The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-20 10:15:46

At-Ta'mir 2 - Jun 2016

At-Ta'mir 2 - Jun 2016

At-Ta’mir Terbilang
Unik Cemerlang

Ke luar a n 2 / 2 016 JUN 2016

TAHNIAH SERI ALOR SETAR DAN SEMI SEREMBAN JUARA KESELURUHAN IHTIFAL AKADEMIK
KEBANGSAAN DI MRSM JOHOR BAHRU

Yayasan Takmir sesuai dengan objektif dan tema “Menyerlah rendah. Walau jauh dari utara turun ke
Pendidkan (YTP) Potensi Memantap Ukhuwwah”. selatan tidak menghalang semangat untuk
telah menganjurkan bertarung dan berjuang hingga meraih
Ihtifal Akademik Secara implisit, program ini juga turut memberi kejayaan cemerlang. Manakala kategori
SERI/SEMI Peringkat gambaran kepada kita bahawa Islam amat sekolah menengah, SEMI Seremban berjaya
Kebangsaan Kali Ke- mementingkan kecergasan fizikal dan mental merangkul Juara bertahan yang telah
16 pada 11-14 Mac seperti mana contoh perjuangan Rasulullah disandang sejak beberapa tahun lepas.
2016 di MRSM Johor dan para sahabat baginda dalam usaha Naib Johan kategori SERI, SERI Seremban
dengan jayanya. menyampaikan dakwah kepada orang-orang dan tempat ketiga SERI Al-Huda, Gombak.
SERI dan SEMI bukan Islam. Program ini juga sebenarnya Manakala kategori sekolah menengah tempat
Johor sebagai ‘host’ memberi ruang dan peluang kepada para kedua ialah SEMI Sg. Ramal dan SEMESTI,
telah melaksanakan peserta untuk membuktikan bahawa para Kedah di tempat ketiga. Ihtifal Kebangsaan
ihtifal dengan huffaz Al-Quran dan sekolah Islamik telah ini telah berjaya mengembangkan bakat
lancar bersama mampu bersaing dalam bidang akademik serta potensi pelajar dengan persaingan
gandingan mantap dan amal Islami setanding pelajar-pelajar yang sihat, dapat mendedahkan para pelajar
JK Induk dan JK institusi lain. Program yang berlangsung etika kesenian Islam serta menghidupkan
Pelaksana. Seramai selama empat hari ini dengan penyertaan 19 sunnah nabi dan melahirkan pelajar
lebih daripada 1200 buah sekolah ABIM di seluruh Malaysia telah yang berketrampilan serta memantapkan
penyertaan pelajar ukhuwwah. Tahniah di atas sekolah-sekolah
berentap 22 acara yang dipertandingkan dan menyerlahkan yang meraih kejayaan dan ucapan terima
400 orang termasuk guru pengiring, ibu bapa, bakat pelajar- kasih di atas usaha yang keras dalam
ahli dan pimpinan WAP serta sukarelawan pelajar kita. menggalas amanah SERI dan SEMI Johor dan
memberi sokongan padu. Majlis perasmian JK Induk Ihtifal Yayasan Takmir Pendidikan.
disempurnakan oleh Ustaz Abd Jalil Bin SERI Alor Moga tahun 2017 melakar lagi sejarah manis
Khalil, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Setar telah di Kuantan, Pahang dalam Ihtifal Sukan ke 17
Akademik, Bahagian Pendidikan, Jabatan merebut piala insya Allah.
Agama Islam selaku wakil rasmi Menteri pusingan Johan
Besar Johor. Beliau menyatakan program keseluruhan Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Ihtifal ini memberi manfaat yang besar kepada kategori sekolah
para peserta untuk membentuk minda yang
cergas dan sihat, semangat berpasukan
yang ditunjukkan akan memberi kesan
yang positif dan memberi kebaikan kepada
semua peserta. Yang lebih penting ia dapat
mengeratkan lagi kerjasama yang sedia ada
antara sekolah-sekolah ABIM di Malaysia

MEJA EDITOR PROFIL TOKOH - HJ. MOHD YUNUS AMINUDDIN

Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kehadrat Dilahirkan pada 23 Disember 1950 di Kajang dan
Ilahi yang masih memberi kesempatan dibesarkan di Pekan Bangi, Selangor. Kerjaya beliau
kepada kita untuk bersua lagi melalui Buletin bermula sebagai Penolong Pengurus Ladang di Stesen
YTP keluaran 2 tahun 2016. Buletin YTP kini Penyelidikan MARDI Serdang, Selangor setelah
telah ditukar nama kepada At-Ta’mir yang menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan
bermaksud ‘makmur’. Keluaran kali ini antara perladangan dari Institut Teknologi Mara (ITM) pada
lain memaparkan program Ihtifal akademik 1971. Sepanjang 35 tahun berkhidmat dengan MARDI
kebangsaan ke 16 sekolah-sekolah rendah beliau berpeluang mengumpul ilmu dan pengalaman
dan menengah di bawah Yayasan Takmir. dalam dua bidang pekerjaan, iaitu pengurusan sumber
(20 tahun) dan pengurusan latihan (15 tahun). Semasa
Program dwi tahunan ini merupakan suatu dalam perkhidmatan beliau berpeluang melanjutkan
wahana untuk menyatukan warga pusat pelajaran ke University of the Phillipines at Los Banos,
pendidikan di bawah Yayasan Takmir yang Phillipines dalam bidang perniagaan tani (1976-1978).
terdiri daripada para pelajar dan pendidik.
Dengan adanya program ihtifal ini Insya Dalam bidang kerjaya beliau pernah diberikan
Allah dapat mengeratkan lagi silaturahim tanggungjawab sebagai Pengurus Ladang di Stesen
di antara warga SERI/SEMI di samping Penyelidikan MARDI di Serdang, Selangor dan di Hutan
mengetengahkan potensi dan keterampilan Melintang, Perak (1973-1975). Sekembali dari luar negara beliau diberikan tanggungjawab
anak didik kita dalam bidang akademik. untuk beberapa tahun sebagai Pengurus Stesen Penyelidikan MARDI di Serdang.

Program Ihtifal Akademik yang telah diadakan Mulai tahun 1992 Hj. Mohd Yunus telah beralih ke bidang latihan dan beliau telah diberikan
selama 4 hari mulai 11 Mac 2016 hingga tanggungjawab mengetuai Pusat Latihan MARDI/Program Kursus dan Latihan Teknikal (1992-
14 Mac 2016 di MRSM Johor Bharu, telah 2002). Manakala pada tahun 2002-2004 beliau telah dipinjamkan ke Kementerian Pertanian
mendedahkan para pelajar yang menyertai Malaysia apabila diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Bahagian Pakej Latihan di bawah
Ihtifal tentang sejauh mana pencapaian Majlis Latihan Pertanian Negara, sebuah entiti baru yang buat julung kalinya menganjurkan
mereka berbanding dengan sekolah-sekolah program latihan kemahiran di bawah Kementerian Pertanian Malaysia.
lain. Di samping itu mereka boleh menilai
kelemahan yang ada dan mendapatkan Pada tahun 2004 beliau bertugas kembali di MARDI dan diberikan tanggungjawab sebagai
kaedah bagaimana untuk meningkatkan Pengarah Pusat Pengurusan Stesen (PPS). Selaku Pengarah PPS tugas utama beliau
kualiti prestasi serta persembahan masing- adalah: a) membangun dan melaksanakan perancangan keseluruhan (strategik dan operasi)
masing. Maklumblas dan komen pihak juri Pusat Pengurusan Stesen, b) menyelaras serta memantau: i) kerja-kerja pembangunan dan
dan hakim juga boleh dijadikan asas untuk penyelenggaraan, dan ii) pengurusan sumber-sumber, guna tanah dan aset fizikal di 30 buah
memperbaiki segala kelemahan. Tahniah stesen penyelidikan MARDI di seluruh Negara bagi membolehkan aktiviti R&D berjalan dengan
diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah cekap dan berkesan. Beliau bersara daripada berkhidmat dengan MARDI pada tahun 2006
mencapai kejayaan cemerlang dan syabas dan berkesempatan melaksanakan tanggungjawab tambahan: a) sebagai tenaga penceramah
kepada para pendidik yang begitu gigih dan dalam kursus-kursus/seminar/ bengkel untuk pegawai dan staf MARDI yang dianjurkan oleh
didikasi melatih pelajar-pelajarnya sehingga MARDI, dan b) mengetuai kerja-kerja membangunkan Standard Kompetensi Pekerjaan (SKP)
mencapai kejayaan cemerlang. Bagi yang dan ‘training road-map’ untuk semua bidang pekerjaan yang terdapat di MARDI.
belum mencapai kejayaan kita berharap tidak
merasa kecewa sebaliknya berusaha lebih Dalam jamaah ABIM beliau berpeluang melibatkan diri bermula dari peringkat Unit, Daerah:
gigih untuk ihtifal yang akan datang. Hulu Langat dan Petaling, Negeri (Selangor) dan Pusat. Dalam kepimpinan ABIM Pusat beliau
pernah menjawat beberapa jawatan: Penolong Setiausaha Agong, Ketua Biro Perancangan,
Selain daripada itu dalam bulan Mei ini Ketua Biro Pendidikan, Ketua Biro Pembangunan dan Ketua Biro Profesional. Dalam
setiap sekolah mengadakan sambutan Hari kepimpinan WADAH beliau pernah diberikan tanggungjawab sebagai Setiausaha Kewangan
Guru masing-masing bertujuan memberi dan yang terkini sebagai Naib Presiden,
penghormatan kepada guru yang berjuang dalam Kluster Pendidikan Jamaah. Beliau kini
memartabatkan pendidikan Al-Hikmah (PAH). diamanahkan sebagai Pengerusi Lembaga
Kita ucapkan ‘SELAMAT HARI GURU’ kepada Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan.
para pendidik.

Sempena kedatangan bulan Ramadan Semoga Hj Mohd Yunus b. Aminuddin akan
marilah kita beriltizam untuk mengisi bulan terus istiqamah dan sabar dalam perjuangan
ini dengan amalan-amalan terpuji. Rebutlah dengan cara mencurahkan pengalaman dan
ganjaran-ganjaran yang dijanjikan oleh Allah menabur khidmat baktinya kepada jamaah,
dengan mempergiatkan amalan baik dan dan menjadi ikutan buat generasi akan datang.
menghentikan amalan buruk, bersegera Amiin.
mengerjakan amal-amal baik, istiqamah dan
bersabar dalam mengharungi dugaan dan
caabaran. ‘Selamat Berpuasa’.

2 Unik, Cemerlang & Terbilang

MISI PENDIDIKAN JAMAAH KE JOGJAKARTA

Ketua Pengarah YTP Tn. Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin telah melakukan lawatan ke Jogjakarta bersama 26 ahli rombongan terdiri daripada
pimpinan dan ahli WADAH, wakil ABIM, PKPIM dan agensi. Lawatan telah diadakan pada 29 April hingga 2 Mei 2016. Antara objektif lawatan
ialah mengeratkan hubungan dan merangka kemungkinan kerjasama dengan badan dakwah serta pendidikan di sana seperti Muhammadiyah,
Dewan Dakwah Islam Indonesia dan Nahdatul Ulamak.

Satu Diskusi Peduli Umat dengan tema Gerakan Dakwah: Realiti dan Masa Hadapan diadakan yang dimoderatkan oleh sdr Khairuddin Abbas
iaitu Naib Presiden ABIM merangkap ahli Lembaga Pengarah YTP. Ahli panel terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Mohamad Redzuan Othman,
Timbalan Presiden Wadah merangkap Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan, Dr. H. Agung Danarto, Sekretaris, Pimpinan Pusat Muhammadiyah,
Bapak H. Rifai Haryono, Ketua DDII Klaten dan Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden Wadah. Lawatan turut dibuat ke Universitas
Muhammadiyah, sekolah berasrama penuh Nahdatul Ulama dan Projek Perigi Tiub Dalam di Lereng Gunung Merapi yang diusahakan oleh
Global Peace Malaysia dan pembiyaan oleh Kementerian Luar Malaysia.

Banyak pengajaran dapat diambil dari lawatan ini, terutamanya dalam
isu pendidikan. Muhammadiyah lahir sebelum merdeka dan penjajah
tidak begitu membantu rakyat. Belanda tidak memberi pendidikan
kepada rakyat, malah rakyat tidak boleh berbahasa Belanda, tidak
seperti British yang lebih banyak memberi pendidikan kepada rakyat.
Oleh sebab itu, majoriti rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris. Oleh
itu Muhammadiyah muncul menyediakan pendidikan kepada rakyat,
secara mandiri membangunkan sekolah dan kurikulumnya dipadankan
dengan kurikulum pemerintah.

Muhammadiyah yang diasaskan oleh Kiyai Haji Achmad Dahlan pada
1912, kini mempunyai lebih 8000 tadika, lebih 7000 nurseri (Pendidikan
Anak Umur Dini, PAUD), lebih 4000 sekolah Dasar dan Menengah, 168
kolej dan 42 universiti yang tersebar di seluruh Indonesia. Di samping
itu, mereka mempunyai puluhan hospital, klinik dan pusat kesihatan.
Institusi mereka terus berkembang dan mendapat sambutan baik dari
masyarakat awam Indonesia. Salah satu sekolah berasrama penuh yang diuruskan oleh Nahdatul Ulamak di Jogjakarta mempunyai 3500
murid; mudir, timbalan mudir serta kumpulan pengurusannya terdiri dari lulusan university barat dan ada yang mempunyai ijazah lanjutan seperti
sarjana dan kedoktoran falsafah.

Semangat berkorban dan menyumbang dana amat tinggi dalam kalangan masyarakat Islam Indonesia. Pembinaan sekolah bukan usaha
pimpinan pusat, tetapi usaha mereka di perdesaan. Setelah dibangunkan baru didaftar sebagai sekolah Muhammadiyah. Di samping itu, gerakan
dakwah di Indonesia merentasi batas pendapatan, dari kaum elitis dan peniaga (wira swasta) hingga kepada rakyat marhaen di perdesaan;
malah seruan dakwah mereka merentasi sempadan fahaman politik yang berbeda. Kita perlu lebih banyak belajar dari pengalaman mereka
untuk dicuba gunakan dalam sektor pendidikan, dakwah dan tarbiah di tempat kita.

Tiga perkara yang dicadangkan oleh Presiden WADAH harus diberi perhatian iaitu:
1. Pendekatan amal Islami dari bawah ke atas (bottom-up) dan inisiatif akar umbi yang membara dengan semangat jihad adalah rahsia

kejayaan mereka. Sistem kaderisasi dengan semangat KeMuhammadiyyahan adalah sesuatu yang boleh dikaji dan diubahsuai dalam YTP.
2. Hubungan spiritual dan historikal dengan Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia harus ditingkatkan dalam aspek program kemanusiaan,

dakwah bil hal dan juga industri halal.
3. Hubungan antara umat Islam dalam rangka meningkatkan solidariti umat harus ditingkatkan atas semangat Biz Bir Ümmetiz, Kita Satu

Ummah.

BENGKEL BUKU TEKS

Bengkel Buku Teks SERI/SEMI telah diadakan pada 17-19 Mei 2016 di Hotel Kajang. Seramai 25 orang hadir berbengkel untuk menyiapkan
tugasan rangka buku teks enam subjek Diniah SERI dan SEMI. Sukatan dan Huraian Sukatan SERI Tahap 1 dan 2 telah disiapkan kecuali
subjek Bahasa Arab. Bagaimanapun Modul Bahasa Arab Tahun 4 dan 5 beserta sukatan dan huraian sukatan semua subjek yang telah siap
akan dicetak dan diedarkan di sekolah.

Sukatan dan Huraian Sukatan SEMI yang telah siap juga akan dicetak dan diedarkan ke sekolah iaitu Tarikh Islam, Bahasa Arab dan Al-Quran.
Deraf buku teks Tingkatan 1 sedang diusahakan. Jawatankuasa untuk Subjek Hadis, Akhlak, Aqidah dan Syariah telah dibentuk dan tindakan
selanjutnya di peringkat masing-masing. Pertemuan semula dijadualkan pada 25-28 Ogos 2016 untuk kesinambungan tugasan, perbincangan
dan semakan pakar.

Unik, Cemerlang & Terbilang 3

JEJAK AL-HIKMAH JEPUN 2

Pada 8-15 April 2016, Yayasan Takmir telah menjalankan Misi Lawatan Pendidikan ke Negara matahari terbit, Jepun dengan jayanya yang
dianggotai seramai 25 orang pelajar (SEMESTI Kedah, SEMI Seremban, SEMI Johor dan SEMI Sg. Ramal), 2 guru dan 2 Pentadbir dari
Yayasan Takmir Pendidikan Pusat iaitu Tn. Hj. Mohamad Abu Daud dan Pn. Nur Jannah Keman.

Jejak Al-Hikmah 2 ini bertujuan supaya pelajar dapat melihat sendiri bagaimana negara perindustrian maju ini ditakbir dengan sistematik dengan
kemajuan dan kecanggihan teknologinya dalam semua aspek. Para pelajar dapat menyelusuri sendiri sistem persekolahan sekolah terbaik
Jepun dan hubungkait dengan pendidikan, persekitaran, budaya dan kemasyarakatan di negara Jepun disamping untuk menjalinkan hubungan
kerjasama pelajar dengan pelajar dan
masyarakat Jepun. Secara tidak langsung
dapat memperkenalkan dan mempromosi
Yayasan Takmir Pendidikan dan Malaysia
di peringkat antarabangsa.

Antara nilai positif yang dapat dicontohi ialah
ketinggian nilai kebudayaan masyarakat
Jepun, keteguhan displin mereka,
kebersihan terpamir di semua tempat,
ketepatan masa, memelihara warisan
budaya, kegigihan saintis mencipta peralatan yang boleh dimanfaatkan keseluruh dunia, sentiasa mementingkan inovasi dan penambahbaikan
dalam produk, perkembangan dan inovasi peralatan, berpakaian kemas berdisplin walaupun pemandu bas dan pembantu am, rajin membaca,
bersemangat dan cerdas, sentiasa mengejar waktu dan memartabatkan bahasa sendiri.

Di antara institusi yang dilawati ialah Suiran High School dan Yuai International School. Lawatan ini dapat membina hubungan baik antara YTP
dan Suiran High School di Hiroshima, memetrai MOU dengan Yuai International School serta membina hubungan dengan Kedutaan Besar
Malaysia di Jepun. Di samping melihat keindahan alam yang cantik dan bersih di musim sakura dan bunga tulip juga dapat melihat ketakjuban
Gunung Fuji ciptaan Allah yang tersergam indah dan bandar-bandar kosmopolitan yang canggih seperti Tokyo, Yokohama, Shibuya, Mitshubishi,
Miraito Mirai dan lain-lain. Jejak hikmah Jepun ini membuka mata kami betapa hebatnya orang Jepun mengamalkan nilai-nilai asas Islam walau
majoriti penduduknya belum dibuka hidayah Islam. Namun usaha giat Yuai International school memperkenalkan Islam melalui kelas Al-Quran,
Bahasa Arab, tulisan khat untuk non muslim dewasa sangatlah mengkagumkan kami.

LANTIKAN KETUA PUSAT PENDIDIKAN BENGKEL PEMURNIAN TERMA
RUJUKAN (ToR) YTP 2016
Lantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SERI/SEMI Sg Ramal, Kajang Selangor
Ustaz Nazzil Saifuddin bin Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Bengkel ini diadakan pada 5 Mac 2016 di
Eksekutif (CEO) SERI/SEMI Sg Ramal, berkuatkuasa 1 April 2016. Beliau Anjung Rahmat yang disertai seramai 44 orang
telah menggantikan Tn Hj Baharuddin bin Ibrahim yang telah bersara. Beliau yang terdiri daripada Lembaga Pengarah YTP,
mempunyai pengalaman kerja seperti berikut; Guru Penolong Kanan (GPK) AJK YTPN, Ketua Biro Pendidikan ABIM, YDP
tahun 2000-2002 Sekolah SRI Al-Ain Sg Merab Dalam. GPK Ko-kurikulum (2003- ABIM Negeri, Exco Pendidikan ABIM Negeri,
Exco Kaderisasi ABIM Negeri, Exco ABIM
2005), GPK Sahsiah (2005- 2013) dan Guru Besar (2016) SERI Sg Ramal & GPK 1 SEMI Sg Negeri, AJK Lembaga Pengelola/ Pengarah,
Ramal (2013-2015). Kelulusan: Diploma Pertanian (UPM) 1983-1986, Ijazah Pengajian Islam dan YTP. Terma Rujukan ini bertujuan untuk
– Ulumul Hadith dan AsSunnah ( Jamiah Mazahirul Ulum, Saharanpur), U.P India 1995-1998, memberi penjelasan kepada ahli jamaah dan
Bacelor Komunikasi (UPM) 2004-2007, Master Sastera -Bahasa Arab (UPM) 2009-2013. dijadikan sebagai garis panduan tentang
perjalanan YTP secara lebih tuntas dari
Lantikan Guru Besar SERI Al-Ummah Taiping, Perak peringkat atas hingga ke bawah, meliputi
Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Rendah Islam Lembaga Pengarah YTP, Pengurusan YTP,
Al-Ummah Taiping, berkuatkuasa 1 Januari 2016. Beliau telah menggantikan YTP Negeri, Lembaga Pengelola/ Pengarah
Ustaz Hj. Ab. Rahman bin Abdullah. Beliau mempunyai pengalaman kerja Sekolah dan Pengurusan Tertinggi Pusat
di bidang pendidikan selama 34 tahun di Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan (Sekolah). Setelah dimurnikan
Kelulusan: Diploma Pendidikan Komuniti (IAB), Diploma Kaunseling Islam ToR ini telah dibentang dalam Majlis Syura
Kebangsaan (MSK) pada 2 April 2016 dan
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) @ KDH. Diploma Pendidikan (MPG). diluluskan untuk edaran serta perlaksanaan.
Adalah diharapkan setiap individu yang diberi
Lantikan Pengetua SEMI & Guru Besar SERI Al-Hikmah Kota Bharu Kelantan tanggungjawab dalam setiap hirarki ini dapat
Ustaz Hj. Abdul Aziz bin Abd. Rahman dilantik sebagai Pengetua SEMI Al-Hikmah memahami ToR ini dan seterusnya menjadikan
& Guru Besar SERI Al-Hikmah Kota Bharu, berkuatkuasa 1 Januari 2016. Beliau ToR ini menjadikan rujukan supaya misi YTP
telah menggantikan Ustaz Makhetar bin Abdul Rahman sebagai Guru Besar dapat capai dengan jayanya.
di SERI Al-Hikmah. Beliau mempunyai pengalaman kerja di bidang pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia selama 33 tahun. 10 tahun sebagai guru, dan

23 tahun sebagai pensyarah di Politeknik Kota Bharu, jawatan terakhir beliau ialah sebagai
Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Am Politeknik Kota Bharu. Kelulusan: Diploma Pendidikan
(UKM) 1978, Ijazah Sarjana Muda Usulluddin dan Falsafah (UKM) 1978.

4 Unik, Cemerlang & Terbilang

PERUTUSAN HARI GURU 2016

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Kita memohon taufiq dan ‘inayah dari Allah
SWT supaya melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya kepada kita semua, bagi meneruskan usaha mendidik dan
mengasuh anak bangsa ke arah meninggikan martabat insan sebagai makhluk Allah yang bersyukur. Selawat
dan salam ditujukan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat
baginda. Semoga semuanya sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT.

Guru sebagai pendidik adalah insan yang mulia dan berjasa. Guru bertanggungjawab mendidik insan bagi
melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya
serta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

Sebagai pendidik, seorang guru perlu terlebih dahulu mengetahui atau memahami matlamat atau tujuan
pendidikan yang sebenarnya. Yang utama sekali ialah membentuk insan yang berguna kepada agama dan
masyarakat mempunyai sifat-sifat terpuji, berakhlak tinggi dan dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Justeru guru dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan bersistematik dan lancar tanpa berlakunya gangguan luar. Pendek kata seorang pendidik haruslah
menyedari hakikat membentuk individu sekali gus memberi erti kepada pembentukan ummah.

Guru perlu melaksanakan sepenuhnya kurikulum berasaskan falsafah Pendidikan Al Hikmah (PAH) dan mempunyai pengetahuan tentang silibus
yang diajar (kepakaran subjek) dan dikemaskinikan. Selain itu, guru juga perlu menyebar luas kurikulum berasaskan falsafah PAH kepada warga
pusat pendidikan dan ibu-bapa/ penjaga. Selain itu, memberi maklum balas serta menyarankan sebarang pendekatan baru dalam PdP mengikut
saluran yang bersesuaian untuk disebarluaskan.

Guru juga seharusnya memberi sumbangan yang konstruktif kepada sekolah secara meluas, menerima tanggungjawab secara formal dan tidak
formal, mengambil berat terhadap tugas dan budaya, membina reputasi dan hubungan baik dengan ibu bapa dan seluruh komuniti. Setiap guru
diharapkan dapat mengamalkan profesion perguruan, aktif dalam aktiviti masyarakat dan bersedia untuk membantu rakan secara profesional.

Latihan dalam organisasi dan kursus secara berterusan adalah antara strategi untuk memastikan guru YTP sentiasa mendapat pendedahan
yang terkini dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap agar prestasi kerja mereka dipertingkatkan. Ini dicapai melalui sebarang bentuk
pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya bagi menyumbang
kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

Sehubungan itu, semua guru mesti menyertai program usrah iaitu “kumpulan belajar bersama”, tamrin dan muktamar. Tradisi gerakan meletakkan
usrah itu sangat penting, tarbiyyah amat diutamakan. Sehingga ada dalam kalangan jamaah yang kegiatannya hanyalah tarbiyyah dan tiada
yang lain. Sedangkan tarbiyyah ibarat workshop atau bengkel untuk pembaikan dan penambahbaikan supaya keluar dan berprestasi.

Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan
menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah ibadah, qiamulail, kelas hafazan, tazkirah, kuliah agama dan usrah. Lebihkan aktiviti berbentuk
agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu
dan tarbiyah kepada para pelajar.

Semua guru sama ada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu menasihati, mendidik,
membentuk dan mengasuh jiwa para murid/ pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa sahsiah Islam dan akan menjadi
contoh dan ikutan para pelajarnya.

Kesimpulannya, guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah
digariskan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai. Justeru itu,
kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan pelaksana kurikulum
dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan
tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan
formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.
Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih lebih lagi dalam membentuk
sahsiah pelajar. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU. SAYA BANGGA MENJADI GURU!!

Wabillahi taufiq walhidayah. Wasssalamualaikum wbt.

HJ. ABD RAHMAN B. MOHD YASIN
Ketua Pengarah, Yayasan Takmir Pendidikan
10 Mei 2016/ 03 Syaaban 1437H

Unik, Cemerlang & Terbilang 5

PERISTIWA

PERTANDINGAN MEWARNA IHTIFAL AKADEMIK KEBANGSAAN SAMBUTAN HARI GURU SERI AD-DINIAH
(11-14 MAC 2016 - MRSM, JOHOR BAHRU) (25 MEI 2016 - PULAU PINANG)

MOU DENGAN YUAI INTERNATIONAL SCHOOL AHLI ROMBONGAN BERSAMA PELAJAR SUIRAN HIGH SCHOOL
(8-15 APRIL 2016 - TOKYO, JEPUN) (8-15 APRIL 2016 - YOKOHAMA, JEPUN)

SEMI SEREMBAN JUARA KESELURUHAN IHTIFAL AKADEMIK PRINGKAT MENENGAH (11-14 MAC 2016 - MRSM, JOHOR BAHRU)

BENGKEL GURU PAKAR MATEMATIK SERI AD-DINIAH P.PINANG MENJUARAI ACARA CHORAL SPEAKING
(19-20 MEI 2016 - HOTEL KK, KAJANG) (11-14 MAC 2016 - IHTIFAL AKADEMIK MRSM, JOHOR BAHRU)

6 Unik, Cemerlang & Terbilang

PERISTIWA

MULTAQA STAF 2016 (26 MAC 2016 - HOTEL MANDARIN COURT, KL) BENGKEL PEMURNIAAN TERMA RUJUKAN ToR YTP 2016
(5 MAC 2016 - ANJUNG RAHMAT)

KURSUS KEWANGAN ANJURAN YTPN KEDAH AHLI PANEL BUKU TEKS (17-19 MEI 2016 - KK HOTEL, KAJANG)
(23 APRIL 2016 - SEMESTI, KEDAH)

SAMBUTAN HARI GURU SEMI SG RAMAL SUKAN SERI AL-UMMAH CHEMOR
(26 MEI 2016 - DEWAH KDH, SG RAMAL KAJANG) (22 MEI 2016 - CHEMOR, PERAK)

SAMBUTAN HARI GURU DI SERI SEREMBAN TEAM BUILDING GABUNGAN STAF TAHFIZ, SERI SG. RAMAL, YTP DAN TAKMIR FOOD
(21 MEI 2016 - SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN) (15-17 APRIL 2016 - PNK SEPANG, SELANGOR)

Unik, Cemerlang & Terbilang 7

KURSUS KEWANGAN UNTUK STAF KEWANGAN YTPN KEDAH KENAZIRAN

Kursus tersebut telah dijalankan pada 23 April 2016 bertempat di bilik Mesyuarat Sek. Men. Bermula pada tahun ini, Yayasan Takmir
Sains Tahfiz Alor setar (SEMESTI). Seramai 16 orang staf kewangan telah menyertai kursus ini Pendidikan telah mengambil inisiatif secara
terdiri daripada staf SERI Alor Setar, Sek. Darul Maarif Sg Petani, SEMESTI, WADAH, ABIM serius tentang kenaziran sekolah untuk
dan TASKI. memantau, membimbing dan memberi
cadangan penambahbaikan di dalam aspek
Kursus ini telah memberikan asas pengendalian akaun dan polisi kewangan YTP. Program PdP guru-guru, kebersihan, keceriaan dan
ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Samian bin Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah keselamatan, kewangan, pentadbiran dan
Pentadbiran & Kewangan. aspek kecemerlangan sekolah.

KURSUS PEMBANGUNAN KUMPULAN (TEAM BUILDING)

Yayasan Takmir Pendidikan telah Bahagian Akademik dan Pengurusan Sekolah
menganjurkan kursus Pembinaan YTP telah membentuk satu pasukan agar
Kumpulan pada 15-17 April 2016 kenaziran ini dilakukan secara berterusan
bertempat di PNK Resort, Bagan di SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ yang telah
Lalang, Sepang, Selangor. Seramai dijadualkan. Kenaziran bermula untuk tahun
41 orang peserta terdiri daripada 2016 ini pada 10-12 Mei di SERI Indera
staf Yayasan Takmir, Kelas Tahfiz, Mahkota, Kuantan, Pahang. Jemaah Nazir
SERI/SEMI Sg. Ramal dan Staf Yayasan Takmir iaitu Tn. Hj. Mohamad b.
Takmir Food & Catering Sdn Bhd. Abu Daud (Ketua), Hj. Samian Ali, Hj. Khalil
Kursus ini telah dikendalikan oleh Jali, Sdr. Suhaili b. Husin dan Pn. Nur Jannah
Best Mind Management yang bt Keman. Sesi Refleksi pada sesi terakhir
diketuai oleh Ustaz Hj. Razak Bin diadakan bersama YBhg. Ustaz Ashaari
Aripin. b. Mohd. Yatim (Mudir) bersama guru-
guru. Pada sebelah malam pula diadakan
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan nilai-nilai peribadi luhur dan berkebolehan pertemuan dengan jemaah WAP dan melawat
mengaplikasikan dan berinteraksi dalam kumpulan kerja. Selain daripada itu untuk melahirkan tapak Kompleks SERI/SEMI yang dalam
pekerja yang bekebolehan memimpin, menggembleng dan menggerakkan kumpulan kerja ke pembikinan dan kerja-kerja tapak. Kompleks
arah mencapai visi, misi dan objektif organisasi. ini dijangkakan siap pada tahun 2018.

Selama 3 hari 2 malam para peserta kursus telah diberi latihan dalam bentuk kuliah, Latihan
Dalam Kumpulan (LDK), riadhah dan penyelesaian masalah di lapangan serta tazkirah. Setiap
kumpulan telah diberi tugasan untuk memberi tazkirah di antara waktu Maghrib dengan Isya’
dan selepas solat subuh.

Pada umumnya semua program yang dijalankan amat bermanfaat dan memberi kesedaran
kepada para peserta. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan mereka mempunyai
kesediaan untuk berubah ke arah menjadi pekerja yang lebih baik dan mendapat keredhaan
Allah S.W.T.

SENARAI NAMA PENGERUSI YTPN STATISTIK TASKI 2016

BIL NEGERI NAMA PENGERUSI BIL NEGERI BIL. BIL. BIL.
1. JOHOR PROF. MADYA AZMI SHAH B. SURATMAN TASKI PELAJAR GURU

2. KEDAH HJ. ABDUL GHANI B. ISHAK 1. KEDAH 21 474 36

3. KELANTAN KAMARULZAMAN B. MOHD KUTTY 2. P.PINANG 13 404 33

4. MELAKA USTAZ MOHD AZMI B. ARIFFIN 3. PERAK 40 1377 83

5. NEGERI SEMBILAN DR. ABD. HALIM B. MUHAMMAD 4. SELANGOR 54 2848 172

6. PAHANG DR. MOHD AFFENDI B. AWALUDDIN 5. NEGERI SEMBILAN 15 308 33

7. PERAK HJ. MOHD NASIR B. KAMARUDIN 6. MELAKA 2 37 4

8. PERLIS DR. MOHD ARSHAD B. HJ. TAIB 7. JOHOR 3 83 6

9. PULAU PINANG HJ. MUHAMMAD ZAKI B. HJ. RAFIE 8. PAHANG 13 293 29

10. SABAH ABDUL MANAP B. MAHMUD 9. TERENGANU 6 303 27

11. SARAWAK USTAZ ZAMRI B. MOHAMMAD 10. KELANTAN 21 783 86

12. SELANGOR HJ. ISMAIL B. CHE KU 11. SABAH 19 716 50

13. TERENGGANU HJ. MAHAMUD B. OMAR 12. SARAWAK 15 1094 75

14. WILAYAH PERSEKUTUAN USTAZ HAMID B. JUSOH JUMLAH 222 8720 634

8 Unik, Cemerlang & Terbilang


Click to View FlipBook Version