The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Maisarah, 2023-03-01 10:50:45

KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN 1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN

B M M B 1 1 0 4 D I S E D I A K A N O L E H : A I N A M A I S A R A H B I N T I M O H D Z U K I U N I T : B A H A S A M E L A Y U 2 N A M A P E N S Y A R A H : E N . M O H A M A D B I N A B . L A T I F F


Pengenalan


Konsep KesusasteraanMelayu Prosa Tradisional Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis dan bentuk iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. Prosa tradisional adalah ciptaan karya seni yang dizahirkan melalui bahasa serta bertujuan untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu (Azman Rahmat et al., 2022). Terdapat dua genre prosa tradisional iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan). Sastera rakyat tersebar secara lisan iaitu melalui ungkapan dari mulut ke mulut. Antara contoh sastera rakyat ialah mitos, legenda, cerita rakyat dan puisi rakyat. Sastera istana pula merupakan sastera tulisan yang wujud setelah penerimaan agama Islam dan berkembang di dalam istana. Contoh sastera tulisan adalah seperti sastera undang-undang, sastera epik, sastera panji dan sastera agama.


Prosa Moden Prosa moden merupakan karya yang bebas dan menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu atau kehidupan sebenar dalam bentuk tulisan. Prosa moden juga ialah karya kreatif yang mempunyai mesej yang tersirat. Cerpen, novel dan drama tergolong dalam prosa moden. Perkataan cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Cerpen berkisar tentang satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan impak tertentu dan mendalam. Dengan kata lain, cerpen merupakan kisah rekaan yang pendek dicipta dengan unsur-unsur dramatik dengan tujuan memberikan satu kesan kepada pembacanya. Novel pula menurut Azman Rahmat et al. (2022) ialah sebuah prosa rekaan yang panjang dan mengandungi kisah sebahagian daripada sebuah kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Novel berbeza daripada cerpen terutamanya dari segi cerita yang lebih banyak menunjukkan perkembangan watak akibat daripada beberapa peristiwa yang dialaminya, sedangkan cerpen berpusat pada watak yang menggambarkan satu siri peristiwa yang terbatas (Fong Peng Chew, 2013).


Puisi Tradisional Selain itu, drama merupakan satu bentuk karya sastera yang diceritakan melalui lakonan dan juga dialog. Drama menggambarkan satu kisah atau konflik tentang kehidupan manusia yang ditunjukkan melalui aksi dan dialog watak-watak. Terdapat unsur-unsur yang penting dalam sesebuah drama seperti skrip drama itu sendiri, pengarah yang berperanan untuk menyelaraskan pementasan drama tersebut serta para pelakon atau watak yang memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip. Mohd Rosli Saludin (2013) menyatakan bahawa puisi Melayu tradisional merupakan pancaran masyarakat Melayu lama kerana karya-karya sastera tradisional ini jelas menunjukkan persatuan masyarakatnya serta kekuatan adat. Antara contoh puisi tradisional yang paling hampir ialah pantun. Pantun merupakan puisi yang memang asal milik masyarakat Melayu dan kaedah rangkapan yang tertua. Penciptaan pantun terdiri daripada dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti pantun


Puisi Moden menghibur, nasihat, agama, budi, jenaka dan sebagainya. Di samping itu, terdapat banyak lagi genre dalam puisi tradisional Melayu seperti syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki dan pelbagai puisi tradisional lain. Satu-satunya genre puisi dalam puisi moden ialah sajak. Ciri-ciri sajak sebagai puisi moden ialah bersifat bebas yang tidak terikat pada peraturan. Sajak tidak terikat dalam aspek pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir berbeza dengan puisi tradisional. Puisi moden juga mempunyai ciri yang lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui penggunaan kata-katanya yang saling terjalin menurut erti dan irama. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa puisi Melayu moden tidak terikat pada norma-norma tertentu dan suasana serta pandangan dalam sesebuah karya sastera itu lebih moden.


Fungsi SasteraMelayu Memang tidak dapat dinafikan bahawa sastera Melayu mempunyai fungsi yang signifikan sebagai alat pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana karya-karya sastera Melayu merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan juga agama. Pengarang juga menyelitkan unsurunsur pengajaran atau moral dalam prosa atau puisi mereka yang secara tidak langsung meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendidik para pembaca. Menurut Azman Rahmat et al. (2022), mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957 di negara kita bagi menerap nilai-nilai murni dalam jiwa rakyat Malaysia, melahirkan masyarakat yang kreatif serta menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.


Fungsi SasteraMelayu Selain itu, karya sastera juga membawa fungsi yang penting iaitu sebagai satu hiburan yang menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata, irama atau rentak, unsur kelucuan dan sebagainya. Misalnya, unsur hiburan boleh dilihat dalam cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk. Karya sastera rakyat ini bukan sahaja menghibur malahan sarat dengan pengajaran dan mesej yang bernilai. Bukan itu sahaja, karya sastera juga menjadi medium untuk menyampaikan dakwah pada zaman dahulu melalui pelbagai bentuk dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Tambahan lagi, karya sastera merupakan medium protes dan kritik sosial kerana perkara yang dipaparkan dalam sesuatu karya itu berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan masyarakat.


Contoh Karya Puisi Tradisional PANTUN Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerejak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak. Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005) Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Apa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik; Kalau tidak berbudi bahasa.


Contoh Karya Puisi Tradisional SYAIR SITI ZUBAIDAH Jikalau dicari dengan makrifat Cukup kepadanya serba empat Habis kepada sempurna sifat Bandingnya itu sukar mendapat Rambutnya panjang hitam lebatnya Kening beralit dengan hitamnya Mata hitam sangat hitamnya Bulu matanya lentik sangat eloknya Hidungnya mancung lehernya jijang Pinggangnya ramping dadanya bidang Loknya elok sederhana sedang Sedap manis mata memandang Puteri Zubaidah konon namanya Patutlah nama dengan rupanya Di negeri Irak sangat mashurnya Seorang pun tiada tolok bandingnya Baik parasnya bukan kepalang Tubuhnya seperti emas cemerlang Cahaya durjanya gilang-gemilang Jika ditentang bagaikan hilang Lemah lembut manis berseri-seri Majlisnya tidak lagi terperi Parasnya seperti anakan peri Tiada berbanding di dalam negeri Bertambahlah arif bijak laksana Bijak bestari akal sempurna Sifatnya lengkap tujuh laksana Tiada berbanding barang di mana


Contoh Karya Puisi Tradisional GURINDAM KELEBIHAN BERCAKAP BENAR Bercakap benar dalam perhubungan, suasana harmoni kekal berpanjangan. Bercakap benar bukti kejujuran, tegak sentiasa tiang kebenaran. Bercakap benar sepanjang masa, amalan diperbaiki diampuni dosa. Bercakap benar sempurna iman, insan bertakwa hidupnya aman. Bercakap benar banyak kelebihan, amal ibadah diterima tuhan. Kalau diamal bercakap benar, mulia peribadi akhlak bersinar. Bohong menipu hasutan syaitan, elok dihindar mengelak kejahatan. Mahkota diri baik pekerti, Sahabat taulan senang dekati. Kata ditutur orang percaya, bersih hati disirami cahaya. Tulus bicara tidak berdusta, tenangnya hidup tanpa sengketa.


Karya Gubahan Sendiri ubahan Sendiri PANTUN AGAMA Bagaimana baju tidak basah, Kalau diri ditimpa hujan; Bagaimana jiwa tidak resah, Kalau diri ini tiada iman. Beri makan anak gajah, Nampak kera di dalam hutan; Tadah tangan buka sejadah, Hari ini dunia akhir zaman. Bercucuk tanam bukannya mudah, Perah tenaga dan air mata; Bila badan dikambus tanah, Tiada guna harta sejuta. Manis nanas seperti madu, Khasiat banyak untuk manusia; Orang malas menunaikan fardu, Di akhirat kelak badan binasa. Rangkap 1: Rangkap 2: Rangkap 3: Rangkap 4:


ManifestasiAkalBudi dalam Pantun Rangkap pertama pantun agama yang saya cipta membawa maksud apabila seseorang itu kurang iman dalam dirinya, maka kehidupannya juga akan tidak tenteram dan hati menjadi gelisah. Pantun ini mengetengahkan tentang kepentingan untuk sentiasa meningkatkan keimanan dalam diri. Hal ini kerana kekuatan iman dalam diri akan menjadi satu perisai kepada seseorang itu daripada melakukan kemungkaran. Keimanan juga dapat melahirkan sifat syukur dalam diri sekali gus membawa kerahmatan dan kebahagiaan dalam hidup. Rangkap yang kedua pula membawa maksud bahawasanya harta yang berjuta sekalipun tidak akan dapat membantu kita setelah kita meninggal dunia. Hanya amalan soleh yang dilakukan di dunia akan menjadi saksi di akhirat kelak. Pantun ini memberi kesedaran supaya jangan terlalu mengejar kemewahan dunia kerana sesungguhnya dunia ini bersifat sementara sedangkan akhirat yang kekal selamanya.


Rangkap ketiga pantun ini pula bermaksud manusia seharusnya sedar dan bertaubat kepada Allah SWT sebelum terlambat kerana dunia kini akhir zaman. Dasawarsa ini, kita dapat melihat dunia semakin tenat, berlakunya pelbagai bencana dan menunjukkan bahawa ini merupakan tanda-tanda bahawa akhirat itu kian dekat. Manusia juga semakin alpa dan kemungkaran juga semakin berleluasa. Oleh itu, pantun ini memberi peringatan supaya kita sentiasa meminta ampun kepada yang maha Esa serta melakukan segala perintahNya agar terhindar daripada kemungkaran akhir zaman. Rangkap terakhir pantun ini membawa makna sekiranya seseorang itu tidak melakukan kewajipan, maka akan mendapat balasan di akhirat kelak. Setiap umat Islam wajib melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Perkara ini merupakan tanggungjawab hakiki setiap umat Islam demi mendapat Syurga yang abadi di akhirat kelak. Tegasnya, pantun ini memberi kesedaran bahawa kebahagiaan di dunia dan akhirat hanya mampu dikecapi sekiranya seseorang itu sentiasa patuh kepada suruhanNya serta meningkatkan keimanan dalam diri.


Karya Gubahan Sendiri GURINDAM SAHABAT Hidup ini sunyi sendiri, Perlu sahabat temani diri. Hidup kadang terasa sulit, Sahabatlah jadi pembangkit. Hidup ini banyak dugaan, Perlu sahabat jadi peneman. Hidup yang lalai akan sesat, Sahabatlah jadi penasihat.


ManifestasiAkalBudi dalam Gurindam Akal budi dalam gurindam tentang sahabat yang saya cipta ini menjelaskan bahawa setiap manusia tidak akan mampu hidup bersendiri dan memerlukan seseorang sahabat sebagai peneman ketika berasa sunyi. Seseorang yang hidup bersendiri semestinya tidak akan bahagia kerana setiap orang pasti memerlukan orang lain sebagai tempat bergantung. Jadi, sahabatlah yang menjadi insan yang paling dekat dengan kita apabila memerlukan pertolongan atau sokongan hidup. Selain itu, kita sebagai manusia yang lemah juga memerlukan seorang sahabat sebagai penguat hidup ketika berada dalam kesulitan. Kata orang, hidup ini bagaikan roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Oleh itu, setiap orang memerlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjadi sumber kekuatan agar tidak mudah berputus asa dalam hidup terutamanya ketika mengalami tekanan.


Kehidupan juga tidak selalunya indah kerana semestinya ada suatu ketika kita akan menghadapi cabaran atau dugaan yang sukar. Maka, seseorang itu memerlukan sahabat yang setia memberi dorongan dan semangat untuk terus berjuang dalam meneruskan kehidupan. Seseorang sahabat sejati itu akan sentiasa hadir menjadi peneman ketika susah dan akan turut bahagia ketika kita senang. Hal ini kerana sudah menjadi fitrah manusia untuk saling bergantung antara satu sama lain. Di samping itu, gurindam ini juga menjelaskan bahawa pentingnya seseorang sahabat itu dalam hidup sebagai seorang pembimbing atau penasihat sekiranya kita lalai. Kehidupan yang penuh dengan dugaan ini akan memandu kita ke jalan yang sesat sekiranya kurangnya keimanan atau pegangan agama dalam hidup. Kita sebagai manusia yang lemah tidak akan mampu menepis hawa nafsu yang boleh menyebabkan kita alpa dan leka. Oleh hal yang demikian, sahabatlah yang seharusnya memberi kesedaran dan sentiasa memimpin kita ke jalan yang benar.


Rumusan


Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, & Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Fong Peng Chew. (2013). Cerpen dan perpaduan nasional. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Click to View FlipBook Version