1
Isi Kandungan
Kandungan Muka
Surat
Santai Bicara Segunung Harapan - Pengarah JPNS i
ii
Sehalus Bahasa - Pegawai PPD iii
Seuntai Bicara Segunung Harapan - Pengetua iv
Seindah Wadah - YDP PIBG v
Seindah Bicara - Pengarah Program Sambutan Jubli Emas 50 Tahun vi
1
Sekalung Madah - Pengarah Penerbitan Buku Jubli Emas 2
1. Nama, Alamat & Peta Sekolah 3
2. Kedudukan Sekolah 4
3. Lencana Sekolah 5
4. Visi, Misi, Motto & Lagu Sekolah 6
5. Pengetua-pengetua (1968-2018) 11
6. Sejarah Sekolah 13
7. Fizikal Sekolah Sekarang 21
8. Memori SMKKM 30
9. Warga Pendidik 35
10. Tokoh Alumni Pilihan 39
11. Senarai Alumni Yang Telah Berjaya 53
12. Pencapaian Kurikulum 61
13. Pencapaian Kokurikulum
14. Glory - Peristiwa Penting 68
15. Album Jubli Emas 69
70
15.1 Makan Amal 72
15.2 Hari Terbuka SMKKM 73
15.3 50th SMKKKM Charity Run & Ride 2018 77
15.4 Jogathon 83
16. Aktiviti PIBG
17. Transformasi Asrama
18. Jawatankuasa Pelaksana Buku Arkib
1
Santai Bicara Segunung Harapan
Syabas dan tahniah kepada AJK Pelaksana kerana berjaya menyatukan
sebahagian besar peristiwa bersejarah sepanjang 50 tahun SMK Kota Marudu
memberi khidmat bakti sebagai peneraju ilmu tertua di daerah Kota Marudu
dalam bentuk tulisan yakni Buku Jubli Emas.
Dalam sejarah pendidikan awal, sekolah merupakan tempat utama untuk
masyarakat menimba ilmu. Sukar sekali untuk mendapatkan sumber-sumber
pendidikan sepertimana yang ada pada hari ini. Justeru, sekolah dan guru
menjadi begitu penting dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan. Me-
mandangkan bidang pendidikan merupakan nadi kepada usaha untuk mem-
bangunkan modal insan yang bakal memacu kemajuan negara pada masa akan
datang, maka sekolah dan pendidikan memainkan peranan untuk menyediakan
pendidikan berkualiti untuk anakanak pewaris negara.
Saya yakin dan percaya, SMK Kota Marudu mampu menggalas tanggungja-
wab ini. Walaupun amanah ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi sudah ter-
bukti bahawa ramai pegawai berpangkat tinggi dan sumber tenaga kerja dalam
pelbagai bidang telah dilahirkan daripada sekolah ini. Masyarakat setempat te-
lah meletakkan tanggungjawab ini pada bahu kepimpinan sekolah kerana insti-
tusi ini merupakan satu persada ilmu yang menjadi medium transformasi.
Jatuh bangunnya sesebuah institusi pendidikan terletak di tangan kepimpinan
sekolah dan warganya.
Penulisan Buku Jubli Emas ini menjadi satu langkah untuk mengukir
memori sepanjang 50 tahun sekolah ini menjadi harapan negara dalam bidang
pendidikan. Sesungguhnya buku ini mengingatkan kita, jatuh bangunnya
dunia pendidikan di daerah ini pada peringkat awal sehingga menjadi salah sa-
tu pusat pendidikan sekolah menengah yang menjadi pilihan masyarakat
setempat. Semoga dengan adanya penerbitan buku ini, memberi inspirasi kepa-
da para pendidik untuk terus memegang tanggungjawab sebagai pembimbing
warga pewaris negara supaya mampu bersaing dalam apa juga keadaan kelak.
Akhir kata, semoga segala usaha murni daripada semua pihak dapat mere-
alisasikan hasrat pendidikan untuk meningkatkan mutu pendidikan di daerah
ini supaya dapat melahirkan insan yang berkualiti dan diterima di peringkat
global seiring dengan negara-negara maju di dunia.
Sekian dan terima kasih.
JPN Sabah Hebat, Katakan Tidak Kepada Nombor 16!
DR. MISTIRINE BINTI RADIN
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
i
Sehalus Bahasa
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah atas jemputan untuk saya mem-
berikan ucapan sempena sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Marudu Sabah. Saya berasa gembira dapat bersama-sama meraikan Jubli Emas (Ulang
tahun ke-50) sekolah ini.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak terlibat yang terdiri daripada barisan
kepimpinan sekolah,guru-guru,PIBG,Alumni,ibu bapa dan komuniti luar kerana dengan
komitmen padu dan kerjasama erat, sekolah ini telah berjaya melalui tempoh 50 tahun
dengan cemerlang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah telah melakar beberapa sejarah
kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum seterusnya menyumbang kepa-
da kecemerlangan di peringkat daerah Kota Marudu. Pencapaian cemerlang ini amat mem-
banggakan. Oleh yang demikian, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah atas kejayaan tersebut. Selain itu, saya di-
maklumkan bahawa sempena sambutan Jubli Emas sekolah ini telah melaksanakan be-
berapa aktiviti.
Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu juga, saya ingin mengucapkan
syabas kepada ahli jawatankuasa PIBG dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu
Sabah kerana berjaya melaksanakan aktiviti Makan Amal SMK Kota Marudu, Program
Karnival Hari Terbuka SMK Kota Marudu, Program Larian dan Basikal serta Joghaton
SMK Kota Marudu. Saya difahamkan aktiviti-aktiviti ini diadakan untuk mengumpul dana
bagi pembangunan sekolah seperti pembinaan bangunan dewan sekolah. Pelaksanaan ak-
tiviti-aktiviti ini jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah ini benar-benar
komited dalam menyediakan keselesaan kepada pelajar. Saya percaya, dengan adanya de-
wan sekolah ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah akan mempunyai
fasiliti yang dapat menampung keperluan pelajar untuk menimba ilmu di sekolah ini.
Saya kagum dengan kesungguhan barisan kepimpinan dan PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Marudu Sabah merealisasikan impian dan aspirasi mereka dalam
mencemerlangkan sekolah ini. Oleh yang demikian, amat penting kejayaan dan keupayaan
sekolah ini untuk mempertahankan dan mengekalkan standard sekolah peneraju
kecemerlangan dalam kedua-kedua bidang iaitu bidang akademik dan kokurikulum di
daerah Kota Marudu. Kejayaan ini bukan sahaja perlu diteruskan, tetapi juga ditingkat-
kan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Dalam konteks ini,pihak Pendidikan Daerah Kota Marudu sentiasa membantu mana-
mana sekolah dalam daerah ini dalam menjayakan agenda pendidikan dan melahirkan
modal insan yang berpengetahuan, berkualiti dan cemerlang.
Akhir kata, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah sempena Jubli Emas 50
Tahun penubuhan sekolah ini. Saya berharap agar sekolah ini akan
terus meningkatkan usaha dan komitmen demi memacu kejayaan dan
kecemerlangan pendidikan di daerah ini khususnya dan di negeri ini
pada keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
AKDAN @ DATU AKDAN BIN DATU BASRIN @ BASRAN ii
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu
Seuntai Bicara Segunung Harapan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam Transformasi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada semua guru terutamanya
Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Buku Arkib yang ber-
tungkus-lumus dalam merealisasikan penghasilan se-
buah karya yang amat bernilai yakni Buku Arkib Ber-
informasi. Hasil daripada permuafakatan maka tercetuslah idea untuk
menghasilkan buku ini bersempena dengan genapnya usia sekolah ini men-
capai jubli emas.
Sekalung tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa kerana berkat
usaha gigih dan penuh dedikasi, buku ini akhirnya Berjaya dihasilkan walau-
pun mengalami pelbagai cabaran terutamanya dalam usaha mengumpul gam-
bar-gambar dan data yang melibatkan tahun-tahun awal pembentukan
sekolah. Saya sedar, bukan mudah untuk menghasilkan sebuah buku yang
menjangkau lima dekad kerana kebanyakan guru bukanlah seratus peratus
berada dalam era tersebut. Namun, kesungguhan yang ditunjukkan amat
membanggakan dan terbukti dengan terhasilnya buku ini.
Saya berharap dengan terhasilnya buku berinformasi ini, kita terus bere-
mangat untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Saya ju-
ga berharap agar buku ini dapat dijadikan sumber rujukan rasmi sekolah
terutamanya peristiwa-peristiwa bersejarah yang pernah berlaku sepanjang
lima dekad ini.
Saya yakin bahawa dengan adanya kerjasama dan musyawarah dalam
melaksanakan sesuatu program secara sistematik akan dapat merealisasikan
matlamat kita untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek sama ada
kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah. Semoga buku ini memberi
manfaat untuk kita terus berinovasi dalam melaksanakan tugas pendidikan.
Bersamasamalah kita membangunkan modal insan cemerlang demi keutuhan
negara bangsa kita.
Sekian, terima kasih.
FARIDAH BINTI RAIMIN iii
Pengetua,
SMK Kota Marudu
Seindah Wadah
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku…
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucaplkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat da-
lam menjayakan sambutan Jubli Emas ke-50 tahun SMK
Kota Marudu pada tahun ini. Terima kasih juga kerana
memberikan saya ruang dan kesempatan untuk saya
melakarkan kata alu-aluan khas buat semua warga SMK Kota Marudu.
Mengimbau sejarah ringkas penubuhan SMK Kota Marudu pada tarikh 31 Jan-
uari 1968 yang dahulunya menumpang di SRK Bandau (SK Pekan Kota Maru-
du) sehingga pada tahun 1980 SMK Kota Marudu mempunyai bangunan
sendiri, terlalu banyak kejayaan yang telah diraih dan dilakar bukan sahaja di
peringkata sekolah, daerah, negeri malah sehingga ke peringkat antarabangsa.
Tahniah diucapkan kepada warga sekolah atas kejayaan demi kejayaan
yang telah dicapai. Tahniah juga saya ucapkan kerana kejayaan pihak sekolah
yang telah menganjurkan empat aktiviti besar sempena sambutan Jubli Emas
ini iaitu pameran KBAT dan Hari Terbuka SMK Kota Marudu, Majlis Makan
Malam Amal, Run @ Ride Charity dan penerbitan Buku Arkib sempena dengan
sambutan ini. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga SMK Kota Maru-
du dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun
sahsiah. Kejayaan-kejayaan ini juga adalah atas sokongan dan kerjasama yang
erat daripada pihak ibu bapa pelajar SMK Kota Marudu. Saya mengharapkan
aktiviti yang diadakan sempena dengan sambutan ini akan dapat mengukuh-
kan hubungan antara ibu bapa dan guru yang merupakan tunjang penting da-
lam melahirkan kejayaan anak-anak di SMK Kota Marudu ini.
Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan
yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar
kejayaan. Saya sangat bangga dengan komitmen yang jitu daripada pihak
sekolah dan ibu bapa sehingga berjaya menganjurkan aktiviti-aktiviti ini. Akhir-
ul kalam, saya mendoakan SMK Kota Marudu sentiasa beroleh kejayaan dan
segala usaha akan diberkati oleh-Nya. Semoga terus berjaya dalam segala bi-
dang.
Sekian, terima kasih.
JAIPING MINSU,
Yang Dipertua PIBG,
SMK Kota Marudu
iv
Seindah Bicara
Dengan kalam Bismillahhirahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kur-
niaNya dapat kita saksikan sebuah penerbitan Buku Arkib
yang menjadi kebanggaan warga SMK Kota Marudu bersempena sambutan
Jubli Emas ke-50 Tahun SMK Kota Marudu tahun 2018. Ucapan setinggi-tinggi
penghormatan dan terima kasih kepada semua warga SMK Kota Marudu, PIBG
dan ALUMNI SMK Kota Marudu tanpa erti jemu atau penat dalam menjayakan
empat aktiviti besar sempena sambutan Jubli Emas ini iaitu pameran KBAT
dan Hari Terbuka SMK Kota Marudu, Majlis Makan Malam Amal, Run @ Ride
Charity dan penerbitan Buku Arkib.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankjan juga adalah bertujuan untuk men-
gutip dana untuk membina dewan terbuka SMK Kota Marudu. Bukan itu saha-
ja, aktiviti-aktiviti atau program yang diadakan ini juga dapat menaikkan nama
sekolah untuk lebih dikenali kerana sekolah ini merupakan antara sekolah
yang tertua di Kota Marudu. Oleh itu, saya sebagai Pengarah Program sangat
bangga dengan muafakat dan kerjasama yang padu dan erat oleh semua warga
sekolah, PIBG dan ALUMNI dalam menjayakan aktiviti atau program ini seperti
kata pepatah bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. Pa-
da kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Jubli Emas ke-50 Tahun
SMK Kota Marudu Tahun 2018. Mengakhiri wadah saya pada kali ini, saya
ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam men-
jayakan sambutan ini. Terimalah serangkap pantun dari saya,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan diatas peti, K
alau ada silap dan salah,
Jari disusun mohon dimaafi.
Sekian, terima kasih.
RAZALI ENDOT
Pengarah Program,
Sambutan Jubli Emas ke-50 Tahun
v
Sekalung Madah
Buku Arkib merupakan cetusan idea daripada
pengetua dan guru-guru SMK Kota Marudu apabila menye-
dari sekolah ini telah mencapai usia 50 tahun dengan pel-
bagai kejayaan, namun tidak ada dokumentasi khas yang
dapat dijadikan bahan bukti wujudnya kecemerlangan di
sekolah ini. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk me-
maparkan memori suka dan duka yang pernah dialami oleh
sekolah ini sebagai sekolah yang tertua di daerah ini.
Keberkesanan pendidikan berkait rapat dengan kesedaran dan tanggungja-
wab guru-guru sebagai pendidik dalam usaha membentuk pelajar yang berket-
rampilan dalam pelbagai bidang. Di samping memiliki ilmu yang cukup dan sa-
hsiah terpuji, guru turut akur dengan tuntutan perubahan nilai semasa,
justeru menyatukan semua elemen seperti tanggungjawab terhadap sekolah,
pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara sebagai keperluan dalam usaha
mewujudkan sebuah negara bangsa yang unggul. Terhasilnya buku ini sangat
menepati kriteria tersebut bagi membuktikan adanya pelbagai aktiviti sama ada
dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum yang memberi manfaat kepa-
da pelbagai pihak. Ekoran hal tersebut, buku ini telah disusun dengan
memuatkan kronologi cerita bergambar supaya kekal dalam memori para pem-
baca.
Penulisan buku ini merupakan hasil gabungan idea para guru yang be-
rusaha mengumpulkan data, gambar dan peristiwa yang berlaku di sekolah ini
sepanjang 50 tahun. Walaupun kekangan amat tinggi terutamanya dalam
usaha mendapatkan gambar-gambar awal, namun dengan kerjasama mantap
antara guru-guru dengan masyarakat luar, maka terhasillah sebuah buku ber-
informasi ini.
Akhir kalam, semoga kewujudan buku ini memberi suntikan semangat
kepada pihak sekolah untuk terus menghasilkan pelajar yang cemerlang bagi
memastikan generasi peneraju negara terpelihara adap dan etikanya. Buku ini
diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita semua supaya lebih
bersikap positif, kreatif dan inovatif.
Sekian, terima kasih,
MAK YUK KIEW @ EVELYN
Pengarah,
Penerbitan Buku Arkib
vi
Sek. Men. Kebangsaan Telefon: 088-661346 Laman Sesawang Rasmi:
Kota Marudu Faks: 088-663907 http://smkkotamarudu.edu.my
Peti Surat 11, Emel:
89107, Kota Marudu, Sabah. [email protected]
Nama, Alamat & Peta Sekolah
1
Kedudukan Sekolah
2
Lencana Sekolah
Grafik di atas menunjukkan logo sekolah yang menggambarkan sebuah perisai berpetak tiga.
Tiap-tiap petak mengandungi gambar dan warna latar yang berlainan serta membawa maksud
tertentu. Manakala segulung reben menyatakan logo dan tahun sekolah ini ditubuhkan
melengkung di atas perisai. Manakala segulung reben lagi merentangi di bawah perisai menya-
takan nama Sekolah Menengah Kota Marudu.
Maksud warna dan objek
Hijau alam semesta : Keindahan kehijauan sekolah yang belum dicemari
Putih bersih : Kebersihan dan kesediaan asas pelajar dan guru mengharungi
pendidikan
Biru langit : Kedamaian luhur yang diharapkan dalam alam persekolahan
Kuning mulia : Kemuliaan perjuangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan guru
-guru sebagai asas tanggungjawab menuju kejayaan
Merah teguh : Semangat kental dan benar yang diamalkan di sekolah ini
Gunung : Melambangkan tingginya hasrat dan cita-cita pendidikan yang
hendak dicapai
Obor : Semangat untuk belajar dan memberi tunjuk ajar yang sentiasa
menyala dan tidak pernah padam
Laut : Gelombang usaha gigih yang diharungi oleh pelajar dan guru
Buku : Medan pendidikan itu luas, seluas dunia
3
Visi, Misi, Motto & Lagu Sekolah
VISI SMKKM
SMK Kota Marudu Mencapai Band 3 Menjelang 2019
MISI SMKKM
Memberikan pendidikan berkesan ke arah melahirkan modal insan unggul abad ke-21
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MOTTO SMKKM
Kejayaan Pasti Tercapai
LAGU SEKOLAH
Kami para pelajar semua
Rela menempuh segalanya
Demi mencapai cita-cita
Rela berbakti untuk nusa bangsa
Perinsip rukun negara
Tetap menjadi amalan
Bersatu berganding tenaga
Kejayaan pasti tercapai
Walau di mana kami berada
Jasa guru tak pernah dilupa
Ayah bonda tetap dihargai
Semoga hidup kami berbahagia
4
Pengetua-pengetua (1968-2020)
1. En. Sabli Mohidin 11. Pn. Lee Kui Len
(1968 - 1982) (Feb 2000 - Jun 2007)
2. En. Mujiman Hj. Sarpin 12. Pn. Winnie Voo
(1983 - 1984) (Jul 2007 - Mac 2008)
3. En. Zakaria Mohd Said
(1984 - 1985) 13. Pn. Tan Poh Choo
4. En. Masduki Hj. Shahri (Mac 2008 - Mac 2011)
(Feb 1985 - Apr 1987)
5. En. Tham Chung Fuat 14. Pn. Yong Ka Moi @
(Apr 1987 - Sept 1987) - Pemangku Yong Nyuk Mui (Mac 2011
6. Pn. Hasnah Mohd Yunan - Mei 2012) - Pemangku
(Sept 1987 - Dis 1990)
7. En. Tham Chung Fuat 15. Pn. Setia Ken
(Jan 1991 - Mei 1991) - Pemangku (Mei 2012 - Mac 2014)
8. En. Sahumin Hj. Mohd Daud
(Mei 1991 - Feb 1993) 16. En. Denis Gompion
(Mac 2014 - Mac 2015)
9. En. Kah Kong Boo
(Feb 1993 - Jul 1996) 17. Pn. Norah Marcus
(Mac 2015 - Dis 2015)
10. Tn. Hj. Abu Bakar
Hj. Siman 18. Pn. Faridah Binti
(Jul 1996 - Jan 2000) Raimin
(Jan 2016 - Kini)
5
Sejarah Sekolah
SMK Kota Marudu yang dahulunya dikenali dengan nama ‘Government Secondary
School’ (GSS). Ia mula beroperasi sejak 31 Januari 1968. Pada peringkat awal penubuhannya,
SMK Kota Marudu menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kerajaan Bandau
(kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Marudu).
Pada tahun 1974 apabila Bandau telah diisytiharkan menjadi sebuah daerah kecil, na-
manya telah ditukar kepada daerah Kota Marudu dan ini membawa kepada perubahan nama
sekolah dari ‘Government Secondary School’ (GSS) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan
Kota Marudu (SMK Kota Marudu).
Setelah 12 tahun beroperasi, pembinaan bangunan SMK Kota Marudu ke atas sebidang
tanah telah diluluskan. Bangunan baharu SMK Kota Marudu telah siap dibina pada tahun
1980 dan telah dirasmikan pada 23 April 1982 oleh Datuk Dr. James P. Ongkili - Timbalan Ket-
ua Menteri Sabah pada masa tersebut. Pada awal penubuhannya SMK Kota Marudu
dilengkapi dengan tiga blok bangunan sekolah, 2 blok bangunan asrama, makmal sains,
makmal Sains Rumah Tangga, bengkel kemahiran hidup, rumah pekerja, flat guru dan juga
rumah pengetua.
Perkembangan pelajar sekolah ini begitu pesat dan ini memerlukan lebih banyak juru-
san ditawarkan kepada pelajar. Sehubungan itu, pada tahun 1988, sekolah ini telah diarahkan
oleh Jabatan Pendidikan Sabah (kini Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) untuk membuka
kelas aliran Sains serentak dengan penubuhan tingkatan enam rendah.
Pada tahun 2006, SMK Kota Marudu telah dianugerahkan sebagai Sekolah Impian oleh
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu. Pada tahun 2012, SMK Kota Marudu telah dipilih di
antara sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sebagai Sekolah Rintis i-Think. i-Think merupakan
satu alat pembelajaran berkesan yang diperkenalkan dengan usahasama Agensi Inovasi Ma-
laysia (AIM) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2013, SMK Kota Marudu dilantik sebagai Sekolah Showcase i-Think oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap tahun sekolah ini telah mencipta rekod baru dalam
pencapaian para pelajarnya sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum sehingga ke
peringkat kebangsaan. Komitmen dan daya usaha pihak pentadbir serta sokongan padu tena-
ga pengajar telah membuktikan bahawa sekolah ini mampu melahirkan generasi muda yang
berkualiti serta berdaya saing seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara.
6
Sejarah Sekolah (Fizikal Sekolah)
7
Sejarah Sekolah (Fizikal Sekolah)
Sebelum SMKKM 2000 8
Sejarah Sekolah (Fizikal Sekolah)
SMKKM 2007 9
Sejarah Sekolah (Fizikal Sekolah)
SMKKM 2007 10
Fizikal Sekolah Sekarang
11
Fizikal Sekolah Sekarang
12
Memori SMKKM
13
Memori SMKKM
1981-85 smk km
14
Memori SMKKM
Minggu i-Think 2014 15
Memori SMKKM
Perayaan i-Think 2015
16
Memori SMKKM
Pameran i-Think di UMS 2016
17
Memori SMKKM
Hari Terbuka SMKKM 2017
18
Memori SMKKM
Sambutan Hari Raya dan Hari Guru SMKKM 2018
19
Memori SMKKM
Dinner KGKS 2018
20
Warga Pendidik
Barisan guru-guru di SMK Kota Marudu pada tahun 1982
Barisan guru-guru di SMK Kota Marudu pada tahun 1980
21
Warga Pendidik
Barisan guru-guru sidang pagi, 2001 Barisan guru-guru sidang petang, 2001
Pn. Lee Kui Len dan sebahagian guru di SMK Kota Marudu, 2001 & 2007
Pn. Tan Poh Choo dan sebahagian guru di SMK Kota Marudu, 2008 & 2009
22
Warga Pendidik
Barisan KTBM, 2001
Barisan guru-guru sidang pagi, 2003
Barisan guru-guru sidang petang, 2003
Barisan guru-guru sidang pagi, 2004
Barisan guru-guru sidang petang, 2004
Barisan guru-guru sidang pagi, 2005
Barisan guru-guru sidang petang, 2005 Barisan guru-guru sidang pagi, 2006
Barisan guru-guru sidang petang, 2006
23
Warga Pendidik
Barisan guru-guru sidang pagi, 2012 Barisan guru-guru sidang petang, 2012
Barisan guru-guru sidang pagi, 2013 Barisan guru-guru sidang petang, 2013
Barisan guru-guru sidang pagi, 2014
Barisan guru-guru sidang petang, 2014
Barisan guru-guru Pra-U/Tingkatan Enam, 2014 24
Warga Pendidik
Barisan guru-guru sidang pagi, 2016
Barisan guru-guru sidang petang, 2016
Barisan guru-guru Tingkatan Enam, 2016
Barisan AKS, 2016 25
Warga Pendidik
Barisan guru-guru sidang pagi, 2017
Barisan guru-guru sidang petang, 2017
Barisan guru-guru Tingkatan Enam, 2017
26
Warga Pendidik
Barisan guru-guru sidang pagi, 2018
Barisan guru-guru sidang petang, 2018
27
Warga Pendidik
Barisan guru-guru sidang pagi, 2020
Barisan guru-guru sidang petang, 2020
28
Warga Pendidik
Barisan guru-guru Tingkatan Enam, 2020
Barisan AKS, 2020
29
Tokoh Alumni Pilihan
YB TUAN HENDRUS ANDING
PEMBANTU MENTERI II
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN PERIKANAN SABAH
MERANGKAP AHLI DEWAN UDANGAN NEGERI
KAWASAN DUN N.07 TANDEK
KOTA MARUDU, SABAH.
Yang Berhormat Tuan Hendrus Anding dilahirkan pada
10 Julai 1970 di Kampung Togudon, Tandek, Kota Marudu,
Sabah. Beliau telah berkahwin dengan Puan Ma Siew Tzu dan dikurniakan 3 orang
anak. Beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa membantu
masyarakat tempatan tanpa mengira kaum dan bangsa.
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Tandek, Kota Marudu sekitar tahun 1977
hingga 1982. Beliau melanjutkan pelajaran di SMK Kota Marudu pada tahun 1983 se-
hingga 1989 dengan keputusan yang baik dalam SRP, SPM dan STPM. Beliau mengam-
bil Diploma Asas Perguruan di Maktab Perguruan Keningau pada tahun 1994 hingga
1996. Beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2002 dengan Major Sejarah dan Minor Sains Poli-
tik.
Beliau mula bekerja sebagai guru sandaran tidak terlatih di SK Mapan-Mapan,
Pitas pada tahun 1990 hingga 1994. Beliau menjadi guru terlatih DG6 pada tahun
1997 dan dilantik sebagai Guru Siswazah Terlatih DG41 pada tahun 2002 sehingga
tahun 2008. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat N05
Tandek pada tahun 2008 hingga 2013. Dalam masa yang sama, beliau juga dilantik
sebagai Kaunselor Majlis Daerah Kota Marudu pada tahun 2009 hingga tahun 2013.
Pada tahun 2013 hingga 2018, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Khas Awam Kepa-
da Yang Berhormat Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).
Pada era Perikatan Nasional, beliau telah dilantik menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas-
Parlimen kepada Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal
Ehwal Sabah dan Sarawak) dari bulan April 2020 hingga Ogos 2020. Ketika Pilihan
Raya Negeri Sabah pada 26 September 2020, beliau terpilih menjadi sebagai calon Parti
Bersatu Sabah (PBS) bagi kerusi Undangan Negeri N07 Tandek dan telah berjaya me-
menangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1431 undi dan sekaligus dilantik
sebagai Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan
Perikanan Sabah pada 7 Oktober 2020 sehingga sekarang.
Beliau berharap semoga SMK Kota Marudu terus cemerlang dalam memainkan
peranan penting dalam melahirkan golongan muda yang berpendidikan dan berwawa-
san untuk kesejahteraan dan kemajuan negara di samping mengukuhkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat multietnik.
Semoga wakil rakyat yang berdedikasi ini menjadi suri teladan dan inspirasi
kepada masyarakat setempat, khususnya para pelajar SMK Kota Marudu.
30
Tokoh Alumni Pilihan
Datuk Maijol Mahap dilahirkan pada 9 April 1960. Be-
liau telah berkahwin dengan Datin Noritah Maidol dan
dikurniakan 5 orang anak. Beliau bertugas sebagai peguam
di Messrs. Mahap Jelani & Co, di Kota Kinabalu. Peguam
kelahiran Sabah ini seorang yang sentiasa bersemangat
dalam kerjaya sama ada dalam bidang perundangan, pen-
gurusan, sukan serta aktif dalam politik dan perkhidmatan
sukarelawan. Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat
yang menyokong penglibatan masyarakat marhaen di kawa-
san pinggir bandar untuk bercucuk tanam dalam skala
Datuk Maijol Mahap kecil dengan memberikan benih percuma supaya masyara-
(PDGK, JP, JSM, kat ini mempunyai pendapatan sampingan pada masa akan
ASDK, KMN) datang.
Peguam Messrs.
Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Simpangan
Mahap Jelani & Co., Kota Marudu sekitar tahun 1966-1969. Beliau melanjutkan
Kota Kinabalu pelajaran di Bridge Class, Bandau Government Secondary
School pada tahun 1970 sehingga 1971. Seterusnya, pada tahun 1972-1974 beliau
meneruskan pembelajaran di Bandau Government Secondary School (kini SMK Kota
Marudu) dalam Tingkatan 1-3. Beliau sempat bersekolah di Shan Tao High School pa-
da tahun 1975 sebelum berpindah ke SMK Arshad Kota Belud pada April 1975—1976.
Beliau mengorak langkah dengan mengambil Diploma in Public Administration di ITM
pada tahun 1977-1980. Beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
dengan Kepujian di University of Kent pada tahun 1987. Beliau mendapat kelayakan
Barrister at Law daripada Lincoln’s Inn London pada tahun 1988 dan seterusnya berja-
ya meraih Ijazah Sarjana Undang-Undang /Master of Law (LLM) di King’s College Lon-
don pada tahun 1989. Beliau kemudiannya menamatkan Ijazah Sarjana kedoktoran
dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Help University, Malaysia.
Dengan pengalaman kerja yang begitu luas dalam bidang perundangan, penguru-
san, politik dan sukan telah melayakkan beliau mendapat beberapa anugerah seperti
Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada tahun 2005, Justice of the Peace (JP) pada ta-
hun 2007, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dengan gelaran ‘Datuk’ pada
tahun 2008 dan Johan Setia Mahkota (JSM) daripada Yang Di-Pertuan Agong pada ta-
hun 2012 dan beberapa anugerah pengurusan terbaik dalam bidang sukan badminton.
Beliau berharap agar SMK Kota Marudu terus menjadi pusat transformasi
masyarakat terutama dalam melahirkan golongan yang peka kepada perubahan dan
jujur dalam kerjaya. Hanya kesedaran dalam pendidikan dapat mengubah tanggapan
rakyat terhadap masa depan mereka.
Semoga peguam berkaliber ini menjadi inspirasi dan kebanggaan masyarakat
setempat amnya dan khususnya, para pelajar SMK Kota Marudu.
31
Tokoh Alumni Pilihan
Dr. Haijon Gidil mendapat pendidikan Awal di SRA Goshen
(1973-1976) dan SRK Bandau (1977). Beliau kemudiannya melanjut-
kan pelajaran di SMK Kota Marudu pada tahun 1978-1982). Beliau
merupakan seorang yang berpandangan jauh dengan mendapat
‘double degree’ iaitu Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pentad-
biran Awam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik da-
ripada West Texas State University (kini West Texas A&M) pada tahun
1984 hingga 1987. Seterusnya beliau memperolehi Ijazah Sarjana da-
lam bidang Sains Politik daripada Arizona State University pada tahun
1987-1989. Beliau kemudiannya memperoleh ijazah kedoktoran dalam
Dr. Haijon Gidil bidang Contemporary History (Forest Degradation and Conservation)
Pensyarah Kanan daripada Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2009.
UiTM Cawangan Sabah
Pensyarah berpengalaman ini mempunyai pegangan hidup yang
sangat mudah. Beliau berpendapat kejayaan tidak akan datang ber-
golek tanpa usaha. Disiplin diri yang disulami dengan sifat kerohanian membantu beliau bersinar
dalam arena pendidikan tinggi. Perawakan yang sederhana menyebabkan beliau mudah didekati
dan sentiasa bersedia berkongsi ilmu.
Beliau berharap agar SMK Kota Marudu terus menjadi pusat ilmu di negeri Sabah dan terus
melahirkan insan-insan berketrampilan yang mampu bersaing di peringkat global. Semoga beliau
terus menyinar dalam pentas pendidikan tinggi dalam usaha memartabatkan masyarakat tem-
patan.
Dr. Jamal Haji Yunus mendapat pendidikan awal di SRK Bandau
@Kota Marudu (1972-1977). Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat
sekolah menengah di SMK Kota Marudu (1978-1982). Beliau mendapat
pendidikan perinngkat Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universi-
ti Sains Malaysia (1986-1990). Beliau berkhidmat di SMK Kota Marudu
bermula tahun 1990 dan dilantik sebagai Ketua Jabatan Sains Sosial
(1993-1994) sebelum melanjutkan pendidikannya di peringkat master
di USM (1994-1996) . Beliau kemudiannya berkhidmat di Universiti
Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 2000. Dalam tempoh tersebut, be-
liau terus menggapai impian dengan memperoleh ijazah kedoktoran
daripada Universiti Utara Malaysia (2006-2008).
Dr. Jamal Haji Yunus Semasa menjadi pelajar di SMK Kota Marudu, beliau banyak terli-
Pensyarah bat dalam kegiatan kokurikulum dan cemerlang dalam akademik.
Selain itu, beliau juga terlibat sebagai editor majalah sekolah `semeso’
Universiti Pendidikan pada tahun 1982. Semasa berkhidmat pula, beliau banyak terlibat da-
Sultan Idris
lam perancangan kurikulum (KBSM) dan pelaksanaannya di tingkatan 4 bagi subjek ekonomi asas
dan geografi.
Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak mudah berputus asa. Beliau berpendapat,
kejayaan terletak pada hati yang kental dan jiwa yang besar. Beliau berpesan kepada para pelajar
SMK Kota Marudu agar terus berjuang menggapai impian kerana ilmu itu penyuluh hidup. Dengan
pengalaman yang dilaluinya sebagai pendidik di SMK Kota Marudu, beliau yakin sekolah ini mampu
melahirkan lebih banyak ilmua pada masa akan datang. Semoga beliau terus berkhidmat dengan
cemerlang dalam bidang yang diceburinya.
32
Tokoh Alumni Pilihan
PROF. MADYA DR. JULIAN RANSANGAN Prof. Madya Dr.
Pensyarah Julian Ransangan
mendapat pendidikan
Universiti Malaysia Sabah awal di SRK Bandau
@Kota Marudu (1980-1985). Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat
sekolah menengah di SMK Kota Marudu (1986-1991) dan SMK Mat Saleh
Ranau (1992-1993). Selepas itu beliau melanjutkan Pendidikan Ijazah Sar-
jana Muda Sains di Universiti Malaysia Sarawak (1993-1997). Kemudian
beliau menlanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Malaysia
Sabah (1998-1999) dalam masa yang sama beliau dilantik sebagai Tutor di
UMS (1999). Setelah menamatkan pengajian peringkat Sarjana Sains, be-
liau seterusnya dilantik sebagai pensyarah di UMS (2000-2006). Beliau
menerima ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Patologi Ikan dan Molekular Biologi dari UMS (2006-
2009). Beliau kembali bertugas sebagai pensyarah kanan di Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS
(2009-2013). Pada November 2013, beliau dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang Patologi Ikan
dan Molekular Biologi sehingga sekarang.
Sepanjang perkhidmatan di UMS, beliau pernah memegang bebrapa tugas penting termasuklah
Penyelaras Program Akuakultur and Marin Sains, Sekolah Sains dan Teknologi, UMS (2000-2005),
Penyelaras Program Pascasiswazah, Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS (2010-2012) dan dilan-
tik sebagai Timbalan Pengarah (Akademik dan Pengantarabangsaan), Institut Penyelidikan Marin Bor-
neo, UMS (2013-2017). Selain pengiktirafan diperingkat universiti, beliau juga pernah menerima
pengiktrafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah mendapat tempat kedua dalam
pertandingan penyelidikan BioMalaysia 2008 dan 2009, tempat kedua dalam International Exhibition
Inventions Geneva 2008 dan tempat ketiga dalam Seoul International Invention Fair (SIIF) 2009. Dari
segi sumbangan akademik, Prof. Madya Dr. Julian Ransangan telah menghasilkan lebih dari daripada
60 artikel-artikel penyelidikan yang telah diterbitkan di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah
berjaya menghasilkan ramai pelajar Doktor Falsafah dan Sarjana.
Semasa menjadi pelajar di SMK Kota Marudu, walaupun beliau tidak banyak terlibat dalam
kegiatan kokurikulum dan kurang cemerlang dalam akademik akibat kekurangan kemudahan dan
kesempitan hidup, beliau mempunyai penghayatan dalam bidang pertanian yang mendalam. Sikap
beliau yang menyimpan cita-cita tinggi, cekal dan bersemangat besar dan jiwa yang kental, membawa
beliau kepada kejayaan yang beliau capai pada masa ini.
Pesan beliau kepada para pelajar SMK Kota Marudu agar terus berjuang dengan bersungguh-
sungguh dan menanam semangat tinggi serta bersikap tidak mudah berputus asa untuk terus be-
rusaha mencapai cita-cita yang diimpikan. Beliau berpendapat bahawa kecemerlangan akademik
mampu mengubah hidup sesorang asalkan sesorang itu tidak mudah berputus asa dan tidak bersi-
kap “bodoh sombong”. Mengimbas semula liku-liku pengalaman yang dilaluinya sebagai seorang
bekas pelajar di SMK Kota Marudu, beliau yakin bahawa SMK Kota Marudu mampu melahirkan lebih
ramai ilmuan gemilang dan terbilang di masa akan datang. Beliau berharap akan dapat terus
berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang yang diceburinya dan dapat membantu lebih ramai lagi
anak bangsa mampu mencapai kecemerlangan akademik sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.
Dr. Jaggil Bin Apak Dr. Jaggil Bin Apak
Guru Akademik Tingkatan 6 dilahirkan pada 12 Ogos
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu 1974. Guru berbintang Leo ini
gemar bersukan, membaca
dan menjadi pemerhati. Beliau berasal dari Kampung Ronggu Kudat. Be-
liau mendapat pendidikan awal di SK Lodung Kudat. Seterusnya, beliau
melangkah ke sekolah beberapa sekolah menengah seperti SMK Kudat
(Tingkatan 1-3), SMK Abdul Rahim, Kudat (Tingkatan 4-5) dan menjadi
pelajar SMK Kota Marudu semasa di Tingkatan 6 (1990-1991). Beliau
mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di Universiti
Sains Malaysia pada tahun 1996. 33
Tokoh Alumni Pilihan
Pada tahun 2011, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan dengan merangkul
gelaran Anugerah Pelajar Terbaik. Akhirnya, pada tahun 2019 beliau memperoleh ijazah
kedoktoran dalam bidang Doktor Falsafah Pengurusan Pendidikan daripada Universiti Malaysia
Sabah dengan mendapat dua anugerah iaitu Anugerah Aspirasi Pascasiswazah UMS dan Anuge-
rah Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS.
Guru berwawasan ini berpegang kepada motto Ilmu Adalah Kuasa. Beliau berpendapat ilmu
menjadi pellita kepada kehidupan manusia di samping pegangan agama yang kukuh. Pesanan
Beliau kepada warga SMK Kota Marudu ialah peluang sentiasa ada untuk direbut. Justeru ber-
sainglah dengan segenap kekuatan dan tenaga selagi peluang masih terbuka. Lontarkan
pemikiran jauh ke hadapan. Kejayaan pasti menanti mereka yang sabar, kekal berusaha dan
mampu bertahan. Semoga guru yang bersemangat tinggi ini terus menyumbang bakti dalam are-
na pendidikan.
Dr. Lydiarita M. Marajin dilahirkan pada 5 Mei 1985. Beliau
mendapat pendidikan awal di SRA Goshen pada tahun 1992-1997.
Beliau melangkah ke sekolah menengah di SMA Goshen semasa
Tingkatan 1-3 pada tahun 1998-2000. Beliau kemudiannya mene-
ruskan pendidikan dalam aliran sains tulen di SMK Kota Marudu
dan merupakan salah satu pelajar terbaik SPM pada tahun 2002
dengan merangkul 9A 1B. Pada tahun 2004, beliau menamatkan
prauniversiti di Kolej Matrikulasi Labuan dengan cemerlang dengan
memperoleh CGPA 4.00. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Doktor
Perubatan di Universiti Malaysia Sabah. Kini, beliau bertugas se-
Dr. Lydiarita M. Marajin bagai Pengarah Hospital Kota Marudu.
Pengarah Hospital
Dalam usia yang muda, beliau meneruskan kerjayanya dengan
Hospital Kota Marudu cemerlang. Hal ini terbukti apabila Hospital Kota Marudu mendapat
beberapa anugerah kualiti di bawah kepimpinan beliau. Antaranya ialah MS ISO 9001:2008 for
Hospital Kota Marudu in (2014 – 2017), Hospital Kota Marudu – Anugerah Pencapaian Kese-
luruhan KPI Terbaik bagi Negeri Sabah (2014), Hospital Kota Marudu – 2nd Best Overall Hospi-
tal Performance peringkat KKM (2014), Hospital Kota Marudu – Mendapat Sijil BeSS Kantin
Hospital (2015 – 2018), Hospital Kota Marudu – Good Manufacturing Practice (GMP) for Unit
Sajian, (2016 – 2019), Hospital Kota Marudu – Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI) certified,
(2014 – 2017 and 2017 – 2020), Hospital Kota Marudu – Awarded 1-star rating for Energy Man-
agement Gold Standard by AEMAS (2017), Hospital Kota Marudu – Johan Anugerah Inovasi Per-
ingkat JKN Sabah dan mewakili JKN Sabah ke Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan bagi
Kategori Perkhidmatan (2017), Hospital Kota Marudu – Best HPIA Performance bagi kategori
Hospital Tanpa Pakar (2018), Hospital Kota Marudu – Audited for EKSA by MAMPU, result Baik
(2019), Hospital Kota Marudu – Audited for HACCP by KKM, pending result (2019), Hospital Ko-
ta Marudu – 5th Edition Accreditation Survey by MSQH (8 – 10 Oct 2019), Hospital Kota Maru-
du – 2 star Energy Management Gold Standard by AEMAS (16 – 18 Oct 2019).
Doktor muda ini berpegang teguh kepada prinsip “di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan”. Pesanan beliau kepada warga SMK Kota Marudu agar terus berusaha merebut peluang
pendidikan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Penyelesaian itu terungkap jika setiap
orang berfikir secara kreatif untuk menginovasikan sesuatu. Beliau berharap agar SMK Kota
Marudu terus menjadi salah satu sinar ilmu di utara Sabah. Semoga beliau terus menyumbang
khidmat cemerlang kepada masyarakat tempatan.
34
Senarai Alumni Yang Telah Berjaya
Abdul Mulok Bin Linggin, Pengajar Klinikal Diploma Terapi Carakerja Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS
Alliey Chang Yen Ha, Guru T6, SMK Kota Marudu
Anne Ahgau, Ketua Kerani, PPD Kota Marudu
Arni binti Majohn, KB Bahasa, SMK Kota Marudu
ASP Roning Mulut, Kota Kinabalu
Azeryce Iwon, Guru, SMK Kota Marudu II
Bani Iswadi Bani Amin, Guru T6, SMK Kota Marudu
Banius Kangau, KB Sains & Matematik, SMK Kota Marudu
Benson Gampawi, Guru Besar SK Beluran
Beny Samuel, Guru T6, SMK Tandek
Bexter Siben, Guru, SK Ranau
Bianih Kangau, Guru T6, SMK Kota Marudu
Boseh Sagina, Guru, SK Marudu II
Cecilia Intang, Guru T6, SMK Tandek
Chang Yee Se, GC BI, PPD Kota Marudu
Datuk Maijol Mahap, Peguam, Kota Kinabalu
Dinawaty Sadikah, Guru, SMK Kota Marudu
Diris Lolo, Guru, SK Langkon
Dora Kudik, Guru, SMK Bandau
Doris @ Dalilah Osoi, Timbalan PPD Kota Marudu
Dr. Grace Lee, Hospital Kota Marudu
Dr. Ivon Chong, Hospital Kudat
Dr. Jidol Doyou, Penyarah, UMS
Dr. Jidon Jandau, Pensyarah, UMS
Dr. Jinaron Jailip, Hospital Kuala Lumpur
Dr. Lydiarita Michael Marajin, Pengarah, Hospital Kota Marudu
Dr. Mailin Mison, Pensyarah, UMS
Dr. Nelson Maisin
Dr. Nurhamidah Serimal, Pensyarah, UMS
Dr. Ryan Gilbert
Editha Samuel, Guru, SMK tandek
Edward Tam, Guru, SK Langkon
Elvina Maranda, Guru, SMK Kota Marudu
35
Senarai Alumni Yang Telah Berjaya
Elvysia Francis, SJKC Khoi Ming, Kota Marudu 36
Elynesca France, Guru, SK Tandẹk
Ernest Kajul, Guru T6, SMK Kota Marudu
Fadzil Tuyondo, Guru
Florah Gumpitak, Guru, SMK Kota Marudu
Fransisca Chandra Voo, Guru, SMK Kota Marudu
Herdy Bailun, Guru, SMK Tandek
Jaikum Apah, Guru, SMK Bengkongan
Jainim Samaron Pengetua SMK Tandek
Jaiping Minsu, Pegawai Majlis Daerah Ranau
Jaisin Gopori, PK KoKum, SMK Kota Marudu
Jakiri Lamudil, Guru, SMK Tambunan
James Kundapit, Guru, SMK Kota Marudu II
Jameson Bisara, Guru T6, SMK Pinawantai
Janes Kansirung, Pegawai Peladang Kota Marudu
Jasli Dangus, Guru, SMK Tandek
Jatius Maisin, PK Kokum, SMK Pitas II
Jeffrey Dangus, Kastam, Kota Kinabalu
Jefrin Ranggngon, Guru, SMK Langkon
Jemrol Tuyundo, Guru
Jery Salinan, Guru, SK Sunsúi
Jeson Majimal, PK Petang, SMK Kota Marudu
Jeson Ranggngon, Guru, SMK Simpangan Beluran
Jingol Metin, Guru, SMK Kota Marudu II
Jiram Majinggil, Guru, SMK Putrajaya
Joda Janggayan, Guru, SMK Tandek
Joinin Jabil, Guru, SK Magandai
Juani Tuyundo, Guru
Julan M, Guru, SMK Tandek
Julias Bisara, Guru, SMK Bengkongan
Junaidi Jinggin, Guru
KAN Mat Lunad Ipak, Mahkhamah Anak Negeri Kota Marudu
Karyanto Sarioh, Guru, SK Tagaroh
Khatizah Alijar, Guru, SMK Kota Marudu
Senarai Alumni Yang Telah Berjaya
Kutily @Sylvia Gilong, KB Vokasional, SMK Kota Marudu
Larry Andang, Guru T6, SMK Kota Marudu
Larry Bandari, Guru, SMK Kota Marudu II
Mak Yuk Kiew@ Evelyn, PKHEM, SMK Kota Marudu
Marmoh Kasman, Bekas Pengetua SMK Kota Marudu II
Masbon Ranggangon, Guru, SK Ranau
Mazren Tikusan, Guru T6, SMK Kota Marudu
Mejil Totong, PK HEM, SMK Tandek II
Misa Maisin, Guru, SMK Kota Marudu
Mokilau Rudin, Guru, SMK Tombulion
Morijọhn Besar, PK Pentadbiran, SMK Pinawantai
Morris Kundapit, Pengetua SMK Kota Marudu II
Nevies Maisin, Pengarah Penyelidik Koko, Tawau
Nius Maisin, Guru, SMK Bandau
Nurhana Haruna, Guru, SK Tandek
Nusip Ahap, Akauntan, Kuala Lumpur
Pain Gagau, Guru T6, SMK Kota Marudu
Paul Johnny Asun, Guru Bestari, SM St John, Tuaran
Perry Kudik, Guru, SMK Bandau
Poly Mison, Guru, SK Timbang Baru
Preciana Mojiun, Ahli Farmasi, Hospital Likas Kota Kinabalu
Precillia binti Mojiun, Akauntan, Jabatan Akauntan Cawangan Sibu
Prof Madya Dr. Jualang Gansau, UMS
Rafail Gampawi, PK HEM, SK Sampai
Raimah Jaludin, Guru T6, SMK Kota Marudu
Ratinah Menateo, Guru, SMK Kota Marudu
Rayticia Chong, Guru, SMS Bengkongan
Rizam Zulkifli, Ketua Jurutera, ATM Kem Lok Kawi
Robert Gampawl, Jurutera, JPS Tenom
Sanaleh Daud, Timbalan PPD Kota Marudu
Shahir Syaparudin, Guru, SMK Bandau
Sherwin Patrick, Pejabat DUN Tandek
Siti Liah Atin, Guru T6, SMK Kota Marudu II
37
Senarai Alumni Yang Telah Berjaya
Stanley Saang, Guru, SJKC Khoi Ming Kota Marudu
Sungson Gantar, Guru, SMK Kota Marudu
Suzie Salapan, PPM Tandek
Syivero Patrick, Pegawai KBS, Kota Kinabalu
Teddy Timbong, Guru T6, SMK Tandek
Viandon Mairon, Guru, SMK Kota Marudu
Vincent Gumpitạk, Guru, SMK Bandau
Winnie Voo, Bekas Pengetua SMK Kota Marudu
Wong Tung Mui @Connie, PK Hem, SMK Peter Mojuntin, Penampang
YB Julita Majungki, DUN Negeri Sabah
(Untuk pengetahuan semua, masih ramai alumni yang tidak disenaraikan kerana tidak dapat dihubungi)
38
Pencapaian Kurikulum
Keputusan SPM (2009 - 2020)
Tahun 2009 2010 2011
% Lulus 97.6
5.07 98.0 97.18
GP
5.32 5.20
Senarai Pelajar
Terbaik SPM 1. SHERON TAPA 1) DANIEL LEE EI FEI
2. WENDY LEE SIAU 2) HENNASTELLA FRIDE
LING
3) HERIANI JUAKIM
3. MELVIN MARCEL-
LUS 4) CHRMILAH WIMIK
4. ENIE THAM PEI 5)
HWA 6) SITI NORAISHAH SILAN
5. AZILY SAMUEL 7)
6. FEBE FIONA SOLIUN
7. GAN YEE MUN 8)
8. 9) FLORIENA ERIKA JAI-
9. ELVYSIA FRANCIS 10) BIN
10. 11) WIRON AMUNG
GABIAN JOS
EDWARD JAYA
BONI PUNGGING
KRISTIN LANGAB
CECILIA JAISIN
ALEX FLODDY WON-
11. ELTIANA ASIM NIE MA
12) ALWIN ENDRIN
12. NASTURA DARIUS 13) ANDREA SHEISEDO
13. ELDA ALI @ TUIL GABAN
14. ELLIF MOPILIN 14) JIEQOLYN JOANESE
15. FERONICA 15) SLYVIASTELLA MU-
SAPIKIN SAH
16. EVI ANDREA DUIN 16) BELLVINNA DEANA
JOMMEY
17) STEPHIANUSLAUS
PEHUS
18) WASTA ADIK
19) BRENDA LAINDIN
20) EREYANNA SOUMIN
21) TAN KAR BOON
22) NORRAHMAH BAKAR
23) NORSHAHFIKHA BTE
GIBRIDIN
24) GERRY DELLSIOUSE
JOHN
25) MAGRIZEF GASAH
39
Pencapaian Kurikulum
Tahun 2012 2013 2014
% Lulus
93.46 97.13 85.56
GP
5.30 5.06 5.87
Senarai
Pelajar 1. ALEYSHA G. YUNSIR 1) ERMA VERONIKA 1. AFENYEE INGGIU
Terbaik 2. JALVIANA LANSAYAN 2. CHRISTINE LYDIA
3. ANNA ANTONIA ASIK HARIYONO 3. NICO ARNOLY NA-
SPM 4. LIZAWATI@ROSCLARITHA
2) NURUL AMANINAH WAN
MAIDON
BT PIUS 4. SUZIE SINGKUN
5. MIMI SHAMANIE BINTI AB- 5. NURAIN AKMALIA
3) CHEN MUI FUNG
TAH 4) JENIH ZAPIT BINTI HAZAHAR
5) ANDI WILSON LIM
6. ALISTER SINGKUN 6) DEBORAH ODETTE 6. NUR KHAZANAH
7. NUR EFFAZATUL HANUM
MOIZIN NASHUHA BINTI
BINTI MATDIN ROSLIE
7) SITI SHAWINIE BT
8. DEVY MITCHEL EDWIN 7. FEVION TEO YI
9. NUR SABIQAH BINTI SAB- ABTAH
CHENG
TU 8) CLYEND ALEXAN-
8. SITI RABIATUL AD-
10. ADAM MAXWELL DOUMIN DER
11. ANGIE DENNY AWIYAH BINTI AB-
12. LOLA MARLYNAH MINSUN 9) NUR SYAFIQAH BT DUL GHANI
13. JACQUELINE CHUNG
14. ORRYEL JAUNIS ZULKIFLI 9. NORASIKIN BINTI
15. CAROLINA JAILIS
16. DAYANG NADILA FARA- 10) SHAZWEEN SIVA NORDIN
10. NOOR SYAZWANI
HANA BINTI DURAHIM KUMAR
BINTI MUBIN
17. MUHAMMAD MUSLIHUD- 11) CLAUDIA VALENTI-
DIN BIN ABDUL GHANI NA MAIRON
18. VIRA JOY 12) ENNDYSYAFIAN SA-
19. MIMI FARHANAH BINTI
PILING @MOHD
MAHMUD ASRI
20. ADRIAN DOISON 13) WESLEY SUDIAH
21. NOOR FAZIRA BINTI ANNE 14) ENNOS JULIAN
22. BEATRICE AINNYESA 15) DIANE MICHELLE
JUNTING DENSON
23. NUR MARYA IASHA BINTI 16) JIM CHELARY SATIM
17) ZAKHARIA SEBEN
MASRI 18) VERONECA DUMIEH
19) MASLINA JENIS
24. NOOR ATHIRAH BINTI AH- 20) MARSHILA KUMIN
21) YONG SIEW LEN
MAD KUSASI 22) NENA BINTI MUIJAN
25. MIERA ASPIRANA JOHEEL 23) NURUL NADIRAH
BINTI IBRAHIM
24) FENNY PRISCA FEN-
ING
25) NAJIHAH BINTI IS-
MAIL
26) MOHD ASYRAF BIN
YUNUS
27) EFFLORESCE MATI-
NUS
40
Pencapaian Kurikulum
Tahun 2015 2016 2017
% Lulus
88.34 85.12 90.61
GP
5.74 5.53 5.22
Senarai
Pelajar 1. LILIAN VOO WAN 1) GLORIA LEE PEI 1. IVY ESTHER RAYMOND
Terbaik 2. ELIZEA ONETTY JESON
YEE YING 3. EVANNIE GAMPAWI
SPM
2. DIANA LIUS 2) ELISA OYENZ JE- BT.JOHNNY
3. MACLAUDE LISTER
4. SHIRLY SEAH SIEW SON 4. MOHD NAEM BIN WAZIR
5. NUR AMIRA HAFIZAH BINTI
SIEW 3) MONTANA TUIE
4) WAIDER AZMY
5. PANG SIN YI
6. SYARAFUDIN BIN MONGINZIN 6. NUR IZZA SATHIRA BINTI
SAKMAT 5) AMANDA CHEE MOHD REDWAN
7. J.G ANDERSONE PAU ZHEN 7. ELLIZANDER LAMIT
8. IZZAH INSYIRAH BINTI MIN-
JINOD 6) NAS ADLENDA JA-
GO
8. FLORENCE GEORGE NEVE BINTI
9. ILEN JAIBAD MANUIL 9. CECELIA LEPEW JITUMIN
10. IVETTE LYNN JIKIM 10. AMELIA SYAHIRA BINTI
11. MOHD. HAFIZZUL 7) BELLNITA UBIL
8) MOHD. YUSUF MOHD NOOR
IKRAM BIN IBRA-
HIM FADLI BIN MAHALI 11. EMILDAH PAULI
12. GLORY ANN MAIRON
12. ZHASRA BIN MININ 9) MICHELLE SAM 13. KHERESSAH BIBIANYIE
13. SAFWAH HAZIQAH
KAH VEN KAIMBU
BINTI HALIM
10) NAIRIN LAWAT 14. MOHD HAZRIQ AIMAN BIN
14. GL. FIONALISTA 11) BRILLIANT SHEAR-
HAZAHAR
JERMIN ER NORBET
15. NURUL IZZAH BINTI AHMAD
15. VIDIANA JOHNNY 12) MC DOWELL BIN
KUSASI
16. DESMEND KYLE GHANI
CHONG YI CHENG 16. WINNIE CHONG YIT RONG
13) DEBBIE MISHA 17. CHARMEN KHUNG PAU AI
18. NUR IRYANIE BINTI AMIR-
ANIM
UDDIN
14) NURUL AISYA
19. AMELYN CHEE PAU LING
BINTI SADIKAH 20. WAXRY DE VALNO
15) NATALIE HO MASHRINU
16) NOR SUZIELAH
21. EKASTEVIA JAIDE
BINTI RUSHI 22. VERCIANA ALEXSANDRA
17) DISHARENNA BT NAJURUS
KASSUN 23. ANIQURYANIE BINTI ABU BA-
18) NEE MOHD AIN BIN KAR
MUSA 24. NUR FATIHA FATIKA BINTI
19) BRENDLY AL- ALIUDDIN
FREDZERO ROSLEY 25. NURUL FIZAH EMILYA FARA-
20) BRYAN DOMIRIS HANA BINTI MUDA JUWARI
21) ESTELLE JOLUMIN 26. AG.RUZAIDI AZRI BIN
AG.YAHYA
27. HAZIQAH NADHIRAH BINTI
DERUS
28. JOSHUA ANDREAS DOMINIC
29. RAYNER BIN DORIMPUNG
30. SITI NOOR SHAHNIRRA BINTI
HAMID
31. WINSON GUHAN
32. ARLINNA SERAPON
41
Pencapaian Kurikulum
Tahun 2018 2019
% Lulus
92.68 89.25
GP 5.11 5.18
ALIRAN SAINS: ALIRAN SAINS:
Senarai
Pelajar 1. GLORIANE LEE PEI SING (6A+, 4A) 1. VINCENT TAN KIAN POH (8A 1B)
Terbaik 2. AISHAH BINTI CHUNG SHAU KEONG @ 2. BRYAN BECKHAM PETER (6A 2B 1C)
DENNIS CHUNG (1A+, 4A, 3A-, 1B) 3. JELEN JOSE (6A 1B 1C 1E)
SPM 3. SAMANTHA SUE JUNIUS (2A+, 5A, 1A-, 4. VOO MAN JIE (5A 4B 1C)
1B+) 5. GWEN OMIZ MALSON (5A 3B 2C)
4. MICHELLE WONG WAN SHI (1A+, 6A, 2A 6. NUR SAMIHA SYAKIRA BINTI BAKRI
-, 1B+)
5. ADRIANNIE YAGA (3A, 2A-, 3B+, 1C) (5A 2B 2C)
6. MICHELE LISSIE MALSON (1A+,3A, 1A-, 7. ROLAND MAXWELL SINUAR (5A 2B 2C)
2B+, 2B) 8. CAROLINE CHONG LEE CHUN (5A 1B 2C
7. VINDEYCIA MA YUN KONG (1A+, 3A, 1A
-, 2B+, 1B, 2C+) 1D)
8. GRACE VALENCIA DIRIS (1A+, 1A, 3A-, 9. IVORY GRACE JOHN (5A 1B 2C 1D)
1C+, 2C, 1G) 10.PETRONELLA GRACE JOHNNY (5A 1B
9. FATIHAH KHAIRUNNISA BINTI ABDUL
AJIS (1A+, 3A, 1A-, 2B+, 1C+, 1D) 2C 1D)
10. ARDIANA ONGEK (4A, 1A-, 3C+, 1D) 11.EDNA PRISTY FENING (5A 2C 1D 1G)
11. LILIEN ANN CHONG (2A, 3A-, 2B, 1C+,
1D) ALIRAN KEMANUSIAAN:
12. LYNRA ARYNCHIA JEPIRIN (2A, 3A-, 1. ANNMARIE GHANI (8A 1B)
1B, 1C, 1D) 2. NUR FADHILLA ROSLY (8A 1D)
13. NEKELSON LAWAT (2A, 3A-, 1B+, 1C+, 3. ANISA PAGGA (7A 2B 1C)
1C, 1D) 4. MUHAMMAD NABIL NADHIR BIN SAR-
ALIRAN KEMANUSIAAN:
1. MACDELINA LIEW SING YEE (1A+, 2A, IFFUDIN (7A 1B 1C)
2A-, 2B, 1C+) 5. CHELLDON MACKLAVEN BIN HA-
2. MELLANNIA LOUMIR (2A, 4A-, 1B+, 1C+,
1C, 1D) SANUDDIN (7A 1D)
3. THRYANIE LYN RABBIN (3A, 2A-, 1B, 6. AQILAH HUMAIRA BINTI SHUKRI (6A
1C+, 1C)
4. FATHIMAH FAHEEM BINTI ABDUL KA- 2B 1C)
DIR (1A, 4A-, 2B+, 2B) 7. HANNA CHELLYO RAJIUS (6A 2B 1C)
5. IZZAH INSYIRAH BINTI NOEL @ EROT 8. LYDIA ALPEUS (6A 2B 1C)
(1A, 5A-, 2B+, 1C+) 9. SHAZMIE MOSUNGKIL (6A 1B 1E)
6. NURUL ATHIRAH WANIDA BINTI MOR- 10. MAIZATUL NABILAH BINTI MATDIN @
DIN (3A, 3A-, 2B+, 1C)
7. ESTILA MELON (2A, 3A-, 1B+, 1C, 1D, AG. MATDIN (6A 2C)
1E) 11. NUR AIYANA BINTI ISMAIL (5A 3B 1C)
8. LYELYBERTH LIEW (2A, 3A-, 1B+, 1C+) 12. NURUL ZAINURAZLIN NATIRAH BINTI
9. SITI ZULAIKAH BINTI JAMIL (6A, 1A-,
1B+) SAMRIN (5A 3B 1C)
10. CARLDEF SAMUEL (2A, 4A-, 1B+, 1B) 13. FREDLEY BIN SAINTIM (5A 2B 1C)
11. JESRAH BEROH (1A+, 4A, 2A-, 1C) 14. JAHIRAH AMPAT (5A 2B 1C)
12. NALISON JAS (4A, 1A-, 1B+, 1D) 15. FANIZAH BINTI BOROD (5A 2B 1C)
16. ALRY ANDY LANGKOHOB (5A 2B 1E)
17. JESNITA JONIUS (5A 1B 2C)
18. JULIETH RODIENNA DECIA (5A 1B 2C)
42