The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-18 06:48:28

Memorandum Hijrah 1437

Memorandum Hijrah 1437

DIKEMUKAKAN OLEH WADAH SABAH

MEMORANDUM HIJRAH 1437

Kandungan halaman

A MEMORANDUM PENDIDIKAN 2
A-1 Kursus Pandangan Alam Islam Perlu ditawarkan di Universiti Awam 3
A-2 Subjek Toleransi Agama perlu diajar pada peringkat Sekolah Menengah 4
A-3 Mewujudkan Fakulti Pengajian Islam di UMS 5
A-4 Mewujudkan Kolej Islam Sabah 6
A-5 Mewujudkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Cawangan Sabah 8
A-6 Penubuhan Sekolah Agama Negeri (SAN) di setiap Masjid 8
9
B MEMORANDUM DAKWAH 10
B-1 Penyediaan Dana Khas Dakwah untuk NGOs Islam 11
B-2 Penyediaan Dana Khas Penyelidikan Dakwah 11
B-3 Mewujudkan Kerusi Perbandingan Agama di UMS 12
B-4 Mewujudkan Kaunter Informasi Islam 12
B-5 Mewujudkan Pusat Kaunseling Islam 12
B-6 Memperluaskan liputan Siaran Radio IKIM.fm ke Seluruh Sabah 13
B-7 Memperhebatkan Pembelaan untuk Saudara Baru dan Asnaf Zakat 13
B-8 Mewujudkan Masjid Tour Guide 13
B-9 Mengadakan Bulan Dakwah secara tetap setiap tahun 13
B-10 Membangunkan Indeks dakwah 14
B-11 Memperkukuhkan hubungan/Jaringan Masjid-Masjid di seluruh negeri 14
B-12 Membangunkan Indeks Kefahaman Islam 14
14
C MEMORANDUM DASAR DAN POLISI AWAM 14
C-1 Dasar satu Surau/Masjid satu Taman Perumahan 15
C-2 Dasar Menaiktaraf semua Surau dipusat membeli belah dan kawasan Awam 15
C-3 Dasar larangan Majikan memaksa Pekerja Muslim bekerja di premis jualan haram/bertentangan syariat 15
C-4 Mewujudkan Galeri Tokoh,Ulama dan Ilmuan tempatan di setiap daerah untuk rujukan generasi Muda 16
16
D MEMORANDUM HUBUNGAN ISLAM SERANTAU 16
D-1 Memberi Bantuan Kemanusiaan 17
D-2 Mewujudkan hubungan Dakwah dan Pendidikan 17
18
E MEMORANDUM BELIA 18
E-1 Mewujudkan Insitut Kepimpinan Belia 18
E-2 Mewujudkan Indeks Pemikiran dan Kepimpinan Belia Islam
E-3 Mewujudkan Suasana Masjid mesra belia
E-4 Memantau Gejala Murtad dalam kalangan belia Islam.
E-5 Memantau Isu Perumahan Pelajar IPT

PENDAHULUAN

WADAH Sabah adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang serius
untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu dan
pencerdasan daya fikir. Untuk tujuan itu, salah satu pendekatan adalah
melalui penganjuran program keilmuan seperti Diskusi, Wacana,
Perbincangan, Bengkel, Seminar dan Forum. Melalui program keilmuan
berkenaan (2006-2015), sejumlah resolusi telah dikumpulkan dan diperhalusi

1|Halaman

rasionalnya. Sebahagian daripada resolusi berkenaan diangkat sebagai
Memorandum Hijrah 1437.

Memorandum Hijrah 1437 ini adalah suara hati nurani, pandangan ikhlas,
cita-cita dan citra umat Islam di Sabah yang kemukakan untuk tindakan
pihak pemerintah dan agensi berkaitan. Wadah Sabah berkeyakinan pihak
pemerintah dan agensi berkaitan sedar tentang amanah, tanggungjawab
kepemimpinan dan ibadah yang perlu diambil tindakan demi kepentingan
umat, perpaduan masyarakat dan keharmonian bersama merentas
agama, suku kaum dan budaya masyarakat di negeri Sabah.

Berikut adalah kandungan Memorandum Hijrah 1437:

A. MEMORANDUM PENDIDIKAN

WADAH Sabah yakin bahawa Pendidikan untuk generasi muda adalah
amat penting. Iaitu sejajar dengan tuntutan membina tamadun dan
kemajuan sejagat. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.” (FPN, 1988)

Sehubungan dengan itu, pembangunan pendidikan di Sabah juga perlu
mengambil kira latar belakang negeri Sabah yang istimewa. Iaitu merujuk
kepada negeri yang sangat plural (pelbagai) dan rencam kerana terdiri
daripada lebih 30 kumpulan etnik dan sub-etnik, menuturkan lebih 30
bahasa pertuturan, seterusnya menerbitkan kepelbagaian budaya, adat-
resam, agama dan taburan demografi. Dalam suasana yang plural ini,
agama Islam perlu dimartabatkan sebagai faktor pemersatu merentas ras
dan suku kaum. Khususnya pandangan Islam tentang toleransi beragama
(wasatiah), konsep kenal-mengenal (taaruf), konsep kebahagiaan dan
keharmonian (rahmah) dan konsep bernegara (fiqh ad-daulah).

2|Halaman

Oleh itu untuk melahirkan individu (masyarakat) yang beriman,
berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal soleh beberapa tindakan
segera perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan agensi berkaitan, iaitu:

A-1 Kursus Pandangan Alam Islam Perlu ditawarkan di Universiti Awam.

Pandangan Alam Islam ialah satu bidang ilmu yang berkaitan dengan
konsep-konsep asas pemikiran Islam seperti konsep Agama, konsep
keadilan, konsep ilmu, konsep kebudayaan, konsep tanggungjawab,
konsep akhlak, konsep perubahan, konsep pembangunan, konsep bahasa,
konsep akal, konsep sekularisme, dan bagaimana konsep-konsep asas ini
dikaitkan dengan kehidupan semasa.

Pandangan Alam ini memberi panduan dan pengetahuan yang jelas dan
tepat tentang ilmu dan amal, tentang kedudukan agama dalam diri,
konsep-konsep pembangunan, hubungan antara manusia, dan peranan
diri dalam pembinaan negara. WADAH Sabah yakin kefahaman yang
benar tentang Pandangan Alam Islam perlu ditekankan kepada generasi
muda agar mereka mempunyai kerangka pemikiran Islam yang betul
dalam “bersikap” dan dalam membuat tindakan. Sehubungan dengan itu,
WADAH Sabah mendapati Kursus Pandangan Alam Islam perlu ditawarkan
sebagai kursus wajib bagi pelajar-pelajar Islam yang mengikuti pengajian
tinggi peringkat Diploma dan Ijazah di Universiti Awam di Sabah. Dan boleh
juga ditawarkan sebagai kursus elektif untuk pelajar non-muslim agar
mereka juga mendapat ilmu yang benar tentang pandangan alam Islam.
Dan dalam masa yang sama dapat mengenali Islam dalam konteks yang
betul. Malahan lebih jauh dari itu, generasi muda umat Islam tidak akan
terkeliru dengan fahaman-fahaman yang salah dan tersasar dari Islam.
Jadual A-1 dibawah adalah cadangan kandungan silibus kursus
Pandangan Alam Islam.

Jadual A-1: Cadangan Kandungan Silibus Kursus Pandangan Alam Islam di IPT

Topik Huraian

Faham Agama Soal ketuhanan, tujuan hidup, sikap

terhadap agama, kesejahteraan hidup,

konsep ad-din.

Faham Keadilan Definisi keadilan dalam Islam, perbezaan

dengan definisi tamadun lain.

3|Halaman

Faham Ilmu Definisi ilmu, Budaya ilmu, Ilmu dari perspektif
Barat.
Faham Kebudayaan dan Perbandingan Islam dan Kebudayaan Barat,
kedudukan Agama Makna dan tujuan hidup menurut Islam dan
Barat.
Faham Makna perubahan, pembangunan dan
Perubahan,Pembangunan kemajuan menurut Islam. Perbandingan
dan kemajuan dengan konsep Barat.
Faham Sekular dan Makna Sekular, Sekularisasi dan Sekularisme.
Pensekularan Tentangan Islam terhadap faham secular
dan pensekularan

Cadangan Buku Rujukan:
[1] Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1995. Prolegomena to the Metaphysic of
Islam.ISTAC.Kuala Lumpur
[2] Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001. Risalah untuk Kaum Muslimin. ISTAC.
Kuala Lumpur.

Kursus merentas kurikulum ini bukan setakat bakal melahirkan graduan yang
cemerlang semata tetapi juga pentadbir yang adil dalam mengurus,
pendidik yang sadar tentang tanggungjawab kependidikan, saintis yang
responsif kepada tanggungjawab sosial dan kemanusiaan, teknokrat yang
tidak terpisah dengan hakikat ketuhanan dan para doktor yang insaf
dengan tanggungjawab dan mengakui keterbatasan akal.

A-2 Subjek Toleransi Agama Perlu diajar Pada Peringkat Sekolah Menengah

Subjek Toleransi Agama perlu dilaksanakan pada peringkat sekolah
menengah. Sasarannya adalah semua anak-anak yang belajar di
Menengah Atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam. Mata pelajaran
Toleransi Agama ini dianggap penting untuk menanamkan bibit-bibit saling
menghormati pelbagai agama dan kepercayaan dalam kalangan anak-
anak di Malaysia, khususnya di Sabah seawal peringkat sekolah menengah.
Sekaligus, mata pelajaran ini mampu menyumbang kepada proses
perpaduan nasional dan pembinaan Bangsa Malaysia dengan lebih konkrit
kerana didasarkan ilmu dan kefahaman yang benar. Bentuk pembelajaran
adalah dalam bentuk memahami aspek sejarah, budaya dan adat. Perlu
banyaklah pendidikan dalam bentuk amali, kerja amal untuk mengenali
kalangan yang pelbagai. Perlu melibatkan kerjasama ketua-ketua agama,
ketua-ketua kaum dan pejabat daerah, sekolah dan IPT. Disamping itu buku

4|Halaman

Dr. Siddiq Fadhil (2015) bertajuk “Islam dan Masyarakat Majmuk: Cabaran
Aktualisasi Rahmat Sejagat boleh dijadikan buku rujukan di samping karya-
karya yang lain. Melalui Mata pelajaran Toleransi Agama ini, bakal
melahirkan anak-anak yang saling mengenal, saling menghormati dan
memahami perbezaan dalam kepelbagaian agama. Mereka ini mudah
menyesuaikan diri dalam masyarakat plural dan mengurangkan stigma
kebencian dan salah faham yang berterusan dan melebar.

A-3 Mewujudkan Fakulti Pengajian Islam (FPI) di UMS

Fakulti Pengajian Islam (FPI) perlu dibangunkan segera khususnya di Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Kerana UMS adalah Universiti Awam yang terbesar
di negeri Sabah dan mempunyai pengalaman melahirkan ramai graduan,
mempunyai jaringan akademik pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa serta mempunyai infrastruktur yang baik. FPI ini sangat
penting bagi perkembangan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan
di negeri Sabah, Malaysia dan rantau Borneo secara keseluruhan. FPI UMS
ini akan menyantuni keistimewaan negeri Sabah, mengaplikasikan konsep
“Islam sebagai agama Rahmat Sarwa Alam” dengan mendidik,
membangun dan menyantuni aspek kehidupan secara menyeluruh dan
bersepadu merentasi perbezaan agama dan keturunan. Iaitu dengan
mengambil latar negeri Sabah yang plural budaya dan agama. FPI UMS
bakal melahirkan tenaga akademik pengajian Islam dalam pelbagai disiplin
dan menyumbang kepada melahirkan graduan pengajian Islam yang
dinamik. Bidang kajian yang boleh dilakukan di FPI UMS ini seperti Sejarah
dan kajian Masa depan, pengajian lapangan yang berkesan, mengenali
dan menyantuni pelbagai suku kaum, mengangkat Islam sebagai faktor
pemersatu, mengkaji peranan Islam dalam peradaban di Borneo,
Hubungan masyarakat merentas sempadan geografi, Undang-undang
dan adat Istiadat masyarakat Islam, mengkaji sumbangan tokoh tempatan
dalam peradaban di Borneo. Disamping melihat bidang-bidang baru
seperti sumbangan sains Alam Melayu dalam tamadun Islam. Dan
pandangan Alam Islam dan bidang-bidang ilmu thurat yang lain. Kesan
jangkapanjang FPI UMS ini, Sabah bakal menjadi salah satu hub pendidikan
Islam yang terkemuka di rantau sebelah sini. Yang paling penting, fakulti
Islam ini akan merapatkan hubungan silangan budaya-agama ini kepada
saling silang harmoni yang membawa kepada model kemajuan dan
pembangunan yang baik. FPI ini juga boleh menjadi pusat pengajian ilmu-

5|Halaman

ilmu Islam dalam rantau BIMP-EAGA. Pelajar-pelajar juga boleh meliputi
rantau BIMP-EAGA

Jadual: Cadangan Program Pengajian di Fakulti Pengajian Islam UMS.

Program Pengajian Matlamat umum

Ijazah Sarjana Muda Kemahiran professional dalam mengurus dan
Peradaban Islam dan mentadbir organisasi.

Alam Melayu

Ijazah Sarjana Muda Kemahiran dalam dakwah dan tarbiyah
Dakwah & Tarbiyah lapangan, Latihan sebagai petugas lapangan.
Lapangan (Outreach) Bakal guru dan imam dilapangan. Usahawan
lapangan
Ijazah Sarjana Muda Kemahiran dalam pendidikan Al-Quran dan As-
Pengajian Al-Quran Sunnah, bakal guru pendidikan Al-Quran dan As-
dan As-Sunnah Sunnah

Ijazah Sarjana Muda Kemahiran dalam ilmu perbandingan agama,
dalam Perbandingan latihan untuk kerja-kerja reach out. Petugas
Agama Dakwah lapangan. Penerangan tentang Islam
kepada golongan non-muslim
Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Bahasa Arab khusus untuk bakal
Sejarah dan pendidik dalam Bahasa Arab
Peradaban Islam

Ijazah Sarjana Muda Kemahiran dalam bidang usuluddin khusus untuk
Usuluddin bakal pendidik.

A-2 Mewujudkan Kolej Islam Sabah (KIS).

Untuk terus mendokong perkembangan pendidikan Islam pada peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah, pihak pemerintah wajar
mewujudkan segera Kolej Islam Sabah (KIS). Ada keperluan untuk pihak
kerajaan menyegerakan pembinaan KIS. Kolej ini boleh menampung
pelajar-pelajar lepasan SPM dan kelayakan setaraf yang ingin
menyambung dalam pengajian Islam pada peringkat Diploma. Iaitu untuk
mengisi keperluan melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai latar-
belakang pendidikan Islam separa professional dalam pentadbiran,
pengurusan, pendidikan, dakwah dan seumpamanya. Berikut adalah
beberapa cadangan:

6|Halaman

(1) Infrastruktur: Sebagai permulaan pihak kerajaan boleh menggunapakai
premis-premis kerajaan yang sedia ada seperti SMA Toh Puan Hajjah
Rahmah Kinarut dan lain-lain. Atau menaikkan taraf SMA Toh Puan Hajjah
Rahmah Kinarut menjadi KIS dan dalam masa yang sama mengekalkan
pendidikan peringkat menengah agama di situ.

(2) Program-program pengajian yang boleh ditawarkan dan sesuai dengan
latar negeri Sabah seperti Diploma Pentadbiran Islam, Diploma Dakwah
dan Tarbiyah Lapangan, Diploma Pengajian Al-Quran, Diploma dalam
Pebandingan Agama, Diploma Bahasa Arab, Diploma Usuluddin. Seperti
dalam Jadual di bawah.

Jadual A-1: Cadangan Program Pengajian di KIS

Program Matlamat umum Sasaran
Pengajian
Pelajar lepasan
Diploma Kemahiran separa SPM, Kakitangan
Pentadbiran professional dalam Agensi
Islam mengurus dan mentadbir
organisasi dan Pelajar lepasan
SPM, bakal-bakal
Diploma Kemahiran dalam dakwah imam, juga Imam-
Dakwah & dan tarbiyah lapangan, imam dan
petugas dakwah
Tarbiyah Latihan sebagai petugas di lapangan
Lapangan lapangan. Bakal guru dan Pelajar lepasan
(Outreach) imam dilapangan. SPM, juga untuk
guru-guru
Usahawan lapangan SAN/SAR

Diploma Kemahiran dalam Pelajar lepasan
Pengajian Al- pendidikan Al-Quran dan SPM, Staf Jabatan
Agama. Petugas-
Quran dan As- As-Sunnah, bakal guru petugas dakwah
Sunnah pendidikan Al-Quran dan lapangan
As-Sunnah
Pelajar lepasan
Diploma Kemahiran dalam ilmu SPM, Guru dan
dalam perbandingan agama, bakal guru
Perbandingan latihan untuk kerja-kerja Bahasa Arab.
Agama reach out. Petugas Dakwah Pelajar lepasan
lapangan. Penerangan SPM, Guru dan
Diploma tentang Islam kepada bakal guru.
Bahasa Arab golongan non-muslim
Kemahiran Bahasa Arab
khusus untuk bakal pendidik
dalam Bahasa Arab

Diploma Kemahiran dalam bidang
Usuluddin usuluddin khusus untuk
bakal pendidik.

7|Halaman

Malahan kolej ini boleh meningkatkan tahap akademik guru-guru KAFA,
SAN/SAR malahan pegawai-pegawai agama, AJK Masjid dan agensi yang
berkaitan. Dalam jangkamasa panjang lepasan dari kolej ini menjadi calon
mahasiswa/I FPI-UMS.

A-3 Mewujudkan Institut Kefahan Islam Malaysia (IKIM) Cawangan Sabah.

Sabah yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya, agama yang perlu
diurus dengan harmoni. Salah satu cabaran utama di Sabah ialah tahap
kefahaman Islam yang rendah dalam kalangan masyarakat Islam. Wadah
Sabah (rujuk Mesej Pencerdasan, 2015 – iaitu buletin WADAH SABAH)
mendapati 20-25% saja dalam kalangan masyarakat Islam yang
memahami Islam dengan baik. Dan cabaran kedua ialah sikap “keliru”
kalangan masyarakat “belum Islam” terhadap agama Islam. Sikap keliru
berkenaan menimbulkan prasangka buruk terhadap Islam, membenci,
prejudis dan kekadang pergeseran. Sentimen ini semakin melebar jika tiada
langkah-langkah bijak mendepaninya. Kekeliruan terhadap Islam ini
kekadang dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Oleh yang
demikian, perlu ada sebuah agensi yang serius dalam menjalankan
penyelidikan, pembangunan dan menyediakan program-program
berkesan untuk memberi kefahaman tentang Islam dan toleransi agama.
Dalam situasi ini, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Cawangan Sabah
perlu ditubuhkan sejajar dengan hasrat untuk memufuk kefahaman tentang
Islam yang lebih baik. IKIM mempunyai lapangan yang amat luas di Sabah,
iaitu melalui penyelidikan, dialog, seminar dan program pembangunan
manusia. Salah satunya dengan memberi kefahaman toleransi beragama
dan mewujudkan suasana perkongsian kemakmuran dan kewujudan
bersama.

A-4 Penubuhan Sekolah Agama Negeri (SAN) di setiap masjid.

Sekolah Agama Negeri (SAN) yang sedia ada hari ini belum dapat
menyediakan kelas yang mencukupi buat setiap pelajar Islam. WADAH
berpandangan SAN merupakan salah satu platform penting untuk
membentuk generasi muda yang faham agama. Sehubungan dengan itu
usaha yang lebih bersungguh-sungguh oleh pihak pemerintah untuk
meningkatkan peluang pengajian agama untuk setiap pelajar Islam mesti
diberi keutamaan. Justeru itu, WADAH mengesa agar pihak kerajaan negeri

8|Halaman

mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan SAN. Salah satu
pendekatannya ialah dengan memanfaatkan ruang di semua masjid
negeri Sabah. Pewujudan SAN di setiap masjid secara langsung memberi
peluang kepada masyarakat setempat menghantar anak-anak mereka
mengikuti pengajian Islam. Sebagai langkah awal, perlu ada satu dasar
yang konsisten yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa agama. Atau
arahan yang berkaitan. Berikut adalah model operasi kelas SAN di setiap
Masjid.

Kaedah : kelas ini hanya menggunapakai ruang-
ruang sedia ada di setiap masjid. Seperti
ruang solat yang kosong pada sebelah
pagi (7.00 pagi – 11.00 pagi dan 2.00
petang – 5.00 petang).

Ruang : beranda masjid, bilik mesyuarat dan lain-
lain.

Pembayaran : Guru-guru pula boleh dibiayai melalui
Pengendali kerjasama pihak masjid, program KAFA
JAKIM dan pihak berkuasa zakat

: JK Masjid dengan Kerjasama JHEAINS

Model : Kelas SAN di Masjid-Masjid

Melalui pendekatan ini, secara langsung anak-anak masyarakat setempat
didekatkan dengan Masjid. Secara tidak langsung ini menjadi sebahagian
dari projek pengimarahan Masjid. Mungkin langkah ini bersifat sementara
untuk menampung keperluan semasa. Langkah-langkah jangka panjang
menambah bilangan SAN perlu terus diusahakan.

B MEMORANDUM DAKWAH

Dakwah dalam pembangunan negeri Sabah diangkat sebagai tema
utama kerana secara sedar dan sengaja membuat pengitirafan bahawa
dimensi dakwah perlu diambilkira dalam proses membangunkan umat.
Gerakan dakwah tidak ada pasang surutnya, tidak disempadani tempat

9|Halaman

dan suasana, malah sentiasa optimis terhadap masa depan. Berikut adalah
beberapa perkara untuk diambil perhatian:

B-1 Penyediaan Dana Khas Dakwah untuk NGOs Islam

Badan Bukan Kerajaan (NGOS) Islam memberi sumbangan besar dalam
pembangunan dan kemajuan negeri Sabah (rujuk buku ABIM Sabah (2002)
Dakwah dalam pembangunan Negeri Sabah). Khususnya dalam
pembangunan dan kemajuan pemikiran dan kefahaman masyarakat
terhadap Islam. NGOS Islam mendokong keharmonian kaum, toleransi
agama dan kesedaran bernegara. Justeru itu, Pihak kerajaan perlu
menyediakan dana khas tahunan secara tetap untuk membantu gerak
kerja NGO-NGO Islam di Sabah. Perlu dilihat bahawa NGO Islam bukanlah
pemain saingan kepada pihak berkuasa agama Islam, tetapi perlu
ditanggapi sebagai teman untuk menyuburkan momentum gerak kerja
dakwah. Membangunkan jaringan dakwah, sinergi dalam menyemarakkan
gerak kerja dan saling melengkapi. Dana dakwah mungkin boleh
disediakan melalui bajet tahunan. Sama ada geran langsung dari kerajaan
negeri atau atau melalui agensi seperti Pusat zakat dan Baitul Mal. Untuk
memastikan dana berkenaan signifikan, langkah-langkah pemantauan
dan penambahbaikan perlu diimplementasikan. Seperti;

[1] Pembentangan kertas permohonan melalui sesi pembentangan;
[2] laporan kemajuan;
[3] laporan akhir;
[4] Cadangan penambahbaikan.

Semua langkah itu dilakukan secara telus dalam mesyuarat khas bersama
semua NGOs. Semua pihak akan melalui proses perkongsian ilmu dan
perkongsian rasa dan perkongsian hasil. Sudah tentu cadangan
penambaikan lebih kolektif dan menyeluruh. Dalam masa yang sama
tindakan susulan oleh semua NGOs boleh dilakukan. Sehubungan dengan
itu sebuah secretariat Dana perlu digerakkan oleh agensi kerajaan seperti
JHEAINS dan JAKIM dengan menjemput semua NGOs Islam untuk
menentukan sasaran tahunan. Malahan pihak berkuasa agama juga boleh
berkongsi hasrat dan objektif dakwah tahunan untuk menjadi panduan dan
tumpuan semua NGOs Islam di Sabah.

10 | H a l a m a n

B-2 Penyediaan Dana Khas untuk Penyelidikan Dakwah

Penyelidikan Dakwah merupakan satu keperluan. Penyelidikan Dakwah ini
penting untuk melihat pencapaian gerak kerja dakwah yang telah lalu dan
perancangan masa hadapan. Justeru kerajaan perlu menyediakan dana
khas untuk kerja-kerja penyelidikan dakwah. Dana penyelidikan ini
membantu gerak kerja penyelidikan yang lebih sistematik dan menyakinkan
dengan hujah-hujah ilmiah. Hasil kerja penyelidikan ini, akan memberi
lonjakan besar kepada gerak kerja dakwah dan masa depan umat Islam.
Berikut adalah contoh-contoh tema penyelidikan dakwah:

Jadual A-1: Contoh-contoh tema Penyelidikan Dakwah
Bil. Tajuk
1. Status kerja-kerja dakwah di Sabah
2. Pencapaian dan keberkesanan dakwah
3. Aras penerimaan dakwah di Sabah
4. Faktor-faktor penyumbang kepada pembangunan di Sabah
5. Toleransi Agama
6. Sejarah sumbangan tokoh
7. Sumbangan Islam dalam pembentukkan Masyarakat Sabah
8. Perkembangan sosio-ekonomi masyarakat Islam
9. Sosiologi and Antropologi Umat Islam

B-3 Mewujudkan Kerusi Perbandingan Agama di UMS

Kajian Perbandingan Agama adalah sesuatu yang penting di Sabah.
Kerana kepelbagaian kepercayaan dan anutan agama di negeri Sabah.
Suasana yang plural di Sabah ini perlu diraikan sebagai satu sumber
kebaikan dan contoh kerukunan hidup pelbagai agama dalam satu
wilayah. Usaha-usaha memupuk keharmonian kaum, kepelbagaian agama
ini perlu dikembangkan melalui siri kajian ilmiah dengan mewujudkan
sebuah Kerusi Perbandingan Agama di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kerusi Perbandingan Agama di UMS ini amat penting untuk mengangkat
imej UMS itu sendiri sebagai sebuah institusi yang dapat menjiwai suasana
masyarakat yang plural. Dalam masa yang sama mengangkat martabat
Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Kerusi Perbandingan Agama ini

11 | H a l a m a n

boleh menamakan ahli akademik tersohor dan dijadikan platform
memperkukuhkan kajian tentang dakwah di Sabah dan seterusnya
mewarnai wacana perbandingan agama. Kajian-Kajian lanjutan tentang
toleransi agama, silang budaya, perpaduan dan seumpamanya akan
dapat dijalankan dengan lebih sistematik. Melalui kerusi ini sudah tentu Islam
dapat menjadi sumber inspirasi dan toleransi antara agama-agama yang
plural dalam masyarakat di Sabah.

B-4 Mewujudkan Kaunter Informasi Islam

Informasi tentang Islam perlu diperhebatkan. Iaitu dengan mengambil
peluang Islam sebagai agama persekutuan. Informasi tentang Islam juga
penting sebagai kaedah untuk menerangkan keindahan Islam. Kaunter
informasi Islam perlu diwujudkan ditempat-tempat awam yang bersesuaian.
Kaunteri Informasi Islam mungkin juga boleh dilakukan secara elektronik dan
menggunakan aplikasi laman sesawang yang lebih interaktif. Lain-lain
kaedah kaunter informasi Islam perlu difikirkan. Ia Sejajar dengan usaha
untuk memberi kefahaman yang betul tentang Islam khususnya kepada
masyarakat plural di Sabah. Pihak berkuasa agama boleh bekerjasama
dengan NGO-NGO Islam untuk melaksanakan kaunter informasi Islam ini.

B-5 Mewujudkan Pusat kaunseling Islam

Pusat kaunseling Islam ini amat penting untuk membantu isu-isu yang
berkaitan masalah semasa umat Islam dan orang awam. Seperti isu
kekeluargaan, isu remaja, isu kerjaya dan lain-lain. Di samping itu pusat
kaunseling ini juga boleh melakukan kerja-kerja “reach-out” untuk
mendekati kelompok sasar. Seperti pendekatan kaunseling bergerak dan
seumpamanya.

B-6 Memperluaskan Liputan Siaran Radio IKIM.fm ke Seluruh Sabah

Siaran radio IKIM.fm yang ada pada ketika ini amat terbatas siarannya di
Sabah. Oleh itu untuk tujuan dakwah dan pendidikan umat Islam, adalah
dicadangkan agar siaran diperluaskan hingga ke kawasan luar bandar di
seluruh Sabah.

12 | H a l a m a n

B-7 Memperhebatkan Pembelaan untuk Saudara Baru dan Asnaf zakat

Pembelaan saudara baru dan Asnaf zakat perlu dipertingkatkan dengan
lebih tersusun. Perlu diwujudkan suatu agensi yang mengurus pembelaan ini
secara sistematik seperti keperluan asasi, kerjaya, pendidikan anak-anak,
memberi kursus asas Islam secara berterusan, program pembangunan
ekonomi dan lain-lain yang perlu.

B-8 Mewujudkan Masjid Tour Guide

Sebuah agensi perlu diwujudkan untuk menggerakkan “Masjid Tour Guide”
kepada pelancong-pelancong ke Masjid. Agensi ini perlu menyediakan
petugas yang professional dan terlatih agar maklumat yang sebenar
tentang Islam, umat Islam dan peranan masjid dapat disampaikan dengan
betul.

B-9 Mengadakan Bulan Dakwah secara Tetap Setiap Tahun

Bulan dakwah perlu diadakan setiap tahun oleh pihak kerajaan
persekutuan atau kerajaan negeri. Bulan dakwah ini akan menjadi medan
untuk menyemarakkan aktiviti dakwah melalui siri ceramah umum,
pameran, road-show, pertandingan berkaitan, kempen-kempen tertentu,
anugerah, aktiviti penulisan esei, cerpen, puisi. Perlu melibatkan pelbagai
agensi, orang awam dan jabatan-jabatan kerajaan.

B-10 Membangunkan Indeks Dakwah

Indeks Dakwah Islamiah perlu dibangunkan di Sabah. Indeks ini menjadi
kayu ukur pencapaian semasa gerak kerja dakwah Islamiah di Sabah.
Dalam masa yang sama ia penting untuk menjadi asas gerak kerja dakwah
semasa dan perancangan masa hadapan.

13 | H a l a m a n

B-11 Memperkukuhkan hubungan/Jaringan Masjid-Masjid

Jaringan Masjid-Masjid di Sabah perlu diwujudkan. Jaringan ini boleh
menjadi asas untuk membina gerak kerja masjid yang seragam. Sebagai
tempat perkongsian pengalaman juga menjalankan aktiviti bersama. Boleh
membangunkan tanda aras tertentu. Antaranya membina jaringan website
Masjid-Masjid di Sabah, sukan belia antara masjid-masjid dan lain-lain aktiviti
bersesuaian.

B-12 Membangunkan Indeks Kefahaman dan Penghayatan Islam

Indeks kefahaman dan Penghayatan Islam dalam kalangan Belia ini perlu
dibangunkan. Indek ini sebagai kayu ukur memahami status belia Islam
semasa dan isu-isu lingkungan mereka. Indeks ini penting untuk merancang
keperluan dakwah dalam kalangan belia.

C. MEMORANDUM DASAR DAN POLISI AWAM

WADAH Sabah turut prihatin dengan isu-isu umum yang dihadapi oleh
masyarakat Islam di Sabah. Berikut adalah dasar yang perlu dilaksanakan:

C-1 Dasar Satu Surau/Masjid Satu Taman Perumahan

Mengesa agar pihak kerajaan menguatkuasakan dasar “Satu Surau Satu
Taman Perumahan”. Ini sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama
rasmi. Dan lebih dari itu surau ini adalah keperluan umat Islam untuk tujuan
solat berjamaah, pendidikan, program kemasyarakatan setempat.

C-2 Dasar Menaiktaraf semua surau dipusat membeli belah dan kawasan
awam.

Mengesa agar pihak kerajaan menaiktaraf surau-surau dipusat membeli-
belah dan kawasan awam (seperti taman rekreasi, zoo, kawasan
pelancongan). Ini sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Dan lebih dari itu surau ini adalah keperluan umat Islam untuk tujuan solat
(dan solat berjamaah) bagi pekerja dan pengunjung.

14 | H a l a m a n

C-3 Dasar Larangan kepada Majikan memaksa Pekerja Muslim bekerja di
premis jualan haram/bertentangan dengan Syariat Islam.

Mengesa pihak kerajaan untuk melarang majikan yang memaksa pekerja
muslim mereka bekerja di premis jualan haram seperti makanan
haram,minuman keras, kaunter perjudian dan premis lain yang
bertentangan dengan syariat Islam.

C-4 Dasar Mewujudkan Galeri tokoh, ulama dan ilmuan tempatan di Setiap
daerah untuk rujukan generasi Muda

Galeri tokoh,ulama dan ilmuan tempatan ini penting. Khususnya sebagai
memperingati sumbangan mereka. Dalam masa yang sama memberi
rujukan dan contoh bagi generasi muda. Oleh itu WADAH Sabah mengesa
pihak kerajaan untuk mewujudkan satu unit di peringkat negeri dan
kerajaan tempatan, sekolah, masjid dan pejabat daerah untuk
menggumpul maklumat dan mewujudkan galeri berkenaan di setiap
daerah, sekolah, masjid dan tempat-tempat awam yang bersesuaian.
Mungkin boleh juga memberi nama jalan, bangunan, sekolah, masjid dan
lain-lain premis menggunakan nama-nama tokoh berkenaan.

D MEMORANDUM HUBUNGAN ISLAM SERANTAU

BIMP-EAGA iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippine – East Asian Growth
Area merupakan suatu inisiatif bersama Negara-negara serantau
berkenaan, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam
bidang ekonomi dan peluang-peluang kerjasama dalam bidang
perniagaan. Ianya meliputi wilayah-wilayah seperti Brunei Darussalam,
Indonesia (Kalimantan,Sulawesi, Maluku, dan Irian Jaya), Malaysia (Sabah,
Sarawak dan Labuan), dan Filipina (Mindanao dan Kepulauan Palawan).
Dari perspektif yang lain, BIMP-EAGA ini merupakan sebahagian daripada
entity yang tidak terpisah dengan Alam Melayu secara keseluruhan, yang
sinonim dengan amalan berbudaya, berbahasa Melayu dan beragama
Islam. Menurut catatan sejarah, wilayah-wilayah ini sejak sekian lama telah
menikmati interaksi harmoni dan jalinan ukhuwwah Islamiah sebagaimana
interaksi kerajaan-kerajaan Kesultanan Islam Brunei (abad 12M), Kesultanan
Kutai Kartanegara Martadipura (Martapura) di Kalimantan (Abad 13M), dan
kerajaan kesultanan Sulu (abad 15M). Pengalaman sejarah juga

15 | H a l a m a n

membuktikan bahawa rantau ini telah mengalami proses integrasi dan
asosiasi yang mesra sejak sekian lama. Dengan kata lain, Islam merupakan
salah-satu faktor pemersatu rantau ini sejak sekian lama. Justeru itu, Islam
perlu terus dijadikan wahana untuk membangunkan rantau ini walaupun
telah dipisahkan oleh blok-blok wilayah dan sempadan kenegaraan yang
berlainan. Adalah amat wajar sumber-sumber sosial dan kemanusiaan
digilap dan digembeling untuk kesejahteraan dan keharmonian umat
serantau. Antaranya ialah dengan melebarkan titik-titik persamaan
serantau di samping mengenal-pasti perbezaan, agar satu momentum
yang bersifat kolektif berjaya dibangunkan. Sehubungan dengan itu
perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

D-1 Memberi bantuan kemanusiaan

Mengesa pihak kerajaan untuk mengadakan misi bantuan kemanusiaan
dan keperluan berkaitan.

D-2 Mewujudkan hubungan dakwah dan pendidikan

Mengesa pihak kerajaan mewujudkan hubungan dakwah dan pendidikan
dengan negara-negara BIMP-EAGA

E. MEMORANDUM BELIA

Golongan belia Islam merupakan kelompok teras masyarakat Malaysia dan
juga di Sabah pada hari ini. Bilangan mereka juga adalah yang terbanyak.
Belia Islam di negara kita kini terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dan
budaya. Mereka terdiri dari kalangan belia Islam berbangsa Melayu, Cina,
India, Bumiputra Sabah dan Sarawak serta juga masyarakat Orang Asli.
Kepelbagaian latar belakang ini ialah kesan proses pengislaman dan
perkembangan ajaran agama Islam yang pesat di negara ini. Mereka
merupakan tonggak yang akan mempengaruhi corak perkembangan
negara pada masa depan dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Keutuhan
mereka asas kesejahteraan negara Malaysia (?). Justeru itu untuk
memastikan agenda pembangunan belia yang berterusan adalah
dicadangkan seperti berikut:

16 | H a l a m a n

E-1 Mewujudkan Insitut Kepimpinan Belia

Pihak pemerintah perlu membangunkan Institut kepimpinan Belia. Institut ini
berperanan sebagai pusat latihan iktisas kepimpinan belia. Institut ini
menyediakan bahan dan kurikulum latihan yang baik. Cadangan
kandungan kurikulum Institut kepimpinan Belia:
(1) Konsep Kepimpinan
(2) Budaya Ilmu dalam Kepimpinan
(3) Pembinaan bangsa Malaysia
(4) Sejarah Bangsa
(5) Perpaduan nasional
(6) Toleransi Agama
(7) Memahami makna Rukun Negara
(8) Fiqh kenegaraan
(9) Fiqh keutamaan
(10) Cabaran semasa

E-2 Mewujudkan Indeks Pemikiran dan Kepimpinan Belia Islam.

Indek Pemikiran dan Kepimpinan belia Islam perlu dibangunkan. Agar satu
kayu ukur untuk melihat tahap kepimpian belia Islam secara lebih jitu dan
tepat. Indeks ini boleh membuat tinjauan terperinci julat-julat umur belia
tertentu dan juga latihan susulan yang diperlukan. Berikut adalah beberapa
perkara yang boleh diukur dalam Indeks berkenaan:
(1) Tahap pendidikan semasa.
(2) Kerjaya
(3) Kesedaran beragama
(4) Tahap pemikiran semasa
(5) Hubungan sosial
(6) Keterlibatan/sumbangan dalam masyarakat
(7) Minat/bakat
(8) Sensitiviti agama
(9) Amalan beragama

17 | H a l a m a n

E-3 Mewujudkan Suasana Masjid mesra belia

Masjid Mesra Belia perlu diwujudkan khususnya yang berkaitan dengan
pendidikan dan pengembangan bakat belia. Kursus Kepimpinan, Latihan
Bina Diri.

E-4 Memantau Gejala Murtad dalam kalangan generasi muda Islam

Pihak kerajaan perlu memantau gejala murtad dalam kalangan generasi
muda Islam. Banyak pihak boleh dijemput untuk membina satu pelan
pencegahan yang bersepadu.

E-5 Memantau Isu perumahan pelajar IPT

Pihak kerajaan perlu memantau isu perumahan pelajar IPT. Banyak pihak
boleh dijemput untuk membina satu pelan pencegahan yang bersepadu.
Masalah bersekedudukan. Inisiatif perumahan pelajar dan lain-lain.

Semoga memorandum ini dapat diberi perhatian dan tindakan susulan
dapat dilakukan. Pihak WADAH Sabah juga sentiasa berbesar hati ingin
mengadakan perbincangan untuk memperincikan setiap kandungan
memorandum di atas demi kebaikan untuk manfaat seluruh umat Islam dan
masyarakat di negeri Sabah.

Yang benar,

ABDUL MANAP MAHMUD
Pengerusi WADAH SABAH

16 Muharram 1437H
30 Oktober 2015

18 | H a l a m a n


Click to View FlipBook Version