The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH SMK ST PAUL 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shallots, 2022-03-18 04:29:36

SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH SMK ST PAUL 2022

SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH SMK ST PAUL 2022

SMK ST PAUL, SEREMBAN

PENGOPERASIAN SEKOLAH
2022 / 2023

SMK ST. PAUL

SOP Masuk dan Keluar Sekolah Sesi Persekolahan (Sesi Pagi)

Arahan Pergerakan dalam Kawasan Sekolah Waktu Masuk – Arahan kepada pelajar

1. Pelajar sampai ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
2. Pelajar yang sampai ke sekolah sebelum pukul 6.30 pagi perlu mensanitasi tangan di kawasan

biometrik. Pelajar bergerak ke dataran perhimpunan mengikut tanda arah di lantai sementara
menunggu guru kelas. Peraturan penjarakan fizikal wajib dipatuhi.
3. Guru bertugas akan memantau pelajar di kawasan biometrik untuk memastikan pelajar
mensanitasi tangan. Pelajar yang didapati bergejala akan direhatkan di gazebo (bersebelahan
kantin) oleh guru bertugas. Ibubapa perlu dihubungi dan dimaklumkan keadaan kesihatan
pelajar supaya dibawa pulang ke rumah.
4. Guru bertugas akan memantau pelajar mensatisasi tangan. Pelajar yang didapati bergejala
akan direhatkan di gazebo (bersebelahan kantin) oleh guru bertugas. Ibubapa perlu dihubungi
dan dimaklumkan keadaan kesihatan pelajar supaya dibawa pulang ke rumah.
5. Guru kelas yang menunggu pelajar di dalam kelas dan mengawasi pelajar di dalam kelas
disamping mengambil kehadiran harian dan mengurus prosedur pesanan makanan dari kantin.
6. Pelajar yang kelas berada di Blok Brother James berjalan mengikut tanda arah di lantai
sepanjang koridor Biometrik dan berjalan terus menaiki kelas masing-masing di Blok Brother
James. Laluan masuk dan keluar kelas adalah sehala. Pelajar akan menggunakan tangga
berhampiran tandas (J2) di Blok Brother James untuk naik ke kelas masing-masing dan turun
menggunakan tangga berhampiran gazebo bersebelahan dengan kantin (J2).
7. Pelajar yang kelas berada di Blok Brother Casimir dan bergerak ke kelas di Blok Brother
Casimir dan Foyer menggunakan laluan Biometrik dan blok Makmal /Bilik SPBT, dan terus ke
Pavilion sebelum bergerak masuk ke kelas masing –masing (sila rujuk Pelan Kedudukan Kelas
2022). Pergerakan pelajar wajib mematuhi SOP penjarakan dan mengikut tanda arah di lantai.
8. Pelajar yang menunjukkan tanda-tanda gejala seperti batuk, sakit tekak, selesema dan demam
dalam kelas semasa PdPc akan dihantar ke Bilik Isolasi (SJAM) untuk berehat oleh guru
matapelajaran. Guru matapelajaran perlu hubungi guru bertugas untuk tindakan seterusnya.

SOP Pergerakan Pelajar Waktu Balik – Arahan kepada pelajar

(Pelajar Blok Brother James keluar dahulu diikuti dengan pelajar Blok Brother Casimir)

1. Guru PdPc memastikan pelajar keluar kelas mengikut arahan dan mematuhi peraturan
pergerakan. Pergerakan turun tangga adalah juga sehala.

2. Semasa balik, pelajar Blok Brother James akan keluar beratur di koridor, 5 minit lebih awal.
Guru Matapelajaran dan Ketua Bidang yang bertugas perlu memastikan pergerakan pelajar
adalah teratur dan ikut SOP yang ditetapkan hingga ke Pintu Keluar.

3. Semasa balik, pelajar Blok Brother Casimir, 5 Basilian, 2 Anselm dan 2 Austin akan keluar
beratur di koridor 5 minit lebih awal. Diikuti oleh pelajar kelas 5 Anslem dan 5 Austin akan
bergerak keluar ikut laluan ke pejabat dan terus bergerak ke Pintu Keluar. Guru matapelajaran
waktu terakhir perlu mengiring pelajar berikut sehingga ke pejabat sekolah.

4. Pelajar di tingkat 1 Blok Brother Casimir, 5 Casmir, 5 Dominic, 5 Felix, 5 Henry, 4 Felix, 4
Henry, 1 Anselm dan 1 Austin bergerak keluar ikut laluan Pavilion dan terus bergerak ke
Pintu Keluar. Guru matapelajaran waktu terakhir perlu mengiring pelajar berikut sehingga ke
Pavilion.

5. Pelajar di Blok Brother James kelas 4 Austin, 4 Basilian, 4 Casimir, 4 Dominic, 3 Henry,
4 Anselm, 3 Felix, 3 Dominic, 3 Casimir, 3 Basilian, 3 Austin dan 3 Anselm ikut laluan
keluar tangga sebelah kantin (J1) dan terus bergerak ke Pintu Keluar.

6. Pengawas perlu memastikan pergerakan pelajar adalah teratur dan ikut SOP yang ditetapkan
hingga ke Pintu Keluar.

7. Semua pelajar terus berjalan ke arah pintu gate sekolah dengan mematuhi tanda arah di lantai
dan keluar dari kawasan sekolah.

8. Pelajar yang menunggu ibubapa / bas sekolah dikehendaki tunggu di kantin. Guru bertugas
mesti memastikan pelajar berbaris dan duduk di lantai dengan mematuhi SOP dan penjarakkan
fizikal.

9. Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di luar kawasan sekolah selepas keluar dari pintu gate
sekolah.

10. Pada hari hujan, kereta ibubapa dibenarkan masuk ke dalam sekolah mengikut gate A
(berhampiran Flat) dan pelajar diturunkan di laluan Biometrik serta keluar ikut gate B (kantin).

SMK ST. PAUL

SOP Masuk dan Keluar Sekolah Sesi Persekolahan (Sesi Petang)

Arahan Pergerakan dalam Kawasan Sekolah Waktu Masuk – Arahan kepada pelajar

1. Pelajar sampai ke sekolah sebelum jam 1.20 petang.
2. Pelajar yang sampai ke sekolah sebelum pukul 12 tengah hari perlu mensanitasi tangan di

kawasan biometrik. Pelajar bergerak ke Pavilian mengikut tanda arah di lantai sementara
menunggu guru kelas. Peraturan penjarakan fizikal wajib dipatuhi.
3. Guru bertugas akan memantau pelajar di kawasan biometrik untuk memastikan pelajar
mensanitasi tangan. Pelajar yang didapati bergejala akan direhatkan di gazebo (bersebelahan
kantin) oleh guru bertugas. Ibubapa perlu dihubungi dan dimaklumkan keadaan kesihatan
pelajar supaya dibawa pulang ke rumah.
4. Pelajar berjalan ke Pavillion atau Foyer, dipantau oleh guru bertugas dan bergerak ke
kawasan tersebut mengikut arahan guru sementara menunggu PdPc bermula.
5. Guru kelas/guru subjek waktu pertama akan memaklumkan kehadiran harian disamping
mengurus prosedur pesanan makanan dari kantin
6. Guru subjek akan menghubungi guru kaunselor pelajar yang menunjukkan tanda-tanda gejala
seperti batuk, sakit tekak, selesema dan demam dalam kelas semasa PdPc.
7. Guru kaunselor akan mengiringi pelajar ke Bilik Isolasi (SJAM) untuk berehat dan menghubungi
penjaga.

SOP Pergerakan Pelajar Waktu Balik – Arahan kepada pelajar

1. Guru subjek waktu akhir mengiringi pelajar dan memastikan pelajar keluar kelas mengikut
arahan dan mematuhi peraturan pergerakan. Pergerakan turun tangga adalah juga sehala.

2. Semasa balik, pelajar 2 Casimir, 2 Dominic, 2 Felix dan 2 Henry akan keluar beratur di
koridor, bergerak melalui Pavillion ke koridor Makmal sains. Guru subjek memastikan
pergerakan pelajar adalah teratur dan ikut SOP yang ditetapkan hingga ke Pintu Gate B .

3. Pelajar Peralihan, Tingkatan Satu dan 2 Basilian bergerak melalui laluan di depan Bilik Ketua
Bidang, bergerak ke Pintu Gate B, diiringi oleh Guru subjek waktu akhir, mematuhi SOP yang
ditetapkan.

4. Pelajar yang menunggu ibubapa / bas sekolah dikehendaki tunggu di sebelah parking
motosikal guru dan juga di sebelah kantin sekolah. SOP menunggu juga perlu sentiasa
dipatuhi.

5. Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di luar kawasan sekolah selepas keluar dari pintu gate
sekolah.

6. Pada hari hujan, kereta ibubapa dibenarkan masuk ke dalam sekolah mengikut gate A
(berhampiran Flat) dan pelajar diangkut di laluan Biometrik serta keluar ikut gate B (kantin).

SMK ST. PAUL
SOP Waktu Rehat Sekolah Sesi Persekolahan (Sesi Pagi)

1. Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja
dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan.

2. Pengusaha Kantin akan mendapatkan tempahan makanan untuk keesokkan hari

serta membuat kutipan bayaran setiap hari sebelum tamat waktu SOP 0.
3. Waktu rehat dan pergerakan AJK Kantin telah disusun secara berperingkat bagi memberi

ruang kepada pelajar untuk mengambil makanan di kantin (sila rujuk jadual rehat pelajar)
4. Sebelum mengambil makanan di kantin, AJK Kantin wajib sanitasi tangan. Selepas mengambil

makanan, pelajar diminta mematuhi tanda arah di atas lantai dan terus bergerak ke kelas.
5. Guru bertugas memastikan AJK Kantin mengedarkan makanan yang dipesan kepada pelajar

satu demi satu.
6. Tempoh masa makan waktu rehat (30 minit) : Murid makan di dalam bilik PdPc di bawah

seliaan guru matapelajaran pada waktu rehat. Bilik PdPc bermaksud bilik darjah dan bilik-
bilik khas yang digunakan bagi tujuan PdPc.
7. Guru mengawas pergerakan pelajar semasa rehat di kelas. (Pelajar tidak boleh bertukar tempat
duduk atau berbual-bual)
8. Pihak sekolah menyediakan sabun di tandas dan hand sanitizer di dalam bilik PdPc.
9. Pelajar yang bergerak keluar ke tandas untuk mencuci tangan perlu mematuhi peraturan
penjarakan sosial dan tanda arah atas lantai.
10. Pelajar dilarang berkumpul di mana-mana kawasan sekolah sewaktu rehat kecuali
pergerakan ke kantin, tandas dan kelas.
11. Guru SOP Rehat perlu memastikan bakul yang digunakan untuk mengambil makanan
dipulangkan ke kantin 5 minit sebelum tamat waktu rehat.
12. Guru SOP Rehat perlu memastikan pelajar menbuang pembalut makanan ke dalam tong
sampah hitam di koridor kelas.

Pastikan kebersihan kelas sentiasa dijaga.

Kerjasama semua pelajar dihargai

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.PAUL,
SEREMBAN
CARTA ALIRAN SOP SISTEM TEMPAHAN
MAKANAN

A) PENGISIAN BORANG TEMPAHAN MAKANAN & MINUMAN
WAKTU SOP 0 :
Guru matapelajaran SOP 0 mengingatkan AJK Kantin untuk mengedarkan
Borang Tempahan Makanan & Minuman serta mengutip bayaran
secukupnya untuk tempahan keesokkan hari

B) PENYERAHAN BORANG TEMPAHAN & BAYARAN
WAKTU SOP 0 :
AJK Kantin setiap kelas akan menghantar Borang Tempahan Makanan &
Minuman serta jumlah bayaran kepada pihak pengusaha kantin sebelum
tamat waktu SOP 0 untuk tempahan keesokkan hari.

C) PENGAMBILAN MAKANAN & MINUMAN
WAKTU REHAT :
Guru bertugas membenarkan AJK Kantin (berpas) kelas untuk
mengambil makanan & minuman, 10 minit sebelum waktu rehat.
(`packed food / take away’).

u

D) KUDAPAN PAGI DI KELAS
WAKTU REHAT :
Guru bertugas mengawasi murid yang makan dan minum di dalam kelas
dan memastikan semua murid mematuhi SOP penjarakan fizikal serta
membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah hitam di koridor
kelas setelah selesai makan dan minum serta memastikan bakul
makanan dipulangkan ke kantin (5 minit terakhir). Memastikan pelajar
tidak berbual-bual semasa makan.

SMK ST. PAUL

SOP Pelawat / Ibu Bapa/Penjaga Sekolah Sesi Persekolahan

1. Semua ibu bapa / penjaga akan menggunakan pintu masuk Gate B. Ibu bapa/penjaga perlu
membersihkan tangan dengan sanitizer tangan yang disediakan di pondok pengawal. Ibu
bapa/penjaga perlu mengimbas MySejahtera serta menulis nama, dan nombor telefon
dalam buku log pelawat di pondok pengawal.

2. Pelawat khasnya Pegawai PPD, JPN, KPM, atau mana-mana pelawat berurusan rasmi
dengan sekolah dibenarkan menggunakan pintu masuk Gate A.

3. Kenderaan ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.
4. Orang Kurang Upaya (OKU) dan penjaga yang menjemput anak sakit dibenarkan membawa

kenderaan masuk melalui Gate A.
5. Pelawat/ibu bapa/penjaga bergerak terus ke pejabat sekolah dengan mematuhi tanda arah di

atas lantai.
6. Pelawat /ibu bapa/penjaga memaklumkan tujuan kehadiran kepada kerani di kaunter pejabat.
7. Tiada pelawat /ibu bapa/penjaga dibenarkan berjumpa dengan pelajar /guru kecuali

dengan kebenaran Pengetua
8. Pelawat/ ibu bapa/penjaga bergerak keluar mematuhi tanda arah di atas lantai dan keluar

dari kawasan sekolah.

Pihak sekolah menghargai kerjasama dan sokongan pelawat/ibu bapa/penjaga
dalam menjalani sesi persekolahan norma baharu.

SMK ST. PAUL

PEMAKLUMAN WAKTU TIBA DAN BERSURAI
9. Pengoperasian penuh sekolah secara bersemuka bermula pada 4 April 2022 (Isnin)
10. Semua pelajar akan kembali ke sekolah mengikut sesi persekolahan
11. Pakaian pelajar pada hari Rabu adalah (Digalakkan) pakaian seragam mengikut Badan Beruniform masing-

masing.
12. Waktu balik / tamat sesi persekolahan, mengikut ketetapan berikut :

HARI MASA BALIK SESI PAGI CATATAN
ISNIN 12.30 PM
1.30 PM TINGKATAN WAKTU MASUK
SELASA `2.00 pm SELEWAT-LEWATNYA
RABU 2.30 PM 4F, 4H
(KOKU) 12.30 PM 5D, 5F dan 5H 7.20 AM
1.00 PM Semua Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
KHAMIS 4AM, AAT, 4B, 4D
`1.30 PM 5AM, 5AT dan 5C
JUMAAT 4C, 5B dan Tingkatan 6
2.30 PM
3.00 PM 4F dan 4H
Semua Tingkatan 5 (pelajar bukan Islam)
2.30 PM Semua Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

12.30 PM 4AM, 4AT, 4B, 4C, 4D
1.00 PM Semua Tingkatan 5 (pelajar Islam)
`1.30 PM
2.00 PM Semua Tingkatan 6
3.00 PM Semua Tingkatan 5 (pelajar matapelajaran Bahasa
12.30 PM
3.00 PM Tamil dan Bahasa Cina)

Semua pelajar

Semua Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
5D, 5F dan 5H

Semua Tingkatan 4 (pelajar bukan Islam)
Semua Tingkatan 4 (pelajar Islam)
5AM, 5AT, 5B, 5C
Semua Tingkatan 6

Semua Tingkatan 4 (pelajar matapelajaran Bahasa
Tamil dan Bahasa Cina)
Semua pelajar

Semua Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
(pelajar matapelajaran Kesusateraan Tamil)

HARI MASA BALIK SESI PETANG CATATAN
ISNIN 6.30 PM TINGKATAN
SELASA WAKTU MASUK
RABU Semua pelajar SELEWAT-LEWATNYA
(KOKU)
KHAMIS 1.20 PM
JUMAAT Kecuali JUMAAT 2.20 PM

Bidang Tugas Pengurusan Disiplin

Waktu Pagi– Pintu Gate B
• Semua Guru Disiplin
• En. K. Raman A/L K. Karuppan - (Guru Penyayang)
• Pn. Nor Hafini Binti Yusuf - (Guru Penyayang)

1. Memastikan pelajar masuk ke sekolah mengikut laluan penjarakan fizikal yang ditetapkan
2. Memantau pelajar mensanitasi tangan di kawasan biometrik
3. Memastikan pelajar bergerak ke tapak perhimpunan sementara menunggu guru kelas menjemput pelajar

sebelum 7.10 am.
4. Memastikan pelajar bergerak masuk ke kelas mengikut laluan penjarakan fizikal yang ditetapkan apabila

dijemput oleh guru kelas
5. Memastikan pelajar bergerak ke kelas mengikut laluan dan penjarakan fizikal yang ditetapkan
6. Memastikan pelajar yang bergejala menunggu penjaga duduk di kantin mengikut tatacara penjarakan fizikal
7. Memastikan pelajar yang disyaki bergejala dikuarantin di bilik isolasi (Bilik Kesihatan) dan dihubungi

ibubapa/penjaga pelajar. Guna PPE sekiranya perlu.

Rehat – Pengawasan Pergerakan di Kantin dan Tandas
• Semua Guru Disiplin

1. Memastikan pelajar mematuhi penjarakan fizikal sewaktu bergerak masuk ke kantin dan tandas.
2. Memastikan pelajar mematuhi penjarakan fizikal sewaktu mengambil makanan di kantin.
3. Memastikan pelajar bergerak masuk ke kelas mengikut tanda pergerakan naik tangga.
4. Memastikan pelajar beratur mengikut tanda penjarakan fizikal yang ditentukan sebelum memasuki tandas.
5. Memastikan pelajar mengikut giliran memasuki tandas
6. Memastikan pelajar bergerak keluar dari tandas ke kelas dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Waktu Bersurai – Pintu Gate B

• Semua Guru Disiplin

1. Memastikan pelajar sesi pagi berbaris sebelum bergerak keluar dari kelas.
2. Memastikan pelajar sesi petang masuk ke sekolah mengikut laluan penjarakan fizikal yang ditetapkan.
3. Memastikan pelajar tidak berkumpul di pintu pagar (GATE B). Memastikan pelajar yang menunggu

penjaga yang lewat tiba berkumpul dikantin.
4. Pelajar yang menunggu ibubapa / bas sekolah dikehendaki tunggu di kantin. Guru bertugas mesti

memastikan pelajar berbaris dan duduk di lantai dengan mematuhi SOP dan penjarakkan fizikal.

* JADUAL BERTUGAS MINGGUAN PERLU DISEDIAKAN DAN SALINAN DIHANTAR KEPADA PK
HEM

BIDANG TUGAS GURU KELAS
1. Menyusun atur kedudukan pelajar di dalam kelas dengan mematuhi penjarakan fizikal.
2. Menampal nama pelajar di atas meja (sesi pagi – kanan / putih, sesi petang – kiri / kuning).
3. Menampal Pelan Kelas di pintu depan kelas.
4. Menyerahkan salinan Pelan Kelas kepada SU Unit HEM
5. Mengambil dan mengisi kehadiran pelajar atas talian e-kehadiran sebelum pukul 9.30 pagi.
6. Menguruskan kes kecemasan melibatkan pelajar kelas masing-masing dan hubungi ibu bapa

pelajar jika perlu.
7. Mengeluarkan surat-surat amaran ketidakhadiran ikut prosedur biasa.
8. Menyediakan jadual tugas dalam kelas dengan mematuhi prosedur penjarakan fizikal.
9. Mengingatkan pelajar supaya mematuhi semua arahan pergerakan dalam sekolah, kelas,

tandas dan kantin.
10. Memastikan kebersihan dijaga setiap hari dan markah kebersihan kelas tidak kurang daripada

80%.

BIDANG TUGAS GURU SOP – Waktu 0 (Guru Kelas)
1. Menjemput pelajar yang sampai awal ke sekolah (pagi) dari tapak perhimpunan dan kelas pada

pukul sebelum 7.10 pagi serta mengawal pelajar sehingga waktu PdPc pertama bermula.
2. Mencatatkan kehadiran untuk pengisian APDM dan menguruskan pesanan makanan di kantin.
3. Guru relief SOP 0 perlu menghantar kehadiran dalam group telegram kehadiran.
4. Memastikan SOP sentiasa dipatuhi apabila pelajar berada di dalam kelas.

BIDANG TUGAS GURU SOP – Waktu Rehat
1. Memastikan pelajar mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
2. Memastikan pelajar makan di kelas dalam keadaan terkawal mengikut SOP dan penjarakkan

fizikal.
3. Memastikan pelajar mengikut giliran ke tandas untuk mengelakkan kesesakan penggunaan

tandas.
4. Memastikan sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah yang berada di koridor kelas dan

memulangkan bakul makannan ke kantin.
5. Memastiakan pelajar tidak boleh bertukar tempat duduk atau berbual-bual
6. Memastikan pelajar menjaga kebersihan kelas.

JADUAL GURU BERTUGAS MINGGU X (XXX - XXX 2022)

CONTOH TEMPLATE

HARI BIOMETRIK DATARAN WAKTU WAKTU BERSURAI WAKTU
(Sanitasi PERHIMPUNAN REHAT (Pintu Pagar B) BERSURAI
ISNIN Tangan) (kantin)
SELASA 6.30-7.30am (12.30 pm) - AZMA (Kantin)
6.30-8.00am 10.00am - THAASHA (1.30 pm) - CHITRA.K (1.30 pm)
RABU MAIZATUL 10.30 am - CHITRA.K (2.00 pm) - THAASHA NAZREEN
KHAMIS MOGAN (12.30 pm) - CHITRA RAJU
JUMAAT 10.00am - (1.00 pm) - (1.30 pm)
10.30 am - (1.30 pm) -
(1.00 pm) - (1.00 pm)
10.00am -
10.30 am - (12.30 pm) - (12.30 pm)
10.00am - (1.00 pm) -
10.30 am - (1.30 pm) - (12.30 pm)
(12.30 pm) -
10.00am -
10.30 am -

GURU BERTUGAS : MOGAN, MAIZATUL, THAASHA, CHITRA.K, SUHANA, NAZREEN, AZMA

CATATAN :

1. Guru bertugas untuk biometrik dan guru bertugas di tapak perhimpunan mesti berada di
sekolah sebelum jam 6.30 pagi.

2. Guru perlu memastikan semua pelajar memakai pelitup muka dan menjaga jarak antara
pelajar lain termasuk semasa pelajar mensanitasi tangan di kawasan biometrik.

3. Guru bertugas di kantin perlu memastikan pelajar beratur mengikut jarak yang telah diletakkan.
Murid perlu memakai pelitup muka dan “sanitize” sebelum mengambil makanan untuk pelajar
kelas masing- masing.

4. Guru bertugas memaklumkan kepada Guru Kaunseling sekiranya pelajar sakit dan dibawa ke
bilik isolasi.

5. Guru bertugas waktu balik perlu mengawal pergerakan pelajar keluar dari kawasan sekolah
6. Bagi pelajar yang ibu bapa datang lambat, pelajar perlu berada di kantin dan guru perlu

mengawal pelajar. Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di hadapan pintu pagar (GATE B). Guru
bertugas perlu memastikan pelajar berbaris dan duduk di lantai kantin sekolah mengikut SOP
dan penjarakkan sosial.










Click to View FlipBook Version