At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang
Keluar an 26/2(2019) E dar an D ala man JUN 2019
OBOR PENDIDIKAN JAMAAH
UCAPAN HARI GURU PENGERUSI ALPYTP
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
Petikan di atas adalah sebahagian daripada
bait-bait dalam puisi A.Samad Said,
sasterawan negara pada 1988 yang bertajuk
‘Obor hemah’. Begitulah semangat tema Hari
Guru Kebangsaan yang diangkat pada tahun
ini; “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”.
Dalam puisi ini, Pak Samad menukilkan
kepentingan tugas hakiki keguruan adalah
untuk menyemai rasa cinta terhadap ilmu
yang akhirnya mencerminkan hikmah dalam
kehidupan setiap anak bangsa. Kehidupan
yang dimaksudkan tersebut sudah tentunya
kehidupan yang bermanfaat kepada
kemenjadian seluruh bangsa itu sendiri.
Dalam manhaj pendidikan yang diajar
baginda Rasulullah SAW, aspek dan prinsip
pendidikan nilai adalah menjadi keutamaan.
Prinsipnya adalah pembentukan akhlak yang terbaik. Ini dapat disokong dalam beberapa hadis yang mengukuhkan bahawa pembentukan
budi pekerti itu adalah tujuan nabi diutuskan.
Dalam usaha mengangkat semula pendidikan hikmah dalam amalan pembelajaran dan pengalaman persekolahan, beberapa istilah
yang seerti seperti Pendidikan Karakter, Pendidikan Moral dan Budi Pekerti, Pendidikan Sosial dan Emosional, dan sebagainya perlu
diketengahkan dan diarusperdanakan.
Dalam Al-Baqarah, ayat 129 “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah
(kebijaksanaan) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana”, dan daripada ayat ini juga menjelaskan tugas baginda sebagai seorang guru.
Jelas sekali, dalam pendidikan ummatik, bagi mengangkat suatu jiwa dan bangsa, memerlukan kekuatan guru bagi menghadamkan
inti utama pendidikan itu sendiri, iaitu hikmah, yang merupakan kunci kepada pemberdayaan, dan kunci kepada keunggulan. Justeru,
menjadikan pendidikan sebagai agenda utama negara, dan agenda utama organisasi dakwah seperti ABIM merupakan suatu yang terus
relevan dalam menjayakan pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara.
Selamat Hari Guru
#TerimaKasihCikgu
Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim
Pengerusi
Yayasan Takmir Pendidikan
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
PERUTUSAN HARI GURU 2019
HJ. ABD. RAHMAN MOHD YASIN - KETUA PENGARAH YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Kita memohon taufiq dan ‘inayah dari Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan
nikmat-Nya kepada kita semua, bagi meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak bangsa ke arah meninggikan martabat insan sebagai makhluk
Allah yang bersyukur. Selawat dan salam ditujukan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Semoga semuanya sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT. Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi penghargaan dan “Selamat Hari
Guru” khas ditujukan kepada guru-guru di bawah naungan Yayasan Takmir Pendidikan atas segala curahan ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang
tahun. Semoga Allah S.W.T mengurniakan mereka sebaik-baik ganjaran atas segala jasa baik yang diberikan.
Gagasan pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Al Hikmah telah mula diutarakan sejak awal tahun 2000-an, namun pemahaman untuk
pelaksanaan kurang difahami dan hanya dapat dituntaskan akhir-akhir ini. Gagasan mula diungkapkan Prof Dato’ Dr Sidiq Fadzil, Pengerusi Lembaga
Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Presiden Kolej Dar Al Hikmah yang juga merupakan Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan 2018.
Beliau menegaskan bahawa Pendidikan al-Hikmah adalah satu penjenamaan yang diilhamkan dari pesan-pesan bijaksana Luqman al-Hakim seperti
yang terungkap dalam ayat 12-19 surah Luqman. Dengan kurnia al-hikmah beliau menyerlahkan garis-garis besar pendidikan rabbani dalam rupa
pesan-pesan kependidikan seorang ayah kepada anaknya. Pesan-pesan tersebut terumus dalam tiga komponen utama: ‘aqidah, syari’ah dan akhlak.
Pendidikan Luqmani bukan teori sarjana dunia, tetapi suatu pancaran al-hikmah dalam pengertian ilmu tahap tinggi kurniaan Ilahi kepada hamba pilihan-
Nya. Justeru, pesan-pesan kependidikan Luqman al-Hakim tersebut harus dibaca dengan tahap tadabbur yang tajam dan mendalam untuk memahami
makna yang tersurat dan menangkap mesej yang tersirat.
Sekurang-kurangnya terdapat 14 nilai al-Hikmah dari Surah Luqman: 12-19 iaitu hikmah, syukur, kasih sayang, tauhid, keadilan, al-birr, ilmu, inabah,
ikhlas/muraqabah, amal/ibadah, kema’rufan, sabar, akhlak/adab dan seni/estatik. Dalam Buku Panduan Perlaksanaan Pendidikan al-Hikmah, kerangka
pelaksanaannya memasukkan nilai-nilai al-Hikmah, untuk menjadikan sekolah ummatik, membina kemahiran insaniah dan memberi pembelajaran
bermakna melalui pendidikan Abad Ke-21. Dari sini diharapkan karakter al-Hikmah akan dapat dibina. Sembilan karakter al-Hikmah yang ditekankan
oleh YTP ialah budaya al-Qur’an, ummatik, adab dan bakti, berilmu, kepimpinan, harakiy, istiqamah dan iltizam, budi dan lestari. Pengurusan pusat
pendidikan akan menerapkan Falsafah Pendidikan al-Hikmah dalam kurikulum, ko-kurikulum dan latihan kaderisasi.
YTP sentiasa memahami, menghurai dan menambahbaik pelaksanaan Pendidikan Al Hikmah. Seluruh warga besar pendidikan jamaah yang terdiri dari
Ali Lembaga Pengarah YT Pusat, YT Pendidikan Negeri, Lembaga Pengelola Sekolah, Pengurusan Pusat Pendidikan, guru, staf, murid dan ibubapa
akan dapat menerima kesan langsung daripada pelaksanaan Pendidikan Al Hikmah ini. Di samping itu, masyarakat umum dan negara akan turut
merasakannya kerana natijah dari program besar ini ialah mewujudkan warga negara yang berilmu, berhikmah, berketrampilan, beriltizam dengan nilai
kesalihan dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta kebaktiannya sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
Beberapa aktiviti lain seperti kursus asas perguruan, inovasi, kursus-kursus induksi, kaunseling dan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) akan
berasaskan kepada pelaksanaan Pendidikan al Hikmah. Sementara itu, kurikulum, silibus dan huraian silibus serta buku teks subjek agama bagi Seri
diubahsuai berasaskan Pendidikan al-Hikmah. Turut diubahsuai ialah isi kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kementerian
Pendidikan Malaysia agar memenuhi Falsafah Pendidikan Al Hikmah serta buku teks untuk Taski. Dengan ini diharapkan sahsiah pelajar akan terbina
dengan karakter positif yang dipelajari dan mula diamalkan di pusat pendidikan ABIM dan dikembangkan di rumah dan dalam pergaulan harian, yang
akhirnya akan menghasilkan warga negara lebih unggul dengan sahsiah yang baik pada diri, keluarga dan masyarakat.
Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau
perwatakan seseorang. Dalam dunia pendidikan, elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia dapat membentuk jati diri
yang tinggi. Pelaksanaan Pendidikan Al Hikmah akan dapat memarakkan nilai murni dan etika yang diinginkan. Guru merupakan insan yang paling rapat
dengan murid ketika mereka berada di sekolah. Pelbagai penambahbaikan yang telah diterima oleh golongan guru diharap dapat memberi suntikan
semangat agar guru sentiasa bersedia menerima perubahan dan berani meneroka idea dan inovasi baharu, melaksanakan tugas dengan efektif,
berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi. Guru juga berperanan membentuk murid agar berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang baharu, mempunyai daya tahan dan berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik. Di samping itu, selaku
warga pendidik, kita perlu melestarikan pembangunan profesionalisme keguruan melalui nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan
profesional keguruan bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan negara
Guru sebagai pemimpin anak bangsa, seharusnya menjaga keperibadian dan menjadi contoh kepada insan lain dengan mengamalkan ilmu yang tersemat
di dada. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya
mempunyai kedudukan mulia yang tersendiri dalam masyarakat, sentiasa disegani dan dipandang tinggi. Perjuangan guru tetap berterusan dan
merupakan satu perjuangan yang mencabar. Jadi, teruskanlah khidmat baktimu yang mulia ini. Terima kasih Cikgu dan sekali lagi saya mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU.
SAYA BANGGA MENJADI GURU!!
Wabillahi taufiq walhidayah. Wasssalamualaikum wbt.
HJ. ABD RAHMAN B. MOHD YASIN
Ketua Pengarah - Pendidikan
Yayasan Takmir Pendidikan
22 April 2019/ 16 Syaaban 1440H
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
MAJLIS IFTAR PERDANA WAP
Bangi – 16 Mei 2019. Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM, Kolej Dar Al-Hikmah dan agensi ABIM di adakan di Hotel Tenera Bangi,
Selangor. Majlis Iftar ini telah mengumpulkan warga WAP di seluruh Malaysia. Ramai barisan pemimpin utama hadir memeriahkan majlis
Iftar ini iaitu Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Y.B. Tn Hj. Anuar b. Tahir (Timb. Menteri Kerjaraya), Prof. Dr. Siddiq Fadhil (Pengerusi Majlis
Isytihari), Dato’ Dr. Redzuan Osman (Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan), Tn. Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman (Presiden WADAH), Tn.
Hj. Mohd. Raimi Rahim (Presiden ABIM), Muhammad Nor Iman b. Hj. Khudus (Presiden PKPIM), Senator Tn. Hj. Ahmad Kasim (Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. Jumlah kehadiran dianggarkan 1000 orang.
Tn. Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman (Presiden
WADAH Pencerdasan Umat) memberi ucapan
aluan dalam majlis ini. Beliau menyarankan
supaya kita melihat masa depan, Al-Qur’an
menekankan konsep optimisme, bukannya
pesimisme. Beliau mengungkapkan kisah
Suraqah bin Malik berkaitan kemenangan
perang dan menakluk Kerajaan Parsi
seperti yang digambarkan oleh Rasulullah
SAW bahawa satu hari nanti, Suraqah akan
dipakaikan dengan pakaian Raja Kisra serta
gelang milik Raja Parsi. Presiden WADAH itu
juga menyorot sejarah penubuhan Yayasan
Anda penglibatan para aktivis ABIM termasuk
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan sekolah swasta
Islam pada awalnya dari penubuhan TASKI,
SERI dan SEMI dan bercita-cita ke peringkat tinggi untuk membina sebuah universiti dengan bermulanya KDH sebagai institusi pengajian
tinggi sebagai perjuangan melahirkan pejuang-pejuang umat, scholar activists yang hidupnya mengakar kepada perjuangan rakyat dan
mengangkat martabat umat. Beliau mengingatkan kepada ahli jamaah supaya menekad azam dan mestilah optimism untuk mengecapi
kejayaan di masa hadapan.
Selepas Iftar dan solat Magrib
berjemaah, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim menyampaikan pidatonya
dengan mengungkapkan bahawa
PKPIM dan ABIM satu ketika dulu
berkembang sangat baik dengan
meletakkan asas ilmu pendidikan
sebagai keutamaannya. Yayasan
Anda Akademi dan lain-lainnya
ditubuhkan antara lain matlamatnya
adalah untuk memberi revolusi
mental kepada rakyat dengan baik.
Pendidikan awal di institusi tersebut
memberi rangsangan untuk para
aktivis dakwah terlibat dalam
pemikiran semasa, selain daripada
asas program yang dilaksanakan
seperti usrah, tamrin, qiamullail dan
lain-lain seumpamanya.
Beliau juga mengulas, ABIM kini sudah tentu lain tumpuannya daripada zaman beliau dahulu. Namun harus memberi tumpuan kepada
aspek nilai dan etika. Kita mesti menghargai peranan semua ahli gerakan ini khususnya apabila berada dalam keadaan susah. Kumpulan
teras yang bertahan hingga sekarang yang turut bersama beliau dalam perjuangan yang murni ini, sangat dihargai. Kerangka perjuangan
yang lebih luas mestilah diberikan keutamaan. Usaha berterusan mestilah dilakukan dengan memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan
hal isu semasa.
Laporan : Nur Jannah Keman
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
IFTAR AMAL PERDANA MEMBENTUK JARINGAN DI ANTARA INSTITUSI
PENDIDIKAN ISLAM SWASTA
Majlis Iftar Amal Perdana telah diadakan
pada 19 Ramadhan 1440H bersamaan
24 Mei 2019 bertempat di Bora Ombak
Marina, Putrajaya. Majlis ini anjuran MAHA
Consultants bersama institusi pendidikan
Islam swasta Malaysia iaitu:
a. Yayasan Takmir Pendidikan bersama
SRI Seremban, SERI Al Huda Gombak,
SERI/SEMI Sg. Ramal dan TAHFIZ Bangi.
b. Yayasan Pendidikan Islam Aman,
Kelantan.
c. Institusi Pendidikan Hira’ Kelang.
d. Sekolah Rendah Ibnu Kathir, Gombak,
e. Sekolah Rendah/Menengah Ibn
Khaldun, Shah Alam.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran
Y.B Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dan pemimpin-pemimpin pusat pendidikan Islam yang terlibat serta beberapa
artis jemputan yang menjayakan
penganjuran Iftar ini. Pihak YTP
diketuai oleh Encik Radin Muhd
Imadudin b. Radin Abdul Halim,
pengeusi Lembaga Pengarah YTP.
Jumlah kehadiran dianggarkan 800
orang.Majlis Iftar ini mempunyai
serampang dua mata iaitu (1)
menjalin hubungan dan jaringan
di antara sekolah dan institusi
pendidikan Islam swasta (2) Mencari
dana untuk keperluan sekolah
masing-masing dengan penjualan
meja kepada para penderma.
Penganjuran Iftar ini merupakan
satu sejarah penting, di mana
beberapa buah sekolah dan institusi
pendidikan Islam swasta di Malaysia
telah berada di bawah satu bumbung
bagi menjayakan majlis Iftar
secara bersama ini. Semasa sesi
Townhall, Y.B. Menteri Pendidikan
telah memberi pandangan kepada
pemimpin sekolah/institusi
pendidikan Islam swasta supaya
memikirkan bagaimana sekolah/
institusi terus “Relevant and
sustainability” pada masa hadapan.
Dengan penganjuran majlis Iftar ini,
perlu ada usaha-usaha susulan bagi
mewujudkan hubungan strategik
yang boleh memberikan keuntungan
dan faedah bersama.
Laporan: Samian Mohd Ali
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
KURSUS BIMBINGAN INSTRUKSIONAL
Kursus Bimbingan Instruktional (1) YTP 2019 anjuran Akademi Latihan Kepimpinan dan Pendidikan (ALKP) telah dijalankan
pada 23–25 April 2019 di Institut Aminuddin Baki Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembila Darul Khusus. Kursus ini disertai
oleh 62 peserta yang terdiri daripada GPK 1 dan tenaga pengajar yang berpengalaman untuk dilantik sebagai Pasukan
Pembimbing Instruktional (PBI). Objektif kursus ini ialah untuk membentuk Pasukan Pembimbing Instruktional (PBI)
YTP-Zon, merancang strategi PBI YTP 2019, memberi kefahaman pembelajaran Bermakna dalam Pendidikan, memberi
kefahaman Professional Learning Community (Tools) dan melaksanakan Pemantauan Pendidikan Al-Hikmah – RPH.
Antara penceramah yang dijemput iaitu Pn. Hjh. Rohana Kamaruddin (Pengarah ALKP), Tn. Hj. Mohd Naim M. Noor (Timb. ALKP), Tn.
Hj. Mustafar Abdul Majid (Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik), Tn. Hj. Musleh Yunos (Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam),
Dr. Syafinaz A. Maulod, Pn. Nurain dan Pn. Siti Hadijah Alwi (Pensyarah Institut Aminuddin Baki). Majlis penutupan disempurnakan
oleh Ketua Pengarah YTP Hj. Abd Rahman Mohd Yasin. Kursus lanjutan siri 2 Insya Allah akan diadakan pada akhir tahun ini.
Laporan: Mohd Fitri Amir
Meja Editor
HARI GURU, PUASA DAN HARI memerlukan daya kreativiti dan inovasi bagi menyuci dan memurnikan nafsu kita untuk
RAYA memastikan pengajaran dan pembelajaran kembali semurni-murninya iaitu dalam
lebih berkesan. keadaan fitrah. Oleh itu di samping kita
Pihak Kerajaan telah menetapkan bahawa Justru Yayasan Takmir Pendidikan kini terus berpuasa marilah kitan banyakkan amalan
tarikh 16 Mei setiap tahun adalah sebagai berusaha untuk meningkatkan kemahiran sunat seperti solat sunat Dhuha, Rawatib,
Hari Guru di Malaysia. Sambutan Hari guru-guru dalam pelbagai aspek dengan Tarawih, Qiamullail serta tadarus al-Quran.
Guru ini adalah sebagai penghargaan menganjurkan berbagai kursus dan latihan Semoga kita semua menjadi orang-orang
kepada guru/cikgu yang bertungkus lumus supaya guru-guru mempunyai pengetahuan bertakwa sebagaimana firman Allah “ Wahai
menddidk anak bangsa ke arah kejayaan dan kemahiran yang mencukupi untuk orang-orang beriman diwajibkan ke atas
yang sebenar. melahirkan anak-anak didik yang berguna kamu berpuasa sebagaimna diwajibkan
kepada agama, bangsa dan negara. atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
Tema sambutan Hari Guru tahun 2019, bertakwa” (al-Baqarah ayat 185)
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Sempena Hari Guru, kita ucapkan
“GURU OBOR HEMAH MENYINARI penghargan dan terima kasih kepada semua Selepas selesai menjalani kewajipan
PERTIWI”. Dalam tema ini guru digelar guru TASKI, TAHFIZ, SERI DAN SEMI di bepuasa bulan Ramadhan umat Islam akan
sebagai obor hemah bagi menggambarkan atas jasa dan pengorbanan mereka. menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai
tentang kemuliaan, keikhlasan, tanda kesyukuran kepada Allah SWT
pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, Dalam bulan Mei tahun ini juga, umat Islam setelah menjalani ujian dan jihad melawan
peranan dan komitmen dalam profesion seluruh dunia menjalani kewajipan puasa nafsu selama sebulan.
keguruan. di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan
merupakan bulan yang istimewa bagi umat “SELAMAT HARI GURU”
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi Islam. Ia mempunyai banyak kelebihan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru berbanding dengan bulan-bulan lain. Bulan
dalam mendidik dan pembinaan akhlak ini juga dikenali sebagai “Shahrul al-Jihad” Hj. Samian Mohd Ali
yang terbaik. Tugas guru pada masa kini iaitu berjihad melawan hawa nafsu sendiri.
adalah semakin mencabar yang mana Jihad melawan nafsu bertujuan untuk
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
MESYUARAT GURU BESAR / MPYTP
MUTIARA HIKMAH
Hai anakku! Sesungguhnya Majlis Pengurusan Yayasan Takmir Pendidikan (MPYTP) telah diadakan pada 9-10 April 2019 di
jika ada (amal-amal) Yayasan Takmir Pendidikan, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Slot YTP dimulakan dengan pesan-
itu sebesar biji sawi pesan Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj. Abd. Rahman Yasin diikuti oleh taklimat kursus Bimbingan
Instruktional KPGB-Zon oleh Pn Hjh. Rohana Kamarudin. Tn. Hj. Mohd. KhailaniAbd Jalil, Pengarah
(sekalipun), biar adanya Akademik telah berkongsi input tentang Kepimpinan Mencipta Kecemerlangan Sekolah selama
didalam batu, atau dilangit, satu jam. Manakala Modul Kelas Tiada Peperiksaan Tahap 1 sekolah rendah diberi oleh En. Amran
ataupun dibumi, nescaya b. Anuar, Pegawai Pendidikan, Bhg. Akademik, Pejabat Daerah Pendidikan Hulu Langat, Selangor.
Allah akan tunjukkan Post Mortem Ihtifal Sukan (MISSAK) Ke-XIX telah diadakan di sebelah malam hingga keesokkan
(memperlihatkannya). hari. Mesyuarat post mortem dimulakan oleh Tn Hj. Samian Ali, Pengerusi Induk MISSAK dan
Sesungguhnya Allah Maha Ust. Mohd. Fadzil b. Zakaria, selaku Pengerusi Pelaksana membuat pembentangan hasil dari post
Halus lagi Maha Mengetahui. mortem di peringkat tuan rumah. Slot terakhir adalah pembentangan kertas cadangan Majlis Ihtifal
(Lukman al-Hakim) (Akademik) Kebangsaan Sekolah-sekolah ABIM (MIKSA) Ke-XX oleh Ust. Nazzil Saifuddin b. Abd.
Rahim, KPE, SERI/SEMI Sg. Ramal, Kajang yang bakal menjadi tuan rumah IKSA 2020.
Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin Laporan : Nur Jannah Keman
Ketua Editor MESYUARAT PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN AL-HIKMAH
Hj. Samian Mohd Ali
Editor Kerja
Hjh. Nur Jannah Keman
Suhaili Husin
Khairani Thanin
Noraila Abd. Rahman
Mohd Fitri Amir Shoodi
Nur Sahirah Zulkifli
Muhammad Afif Rahimi
Susunatur Grafik Mesyuarat Pertandingan Inovasi Pendidikan Al-Hikmah SERI/SEMI, Yayasan Takmir Pendidikan
Khairul Anuar dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi telah diadakan
pada 19 Jun 2019 di IPG. Dari pihak IPG dihadiri oleh Dr. Mohamad Husin b. Mohamad Yusof
Penerbit (Pengarah IPG), Timbalan Pengarah IPG, Tn. Hj. Mohd. Musleh Yunus Ketua Jabatan Inovasi,
Yayasan Takmir Pendidikan Ketua Pendidikan Islam dan Moral, Ketua Jabatan Akademik, Ketua Jabatan Bahasa Arab, Ketua
Jabatan Penyelidikan, Inovasi & Profesionalisme Keguruan dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan.
No. 21 Jalan 7/1B,
Seksyen 7, Manakala dari pihak YTP diwakili oleh Tn. Hj. Khailani Abd. Jalil (Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan), Pn. Hjh. Nur Jannah Keman (Pen. Pengarah Program) dan pegawai-pegawai YTP.
43650 Bandar Baru Bangi Mesyuarat ini telah bersetuju untuk pihak IPG mengadakan tiga showcase, mengadakan MoU
Emel: kedua-dua pihak, persediaan tempat, keraian, jamuan dan keperluan pertandingan.
[email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Fax: 03-89201788
Laporan : Nur Jannah Keman
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
KURSUS LATIHAN TATA JAMAAH
Kursus Latihan Tata Jamaah (LTJ) 2019 Negeri Kedah telah diadakan pada 11-13 April 2019 di Bendang Man Resort, Sik, Kedah. Seramai
169 peserta terdiri daripada seluruh Pusat Pendidikan ABIM negeri Kedah meliputi TASKI, SERI Alor Setar, SERI Al-Maarif Sg. Petani dan
SEMESTI Alor Setar. Program ini juga melibatkan ahli-ahli WAP negeri dan pekerja am di institusi tersebut. Mereka yang terlibat memberi
pengisian dari pihak Negeri Kedah ialah Cikgu Haron Mat Isa di dalam kuliah subuh bertajuk: Integrati petugas Jamaah, YDP ABIM Negeri
Kedah, Ust. Zul Azri Mohd Sani dan Pengerusi YTP Negeri Kedah, Ust. Amir Mohd Nason.
Dalam perasmian penutup
oleh Pengerusi Syura
Negeri, merangkap Speaker
Dewan Undangan Negeri
Kedah, Dato’ Ahmad bin
Kasim menyorot penglibatan
beliau sejak awal lagi dalam
menubuhkan beberapa
institusi-institusi pendidikan
ABIM di negeri Kedah.
Penceramah yang mengisi
dua slot utama LTJ ialah Hj.
Khailani Abd. Jalil tentang
sejarah ABIM dan Hj. Yunus
Aminuddin tentang misi dan
visi sekolah perjuangan.
Jurulatih terdiri daripada Hj.
Fairus Abu Bakar, Hjh. Nur
Aizan Ismail, Hjh. Adibah
Ahmad dan Ust. Mohd Naim Mohd Noor.
Secara keseluruhan kursus LTJ ini memberi kesan yang sangat baik dari segi hubungan baik di antara para peserta dan kerjasama yang
mesra dan mantap. Diharapkan gerak kerja dakwah dalam pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terlibat akan menghasilkan
generasi yang lebih cemerlang, gemilang dan menjadi pemimpin ummatik.
Laporan: Ust. Mohd Naim
Unik, Cemerlang & Terbilang 7
PERISTIWA
IFTAR JAMAIE DAN KHATAM QURAN SERI AL-UMMAH TAIPING MAJLIS IFTAR PERDANA SERI AL-UMMAH CHEMOR
(24 MEI 2019) (24 MEI 2019)
AHLI PANEL MENANDA KERTAS SOALAN SPRA
(15-18 APRIL 2019)
MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANAK-ANAK SRI JOHOR BAHRU
(23 MEI 2019)
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH KETUA PENGARAH YTP PROGRAM LADAP PAK 21 DAN PROFESIONALISME GURU DI
DI MAJLIS IFTAR PERDANA SRI SEREMBAN SERI KUANTAN PAHANG
(23 MEI 2019) (13 APRIL 2019)
PENERIMA ANUGERAH HARI GURU 2019 SERI SG. RAMAL KAJANG
(8 MEI 2019)
MAJLIS KHATAM QURAN YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN
(28 MEI 2019)
MAJLIS PENYERAHAN WAKAF REHAL DARIPADA ALUMNI SERIAS 1994-2005 PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
DI DEWAN SHEIKH NIAMAT YUSOF DI SERI KUANTAN PAHANG
(15 MEI 2019)
Unik, Cemerlang & Terbilang 9
SUKAN TASKI
Pada 28 April 2019 (Ahad), Pn. Khairani bt. Thanin selaku Timbalan Pengarah TASKI telah merasmikan Program Sukan Tahunan TASKI
anjuran 5 buah rakan TASKI sekitar daerah Bangi, Sepang dan Puchong iaitu TASKI DAR MUMTAZ, TASKI BESTARI AL-HIKMAH, TASKI
AWATIF, TASKI KHALIFAH BESTARI dan TASKI BESTARI MAWADDAH. Sukan TASKI kali ini telah diadakan di Dewan Sawit MPOB.
Seramai lebih 100 orang murid TASKI menyertai sukaneka tersebut dan dihadiri hampir 300 orang termasuk ibubapa dan staf TASKI
masing-masing. Program berjalan lancar hingga ke penghujungnya dan setiap murid TASKI mendapat hadiah kemenangan masing-
masing.
Laporan: Khairani
MAJLIS IFTAR TASKI
Yayasan Takmir-TASKI telah menerima banyak jemputan ifthar dari TASKI-TASKI berdekatan ibu pejabat. Antara jemputan yang telah
dihadiri adalah TASKI Awatif, Sepang pada 11 Mei 2019 yang diadakan di Dewan Gemilang, Kolej Mara Beranang bermula jam 4 petang
hingga 9 malam. Majlis ifthar ini bertemakan konsep ‘Wedding’ yang diwakili oleh Hj. Samian Mohd Ali (Timbalan Ketua Pengarah) dan
Hj. Muhamad Khailani Abd Jalil (Pengarah Akademik). Manakala Majlis ifthar TASKI Al-Furqan, Bandar Enstek yang diadakan di TASKI
tersebut telah diwakili oleh Hj. Muhamad Khailani Abd Jalil (Pengarah Akademik). Majlis diserikan lagi dengan khatam Al-Qurán oleh anak-
anak TAHFIZ Al-Furqan. Majlis bermula jam 5.30 petang dan berakhir hingga 8.30 malam.
Laporan: Khairani
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
PENAZIRAN TASKI MALAYSIA
Pengurusan YTP telah menjalankan penaziran TASKI ke beberapa negeri. Sehingga Mei 2019, tiga negeri telah selesai dibuat penaziran
iaitu Kelantan, Sabah dan Selangor. Tujuan penaziran adalah untuk melihat pelaksanaan aktiviti sesebuah TASKI sama ada mematuhi
peraturan dan piawaian yang ditetapkan atau sebaliknya. Di samping itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara YTP dengan
TASKI serta membantu dalam meningkatkan pengurusan dan kualiti TASKI.
Pihak TASKI yang dilawati telah menyatakan penaziran serupa ini adalah sangat baik dan perlu diteruskan pada masa hadapan untuk
kemajuan TASKI yang lebih cemerlang.
Laporan: Khairani
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
CSR SISWAZAH UKM MELALUI KTU ON-LINE
Kelas Tahfiz Ummah (KTU), Bangi telah memulakan pembayaran sambungan internet jika berlaku kerosakan atau diserang virus.
yuran dan lain-lain bayaran melalui sistem on-line. Projek
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sekumpulan 10 orang Antara faedah yang boleh didapati dari sistem ini ialah ianya
siswazah yang sedang mengikuti Sarjana Pentadbiran Perniagaan memudahkan para ibubapa membuat bayaran yuran, status
(MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia memungkinkan hal ini tunggakan bayaran, memberi sumbangan atas talian kepada
terlaksana. Pengalaman dua orang siswazah berkenaan yang pelajar miskin dalam masa yang sama menggalakkan masyarakat
juga merupakan bapa kepada murid KTU, mencetuskan idea memberi sumbangan dan tajaan.
untuk membuat projek ini. Antara beberapa masalah lumrah yang
dihadapi dalam pembayaran secara manual ialah: Majlis pelancarannya telah diadakan pada pagi Sabtu 22 Jun
2019, di Surau Abdul Rahman Auf, Bandar Baru Bangi, yang
1. Rekod bayaran tidak dijumpai, sama ada data tidak dimasukkan, merupakan Pejabat KTU Bangi 3 dan disempurnakan oleh YB
buku resit hilang atau komputer terkena virus. Hj. Mazwan Johar, ADUN Kawasan Sungai Ramal. Beliau amat
menyanjung tinggi kepada pihak UKM yang membuat projek CSR
2. Perlu masa dan usaha untuk tulis buku resit, memindah ini di kawasannya. Beliau juga memohon supaya pihak UKM dapat
maklumat, menyelaras maklumat bayaran tertunggak dan menambahkan lagi beberapa projek CSR untuk dimanfaatkan oleh
membuat laporan kutipan. banyak pihak seperti rumah kebajikan, pusat komuniti dan rumah
anak yatim. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Prof.
3. Sukar mengutip 100% yuran dan bayaran lain kerana Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor UKM (Hal Ehwal
kesukaran memantau kutipan dan perlu sentiasa membuat Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof. Dr. Rasidah Mohamad
peringatan secara manual. Said, Timbalan Dekan Akademik UKM Graduate School, Tn Hj.
4. Cabaran kepada ibu-bapa/penjaga kerana resit hilang, terlupa Abd. Rahman Mohd Yasin,
membayar dan memeriksa status bayaran tertunggak. Pengerusi Tafhim Sdn. Bhd.
yang mengendalikan KTU,
Ahli Lembaga Pengurusan
KTU, guru-guru, masyarakat
setempat, ibu-bapa/penjaga
dan murid KTU.
Menyedari bahawa masalah yang disebutkan boleh diatasi Turut terlibat dalam
melalui sistem bayaran secara on-line, maka diusahakan projek menjayakan projek ini ialah
CSR ini. Segala data di simpan dalam ‘cloud’ dengan bayaran The Achievers (kumpulan
tahunan tertentu, yang pada logiknya tidak akan hilang. Ibu-bapa/ Projek CSR Sustainability MBA
penjaga dikenakan sedikit bayaran pada setiapkali transaksi UKM), Azlan Energy sebagai
dibuat. Perkara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga serta kos penaja, syarikat pembina
berbanding membayar secara manual kepada pusat KTU. Masalah model, Surau Abdul Rahman
keselamatan juga menjadi minimum berbanding dengan murid Auf dan KTU. Jika teliti secara
membawa wang tunai dan guru yang menyimpan tunai sebelum sepintas lalu, kombinasi
serahan kepada pejabat KTU dibuat. kerjasama yang dilaksanakan
ini menepati dengan Strategi
Sistem KTU on-line adalah aplikasi atas talian yang boleh Lautan Biru (Blue Ocean
digunakan bila-bila masa. Segala maklumat yang disimpan akan Strategy). Kos keseluruhan
disambung terus pada server yang mana lebih selamat dan efektif pembinaan system KTU on-line dan pelaksanaanya berjumlah
untuk di akses semula pada mana-mana peranti yang mempunyai RM23,000/-. Hal ini termasuklah penyediaan projek, pengiklanan,
percetakan, pembinaan model, kempen dan majlis pelancaran.
Dalam ucapan penutupnya, Tn, Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
mewakili KTU mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas
projek CSR ini, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang
telah menyumbang, terutamanya kepada kumpulan The Achievers,
hingga terlaksana projek CSR ini. Projek sebegini memang telah
lama diidamkan oleh KTU dan berharap ianya dapat dikembangkan
lagi supaya dapat digabungkan dengan beberapa ciri lain yang
dapat mengukur capaian petunjuk prestasi utama (KPI) secara
berterusan apabila sesuatu input baru dimasukkan ke dalam sistem.
Laporan: Abd. Rahman M.Yasin
12 Unik, Cemerlang & Terbilang
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
Pada 24 April 2019, pihak pengurusan Kelas Tahfiz Ummah (KTU) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi
menghargai khidmat cemerlang pengetua KTU Bandar Baru Bangi Ustaz Mat Azid 60, yang secara sah telah menamatkan perkhidmatan
pada 23 April 2019 yang lalu setelah berkhidmat sebagai pengetua selama 21 tahun 3 bulan di KTU sejak tahun 1998.
Majlis diadakan di Dewan Bunga Raya, Bangi Golf Resort dengan kehadiran staf KTU dan tetamu jemputan antaranya dari ABIM Bangi,
Wadah dan Yayasan Takmir Pendidikan. Majlis dimulai dengan ucapan daripada wakil staf pengurusan, Ustazah Norazela bt. Mat Jamil.
Dalam ucapannya beliau mengimbau jasa dan usaha Ustaz Mat Azid ketika mentadbir KTU terutamanya mengekalkan kecemerlangan
pelajar dan prestasi terbaik sekolah dalam bidang kurikulum. Sikapnya yang mesra membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga KTU.
Seterusnya, ucapan daripada Tn. Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin mewakili Ahli Lembaga Pengurusan KTU. Beliau mengimbau kejayaan
yang dicapai sejak penubuhan KTU pada tahun 1985 hingga telah berjaya membuka 13 cawangan di sekitar Bandar Baru Bangi. Antara
kejayaan yang dicapai ialah kenaikan peratus kelulusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Rendah Agama (SPRA) ABIM dan Penilaian
Sekolah Rendah Agama (PSRA) JAIS serta
pencapaian dari segi kemasukan pelajar
ke Kelas Tahfiz Ummah sehingga berjaya
melebihi 2800 pelajar.
Semasa ucapan balas Ustaz Mat Azid
kelihatan sayu. Hal ini kerana ukhuwah yang
terjalin antara beliau dengan warga KTU
begitu akrab. Sebelum memegang jawatan
sebagai Pengetua di KTU, beliau merupakan
Guru Besar yang pertama di SERI ABIM Sg.
Ramal Kajang (1989-1995). Kemudian beliau
telah menceburi pelbagai bidang perniagaan
selama kira-kira dua tahun.
Majlis turut diserikan lagi dengan acara
memotong kek sempena menyambut
ulangtahun kelahiran beliau yang ke 60,
diiringi isteri Pn. Azian yang juga merupakan
seorang guru di SERI ABIM Sg. Ramal Kajang. Majlis bertambah seri dengan acara penyampaian hadiah serta sijil anugerah khidmat
cemerlang dari syarikat Tafhim Sdn. Bhd. diikuti oleh penyampaian hadiah dari wakil staf pengurusan, wakil-wakil guru dari 13 buah
cawangan Kelas Tahfiz Ummah serta wakil NGO yang lain. Majlis diakhiri dengan minum petang dan sesi bergambar.
Laporan: Suhaili Husin
Unik, Cemerlang & Terbilang 13
Mengenali Sekolah
DARUL UMMAH : AKADEMI & TAHFIZ (DU:AT)
DU:AT adalah singkatan, atau akronim kepada nama
penuh “Darul Ummah : Akademi & Tahfiz”. Kompleks Darul
Ummah pula ialah sebuah kompleks yang akan dibina oleh
Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan negeri Selangor
(ABIM Selangor) di atas tanah yang diwakafkan. Kompleks
ini meliputi beberapa komponen utama iaitu Darul Ummah:
Akademi dan Tahfiz (DU:AT), Pesantren Warga emas
(Darul Anwar), Pusat Latihan dan Kepimpinan (Darul
Qiyadah), Rumah Anak Yatim & Miskin (Darul Hannan)
dan Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Islam
Darul Wardah (Darul Wardah). AJK Kompleks merasakan
keperluan untuk memulakan terlebih dahulu Institusi
pendidikan di peringkat sekolah rendah bagi mengisi
kelompongan sebelum terbinanya DU:AT di Kompleks
Darul Ummah kelak.
Permulaan operasi DU:AT pada sesi persekolahan bermula Januari 2015, pihak ABIM Selangor dan pihak AJK Surau Hj Hasan Batu
8, Kampung Sijangkang telah bersepakat untuk menjadikan surau sebagai premis sementara bagi pengoperasian DU:AT dalam
tempoh tiga bulan, iaitu sehingga bulan Mac 2015. Buat masa ini DU:AT beroperasi di rumah kedai berhampiran Surau Hj. Hassan
Falsafah pendidikan DU:AT berteraskan Falsafah Pendidikan al-Hikmah. Orientasi pendidikan yang diajarkan di DU:AT pula
berdasarkan kepada empat perkara utama iaitu Keislaman, Keilmuan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan. “Du’at”, dari segi
bahasa, bermakna “Para Daie”, lantas menjelaskan visi DU:AT, iaitu ‘Melahirkan Dai’e Sejuta Ummah’. Oleh sebab itu, DU:AT
telah menetapkan enam ciri-ciri profil murid yang ingin dilahirkan iaitu; Pemikir, Berprinsip, Reflektif, Penyampai, Penyayang, dan
Pencetus.
Kandungan kurikulum di DU:AT, boleh dikatakan
merupakan ‘hybrid’ kepada kurikulum kebangsaan
dengan kurikulum JAIS, JAKIM, serta kurikulum ABIM
(YTP) sendiri. Oleh itu, kami menjangkakan, dengan
mengikuti kurikulum yang disediakan ini, pada akhir
tahun ke-5, murid mampu mengikuti ujian Sijil Penilaian
Rendah Agama (SPRA) kendalian YTP, dan Ujian
Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kendalian JAKIM, dan
pada tahun ke-6, mampu mengikuti Penilaian Sekolah
Rendah Agama (PSRA) kendalian JAIS, serta Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kendalian KPM.
Bagi memastikan perjalanan DU:AT teratur dalam konteks pengurusan dan latihan guru, pihak ABIM Selangor telah bersetuju
meletakkannya di bawah rangkaian besar institusi pendidikan jamaah, iaitu Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Selangor (YTPN
Selangor).
Untuk memastikan kualiti pembelajaran, dengan mengambil kira keluasan bilik darjah yang ada, kami menghadkan kemasukan
pelajar dalam lingkungan 20 - 25 orang sahaja untuk setiap bilik darjah. Pendaftaran untuk kemasukan baharu boleh dibuat secara
dalam talian melalui pautan bit.ly/daftarduat dan telah dibuka sepanjang tahun, atas prinsip ‘siapa komited dengan cepat, kami
komited untuk berikan mandat’. Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan bagi menambah baik pengoperasian sekolah.
Guru Besar DU:AT.
1. Sdr. Radin Muhd Imaduddin b. Radin Abdul Halim (2015 hingga 31 Mac 2019)
2.:Hjh. Aisyah bt. Kamiso (1 April 2019 hingga sekarang)
Laporan: Suhaili Hussin
14 Unik, Cemerlang & Terbilang
Mat Azid Abd. Kadir
Ustaz Mat Azid Abd Kadir dilahirkan pada tanggal 24 April 1959 di Kampung Kubang Nibong, Beris
Kubur Besar, Bachok Kelantan. Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik beradik.
Pendidikan:
Mula belajar di Sek Ren Keb Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Seterusnya Sek Men Arab, Amir
Indera Putra, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Kemudian beliau ditawarkan ke Kolej Islam
Klang (kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah), Klang, Selangor. Beliau seterusnya
menyambung pengajian di UKM Bangi (dalam jurusan Sarjana muda pengajian Islam - Syariah)
Maklumat Keluarga:
Pada tanggal 12 Julai 1987 beliau menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati Ustazah
Azian binti Seman dan hasil perkongsian bahagia ini beliau dikurniakan 6 orang cahaya mata,
seorang lelaki dan lima orang perempuan.
Kerjaya:
Sebelum beliau memegang jawatan sebagai Pengetua di Kelas Tahfiz Ummah, beliau merupakan Guru Besar yang pertama di SERI
ABIM Sungai Ramal Dalam bermula tahun 1989 hingga tahun 1995. Dalam tahun (1995-1998) beliau menceburi berbagai bidang
perniagaan secara sepenuh masa. Seterusnya beliau ditawarkan berkhidmat sebagai Pengetua Kelas Tahfiz Ummah oleh YBhg
Ustaz Dr. Abdul Halim Muhammad, berkuatkuasa mulai 21 Januari 1998 hingga 23 April 2019 (21 thn 3 bulan).
Antara kejayaan yang dicapai sepanjang berkhidmat di tahfiz adalah :
1. Anugerah Tahfiz ABIM Contoh (sempena sambutan Hari Guru ABIM Selangor) pada tahun 2001.
2. Anugerah Sekolah Cemerlang PSRA Peringkat Negeri Selangor Kategori Swasta 2010 iaitu (Tahfiz Ummah Damai )
3. Anugerah Sekolah Cemerlang PSRA peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2011, 2012 dan 2013 iaitu ( Tahfiz Ummah Damai )
4. Tahfiz terbaik SPRA ABIM 2015 dan 2016 iaitu ( Tahfiz Ummah Al Abrar )
5. Telah berjaya mengembangkan Kelas Tahfiz Ummah dari 5 cawangan hingga ke 13 cawangan di sekitar Bandar Baru Bangi, dan
jumlah pelajarnya mencapai 2800 orang pada satu ketika dan kini jumlah pelajarnya ialah 2300 orang.
Penerima Anugerah Khidmat Setia:
Kategori - 20 tahun (20 Julai 2018)
- 15 tahun (08 Ogos 2014)
- 10 tahun (02 Sept 2009)
Laporan : Suhaili Hussin
MUTIARA HIKMAH
(Lukman al-Hakim)
“Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk
tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa),
tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
Unik, Cemerlang & Terbilang 15
BUKU BARU TERBITAN ANJUNG RAHMAT DAN ABIM
BOLEH DAPATKANNYA DI ANJUNG RAHMAT DAN JUGA PEJABAT YTP
16 Unik, Cemerlang & Terbilang