The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Fadilat Malam Nisfu Syaaban (ABIM Press)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-17 10:07:08

Fadilat Malam Nisfu Syaaban (ABIM Press)

Fadilat Malam Nisfu Syaaban (ABIM Press)

Keywords: (ABIM Press)

FADILAT
MALAM NIṢFU

SHA‘BĀN

AL-ḤĀFIẒ IBN RAJAB
(W. 795)

Diterjemahkan Oleh:
MOHAMMAD SYAFIQ ISMAIL

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500
No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299

No. Faks: +603-41082400
Emel: [email protected]
Laman Sesawang: www.abimpress.com

FB: @ABIM PRESS

MUKADIMAH
PENTERJEMAH

Atas nama Yang Kasih, daku menulis.
Selawat dan salam, buat Kekasih.

Segala puji bagi Allāh, yang telah menghampirkan kita,
dengan Ramaḍān, sebaik-baik bulan, dan mendahulukannya
dengan Sha‘bān, bulan yang penuh dengan fadilat dan
keutamaan.

Al-Ḥāfiẓ Ibn Rajab (w. 795H) salah seorang ulama Shām,
telah mengarangkan sebuah kitab yang baik berkenaan
musim-musim ibadat di dalam setahun hidup Muslim,
dibahaskannya per bulan, di dalam kitabnya Laṭā’if al-
Ma‘ārif. Di dalam kitab tersebut, terkandung perbahasan-
perbahasan fiqh seputar perayaan dan musim ibadat umat
Islam. Antaranya ialah Malam Niṣfu Sha‘bān, yakni Malam
ke-15 daripada bulan qamariyah Sha‘bān.

3

Isu perayaan Malam Niṣfu Sha‘bān ini, pernah menjadi
hangat satu ketika di Malaysia, antara orang yang mahu
mengamalkannya dan yang mahu membanterasnya. Dari
kerana kejahilan dan ketidakcekapan mengurus konflik,
maka yang berlaku ialah kerenggangan antara umat dan sikap
ekstrim dua kutub; yang mengamalkannya menghina orang
yang tidak mengamalkan sebagai pembenci amalan ulama,
dan yang tidak mengamalkannya menghina orang yang
mengamalkannya sebagai pembuat bid‘ah. Sikap ekstrim ini
berpunca daripada ketiadaan ilmu berkenaan asal muasal khilaf
ini, yang berasal sejak zaman tābi‘īn lagi, dan telah diamalkan
sebahagian ulama dari zaman berzaman. Kita mengira, dengan
menterjemahkan karya ini, sebagai pencerahan berkenaan
isu ini, akan mampu merapatkan jurang antara dua muslim
yang bertelagah, inshāAllāh. Ketaksuban hanya merugikan
kesatuan umat.

Kita tidak menterjemahkan keseluruhan bab, tetapi
meringkaskannya dan mengambil poin-poin penting sahaja
daripada teks asal, dan menterjemahkannya ke dalam bahasa
melayu. Rujukan yang kita gunakan ialah cet. Dār Ibn Ḥazm
2004M.

Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas
kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis nan
online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan ini,
ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja, dan
digunakan dalam kajian-kajian.

Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan
kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang

4

kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana tiada
kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.

Allāh Maha Mengetahui.
Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)
Maghrib 3 Rejab 1441H / 26 Februari 2020M
Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah.

5

6

FADILAT MALAM
NIṢFU SHA‘BĀN

* Ibn Mājah meriwayatkan hadis Abū Mūsā daripada Nabī
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda:

‫ فيغفــر‬،‫إن الله ليطلــع ليــة النصــف مــن شــعبان‬
‫ إلا لمــرك أو مشــاحن‬،‫لجميــع خلقــه‬

“Sesungguhnya Allāh akan memerhatikan
(sepertimana yang layak bagiNya) pada malam
Niṣfu Sha‘bān (pertengahan Sha‘bān), lalu
Dia mengampunkan kesemua makhluknya,
melainkan orang musyrik dan orang yang
bermusuh.”
* Imām Aḥmad meriwayatkan hadis ‘Abdullāh bin ‘Amrū,
daripada Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda
bersabda:

7

‫إن الله ليطلــع إلى خلقــه ليــة النصــف مــن‬
‫شــعبان فيغفــر لعبــاده إلا اثنــن مشــاحن أو‬

‫قاتــل نفــس‬

“Sesungguhnya Allāh akan memerhatikan
makhlukNya pada malam Niṣfu Sha‘bān, lalu
Diapun mengampunkan hamba-hambaNya,
melainkan dua: orang yang bermusuh, dan
pembunuh.”

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Ibn Ḥibbān di dalam
Ṣaḥīḥnya (yakni Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), daripada hadis
Mu‘ādh secara marfū‘ (yakni disandarkan kepada Nabī
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam).
* Diriwayatkan juga, daripada hadis ‘Uthmān bin Abī al-
‘Aṣ, secara marfū‘:

‫ هـل‬:‫إذا كان ليـة النصـف مـن شـعبان نادى منـاد‬
‫مــن م�ســتغفر فأغفــر له هــل مــن ســائل فأعطيــه‬
‫فـا يسـأل أحـد شـيئا إلا أعطيـه إلا زانيـة بفرجهـا‬

‫أو مـركا‬

“Pada malam Niṣfu Sha‘bān, akan ada
seruan, “Adakah orang yang ingin memohon
keampunan, maka nescaya Daku akan
ampunkan? Adakah orang yang ingin
meminta (hajat), maka nescaya Daku akan
tunaikan? Tidak adalah seseorangpun

8

yang meminta (hajatnya) melainkan Dia
menunaikannya, kecuali orang yang berzina
dengan kemaluannya dan orang musyrik.”

***
Malam Niṣfu Sha‘bān ini, sebahagian tābi‘īn daripada
ahli Shām (yakni penduduk Shām), seperti Khālid bin
Ma‘dān, Mak-ḥūl, Luqmān bin ‘Āmir, dan selain mereka,
memuliakannya, serta berusaha keras untuk beribadat
padanya (malam itu). Melalui merekalah, orang ramai
memahami kemuliaannya dan cara mengagungkannya. Turut
dikatakan, terdapat beberapa riwayat-riwayat Isrā’iliyyāt
(kisah-kisah Banī Isrā’īl memuliakannya) berkenaannya
(Niṣfu Sha‘bān ini).
Lalu, apabila amalan tersebut menjadi popular melalui
mereka, ke segenap negeri, umat berbeza pendapat pula
berkenaannya.
Ada yang menerimanya, dan bersetuju dengan mereka
pada cara memuliakannya. Antaranya ialah sekumpulan
‘ubbād (yang rajin beribadat) daripada Baṣrah, dan begitu
juga selain mereka.
Majoriti ulama al-Ḥijāz (Mekah, Madinah dan Taif)
mengingkarinya. Antaranya ialah ‘Aṭā’ dan Ibn Abī
Mulaykah. Demikian juga (pengingkaran) yang dinukilkan
‘Abd al-Raḥman bin Zayd bin Aslam daripada Fuqahā’
Madinah. Ia juga merupakan pendapat aṣḥāb (anak murid
kanan) Mālik, dan juga (ulama) selain mereka. Mereka
berkata: Semua (amalan memuliakan Niṣfu Sha‘bān) itu
bid‘ah.

9

Sementara ulama Shām (yang meraikan Niṣfu Sha‘bān)
berbeza pendapat tentang cara menghidupkannya (malam
Niṣfu Sha‘bān itu) kepada dua pendapat:

Pertama: Istiḥbāb (Sunat hukumnya) menghidupkannya
secara berjemaah, di masjid-masjid.

Khālid bin Ma’dān, Luqmān bin ‘Āmir dan selain
mereka, memakai pakaian yang terbaik padanya (malam
Niṣfu Sha‘bān itu), berwangi-wangian dengan bukhūr
(asap kayu gaharu), memakai celak, dan berqiyāmullail di
masjid pada malam itu. Isḥāq bin Rāhūyah bersependapat
dengan mereka dalam hal ini. Beliau berkata berkenaan
qiyām menghidupkannya (malam Niṣfu Sha‘bān itu) di
masjid secara berjemaah: “Bukan bid‘ah.” Demikianlah yang
dinukilkan Ḥarb al-Kirmānī di dalam Masā’ilnya daripada
beliau.

Kedua: Makruh berkumpul padanya (malam Niṣfu
Sha‘bān)dimasjid-masjid,untuksolat,majlisal-Qiṣaṣ (bacaan
kisah-kisah teladan dan nasihat), serta untuk berdoa. Akan
tetapi, tidak makruh untuk seseorang melaksanakan solat
secara dirinya sendiri (tidak berjemaah). Inilah pendapat
al-Awzā‘ī, Imām ahli Shām, Fāqihnya, dan ‘Ālimnya. Inilah
pendapat yang lebih tepat, inshāAllāh Ta‘ālā.

Diriwayatkan daripada ‘Umar bin ‘Abd al-‘Azīz, bahawa
beliau pernah menulis kepada petugasnya di Baṣrah:
“Hendaklah dikau mengambil peluang empat malam di
dalam setahun. Sesungguhnya Allāh akan melimpahkan
rahmat padanya sesungguhnya – malam pertama bulan
Rejab, malam Niṣfu Sha‘bān (pertengahan Sha‘bān),
malam al-Fiṭr (malam Hari Raya Aidilfitri), dan malam al-

10

Aḍḥā (malam Hari Raya Aidiladha). Kesahihan riwayat ini
dipersoalkan.

Al-Shāfi‘ī raḍiyAllāhu ‘anhu berkata, “Balaghanā (Telah
sampai kepada kita akan riwayat) bahawa doa itu mustajāb
pada lima malam: Malam Jumaat, (malam) dua hari raya,
(malam) pertama bulan Rejab, dan (malam) Niṣfu Sha‘bān.”
Beliau berkata juga, “Daku menilai Istiḥbāb (sunat)
akan seluruh (amalan dan fadilat) apa yang dihikayatkan
berkenaan malam-malam ini...”

Qiyāmullayl malam Niṣfu (Sha‘bān) ini tidak thabit satu
apapun (riwayat) berkenaannya daripada Nabī ṣallAllāhu
‘alayhi wa sallam (bahawa baginda mengkhususkan
qiyāmullayl padanya), demikian juga para sahabat baginda.
Akan tetapi, ia telah thabit (pengamalannya) daripada
sekumpulan tābi‘īn daripada tokoh-tokoh Fuqahā’ Shām.1

***
Hendaklah, bagi seseorang Mukmin, untuk
mengkhususkan malam itu, untuk berzikir mengingati
Allāh Ta‘ālā, dan berdoa meminta daripadaNya untuk
mengampunkan dosa, menutup keaibannya, dan
melepaskannya daripada segala susah bala bencana.
Demikian juga, hendaklah pula dia mendahulukan kesemua
(doa dan istighfar) itu dengan bertaubat, kerana sungguhlah
Allāh Ta‘ālā itu mengampunkan orang yang bertaubat
padanya (malam Niṣfu Sha‘bān itu).

1 Ia amalan yang baik dan tidak wajar diingkari. Bahkan boleh menjadi syiar
dakwah dinihari dan cara memanggil orang ramai untuk datang beramai-ramai
berqiyām di masjid pada malam Niṣfu Sha‘bān ini. Hukumnya sama seperti perayaan-
perayaan Islam yang lain di Malaysia, seperti Ma’al Hijrah, Maulidurrasul dan
seumpamanya.

11

Wajiblah ke atas setiap muslim, untuk menjauhi dosa-dosa
yang menghalang daripada keampunan dan makbulnya doa
pada malam itu. Sesungguhnya telah diriwayatkan, bahawa
ia (dosa-dosa itu) ialah: Syirik, membunuh orang dan zina.

Ketiga-tiga ini kesemuanya merupakan antara dosa-dosa
yang terbesar di sisi Allāh, sepertimana yang diriwayatkan
dalam hadis Ibn Mas‘ūd yang disepakati kesahihannya (H.R.
al-Bukhārī & Muslim), bahawa beliau bertanya kepada Nabī
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, “Dosa apakah yang terbesar
sekali? “ Baginda menjawab, “Dikau menjadikan Allāh
memiliki sekutu, sedangkan Dialah yang menciptamu.”
Beliau bertanya, “Apakah pula seterusnya?” Baginda
menjawab, “Dikau membunuh anakmu kerana takut dia
makan bersamamu (yakni takut tidak cukup makan).” Beliau
bertanya, “Apakah pula seterusnya?” Baginda menjawab,
“Dikau berzina dengan isteri jiranmu.” Allāh menurunkan
(ayat) berkenaan demikian itu, “Dan juga mereka yang tidak
menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allāh, dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allāh membunuhnya,
kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak),
dan tidak pula berzina...” (al-Furqān, 68).

***
Di antara dosa-dosa yang menghalang daripada
pengampunan(Nya) ialah: al-Shaḥnā’ (Kebencian yang
membawa kepada permusuhan). Ia adalah kedengkian
seorang muslim kepada saudaranya (seislam) dan benci
kepadanya, kerana hawa nafsu yang ada di dalam dirinya
sendiri. Ia juga menghalang daripada pengampunan pada
kebanyakan waktu-waktu pengampunan dan rahmat(Nya).
Sepertimana yang diriwayatkan di dalam Ṣaḥīḥ Muslim,

12

daripada Abū Hurayrah raḍiyAllāhu ‘anhu secara marfū‘,
“Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis,
lalu diampunkanlah setiap hamba yang tidak mensyirikkan
Allāh dengan sesuatu apapun, melainkan seseorang, yang
memiliki permusuhan dengan saudaranya, dan dikatakan:
“Tunggulah dua orang ini (jangan diampunkan dulu),
hinggalah mereka berbaik-baik semula.”

Al-Awzā‘ī mentafsirkan al-Shaḥnā’ yang menghalang
(daripada pengampunan), sebagai kebencian di dalam hati
seseorang kepada para sahabat Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi
wa sallam. Tanpa syak lagi, kebencian jenis ini lebih besar
jenayahnya (maksiatnya kepada Allāh) berbanding saling
membenci dengan orang setaraf.

Diriwayatkan daripada al-Awzā‘ī, beliau berkata, “al-
Mushaḥin (orang yang membenci lalu memusuhi itu)
ialah, setiap penganut bid‘ah, nan, berpisah daripada umat
(Islam).” Demikian juga kata Ibn Thawbān, “al-Mushaḥin
itu orang yang meninggalkan sunnah (ajaran) Nabī
ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, nan melemparkan tuduhan
kepada umat baginda, nan, menumpahkan darah mereka
(yakni takfiri yang mengkafirkan umat Islam).”

Kebencian ini, yang daku maksudkan ialah kebencian
kerana bid‘ah, akan menyebabkan lemparan tuduhan kepada
umat Islam (yakni takfir), dan penghalalan darah mereka
(untuk dibunuh), dan harta mereka (untuk dirampas),
serta kehormatan mereka (untuk dicabul). Seperti bid‘ah
Khawārij, Rawāfiḍ (Syiah Rāfiḍah yang melampau) dan
seumpama mereka.

***

13

Sebaik-baik amalan, ialah, sentosanya hati daripada segala
jenis kebencian. Yang paling mulianya ialah, sentosanya hati
daripada kebencian umpama ahli hawa dan bid‘ah, yang
menyebabkan pertuduhan (dilempar) kepada Salaf umat ini,
dan (membawa kepada) membenci mereka, dengki kepada
mereka, nan, mempercayai kekafiran mereka (para sahabat),
mempercayai mereka pelaku bid‘ah (selepas kewafatan Nabī)
dan mempercayai mereka itu sesat.

Kemudian (amalan terbaik) sesudah itu, sentosanya hati
daripada kebencian kepada umat Islam secara amnya. Serta,
menginginkan kebaikan buat mereka, menasihati mereka,
dan menyukai buat mereka akan apa yang disukainya buat
dirinya sendiri. Allāh Ta‘ālā telah menyifatkan mukminin
bahawa mereka berdoa:

‫ﭖﭗﭘ‬
‫ﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠ‬

‫ﭡﭢﭣﭤﭥﭦﭧﭨ‬

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami
dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului
kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan
dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam
terhadap orang-orang yang beriman. Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat
Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.” (al-
Ḥashr, 10)
Sebahagian Salaf berkata, “Sebaik-baik amalan ialah:
hati yang sentosa, jiwa yang pemurah, dan suka menasihati
umat. Dengan sifat-sifat inilah orang-orang telah mendapat

14

pencapaiannya (yang tinggi di sisi Allāh), bukannya dengan
berusaha keras berpuasa dan solat.”

***
Saudaraku! Jauhilah dosa-dosa yang menghalang sang
hamba daripada pengampunan Tuannya Yang Maha
Pengampun, khususnya di musim-musim rahmat, taubat,
dan istighfar.
Sebahagian salaf berkata, “Berapa ramaikah orang
yang memulakan sesuatu hari namun tidak sempat
menghabiskannya? Berapa ramaikah yang berharap untuk
melakukan besok hari, tetapi tidak sempat mengecapinya?
Sesungguhnya jika kalian mampu melihat ajal penghujung
dan perjalanannya, sudah tentulah kalian akan membenci
harapan dan tipudayanya.”

***
Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan
selamanya, atas penyempurnaan terjemahan dan ringkasan
bagi karya al-Ḥāfiẓ Ibn Rajab raḥimahullāh ini, dipetik
daripada Laṭā’if al-Ma‘ārif, yang kita judulkan sebagai
“Fadilat Malam Niṣfu Sha‘bān,” pada Ḍuḥā 14 Rejab 1441H,
bersamaan Isnin 9 Mac 2020M, di Maktabah atTauhidi,
negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya segala
dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi. Semoga Allāh yang
baik menerimanya dan mengumumkan manfaatnya kepada
seluruh umat.

15


Click to View FlipBook Version