aktif) Pinggan dicuci oleh ibu. Contoh ayat : (ayat pasif)


Rajah 1 Contoh kata kerja berserta gambar.


menanak Latihan Isi tempat kosong dengan kata kerja transitif yang paling sesuai. 1. Kita mestilah .......... jasa guru yang telah memberikan ilmu kepada kita. 2. Usaha .......... longkang itu telah berjaya disiapkan sepenuhnya. 3. Kakak sedang .......... nasi di dapur. memperluaskan menghargai Isi tempat kosong tersebut dengan kata kerja tak transitif yang paling sesuai. 1. Jalur Gemilang .......... dengan megahnya. (berkibar / bersinar) 2. Pokok durian itu .......... lebat. (berdaun / berbuah) 3. Gopal .......... kerana disengat lebah. (terjatuh / menangis)


03 Kata Adjektif


Sifat Warna Ukuran Bentuk Kata adjektif ialah kata yang menyatakan keadaan atau sifat sesuatu kata nama (Sivaneswary, 2019). Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu : Kata adjektif yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu. Contoh : baik, pandai, kukuh, kemas, berani. Kata adjektif yang menerangkan warna sesuatu objek Contoh : perang, hitam, merah, biru Kata adjektif yang menunjukkan ukuran sesuatu objek. Contoh : panjang, tebal, pendek, nipis Kata adjektif yang menjelaskan sesuatu rupa atau bentuk Contoh : bulat, bujur, lonjong, segi tiga


Waktu Jarak Cara Perasaan Pancaindera Kata adjektif yang menerangkan masa. Contoh : segera, silam, suntuk Kata adjektif yang menerangkan ruang antara dua objek atau keadaan. Contoh : jauh, nyaris, hampir, dekat Kata adjektif yang menunjukkan sesuatu kelakuan atau ragam Contoh : laju, licah, deras, gopoh Kata adjektif yang menunjukkan sesuatu perasaan. Contoh : marah, sedih, rindu, gembira Kata adjektif yang menerangkan kelima-lima deria. rasa : manis, masam sentuh : lembut, kasar bau : busuk, wangi dengar : nyaring, merdu pandang : cantik, tampan


halus lonjong manis hitam awal gembira tebal nyaris deras Latihan Pilih kata adjektif yang paling sesuai. 1. Kek itu sungguh .......... . 2. Susan berasa sangat .......... hari ini. 3. Air sungai itu mengalir dengan deras .......... . 4. Dia .......... mengalami kemalangan. 5. Aina .......... sampai di sekolah semalam. 6. Bola ragbi berbentuk .......... . 7. Kamus itu sangat .......... . 8. Ahli karate itu memiliki tali pinggang .......... . 9. Ibu hendak memiliki gula .......... di pasar.


04 Kata Tugas


Kata Tugas Perkataan Kata tugas merujuk kepada kata yang bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain (Siti & Sharil, 2022). Kata hubung Kata seru Kata tanya kata perintah Kata pangkal ayat Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata pembenar Kata bilangan Kata arah Kata adverba Kata pembenda Kata penekan Berikut merupakan jenis-jenis kata tugas. dan, atau, tetapi wah, amboi, aduh bila, berapa, apa sila, tolong, jemput hatta, maka akan, sudah, pernah amat, paling juga, pun, -lah tidak, bukan ialah, adalah di, ke, dari ya, benar, betul dua, beribu-ribu atas, bawah, dalam begini, selalu -nya -nya Contoh perkataan :


Latihan Isi tempat kosong dengan kata tugas yang paling sesuai. 1. .......... Putera Raja itu pun beradu. (Maka / Hatta) 2. Najiha .......... bermain dengan anaknya. (sekali / sedang) 3. .......... cara untuk membuat roti itu? (Mengapa / Bagaimana) 4. Ibu .......... kakak sedang mengemas rumah. (lalu / dan) 5. Ahmad .......... ahli kelab Badminton. (bukan / pernah) 6. .......... , cantik sungguh beg tangan kamu! (Cis / Amboi) 7. Rumah baru Encik Zain cantik .......... . (juga / sekali) 8. Zamri dan Hasmi sedang berbincang .......... percutian mereka. (tentang / dengan)


Pembelajaran mengenai golongan kata jelas lebih menarik apabila nota yang dihasilkan menggunakan kreativiti tersendiri. Hal ini demikian kerana tiada format atau kaedah tertentu yang boleh dianggap betul atau paling sesuai. Rumusan Secara keseluruhannya, membuat nota adalah suatu pendekatan yang terbaik untuk mengingat maklumat yang dipelajari. Dengan itu, keperluan pelajar untuk memahami dan menguasai golongan kata akan meningkatkan apabila nota yang dihasilkan adalah berkesan. (525 patah perkataan)


Rujukan Anida Idrus, Mahani Ibrahim, Shamsiah Md Nasir. (2023). Kemahiran Belajar. Local Publications (M) Sdn Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Norizan Rajak. (2013). Kata Kerja Bersiri dalam Bahasa Melayu. Urbane Ethos Sdn Bhd. Siti Rahayu Muhammad & Sharil Nizam Sha'ri. (2022). Analisis kesilapan kata tugas dalam karangan Bahasa Melayu murid tahun enam. Asian Journal of Civilizational Studies. 4(2), 13-29. Sivaneswary Sivaratanam. (2019). Penguasaan golongan kata dalam kalangan murid SJKT. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu. 7, 1-24.


Click to View FlipBook Version