The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Muaz Bin Muhd Hairi, 2019-06-18 23:00:00

TOPIK 1

TOPIK 1

Keywords: muaz

ETIKA PERGURUAN DALAM
PENDIDIKAN
SEC 1113

TOPIK 1
PENGENALAN ETIKA

Oleh: Cik Nik Nur Syazwani binti Ibrahim

DEFINISI ETIKA

 Etika berasal daripada perkataan Yunani „ETHOS‟

yang bermaksud adat atau cara hidup.

Merupakan satu sistem atau falsafah tata
kelakuan (conduct) yang diamalkan oleh

seseorang atau sesuatu kumpulan berasaskan
himpunan piawaian yang menentukan sesuatu

tindakan individu itu betul atau salah.

KONSEP ASAS ETIKA

 Merupakan kajian tentang falsafah moral, perlakuan
yang baik,kewajipan moral, sikap moral,
tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang
baik.

 Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis
panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin
kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti
etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

TOKOH-TOKOH ETIKA

1) Socrates - menggalakkan manusia mengenali diri
sendiri dengan ilmu pengetahuan

“kejahilan menyebabkan seseorang brkelakuan jahat.
Dia tidak mengetahui apa yang baik untuknya. Dia
percaya yang menipu dan menyakitkan orang lain
akan menguntungkannya. Dia salah, sebenarnya
kebaikan berpunca daripada ilmu pengetahuan”

TOKOH-TOKOH ETIKA

2) Plato - cara terbaik melaksanakan etika mulia ialah
dengan menjadikan diri sebagai contoh yang baik.

“untuk mengetahui apa dia kehidupan yang
baik,seseorang itu perlu terlatih dalam ilmu falsafah.

Hanya orang yang berilmu sahaja yang boleh
berkelakuan etika. Ertinya, hanya bilangan kecil

sahaja yang dapat berkelakuan baik.”

TOKOH-TOKOH ETIKA

3) Aristotle – Hidup dengan beretika adalah untuk
mencapai kebahagiaan hidup. Cara untuk mencapai etika
yang mulia ialah dengan menggunakan segala akal
fikiran. Kebaikan adalah sederhana.
“untuk mencapai kebahagiaan, seseorang itu perlu
mengamalkan jalan tengah (the golden mean). Dia perlu
bertindak secara sederhana dan tidak melampau.”



JENIS-JENIS ETIKA

• Menyediakan • Berasaskan
ajaran agama kepada akal
sebagai asas tafsiran
etika manusia

Etika Etika
Keagamaan Kerasionalan

Etika Etika
Perniagaan keprofesionalan

• Kod yang • Terikat dengan
mengatur tingkah tatatertib
laku perniagaan profesionnya

TEORI-TEORI
ETIKA

 Teori Teleologikal
 Teori Utilitarianisme
 Teori Egoisme

 Teori Deontologikal

 Teori Keperibadian Mulia

Teori teleologikal

• Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan
Yunani “telos” yang bermaksud “tujuan” atau
“matlamat”.

• Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan
yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala
yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral.

• Berdasarkan teori ini nilai „betul‟ atau „salah‟
bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.

• Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat
sesuatu tindakan. Bagaimanapun, ahli-ahli teologi
mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang
dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang
hendak dimajukan.

• Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori
teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan
egoisme.

Teori Utilitarianism

• Pengasas teori ini ialah Jeremy Bentham (1748 –
1832) dan John Stuart Mill (1806 – 1873)

• Mereka berdua bersetuju tentang hakikat bahawa
perlakuan yang dapat menghasilkan lebih banyak
keseronokan dan kebahagiaan adalah perlakuan yang
bermoral

• Bentham memberi penekanan kepada kuantiti
keseronokan dan kebahagiaan yang dibawa oleh
sesuatu perlakuan

• Mill sebaliknya mengambil kira aspek kuantiti dan juga
aspek kualiti

• Pertimbangan kualiti dilihat dari segi intelektual yang
mengambil kira faktor pendidikan, keprihatinan orang
lain dan perasaan moral

• Keseronokan secara intelektual dianggap lebih bernilai
daripada yang bersifat nafsu

Kritikan Terhadap Teori Utilitarianisme

• Menekankan tujuan dan manfaat terhadap pencapaian
atau kebahagiaan duniawi dan mengabaikan aspek
kerohanian.

• Mengorbankan prinsip keadilan dan hak individu demi
keuntungan kepada golongan majoriti dan orang ramai

• Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk
mencapai keseronokan.

• Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh
disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan
tertentu bertentangan antara keduanya

Teori Egoisme

• Terma “egoisme” berasal dari perkataan Latin iaitu
“ego”, dan “aku” dalam Bahasa Malaysia.

• Egoisme bermaksud bahawa sesuatu tindakan adalah
betul dengan melihat kepada kesan tindakan kepada
individu.

• lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya
bahawa mereka harus mengambil keputusan yang
dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri.

Contoh tindakan egoisme:

A. Seseorang memilih untuk membelanjakan sejumlah
wangnya untuk diri sendiri daripada menderma kepada
tabung kebajikan

B. Dalam situasi kebakaran kita memilih untuk tidak
menyelamatkan mangsa kebakaran kerana dikhuatiri
akan membahayakan nyawa sendiri.

C. Kita memilih untuk tidak menolong orang buta
melintas jalan kerana ingin sampai ke tempat kerja pada
waktu yang ditetapkan.

Kelemahan Teori Egoisme

• Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana
mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan
orang lain.

• Peraturan yang bersifat individualistik ini
menyebabkabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk
menghakimi sesuatu tindakan

• Merosakkan hubungan dan nilai murni yang tidak dapat
diterapkan.

• Nilai masyarakat tidak dapat dipupuk.

• Melahirkan individu yang pentingkan diri.

Teori Deontologikal

• Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon” yang
bermaksud “yang diharuskan atau diwajibkan”.

• Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama
ada baik atau buruk, benar atau salah adalah
berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang
bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan
oleh akibat-akibat tindakan tersebut.

• Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant,
seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang
pernah mengajar di University of Konigsberg di
bahagian barat Rusia.

• Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral
kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana
akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di
bawah kawalan kita.

• Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di
bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus
bertanggungjawab secara moral atas motif kita
untuk membuat kebaikan atau keburukan.

• Teori ini mempunyai dua aspek:

• Teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dengan
merujuk kepada perkara-perkara umum seperti
peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu.

• Teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa
tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-
prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa
tindakan adalah satu persepsi yang terus terang
sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Teori Keperibadian Mulia

menekankan sifat peribadi untuk mencapai
kehidupan yang baik

Matlamat:

• Mengetahui kualiti dan taraf kehidupan
yang diingini

• Menjadi satu piawai untuk menentukan kita
hendak menjadi insan yang bagaimana

• Sebelum berbincang mengenai peraturan, soal
keperibadian mulia perlu dibentuk terlebih dahulu

• Peraturan dihuraikan dan dibuktikan berdasarkan
konsep mengenai keperibadian mulia
MENGAPA?

• Tabiat atau perangai yang dibentuk dalam proses
perkembangan moral mengandungi kelakuan individu

• Mereka menentukan corak tingkah laku dan respon
terhadap situasi kehidupan

Aristotle:

Kebolehan moral kita yang
dipanggil “keperibadian

mulia” (virtue) atau “tabiat
baik secara moral” (morally
good habits), dibina melalui

latihan dan latih tubi

“jalan tengah”

setiap keperibadian yang mulia
merupakan “jalan tengah”, iaitu
sesuatu nilai yang diamalkan itu
adalah tidak berlebihan dan
tidak juga terlalu kurang

Contoh:

PERLAKUAN/ BERLEBIHAN JALAN TERLALU
PERASAAN TENGAH KURANG

Takut Gopoh Berani Pengecut /
Sopan Penakut
Perasaan malu Terlalu malu
Muka tebal

Perasaan Panas hati Sabar Kurang
marah semangat
Pemborosan Kemurahan
Pendapatan hati Kedekut
dan
Perbelanjaan

Ciri-ciri Keperibadian Mulia

1) diperoleh melalui pengajaran-pembelajaran
atau latihan

2) tabiat (habits) – apabila stabil dipanggil
“sifat”

3) boleh diguna pakai
4) baik (good), sempurna, membenarkan kita

bertindak dalam cara yang terbaik

Ketinggian Peribadi

AMALAN POSITIF AMALAN NEGATIF
Menyempurnakan tugas dan amanah Selalu berpura-pura dalam tindakan
Tamak dalam mengejar pangkat dan
Berilmu dan berpengetahuan luas
kedudukan
Mengutamakan keadilan Mungkir janji
Sedia berkorban Pemarah dan tidak sabar
Pengotor dan selekeh dalam pembawaan
Kemas dalam berpakaian, pemikiran dan
tindakan Khianat dalam melaksanakan tugas
Suka membangkang tanpa cadangan untuk
Jimat cermat dalam segala aspek
Bekerjasama dan saling hormat memperbaikinya
Lembab dan malas berusaha
menghormati
Tertib dan baik budi bicara

Kritikan Terhadap Teori
Keperibadian Mulia

• Bukan secara semulajadi.

• Keperibadian mulia juga diperoleh melalui
pemerhatian dan pergaulan.

• Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan
dipraktikkan. Ini kerana perbuatan “sederhana”
berbeza antara individu dengan individu yang
lain.

• Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu
kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

• Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil
secara pertengahan seperti contoh keadilan,
mengumpat, bercakap benar.

Contoh : Seorang pelajar IPG diambil tindakan kerana mengemukakan
sijil sakit palsu kepada HEP. Pihak HEP mengambil tindakan memberi
amaran keras kepada pelajar tersebut. Tindakan harus diambil kepada
pelajar tersebut tanpa ada jalan pertengahan.

Berikan pendapat anda terhadap tindakan guru dalam
gambar di bawah. kaitkan tindakan guru tersebut
berdasarkan teori etika.

PENILAIAN ETIKA

Konsep-konsep yang digunapakai dalam
penilaian etika:

1) Konsep Baik
2) Konsep Benar
3) Konsep Patut
4) Konsep Moral
5) Konsep Akhlak

Konsep Baik

• Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya. Merujuk kepada perasaan
dalaman individu terhadap sesuatu.

• Menurut Hobbes, sebarang objek yang diingini
adalah baik baginya, sebaliknya sebarang objek yang
dibenci adalah buruk.

Baik memberi makna berbeza mengikut situasi tertentu:

a) Secara fizikal
- benda yang memberi lebih banyak faedah atau kepuasan dari

segi penggunaan jika dibandingkan dengan pengalaman lalu.
- Contoh: kereta,tv

b) Kepuasan Diri
- Memuaskan hati dari segi rupa,mutu, teknologi, kecekapan

dll.
- Contoh: naik kereta mercedes dan proton

c) Kelakuan
- Gerak geri yang ditunjukkan, sesuai atau dapat memberi

persetujuan atau sokongan.
- Contoh: bersopan santun, ikut arahan, tepati masa dsb.

d) Penyakit
- Pulih atau balik kepada asal.

Konsep Benar

• Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri
penjelasan nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-
sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh
majoriti.

• G.E Moore kata,”benar” atau “salah” bergantung
kepada darjah keseronokan yang dihasilkan.

Confucious pula menggariskan “benar” boleh dilihat dari segi:

a) Benar Mutlak
- Kepercayaan kepada Tuhan. Kewujudan dan isi ajaran dalam

kitab tidak boleh dibahas.
b) Benar Secara Saintifik
- Sesuatu kebenaran boleh dibuktikan dengan fakta-fakta dan
dianalisa secara saintifik. Penggunaan statistik dapat
menentukan darjah kebenaran seara terperinci dan tepat.
c) Benar Secara Relatif
- Pada situasi tertentu, benar wujud secara relatif dan bukan
mutlak. Ini termasuk pantang larang dan peraturan adat.
- Perkara yang benar mungkin benar pada masa itu, tetapi tidak
benar pada masa yang lain.
Contoh: “biar mati anak jangan mati adat”

Konsep Patut

• Patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’dan
mempunyai unsur bertindak secara waras dan
bijaksana.

• Konsep patut memerlukan penilaian secara dalaman
iaitu:
a. pertimbangan terhadap standard yg diterima oleh
semua manusia
b. tafsiran secara psikologi terhadap fakta2 yang wujud.
c. pertimbangan nilai yang logik.

Konsep Moral

- James Hemming (1980) menyatakan bahawa
peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta
kehidupan sosial masyarakat.

- Ia merupakan garis panduan atau batasan dalam
pergaulan dan hubungan sesama mereka.

- Moral merupakan set peraturan t/laku mengenai
perhubungan antara manusia. Ia perlu kerana
manusia bersosial.

Cth: Seorang gadis dari Tg. Malim nak ke K.L dipelawa
seorang lelaki menumpang keretanya.

Persoalan moral: Pertimbangan moral akan
melahirkan keputusan dan tindakan. Dia akan
menyoal diri, adakah boleh bagi gadis tumpang kereta
seorang lelaki yang tidak dikenal. Apakah nilai yang
dipakai oleh masyarakatnya.

• Pertimbangan moral seseorang bergantung kepada :
a) Suasana atau keadaan ia dibesarkan
b) Sistem sosial
c) Agama

• Tujuan Moral:
a) Untuk kebaikan diri sendiri. (walaupun tak suka, kena ikut!)
- Contoh: Pergi kenduri
b) Untuk menghormati peraturan
- Contoh: janji harus ditepati
c) Untuk menghormati orang lain
- Contoh: Simpati, belas kasihan

Konsep Akhlak

• Berasal daripada bahasa Arab yang memberi pengertian
sifat-sifat semulajadi, tabiat atau gambaran batin seseorang.

• Menurut Dr. Miqdad Yaljin akhlak dipecahkan kepada 3
aspek:
a) Sifat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang secara
fitrah.(tersenyum,terkejut,cepat marah)
b) Sifat seseorang yang dimiliki secara latihan.
(sabar,tenang,tak marah2)
c) Sifat batin (kejiwaan) dan zahir (kelakuan)

• Oleh itu, akhlak bolehlah dikatakan sebagai budi pekerti
seseorang yang merujuk kepada kelakuan atau watak /
gerak-geri.

SEKIAN,
TERIMA KASIH…


Click to View FlipBook Version