Page | 1
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Nama Allah Al Muntaqim
1 Apakah maksud Al Muntaqim Johor
• Ialah nama Allah SWT Maha Pembalas (1M) dengan menimpakan Kedah
azab terhadap orang yang melampaui batas. (1M) Pulau Pinang
Sabah
2 Nyatakan bukti Allah bersifat Al Muntaqim Johor
Jelaskan contoh Allah SWT bersifat al-Muntaqim Pulau Pinang
• Allah SWT memberikan pembalasan dengan siksaan neraka
terhadap orang yang menolak
• peringatan al-Quran.
• Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa addhukhan.
• Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang
menentang agamaNya
3 Jelaskan dua balasan jika manusia menyalahi sifat al Muntaqim Kedah
Jelaskan azab yang ditimpakan oleh Allah SWT terhadap kaum terdahulu Sabah
yang menentang syariat-Nya
• Di balas dengan siksaan neraka di akhirat kelak
• Ditimpakan azab yang pedih seperti kemarau yang Panjang / asap
berkepul menyelubungi bumi
• Diberi siksaan yang pedih setelah mengingkari para rasul
NAMA ALLAH AL JABBAR
1 Nyatakan maksud nama Allah SWT al-Jabbar Pahang
Putrajaya
• Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Selangor
Maha Berkuasa secara mutlak (1m) untuk melakukan segala Terengganu
kehendak-Nya (1m) Perak
2 Jelaskan dua kefahaman mengenai Allah SWT bersifat al Jabbar Putrajaya
Selangor
• Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk PeraK
berada dalam pemerintahan Allah SWT.
• Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatanNya. Setiap
perbuatan Allah SWT mengandungi hikmah tersembunyi.
• Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah SWT akan
mencampakkan hambanya yang bersifat sombong dan bongkak
ke dalam neraka jahanam.
Page | 2
3 Terangkan dua akibat bersikap takbur dan sombong dalam kehidupan Pahang
bermasyarakat
• Menimbulkan permusuhan dan pergaduhan (1m) kerana sikap
pentingkan diri anggota masyarakat (1m)
• Masyarakat hidup tidak tenteram (1m) kerana sering berlaku
perselisihan (1m)
• Masyarakat mundur (1m) kerana berlaku permusuhan dalam
masyarakat (1m)
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
KBAT
4 Menghayati Allah bersifat dengan sifat al Jabbar dapat melahirkan pelajar Kedah
yang cemerlang. Bincangkan
KBAT : Bagaimana keyakinan kepada sifat Al Jabbar dapat melahirkan
pelajar cemerlang Cadangan isi
• Mendorong pelajar berusaha bersungguh-sungguh
• Pelajar yakin dengan kekuasaaan Allah
• Pelajar menyerahkan urusan kepada Allah
• Pelajar akan bersabar atas ujian untuk kejayaan
5 Islam melarang umatnya bersikap sombong, riak dan takbur dalam Pahang
kehidupan.
Bagaimanakah anda menjauhi sikap tersebut? Kaitkan dengan keimanan
terhadap sifat Allah SWT al-Jabbar
KBAT : CARA MENJAUHI SIFAT SOMBONG
Cadangan isi (CARA):
• Meyakini hanya Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam
dan makhluk
• Meyakini bahawa Allah SWT tidak boleh dipersoalkan
perbuatanNya
• Sentiasa tawaduk dan rendah diri kepada Allah SWT yang Maha
Berkuasa
Page | 3
6 Keimanan terhadap al-Jabbar melahirkan rasa gerun untuk bersikap Sabah
sombong. Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas
Cadangan jawapan :
Kekuasaan yang dimiliki manusia hanyalah terbatas (I) berbanding
kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T yang tiada tandingannya (H). Ini
menyebabkan kita sentiasa merasa rendah diri dan semakin bertambah
keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. (HL) Oleh sebab itu, kita
haruslah mengabdikan diri kepada Allah S.W.T agar hidup menjadi orang
yang berakhlak mulia. (K)
7 Beriman dengan nama Allah Al Jabbar membentuk keperibadian mulia Selangor
Kemukakan hujjah anda u menyokong pernyataan di atas
Cadangan isi
• Meningkatkan keimanan
• Sentiasa melakukan suruhan Allah
• Meninggalkan larangan Allah
• Beramal soleh
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Terengganu
Firman Allah yang bermaksud
8 “ Serta diperintahkan aku taat dan berbuat baik kepada ibuku dan tidak Perak
menjadikan aku takbur, sombong dan derhaka”
Berdasarkan maksud firman Allah SWT di atas, ramalkan kemungkinan
yang akan berlaku terhadap kehidupan masyarakat sekiranya tiada
kefahaman berkaitan Allah SWT bersifat Al Jabbar
KBAT : Kesan
Cadangan isi
• Lahir masyarakat yang angkuh dan sombong
• Allah SWT akan mencampakkan masyarakat bersikap takbur ke
neraka jahannam
• Alklah berhak menyeksa ahli masyarakat yang sombong •
Masyarakat berpecah belah
9 Sikap takbur memberi kesan buruk terhadap masyarakat
Apakah yang akan terjadi sekiranya perkara di atas dibiarkan
berleluasa. Huraikan KBAT : KESAN Cadangan isi:
• Masyarakat akan mudah berpecah belah/ kerana tidak wujud
ikatan silaturrahim.
• Masyarakat akan mundur kerana pembangunan tidak dapat
dibangunkan.
• Masyarakat tidak harmoni/ kerana wujud pergaduhan.
Page | 4
NAMA ALLAH AR RAQIB
1 Nyatakan maksud nama Allah ar Raqib Negeri Sembilan
• Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Sabah
menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi (1m) semua Selangor
perbuatan dan keadaan makhluk (1m) SBP
2 Jelaskan dua bukti Allah bersifat Ar Raqib Negeri Sembilan
• Allah Maha mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada Sabah
perintah dan laranganNya Selangor
• Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan
sesama manusia
3 Terangkan dua akibat tidak beriman dengan nama Allah SWT ar Raqib Negeri Sembilan
• Manusia berani melakukan kemungkaran kepada Allah SWT (1m)
kerana tidak menghayati ajaran Islam yang sebenar (1m)
• Iman terbatal (1m) kerana mengingkari perintah Allah SWT dan
rasul
KBAT
4 Masih terdapat anggota masyarakat melakukan dosa dan maksiat Sabah
sedangkan mereka mengetahui Allah S.W.T Maha Menyaksikan.
Kemukakan hujah anda mengapakah keadaan ini berlaku
Cadangan jawapan :
Kurangnya iman dalam diri (I) kerana leka dengan kesenangan dunia (H).
Ini menyebabkan masyarakat lalai dan menganggap hidup di dunia untuk
selama-lamanya dan melupakan akhirat. (HL) Kesimpulannya kita
hendaklah sentiasa muhasabah diri supaya tidak terjerumus ke lembah
kemaksiatan dunia. (K)
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
NAMA ALLAH ASY SYAHID
1 Nyatakan maksud Nama Allah SWT As Syahid Terengganu
• Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT maha
menyaksikan segala perbuatan (1m) dan mendengar segala
ucapan serta tiada sesuatu pun yang tersembuni
daripadanya(1m)
2 Jelaskan dua bukti Allah SWT bersifat al Syahid Terengganu
• Allah menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya SBP
• Allah SWT maha menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan
manusia
• Allah SWT sahaja yang menjadi saksi atas segala perkara yang
nyata atau tersembunyi
• Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1 Nyatakan dua cara yang menyebabkan iman terbatal Selangor
• Iktikad
• Perkataan
• Perbuatan
Page | 5
2 Nyatakan dua contoh perkara membatalkan iman dari segi al Uluhiyat Johor (Tangkak)
Jelaskan contoh iktikad yang membatalkan iman dari segi al Uluhiyat Johor (Kt)
Jelaskan contoh iktkad yang membatalkan iman dari segi Pulau Pinang
a) Uluhiyat
b) Syariat
a) Al Uluhiyat
• Mengingkari kewujudan Allah SWT sebagai pencipta
• Mengingkari sifat kesempurnaan Allah SWT
• Menyifatkan Allah SWT dengan sifat yang tidak layak bagiNya.
• Menyakini kewujudan kuasa lain yang memerintah alam. b)
Syariat
• Mengingkari rukun Islam atau salah satu daripadanya.
• Mengingkari hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
• Beriktikad bahawa undang-undang syariat berteraskan al-Quran
dan as-Sunnah ialah undang-undang yang lapuk dan tidak sesuai
diamalkan
3 Apakah maksud iman terbatal melalui perbuatan Putrajaya
• Melakukan perbuatan atau amalan yang jelas menunjukkan
kekufuran
4 Nyatakan dua contoh perbuatan yang boleh membatalkan iman Perlis
• Sujud kepada berhala atau makhluk dengan sengaja. Putrajaya
• Meletakkan peralatan agama lain dan memberikan penghormatan
kepadanya.
• Melakukan upacara ibadat agama lain.
• Mengoyak mushaf al-Quran dengan tujuan
menghina/merendahrendahkannya.
• Meletakkan ayat suci al-Quran/hadis-hadis Nabi/nama-nama Allah
SWT/nama-nama rasul/nama-nama malaikat/buku agama di
tempat yang tidak sesuai dengan tujuan menghina atau
merendah-rendahkannya
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Terengganu
5 Nyatakan dua contoh perkataan yang membatalkan iman
• Saya tidak lagi beragama Islam
• Al Quran tidak sesuai diamalkan
• Saya tidak percaya kepada malaikat raqib dan atid
• Rasulullah pun berbuat dosa
• Zaman sekarang tidak perlu menutup aurat lagi
• Bilal itu menyalak seperti anjing
Page | 6
6 Nyatakan dua syarat terbatalnya iman Jelaskan Negeri Sembilan
dua syarat terbatal iman Perlis
• Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kufur
• Mengimngkari perkara asas dalam islam / mengingkari perkara
berkaitan rukun iman dan rukun Islam
• Melakukan perkara yang jelas membawa kepada kufur
• Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja / melakukan sesuatu
perkara tanpa sebarang paksaan
7 Terangkan dua kesan melakukan perkara yang membatalkan iman Negeri Sembilan
• Rosak segala amal ibadah yang dilakukan (1m)/ kerana terpesong Perlis
akidah Pulau Pinang
• Tidak diampukan dosa oleh Allah (1m) sekiranya tidak bertaubat Selangor
Terengganu
dan Kembali kepada Allah(1m)
• Diharamkan memasuki syurga (1m) sebaliknya kekal di dalam
neraka (1m)
• Hilang hak terhadap harta pusaka (1m) yang ditinggalkan oleh
keluarga muslim(1m)
8 Terangkan cara menjauhi perkara yang membatalkan iman Johor
• Mendalami ilmu akidah Islam(1m) supaya dapat mendalami batas-
batas iman dan kufur.(1m)
• Bersahabat dengan orang soleh(1m) agar dapat membimbing diri
kepada kebaikan.(1m)
• Melakukan amalan soleh(1m) supaya dapat mengukuhkan
keyakinan kepada Allah SWT dan rasul.(1m)
• Berdoa dan memohon pertunjuk Allah SWT (1m) agar sentiasa
istiqamah di atas agama Islam(1m)
KBAT
9 Firman Allah SWT yang bermaksud Putrajaya
“ Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa beliau
memberi nasihat kepadanya. Wahai anak kesayanganku, janganlah
engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adlah satu kezaliman yang besar”
Berdasarkan maksud ayat di atas , beikan hujjah anda mengapakah
perbuatan tersebut merupakan kezaliman yang besar kepada individu
yang terlibat
Cadangan isi:
• Merupakan faktor kebinasaan seseorang.
• Menyebabkan terbatalnya iman seseorang
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Page | 7
10 Kehidupan yang mengutamakan hal-hal keduniaan mendorong Johor (Tangkak)
sesetengah umat Islam melakukan perkara yang boleh membatalkan
iman sama ada disedari atau sebaliknya.
Jelaskan kesan pada diri seseorang yang melakukan amalan di atas.
KBAT – kesan seseorang yang melakukan amalan yang membatalkan
iman
Cadangan isi:
• Rosaknya segala amalan soleh yang dilakukan.
• Dosa tidak akan diampunkan oleh Allah SWT jika tidak bertaubat.
• Diharamkan masuk syurga dan kekal dalam neraka.
11 “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan Johor (kota Tinggi)
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.”
(Surah Ali-Imran : 85)
Huraikan pandangan anda kesan membatalkan iman yang tidak
dibendung.
KBAT : Kesan membatalkan iman yang tidak dibendung Cadangan
Isi:
• Rosak segala amalan soleh dan ibadah yang dilakukan
• Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak
bertaubat dan kembali kepada Islam.
• Diharamkan memasuki syurga sebaliknya akan kekal di dalam
neraka
• Hilang hak terhadap pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga
Muslim
12 Kehidupan yang mengutamakan hal-hal keduniaan mendorong segelintir Negeri Sembilan
orang Islam melakukan perkara yang boleh membatalkan iman Pada
pendapat anda , mengapakah berlakunya perkara di atas
KBAT : Punca berlaku perkara yang membatalkan iman Cadangan
isi
• Iman yang lemah
• Terpengaruh dengan rakan yang sesat
• Pengaruh media sosial
• Jahil/kurang ilmu/ kurang didikan agama
• Kurang penghayatan Islam
AJARAN SESAT Kelantan SBP
1 Nyatakan maksud ajaran sesat.
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya
bercanggah dengan al-Quran dan sunnah
Page | 8
2 Jelaskan dua ciri ajaran sesat Melaka
• Memahami dan mentafsir al-Quran dengan logik akal sematamata
• Mengaku menjadi nabi atau rasul
• Mendakwa diri atau gurunya sebagai imam al-Mahdi
• Mendakwa gurunya dapat menebus dosa
• Menolak kewajipan ibadat fardhu
• Mengejek / merendah-rendahkan / mempersenda sahabat nabi
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Kelantan
3 Anda dikehendaki memilih satu aspek sahaja daripada aspek di bawah;
a. Akidah.
b. Ibadah.
Jelaskan dua ciri kesesatan dari aspek tersebut.
c) Aqidah
• Mengaku menjadi nabi atau rasul.
• Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam Al Mahdi.
• Mendakwa gurunya dapat menebus dosa.
• Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan.
• Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga.
• Menolak alam ghaib seperti roh, malaikat dan jin
d) Ibadah
• Menolak kewajipan ibadat fardhu.
• Beribadah dengan hanya berzikir bagi menggantikan solat.
• Menunaikan ibadah haji di tempat yang dianggap suci selain
Mekah Al Mukarramah.
• Menghalalkan perzinaan atas nama nikah.
4 Huraikan dua cara menjauhi ajaran sesat
• Mempelajari akidah yang sebenar supaya tidak terpesong Melaka
• Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang diragui SBP
ilmu / amalannya supaya tidak terpengaruh dengan ajaran yang
dibawanya
• Memastikan amalan yang dilakukan mengikut panduan al-Quran
dan al-Sunnah bagi mengelakkan terjebak dalam ajaran sesat
• Mencari maklumat daripada sumber yang soheh supaya tidak
terpengaruh dengan ajaran sesat
• Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada di jalan yang
benar
• Bertaubat kepada Allah supaya kembali ke jalan yang benar
Page | 9
5 Huraikan dua kesan melakukan ajaran sesat
• Merosakkan akidah (1m)kerana tergelincir daripada ajaran SBP
Islam(1m)
• Menjatuhkan imej umat Islam (1m) kerana perbuatan segelintir
umatnya yang menyimpang(1m)
• Melahirkan individu yang pasif dan malas (1m) kerana pemikiran
dikongkong oleh pemimpin ajaran sesat(1m)
• Membentuk masyarakat yang agresif (1m) kerana tidak mampu
berfikir secara rasional
KBAT
6 Ramalkan kesan yang bakal menimpa masyarakat Islam yang Kelantan
memandang ringan terhadap penularan ajaran sesat Cadangan
isi:
• Memutuskan silaturahim dan persaudaraan Islam.
• Membentuk individu masyarakat yang bersikap agresif dan kasar.
• Menjatuhkan imej masyarakat Islam
• Merosakkan akidah masyarakat.
• Menggugat keamanan masyarakat.
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Melaka
7 Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah ajaran
sesat yang merosakkan imej Islam dan penganutnya serta memecah
belahkan institusi agama Islam.
Huraikan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas
Cadangan isi :
• Melengkapkan diri dengan ilmu agama yang betul
• Sentiasa mendampingi ulamak / sahabat yang soleh
• Merujuk al-quran dan hadis sekiranya terdapat keraguan dalam
soal akidah / ibadat
• Ajaran sesat merosakkan akidah / tauhid / iman
• Hanya Islam agama yang diterima di sisi Allah SWT
AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1 Nyatakan takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sabah
Maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan majoriti umat Islam Selangor
Melaka
yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah (1m) Perak
menerusi para sahabat dan ta’biin serta tabi’ ta’biin dalam prinsip akidah,
syariat dan akhlak (1m)
2 Nyatakan dua nama lain Ahli Sunnah Wal Jamaah Johor
Kelantan
• Al-Salafussoleh Pahang
• Al-Asya’irah Perlis
• Al-Maturidiyyah Melaka
• Ahlul Hadis
Page | 10
3 Jelaskan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah Johor
• Iman ialah kepercayaan dan keyakinan dalam hati, pengakuan Kelantan
dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti Perlis
kesempurnaan iman. Pulau Pinang
• Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT namun Melaka
Perak
manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukannya atau
tidak serta dikira sebagai pahala atau dosa.
• Menyakini kewujudan perkara ghaib seperti yang diwahyukan
dalam al-Quran dan hadis.
• Menyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum
dijadikan makhluk.
• Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Allah SWT
termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana
mereka masih dikira beriman.
• Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan
merupakan rahmat Allah SWT kepada manusia.
Page | 11
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Johor
4 Huraikan perbezaan akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan golongan
Muktazilah dari aspek : a) Pelaku Dosa Besar.
b) Kedudukan Iman.
Jelaskan pandangan Ahli Sunah Waljamaah terhadap perkara berikut: a. Kelantan
Kedudukan iman.
b. Pelaku dosa besar
(Pilih jawapan untuk ASWJ sahaja)
ASWJ Muktazilah
Pelaku dosa besar masih dikira Pelaku dosa besar berada pada
mukmin bukan kafir. Namun satu kedudukan antara mkmin
dihukum fasik jika tidak bertaubat dengan kafir dan mereka kekal
kepada Allah SWT dalam neraka
Menyakini bahawa iman boleh Iman tidak boleh bertambah dan
bertambah dan berkurang berkurang. Sebaliknya iman ada
bergantung pada amal soleh dan apabila melakukan kebaikan dan
maksiat yang dilakukan iman akan hilang apabila
melakukan kemungkaran
5 Jelaskan perbezaan pendapat antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Selangor
aliran Muktazilah tentang isu melihat Allah SWT
Ahli Sunnah Wal Jamaah Muktazilah
Orang beriman dapat melihat Mustahil makhluk boleh melihat
Allah pada hari akhirat Allah
Page | 12
6 Jelaskan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang isu-isu berikut: a) Pahang
Adakah al-Quran makhluk?
b) Melihat Allah SWT.
Terangkan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berkaitan isu berikut a) Terengganu
Melihat Allah
b) Pelaku dosa besar
Adakah al-Quran makhluk?
• Meyakini bahawa al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang
bersifat Qadim (sedia ada) Melihat Allah SWT.
• Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT
pada hari akhirat kelak. Pelaku dosa besar
• Pelaku dosa besar tetap dikiran sebagai mukmin (1m) bukan
kafir tetapi dihukum fasik jika tidak bertaubat
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
7 Terangkan kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Pahang
Jamaah. Perlis
Putrajaya
• Mendapat keredhaan Allah SWT kerana berada mengikut al Quran Melaka
dan Sunnah
• Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan kerana mengikut ajaran
yang betul
• Memelihara kesucian agama Islam agar tidak terpesong ke jalan
yang sesat
• Menjamin keamanan negara daripada sebarang kesesatan akidah
• Mengelak umat Islam daripada terjebak dengan ajaran sesat
8 Nyatakan dua aliran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah Pulau Pinang
Terengganu
• Khawarij
• Syiah
• Muktazilah
9 Nyatakan sejarah kemunculan Syiah Kedah
• Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali dilantik sebagai
Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW
• Kumpulan yang berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja
yang layak menyandang jawatan Khalifah
Page | 13
10 Jelaskan dua prinsip Syiah yang menunjukkan golongan tersebut memuja Kedah
Saidina Ali
• Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan / menyamakan saidina
Ali dengan Rasululah SAW
• Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah/ selepas nama
Nabi SAW
11 Terangkan dua konsep yang diamalkan oleh Syiah seperti di bawah a) Kedah
Al Imamah
b) Al Taqiyah
• Al Imamah : ia merupakan rukun agama yang telah ditentukan
oleh Allah SWT(1m) melalui lisan Rasulullah SAW secara nas(1m)
• Al Taqiyah : Menyembunyikan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta benda (1m) dengan menampakkan
sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenarnya
12 Nyatakan latar belakang golongan Muktazilah Putrajaya
• Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata’setelah berlaku
perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hasan
alBasri (1m) tentang kedudukan pelaku dosa besar (1m).
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
13 Nyatakan dua prinsip utama aliran Muktazilah yang bertentangan dengan Putrajaya
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Jelaskan satu prinsip utama aliran berikut : (a) Sabah
Khawarij.
(b) Muktazilah
b) Muktazilah
• Menafikan sifat ma’ani pada zat Allah SWT.
• Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan
mereka samada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah SWT.
• Meyakini Allah SWT wajib memberi balasan baik kepada orang
yang taat dan ancaman azab kepada orang yang melakukan
maksiat.
• Meyakini pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara
mukmin dan kafir dan mereka kekal di dalam neraka.
• Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran
wajib ditegakkan dalam apa keadaan sekalipun.
Page | 14
14 Jelaskan satu prinsip utama aliran berikut : (a) Sabah
Khawarij. Pahang
(b) Muktazilah
a. Khawarij :
• Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya
kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja dari kaum muslimin
yang lain.
• Saidina Ali telah melakukan dosa besar serta kufur.
• Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil.
• Orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir
KBAT
15
Berdasarkan gambar di atas, mengapakah pihak berkuasa di Malaysia
bertindak sedemikian? Huraikan
Cadangan isi (SEBAB/TUJUAN):
• Menyelamatkan akidah umat Islam Malaysia daripada kesesatan
• Menghindarkan umat Islam daripada fahaman melampau
• Menjamin keamanan negara
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
16 Ajaran Syiah semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Islam masa Perak
kini.
Berdasarkan pernyataan di atas, ramalkan kemungkinan yang akan
berlaku kepada masyarakat sekiranya pihak kerajaan tidak bertegas dalam
usaha menghalang penyebarannya
Cadangan isi:
• Masyarakat akan berpecah belah kerana berbeza fahaman.akidah
• Masyarakat tidak tenteram kerana diancam pengaruh ajaran sesat
• Masyarakat akan ditimpa bencana oleh Allah kerana melakukan
penyelewengan akidah
Page | 15
17 Bagaimanakah cara anda memastikan diri sentiasa berada dalam Pulau Pinang
landasan akidah Ahli Sunnah Waljamaah?
Cadangan isi
• Berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.
• Bergaul dengan para ulamak.
• Belajar daripada guru-guru yang diiktiraf keilmuannya dalam
bidang akidah.
• Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab muktabar.
• Membina ketahanan akidah dengan berdoa.
• Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat.
• Menunaikan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya
dengan penuh ketaatan
18 Pada pendapat anda , apakah kebaikan berpegang teguh dengan akidah SBP
ahli Sunnah Wal Jamaah
Huraikan
KBAT : Hikmah
Cadangan isi
• Mendapat keredhaan Allah
• Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan
• Memelihara kesucian agama Islam
• Membersihkan akidah dari sebarang kekeliruan
Page | 16