The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hasil pembentangan kumpulan pelajar BPSP (kumpulan 3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 207834, 2023-06-16 04:38:57

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU

Hasil pembentangan kumpulan pelajar BPSP (kumpulan 3)

AHLI KUMPULAN KUMPULAN 3 : 1) MUHAMMAD NURFIRDAUS BIN AMRAN (205514) 2) MUHAMMAD SAFWAN BIN ABD JAMAL (207834) 3) MUHAMMAD SYAZANI BIN MOHD YUNOS (205207) 4) NORSAQILAH BINTI AZMI (205689) 5) NUR EMYLIA IZZATY BINTI MOHD JOKI (205293) Teori Rasional Emotif Tingkah Laku CPE3203 (KUMP.1) PENGHANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENSYARAH : DR WAN NORHAYATI BINTI WAN OTHMAN


Pengasas Albert Ellis Dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, America Syarikat Meninggal pada 24 Julai 2007 American Psychologist dan Psikoterapist Ibunya menghidap bipolar disorder Memperoleh Bachelor of Arts degree in Business terlebih dahaulu sebelum memasuki bidang psikologi klinikal 1942 memulakan pengajian PhD dalam psikologi klinikal di Columbia University sehingga 1947 1955 memperkenal "rational therapy" Mula mengajar ahli terapi yang lain menggunakan teknik ini, di mana klien dibantu dengan memperbetul pemikiran dan sikap mereka.


Activating event Pandangan Tentang Sifat Tabii Manusia Belief Consequence (Response) Disputation Effective response


Pandangan Tentang Sifat Tabii Manusia George & Cristani (1995): manusia sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gerald Corey (1996): Terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahrikan dengan keupayaan untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Hackey & Cormiew (1995): Gangguan emosi manusia disebabkan pemikiran tidak rasional Suradi Salim (1996): manusia berupaya berfikir rasional dan tidak rasional. Terdapat sistem kepercayaan yang cenderung berfikir ke arah tidak rasional.


Gangguan yang wujud dalam diri adalah disebabkan pengaruh pemikiran negatif atau tidak rasional Faktor Psikologi 01. 02. 03. PUNCA MASALAH BERDASARKAN TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU Hubungan seseorang dengan persekitarannya seperti ahli keluarga, rakan atau kumpulan sosial menyumbang kearah bagaimana seseorang melihat dirinya. Faktor Sosial Apa yang difikir dan perkataan yang dihujahkan akan mempengaruhi diri , serta perlakuan dipengaruhi oleh perasaan dan sebaliknya Faktor Emosi & Tingkahlaku


Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku digunakan untuk membantu klien tersebut untuk berfikir secara rasional dan tidak lagi melukakan emosi sendiri. Menunjukkan kepada klien bahawa pemikiran mereka mempengaruhi emosi dan tingkah laku. Contohnya, fikir negatif akan membawa emosi yang negatif. Membantu klien membebaskan diri daripada masalah-masalah yang dinyatakan atau tidak diluahkan kepada kaunselor. Teori ini juga dapat menyuntik atau menyembuhkan pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. MATLAMAT TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU


Peranan Kaunselor Menurut : TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU Meyakinkan klien bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mengatasi kebimbangan mereka sendiri. 1 Membantu klien untuk memahami bahawa gangguan emosi dan tingkah laku berpunca daripada pemikiran tidak rasional. 2 Membantu klien mengenalpasti kepercayaan tidak rasional dan menggantikan dengan kepercayaan rasioanl. 3 Membantu klien mengubah keprcayaan tidak rasional dengan menggunakan teknik - teknik yang berkaitan dengan logik dan realistik. 4 Membantu klien berusaha untuk mengekalkan kepercayaan rasional dan mengaplikasikan beberapa kaedah kognitif, emosi dan tingkah laku. 5 Meembantu klien meneruskan proses perubahan dengan menggunakan pelbagai model dan pendekatan. 6


Kesimpulannya, menurut teori emotif tingkah laku, kaunselor perlu aktif dalam usahanya untuk membantu kliennya memahami kepercayaan tidak rasional, mengajar klien idea dan alternatif baharu serta memberitahu tentang kebaikan idea baharu.


TEKNIK REBT Teknik Emotif Teknik Kognitif Teknik Tingkah laku RATIONAL EMOTIVE IMAGINERY ROLE PLAYING SHAME ATTACKING MENYINGKIRKAN KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL KAEDAH PSIKOPENDENDIDIKAN TUGASAN KOGNITIF TEKNIK PENEGUHAN TEKNIK MODELLING TEKNIK RELEKSASI


TEKNIK EMOTIF Teknik-teknik emotif yang terkandung ini merupakan teknik yang bertujuan mengubah emosi klien. Kesemua teknik emotif tersebut boleh dikatakan sebagai medium untuk menguatkan dan memberi semangat kepada klien, namun tujuan utamanya adalah diharap dapat membawa klien melihat semula kerosakan yang dilakukan terhadap diri sendiri disebabkan kepercayaan tidak rasionalnya. RATIONAL EMOTIVE IMAGINERY ROLE PLAYING Teknik ini merupakan satu bentuk latihan mental dan teknik yang direkabentuk untuk membina corak emosi yang baru. Klien membayangkan sendiri, merasakan dan berkelakuan sama seperti dengan apa yang mereka inginkan dalam dunia realiti. Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku klien. Ia memberi tumpuan kepada klien yang mempunyai fobia dan ingin mengatasinya dengan mempelajari tingkah laku baharu. Apabila klien berinteraksi dengan kaunselor mereka akan menggunakan tingkah laku baru yang telah diajar kepada mereka semasa rawatan. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkahlaku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempattempat yang signifikan dengan klien. Terapi ini boleh membantu individu mengatasi ketakutan dengan menghentikan tabiat dan mempelajari teknik tingkah laku baharu. Sejauh mana pelan rawatan berfungsi adalah bergantung pada tahap ketakutan yang teruk.


TEKNIK KOGNITIF MENYINGKIRKAN KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL KAEDAH PSIKOPENDENDIDIKAN Kaunselor bertindak secara aktif dengan menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan mengajar klien bagaimana melakukan. Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir klien dan membawa ke arah berfikir yang lebih logik dengan mngarahkan klien membuktikan mengapa klien harus berasa teruk jika sesuatu yang dilakukannya tidak berjaya. Persoalan tidak rasional klien perlu dicabar dan digantikan dengan pemikiran baru yang lebih rasional. Konfrontasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional klien dan membuat klien menyedari keadaan tersebut. Kaedah berunsurkan pendidikan merupakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran kepada klien. Terapis mengajar klien tentang keadaan masalah klien dan bagaimana rawatan yang boleh dilakukan. Klien mungkin perlu menghadiri program rawatan sekiranya mereka memahami bagaimana proses berjalan dan memahami kenapa teknik-teknik tertentu digunakan. Kaunselor mengambil peranan lebih aktif, kaunselor boleh berbincang serta menunjukkan sesuatu kepada klien, seperti ketidaklogikan dan cara praktis tertentu. Kaunselor mengajar klien bagaimana berhadapan dengan penyataan tidak rasional mereka supaya tidak mempercayainya. REBT amat menitikberatkan pada pemikiran, menyingkirkan, mendebatkan, mencabar, mengintepretasikan, menerangkan dan mengajar. Kesemua ini merupakan cara yang kaedah yang berkesan dalam memastikan klien melihat pemikiran tidak rasional mereka. • Dryden (2002), menjelaskan bahawa cara yang berkesan dalam membawa perubahan emosi dan tingkahlaku adalah melalui perubahan cara berfikir klien.


TEKNIK TINGKAH LAKU Teknik ini adalah bertujuan untuk mengubah tingkahlaku yang tidak diingini pada diri klien. Teknik tingkahlaku memerlukan klien memberikan komitmen di luar sesi, ianya mungkin boleh diandaikan dengan pembelajaran secara teori adalah di dalam sesi, manakala praktikal pula dilakukan di luar sesi. Ledly (2005), mengatakan tugasan kepada klien memberikan mereka peluang untuk praktis kemahiran baru di luar sesi terapi, di mana ianya mungkin lebih bernilai untuk klien berbanding semasa sesi terapi. TEKNIK PENEGUHAN TEKNIK SOCIAL MODELLING Digunakan dalam proses untuk menggalakkan perkara yang positif dan menghindari perkara yang negatif daripada berlaku berterusan. Konsep peneguhan boleh diaplikasikan di dalam sesi REBT bagi membantu klien menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan membuat peneguhan kepada pemikiran yang lebih positif agar klien tidak merosakkan dirinya dengan kepercayaan lama. Galakkan seperti pujian atas perubahan yang dilakukan oleh klien ataupun mengendahkan tingkahlaku yang cenderung kepada pemikiran tidak rasional dapat membantu klien untuk melakukan perubahan. Teknik ini digunakan dalam membantu klien melihat keadaan yang lebih baik berbanding keadaannya pada masa sekarang ataupun permasalahan yang dihadapinya. Melalui teori REBT, kaunselor boleh memandu klien untuk melihat situasi yang dihadapinya dan memberikan model yang positif agar klien dapat meniru atau menjadikannya sebagai panduan dalam melihat dirinya. Kaunselor turut boleh memperlihatkan dua model atau situasi berbeza antara positif dan negatif untuk membantu klien melihat sendiri di mana kedudukan sebenar klien, dengan itu klien mampu memilih keputusan yang lebih baik berbanding keadaan yang dihadapi.


Pendekatan Rational-Emotive Behavior Therapy (REBT) adalah pendekatan behavior kognitif yang menekankan kepada kaitan antara perasaan, tingkah laku dan pemikiran. Pendekatan RationalEmotive Behavior Therapy (REBT) di kembangkan oleh Albert Ellis melalui beberapa peringkat. pandangan dasar pendekatan ini tentang manusia adalah bahawa individu mempunyai kecenderungan untuk berfikir tidak rasional. Di samping itu, individu juga mempunyai keupayaan untuk belajar semula untuk berfikir rasional, pendekatan ini bertujuan untuk mengajak individu mengubah fikiran-fikiran irasionalnya ke fikiran yang rasional melalui teori ABCDE. KESIMPULAN MEN ARE NOT DISTURBED BY THINGS , BUT BY THE VIEWS WHICH THEY TAKE OF THEM -ALBERT ELLIS


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version