RANGKAP 1
DARI CEROBONG DAPUR
ASAP BERJELAGA BERKEPUL
TERKECUR LIUR
HARUM BERBAU JUADAH TERSOHOR.
Maksud Rangkap 1:
• Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu
bangkit kerana baunya yang harum.
PERUT YANG LAPAR
RANGKAP 2 SELERA KIAN MENGGELEPAR
MENANTI ROTI DIBAKAR
RANGUP DAN SEGAR
TERHIDANG SEUMPAMA PERMAIDANI TERHAMPAR,
Maksud Rangkap 2:
• Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti itu
dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.
RANGKAP 3 KALA ROTI DI DEPAN MATA
NAFSU MAKAN PUN BERGELORA
BERKEPING-KEEPING MENGGEGAR SELERA
PERUT PUN KENYANG TERASA
TENANG BERSENDAWA.
Maksud Rangkap 3:
• Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera ikan
meningkat. Protagonis makan roti itu sehingga kenyang dan
bersendawa.
RANGKAP 4 BAGI PEMILIK IMAN DI DADA
SENDAWA ITU TIDAK SEMPURNA
MASIH ADA BEBAN DI BAHU MEREKA
WARGA MISKIN BELUM TERBELA
MASIH MERINTIH LAPAR DAHAGA
Maksud Rangkap 4:
• Bagi orang yang beriman dan mempunyai sifat perikemanusiaan
yang tinggi, selepas berasa kenyang mereka teringat akan orang
miskin yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang
yang beriman memikirkan tugas untuk membela orang miskin.
RANGKAP 5 BILA BEGINI SELAMANYA
KALIMAH SYUKUR PUN JELAS TERTERA
DI HATI SANUBARI WARGA DUNIA
MELANGIT DAMAI DIRASA
PERCIKAN IMAN SEGAR BERWARNA
Maksud Rangkap 5:
• Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang
menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana
mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.
TEMA & PERSOALAN
Tema: Orang yang beriman Ketika kenyang tidak melupakan golongan
miskin.
Persoalan:
1. Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera.
2. Ketika lapar, manusia tidak dapat menahan nafsu makan.
3. Apabila makan makanan yang sedap, manusia akan makan
sampai kenyang dan bersendawa.
4. Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika
mereka berasa kenyang
BENTUK
1. Bilangan rangkap: 5
2. Bilangan baris: 4 hingga 5 baris dalam 1 rangkap
3. Bilangan kata: 2 hingga 6 patah kata dalam 1 satu baris
4. Bilangan suku kata: 5 hingga suku kata dalam 1 baris
5. Rima akhir: (R1: abac) (R2: aaaaa) (R3: aaaaa) (R4: aaaaa) (R5: aaaaa)
6. Bentuk: bebas
UNSUR GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
Unsur gaya Bahasa:
1. Hiperbola:
Nafsu makan pun bergelora ; melangit damai dirasa
2. Simile:
Terhidang seumpama permaidani terhampar
Unsur gaya bunyi:
1. Asonansi:
Bagi pemilik iman di dada (perulangan vokal i)
2. Aliterasi:
Bila begitu selamanya (perulangan konsonan b)
NADA , NILAI DAN PENGAJARAN
Nada: Didaktik
Nilai: Kesabaran | Baik hati | Kesyukuran | Keimanan | Kesedarhanaan
Pengajaran:
1. Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu
2. Kita hendaklah memikirkan orang lain agar orang lain turut mendapat rezeki.
3. Kita hendaklah ingat akan keadaan orang lain yang kurang bernasib baik.
TERIMA KASIH