The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR *TAFSIR BI AL-MA'THUR: SUMBER DAN PERKEMBANGAN.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUTERI AMELIA, 2021-09-26 11:52:34

SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR BIL-MATHUR

TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR *TAFSIR BI AL-MA'THUR: SUMBER DAN PERKEMBANGAN.

SEJARAH
PERKEMBANGAN
ILMU TAFSIR
BIL-MA’THUR

PUTERI AMELIA SUKRI BINTI MD SUKRI

▪ Tafsir bi al-Matsur adalah penjelasan Al-Qur’an sendiri, dari Rasulullah
SAW yang disampaikan kepada para sahabat, dari para sahabat berdasarkan
ijtihadnya, dan dari para tabi’in juga berdasarkan ijtihadnya.

▪ Tafsir ini merupakan salah satu jenis penafsiran yang muncul pertama kali
dalam sejarah khazanah intelaktual Islam dan jarang sekali berlaku perbezaan
pendapat dalam penafsirannya.

TAFSIR AL-QURAN DENGAN 03 TAFSIR AL-QURAN DENGAN
PERKATAAN PARA SAHABAT
01AL-QURAN
04 TAFSIR AL-QURAN DENGAN
TAFSIR AL-QURAN DENGAN PANDANGAN TABIIN

02HADITH RASULULLAH

SECARA LISAN ATAU SECARA PENULISAN
PERIWAYATAN BERSAMA DENGAN

HADITH

PENULISAN TAFSIR PENULISAN TAFSIR SECARA PENGGUGURAN SANAD
DENGAN JALUR SANAD LENGKAP BESERTA DENGAN DARI TAFSIR BIL-
SANAD YANG BERSAMBUNG MA’THUR
TERASING DARI
HADITH

Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah
pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah. Melalui cara ini, para
sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat
meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai,
diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. waktu ini lahirnya mufassirin
dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai
bin Kaab dan Aisyah r.a. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang
mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya
Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin
Masud di Kufah.

Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-riwayat tersebut
dicatat. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam
sahih al-Bukhari. Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2
Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abasiah. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah
mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat
atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad
bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh ,
aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid (104H), Said bin Jubayr (95H),
Qatadah (118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab
(120H), Zaid bin Aslam (136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri
(110H) dan Masruq bin al-Ajda’ (63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.

Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini
berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang
dibukukan pada tempoh ini ialah:

• Sahifah Ali bin Abi Talhah (143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.
• Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri (161H)
• Tafsir Sufyan bin Uyahnah (198H)
• Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani (211H)
• Tafsir Abd bin Humayd (249H)
• Tafsir Ishaq bin Rahawayh (238H)
• Tafsir al-Nasai (303H)

Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang
tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh
ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-
kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin. Pada peringkat ini munculnya tafsir al-
Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan
pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.

01 02 03 04

Tafsir Ibnu Majah Tafsir Imam Ibnu Jarir Tafsir Abu Bakar bin Tafsir Ibn Abi Hatim
(273H) al-Tabari (310H) al-Mundhir al- al-Razi (327H)

Naysaburi (318H)

05 06 07

Tafsir Ibn Hibban Tafsir al-Hakim Tafsir Abu Bakar
(369H) (405H) Bin Mardawayh

(410H).

Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn
Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir
dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa
mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis
tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan antara
riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai
pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada
diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.

01 04

Tafsir Bahr al-Ulum Al-Durr al-Manthur fi Tafsir
oleh al-Samarqandi bil Ma’thur hasil tangan al-

02 Sayuti

Al-Kashf wa al-Bayan An 05
Tafsir Al-Quran karya Abu
Ishaq al-Tha’labi Tafsir al-Quran al-Azim hasil

03 garapan Ibn Kathir al-

Tafsir Bahr al-Muhit Dimashqi
karangan Abu Hayyan
06

Fath al-Qadir tinggalan al-

Shawkani

SYARAT-SYARAT PENGETAHUAN -Mempunyai pengetahuan
01 BERKEMAMPUAN yang cukup mengenai
02 TAK BERSANDAR ilmu hadith riwayat dan
03 dirayat

-Berkemampuan
mengumpul dan
menserasikan riwayat-
riwayat yang bercanggah

-Memetik pendapat sepakat
sahaja dan tidak bersandar
kepada riwayat-riwayat
Israiliyyat.

PIMK3023

SYUKRAN JAZILAN

Pengajian Tafsir Alquran
dan Ulum Hadis


Click to View FlipBook Version