Modul ini dihasilkan bagi
membantu murid-murid
menjana idea untuk
membina isi karangan yang
kohesi dan koheran. Modul
ini diadaptasikan dari
inovasi Teknik Secangkir
Kopi yang dihasilkan
sebelum ini. Kata kunci
yang digunakan dalam
teknik ini mudah untuk
diingat kerana mengambil
kira pengalaman sedia ada murid yang pernah dan tahu cara-cara
membancuh kopi. Oleh sebab itu, teknik ini mampu membantu
murid-murid menulis ayat dan isi perenggan yang saling berkaitan
antara satu ayat dengan ayat yang seterusnya dan antara isi
sesebuah perenggan dengan perenggan seterusnya. Menariknya,
murid mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 2 ayat dalam
setiap perenggan. Modul ini diharap dapat membantu murid-murid
menulis dengan lebih yakin.
Mari kita
aplikasikan
teknik ini.
Contoh 1: Membina rangka pendahuluan
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman bercuti di kampung.
Contoh ayat yang dibina daripada rangka tadi.
Contoh perenggan pendahuluan
yang lengkap:
Pada cuti sekolah tahun lalu, saya dan keluarga telah
bercuti di kampung halaman ibu kami yang terletak di
negeri Pahang. Kami ingin benar bercuti di sana kerana
sangat rindu akan datuk dan nenek. Suasana sepanjang
perjalanan ke kampung sangat indah. Saya dan adik-
beradik yang lain begitu teruja untuk bercuti di
kampung.
Latihan yang disediakan dalam modul ini telah disusun mengikut tema. Bahan-bahan yang
disediakan dalam modul ini juga boleh dijadikan bahan ransangan untuk murid-murid
menjana idea. Murid-murid perlu merangka karangan sebaik mungkin agar murid memahami
setiap perkara yang ditulis.
TEMA: KEMASYARAKATAN
SOALAN:
Tuliskan sebuah karangan tentang suasana di lapangan terbang.
SOALAN:
Mulakan karangan kamu dengan “ Setelah tamat waktu persekolahan, aku berjalan seorang diri
untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, aku terdengar suatu bunyi. Aku …”. Lengkapkan cerita tersebut.
UNIT 3: MASYARAKAT BERILMU
Soalan:
Panitia Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Program Dekad Bahasa Kebangsaan.
Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis laporan tentang program tersebut.
Soalan: Kamu telah berpeluang menghadiri Karnival Mini Masyarakat Kita yang dianjurkan oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu menghadiri carnival
tersebut.
TEMA: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
UNIT 4: SAYA SIHAT
Soalan: Tulis sebuah syarahan tentang kepentingan mengamalkan etika batuk dan bersin.
Soalan: Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah mencegah penyakit kaki tangan dan
mulut.
UNIT 5: PERSEKITARAN BERSIH HIDUP CERIA
Soalan: Kamu baru sahaja menerima sepucuk surat dari sahabat kamu yang berada di Johor Bahru.
Kamu dikehendaki menulis surat balas kepada sahabatmu itu.
UNIT 6 : PILIH GAYA HIDUP SIHAT
Soalan: Kita perlu mengutamakan makanan yang berkhasiat. Tuliskan karangan lengkap tentang
teknik-teknik menyediakan masakan yang berkhasiat.
Soalan: Kamu telah meluangkan masa bersama-sama keluarga di sebuah restoran baru-baru ini.
Kamu terpesona dengan tahap kebersihan di restoran tersebut. Ceritakan.
TEMA: KESELAMATAN
UNIT 7: WASPADA SELALU
Soalan: Tuliskan karangan tentang Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan telefon
bimbit.
UNIT 8: HARGAI DIRI
Soalan: Kita perlu berhati-hati semasa menggunakan telefon bimbit. Tuliskan kisah yang boleh
memberi pengajaran kepada pengguna telefon bimbit.
PEMERIKSAAN DI LAPANGAN TERBANG
Soalan: Kamu sekeluarga baru sahaja tiba di lapangan terbang KLIA kerana baru pulang dari
bercuti di Pulau Langkawi. Ceritakan ciri-ciri keselamatan yang kamu lihat semasa berada di sana.
UNIT 9: PATUH DAN SELAMAT
Soalan: Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika memandu.
UNIT 9: PATUH DAN SELAMAT
Soalan: Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara memastikan keselamatan makanan terjamin.
UNIT 9: PATUH DAN SELAMAT
Soalan: Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara memastikan keselamatan di sekolah terjamin.
TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
UNIT: JADIKAN INSPIRASI
Soalan: Baru-baru ini kamu berpeluang mengahdiri majlis perkahwinan bapa saudara kamu yang
berada di kampung. Ceritakan suasana ketika berada di majlis tersebut.
Soalan: Tuliskan sebuah karangan tentang ciri-ciri murid cemerlang.
UNIT 15: AKU ANAK WATAN
Soalan: Persatuan Sejarah sekolah kamu telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik
sepanjang bulan kemerdekaan. Tuliskan pengalaman kamu menyertai aktiviti sepanjang bulan
kemerdekaan tersebut.
TEMA: SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
UNIT: TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN
Soalan: Tuliskan karangan bertajuk ‘’Aku Sebuah Robot Pengelap”
Soalan: Tuliskan sebuah karangan tentang kemudahan telefon pintar.