BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN
SIFAT MUNAFIK
MAKSUD BERSIKAP BENAR :
Tidak berdusta dari segi perkataan,perkhabaran dan perbuatan
HUKUM BERSIKAP BENAR :
Wajib
Dalil Naqli :
Firman Allah Surah Al-Ahzab, 70
Maksudnya : Wahai orang beriman,
bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah
yang benar
BERSIKAP BENAR DALAM SETIAP
KEADAAN
Menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab
Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan
menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan
Berdisiplin dan mengawal diri dari melakukan seuatu
yang boleh melanggar etika pekerjaan
• Bertanggungjawab dan melaporkan penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa
CONTOH RASULULLAH S.A.W. BERSIKAP BENAR
Contoh 1 Contoh 2
• Rasulullah S.A.W. menyampaikan wahyu Allah • Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau
kepada umat manusia dengan sifat benar tetapi tidak berkata benar
• Mereka berasa seronok bergurau dengan
• Baginda tidak menokok tambah ayat yang cerita-cerita palsu
disampaikan • Rasulullah S.A.W. juga pernah bergurau,
namun Baginda sentiasa bersikap benar
• Ajaran Islam yang disebarkan juga tidak walaupun ketika sedang bergurau
mengikut kehendak dan pendapat peribadi • Pernah seorang perempuan tua telah datang
Baginda kerana setiap tutur katanya bertemu dengan Rasulullah S.A.W. supaya
berdasarkan wahyu Allah S.W.T. Baginda mendoaknnya masuk ke syurga.
• Lalu Baginda memberitahunya bahawa orang
yang tua tidak akan masuk ke dalam syurga.
• Wanita tua itu terus berlalu pergi sambil
menangis.
• Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda “Kamu
beritahulah kepadanya sesungguhnya dia tidak
akan masuk syurga dalam keadaan tua kerana
wanita-wanita penduduk syurga dalam
keadaan gadis/muda”
TUNTUTAN BERSIKAP BENAR
Benar dalam tutur kata Tidak berbohong apabila berkata-kata dalam semua keadaan
Memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang jelas mendatangkan dosa dan
mengelirukan
Benar dalam niat dan kemahuan Berniat ikhlas kerana Allah
Berniat untuk membuat kebaikan semata-mata
Benar dalam keazaman dan cita- Bertekad mencapai apa-apa yang dicita-citakan
cita Tindakan yang dilakukan seiring dengan keazaman untuk mencapai matlamat
Benar dalam tugas Melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan
Melakukan tugasan dengan cara yang terbaik
Benar dalam menepati janji Berjanji dengan apa-apa yang mampu ditunaikan
Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan
Melaksanakannya tepat dengan sesuatu yang telah dijanjikan
SPEKTRUM ILMU
Firman Allah Surah At-Taubah : 70
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada
bersama-sama orang yang benar.
- Bersikap benar menjauhkan diri dari sifat
munafik
TANDA ORANG MUNAFIK
Apabila berkata dia akan berdusta
Apabila berjanji dia akan mungkiri
• Apabila diberi kepercayaan dia akan mengkhianatinya
HIKMAH BERSIKAP BENAR
Terpelihara daripada sifat munafik yang
dibenci oleh Allah S.W.T.
Menenangkan hati kerana tidak melakukan
dosa
Saling bekerjasama kerana wujud perasaan
saling mempercayai
• Menjadi contoh teladan kepada orang lain
kerana maruahnya dipandang tinggi.
SEMOGA MENDAPAT ILMU
YANG BERMANFAAT