PENULISAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN
DAN KRITERIA KEJAYAAN
UNIT KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SENA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
DAN KRITERIA KEJAYAAN
Objektif pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
adalah mukaddimah kepada sesuatu PdPc. Masih
ada yang keliru dan beranggapan bahawa kedua-
kedua elemen di atas adalah set induksi. Bukan.
Set induksi adalah aktiviti yang dibuat untuk
merangsang minat murid dan membina semangat
ingin tahu. Selalunya sesuatu PdPc dimulakan
dengan Set Induksi dan kemudian barulah
objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
PENULISAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Objektif yang baik boleh mengikut kaedah SMART.
• SKP/HSP memberikan kita beberapa kemahiran yang perlu dikuasai. Objektif pula adalah
terjemahan keadaan DSKP/HSP tadi.
PENULISAN
KRITERIA
KEJAYAAN
MENGINGAT
MEMAHAMI
GUNA/APLIKASI
ANALISIS
MENILAI
MENCIPTA
PENULISAN OBJEKTIF CONTOH BM PENULISAN
PEMBELAJARAN DAN Objektif Pembelajaran:
KRITERIA KEJAYAAN 1. Menulis 1 perenggan isi karangan aktiviti sukan lasak
dengan ayat gramatis
Kriteria kejayaan:
1. Membentang 4 isi beserta 1 huraian dalam kumpulan
2. Menghasikan 1 perenggan isi dengan 5 ayat yang
lengkap
CONTOH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN
BM PEMAHAMAN
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid memahami dan seterusnya menggunakan kata
majmuk yang telah mantap dengan betul
Kriteria kejayaan:
Murid berjaya :
Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah mantap
dengan betul.
Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk yang telah
mantap dengan betul.
Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah mantap
dengan betul.
CONTOH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN
MATA PELAJARAN SAINS.
Objektif
Di akhir PdP murid dapat :
Memerihalkan fenomena Gerhana Bulan dengan bantuan lakaran
berdasarkan :
Kedudukan bulan, bumi dan matahari sifat cahaya
Kriteria kejayaan
Menyatakan sifat cahaya yang terlibat.
CONTOH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN MATA
PELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Objektif pelajaran :
Pada akhir PdPc murid boleh :
Membaca surah An Nur dengan betul dan bertajwid.
Kriteria kejayaan:
1. Membaca surah An Nur dengan betul dan fasih.
2. Membaca surah An Nur dengan betul dan bertajwid.
3. Mengenal hukum izhar syafawi.
CONTOH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN MATA PELAJARAN
MATEMATIK
Objektif pelajaran :
Pada akhir PdPc murid boleh :
Menyelesaikan ayat matematik darab melibatkan ukuran Panjang dengan
nombor satu digit berkaitan meter dan sentimeter.
Kriteria kejayaan :
1. Menghafal rumus ukuran Panjang melibatkan meter dan sentimeter.
2. Menyelesaikan masalah dalam bentuk lazim.
3. Menjawab dengan betul 3 daripada 5 soalan yang diberikan.
CONTOH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN MATA PELAJARAN RBT
Objektif :
Di akhir PdPc murid dapat:
Murid boleh melakar pelbagai jenis garisan.
Kriteria kejayaan.
1. Mengenal dan menyenaraikan jenis garisan dalam reka bentuk.
2. Menerangkan fungsi garisan dalam reka bentuk.
3. Menghasilkan lakaran reka bentuk produk dengan menggunakan garisan dan
gabungan bentuk asas.
Nota : Seboleh-bolehnya kriteria kejayaan merangkumi 3 aras kebolehan murid.
UNIT KURIKULUM:
SEKOLAH KEBANGSAAN SENA, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI