The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-21 00:58:20

At-Ta'mir 4 - Dis 2017

At-Ta'mir 4 - Dis 2017

At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang

Keluar an 20/4(2017) E dar an D ala man DIS 2017

Kursus kepimpinan untuk barisan kepimpinan SEMI dan SERI ABIM telah diadakan pada 24-26 Oktober 2017 bertempat di Hotel Presscot
Kajang dengan kehadiran seramai 40 peserta.

Disamping itu mesyuarat Pengurusan YTP telah berlangsung pada hari pertama kursus bagi menyelaras program Ihtifal (Akademik)
Kebangsaan SERI SEMI yang ke 18 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Hikmah Alor Setar. Tuan rumah bagi ihtifal kali ini adalah
Sekolah Menenganh Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) dan Sekolah Rendah Islam Alor Setar (SERIAS).

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj. Abdul Rahman Mohd Yasin. Antara rasional kursus adalah untuk
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah, kepimpinan berstrategik dan berwawasan dalam menangani perubahan dalam organisasi, dan
juga pendedahan kepada pembudayaan pelestarian sekolah.

Di antara pengisian kursus ini ialah mengenai penjajaran semula CSP (Corporate Strategic Planning) YTP 2017-2020 telah disampaikan
oleh Tn. Haji Abdul Rahman Mohd Yasin. Penjajaran semula CSP YTP perlu kepada kesediaan dan kesamaan dalam halatuju Visi dan
Misi oleh semua pusat pendidikan YTP dalam perancangan organisasi 2018. Penjajaran semula ini merupakan kajian semula CSP sedia
ada yang telah dibuat dalam tahun 2014.

Manakala slot kepimpinan telah disampaikan oleh Pn. Hajah Rohana Kamaruddin (Mengurus perubahan dalam organisasi), Dr Azita
Amrin (pemimpin Vs pengurus), Dr. Mohd Ghazali Taib (perkongsian pintar di sekolah dan amalan sekolah lestari). Perkongsian amalan
terbaik di sekolah dalam pengurusan memertabatkan sekolah telah disampaikan oleh Pn Hajah Wan Ruhayah Wan Yaakob, mantan
Pengetua Cemerlang, Maahad Hamidiah Kajang. Idea dan petunjuk bernas telah dikongsi bersama dalam kerja buat yang berstrategik dan
pengurusan sumber manusia yang cekap bagi membawa sekolah ke anjakan lebih tinggi. Satu sesi perkongsian mengenai isu semasa
diadakan dalam majlis penutupan kursus.

Laporan: Puan Rohana Kamaruddin

Unik, Cemerlang & Terbilang 1

Meja Editor PENAZIRAN SERI AL-UMMAH MANJUNG

Konsep Pendidikan Abad Ke -21 (PAK- Jemaah Nazir YTP telah membuat penaziran ke SERI Al-Ummah Manjung pada 14-15
21 ) akan dilaksanakan di semua sekolah November 2017. Jemaah yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (PdP Guru),
di bawah Yayasan Takmir Pendidikan. Ini Tn. Hj. Samian b. Ali (Kewangan), Pn. Hjh. Rohana bt Kamaruddin (PdP Guru), En. Suhaili
selaras dengan konsep pembelajaran yang b. Husin (Pentadbiran) dan Pn. Hjh. Nur Jannah bt Keman (Kebersihan, Keceriaan dan
sedang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah Keselamatan). Pada sebelah malam diadakan pertemuan dan perbincangan dengan
Kerajaan. Sekolah-sekolah kita tidak semua ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan majlis penutupan pada jam 12.00
ketinggalan dengan keadah pembelajaran tengahari dihadiri oleh Tn Hj. Mat Salam b. Karnadi (Pengerusi LPS), Ust. Hj. Wan Ahmad
arus perdana ini yang mana ia selaras Puad (Mudir), Ustaz Wan Ahmad Safwan Wan Ahmad Fuad (Guru Besar SERI Manjung)
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan serta semua guru dan staf.
Malaysia (PPPM). Dalam konsep PAK-21,
ia menekankan pembelajaran berpusatkan Laporan: Nur Jannah Keman
murid secara koleberatif dan berunsurkan
Kemahiran Aras Tinggi (KBAT). Ia BENGKEL BUKU TEKS
dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah
yang bersesuaian dan disusuli penyediaan Bengkel Buku Teks telah diadakan pada 9-11 Oktober 2017 di Dewan Seminar YTP, Seksyen
rancangan mengajar serta pelaksanaan 7, Bangi. Buku terbitan 2016 sebanyak dua puluh (20) judul buku telah dimurnikan semula
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan terbitan baru (2017) sebanyak dua belas (12) judul buku melibatkan subjek buku teks
abad Ke-21. Bahasa Arab dan buku Latihan Tahun 2, Buku teks Tafsir Tahun 6, buku teks Hadis Tahun 6,
Keberkesanan PAK-21 ini bukan Buku Hafazan Quran & Latihan Tahun 1,2,3 dan 6 dan Modul SPRA Tafsir Tahun 5, Modul
sekadar tertumpu pada prasarana dan SPRA Tahun 4 dan Modul SPRA Tahun 4 & 5.
susunatur bilik darjah tetapi penentu utama
kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan Laporan: Nur Jannah Keman
pembelajaran yang berpusatkan murid
bukan berpusatkan guru. Sebaliknya guru MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL IHTIFAL
perlu sentiasa melatih murid menjawab
soalan berbentuk KBAT bagi melatih Mesyuarat JK Teknikal Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI/SEMI Kali ke-18 telah diadakan
pemikiran kreatif dan kritis. Guru tidak pada 12-13 Disember 2017 di Kompleks Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah. Mesyuarat ini dihadiri
semestinya menggunakan kemudahan oleh semua Guru Penolong Kanan dan Setiausaha Ko-Kurikulum SERI dan SEMI seluruh
ICT untuk menjalankan pembelajaran Malaysia. Yayasan Takmir diwakili oleh Ust. Mohd. Naim b. Mohd. Noor selaku Pengerusi
PAK-21, tetapi boleh menggunakan apa Jawatankuasa Induk dan Pn. Hjh. Nur Jannah bt Keman (Setiausaha Induk). Bengkel ini
sahaja kaedah, yang penting ianya mestilah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abd. Ghani b. Ishak (Pengerusi YTPN Kedah). Beliau mengalu-
berpusatkan murid. alukan kehadiran dan harapannya supaya Ihtifal dapat dilaksanakan dengan jayanya
Matlamat utama PAK-21 adalah dan menepati tema Melestari Ukhuwwah, Memimpin Ummah. Ust. Mohd. Asri b. Zakaria
untuk melahirkan murid yang mampu mempengerusikan mesyuarat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan dibantu
bersaing dan dapat menangani cabaran oleh Tn. Hj. Mohd. Idris b. Mahmud (Timb. Pengerusi) dan Pn. Hjh. Nur Jannah Keman
di peringkat global. Melalui pendidikan Al (Setiausaha Jawatankuasa Induk). Mesyuarat kali ini memperincikan acara pertandingan,
Hikmah yang akan dilaksanakan di semua tentatif program, undian acara dan melawat persiapan logistik penginapan homestay.
sekolah di bawah rangkaian Yayasan Takmir
Pendidikan diharapkan akan menghasil Laporan: Nur Jannah Keman
individu yang bukan sahaja mampu
menghadpi cabaran di peringkat global,
malah akan melahirkan para pemimpin
yang ummatik sifatnya.
Di antara faktor penting untuk
menjayakan PAK-21 adalah kualiti dan
kemampuan guru dalam melaksanakan
program ini. Peranan dan komitmen
mereka amat diperlukan terutama dalam
menghadapi cabaran semasa. Untuk ini
Yayasan Takmir Pendidikan dari semasa
ke semasa akan menganjurkan kursus dan
bengkel PAK-21 bagi menyediakan guru-
guru yang kompetan dalam pengajaran
PAK-21. Diharapkan guru-guru dapat
mengambil peluang ini dengan menghadiri
kursus dan bengkel yang diadakan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam mengendalikan PAK-21.

Ketua Editor

2 Unik, Cemerlang & Terbilang

JARINGAN ANTARABANGSA YTP LEBIH MANTAP
Sempena Mesyuarat Agung Tahunan UNIW Kali Ke-8 Di Istanbul

Mesyuarat Agung UNIW (Union of NGOs of Islamic
World) kali Ke 8 telah berlangsung pada Jumaat 8
Disember 2017 di Hotel Argun, Istanbul dan dihadiri
oleh lebih 120 perwakilan dan pemerhati dari seluruh
dunia. Seramai 16 perwakilan dan pemerhati dari
Malaysia turut hadir yang mewakili WADAH, ABIM,
PKPIM, YTP, Future Global Network, Koperasi
Belia Islam (KBI), Malaysian Life Line for Syria
(MLLFS), Yayasan Perpaduan Ummah (YPU),
Yayasan Al Quds Malaysia dan Pertubuhan Ikatan
Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM).
Dalam mesyuarat Agung tersebut semua AJK yang
menyandang jawatan bagi tempoh 2015-2018
dikekalkan untuk tempoh tiga tahun lagi. Hal ini bermakna Presiden WADAH, iaitu Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman kekal sebagai
Timbalan Setiausaha Agung mewakili kawasan Asia-Pasifik.

Pada 9-10 Disember (Sabtu – Ahad) diadakan pameran aktiviti badan gabungan UNIW. Sebanyak 165 NGOs, terutamanya dari Turki,
mengambil peluang dalam pameran yang julung kali diadakan. Pameran seumpama itu akan diadakan pada setiap tahun dan bilangan
penyertaan dijangka akan meningkat. Banyak badan kebajikan yang menawarkan pelbagai bantuan seperti menangani maslah pelarian
akibat penindasan dan peperangan serta biasiswa dan bantuan pelajaran dan kesihatan, menawarkan khidmat mereka. UNIW Malaysia
yang terdiri dari 9 badan gabungan mengadakan pameran bersepadu sebagai satu pusat sehenti. Dengan itu memudahkan pengunjung
dan agensi bantuan mendapatkan pelbagai maklumat dan jalinan kerjasama.

Pihak YTP, yang diwakili oleh Tn. Hj. Mohd Yunus Aminuddin, Pengeruai Lembaga Pengarah, Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin, Ketua
Pengrah dan Tn. Hj. Harun Mat Isa, Pengerusi LPS Semesti, Alor Setar telah merintis jalan perundingan dan sedang berusaha untuk
menghantar pelajar belajar dalam bidang tertentu di Turki dan Sudan. Langkah-langkah sedang diambil supaya mereka memperoleh
biasiswa daripada beberapa badan yang memang komited untuk membiaya pelajar luar untuk melanjutkan pelajaran di Turki dengan
percuma. Satu lawatan ke Imam Hatip International School turut dibuat di Fatih, Istanbul. Lawatan ini memberi pendedahan tentang
perjalanan sekolah berasrama penuh untuk pelajar lelaki dan kami telah bertukar fikiran dan pengalaman dengan mereka.

Antara perkara yang dicapai ialah:
i. Merundingkan kemungkinan laluan pengajian bagi produk SERI (ke Imam Hatip Int School) & SEMI (ke IPT di Turkey dan/atau Universiti
Ibnu Khaldun di Alor Setar),
ii. Merundingkan kemungkinan pembiayaan yuran pengajian dll. untuk para pelajar kita,
iii. Merundingkan kemungkinan pembiayaan projek pembangunan institusi pendidikan & infrastruktur,
iv. Merundingkan kemungkinan program kerjasama teknikal: pertukaran tenaga pendidik / pelajar Malaysia-Turkey,
v. Merundingkan kemungkinan ‘mengeksport’ kurikulum YTP berteraskn pendidikan bersepadu & Falsafah Pendidikan alHikmah (PAH) ke
Turkey, khususnya sekolah swasta..

Hal ini menunjukkan bahawa peluang bagi pelajar
kita terbentang luas untuk melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai bidang disiplin ke Turki dan tempat
lain dengan tawaran biasiswa yang agak lumayan.
Apa yang lebih penting adalah tindakan susulan
pengurusan YTP berikutan perbincangan dan
lawatan yang dibuat. Semoga kerja seterusnya
akan membuahkan natijah yang baik dan dapat
kita menyalurkan kerjaya pendidikan anak didik
kita ke luar Negara untuk masa depan mereka
membela agama, bangsa dan Negara.

Laporan : Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin

Unik, Cemerlang & Terbilang 3

SEMINAR PEMANTAPAN ABAD KE-21

Sempena Ijtima` Harakiyy 5 2017 di IDCC Shah Alam,
Akademi Latihan Kepimpinan dan Pendidikan Yayasan
Takmir Pendidikan telah menganjurkan Seminar
Pemantapan Abad ke 21 bertempat di Hotel KK, Kajang
pada 13 Oktober 2017. Penyertaan Seminar seramai 111
orang terdiri daripada guru-guru TASKI, TAHFIZ, SERI dan
SEMI ABIM.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Yunus
Aminuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah YTP. Antara
objektif seminar adalah untuk perkongsian penjajaran
semula CSP YTP 2017-2020 oleh Ketua Pengarah YTP,
Tuan Haji Abdul Rahman M.Yassin. Penjajaran semula CSP
adalah bertepatan dalam menangani perubahan senario
pendidikan agar terus relevan. Visi dan Misi YTP telah
berfokus kepada membangunkan kurikulum Pendidikan
al-Hikmah dalam membina generasi khayra ummah,
membangunkan dan menyelaraskan institusi pendidikan bersepadu dengan semangat perjuangan yang kental, dan mempertingkat

perolehan dana dan sistem
pengurusan kewangan yang mantap.

Konsep Pembelajaran abad ke
21 dan aplikasi dalam kelas telah
disampaikan oleh Dr. Nazifah Saikh
Ismail daripada IPGM. Beberapa
pendekatan terkini telah dikongsi
bersama dalam memantapkan PdPc
guru-guru. Dr. Mohd Ghazali Taib,
dengan kepakaran linguistic Bahasa
Jepun dan pengalaman di negara
matahari terbit itu, telah berkongsi
amalan lestari “ kankyou dai ichi”
dalam pelaksanaan amalan lestari di
Pusat Pendidikan YTP.

Laporan: Noraila Abdul Rahman

MUTIARA HIKMAH PANGGILAN HAJI

“Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan Pn. Nur Jannah bt Keman, Timb.
namanya bilamana engkau selalu Pengarah (Sekolah dan Akademik)
Yayasan Takmir Pendidikan telah
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah menunaikan fardu haji ke Mekah
mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti pada 16 Ogos 2017 sehingga 29
orang yang mencari kayu api, maka setelah September 2017. Beliau pergi
bersama suaminya Tn. Hj. Idris b.
banyak ia tidak mampu memikulnya, Khalid. Pn. Nur Jannah merupakan
padahal ia masih mahu menambahkannya.” pegawai sepenuh masa di Yayasan
Takmir Pendidikan sejak tahun
~ Luqman al-Hakim ~ 2004 dan bertugas sepenuh
masa di Sekretariat ABIM Pusat
4 Unik, Cemerlang & Terbilang bermula tahun 1993 lagi. Semoga
ibadahnya diterima oleh Allah dan
mendapat haji mabrur.

IHTIFAL AKADEMIK SERI AL-UMMAH TAIPING, PERAK

Majlis Ihtifal Akademik SERI Al-Ummah Taiping, Perak
telah diadakan pada 18 November 2017. Majlis yang telah
diadakan di dewan sekolah bermula seawal jam 8.00 pagi,
dirasmikan oleh Encik Iqbal Shah bin Abdul Ghaffore,
Ketua Kampung Mukim Assam Kumbang. Turut hadir, Tn
Hj Mustaffa b. Bakar, Pengerusi YTP Negeri Perak, Tn.
Hj. Mohd Nizam b. Zainal Abidin, Pengerusi Lembaga
Pengurusan Sekolah dan bagi pihak tuan rumah, Tn. Hj.
Abdul Hamid b. Ali, Guru Besar SERI TAIPING.

Tujuan ihtifal ini adalah bagi mengiktiraf murid-murid yang
cemerlang sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan
sahsiah. Disamping itu majlis penyampaian hadiah kali ini
turut mengiktiraf beberapa orang murid yang menjalani
ujian pencapaian tali pinggang “penggredan” Uniform
Taekwondo yang dijalankan bulan Ogos lalu.

Tokoh Kokurikulum tahun ini disandang oleh Adam Harris dan Muhd. Noor Azham dalam acara Taekwando. Mereka telah banyak
menyumbang dan menaikkan nama baik sekolah di peringkat daerah LMS, Negeri, Kebangsaan, Asia Tenggara mahupun Antarabangsa.
Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan bahawa pencapaian kokurikulum SERI TAIPING tidak kurang hebatnya.

Pihak pengurusan sekolah SERI TAIPING mengucapkan jutaan terima kasib kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun secara tidak langsung khususnya para guru (AJK Pelaksana), Badan Kebajikan Ibubapa (BAKA), ibubapa yang hadir serta para
murid yang menerima anugerah. Tahniah diucapkan. Selamat Maju Jaya.

“KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN”

Laporan: Web Seri Taiping

KURSUS PROFESIONALISME KEGURUAN TASKI 2018 Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Bahagian Latihan Guru TASKI Yayasan Takmir Pendidikan - TASKI telah mengadakan
Kursus Profesionalisme Keguruan TASKI selama 4 hari bermula 18 hingga 21 Disember Ketua Editor
2017. Kursus ini telah berlangsung di Dewan Seminar YTP, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Hj. Samian Mohd Ali

Kursus ini telah dihadiri seramai 47 orang peserta di kalangan guru lama dan guru baru Editor Kerja
TASKI. Matlamat dan objektif kursus ini dijalan adalah untuk memantapkan kurikulum dan Hj. Mohamad Abu Daud
perlaksanaan di TASKI , memahami ilmu pedagogi serta mempraktikan ilmu NLP untuk
hubungan secara langsung dan membina daya fikir kreatif di kalangan guru-guru TASKI. Nur Jannah Keman
Antara pengisian kursus ini adalah Huraian KSPK TASKI, Pentaksiran, Bengkel RPT dan Suhaili Husin
RPH, Bengkel Hipnoteaching For Kids, Budaya Al Hikmah, Budaya Lestari, Bina BBM dan
Inovasi Prasekolah, Teknik Story Telling dan Pendekatan Pengajaran KSPK. Noraila Abd. Rahman
Mohd Fitri Amir Shoodi
Kursus ini diisi oleh penceramah yang mahir dalam bidang ilmu Prasekolah dan pengurusan
kanak-kanak iaitu Tn. Hj. Mohamad Abu Daud (Timb. Ketua Pengarah YTP-Akademik), Susunatur Grafik
Tn. Hj Abd. Razak Aripin (Master Trainer Mind Therapy, Spritual Therapy & Self Healing Khairul Anuar Mohd Ariffin
Trerapy), Pn. Hjh. Wan Ruhayah Wan Yaacob (Pengarah TASKI), Pn.Hjh. Rohana
Kamaruddin (Pengarah ALKP), Dr. Saayah Abu (Pensyarah Kampus IPG) dan Pn.Hjh. Nur Penerbit
Jannah Keman (Timb Pengarah Sekolah & Akademik) Yayasan Takmir Pendidikan
605B, Kompleks Diamond,
Sebagai kesimpulannya, Kursus ini mendapat tindak balas yang positif daripada semua
peserta yang hadir. Diharapkan kursus yang akan datang dapat dihadiri lagi bagi Bangi Business Park, J
memantapkan dan menigkatkan ilmu pedagogi di TASKI. Jutaan terima kasih kepada alan Medan Bangi,
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.
Semoga mendapat keberkatan dan keredhan Allah SWT. Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi.
Laporan: Noor Khamsilawaty Sapalie Emel: [email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308

Fax: 03-89201788

Unik, Cemerlang & Terbilang 5

PERISTIWA

SEBAHAGIAN AHLI PANEL MENANDA SOALAN SPRA
(9-12 OKTOBER 2017 - HOTEL KK, KAJANG)

GRADUASI SERI/SEMI SG. RAMAL KAJANG KURSUS PROFESIONALISME KEGURUAN TASKI
(4 NOVEMBER 2017 - UNITEN, BANGI ) (18-21 DISEMBER 2017 - DEWAN SEMINAR YTP, BANGI)

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SRI JOHOR BAHRU
(23 NOVEMBER 2017 - DEWAN SRI BUDIMAN, SRI JOHOR BAHRU)

MESYUARAT IHTIFAL AKADEMIK KEBANGSAAN SERI/SEMI KALI KE-18 HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2018
( 12-13 DISEMBER 2017 - KOMPLEKS AL-HIKMAH ALOR SETAR) (21 NOVEMBER 2017 - SERI AL-UMMAH CHEMOR, PERAK)

6 Unik, Cemerlang & Terbilang

PERISTIWA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH
(16 NOVEMBER 2017 - SRI AL-HIKMAH, KELANTAN)

MAJLIS KONVOKESYEN TASKI 2017
DIRASMIKAN OLEH PN. NOR AZURA KAMARUDDIN (NAIB PRESIDEN ABIM)

(18 NOVEMBER 2017 - AUDITORIUM ABU ZARIM, UNITEN SELANGOR)

PROGRAM KECERGASAN FIZIKAL & MENTAL GURU DAN STAF SERI SEREMBAN MENGIKUTI
(20-21 NOVEMBER 2017 - SERI SG. RAMAL, KAJANG) TEAMBUILDING FOR HIGH PERFORMANCE TEAMS
(18-19 DISEMBER 2017 - KLANA RESORT SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN)
7
Unik, Cemerlang & Terbilang

RETREAT YAYASAN TAKMIR

Program ini diadakan pada 4–5 Januari 2018 di
Anjung Rahmat dan disertai oleh semua staf YTP
Pusat dan turut dihadiri oleh Tn. Hj. Mohd. Yunus
Aminuddin (Pengerusi ALPYTP). Dalam program ini
Tn. Hj. Abd Rahman Mohd Yasin (Ketua Pengarah)
membentangkan penjajaran semula Perancangan
Strategik Korporat 2017-2020, Pencapaian 2017
dan Gerak Kerja 2018.
Laporan aktiviti/pelaksanaan program 2017 dan
perancangan 2018 dibentangkan oleh semua TKP
dan pengarah bahagian (pentadbiran, sekolah,
latihan, kaderisasi, TASKI, akademik, Tahfiz dan
kewangan). Turut dilaksanakan ialah penyelarasan
takwim pelaksanaan program YTP Pusat untuk
tahun 2018.

Laporan: Nur Atikah Mohd Azahar

KURSUS INDUKSI TAUTAN JAMAAH

Kursus Induksi Tautan Jemaah telah diadakan pada 21–23 Disember 2017 di Nur Lembah, Pangsun Eco Resort (NLP), Hulu Langat.
Seramai 69 orang guru menyertai kursus ini. Antara objektif kursus ini ialah memberi pendedahan mengenai sejarah jemaah WADAH,
ABIM dan PKPIM, memahami semangat perjuangan harakiy dan tasawwur Islamiy dan membina kefahaman Falsafah Pendidikan Al
Hikmah serta implikasi kepada kurikulum dan PdPc. Antara pengisian slot kursus ialah Sejarah ABIM dan MISI YTP, Polisi dan Tatakerja,
Taaruf Kumpulan, Lestari : Jejak Alam, Konsep Ilmu dan Tasawwur Islam, Falsafah Pendidikan Al Hikmah dan Kurikulum, Jangkaan Kerja
di Sekolah, Program Team Building, Strategi dan Pendekatan Kesepaduan – Bengkel RPH dan Pendidik Murabbi. Seterusnya Kursus
Induksi yang kedua akan diadakan pada 19–21 Januari 2018 di Dewan Seminar YT, Seksyen 7. Anggaran bilangan peserta sebanyak 40
orang.

Laporan: Noraila Abdul Rahman

8 Unik, Cemerlang & Terbilang

Mengenali Sekolah

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HUDA GOMBAK, KUALA LUMPUR

Titik pertama tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Al-Huda Gombak (SERIAHG) atau lebih dikenali sebagai SERI AL-HUDA adalah
atas inisiatif Ahli ABIM Wilayah Persekutuan, Ahli Lembaga Pengelola yang di Pengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Razif Ibrahim dan
Timbalannya Tn. Hj. Ahmad Maulana khasnya dan ditambah lagi kesedaran di kalangan masyarakat setempat tentang perlunya satu
sistem pendidikan yang berteraskan Islam untuk anak-anak mereka. Pada tahun 1989 tertubuhlah Sekolah Rendah Islam Al-Huda.
Perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Kamil Abd Majid, Exco ABIM Pusat ketika itu.
Lokasinya di Lot 1769-4, KM 11 Jalan Gombak, agak strategik kerana berada di laluan utama menuju kampus Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Sekolah ini telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Swasta pada tahun 1995.

Sambutan masyarakat di Wilayah Persekutuan dan sekitarnya terhadap SERI Al-Huda adalah sangat menggalakkan.
Walaubagaimanapun ABIM Wilayah Persekutuan dapat mengadakan satu kelas sahaja dengan pengambilan tahun pertama pada
bulan Disember 1989 seramai 33 orang. Guru Besar pertama Hj. Rap’ie b. Abdul Kadir telah diberi mandat mulai 4 Disember 1989
sehingga 3 Oktober 2003 apabila beliau bersara. Pn. Hajjah Surayah bt. Sarin dilantik mulai 1 November 2003 sehingga kini.
Dengan usaha gigih Lembaga Pengelola termasuk guru besar pertamanya, bersama para ibubapa, sekolah telah berkembang dari
satu blok kepada empat blok pada tahun 2004 termasuk sebuah dataran dan kantin. Mulai tahun 1989 sehingga kini sumbangan
tenaga ABIM Wilayah Persekutuan Cawangan Setapak pimpinan Ustaz Hamid Jusoh dan kemudiannya Tn. Syed Ismail b. Syed
Noh banyak membantu pengurusan sekolah secara umum. Mulai tahun 2017 Tn. Syed Ismail b. Syed Noh dilantik sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif SERI Al-Huda.
Pembangunan Infrastruktur SERI Al Huda terus rancak mulai 2003 hingga kini beserta input baru guru melalui Pengerusi Lembaga
dan Ahli Lembaga. Tahun 2013 pembangunan kompleks Pendidikan Islam Integrasi SERI AL-HUDA di lot 3749, KM11, Jalan Gombak
terus berkembang dengan bantuan pihak Wakaf Selangor Muamalat (WSM), Etiqa, Yayasan CIMB, Lembaga Zakat Selangor (LZS)
dan dermawan. Bangunan pertama siap dan boleh beroperasi mulai pertengahan tahun 2014 yang mana dapat menempatkan 5
kelas untuk pelajar tahun 5 dan 6, sebuah bilik guru dan satu dewan serbaguna. Mulai Jun 2017, sekolah telah mula menambah
sebuah blok 2 tingkat lagi yang bakal menempatkan 5 kelas, dua buah surau, sebuah dewan dan sebuah ruang lagi untuk sewaan.
Blok ini dijangka siap Disember 2017 dengan kos RM1.25 juta. Kita doakan semoga SERI AL-HUDA terus berkembang dan maju
dan menjadi pusat pendidikan milik Jamaah WADAH, ABIM dan PKPIM (WAP) yang tersohor dan dibanggakan.

Laporan : Suhaili Hussin

Unik, Cemerlang & Terbilang 9

ANALISIS SPRA 2017

Bermula tahun 2016 elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) telah diberi penekanan
yang serius kepada guru-guru di dalam perbengkelan dan kursus-kursus guru. Pada tahun 2016 peratusan elemen KBAT di dalam
soalan SPRA telah bermula dan calon-calon SPRA telah menunjukkan keberhasilannya. Tahun 2017 pemberatan KBAT telah ditingkatkan
kepada 40-50% di semua bahagian kertas termasuk objektif dan esei. Sudahpastinya untuk menguji kemahiran guru-guru dan keupayaan
murid-murid sejauhmana keupayaannya menggunakan daya fikirnya setelah dibimbing dan dilatih tubi. Guru-guru telah diberi latihan
pembinaan item berkaitan I-Think dan Pdpc Abad ke 21 dan bengkel-bengkel banyak membantu perkembangan murid mengikut format
SPRA yang telah dimurnikan.

Walaupun skrip soalan yang agak tinggi arasnya (MOT dan HOT) di kertas 1 dan 2, calon masih boleh menjawab soalan dengan baik. Min
Kebangsaan yang dicapai untuk tempoh 2 tahun dari 2016, didapati hanya sedikit penurunan mata min kebangsaan untuk subjek Al-Quran
2.3 mata (69.4), Bahasa Arab 2.7 (63.1), Pendidikan Teras Islam (PTI) 11.1 mata (59.7), Tafsir 7.7 (71.3), Hadis 3 mata (69.5), Sirah 11
mata (60.6). Subjek Tafsir meningkat berbanding tahun lepas.

Sebanyak enam (6) daripada 13 sekolah SERI mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 2.0 dan 15 daripada 23 sekolah TAHFIZ
juga mencapai GPS di bawah 2.0. Pencapaian terbaik adalah sekolah TAHFIZ Al-Abrar (1.16) dan SERI Seremban (1.36). SERI Johor
Bahru menunjukkan peningkatan kepada 1.87. Sekolah-sekolah TAHFIZ telah menunjukkan peningkatan yang agak drastik berbanding
SERI di mana pencapaian GPS 15 buah sekolah di antara 1.16-1.99. Ini merupakan petanda yang sangat baik dan memberangsangkan.

Dari segi peratusan keseluruhan sekolah, SERI Seremban telah mencapai 99.7% lulus dan perolehan 8A sebanyak 38.3% (46 orang
daripada 120 calon). Manakala bagi sekolah Tahfiz, enam (6) kelas Tahfiz mendapat kelulusan 100% iaitu Al-Abrar, Al-Amirin, Al-Muttaqin,
Impian Putera, Madani dan An-Nur. Empat kelas Tahfiz mengekalkan 100% lulus dari tahun 2016 iaitu Al-Abrar, Al-Amirin, al-Muttaqin dan
Madani.

BIL. SEKOLAH JUMLAH GPS 8A % 8A % LULUS

1. SERI SEREMBAN CALON (KESELURUHAN)
2. SERI SG. RAMAL, KAJANG
3. SERI AD-DINIAH, P.PINANG 120 1.36 46 38.3 99.7
4. SERI AL-HUDA, GOMBAK
5. SERI JOHOR 159 1.69 34 21.4 97.6
6. SERI ALOR SETAR
52 1.76 11 21.2 98.3

91 1.79 16 17.6 97.1

45 1.87 12 26.7 92.2

138 1.97 22 15.9 95.3

TAHFIZ 33 1.16 7 21.2 100
1. AL-ABRAR
2. DAMAI 22 1.14 7 31.8 99.4
3. AL- AMIRIN
4. AL-MUTTAQIN 21 1.52 3 14.3 100
5. IMPIAN PUTERA
6. TAMAN SEKAMAT, KAJANG 15 1.52 1 6.7 100
7. AL-HASANAH
8. AL-BUSYRA, KAJANG 33 1.56 10 30.3 100
9. AL-IKHLAS
10. TERAS JERNANG 40 1.63 5 12.5 98.1
11. AL-IMAN, NILAI
12. AL- MADANI 14 1.70 2 14.3 99.1
13. AL-HIDAYAH
14. AL-IKHWAN 22 1.76 4 18.2 94.9
15. AN-NUR
19 1.83 2 9.5 98.7
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
28 1.88 4 13.8 94.2

25 1.93 1 4 97.0

21 1.96 0 0 100

44 1.97 4 9.1 96.3

30 1.98 3 10.0 94.6

9 1.99 1 11.1 100

Laporan: Nur Jannah Keman

HJ. AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN

Ahmad Azam Abdul Rahman ialah seorang tokoh pemimpin NGO yang sangat aktif
berperanan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dengan bermula sebagai pemimpin
gerakan pelajar semasa di universiti pada tahun awal 1980-an. Beliau pernah diberi
amanah sebagai Presiden ABIM dari tahun 1992 hingga 2005. Beliau kini telah dipilih
sebagai Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), iaitu sebuah NGO yang
bertujuan memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya
fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu
yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.

Di samping itu, Ahmad Azam juga adalah Pengerusi Future Global Network Foundation
(FGN), sebuah NGO yang bertujuan memperkasa dan menggembleng ummah ke arah
mewujudkan masyarakat yang bertamadun untuk perpaduan global dan keamanan
sejagat.

Ahmad Azam telah dipilih menganggotai jawatankuasa penaja Union of NGOs in the
Islamic World (UNIW) organisasi yang beribu pejabat di Istanbul, Turki sejak Mei 2005.
Penubuhan UNIW bertujuan untuk menyatukan umat Islam di dunia ini. Pengasas UNIW
berpendapat bahawa usaha penyatuan lebih mudah dilakukan melalui gerakan NGO,
kerana pendekatan kerja NGO tidak mempunyai banyak karenah birokrasi. Bagi memastikan NGO-NGO Muslim yang terdapat di seluruh
pelusuk dunia ini bersatu maka ia perlulah digabungkan di bawah naungan kesatuan ini (UNIW). Ahmad Azam Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Timbalan Setiausaha Agung UNIW mewakili kawasan Asia Pasifik untuk sesi 2015/2018. Dalam Mesyuarat Agong Tahunan UNIW
pada 8 Disember 2017 beliau sekali lagi diberi mandat untuk mengekalkan jawatan untuk tempoh 3 tahun lagi.

Ahmad Azam telah dijemput bertemu Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan pada 18 Ogos 2016 mewakili UNIW Asia Pasifik bagi
mendapatkan maklumat sebenar berkaitan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 dan kesannya kepada geo-politik dunia Islam.
Lanjutan dari pertemuan itu Ahmad Azam telah menulis buku “Erdogan Bukan Pejuang Islam?”.

Sebagai pengiktirafan kepada projek-projek membangunakan masyarakat Islam khususnya pendidikan di Kemboja melalui Global Peace
Mission (GPM) Ahmad Azam telah dianugerahkan “Royal Order of Monisaraphon Moha Sena” oleh Kerajaan Kemboja pada 26 September
2015 dan “The Royal Order of the Kingdom of Cambodia of Commander (Thipden)” pada November 2012.

Sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan belia dalam dan luar negara, Menteri Belia dan Sukan
Malaysia telah melantik beliau sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara bagi tahun 2003-2004. Beliau juga telah dianugerahkan
Pingat Bakti Belia Malaysia (P.B.B.M) oleh Majlis Belia Malaysia pada 12 Ogos 2005.

Ahmad Azam lahir pada 21hb Jun 1960 di Gombak, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di St. John Institution dan kemudian meneruskan
pengajiannya ke ITM dalam bidang Pentadbiran Awam. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan MBA dari universiti di
Amerika Syarikat. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai MARA Daerah Seberang Perai Utara, Pengurus Latihan, Institut Kajian Dasar,
Pengarah Latihan P&Q Consult Sdn Bhd, serta Pensyarah di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.

MUTIARA HIKMAH
(Lukman al-Hakim)

“Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’
yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Unik, Cemerlang & Terbilang 11

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM TASKI DI SARAWAK

Yayasan Takmir Pendidikan –TASKI telah
mengadakan Kursus Profesionalisme
Keguruan TASKI di TASKI Kuching Sarawak
pada 25 November 2017. Kursus ini berjalan
selama 3 hari bermula 25 hingga 27 November
2017.

Seramai 62 orang peserta di kalangan guru
TASKI dan TAHFIZ telah menghadiri kursus
ini. Antara objektif kursus adalah menguasai
kaedah pelaksanaan kurikulum Pendidikan
Al Hikmah diperingkat TASKI, Menguasai
kemahiran PdPc dalam bilik darjah serta
mewujudkan sekolah lestari yang memupuk
suasana yang kondusif bagi melahirkan
warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.


Antara penceramah yang dijemput iaitu Tn. Hj. Mohamad
Abu Daud (Timb. Ketua Pengarah YTP-Akademik),Ustaz
Mat Azid kadir (Guru Besar Tahfiz Ummah Bangi), Pn. Hjh.
Wan Ruhayah Wan Yaacob (Pengarah TASKI), Pn.Hjh.
Rohana Kamaruddin (Pengarah ALKP), dan Pn Zuraidah
(Pensyarah Kampus IPG Kuching)

Kursus ini memberi faedah yang positif kepada semua
peserta yang hadir. Semoga usaha ini, mendapat keberkatan
dan keredhan Allah SWT.

Laporan: Noor Khamsilawaty Sapalie

KONVENSYEN KEPIMPINAN PELAJAR ZON UTARA SIRI SATU 2017

Konvensyen ini telah diadakan pada 17–21 November 2017 di Dewan Seminar Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar. Seramai 56
orang pimpinan pelajar (tingkatan 3–5) yang hadir terdiri daripada Maahad Tarbiyah Diniyah Behrang Stesen, Perak, Maahad Al-Ummah
Chemor Perak, Madrasah Ad Diniah Sungai Bakap Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar Kedah. Moto konvensyen
ialah “Menjana Generasi Ruhbanu Fil Layli Wal Fursanu Fin Nahar (rahib di malam hari dan pahlawan di siang hari)”. Antara penceramah
utama ialah Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman (Presiden WADAH), Hj. Mohd Raimi Abdul Rahim (Presiden ABIM), En. Mohamad Khair Sujud
(Presiden PKPIM), Hj. Ab Halim Hj. Ismail (Pengerusi MAKTAB) dan Dr Salmiah Mohamad Amin (Ahli Lembaga Pengarah YTPN Kedah).
Di akhir konvensyen, para peserta berpendapat bahawa konvensyen seperti ini memberi pendedahan dan faedah yang amat baik kepada
golongan muda sebagai persiapan menjadi pemimpin masa hadapan.

Laporan: Suhaili Hussin

12 Unik, Cemerlang & Terbilang


Click to View FlipBook Version