At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang
Keluar an 22/2(2018) E daran Dal aman JUN 2018
ABIM PALING BANYAK BERJASA MENYEBARLUASKAN
KARYA DAN PEMIKIRANNYA - ANWAR IBRAHIM
Iftar Jamaiy dan Pidato Perdana Kolej Dar al Hikmah telah diadakan pada 6 Jun 2018 di Kolej Dar Al-Hikmah, Sg. Ramal, Kajang.
Iftar jamaiy kali ini agak istimewa dengan kehadiran tokoh utama yang sekian lama dinanti selepas dibebaskan dari penjara Sg. Buloh.
Kehadiran dan ucapan hikmah oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Presiden ABIM) dapat
mengubat hati ahli-ahli jemaah, tazkirah pula disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil disamping itu peluncuran buku Pelastarian
Kepimpinan Gerakan Dakwah ABIM yang ditulis oleh Tn. Hj. Khailani Abd. Jalil dan Tn. Hj. Ishak b. Ali Shah. Turut hadir dalam majlis yang
sama ialah Dr. Ali Al-Haq Muhammad Adam, Menteri Industri Sudan. Mengimbas kembali ketika DSAI hadir di persidangan di Khartoum
(1982/83), sumbangan pemikiran dan idea Syeikh Hasan Turabi telah merubah dan mencabar pemikiran kita (ABIM) yang agak tradisional
dan konservatif tentang peranan wanita agar dimartabatkan dalam pimpinan di semua peringkat.
Berikut adalah intipati pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim:
• Tugas kita dalam jamaah dan juga dalam rangkaian negeri Selangor dan kerajaan pusat
oleh Pakatan Harapan (PH) harus meletakkan jemaah dan Dato’ Siddiq Fadhil di tengah-tengah
mainstream melalui wacana, perundingan dalam memberi sumbangan, idea dan pandangan.
Kupasan kita tentang akhlak, konsep-konsep Islam, sejarah dan budaya, soal Melayu dan Islam
adalah sangat berharga. Idea yang dicetuskan akan menjadi cabaran kepada idea umum yang di
fikirkan selama ini. Konsep Melayu, Islam serantau, kupasan-kupasan mengenai akhlak, fahaman
tentang idea dan perkembangan ilmu barat/Islam, kekuatan asas sastera sejarah dan budaya ini
jarang dikupas oleh tokoh-tokoh Islam yang lain.
• Melalui perbincangannya dengan Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam
pertemuan dua jam yang sangat berkesan tentang kenyataan beberapa pandangan kelompok
yang negatif. Beliau mengajak supaya kita bersama semula dalam menggerakkan pemikiran
masyarakat kita.
• Betapa pun sinis dan kritikan terhadap ABIM, sehingga beliau menjadi Menteri Pendidikan
ketika itu, namun Anwar Ibrahim mengakui ABIMlah paling banyak berjasa menyebarluaskan
karya dan pemikirannya. Mutakhir ini Dato’ Siddiq Fadzil dikatakan paling unggul di negara kita.
• Politik adalah gelanggang persaingan dan
kita tidak terlepas dari persepsi, sinisme,
bantahan, kecurigaan dan fitnah. Oleh
itu beliau memilih untuk tidak menyertai
kerajaan tetapi mendokong padu di bawah
pimpinan YAB Tun Dr. Mahathir dan kerajaan
PH. Beliau akan turun menemui rakyat
dan memenuhi undangan Majlis Raja-raja
untuk mempertahankan keistimewaan Raja
Berperlembagaan, hak istimewa orang
Melayu, membantu pertahankan Islam,
Bahasa Melayu dan membantu menjelaskan
kejernihan kerajaan pentadbiran Tun Dr.
Mahadhir untuk meneruskan kerja-kerja ke
arah kebaikan.
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
GURU PEMACU • Beliau secara peribadi telah memaafkan Tun Dr. Mahadhir dan Dato’ Seri Najib Tun
Razak namun beliau tidak memaafkan soal mengambil duit rakyat, merompak 1MDB
TRANSFORMASI PENDIDIKAN dan harta kerajaan. Hal itu terpulang kepada rakyat dan kerajaan sekarang untuk
menghukum.
Tema Hari Guru 2018 iaitu “Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan” membawa • Dua hari sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim keluar dari penjara, Syeikh Dr. Yusuf al-
pengertian bahawa guru sebagai barisan Qardawi menghubunginya dan berpesan “Zaman ini atau tahun kebelakangan ini
hadapan yang memainkan peranan penting sudah gelap bagi umat Islam tapi saya lihat ada cahaya meneranginya di Malaysia.
dalam melaksanakan pendidikan negara. Jagalah baik-baik, peganglah amanah ini, peliharalah jangan ia gagal seperti apa
Sebagai agen perubahan, guru mampu yang berlaku di negara-negara lain.” Hal ini merupakan satu tugas dan tanggungjawab
membawa pembangunan pendidikan kita bersama untuk mempastikan kerajaan PH berjaya mentadbir dan mengharapkan
negara kepada tahap yang lebih cemerlang. supaya transisi untuk menyerahkan amanah akan terus terjamin, aman dan tenteram
Transformasi membawa maksud melakukan tanpa gejolak yang melukakan.”
perubahan terhadap sifat, tingkahlaku,
akhlak, pengetahuan, pandangan dan Dalam program yang sama, Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan tazkirah.
sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik Berikut adalah intipati tazkirah tersebut.
dan sempurna. Para pelajar dididik supaya
berakhlak, bermoral dan mengamalkan • Al-Quran diturunkan untuk memperbaiki manusia dari sudut akhlak dan sistem nilai. Hal
budaya nilai-nilai murni. Dalam hal yang utama untuk manusia itu adalah pembaikan akhlaknya, justeru Rasullullah SAW
ini Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) diutuskan bagi tujuan menyempurnakan akhlak manusia. Prof. Dr. Ahmad Ar-Raisuni
mengetengahkan falsafah pendidikan Al- (pakar maqasid syariah) menyebut “Peri pentingnya akhlak dalam penyempurnaan
Hikmah kepada sekolah-sekolah di bawah manusia sehingga lima perkara asas di dalam pemeliharaan maqasid syariah (memelihara
naungan YTP dan seterusnya kepada agama, jiwa, akal, keturunan dan harta) menjadi enam iaitu penyempurnaan akhlak.”
masyarakat untuk menerapkan nilai-nilai
murni berasaskan ciri-ciri yang terkandung • Bila berbicara soal akhlak, Dato’ Dr. Siddiq teringat satu puisi sasterawan Indonesia,
dalamAl-Quran Surah Luqmqn: ayat 12 – 19. “Aku mahu menjadi anak Indonesia namun di negeriku, langit akhlak sudah runtuh, di
Daripada ayat-ayat ini terdapat 14 elemen dalam kitab masih ada istilah akhlak tetapi realitinya di negeriku sudah mati.”
penting yang boleh dijadikan asas dalam
pengajaran di antaranya kebijaksanaan, • Menurut Prof. Dr. Ahmad Ar-Raisuni, jika boleh menambah akhlak dalam senarai
syukur, kasih sayang, tauhid, keadilan, keutamaan, maqasid syariah katanya mungkin ingin ditambah satu lagi objektif syariah
berbakti kepada ibubapa, ilmu, ikhlas, sabar iaitu keadilan. Semua para rasul diutuskan untuk memperteguhkan amalan keadilan
akhlak dan sebagainya. Melalui pendekatan maka keadilan menjadi sebahagian penting dalam seluruh kehidupan. Keadilan itu ialah
ini, Insya Allah kemenjadian pelajar yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia seperti juga akhlak di Indonesia, dalam kitab
kita harapkan akan mencapai ke tahap masih ada istilah keadilan tetapi realiti dalam masyarakat ini amalan keadilan sudah
yang lebih sempurna. jarang kedengaran khususnya dalam politik. Politik hari ini bukan politik “boleh buat apa
sahaja”, tetapi yang diamalkan adalah politik “dia orang siapa?”.
Sempena Hari Guru tahun ini, ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada • Khalifah Umar Al-Khatab sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, beliau menemui Imam
semua guru khususnya guru TASKI, Hasan Al-Basri untuk memintanya menulis tentang imam yang adil untuk dijadikan
TAHFIZ, SERI dan SEMI walau di mana panduan.
mereka berada, yang telah berjaya memberi
sentuhan kejayaan kepada kemenjadian • Dalam sejarah Melayu Tun Sri Lanang sudah menyedari persoalan keadilan ini pada
murid. tahun 1500an. Beliau ingin menjelaskan bahawa setiap kezaliman oleh pihak berkuasa
akan berakhir dengan kemusnahan. Beliau mengambil dua contoh peristiwa iaitu anak
“SELAMAT HARI GURU” raja Melaka yang membunuh rakyatnya hanya kerana bola sepak raga yang disepaknya
terkena destar anak raja sehingga membuatkan anak raja terjatuh. Atas kemarahannya,
Hj. Samian Mohd Ali putera raja tersebut yang merupakan bakal raja telah menikam dan membunuh dengan
kerisnya. “Bumi Melaka menolak pemimpin yang zalim” sehingga raja menarik balik
cadangan untuk melantik puteranya sebagai pengganti raja.
• Peristiwa ke dua ialah Singapura dilanggar todak, ianya gara-gara raja zalim dalam
melaksanakan hukuman bunuh terhadap Tun Jana Katib yang kesalahannya tidak
seberapa. Tun Jana Katib hanya mempamerkan kepandaian sihirnya membelah batang
pinang kepada puteri raja, tetapi raja telah menjatuhkan hukuman mati (yang tidak
setimpal).
Laporan : Nur Jannah Keman
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
JEJAK AL-HIKMAH KE TURKI
Bahagian Sekolah & Akademik, Yayasan Takmir Pendidikan
telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke bumi yang
terletak di dua benua Eropah dan Asia iaitu Turki pada 8-17
April 2018. Jejak Hikmah ini terdiri daripada 18 orang yang
diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud dan Pn. Nur
Jannah Keman. Ahli rombongan yang lain ialah Pengetua dan
Guru Besar SERI/SEMI, pelajar–pelajar SEMI Seremban,
Sg, Ramal dan Johor Bahru. Guru dan ibu bapa juga turut
mengikuti Jejak Hikmah ini.
Lawatan utama Jejak Hikmah kali ini adalah ke Sekolah
Antarabangsa Imam Hatip (Imam Hatip International School,
Fatih) di Istanbul. Rombongan ini telah disambut dan diberi
taklimat oleh Pegawai Agama (Kementerian Agama Islam)
dan Pengetua sekolah tersebut. Sekolah ini telah didirikan
sejak tahun 1973 dan visinya adalah untuk membina masa
depan pewaris anbiya dan mendidik pemuda-pemuda soleh bagi persiapan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang bersifat
ummatik dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh Turki dan negara luar seperti bidang politik, perubatan, pengajian Islam, sains sosial,
tahfiz Quran dan lain-lain lagi. Bahasa penghantar adalah Bahasa Turki, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Lawatan ini dapat membina
jalinan perhubungan bersama dengan guru-guru dan sebahagian daripada pelajar-pelajar seramai 350 orang sekolah menengah dari 57
buah negara di samping melihat PdP di dalam kelas serta persembahan daripada kedua belah pihak. Sekolah ini juga menawarkan kepada
Yayasan Takmir Pendidikan untuk menghantar pelajar ke sekolah ini mengikut kriteria yang ditetapkan melalui permohonan dan pemilihan
daripada Kementerian Agama (Kementerian Pelajaran), Istanbul dengan tawaran biasiswa oleh kerajaan Turki.
Lawatan kedua adalah untuk mengenali dan mendekati kegiatan dakwah Hayrat Foundation. Sdr UmitAfazlan selaku Pegawai Perhubungan
Luar (Hayrat International Student Association) mewakili ketuanya menerangkan secara menyeluruh tentang peranan dan aktiviti Hayrat
Foundation. Lebih dari 1000 buah madrasah bergerak aktif di Turki dan 2000 buah lagi di 30 buah negara untuk mengajar Al-Quran, risalah
An-Nur, hafazan Quran dan lain-lain untuk pelbagai peringkat umur dan gender.
Kami juga dapat melihat bangunan megah dengan seni bina menarik,reka bentuk seni artistik berkualiti tinggi dan keunikan masjid-masjid
seperti Blue Mosque (masjid Sultan Ahmed), Masjid Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman, Green Mosque dan Grand Mosque (masjid
Besar Bursa/Ulu Cami) serta perkuburan Sultan-sultan dan ahli keluarganya.
Turki sangat terkenal dalam menyimpan khazanah
Islam dan ketamadunnanya. Jutaan pelancong dari
dalam dan luar negara terutama di musim bunga
datang melawat. Limpahan manusia membanjiri
tempat-tempat pelancongan seperti Topkapi Palace,
Aya Shophia, Salt Lake dan pusat membeli belah di
Spice market dan Grand Bazaar serta peninggalan
kesan sejarah Kota Rom seperti Hierapolis, Ephesus,
Hippadrome, Seven Sleepers Cave dan lain-lain lagi.
Kami juga dapat melihat keindahan alam ciptaan
Tuhan yang agak luar biasa sepanjang perjalanan
dari Istanbul-Bursa- Kusadasi-Pamukkale-Konya-
Cappadocia-Ankara-Bolu-Doha. Warisan seni bina
Dinasti Seljuk yang kuasanya termasuk Iraq, Iran,
Kirman dan Syria memancarkan kemegahan dan estetika. Dinasti Islam di Turki terkenal kerana karyanya sangat hebat dalam bidang
senibina bangunan, tanaman anggur, buah tin serta keindahan pemandangan Selat Bosphorus.
Kami juga dapat menziarahi makam Ahmad Amar b. Ahmad Azam (aspirasi kebangkitan para pemuda berjiwa Sultan Muhammad Al-
Fateh) dan Ayub Mosque. Turki juga terkenal dengan hasil seni kraf tangan. Kami dibawa ke tempat pembuatan permaidani, barangan kulit
dan pasu di Handmade Poltery & Carpet Showroom, Pasabag Velly dan pakaian kulit.
Laporan : Nur Jannah Keman
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
KURSUS KEWANGAN SIRI 1 TAHUN 2018
Kursus Pengurusan Kewangan YTP telah
diadakan pada 14 – 15 Mei 2018 di Dewan
Seminar YT-Taski, Seksyen 7, Bandar Baru
Bangi. Seramai 18 orang peserta telah
menghadiri kursus ini terdiri daripada staf
kewangan SERI/ SEMI seluruh negara dan
Tahfiz Bangi. Objektif kursus ini ialah untuk
memberi pengetahuan dan kemahiran supaya
mereka dapat menyediakan akaun sekolah
dengan sempurna serta meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan kewangan.
Antara kandungan kursus ialah Pengenalan
Kepada Perakaunan Serta Klasifikasi dan
Persamaan Akaun disampaikan oleh Puan Hjh Ruzilawati Rasidi. Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat dan Buku Catatan
Pertama oleh Puan Nurul Syazwani Rasdi. Lejar dan Imbangan Duga disampaikan oleh Puan Nur Atikah. Para peserta diberi pendedahan
untuk menyediakan Penyata Akaun menggunakan “Sistem Perakaunan Komputer” oleh Puan Hjh Ruzilawati Rasidi. Kursus tersebut
diakhiri dengan ujian bertulis untuk menetukan tahap kefahaman dalam Sistem Perakaunan Dan Pengurusan Kewangan.
Laporan : Noraila Abd Rahman
PROGRAM RETREAT YAYASAN TAKMIR KE SABAH
YTP SUDAH
BERPINDAH
Yayasan Takmir Pendidikan telah
berpindah dan beroperasi di pejabat
baru mulai 15 Mei 2018 beralamat:
No. 21, Jalan 7/1B,
Seksyen 7, 43650 Bandar
Baru Bangi, Selangor
Darul Ehsan.
Talian telefon dan faksimili masih Retreat Yayasan Takmir Pendidikan telah diadakan pada 01–03 April 2018 di Sabah selama
menggunakan nombor yang sama. 3 hari 2 malam. Seramai 18 orang staf YTP menyertai retreat ini. Antara tempat menarik
sepanjang program ialah melawat ternakan susu “Desa Dairy Farm” di Kundasang, melawat
Dengan perpindahan ini Pejabat YTP ikan ‘Tagal’, Ladang Teh Sabah, Kolam Air Panas “Hot Spring Poring”, ‘Rumah Terbalik’ di
dan YTP – Taski adalah dalam lokasi Tamparuli dan Kinabalu Park. Selain itu, perjumpaan YTP Pusat dengan JK YTPN Sabah
yang sama dan memudahkan semua dan melawat taski-taski di bawah naungan YTP di sekitar Kota Kinabalu.
urusan organisasi. Antara kemudahan
di pejabat baru ini ialah Hostel YTP Kami juga berkesempatan melawat kubur Allahyarham Ustaz Mohd Radzi Md. Ali (Pengarah
(dikenali sebagai Mabit YTP), jualan JAKIM Sabah dan juga aktivis ABIM) yang meninggal dunia pada 24 Mac 2018.
buku YTP, bilik seminar, bilik mesyuarat
dan bilik perbincangan. Laporan : Noraila Abd. Rahman
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
PEMBENTANGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (LI) USIM
Program Latihan Industri siswa
Universiti Sains Islam Malaysia
telah berlangsung selama 4 bulan
bermula pada 12 Februari 2018
sehingga 1 Jun 2018. Siswa yang
terlibat ialah Muhammad Afif Rahimi
Bin Rosli, Muhammad Nadhir Bin
Mad Jamil, Nur Farahin Binti Mohd
Hanapi dan Tuan Syahira Binti Tuan
Zambri. Ke semua siswa tersebut
mengambil jurusan Dakwah Dan
Pengurusan Islam. Mereka telah
membentangkan laporan latihan
kepada Dr. Latifah Binti Abdul Latiff
selaku penyelia dari USIM. Turut
hadir dalam pembentangan ini ialah
Tn Hj. Abd. Rahman Yasin (Ketua
Pengarah YTP), Tn. Hj. Samian b.
Mohd Ali (Timb. Ketua Pengarah)
serta Hjh. Pn. Rohana Kamaruddin
(Pengarah ALKP).
Mereka telah membentangkan laporan latihan dengan cemerlang dan mengupas secara menyeluruh dapatan latihan selama 4 bulan di
Yayasan Takmir Pendidikan. Program latihan industri ini dilakukan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti dari segi gerak
kerja serta mendedahkan mereka kepada alam pekerjaan yang sebenar. Muhammad Afif Rahimi telah diserap menjadi staf YTP mulai 2
Julai 2018 untuk membantu mengurus institusi kelas Tahfiz di bawah seliaan YTP dan mengurus asrama.
KURSUS PEDAGOGI GURU NARATHIWAT FASA 1 Laporan : Muhammad Afif Rahimi Rosli
PROGRAM JARINGAN YTP
Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Ketua Editor
Hj. Samian Mohd Ali
Dengan kerjasama kumpulan usrah Anjung Rahmat, Yayasan Takmir Pendidikan telah Editor Kerja
menganjurkan Kursus Pedagogi Guru Narathiwat di bilik mesyuarat Anjung Rahmat, Sg. Hjh. Nur Jannah Keman
Merab, Selangor. Kursus ini berjalan selama 5 hari bermula 7 hingga 11 Mei 2018. Seramai 9
warga pendidik telah hadir. Antara objektif kursus adalah memberi asas kurikulum, pedagogi Suhaili Husin
dan pentaksiran dalam pendidikan, merancang pengajaran harian selari dengan Falsafah Khairani Thanin
Pendidikan Al-Hikmah, memberi pendedahan sistem pendidikan di sekolah ABIM dan Tahfiz Noraila Abd. Rahman
YTP dan perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan antara Narathiwat dan YTP. Mohd Fitri Amir Shoodi
Nur Sahirah Zulkifli
Kursus ini telah memberi pengetahuan dan pendedahan yang positif kepada peserta yang Muhammad Afif Rahimi Rosli
hadir. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
Susunatur Grafik
Laporan : Mohd Fitri Amir Shoodi Khairul Anuar Mohd Ariffin
Penerbit
Yayasan Takmir Pendidikan
No. 21 Jalan 7/1B,
Seksyen 7 Bdr. Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi
Emel: [email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Fax: 03-89201788
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
PERISTIWA
PELAJAR SRI SEREMBAN KE FESTIVAL NASYID SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SERI SG. RAMAL KAJANG
PERINGKAT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (15 MEI 2018 - DEWAN KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG)
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 12
(6-9 JULAI 2018 - KAMPUS UNIMAP PERLIS)
BENGKEL PERMURNIAN SOALAN SPRA HARI MUZAKARAH IBUBAPA DAN GURU
(23-26 APRIL 2018 - KK HOTEL, KAJANG) (7 JULAI 2018 - SERI SG. RAMAL KAJANG)
MESYUARAT POST MORTEM IHTIFAL JAMUAN HARI RAYA YAYASAN TAKMIR PUSAT
( 2 MEI 2018 - KK HOTEL, KAJANG) (6 JULAI 2018 - DEWAN SEMINAR YTP)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN WORLD QURAN HOUR 1439H
(7 JUN 2018 - SERI ALOR SETAR, KEDAH)
TAHNIAH KEPADA PELAJAR SERI AL-UMMAH MANJUNG YANG MENYERTAI IHTIFAL KAFA KELOMPOK 2
(13 APRIL 2018)
PROGRAM IKTIKAF BULANAN MURID SIRI 2 PROGRAM QURAN HOUR
(6-7 JULAI 2018 - SRI SEREMBAN) (7 JUN 2018 - SERI INDERA MAHKOTA, PAHANG)
Unik, Cemerlang & Terbilang 7
YT-TASKI MELAWAT KE TASKA DZUL IMAN
Pada tarikh 25 April 2018 (Rabu), Yayasan Takmir-TASKI
telah mengadakan lawatan ke Taska Dzul Iman sebagai
rakan strategik ke arah program pendidikan pra sekolah
yang lebih cemerlang. Penyertaan terdiri daripada 8
orang iaitu Ustazah Wan Ruhayah binti Wan Yaacob,
Pn. Khairani binti Thanin, Pn. Noor Khamsilawaty binti
Sapalie, Cik Nur Sahirah binti Zulkifli (YTP-TASKI), Pn.
Zuraidah bt Zubir (Penyelia TASKI Bangi), Pn. Marzidah
bt Abd. Malek (Penyelia TASKI Klang), Pn. Nor Hidayah
bt Sumairi (Pengusaha Rakan TASKI Shah Alam) dan Pn.
Zakiyah bt Samsuri (Pengusaha Rakan TASKI Semenyih
Parklands). Hasil daripada lawatan, kami mengadakan
perbincangan dan mendapatkan maklum balas amalan-
amalan terbaik untuk dimanfaatkan bersama.
Laporan : Khairani Thanin
KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM TASKI NEGERI PERAK
Dalam usaha memantapkan pelaksanaan kurikulum di TASKI, beberapa siri kursus telah dianjurkan oleh YTP-TASKI. Kesinambungan
daripada kursus di Kelantan dan Sarawak, YTP-TASKI telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kurikulum TASKI di negeri Perak
selama 3 hari bermula 13 hingga 15 April 2018 yang telah berlangsung di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah
Chemor, Perak. Seramai 63 orang peserta dalam kalangan guru TASKI telah hadir dan fokus kursus adalah berkaitan dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (Panduan Pelaksanaan di TASKI), Pendekatan Pengajaran dan Pedagogi Abad ke 21 dan Pendedahan
pendidikan Alam Sekitar di peringkat TASKI. Penceramah yang terlibat ialah Dr. Saayah Abu (Pensyarah IPG Kampus Bangi), Pn. Hjh.
Rohana Kamaruddin (Pengarah ALKP) dan Pn. Hjh. Wan Ruhayah Wan Yaacob (Pengarah Akademik YTP).
Laporan : Noor Khamsilawaty
PENAZIRAN TASKI SABAH
Pada 2-3 April 2018, seluruh warga YTP telah mengadakan
Program Retreat Staf ke Sabah dan pada masa yang sama,
YTP-TASKI telah melaksanakan penaziran ke beberapa
buah TASKI di sekitar kota Kinabalu. TASKI yang sempat
dilawati ialah TASKI Taman Cerah, TASKI Taman Sinar
Jaya Tuaran, TASKI Nurul Islam Sembulan dan TASKI
Seri Bestari Putatan. Staf YTP-TASKI yang terlibat dalam
penaziran ini ialah Pn. Wan Ruhayah Wan Yaacob, Pn. Noor
Khamsilawaty Sapalie dan Cik Nur Sahirah Zulkifli. Hasil
daripada penaziran ini, beberapa dapatan semasa telah
dikumpulkan untuk rujukan dan kajian bagi peningkatan
dalam hal pentadbiran dan pengurusan TASKI.
Laporan : Nur Sahirah Zulkifli
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
Mengenali Sekolah
KELAS TAHFIZ UMMAH BANDAR BARU BANGI
KELAS TAHFIZ UMMAH (KTU) telah ditubuhkan pada tahun 1985
di kampung Teras Jernang Kajang Selangor, sebagai salah satu
alternatif pelajaran Agama dan Al-Qur’an yang lengkap bagi pelajar
7-12 tahun. Penubuhan KTU ini adalah atas idea Prof.Madya Dr.Abdul
Halim Muhammad (Ketua Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah Fakulti
Pengajian Islam UKM ketika itu, dan kini beliau adalah seorang aktivis
WADAH).
Program pendidikan ini telah bermula di rumah Prof Madya Dr Abdul
Halim dengan seorang tenaga pengajar dan 10 orang pelajar dari
pelbagai peringkat umur. Program ini memberi penekanan khusus
kepada Konsep 5M di dalam mempelajari Al-Qur’an iaitu Membaca,
Menghafal, Menulis, Memahami dan Menghayati, di samping
mempelajari ilmu-ilmu asas Fardu Ain yang lain termasuk pendidikan
Teras Islam, Bahasa Arab,Tafsir, Hadith, Sirah dan sebagainya.
Pada tahun 1989 Kelas Tahfiz ini mula berkembang ke Bandar Baru
Bangi. Pada waktu itu Kelas Tahfiz hanya mempunyai dua pusat
pengajian sahaja, iaitu di Kg Teras jernang (Tahfiz Raudhah) dan di Jalan 2/2, Bandar Baru Bangi (Tahfiz Damai). Pada tahun
1991 Kelas Tahfiz Al-Madani di buka, di seksyen 3. Pada tahun 1992 Kelas Tahfiz di buka lagi di seksyen satu (Tahfiz An Nur).
Program pendidikan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Bandar Baru Bangi. Pada tahun 1998,
urusan Tahfiz diserahkan kepada pengurusan Syarikat Tafhim Sdn. Bhd. dan Kelas Tahfiz ini telah di tukar nama daripada Kelas
Tahfiz ABIM kepada Kelas Tahfiz Ummah (KTU). Sejak itu pengembangan KTU bertambah maju sehingga sekarang, kini KTU telah
mempunyai 13 pusat pengajian di seluruh B.B. Bangi dengan bilangan murid terkini seramai 2300 orang, mempunyai 89 orang guru
dan kakitangan.
Kini KTU sudah menjangkau usianya melebihi sepertiga abad (33 tahun). Sejak penubuhannya
KTU mengalami banyak kemajuan dari segi Akademik, Ko-kurikulum dan pembangunan fizikalnya.
Dari segi Akademik pada peringkat awalnya, kurikulum dan buku teks kebanyakannya dalam bentuk
helaian nota dan photocopy, manakala sekarang ini semua bahan pengajaran dan pembelajaran,
dalam bentuk buku yang lengkap dan sempurna. Begitu juga dari segi Aktiviti Ko-Kurikulum dan
prasarana KTU telah mengalami pengembangan yang lebih baik.
Pencapaian pelajar-pelajar kelas Tahfiz dalam peperiksaan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA)
anjuran Jabatan Agama Islam Selangor sejak tahun 1992 hingga sekarang, amat menggalakkan
dan sentiasa cemerlang iaitu antara 85% ke 97% (peratus kelulusan setiap tahun). Alhamdulillah
dengan kerjasama semua pihak, program Tahfiz Ummah tersebut berjalan lancar hingga ke hari
ini. Semua Tahfiz Ummah di bawah kelolaan ABIM Bangi, mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan dari masyarakat sekitar. Semoga usaha murni kita bersama akan berterusan dan
mudah mudahan mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah S.W.T.
Tahfiz Ummah Damai pernah dinobatkan sebagai Sekolah Agama cemerlang PSRA peringkat negeri Selangor oleh Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2010 & 2012. Tahfiz Ummah Damai juga di isytiharkan sebagai sekolah Agama cemerlang
peringkat daerah Hulu Langat 6 tahun berturut-turut dari tahun 2010 – 2015 dan tahun 2016 – 2017.
Pada tahun 2004 peperiksaan SPRA ABIM mula diperkenalkan oleh YTP dan KTU mula menduduki peperiksaan SPRA tersebut
dengan jumlah calon 216 orang murid dan mendapat kelulusan 100%. Sehingga kini KTU menunjukkan pencapaian yang cemerlang
didalam peperiksaan SPRA. Pencapaian 3 tahun terakhir 2015 - 2017 ialah 90% - 97% lulus. Beberapa pusat Tahfiz yang mendapat
keputusan 100% ialah Tahfiz Al-Abrar, Al-Amirin, Al-Ehsan, Al-Hasanah, Ar-Raudhah, Al-Kauthar, Damai dan Al-Madani. Manakala
Tahfiz Ummah Al-Abrar telah dianugerahi sebagai Tahfiz terbaik SPRA tahun 2015 & 2016 oleh YTP di Majlis Konvokesyen ke 8, di
Hotel Putra Jaya Bandar Baru Bangi, pada Ogos 2017.
Laporan : Ustaz Md. Azid
Unik, Cemerlang & Terbilang 9
PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2018
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Kita memohon taufiq
dan ‘inayah dari Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya kepada kita
semua, bagi meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak bangsa ke arah meninggikan
martabat insan sebagai makhluk Allah yang bersyukur. Selawat dan salam ditujukan kepada
Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Semoga semuanya sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi penghargaan dan “Selamat Hari Guru”
khas ditujukan kepada guru-guru di bawah naungan Yayasan Takmir Pendidikan atas segala
curahan ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tahun. Semoga Allah s.w.t mengurniakan
mereka sebaik-baik ganjaran atas segala jasa baik yang diberikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Pusat Pendidikan secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar untuk
menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi. Ia juga
menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi
sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi
mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu menjadi agenda utama dalam pembangunan
negara, pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar pembangunan sekolah dan mencorakkan
peranan dan tanggungjawab guru.
Pendidikan Al-Hikmah adalah suatu lontaran idea penjenamaan sistem pendidikan alternatif keislaman. Al-hikmah adalah kata yang cukup
inspiring, padat dengan makna, sarat dengan nilai. Sehubungan itu, usaha-usaha untuk memahamkan Falsafah Pendidikan Al Hikmah
wajar diketengahkan kepada masyarakat dan menjadikannya sebagai pilihan terbaik bagi merealisasikan impian murni. Salah satu aspek
penting untuk mempastikan kesinambungan Pendidikan Al Hikmah di kalangan generasi muda ialah aspek latihan. Oleh itu sistem latihan
dan kursus perguruan wajarlah diorientasi semula supaya selari dan serasi dengan matlamat dan kehendak Pendidikan Al-Hikmah.
Sesungguhnya Pendidikan Al-Hikmah ini menekankan aspek pembentukan generasi muda yang berwatak, bercirikan `sistem nilai`, dan
`keupayaan berfikir aras tinggi`.
Pendidikan Al Hikmah yang diketengahkan berasaskan ciri-ciri yang terkandung dalam surah Luqman: ayat 12–19 untuk kemenjadian
pelajar yang kita harapkan. Segala aktiviti Pusat Pendidikan selepas ini akan berteraskan kepada Falsafah ini. Semua perkara dalam
pengurusan, kurikulum dan ko-kurikulum akan berteraskan kepada Pendidikan Al Hikmah. Sukatan keAbiman, program kaderisasi dan
aktiviti inovasi akan menjurus dan memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Al Hikmah.
Guru-guru juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap perkembangan akhlak dalam kalangan murid dan pelajar. Pengaruh ini
diterapkan dalam peranan guru sebagai ‘role model’, muaddib, murabbi dan muallim. Guru juga merupakan pendukung aspirasi membentuk
modal insan yang holistik. Guru bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang tetapi lebih utama membimbing generasi bersahsiah mulia.
Masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran, menghayati nilai murni dan memenuhi cita
rasa bangsa dan negara. Justeru itu, guru perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi dalam pembentukan sahsiah pelajar.
(bersambung ke mukasurat 11
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
(sambungan dari mukasurat 10) LANTIKAN MUDIR BARU
SERI INDERA MAHKOTA PAHANG
Kesepaduan antara kemahiran keilmuan
dengan keluhuran peribadi adalah Seri Indera Mahkota telah mendapat lantikan mudir yang baru pada 1 Jun 2018, iaitu Tuan
kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh Haji Yazit b. Kechik.
dipisahkan, sebaliknya menjadi contoh
yang berkesan.
Pihak pusat pendidikan dan guru perlu Kelahiran dan Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam Dilahirkan di Kampung Tanjung Medang, Pekan,
pembangunan nilai pelajar. Kepelbagaian Pahang pada 14 April 1958. Mendapat pendidikan awal
jenis dan budaya pusat pendidikan dari Sekolah Kebangsaan Kampung Tanjung Medang,
yang wujud haruslah menekankan ke Pekan dan menyambung pendidikan menengah di
arah pembentukan nilai murni pelajar. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah,
Guru yang mengajar dari pelbagai mata Pekan Pahang. Pada tahun 1972 beliau berpindah
pelajaran, pengalaman mengajar dan ke Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Ketapang,
personaliti guru haruslah berperanan untuk Pekan dan akhirnya menyambung pendidikan agama
memberi kesedaran tentang nilai dan moral di Kolej Islam Kelang. Beliau merupakan seorang
kepada pelajar dalam proses pengajaran pelajar Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir di dalam
dan pembelajaran mereka. Hasil dari bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Setelah
keprihatinan terhadap penanaman nilai dan tamat pengajian dalam bidang Bahasa Arab, beliau
moral akan memberi kesan yang positif menyambungkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Lembah
dalam pembangunan nilai pelajar. Pantai, Kuala Lumpur. Haji Yazit juga memiliki Sarjana dalam bidang Bahasa Arab di
Universiti Malaya.
Fajar baru yang menjanjikan sejuta harapan
kepada semua rakyat Malaysia, dengan Kerjaya dan Sumbangan
perubahan iklim politik yang baru kita kecapi Beliau mula bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Kolej Islam Kelang
haruslah diisi dengan tekad baru. Kita harus pada tahun 1987 hingga 1994. Pada tahun 1995 beliau di tukarkan ke Kementerian Pelajaran
berubah kepada suasana dan persekitaran Malaysia sebagai Penolong Pengarah Kurikulum Bahasa Arab. Setelah 3 tahun berkhidmat
yang lebih positif dari segi berfikir, tindak beliau ditukarkan ke Jabatan Pendidikan Islam dan Moral sebagai Penolong Pengarah Unit
tanduk, sikap dan kesedaran menyeluruh Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Kementerian Pelajaran Malaysia. Di Kaherah,
untuk memartabatkan anak bangsa ke arah Mesir, beliau telah di tempatkan di Jabatan Penuntut Malaysia sebagai Pegawai Atase
masa depan yang lebih gemilang. Ayuh kita Pendidikan. Beliau berkhidmat di luar negara selama 3 tahun. Banyak pengalaman dan
berganding bahu, menggembleng tenaga kenangan yang tidak dapat dilupakan di tempat orang. Setelah pulang dari berkhidmat di
dan mengorak langkah menghadapi masa Mesir, beliau ditempatkan pula di Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Pendidikan
depan yang lebih mencabar untuk membina Islam sebagai Ketua Unit Dasar dan Pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
nusa bangsa dan negara yang akan selama 4 tahun. Beliau telah di naikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam
menyinari hidup masa depan yang harmoni. di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) selama 1 tahun dan diarahkan berpindah ke
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dengan menyandang jawatan yang sama. Di
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA sinilah tempat terakhir beliau berkhidmat sebagai penjawat awam. Beliau telah bersara
GURU-GURU. SAYA BANGGA MENJADI pada 12 April 2018. Setelah bersara beliau telah ditawarkan untuk menjadi Mudir di Sekolah
Rendah Islam Indera Mahkota dan mula bertugas pada 1 Jun 2018. Warga SRIIM sangat
GURU!! gembira dengan kehadiran mudir baru, setelah setahun tidak mempunyai mudir.
Wabillahi taufiq walhidayah. Anugerah dan Penghargaan
Wasssalamualaikum wbt. Semasa bertugas di sektor awam, beberapa anugerah dan penghargaan yang telah diterima.
Anugerah terbesar yang telah diterima oleh beliau ialah Ahli Mahkota Pahang (AMP) yang
HJ. ABD RAHMAN B. MOHD YASIN telah dianugerahkan oleh Sultan Pahang pada tahun 2004. Banyak lagi anugerah lain yang
Ketua Pengarah telah diterima, antaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001, Anugerah Kualiti
Yayasan Takmir Pendidikan JAPIM 2001, Anugerah Kualiti Sebagai Tokoh Kualiti BPIM 2003, Anugerah Kualiti JAPIM
14 Mei 2018/ 28 Syaaban 1439H 2003, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2017.
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
SAMBUTAN HARI GURU DI SERI AL-UMMAH TAIPING
Sambutan Hari Guru SERI Taiping telah diadakan pada 16 Mei 2018. Aturcara diisi dengan doa pembuka, ucapan ketua murid, Muhd.
Faizi b. Mohd. Rizal serta ucapan daripada Guru Besar, Tn. Hj. Abd. Hamid bin Ali. Sambutan ini diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu
patriotik dan lagu “Kami Guru Malaysia” oleh semua guru. Agenda berikutnya diisi dengan bacaan dan penghayatan Al-Quran daripada Nur
Iman Jannah bt. Mohd. Bakri. Kemudian, majlis disusuli dengan persembahan murid tahun 1 dan 2 yang membuat gimik dengan nyanyian
“Guruku Tersayang”.
Permainan Bola Jaring dilaksanakan untuk guru perempuan manakala Ping-pong untuk guru lelaki. Lembaga Pengawas dan Disiplin
melaksanakan acara kutip kacang tanah diikuti acara Bola Beracun yang disediakan oleh Pengawas Perpustakaan. Murid tahun 6 juga
menyediakan acara belon beracun untuk para guru.
Sesi penyampaian hadiah dimulakan dengan
sesi pertukaran hadiah, seterusnya penyampaian
hadiah sesi permainan dan yang terpenting adalah
penyampaian anugerah. Anugerah ini bukan untuk
dijulang, tetapi hasratnya adalah untuk memberi
penghargaan kepada guru-guru yang telah memberi
khidmat yang berteraskan kategori yang ditetapkan.
Anugerah ini diberi berdasarkan undian daripada
semua murid SERI Taiping yang diadakan pada
Selasa, 15 Mei 2018.
Laporan : Web Seri Al-Ummah Taiping
Buku Terbitan Baru! Sesuai untuk
semua ahli jamaah dan wajib dimiliki
oleh setiap pusat pendidikan YTP
Lestari Kepimpinan
Gerakan ABIM: Antara
Idealis dan Realis ini menjadi
penting kerana melaluinya
pembaca memperoleh
maklumat secara terus
mengenai ketokohan insan
istimewa yang terpilih sebagai
Presiden ABIM, pandangan dan
idea, pendekatan dan pencetus
perubahan, kebijaksanaan
dalam memilih formula
mengatasi krisis manusia
yang berlaku dan diamalkan
dalam sistem organisasi ABIM
sehingga pelestariannya dapat
dipertahankan, dan yang
terakhir tentang bagaimana keterlibatan ABIM dalam mewarnai
sosiopolitik negara sehingga dengannya ABIM terus berkembang
dalam memainkan peranan sebagai jurubicara umat. Justeru,
peranan setiap Presiden dan legasinya menjadi sangat penting
untuk dikongsi bersama pembaca terutama para pejuang dakwah,
pemimpin masyarakat dan seluruh pembaca.
Harga: RM45 (kulit tebal) RM35 (kulit nipis)
Boleh dipesan melalui YTP Pusat
di talian 03-89265853/03-89202308.
12 Unik, Cemerlang & Terbilang