At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang
Keluar an 19/3(2017) E dar an D ala man SEP 2017
MAJLIS KONVOKESYEN KURSUS LATIHAN PERGURUAN
SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM KE-8
Majlis Konvokesyen Kursus Latihan Perguruan SERI/ SEMI/ TASKI/ TAHFIZ ABIM Ke-8 telah berlangsung pada 8 Julai 2017/14 Syawal
1438H di Hotel Bangi Putrajaya, Bangi, Selangor. Seramai 45 orang guru-guru SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ seluruh Malaysia yang telah
berjaya menamatkan pengajian di dalam Kursus Latihan Perguruan untuk sesi 2014-2016 termasuk enam orang guru-guru dari Ponpes
Prof. Dr. Hamka, Sumatera Barat. Seramai 250 orang turut meraikan majlis Konvokesyen ini yang terdiri dari ahli ALP YTP, wakil ABIM,
WADAH, PKPIM, agensi-agensi ABIM, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengetua, Guru Besar, Penyelia dan guru-guru SERI/SEMI/TASKI/
TAHFIZ ABIM dan ahli keluarga para graduan yang diraikan.
Ucapan aluan disampaikan
oleh Tn. Hj. Abd. Rahman
b. Yasin (Ketua Pengarah,
YTP) dan ucaputama
disempurnakan oleh YBhg.
Prof. Dr. Mohd. Nor b. Nawawi
(Naib Presiden & Timb. Naib
Canselor Universiti Selangor
(UNISEL). Penganugerahan
sijil dan penghargaan
disampaikan oleh YBhg. Prof.
Dr. Mohd. Nor b. Nawawi dan
diiringi oleh Tn. Hj. Mohd
Yunus Aminuddin (Pengerusi
ALP, YTP) dan Pn Nur Jannah bt. Keman (Pengarah KLP & Konvokesyen). Antara ucapan beliau, “Abad ke-21 merupakan abad perubahan
iaitu pembangunan yang cukup deras letakan ilmu pengetahuan, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi serta globalisasi. Kehabisan
sumber daya telah membawa setiap sfera kehidupan berdepan dengan tekanan yang hebat dalam senario yang sentiasa berubah. Fenomena
ini memerlukan penanggungjawaban yang pantas. Ini bermaksud keperluan kepada penggunaan sumber daya yang cekap, sumber daya
yang didorong oleh pasaran dan tindak balas segera. Persoalan-persoalan yang mampu menangani semua ini adalah pengetahuan
dan pendidikan. Pendidikan adalah amat penting kerana pertumbuhan nasional dan ekonomi berpengetahuan menjadi tunjang kepada
pembangunan bangsa dan negara yang banyak bergantung kepadanya. Bukan sahaja sekadar pendidikan biasa tetapi pendidikan yang
berkualiti tinggi yang diurus dengan cekap dan berkesan serta akauntibiliti dan penanggung jawaban yang tinggi terhadap fungsi-fungsi
akademik termasuk dalam bidang pembelajaran dan pengajian iaitu “learning and teaching”. Perkembangan dunia dibarat pada masa
kini bukan mengukur pada kemampuan guru/pensyarah dari sudut
“learning and teaching” tetapi “how to teach and how to learn”
supaya manfaatnya kepada guru walaubagaimanapun pada masa
kini adalah kepada pelajar itu sendiri. Di negara barat, jika pelajar
tidak diajar dan belajar dengan baik, maka pensyarah tersebut tidak
akan dinaikkan pangkat dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.
Bagi mengaitkan dengan proses pembelajaran di negara kita adalah
dengan memastikan pembelajaran yang diberikan kepada anak
murid merupakan pengajaran yang terbaik.
Beliau mengulas lagi, “Kecemerlangan akademik adalah syarat
kepada pendidikan yang berkualiti tinggi. Institusi pendidikan di
dunia dari peringkat sekolah rendah, menengah dan atas berdepan
dengan tekanan untuk menjadi cemerlang. Oleh yang demikian,
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
kita perlu berlumba-lumba bukan sahaja mengejar peringkat akademik
Bersempena dengan hari raya Eidul Adha atau dipanggil dan peringkat nasional tetapi berfikir dan bertindak secara global berusaha
Hari Raya korban tahun ini iaitu jatuh pada hari Jumaat mengekalkan kemampuan berdaya saing dalam zaman yang berbentuk
1 September 2017, kita umat Islam yang berkemampuan persaingan. Berdepan dengan situasi seperti ini, banyak program-program
digalakkan untuk melaksanakan ibadat korban sebagai dilancarkan untuk memperbaiki dan menjaga kualiti kurikulum sentiasa
mentaati perintah Allah SWT. Sesungguhnya sambutan diperubah dan diperhalusi, dimodenkan dan dikemaskinikan.
Hari Raya Korban ini mengambil pengajaran daripada
dua peristiwa besar dalam sirah Islam iaitu peristiwa Negara Finland adalah satu-satunya negara yang cukup maju sebelum
pengorbanan kedua anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil. diambil alih kedudukannya oleh negara korea pada dua tahun lepas.
Dalam peristiwa ini, Allah menerima korban yang dibuat Selepas jatuh ditangga kedua termaju, Negara finland telah merubah
oleh Habil kerana beliau mempersembahkan korban sistem pendidikan mereka dengan tidak lagi mengguna pakai pendekatan
yang berkualiti berbanding korban Qabil. Keduanya pula sistem pendidikan dari segi konvensional subjek demi subjek tetapi mereka
peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya yang menerapkan nilai disiplin dan sebagainya. Terdapat sebuah sekolah terbaik
tercinta, Nabi Ismail AS yang mana mereka patuh dan yakin di negara Amerika Syarikat iaitu British Islamic School telah memberi suatu
dengan perintah Allah tanpa ragu. Nabi Ismail menunjukkan pendekatan yang amat canggih terhadap pelajar mereka. Pendekatan
keyakinan akan perintah Allah dan memberi semangat yang berpaksikan Islam telah mengatasi sekolah-sekolah lain. Manakala
kepada bapanya untuk melaksanakan penyembelihan di Kuwait iaitu Amal Islamic School telah mengambil silibus negara Amerika
walaupun mengorbankan nyawanya sendiri. tetapi dalam masa yang sama menerapkan konteks Islamiah sehingga
ramai pelajar berduyun-duyun hendak menuntut ilmu disana.
Ibadat korban yang dilaksanakan adalah lambang semangat
pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam bagi Beliau menyarankan agar kita perlu bersedia untuk berubah, memperhalusi
mencapai keredaan Allah SWT untuk kehidupan di dunia dan melihat apa yang berlaku di institusi-institusi lain. Usaha kecemerlangan
mahupun di akhirat. Sehubungan itu diharapkan warga akademik dikebanyakan institusi pendidikan menggunakan kaedah moden
YTP dan seluruh pusat pendidikan di bawah naungan YTP yang lazimnya diamalkan dalam bidang korporat untuk melonjakkan
dapat menghayati semangat pengorbanan sebagaimana pencapaian dan kecemerlangan dalam bidang akademik. Pelbagai cara
yang telah dilalui oleh para nabi, sahabat-sahabat serta moden yang berkualiti di masa kini yang boleh diambil inputnya dari segi
pejuang-pejuang Islam lain dalam menjalankan dakwah perbincangan dan memperhalusi mana-mana keperluan yang dapat
bagi melaksanakan perintah Allah SWT. Mereka telah dimanfaatkan. Kita berhasrat untuk memperkenalkan dan merangka
mengorbankan segala-galanya termasuk harta benda , jiwa budaya kita yang tersendiri yang boleh menjamin kecemerlangan disamping
raga untuk berdakwah menegakkan agama Islam di bumi bersungguh-sungguh menjadikan guru kita sebagai “model of everything”
ini. Dalam konteks ini, Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) dan bukannya “the model of teaching”. Ini bermaksud guru tersebut adalah
melaksanakan dakwah melalui pendekatan pendidikan model dari segi kecemerlangan akademik, peribadi unggul, misali, menjadi
yang formal dan informal bagi mendidik ummat untuk ikutan pelajar dan sebagainya.
menjadi generasi khayra ummah. Usaha-usaha ini sudah
tentu memerlukan banyak pengorbanan di sepanjang jalan Majlis penghargaan juga kepada para pensyarah utama yang menyumbang
dakwah/perjuangan. Diharapkan setiap anggota/petugas tenaga dan kepakaran diberikan kepada Ust. Mahyuddin b. Ashaari, Tn. Hj.
di pusat-pusat pendidikan YTP hendaklah menggunakan Abas b. Awang, Tn. Hj. Ishak b. Ali Shah, Tn. Mohamad b. Abu Daud, Ust.
potensi diri untuk melaksanakan dakwah di posisi masing- Ismail b. Che Ku, Pn. Norhayati bt. Hashim dan Tn. Hj. Mohd. Musleh b.
masing. Untuk ini, program Latihan Tata Jamaah (LTJ) telah Yunos (tidak hadir). Manakala teraju utama Ahli Jawatankuasa Pelaksana
diperkenalkan bertujuan memberi latihan dan pendedahan KLP juga diraikan kerana ini merupakan KLP yang terakhir setelah YTP
mengenai pelaksanaan pembinaan kader melalui proses melaksanakan sejak tahun 2001 lagi dan telah menjayakan kursus KLP
kaderisasi. Sebagai projek perintis guru-guru dan petugas sebanyak lapan (8) kump. iaitu 40 siri kursus telah diadakan. Pengarah
di SERI/SEMI Sg. Ramal telah diberi kursus pada 18-20 Program merangkap Pengarah Konvokesyen iaitu Pn. Nur Jannah bt.
Ogos 2017 di UNISEL kampus Bistari Jaya, Selangor. Keman (2004-2017), Ust. Mohd.Yusman b. Mohd. Yusoff (AJK 2009-2016),
Selepas ini program yang serupa akan dikembangkan ke Sdr. Khairul Anuar b. Mohd Ariffin (AJK 2010-2016), Pn. Nur Atikah bt Mohd.
pusat pendidikan yang lain supaya pembinaan kader dapat Azahar (AJK 2014-2016) dan Pn. Noraila bt Abdul Rahman (AJK 2014-
dipergiatkan bagi mewujudkan golongan pelapis yang lebih 2016) juga menerima sijil penghargaan.
ramai dalam Jamaah kita.
Selain itu, bulan Ogos ini merupakan bulan kemerdekaan, Sempena Konvokesyen juga diadakan Majlis Jaizah Tasrif kepada guru dan
di mana di setiap pusat pendidikan mengadakan aturcara staf yang telah berkhidmat lebih dari 25 tahun ke atas. Penerima jaizah iaitu
masing-masing bagi memperingati hari kemerdekaan Pn. Azian bt. Hj. Seman (SERI Sg. Ramal, Kajang), Pn. Haliza bt. Talib, Pn.
negara kita. Dalam melaksanakan sambutan bulan Salbiah Ismail (SERI Seremban) dan Pn. Nabilah bt. Ahmad dan Pn. Zainab
kemerdekaan ini, para pelajar hendaklah diberi kefahaman bt. Omar (SERI Alor Setar). Disamping sijil, mereka diberi wang tunai, plak
tentang erti kemerdekaan yang sebenar dan bagaimana dan buku-buku sumbangan dari pelbagai agensi.
pengisian kemerdekaan yang sewajarnya. “SELAMAT
HARI RAYA EIDUL ADHA DAN MENYAMBUT BULAN Laporan : Nur Jannah Keman
KEMERDEKAAN.”
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
KECEMERLANGAN AKADEMIK
Sempena Konvokesyen KLP Ke-8 di Hotel Bangi Putrajaya,
sekolah yang telah mencapai kecemerlangan akademik juga
diraikan iaitu UPSR, SPRA dan PT3 untuk tahun 2015 dan
2016. UPSR 2015, SERI Seremban telah berjaya memperolehi
5A iaitu 43.8 % dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.36
dan 99.1% lulus keseluruhan. Manakala SPRA 2015, SERI
Seremban telah berjaya memperolehi 8A iaitu 28.1% dengan
GPS 1.54 dan 96.7% lulus keseluruhan. Pn. Khairani bt.
Mokhtar (Guru Besar SERI Seremban) telah menerima
anugerah tersebut.
Manakala TAHFIZ Ummah, Al-Abrar, Bandar Baru Bangi terbaik
SPRA (kategori sek Tahfiz) tahun 2015 dengan memperolehi 8A
iaitu 30.6%, GPS 1.41 dan 100% lulus keseluruhan dan tahun
2016, 43.2% (8A), 100% lulus keseluruhan dan 1.26 GPS. Ust.
Mat Azid b. Ab. Kadir (Guru Besar Tahfiz Ummah, Bangi) juga
telah menerima anugerah tersebut.
Walaupun UPSR format baru bermula tahun 2016, namun
sekolah kita juga dapat menyaingi sekolah arus perdana. Sekolah SERI
Al-Huda, Gombak telah mengatasi SERI yang lain dengan memperolehi
7.2 % (6A), GPS 2.07 dan 92.75% lulus keseluruhan. Pn. Surayah bt
Sarin (Guru Besar SERI Al-Huda) telah menerima anugerah tersebut.
Manakala PT3 TERBAIK 2015, SEMI Seremban telah berjaya
memperolehi GPS 2.25 dan 98.3% lulus keseluruhan. PT3 TERBAIK
2016 iaitu SEMI Sg. Ramal, Kajang dengan pencapaian GPS 2.47
dan 94.5% lulus keseluruhan. Pengetua SEMI Seremban, Ust. Noor
Hisyam b. Ismail dan Pn. Rogayah bt Sebli (Pengetua SEMI Sg. Ramal)
masing-masing menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh
Prof. Dr. Mohd. Nor Nawawi, (Naib Presiden & Timb. Naib Canselor,
Universiti Selangor (UNISEL).
Laporan: Nur Jannah Keman
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
TAMRIN NUQABA’ II
Tamrin Nuqaba’ II telah diadakan pada 22
Julai 2017 di Dewan Seminar YT-Taski
yang dianjurkan oleh Bahagian Kaderisasi
YTP. Seramai 56 orang peserta yang hadir
bengkel tersebut.
Antara objektif bengkel ini ialah memantapkan
lagi kesediaan mereka terhadap usrah;
menggilap para Naqib agar lebih mantap
mengendali usrah di sekolah masing-
masing; memberi beberapa panduan agar
usrah yang dijalankan lebih berkesan, lebih
kreatif dan lebih inovatif; mempraktik simulasi
usrah dan memuhasabah pelaksanaannya
secara kendiri; meletak format usrah yang
sesuai pelaksanaannya dalam suasana
sekolah dan menekankan betapa penting
pelaksanaan usrah yang menjadi tonggak
kepada asas tarbiah jamaah.
Penceramah yang menjalankan bengkel ini ialah Ust. Naim Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah YTP merangkap Timbalan Presiden
ABIM (Pengurusan Usrah Yang Efektif), Sdr. Khairul Ariffin Mohd Munir, Naib Presiden ABIM (Bagaimana Berinteraksi Dengan Teks
Dan Ahli) dan Sdr. Mohd Khairul Ridhwan Adha Akhyar, Exco ABIM Pusat (Taklimat Manual Usrah, Mengendali & Simulasi Usrah serta
Refleksi). Penutupan majlis oleh Tn. Hj. Ismail Che Ku.
Laporan: Noraila Abdul Rahman
KURSUS PEMBERDAYAAN MURABBI UMMAT
Bengkel ini telah diadakan pada 18-20 Ogos
2017 bertempat di Kampus Unisel, Bestari
Jaya dengan tema ‘Mensyukuri nikmat,
menginsafi amanat’. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan dengan kehadiran seramai 85
orang peserta di kalangan guru dan staf SERI/
SEMI Sg. Ramal. Antara agenda kursus ini
adalah untuk menyerapkan ruh keABIMan ke
dalam jiwa para petugas jamaah, agar mereka
menjadi kader jamaah suatu hari nanti.
Pada malam 18 Ogos 2017 diadakan forum
yang dibentangkan oleh Tuan Haji Abdul Halim
Ismail (Guru Pembina Murabbi Ummat), Puan
Mahanom Basri (Istiqamah Dalam Jamaah),
Tuan Haji Mohd Musleh (Aplikasi Pendidikan
Al-Hikmah Dalam Pendidikan Semasa) dan
Tuan Haji Amidi Abdul Rahman (Melakar
Transformasi Pendidikan).
Pada 19 Ogos 2017 di sebelah pagi, ucaptama yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman (Naib Canselor
Unisel) berkongsi mengenai sejarah keABIMan dan Kebangkitan Islam di Malaysia. Memperjelaskan perjuangan keABIMan dari semasa
ke semasa.
Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti bagi memperkuatkan dan memperkukuhkan guru dan staf dalam jamaah telah diadakan,
merangkumi program qiamullail, tazkirah maghrib dan isya dari penceramah jemputan, aktiviti LDK indoor di perpustakaan Unisel.
Mengakhiri program Latihan Tata Jamaah, majlis penutup dan rumusan diadakan dengan ucapan dari Tuan Haji Yunus Aminuddin
(Pengerusi LP-YTP) dan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman (Presiden WADAH).
Laporan: Mohd Fitri Amir
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
LANTIKAN PENGARAH AKADEMI LATIHAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN (ALKP) - YTP
Pn. Hjh Rohana binti Kamaruddin dilantik sebagai Pengarah Akademi Latihan dan Kepimpinan Pendidikan
berkuatkuasa 17 julai 2017. Beliau telah menggantikan YM Pn. Hjh Tengku Noor Ketina binti Tengku
Abdullah.
Pengalaman bekerja sebagai Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGM – KPM), Jalan Pantai
Dalam (2013 – 2016). Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras (2010 – 2013). Pensyarah
Kanan Sains IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras (2004 – 2010). Guru Biologi/Sains SMKA Maahad Hamidiah
(1989 – 2002). Beliau mempunyai pengalaman di bidang pendidikan selama 35 tahun.
Kelulusan: Bach. Of Science University Adelaide, Diploma Pendidikan Universiti Malaya, Diploma
Pendidikan Islam (UKM), Sarjana Pendidikan (UKM).
Laporan : En. Suhaili
LANTIKAN PENGARAH TASKI & TAHFIZ YTP
Pn. Hjh. Wan Ruhayah binti Wan Yaacob dilantik sebagai Pengarah TASKI & TAHFIZ YTP berkuatkuasa
17 Julai 2017. Beliau menggantikan Tn Hj Baharuddin bin Ibrahim.
Pengalama bekerja sebagai Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (1982 – 1989).
Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi (1989 – 2001). Pengetua di SMKA Sharifah Rodziah
Melaka (2001 – 2005). Pengetua di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said Seremban (2005 – 2010). Pengetua
(Cemerlang) di SMKA Maahad Hamidiah Kajang (2010 – 2016).
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda pendidikan Islam (UKM), 1979. Sarjana Pendidikan (M.ed) – bidang
Pendidikan Pra Sekolah – (UKM), 1998.
Laporan : En. Suhaili
SEKOLAH TERIMA BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
25hb April. Seri / Semi ABIM Sungai Ramal telah menerima Skim Bantuan Sekolah 2017 Penasihat
daripada kerajaan negeri Selangor. Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Penyerahan bantuan tersebut telah diadakan semasa Program Ramah Mesra bersama Ketua Editor
penerima bantuan sekolah fasa 1 2017 (Zon Selatan) di Dewan Orang Ramai, Taman Hj. Samian Mohd Ali
Mesra, Kajang.
Editor Kerja
Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas bantuan yang diberikan. Hj. Mohamad Abu Daud
Bantuan tersebut akan digunakan untuk membaiki prasarana sekolah yang telah uzur.
Nur Jannah Keman
Laporan: Blog Seri Sg. Ramal Suhaili Husin
Noraila Abd. Rahman
Mohd Fitri Amir Shoodi
Susunatur Grafik
Khairul Anuar Mohd Ariffin
Penerbit
Yayasan Takmir Pendidikan
605B, Kompleks Diamond,
Bangi Business Park, J
alan Medan Bangi,
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi.
Emel: [email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Fax: 03-89201788
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
PERISTIWA
HARI USAHAWAN CILIK 2017
(6 OGOS 2017 - SERI AL-UMMAH CHEMOR, PERAK)
PERTANDINGAN SYARAHAN DI IHTIFAL TAHFIZ UMMAH, BANGI BENGKEL & TEKNIK MENJAWAB UPKK DAN SRAI
(23 JULAI 2017 - TAHFIZ UMMAH, BANGI) (12 OGOS 2017 - PUSAT EKO PELAJARAN MATANG, PERAK)
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN
(20 JULAI 2017 - DEWAN SEMINAR YTP, BANGI)
LAWATAN KENAZIRAN KE SERI MUTIARA PULAU PINANG MAJLIS DI AMBANG MERDEKA
( JULAI 2017 - PULAU PINANG) (25 OGOS 2017 - SERI AD-DINIAH TAIPING, PERAK)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
PROGRAM JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2017 ANTARA SERI ALOR SETAR DAN SEKOLAH SATUN SANTI, SATUN THAILAND
(13-15 JULAI 2017 - SATUN, THAILAND)
BENGKEL KURSUS PEMBERDAYAAN MURABBI UMAT SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
GURU DAN STAF SERI SG. RAMAL DALAM (24 OGOS 2017 - SRI JOHOR BAHRU, JOHOR)
(18-20 OGOS 2017 - UNISEL, SELANGOR)
KEMERIAHAN PERSIAPAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN LAWATAN KENAZIRAN KE SRI PUTRA NILAI, NEGERI SEMBILAN
ANAK-ANAK SERI AL-UMMAH TAIPING (27 JULAI 2017 - NILAI, NEGERI SEMBILAN)
(2 OGOS 2017 - TAIPING, PERAK)
Unik, Cemerlang & Terbilang
7
KURSUS PENGENALAN ASAS KAUNSELING KOMUNITI
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada 20 orang staf dan
guru-guru YTP , 20 orang ahli SALWA telah menghadiri kursus
PENGENALAN ASAS KAUNSELING KOMUNITI selama 2 hari
iaitu pada 29-30 Julai 2017 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang,
Selangor. Kursus ini adalah anjuran Kerajan Negeri Selangor
dengan objektif berikut:
1. Mengukuhkan keyakinan dan keterampilan sebagai pemimpin
di semua sektor komuniti.
2. Mengenalpasti isu-isu dan pelbagai cabaran semasa komuniti.
3. Memahami kemahiran-kemahiran dan asas teknik menolong
membimbing dan mendidik melalui pendekatan psikologikal.
Para peserta telah diberi pendedahan mengenai isu-isu sosial masa kini yang mana
amat perlu diberi perhatian secara lebih serius bagi mengurangkan dan mengekang
gejala sosial daripada bertambah parah di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia
amnya. Pendekatan kaunseling merupakan salah satu kaedah bagi membantu
mereka yang menghadapi masalah peribadi atau keluarga supaya dapat diatasi
dengan bimbingan para kaunselor yang terlatih. Peserta kursus telah diberi latihan
asas bagaimana untuk mengendalikan kes-kes sosial melalui pendekatan kaunseling
dan psikologi.
Dengan adanya kursus ini, diharapkan dapat melahirkan lebih ramai petugas-
petugas sosial secara sukarela untuk turun dilapangan bagi membantu mereka yang
memerlukan bimbingan kaunseling supaya masyarakat dapat hidup lebih tenang dan
harmoni.
Laporan: Hj. Samian Mohd Ali
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60 SERI TAIPING, PERAK
Pada 5 September 2017, SERI Taiping, Perak telah mengadakan sambutan
hari kemerdekaan. Bersempena dengan majlis ini Jabatan Kokurikulum telah
menyediakan hadiah-hadiah bagi semua acara yang dipertandingkan sempena
sambutan ulangtahun kemerdekaan tanah air ke-60.
Antara pertandingan yang diadakan ialah kuiz perhimpunan, mewarna, melukis,
silangkata, kolaj dan mencari perkataan tersembunyi. Laungan “Merdeka,
Merdeka, Merdeka” adalah laungan penutup oleh Yang Berusaha Tuan Haji
Abdul Hamid bin Ali, Guru Besar SERI Taiping bagi gimik penutup Sambutan
Kemerdekaan 2017 kali ke-60.
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
Mengenali Sekolah
SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) SEREMBAN
• SRI Seremban ditubuhkan dengan cetusan idea daripada
sekumpulan ahli Angkatan Belia Islam (ABIM), salah seorang
tonggak utamanya Tuan Haji Khalil bin Jali yang menginginkan
kesinambungan pendidikan anak-anak di TASKI ABIM.
• Dengan segala kepayahan, iltizam dan keyakinan, SRI
Seremban memulakan langkahnya pada 3 Disember 1989 di
sebuah rumah banglo lama yang serba kekurangan bersama-
sama 29 orang murid dan 2 orang guru. SRI Seremban telah
didaftarkan di bawah Unit Perhubungan dan Pendidikan
Swasta dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
• Bagi memenuhi keperluan murid yang semakin bertambah, bersandarkan kepada sumber kewangan sumbangan dalam kalangan
ahli-ahli ABIM, bangunan blok A telah dibina pada tahun 1991.
• Seawal 1992 pula, dengan sedikit dana yang terkumpul melalui sumbangan orang
ramai pembinaan blok B dimulakan dan siap pada tahun 1995.
• Pada tahun 1994, secara bergotong-royong kumpulan usrah ABIM bersama-sama
ibu bapa yang komited telah membina kantin, surau, tembok berpagar dan laluan
ilmu atas usaha Encik Mohd Nor Ubaidullah dan bantuan tenaga dan kepakaran
dari pihak penjara Seremban melalui pegawainya Encik Mohd Yusuf bin Deraman.
• Seiring dengan permintaan ibu bapa dan masyarakat yang mahukan anak-anak
mendapat pendidikan dalam tarbiyah Islamiyah, tahun 2003 blok C dan D siap
dibina dengan dana yang terkumpul melalui skim wakaf, pinjaman Qardhul Hassan
dan derma orang ramai.
• Pembangunan infrastruktur SRI Seremban tidak terhenti, perancangan demi
perancangan untuk menambah baik kemudahan yang ada bagi memenuhi
keperluan murid yang semakin bertambah, November 2010 pembinaan blok 4
tingkat mula dibina dan tidak sampai setahun berjaya disiapkan pada Oktober 2011.
• Tahun demi tahun terus berlalu, dengan
sokongan dan kerjasama semua pihak,
SRI Seremban terus utuh mengharungi
rintangan serta cabaran dan mengecapi
kejayaan demi kejayaan.
• 2017 dan tahun-tahun yang
mendatang, SRI Seremban akan terus
teguh dan komited dalam mendepani
cabaran gelombang pendidikan abad
ke-21, berteraskan prinsip-prinsip
Pendidikan Al-Hikmah. Doa kami,
moga SRI Seremban akan terus
cemerlang, gemilang dan terbilang
serta senantiasa dalam rahmat Allah
S.W.T.
Unik, Cemerlang & Terbilang 9
LAWATAN YTP KE MALHIK2 BREBES, INDONESIA
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
HJ. ABDUL GHANI ISHAK
Beliau dilahirkan di Kampong Alor China, Mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah pada
tanggal 21hb Mei 1953. Mendapat pendidikan awal di SK Tualang (1960 hingga 1965)
dan pendidikan menengah di Maahad al-Mahmud (Maktab Mahmud), Alor Setar (1966
hingga 1972) serta pendidikan menengah atas di Kolej Islam Kelang, Selangor (1972
hingga 1973). Di sinilah beliau diperkenalkan dengan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM), Koperasi SHAMELIN dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) oleh saudara Anwar Ibrahim, saudara Sanusi Joned dan Ustaz Fadhil bin Mohd.
Noor. Pada tahun 1974 menyambung pengajian ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur
kursus Sarjana Muda Sejarah dan Pengajian Islam. Pada penghujung bulan Mei tahun
1977 beliau kembali semula ke Universiti Malaya untuk menyambung pengajian di Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya untuk melengkapkan Diploma Pendidikan. Pada tahun
1994 memperolehi Ijazah Sarjana dari UPM dan Diploma Pengurusan Perbandingan dari
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI), Sg Ramal Kajang. Pada tahun 1995 memperolehi
Diploma In Training dari Auckland College of Education, Auckland, New Zealand.
Universiti Malaya menjadi tapak penglibatan beliau dengan aktiviti mahasiswa Islam, dakwah dan pendidikan di negeri. Pada tahun
1974 menubuhkan Angkatan Mahasiswa Islam Kolej Ke Empat (AMIKUM) dan sebagai Setiausaha Agung. Seterusnya pada tahun
1975 sebagai Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan tahun 1977 sebagai Timbalan Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Pada bulan April 1978 sebagai Setiausaha Agung Kesatuan pelajar Islam Perak
(KPIP). Kemudian di beri amanah sebagai Penolong Setiausaha ABIM Negeri Perak, Timbalan Yang di Pertua dan seterusnya Ketua
Biro Pendidikan. Pada tahun 1989 bersama teman-teman ABIM Perak mendaftarkan Maahad al-Ummah di Chepor (SABK Maahad al
-Ummah) Ipoh, Perak dengan memulakan pinjaman kaedah Qardhul Hasan dari Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) sebanyak RM
20,000.00 yang bendaharinya ketika itu Tuan Haji Mohd Nur Anuar bin Hashim.
Kerjaya beliau dalam bidang pendidikan bermula di Institut Sofar Ipoh, Perak pada bulan Februari 1977. Beliau di tempatkan mengajar
di sekolah kerajaan SMJK Yuk Kwan Batu Gajah dan SMK Idris Shah Gopeng, Perak. Pernah bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan
Pendidikan, Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta, Ipoh, Perak. Mulai Ogos 1990 hingga 1992 memulakan kehidupan baru di Gombak,
Kuala Kumpur untuk bertugas di Institut Aminudin Baki, Sri Layang, Genting Highland, Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1993 bertugas
semula di Bahagian Penddikan Guru (BPG) sebagai Penolong Pengarah dan pada tahun 1995 bertukar ke Unit Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) sebagai Penolong Pengarah Kanan. Pada 1 hb September 2000 ditukarkan balik ke Institut Aminudin Baki, Sri Layang buat
kali kedua, sebagai Ketua Jabatan dan memangku jawatan pendaftar. Pada tahun 2005 bertukar ke IAB cawangan utara sebagai ketua
jabatan. Akhirnya dilantik sebagai pengarah IAB cawangan utara pada tahun 2007.
Saat yang terkesan dalam kehidupan harian semasa penglibatan dalam gerakan pelajar dan belia Islam sekitar tahun 1975 hingga
1977 ialah kehadiran dalam usrah. Di sinilah terbentuknya pemikiran Islamiah dan akhlak Islamiah yang menjadi amalan hidup beliau
hingga kini. Alhamdulillah beliau di beri kekuatan untuk terus aktif dalam Jamaah WAP khususnya Yayasan Takmir Pendidikan sejak
ditubuhkan pada tahun 2000. Melalui YTP Pusat versi tambah baik beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah mulai tahun 2013
hingga sekarang. Juga diamanahkan sebagai Pengerusi ALP Yayasan Takmir Pendidikan Negeri (YTPN), Kedah dan ahli Jawatankuasa
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) cawangan Negeri Kedah Darul Aman.
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
xxx
ANTARA BUKU TEKS DINIAH SERI DAN BUKU BARU KELUARAN YTP
UNTUK TEMPAHAN
HUBUNGI:
Jilid 18
12 Unik, Cemerlang & Terbilang