The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36028046, 2021-11-15 23:50:12

KERTAS KERJA HARI KELUARGA 2021

KERTAS KERJA HARI KELUARGA 2021

KERTAS KERJA PROGRAM
HARI KELUARGA KELAB WARGA SEKOLAH (KWS)

SRAB MERSING 2021

1.0 PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab Warga Sekolah (KWS) SRAB Mersing yang akan diadakan merupakan
salah satu aktiviti kelab bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan sesama ahli KWS, ahli
keluarga dan anak-anak amnya. Hal ini demikian kerana silaturrahim yang baik antara ahli
adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam
melahirkan sebuah organisasi yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga
merupakan salah satu wadah untuk untuk terus menyatukan dan meningkatkan kerjasama
semua ahli. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang
bagi menghasilkan satu platform semangat kerjasama dan muhibbah antara warga SRAB
Mersing. Diharapkan sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar
serta berjaya mencapai objektifnya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberikan ruang kepada warga SRAB untuk melakukan aktiviti bersama ahli.
2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim

dalam kalangan warga SRAB,
2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai

murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan,
2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga

SRAB sekaligus dapat mewujudkan ikatan kepasukanan yang kuat.

3.0 TEMA
“Keluarga Terbilang, Guru Gemilang, Organisasi Cemerlang”

4.0 PERINCIAN PROGRAM
4.1 Tarikh : 4 Disember 2021 (Sabtu)
4.2 Tempat : Gorek Bay, Tanjung Resang
4.3 Anggaran Peserta : 80 orang (termasuk ahli keluarga)

5.0 PESERTA
5.1 Semua warga SRAB Mersing

6.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : 1.Ustaz Mohd Azran bin Jusoh (Guru Besar SRAB Mersing)
2. Ustaz Ros bin Hashim (GPK1)
3. Puan Lizawati binti Khamis (GPK HEM)
4. Puan Royani binti Denid (GPK KOKU)

PENGERUSI : Mohamad Rifana bin Bahari
T.PENGERUSI : Ramlan bin Ahmad
SETIAUSAHA : Roslinda binti Ghafar
BENDAHARI : Umi Fairus binti Mohd Jamil

URUSETIA : Banner & Baju:
Pendaftaran : Mohammad Rifana bin Bahari (K)

Mazni binti Norsah (K) Dokumentasi :
Afiqah binti Noorhan Roslinda binti Ghafar (K)
Nurul Nabiha Humaira binti Yahya
Siaraya: Nur Fatin Aliyya binti Azizan
Ramlan bin Ahmad (K) Hassan Aslami bin Nazaruddin
Asrul Anwar bin Mohd Ali Fauziyah binti Mohd Yatim
Mohd Ali bin Supandi
Norul Azni binti Omar Hadiah:
Umi Fairus binti Mohd Jamil (K)
Jamuan: Norrul Azwani Yanty binti Ibrahim
Roziyati binti Omar (K) Nurul Aimi Najihah binti Juanis
Ros Linda binti Bahrom Ummu Habibah binti Rambli
Ropiah binti Jenal Norheeda binti Mohd Zakaria
Salbiah binti Mastor Aliah Atiqah binti Mohd Rosman
Aida Qamariah binti Ishak
Z.Hazrina binti Hamzah Kelengkapan & Keselamatan:
Mohammad Rifana bin Bahari (K)
Aktiviti: Noor Intan Shafiqah binti Kamaruzzaman
‘Ainul Mardiah binti Musa (K)
Muhamad Amirrul Hakim bin Mansor (K) Operasi Balik Asal:
Afif Afirahim bin Ibrahim Norizam bin Malik (K)
Noor Hafizah binti Abu Hassan Nurul Shuadah binti Ibrahim
Zarith Nadia binti Ismail Semua guru

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA

7.30 - 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 - 8.30 pagi Sarapan

8.30 - 10.30 pagi Aktivti 1: Guru

10.30 - 11.30 pagi Aktiviti 2: Anak-anak

11.30 - 12.30 t/h Aktiviti 3: Berpasangan

12.30 - 2.00 petang REHAT

2.00 - 3.00 petang Aktiviti 4: Keluarga

3.00 - 4.00 petang Aktivti 5: Guru

4.00 - 4.30 petang Penyampaian Hadiah & OBS

8.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga Kelab Warga Sekolah SRAB Mersing
diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan
warga SRAB Mersing. Selain itu, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja
berpasukan warga SRAB Mersing sekaligus dapat menjadi sebuah organisasi yang kuat dan
bersatu padu.


Click to View FlipBook Version