HARI 0–5
• Sebelum kitar haid bermula, kesemua hormon berada pada aras yang rendah. Dengan
ketiadaan rangsangan daripada progesteron dan estrogen, endometrium yang telah menebal
akan luruh dan haid berlaku (hari pertama).
• Kitar haid bermula sehari sebelum haid apabila hipotalamus merembes hormon perembes
gonadotrofin (GnRH).
• GnRH merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel (FSH) dan
hormon peluteinan (LH) ke dalam darah.
• FSH merangsang perkembangan folikel dalam ovari. Dalam folikel primer, oosit berkembang
menjadi oosit sekunder yang terkandung dalam folikel Graaf.
• Sel-sel folikel yang sedang berkembang merembes hormon estrogen.
• Estrogen menggalakkan kematangan folikel serta memulih dan membaiki dinding uterus.
• Kehadiran estrogen pada aras yang rendah merencatkan perembesan FSH dan LH melalui
mekanisme suap balik negatif, seterusnya menghalang perkembangan folikel baharu.
HARI 6–14
• Aras estrogen yang semakin meningkat dan memuncak pada hari ke-12 merangsang
hipotalamus untuk merembes GnRH melalui mekanisme suap balik positif.
• Aras GnRH yang tinggi seterusnya merangsang kelenjar pituitari untuk merembes lebih banyak
FSH dan LH.
• Aras LH yang meningkat sehingga mencapai kemuncak pada hari ke-13, merangsang ovulasi
pada hari ke-14 dan oosit sekunder dibebaskan dari folikel Graaf.
• LH juga merangsang tisu folikel yang tertinggal untuk membentuk korpus luteum.
HARI 15–21
• Korpus luteum dirangsang oleh LH untuk merembes hormon progesteron dan estrogen.
• Gabungan progesteron dan estrogen merencat rembesan FSH dan LH oleh hipotalamus melalui
mekanisme suap balik negatif. Ini menghalang perkembangan folikel yang baharu.
• Progesteron merangsang endometrium menjadi lebih tebal dan kaya dengan salur darah.
Ini adalah persediaan untuk penempelan embrio sekiranya persenyawaan berlaku.
HARI 22–28
• Jika persenyawaan tidak berlaku, penurunan aras LH mengakibatkan korpus luteum merosot,
maka rembesan hormon progesteron dan estrogen dihentikan.
• Tanpa rangsangan daripada progesteron dan estrogen, endometrium akan luruh dan
haid berlaku.
• Aras progesteron dan estrogen yang rendah tidak lagi merencat hipotalamus dan kelenjar
pituitari, maka GnRH dirembes semula dan seterusnya merangsang rembesan FSH dan LH.
Kitar haid yang baharu bermula dengan perkembangan folikel baharu.
• Jika persenyawaan berlaku, korpus luteum terus berkembang, maka progesteron dan estrogen
terus dirembes. BAB 15
• Ini menyebabkan endometrium terus menebal bagi menyokong perkembangan fetus.
15.3.1 295
Peranan hormon dalam kehamilan
dan keguguran
Korpus luteum terus menghasilkan estrogen dan progesteron selama
tiga hingga empat bulan selepas kehamilan. Selepas itu, korpus luteum
akan merosot dan penghasilan estrogen dan progesteron diambil alih
oleh plasenta sehingga bayi dilahirkan.
Progesteron merencat perembesan FSH dan LH. Oleh itu, kitar
haid dan ovulasi tidak berlaku sepanjang tempoh kehamilan
Keletihan
seseorang perempuan.
Ketidakseimbangan aras hormon progesteron dan aras
estrogen boleh mengakibatkan keguguran kandungan.
Sakit kepala
Penurunan aras progesteron menyebabkan pengecutan
uterus. Akibatnya, keguguran berlaku.
Ketegangan
emosi
Sindrom prahaid dan sindrom
Cepat marah putus haid
SINDROM PRAHAID
Sindrom prahaid atau gejala sebelum kedatangan haid
biasanya dialami antara 7 hingga 14 hari sebelum hari pertama
haid. Sindrom ini berlaku akibat ketidakseimbangan aras estrogen
dan progesteron dalam kitar haid.
GAMBAR FOTO 15.1
Simptom sindrom prahaid
SINDROM PUTUS HAID Tidak dapat tidur
Putus haid berlaku dalam lingkungan usia 46 hingga 50
tahun apabila ovulasi dan haid terhenti secara semula jadi. Sering berpeluh
Peningkatan usia menyebabkan estrogen dan progesteron
kurang dirembes akibat berkurangnya pengaruh rangsangan
LH dan FSH terhadap ovari.
Pada peringkat ini, ovari berhenti menghasilkan ovum. Individu Muram
tersebut tidak lagi berupaya menghasilkan zuriat.
Cepat marah
GAMBAR FOTO 15.2
Simptom sindrom putus haid
Praktis Formatif 15.3
1 Nyatakan hormon-hormon yang terlibat 3 Jelaskan apa yang berlaku kepada korpus
dalam kitar haid berserta fungsinya. luteum sekiranya persenyawaan tidak
2 Terangkan fungsi hormon progesteron dan berlaku.
kesan terhadap perempuan hamil. 4 Pada pendapat anda, apakah cara terbaik
untuk seseorang individu mengatasi gejala
sindrom prahaid?
296 15.3.2 15.3.3
Perkembangan Fetus Manusia
15.4
Proses persenyawaan
Persenyawaan boleh berlaku apabila salah satu daripada berjuta-juta
sperma berjaya menembusi oosit sekunder dalam tiub Falopio. Ini diikuti
Lensa Biologi dengan perubahan pada membran oosit sekunder yang menghalang
Setiap ejakulasi penembusan sperma lain. Seterusnya, persenyawaan berlaku apabila
air mani nukleus sperma bercantum dengan nukleus ovum untuk membentuk
mengandungi zigot diploid.
antara 300 hingga
500 juta sperma. Perkembangan awal embrio sehingga
Akan tetapi,
hanya kira-kira penempelan
300 hingga 500
sperma yang • Semasa menuruni tiub Falopio ke uterus, zigot membahagi
berjaya sampai ke berulang kali secara mitosis.
oosit sekunder di
dalam tiub Falopio. • Pembahagian sel yang pertama membentuk embrio dua sel.
Pembahagian sel yang berterusan akhirnya membentuk morula.
• Morula berkembang menjadi blastosista (Rajah 15.10).
• Selepas itu, blastosista menempel pada endometrium. Proses
ini dikenali sebagai penempelan. Blastosista terus berkembang
menjadi embrio.
AR
zigot morula
2 sel 4 sel 8 sel
persenyawaan
blastosista
ovari
oosit sekunder yang penempelan
belum disenyawa blastosista endometrium
bahagian dinding blastosista BAB 15
tebal yang berkembang
menjadi embrio
RAJAH 15.10 Perkembangan awal embrio dan penempelan blastosista
15.4.1 15.4.2 297
Peranan hormon gonadotrofin korion
manusia (HCG)
Plasenta juga menghasilkan hormon gonadotrofin korion
manusia (HCG) semasa kehamilan. Aras hormon ini meningkat pada
peringkat awal kehamilan dan bertambah sekali ganda setiap dua atau
tiga hari sepanjang empat minggu pertama. Fungsi utama HCG ialah
memastikan korpus luteum terus berfungsi iaitu menghasilkan estrogen
dan progesteron di peringkat awal kehamilan. Hormon ini boleh dikesan
dalam air kencing ibu hamil.
Peranan struktur plasenta dan tali pusat
dalam perkembangan fetus
Plasenta terbentuk daripada tisu endometrium ibu dan tisu embrio.
GAMBAR FOTO 15.3 Plasenta dihubungkan kepada fetus oleh tali pusat yang mempunyai
Ujian kehamilan mengesan salur darah untuk mengangkut bahan-bahan masuk dan keluar
kehadiran hormon HCG dari fetus.
dalam air kencing
Tali pusat ialah tiub yang mengandungi vena tali pusat dan arteri
tali pusat.
• Vena tali pusat mengangkut darah yang kaya dengan oksigen
dan nutrien dari plasenta ke fetus.
• Arteri tali pusat pula mengangkut darah yang kaya dengan
karbon dioksida dan bahan buangan bernitrogen seperti urea
dari fetus ke plasenta.
salur darah fetus
plasenta
darah ibu
kapilari darah fetus
tali pusat
vena tali pusat
arteri tali pusat
plasenta
RAJAH 15.11 Plasenta dan tali pusat
298 15.4.3 15.4.4
Kepentingan plasenta
Plasenta ialah tapak pertukaran bahan antara fetus dan ibu.
• Glukosa, asid amino, hormon, antibodi dan oksigen meresap dari
darah ibu ke dalam kapilari darah fetus.
• Karbon dioksida dan bahan buangan bernitrogen seperti urea
meresap dari kapilari darah fetus ke dalam darah ibu.
Plasenta juga bertindak sebagai organ endokrin yang merembes
hormon semasa kehamilan.
• Pada bulan ke-4 kehamilan, korpus luteum akan merosot dan tidak
merembes progesteron lagi.
• Plasenta menggantikan korpus luteum dalam penghasilan
progesteron dan estrogen yang diperlukan untuk mengekalkan
ketebalan endometrium.
Sistem peredaran darah fetus dan
sistem peredaran darah ibu
Kedua-dua darah ibu dan darah fetus tidak bercampur kerana
dipisahkan oleh lapisan membran nipis. Ciri ini adalah
penting untuk :
(a) melindungi fetus daripada sesetengah bahan kimia
yang berbahaya seperti toksin dan bakteria yang boleh
meresap masuk ke dalam darah fetus.
(b) menghalang salur darah fetus yang halus daripada
pecah akibat tekanan darah ibu yang tinggi.
(c) menghalang pengaglutinan atau penggumpalan
darah daripada berlaku dalam fetus kerana kumpulan
darah fetus mungkin berbeza daripada kumpulan
darah ibu.
Lapisan membran nipis tersebut tidak dapat menghalang
resapan bahan seperti dadah atau ubat, alkohol serta
asap rokok yang diambil oleh ibu. Virus seperti HIV
dan rubela juga dapat menembusi plasenta dan meresap
ke dalam peredaran darah fetus lalu menjejaskan
perkembangan fetus.
Praktis Formatif 15.4
1 Terangkan proses perkembangan 3 Jelaskan fungsi plasenta.
awal embrio.
4 Nyatakan kemungkinan yang akan berlaku
2 Apakah fungsi utama hormon HCG? sekiranya terdapat percampuran darah fetus BAB 15
dan darah ibu.
15.4.4 15.4.5 299
Pembentukan Kembar
15.5
Proses pembentukan kembar
Anak kembar merujuk kepada dua atau lebih orang anak yang lahir
melalui satu kehamilan. Terdapat dua jenis anak kembar iaitu:
• kembar seiras
• kembar tak seiras
(a ) KEMBAR SEIRAS
1 plasenta dikongsi
oleh 2 fetus
satu sperma embrio
bersenyawa membahagi
dengan satu kepada dua
ovum
(b) KEMBAR TAK SEIRAS
plasenta berasingan
2 sperma
2 ovum
dua embrio dua sperma
berasingan bersenyawa
terhasil dengan dua
ovum
RAJAH 15.12 Pembentukan (a) kembar seiras dan (b) kembar tak seiras
300 15.5.1
JADUAL 15.3 Perbezaan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras
Perbezaan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras
Kembar seiras Kembar tak seiras
Hasil persenyawaan satu ovum dengan satu Hasil persenyawaan dua ovum dengan dua
sperma membentuk satu zigot. sperma membentuk dua zigot.
Embrio membahagi menjadi dua. Embrio tidak membahagi menjadi dua.
Satu plasenta dikongsi oleh dua fetus. Setiap fetus mempunyai plasenta sendiri.
Kandungan genetik dan sifat fizikal kembar Kandungan genetik dan sifat fizikal kembar adalah
adalah sama kerana mereka dibentuk daripada tidak sama kerana mereka dibentuk daripada dua
satu zigot. zigot berlainan.
Jantina kembar adalah sama. Jantina kembar mungkin sama atau berbeza.
Pembentukan kembar Siam
Kembar Siam terbentuk apabila pembahagian embrio
dalam kembar seiras berlaku secara tidak lengkap.
Walaupun dua fetus terbentuk daripada embrio,
namun ada bahagian fizikal mereka yang masih
melekat bersama, lazimnya dada, abdomen atau
punggung. Kembar Siam mungkin juga berkongsi
satu atau dua organ dalaman.
Kehidupan pasangan kembar Siam agak sukar
kerana mereka sentiasa bersama. Mereka juga
tidak mempunyai masa untuk bersendirian.
Pergerakan mereka juga terbatas disebabkan
keadaan fizikal mereka.
Kebanyakan kembar Siam mati sebelum dilahirkan
atau mempunyai jangka hayat pendek selepas dilahirkan.
Kembar Siam mungkin boleh dapat dipisahkan melalui
pembedahan. Walau bagaimanapun, kejayaan pembedahan
bergantung pada bahagian yang terlekat dan juga organ dalaman
yang dikongsi.
GAMBAR FOTO 15.4 Kembar Siam
Praktis Formatif 15.5
1 Nyatakan dua perbezaan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras.
2 Nyatakan ciri-ciri kembar Siam.
BAB 15
15.5.2 15.5.3 301
Isu Kesihatan Berkaitan
15.6
Sistem Pembiakan Manusia
Kemandulan
Kemandulan berlaku apabila pasangan suami isteri tidak berupaya
untuk melahirkan anak. Keadaan ini mungkin berpunca daripada suami
atau isteri, atau kedua-duanya mandul.
Testis tidak
menghasilkan sperma Mati pucuk
PUNCA KEMANDULAN LELAKI
Kualiti sperma rendah/ Ketidakseimbangan Bilangan sperma
sperma yang abnormal hormon kurang
RAJAH 15.13 Punca kemandulan lelaki
Ovari tidak Tiub Falopio
menghasilkan oosit tersumbat
sekunder
PUNCA KEMANDULAN PEREMPUAN
Uterus Ketidakseimbangan Ketumbuhan
abnormal hormon dalam uterus
RAJAH 15.14 Punca kemandulan perempuan
TMK 15.1
RAWATAN KEMANDULAN
Video: IVF
(Dicapai pada 21 Ogos 2019) • Ketidakseimbangan hormon boleh dirawat menggunakan rawatan
hormon.
Zon Aktiviti • Tiub Falopio yang tersumbat atau saluran duktus sperma tersumbat
boleh dirawat melalui pembedahan.
Apakah kebaikan dan
keburukan sumbangan • Kaedah persenyawaan in vitro (IVF) boleh digunakan untuk
sains dan teknologi perempuan yang mengalami masalah tiub Falopio.
dalam pembiakan
manusia? Apakah
isu moral berkaitan
dengan aplikasi Praktis Formatif 15.6
teknologi pembiakan?
Apakah punca-punca kemandulan?
Bincangkan.
302 15.6.1 15.6.2
15.7
Pertumbuhan dalam Manusia
dan Haiwan
Pertumbuhan organisma
Pertumbuhan organisma merupakan proses kekal serta tidak
berbalik yang melibatkan pertambahan bilangan sel, saiz, isi
padu dan jisim badan organisma. Pertumbuhan juga melibatkan
pembezaan dan pengkhususan sel serta kerencaman bentuk
dan fungsi sel. Pertumbuhan organisma penting untuk
perkembangan dan kematangan sistem-sistem badan.
Mengukur pertumbuhan manusia
dan haiwan
Parameter yang digunakan untuk mengukur
pertumbuhan ialah:
(a) Pertambahan saiz atau isi padu, contohnya
perubahan ketinggian atau panjang sesuatu organisma.
(b) Perubahan jisim segar atau jisim kering:
(i) Jisim kering merujuk kepada jisim organisma
selepas semua air telah disingkirkan daripada
badan. Caranya adalah dengan menimbang jisim
organisma selepas dikeringkan di dalam ketuhar
pada suhu 100 °C berulang kali sehingga jisimnya
tidak berubah. Kelemahan parameter ini ialah
organisma perlu dibunuh, namun kaedah ini sesuai
untuk tumbuhan.
(ii) Jisim segar boleh diukur pada bila-bila masa dan
organisma tidak perlu dibunuh. Namun, kaedah ini
kurang tepat kerana kandungan air dalam badan
dipengaruhi pengambilan air oleh organisma tersebut.
Parameter ini diukur untuk satu jangka masa tertentu.
Pertumbuhan serangga
Organisma berangka luar seperti serangga mengalami
pertumbuhan yang berbeza. Serangga menjalani dua jenis
pertumbuhan iaitu metamorfosis lengkap dan metamorfosis
tidak lengkap.
BAB 15
15.7.1 15.7.2 15.7.3 303
Serangga seperti rama-rama menjalani metamorfosis lengkap. Dalam
metamorfosis lengkap, terdapat empat peringkat pertumbuhan iaitu
telur, larva, pupa dan dewasa. Rajah 15.15 menunjukkan metamorfosis
lengkap.
Rama-rama membesar
menjadi dewasa.
rama-rama dewasa
telur
METAMORFOSIS
LENGKAP
Rama-rama muncul
daripada pupa dengan
sayap masih lembut beluncas (larva)
dan berlipat-lipat. pupa
Beluncas menetas
daripada telur dan
makan daun untuk
Perkembangan pesat membesar.
berlaku di peringkat ini.
Beluncas mula
menjadi pupa.
RAJAH 15.15 Metamorfosis lengkap
Belalang menjalani metamorfosis tidak lengkap. Dalam metamorfosis
tidak lengkap, serangga mengalami beberapa peringkat ekdisis sebelum
menjadi dewasa. Rajah 15.16 menunjukkan metamorfosis tidak lengkap.
Nimfa (serangga yang masih
kecil) menetas daripada telur.
telur
nimfa
menyalin rangka luar
semasa ekdisis
METAMORFOSIS
TIDAK LENGKAP
nimfa
Ekdisis berlaku beberapa
kali sehingga serangga
ekdisis
Belalang menjadi dewasa.
dewasa
RAJAH 15.16 Metamorfosis tidak lengkap
304 15.7.3
Fasa pertumbuhan dalam lengkung
pertumbuhan sigmoid manusia dan haiwan
Lengkung pertumbuhan didapati dengan memplotkan parameter
pertumbuhan melawan masa (Rajah 15.17). Lengkung pertumbuhan
kebanyakan organisma menunjukkan corak yang sama iaitu bentuk
sigmoid (S). Pertumbuhan berlaku secara beransur-ansur dan selanjar.
Terdapat enam fasa dalam lengkung pertumbuhan sigmoid iaitu fasa
permulaan, fasa pertumbuhan pesat, fasa pertumbuhan perlahan,
fasa matang, fasa penuaan dan fasa kematian.
FASA PERMULAAN Fasa Fasa Fasa Fasa Fasa Fasa
permulaan pertumbuhan pertumbuhan matang penuaan kematian
• Kadar pertumbuhan
pesat perlahan
adalah rendah kerana
melibatkan pembahagian
sel dan pemanjangan sel
yang sedikit. pertumbuhan
• Merupakan satu fasa
penyesuaian dengan
sumber baharu yang
wujud di persekitaran.
FASA PERTUMBUHAN
PESAT
masa
• Kadar pertumbuhan
paling cepat. RAJAH 15.17 Lengkung pertumbuhan sigmoid
• Pembahagian sel dan
pemanjangan sel berlaku FASA MATANG
dengan aktif.
• Organisma mencapai peringkat matang.
• Saiz organisma
• Kadar pertumbuhan ialah sifar.
bertambah dengan
cepat. • Kadar pembahagian sel adalah sama dengan kadar
kematian sel.
• Pembahagian sel berlaku untuk menggantikan tisu yang
FASA PERTUMBUHAN rosak atau mati.
PERLAHAN
• Kadar pertumbuhan FASA PENUAAN
lambat dan berlaku pada
kadar yang tetap. • Kadar pertumbuhan adalah negatif.
• Organisma mengalami proses penuaan.
• Sel mencapai saiz
maksimum.
FASA KEMATIAN
• Sel mengalami
pembezaan yang
Penuaan, penyakit, kekurangan sumber makanan atau ruang
menghasilkan akhirnya menyebabkan kematian organisma. BAB 15
kerencaman sel.
15.7.4 305
Lengkung pertumbuhan berbentuk tangga
bagi haiwan berangka luar
Serangga seperti belalang mempunyai rangka luar keras yang dibina
daripada kitin. Rangka luar tidak membesar selaras dengan pertumbuhan
haiwan. Bagi membolehkan pertumbuhan dan perkembangan, haiwan
TMK 15.2
berangka luar perlu menanggalkan rangka luarnya yang keras.
Video: Ekdisis serangga
(Dicapai pada 21 Ogos Proses penyalinan rangka luar haiwan yang membolehkan pertumbuhan
2019) dan perkembangan berlaku dikenali sebagai ekdisis. Proses ekdisis
dikawal oleh hormon.
• Proses ekdisis berlaku
secara berkala. Pola panjang badan (cm)
pertumbuhan tidak selanjar
dan berbentuk tangga dewasa
(Rajah 15.18).
instar V
• Bahagian mendatar graf
menandakan pertumbuhan instar IV
ekdisis
sifar. Pada peringkat ini
iaitu instar, serangga tidak ekdisis
mengalami pertambahan instar III
panjang badan.
• Garisan menegak graf
mewakili pertumbuhan
instar II ekdisis
secara mendadak.
• Pada peringkat ini, nimfa instar I
menjalani ekdisis dan saiz telur ekdisis
bertambah dengan cepat. ekdisis
• Proses ekdisis berlaku
beberapa kali sehingga masa (hari)
mencapai peringkat dewasa.
RAJAH 15.18 Lengkung pertumbuhan haiwan berangka luar
BAGAIMANAKAH EKDISIS BERLAKU?
• Satu rangka luar baharu terbentuk di bawah rangka luar lama.
• Sebelum rangka luar baharu menjadi keras, serangga akan
menambahkan isi padu badan dengan menyedut udara untuk
mengembangkan badan.
• Tindakan ini memecahkan rangka luar yang lama dan serangga
dengan rangka luar yang baharu akan keluar daripada
rangka lamanya.
• Serangga akan mengembangkan badannya sekali lagi sebelum
rangka baharu menjadi keras.
Peringkat antara ekdisis disebut instar dan pada peringkat ini, serangga
dikenali sebagai nimfa. Dalam tempoh instar, serangga aktif membina
GAMBAR FOTO 15.5 tisu dan menambahkan jisim badan.
Riang-riang yang keluar
daripada rangka luarnya yang lama
306 15.7.5
Praktis Formatif 15.7
1 Huraikan cara mengukur pertumbuhan 3 Jelaskan peristiwa yang berlaku semasa fasa
haiwan. pertumbuhan pesat.
2 Jelaskan perbezaan antara metamorfosis 4 Mengapakah serangga perlu menjalani
lengkap dengan metamorfosis tidak lengkap. proses ekdisis?
Rumusan
PEMBIAKAN SEKS, PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN DALAM
MANUSIA DAN HAIWAN
Sistem Gametogenesis Perkembangan Isu Kesihatan
Pembiakan Fetus Manusia Berkaitan Sistem
Manusia Pembiakan Manusia
• Spermatogenesis • Proses
dan oogenesis persenyawaan dan Punca kemandulan
• Sistem • Struktur gamet: pembentukan zigot
pembiakan sperma dan oosit • Peranan struktur
lelaki sekunder plasenta dan
• Sistem • Perbandingan tali pusat dalam Pertumbuhan
pembiakan antara perkembangan Dalam Manusia
perempuan spermatogenesis fetus dan Haiwan
dengan • Keperluan sistem
oogenesis peredaran darah
fetus dan sistem
peredaran • Pertumbuhan
Kitar Haid serangga
darah ibu yang
berasingan – Metamorfosis
lengkap
• Perubahan aras hormon semasa:
– haid – Metamorfosis tidak
– perkembangan folikel lengkap
– penebalan endometrium Pembentukan Kembar • Lengkung
– ovulasi pertumbuhan sigmoid
– pembentukan korpus luteum • Lengkung
• Perubahan aras hormon semasa: • Kembar seiras pertumbuhan
– kehamilan • Kembar tak seiras berbentuk tangga
– keguguran • Kembar Siam BAB 15
• Sindrom prahaid dan sindrom
putus haid
307
Refleksi Kendiri
Adakah anda telah menguasai konsep penting berikut?
• Sistem pembiakan lelaki dan perempuan
• Spermatogenesis dan oogenesis
• Struktur gamet
• Perubahan aras hormon, perkembangan folikel, penebalan endometrium, ovulasi dan
pembentukan korpus luteum dalam kitar haid
• Perubahan aras hormon semasa kehamilan dan keguguran
• Sindrom prahaid dan sindrom putus haid
• Proses persenyawaan sehingga pembentukan zigot
• Perkembangan awal embrio sehingga penempelan
• Peranan hormon gonadotrofin korion manusia (HCG) pada peringkat awal kehamilan
• Sistem peredaran darah fetus dan sistem peredaran darah ibu
• Proses pembentukan kembar (kembar seiras, kembar tak seiras dan kembar Siam)
• Isu kesihatan berkaitan sistem pembiakan manusia
• Lengkung pertumbuhan sigmoid manusia dan haiwan
• Pertumbuhan serangga (metamorfosis lengkap dan metamorfosis tidak lengkap)
Praktis Sumatif 15
1 Apakah yang menyebabkan sindrom prahaid bagi sesetengah perempuan?
2 Nyatakan perbezaan antara pembentukan kembar seiras dengan kembar tak seiras.
3 Fetus mempunyai sistem peredaran darahnya sendiri dan berasingan daripada ibunya.
Jelaskan mengapa.
4 (a) Sepasang kembar seiras terpisah semenjak lahir. Apabila mencapai usia dewasa,
didapati kedua-dua kembar tersebut mempunyai saiz badan yang berlainan. Jelaskan
faktor yang mungkin menyebabkan keadaan ini.
(b) Terangkan mengapa perempuan yang hamil mesti berhenti merokok.
308
5 Nyatakan perubahan yang berlaku kepada zigot dari peringkat selepas persenyawaan
sehingga ke peringkat kelahiran.
6 Seorang perempuan mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan. Kandungan pil
itu merencat perembesan hormon perangsang folikel (FSH) oleh kelenjar pituitari. Terangkan
kesan pengambilan pil perancang terhadap kitar haid.
7 Rajah 1 menunjukkan pengawalaturan hormon dalam satu kitar haid.
kelenjar pituitari
hormon X hormon Y
struktur T
folikel ovulasi
primer hormon Q
hormon P
aras
hormon
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 hari
RAJAH 1
(a) Nyatakan kesan terhadap perkembangan ovum sekiranya hormon X tidak mencukupi.
(b) Terangkan kesan ketidakseimbangan hormon P dan hormon Y.
(c) Berdasarkan Rajah 1, huraikan perkaitan antara perubahan yang berlaku dalam struktur
T dengan aras hormon P dan aras hormon Q.
(i) dari hari ke-16 sehingga hari ke-24
(ii) dari hari ke-24 sehingga hari ke-28
8 Rajah 2 menunjukkan fetus manusia dalam
uterus ibunya.
(a) Namakan struktur berlabel P dan Q.
(b) Terangkan komposisi darah yang P
mengalir melalui salur darah di Q. Q
(c) Terangkan fungsi struktur P.
(d) (i) Nyatakan jenis keimunan yang
diperoleh fetus daripada ibunya.
(ii) Terangkan bagaimana struktur P
membantu sistem pertahanan
badan fetus.
RAJAH 2
309
Soalan Esei
9 Seorang perempuan yang menghadapi masalah untuk hamil perlu disuntik dengan hormon
X oleh doktor pakar. Hormon X mempunyai peranan yang sama seperti hormon peluteinan.
Selepas suatu tempoh tertentu, perempuan itu menjadi hamil.
Huraikan bagaimana suntikan hormon X membolehkan perempuan tersebut menjadi hamil.
10 (a) Huraikan proses penghasilan sperma di dalam testis.
(b) Rajah 3 menunjukkan pembentukan dua
pasang kembar. Bandingkan pembentukan
pasangan kembar R dan S.
Sudut Pengayaan
11 Semasa ejakulasi, sebanyak kira-kira 300 juta sperma
dikeluarkan. Daripada jumlah ini, hanya lebih kurang
300 sperma yang sampai kepada oosit sekunder dan
akhirnya, hanya satu sperma berjaya mensenyawakan
ovum. Sekiranya hanya satu sperma yang berjaya R S
sampai kepada oosit sekunder, persenyawaan oleh RAJAH 3
sperma ini tidak akan berlaku. Jelaskan mengapa.
12 Huraikan bagaimana perubahan aras hormon yang berlainan dalam satu kitar haid dapat
menyediakan seorang perempuan untuk kehamilan.
13 Tali pusat ialah talian hayat antara ibu dan anak. Darah tali pusat ialah darah yang tertinggal
di dalam tali pusat dan plasenta selepas kelahiran. Selepas bayi dilahirkan, darah tali
pusat boleh disimpan kerana merupakan sumber sel stem yang kaya dengan sel stem
hematopoietik. Wajarkah ibu bapa berbuat demikian demi masa depan anak mereka?
Jawapan lengkap boleh
didapati dengan mengimbas
kod QR yang disediakan
310
Glosari
Anabolisme—Proses laluan metabolisme Efektor—Bahagian badan yang menerima
yang mensintesis molekul kompleks daripada arahan daripada pusat kawalan dan
molekul ringkas. Proses ini memerlukan bergerak balas terhadap rangsangan dengan
tenaga. sewajarnya.
asid deoksiribonukleik (DNA)—Asid nukleik embrio—Perkembangan awal zigot di dalam
yang membawa kod genetik sesuatu biji (bagi tumbuhan), telur (bagi haiwan), atau
organisma dan merupakan komponen utama uterus (bagi manusia dan haiwan).
kromosom.
emfisema—Keadaan apabila pundi udara
arka refleks—Laluan maklumat yang dalam peparu rosak sehingga menyebabkan
mencetuskan gerak balas refleks. Laluan ini pesakit sukar bernafas.
merangkumi reseptor, pusat kawalan dan
enzim —Mangkin organik, biasanya protein,
efektor.
yang mempercepatkan tindak balas biokimia
asid nukleik—Sebatian organik kompleks dalam sel hidup.
dalam sel hidup yang terdiri daripada rantai
nukleotida. Terdapat dua jenis asid nukleik
iaitu DNA dan RNA.
Floem—Tisu vaskular yang terlibat dalam
pengangkutan bahan makanan dari tapak
fotosintesis ke bahagian-bahagian yang
Biobahaya—Sesuatu bahan kimia atau agen memerlukannya.
biologi yang mengancam atau berisiko
kepada manusia dan alam sekitar. folikel Graaf—Folikel matang di dalam ovari
yang mengandungi oosit sekunder dan
blastosista— Peringkat awal perkembangan menghasilkan hormon estrogen.
embrio mamalia yang terdiri daripada bebola
sel yang berongga di bahagian tengah dan
berisi cecair.
Gametogenesis—Proses pembentukan sel
bolus—Bola makanan yang telah dikunyah pembiakan jantan dan betina di dalam organ
dan dicampurkan dengan air liur, dibentuk di pembiakan.
dalam mulut melalui tindakan lidah sebelum
ditelan. gizi seimbang—Gizi makanan yang
mengandungi semua nutrien dalam kadar
yang betul untuk memenuhi keperluan
badan.
Diploid—Mencirikan dua set kromosom,
satu set daripada induk jantan dan satu lagi
daripada induk betina.
Hemofilia—Penyakit darah yang
dendrit—Gentian saraf yang menerima impuls menyebabkan darah pesakit lambat
dari neuron lain dan mengalirkannya ke arah membeku akibat kekurangan faktor
badan sel. pembeku.
hemoglobin—Protein dalam sel darah merah
yang berfungsi mengangkut oksigen.
311
homeostasis—Pengawalaturan persekitaran
Meiosis—Pembahagian nukleus sel yang
dalam organisma supaya proses-proses
menghasilkan empat sel anak haploid.
fisiologi boleh terus berlaku pada kadar
optimum. mitosis—Pembahagian sel yang menghasilkan
dua sel anak yang mempunyai bilangan dan
hormon—Bahan kimia yang mengawal atur
jenis kromosom yang sama seperti sel induk.
fungsi khas dalam badan.
morula—Bebola sel yang padat semasa
perkembangan embrio sebelum peringkat
blastosista.
Insulin—Hormon yang merangsang penukaran
glukosa kepada glikogen dalam hati dan sel
otot.
Nefron—Unit berfungsi di dalam ginjal yang
terdiri daripada glomerulus, kapsul Bowman,
tubul berlingkar, liku Henle dan duktus
Jasad Golgi—Komponen sel dalam pengumpul.
sitoplasma yang memproses, membungkus
neuron—Sel sistem saraf yang terdiri daripada
dan mengedarkan bahan rembesan seperti
akson, badan sel dan dendrit.
enzim dan protein.
nukleotida—Unit asas molekul DNA yang
mengandungi kumpulan fosfat, ribosa atau
deoksiribosa dan bes bernitrogen.
Karbaminohemoglobin—Sebatian yang
terdiri daripada gabungan karbon dioksida nukleus—Komponen sel terbesar dalam sel
dan pigmen hemoglobin dalam darah. yang mengandungi bahan genetik. Nukleus
berfungsi sebagai pusat kawalan sel.
katabolisme—Proses laluan metabolisme yang
mengurai molekul kompleks menjadi molekul
ringkas. Proses ini membebaskan tenaga.
Oksihemoglobin—Sebatian yang terbentuk
keimunan—Keupayaan badan untuk
apabila oksigen bergabung dengan
menentang jangkitan penyakit yang dibawa
hemoglobin dalam eritrosit.
oleh patogen.
oogenesis—Pembentukan ovum di dalam
krenasi—Keadaan sel haiwan mengecut
ovari.
apabila larutan di sekelilingnya adalah
hipertonik terhadap sitoplasma sel tersebut. organisma—Benda hidup yang berupaya
menjalani proses hidup seperti makan,
membesar, membiak dan bernafas.
Ligamen—Tisu kenyal yang menyambung osmosis—Resapan molekul air dari kawasan
tulang kepada tulang. keupayaan air tinggi ke kawasan keupayaan
air rendah melalui membran telap memilih.
lisosom—Kantung bermembran yang
mengandungi enzim untuk mencernakan otot licin—Otot tanpa jalur melintang yang
bahan dalam vakuol makanan. ketara, terdapat pada dinding usus dan salur
darah.
312
otot rangka—Otot yang menghubungkan satu respirasi aerob—Proses pengoksidaan
tulang ke tulang yang lain. Pergerakan tulang glukosa secara lengkap kepada karbon
rangka bergantung pada pengecutan otot dioksida, air dan tenaga dengan
rangka. menggunakan oksigen.
Sakrum—Tulang berbentuk segi tiga pada
turus vertebra di bahagian punggung.
Patogen—Mikroorganisma yang membawa
jangkitan dan penyakit. sinaps—Tapak pertemuan dua neuron, atau
neuron dan efektor untuk berkomunikasi.
pendeaminaan—Proses penyingkiran
kumpulan amino daripada asid amino. spermatogenesis—Pembentukan sperma di
dalam testis.
penempelan—Proses perlekatan embrio
(peringkat blastosista) pada dinding dalam sternum—Tulang pada garisan tengah dada
uterus. vertebrata.
pengangkutan aktif—Pergerakan bahan
melalui membran sel hidup berlawanan
Telofasa—Peringkat terakhir dalam
dengan kecerunan kepekatan dengan
pembahagian sel apabila membran nukleus
bantuan protein pengangkut dan tenaga
menyelaputi nukleus setiap sel anak.
ATP.
tendon—Tisu tidak kenyal dan boleh dilentur
plasenta—Organ yang terbentuk daripada
yang menyambungkan otot kepada tulang.
tisu fetus dan ibu untuk membenarkan
pertukaran bahan antara fetus dengan ibu.
plasmolisis—Pengecutan sitoplasma daripada Ultraturasan—Proses penurasan plasma
dinding sel tumbuhan akibat kehilangan air darah yang mengandungi zat terlarut
secara osmosis. merentasi dinding kapilari darah.
platlet —Cebisan sitoplasma sel dalam darah
yang tidak mengandungi nukleus dan terlibat
dalam pembekuan darah. Vakuol—Kantung berisi sap sel yang terdapat
dalam sitoplasma.
vertebra—Tulang-tulang kecil yang
Rangka paksi—Terdiri daripada tengkorak,
membentuk tulang belakang.
turus vertebra, sternum dan tulang rusuk
serta membentuk paksi utama badan.
rangka apendaj —Terdiri daripada lengkungan Zigot—Hasil gabungan nukleus ovum (gamet
pektoral, lengkungan pelvis, tulang kaki dan betina) dan nukleus sperma (gamet jantan)
tulang lengan. semasa persenyawaan.
reseptor—Sel deria khas yang mengesan
rangsangan.
313
Senarai Rujukan
Abdullah, H.R. (2006, Jan 6). Sweet hope for diabetics. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.
my/news/nation/2006/01/06/sweet-hopes-for-diabetics/.
Audesirk, T., Audesirk, G. & Byers, B.E. (2017). Biology: Life on Earth. London: Prentice-Hall International (UK) Ltd.
Boyle, M. (2014). IB Science Skills Biology. New York: HarpersCollins Publishers Limited.
Green, N.P.O., Stout, G.W., & Taylor, D.J. (1997). Biological Science 1 & 2, (3rd Ed). Cambridge, UK: Cambridge
University Press.
Hussin, M. (2015, May 5). Racun botani kawal siput gondang. MyMetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.
my/node/48690.
Hussin, M. (2016, Oct 25). Racun botani gondang emas. MyMetro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/
node/176702.
HIV and AIDS Data Hub for Asia-Pacific. (2018). HIV AIDS Asia Pacific Research Statistical Data Information
(Malaysia). Retrieved from https://www.aidsdatahub.org/Country-Profiles/Malaysia
Institut Jantung Negara. Retrieved from www.ijn.com.my
International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX). (2018). Congratulations to all winners.
Retrieved from https://itex.com.my/2018/06/01/congratulations-to-all-winners/
ITMO-developed nanoparticle technology helps stop internal bleeding. (2018, Feb 27). ITMO News. Retrieved from
http://news. ifmo.ru/en/science/new_materials/news/7344/
Jones, M. (2009). Biology. Heinemann: Pearson Education Limited.
Junus, L. (2018, Jun 25). MyThrob pantau jantung. Utusan Online. Retrieved from https://www.utusan.com.my/
sains-teknologi/sains/mythrob-pantau-jantung-1.696165
Mackean, D.G. (2000). IGCSE Biology. London, UK: John Murray (Publishers) Ltd
Maders, S.S. (2001). Biology. New York: The McGraw-Hill Companies.
Reece, J.B., Urry, L.A., Cain, M.L., Wasserman, S.A., Minorsky, P.V., & Jackson, R.B. (2011). Campbell Biology.
(9th Ed). San Francisco, Cal.: Pearson Benjamin Cummings.
Solomon, E.P., Berg, L.R., & Martin, D.W. (2002). Biology. US: Thomson Brooks/Cole.
Solomon, E.P., Martin, C., Berg, L.R., & Martin, D.W. (2014). Biology. (9th Ed). US: Thomson Learning.
Taguling, N. K. (2015). Effect of combined plant extracts on golden apple snail (Pomacea canaliculata (Lam.)) and
giant eartworm (Pheretima sp). International Journal of Agriculture and Crop Sciences, 8(1), 55-60.
UNAIDS. (2018). Global HIV & AIDS statistic. Retrieved from https://www.unaids.org/en/resources/fact-sheet.
Williams, G. (2011). New Biology for You. Cheltenham, UK: Nelson Thornes Ltd.
314
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
TINGKATAN
BIOLOGI 4
TINGKATAN
4
Harga: RM15.90
FT734002
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
TINGKATAN
BIOLOGI 4
TINGKATAN
4
Harga: RM15.90
FT734002
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya
serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan
Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah
Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Terima
Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:
BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokrasi;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)