Pusat Sumber
Aula Intelek, SK Olak Lempit
membawakan anda…
1
Pameran Bertema
Pesta Kaamatan
&
Hari Gawai
PESTA KAAMATAN
3
“Pesta Kaamatan atau nama lainnya Tadau Kaamatan atau di
dalam bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan
khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati
semangat padi. Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan
merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati semangat
padi.
Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan
disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
4
Tarian Sumazau
Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan
umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan
5
6
Unduk Ngadau Kaamatan
Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan
"tunduk tadau" atau “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya
matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau
muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga
dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga
sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan
budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan
Tadau Kaamatan.
7
Makanan dan Minuman
Kinomol Noonsom
Air Tapai yang diperbuat Jeruk buah Mambangan
dari beras
8
Makanan dan Minuman
Nasi Linopot Ambuyat
Nasi yang dibungkus Hidangan yang diambil
dengan daun dari bahagian batang sagu
sawit.
9
Pakaian Tradisi
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.
Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung
toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita
memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju
fabrik baldu hitam berhias rendakuning keemasan.
Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar
dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus
bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri
gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
10
Ritual Keagamaan
Obolian Odu Miada Gumarang berkongsi bahawa Kaamatan mempunyai tujuh upacara iaitu:
⋄ Mamayayat/Mogkodim Pouli Bambarayon (Permulaan panggilan pulang untuk Bambarayon)
⋄ Magahau (Magavau), Mongondut/Mongombos (Humabot) om Modsoluhut do Bambarayon (Misi
mencari dan menyelamat)
⋄ Mamabas (Meredakan)
⋄ Momodsu (Pembersihan atau penyucian)
⋄ Monoguli (Pemulihan)
⋄ Monumad (Memberi makan)
⋄ Moginakan Kopiobpinaian om Karayahan doid Kinoingan (Hari raya perjumpaan dan kesyukuran
kepada Tuhan)
⋄
11
HARI GAWAI
“Hari Gawai, atau Festival Gawai Dayak, adalah festival penting
masyarakat Dayak di Malaysia yang terdiri daripada suku Bidayuh,
Kenyah, Iban, Murut, Kayan, dan Kelabit. Gawai bermaksud pesta.
Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak
merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam
padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi
dan social.
13
Asal Usul Hari Gawai
Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang
bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka
mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar.
Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap
tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun
yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.
Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala
lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai
padi, kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk
mereka meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan
14
Sambutan Hari Gawai
Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula dari
hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai beberapa
upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh
pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi
dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling
tikar.
15
16
Kumang Gawai
Kumang Gawai merujuk pada Pertandingan Ratu Cantik
yang dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai. Pekit
Kumang merupakan satu pertanding di mana peserta
akan memakai pakaian tradisional perempuan kaum
Iban, Ngepan Iban.
Ngepan Indu Iban ini biasanya ada maksud yang
tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan.
Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan
sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada
pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga
cara permakaian yang salah boleh menyebabkan peserta
gagal dalam pertandingan tersebut..
17
Makanan dan Minuman
Nasi Merah Umai
Diperbuat dari beras yang Ikan mentah yang
berbeza berbanding beras dibersihkan dan diperap
biasa. dengan limau, cili dan
bawang merah
18
Makanan dan Minuman
Ayam Pansoh Ikan Tempoyak
Ayam yang dimasak dalam Ikan yang dimasak dengan
buluh. tempoyak.
19
Pakaian Tradisional - Perempuan
Pakaian tradisonal wanita Iban, terbahagi
kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan
Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung
yang sempit dan panjangnya cuma separas
lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi
pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga
memakai kain selendang yang panjang dan
sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai
bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan
yang sangat halus.
20
Pakaian Tradisional - Perempuan
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain
Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara
melilitnya di pinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini
dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan,
mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki
Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong
tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun
dengan cara ikat.
21
22
23
24
25
Ritual Keagamaan
Untuk memulakan upacara
⋄ Sajian akan dipersembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di atas kepala semua
yang hadir.
⋄ Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan itu ke dalam pinggan
tembikar atau bakul kulit buluh.
⋄ Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas dan separuh lagi
diminum oleh mereka sendiri.
⋄ Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang kenamaan kayangan dan
roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian akan dilakukan.
⋄ Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula.
26
Sumber Rujukan
⋄ https://www.pnonline.net/post/apa-itu-taadau-kaamatan
⋄ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekit_Kumang
⋄ https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
⋄ https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/
⋄ https://www.iloveborneo.my/sejarah-dan-info-menarik-mengenai-hari-gawai-dayak-di-
sarawak/
⋄ https://tvstv.my/2021/05/31/makanan-tradisi-hari-gawai/
⋄ https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html
27
Sumber Gambar
⋄ https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/348
⋄ http://evygurlz.blogspot.com/2011/07/tarian-sumazau-merupakan-sejenis-tarian.html
⋄ https://www.thepatriots.asia/tarian-sumazau-lambang-falsafah-etnik-kadazandusun-di-masa-silam/
⋄ https://www.facebook.com/ropuhanditanakwagu/photos/a.324512944594903/324513181261546/?type=3&is_lookaside
=1
⋄ https://www.reddit.com/r/MalaysianFood/comments/mohqii/nonsoom_bambangan_pickled_wild_mango_an_et
hnic/
⋄ https://www.mysabah.com/wordpress/linopot-of-sabah/
28
Terima kasih.
Pameran ini dibawakan khas oleh
Pusat Sumber
Aula Intelek, SK Olak Lempit
29