The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHAP 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaleda.khaidzir, 2023-09-19 02:32:09

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHAP 1

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHAP 1

KERTAS CADANGAN NAMA PROGRAM/ AKTIVITI: LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 1 KE GO-JB CHOCOLATE DAN PETROSAINS PLAYSMART JOHOR BAHRU Yang Berusaha, Guru Besar, SK PERUMAHAN TAMPOI 2 81200 JOHOR BAHRU TAJUK KERTAS CADANGAN: LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 1 KE GO-JB CHOCOLATE DAN PETROSAINS PLAYSMART JOHOR BAHRU 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM: Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian mereka. Sehubungan itu, kemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat membantu perkembangan individu murid-murid. Lawatan ini merupakan salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) di mana ia sangat memberi impak yang mendalam kepada murid-murid. Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk murid. Oleh sebab itu, program lawatan sambil belajar ini diadakan untuk murid-murid supaya mereka mendapat pengalaman melalui lawatan tersebut. Aktiviti lawatan sambil belajar juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mempraktikkan segala kemahiran luar bilik darjah yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada guru-guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan menimba sebanyak mungkin pengalaman yang mereka peroleh. Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat berguna. Oleh itu, pihak penyelaras Lawatan Sambil Belajar telah bersetuju untuk memilih GO-JB Chocolate dan Petrosains Playsmart Johor Bahru sebagai tempat untuk dilawati.


3.0 OBJEKTIF PROGRAM: 3.1 Memberi pengalaman sebenar kepada murid Tahap 1 tentang ilmu aplikasi Sains dan elemen STEM dengan lebih berkesan. 3.2 Memberi peluang kepada murid-murid Tahap 1 melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 3.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang adab-adab semasa bermusafir. 4.0 KUMPULAN SASARAN: 4.1 Murid Tahap 1 SKPT2 5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM: 5.1 TARIKH 28 November 2023 5.2 KEPERLUAN ALATAN PROGRAM BIL PERALATAN KUANTITI CATATAN 1. Air Mineral 5 Kotak 2. Roti 176 Pcs 3. First Aid Kit 1 Unit 4. Goodies & Gula-gula 7 Bungkus


6.0 JAWATANKUASA KERJA 6.1 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En. Mazli bin Jaafar (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Pn. Norliana bt Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : En Salif Yahya bin Salif Jamah (Penolong Kanan Petang) Naib Pengerusi 2 : Pn. Nur Hayati Binti Ahmad (Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 : Pn. Marzuin binti Abd Hamid (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 4 : En Mohd Firdaus bin Maskan (Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi) Penyelaras : Pn. Khaleda Syazwani Binti Khaidzir Penolong Penyelaras : Cik Siti Khairunnisa’ Binti Mohd Sarbani Setiausaha : Pn. Khaleda Syazwani binti Khaidzir Bendahari : Cik Siti Khairunnisa’ Binti Mohd Sarbani 6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA NAMA BIDANG TUGAS Penyelaras Program Pn. Khaleda Syazwani Binti Khaidzir ⮚ Menyelaras pelaksanaan program Lawatan Sambil Belajar Tahap 1. Penolong Penyelaras Cik Siti Khairunnisa’ Binti Mohd Sarbani ⮚ Membantu dalam pelaksanaan program Lawatan Sambil Belajar Tahap 1. ⮚ Membuat laporan akhir program. Setiausaha Pn. Khaleda Syazwani binti Khaidzir ⮚ Menyelaras pelaksanaan program lawatan Sambil Belajar Tahap 1. ⮚ Menyediakan kertas kerja program. ⮚ Menyediakan suratmenyurat berkaitan lawatan. Bendahari Cik Siti Khairunnisa’ Binti Mohd Sarbani ⮚ Mengutip yuran lawatan daripada guru penyelaras aliran. ⮚ Mengurus kewangan sepanjang lawatan.


AJK Pengangkutan 1- En. Faizal Bin Subakhi ⮚ Mendapatkan sebut harga dan membuat tempahan bas. ⮚ Hubungi bas. ⮚ Memastikan bas sampai pada masa yang ditetapkan. AJK Peralatan 1- Pn. Nur Liyana Binti Abdul Hadi ⮚ Menyediakan air mineral botol kecil (5 Kotak). AJK Persegaran 1- Pn. Hasnidah Binti Sakim 2- Pn. Azimah Binti Mohamed 3- Pn. Norfarhana Binti Zamani ⮚ Membuat tempahan makanan sarapan (dibungkus) dan meminta hantar ke sekolah pada hari kejadian. (Boleh tempah di kantin). ⮚ Membeli roti (Boleh bincang dengan Kantin). ⮚ Berurusan dan menempah tempat makan di McD UTM Skudai – 80 Murid, 8 Guru AJK Perhubungan 1- Pn. Khaleda Syazwani Binti Khaidzir ⮚ Berhubung dengan pihak tempat lawatan untuk urusan yuran, jadual dan sebagainya. AJK Tempahan Baju 1- En. Khairul Anwar Bin Abd Rahim ⮚ Mendapatkan harga baju. ⮚ Menempah baju murid dan guru. ⮚ Mengedarkan baju sebelum lawatan. AJK Keselamatan 1- Cik Siti Khairunnisa’ Binti Mohd Sarbani ⮚ Menyediakan first aid. ⮚ Mengambil maklum tentang kesihatan murid lawatan. AJK Kerohanian 1- En. Khairul Anwar Bin Abd Rahim ⮚ Memastikan semua murid dapat solat mengikut waktu .


AJK Kawalan Murid 1- Pn. Khaleda Syazwani Binti Khaidzir 2- Cik Siti Khairunnisa’ Binti Mohd sarbani 3- Pn. Hasnidah Binti Sakim 4- Pn. Azimah Binti Mohamed 5- En. Faizal Bin Subakhi 6- Pn. Nur Liyana Binti Abdul Hadi 7- En. Khairul Anwar Bin Abd Rahim 8- Pn. Norfarhana Binti Zamani ⮚ Mengawal murid sepanjang lawatan. ⮚ Membantu mengawal keselamatan murid. AJK Dokumentasi 1- Pn. Nur Liyana Binti Abdul Hadi 2- En. Faizal Bin Subakhi ⮚ Mengambil gambar dan merakam video sepanjang program berlangsung. ⮚ Memuat naik gambar dan rakaman video ke dalam laman sosial rasmi sekolah. AJK Pengurusan Borang 1- Tahun 1 – Pn. Hasnidah Binti Sakim 2- Tahun 2 – Pn. Azimah Binti Mohamed 3- Tahun 3 – Pn. Khaleda Syazwani Binti Khaidzir ⮚ Mengedar dan mengumpulkan borang kebenaran lawatan mengikut aliran. ⮚ Mengumpul duit yuran lawatan (Kemudian serah kepada Cik Siti Khairunnisa’)


7.0 IMPLIKASI KEWANGAN: 7.1 SUMBER KEWANGAN 7.1.1 Pendapatan 1. Yuran Lawatan RM70 X 80 Murid RM 5,600.00 2. Yuran Lawatan RM50 X 8 Guru RM 400.00 JUMLAH RM 6,000.00 7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN 7.2.1 Perbelanjaan 1. Bas x 2 RM 800.00 2. Makanan Roti RM 1.00 x 2 (80 Murid & 8 Guru) Sarapan RM 3.00 x (80 Murid & 8 Guru) McD RM 10.00 x (80 Murid & 8 Guru) Goodies & Gula-gula RM 10.00 x 7 Bungkus RM 176.00 RM 264.00 RM 880.00 RM 70.00 3. Air Mineral Kotak RM 10 x 5 Kotak RM 50.00 4. Tiket GO-JB Chocolate RM 25.00 x 80 Murid RM 2,000 5. Baju RM 20.00 x (80 Murid & 8 Guru) RM 1,760.00 JUMLAH RM 6,000.00 7.3 LAMPIRKAN KELULUSAN PINDAH PERUNTUKAN (sekiranya ada ) -Tiada8.0 ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu ) -Tiada-


9.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar Lawatan Murid Tahap 1 ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga ia akan memberi manfaat dan impak yang positif kepada murid Tahap 1. Semoga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar demi menambah pengetahuan dan pengalaman berharga kepada murid SK Perumahan Tampoi 2. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : Disemak oleh: ………………………… ……………………………. (KHALEDA SYAZWANI BINTI KHAIDZIR) (NUR HAYATI BINTI AHMAD) Guru Penyelaras Lawatan Sesi Petang Penolong Kanan Kokurikulum, SK Perumahan Tampoi 2 SK Perumahan Tampoi 2 Tarikh: ............................... Tarikh: ...............................


KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 1 KE GO-JB CHOCOLATE DAN PETROSAINS PLAYSMART JOHOR KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Murid Tahap 1 Ke GO-JB Chocolate Dan Petrosains Playsmart Johor Bahru Atau Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Murid Tahap 1 Ke Go-Jb Chocolate Dan Petrosains Playsmart Johor Bahru Ulasan : .................................................................................................................. ................................................................................................................. ................................................................................................................. …………………………… (EN. MAZLI BIN JAAFAR) Guru Besar SK Perumahan Tampoi 2 Tarikh :...................................


Lampiran TENTATIF LAWATAN KE PETROSAINS PLAYSMART & GO-JB CHOCOLATE Hari : Selasa Tarikh : 28 November 2023 7.30 PAGI : Berkumpul di sekolah 7.45 PAGI : Murid bersarapan di kantin 8.00 PAGI : Bertolak ke GO-JB Chocolate 8.30 PAGI : Tiba di GO-JB Chocolate Sesi pengenalan koko dan coklat Melihat pemprosesan coklat Sesi pembahagian Apron yang bernama murid Murid membuat 3 jenis coklat Beli-belah coklat Sesi bergambar 12.00 T/HARI : Makan tengah hari (Mcd UTM Skudai) & Solat Zohor (Masjid Sultan Abu Bakar) 1.30 PETANG : Bertolak ke Petrosains Playsmart JB 2.00 PETANG : Tiba di Petrosains Playsmart JB Persembahan bertemakan Sains dari pihak Petrosains Playsmart JB Penerokaan Sains di Petrosains Playsmart JB 4.00 PETANG : Bertolak pulang


Click to View FlipBook Version