At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang
Keluar an 18/2/2017 Edar an D ala man JUN 2017
Ihtifal Sukan Kebangsaan Kali ke-17
“Menyerlahkan Potensi, Merapakatkan Ukhuwah”
SERI dan SEMI Seremban meraih kejohanan
Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI kali
ke-XVII di Universiti Islam Antarabangsa,
Kuantan, Pahang pada 17-20 Mac 2017. SERI
Seremban merupakan juara bertahan kerana
telah menjuarai Ihtifal (Sukan) kali ke XV yang
diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM)
dua tahun lalu. Manakala SEMI Seremban
dapat merangkul kembali piala pusingan dari
Sekolah Men. Sains TAHFIZ (SEMESTI),
Alor Setar, Kedah. Olahragawan disandang
oleh Mohd Khairul Hasni b. Husaini dari SERI
Johor Bahru dan Olahragawati pula disandang
oleh Nur Afiqah Najiha bt. Mohd Azri juga dari
SERI Johor Bahru. Bagi kategori menengah
pula disandang oleh Harris Bradley b.
Abdullah Danni Farris dari SEMI Johor Bahru.
Majlis Ihtifal (Sukan) kali ini agak meriah dengan tema “Menyerlah Potensi, Merapatkan Ukhuwwah”. Ihtifal (Sukan) SERI/SEMI telah
berjaya dilaksanakan dengan gabungan warga kerja YTP Pusat, WADAH, ABIM, PKPIM, YTPN, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengetua,
Guru Besar dari SERI/SEMI seluruh negara. SERI Indera Mahkota, Kuantan dilantik sebagai tuan rumah dan YBhg. Ustaz Ashaari b.
Mohd. Yatim selaku mudir dilantik sebagai Pengerusi J/K Pelaksana manakala YBhg. Tn. Hj. Samian b. Mohd Ali sebagai Pengerusi J/K
Induk.
Majlis perasmian disempurnakan oleh wakil YAB Menteri Besar Pahang iaitu YB Dato’Syed Ibrahim b. SyedAhmad, Pengerusi Jawatankuasa
Dakwah Islamiah & Tugas-tugas Khas pada malam 17 Mac 2017 di Stadium Darul Makmur. Malam yang indah diterangi dengan limpahan
cahaya lampu stadium, diserikan dengan
pertandingan perbarisan daripada 13
kontigen sekolah rendah dan 7 buah
sekolah menengah serta persembahan
silat, tae-kwando dan nasyid. Kontigen
SERI Al-Ummah, Chemor menambat hati
para juri dan penonton sehingga dapat
menjulang piala ABIM perbarisan terbaik.
Penyertaan pertandingan acara balapan
dan permainan melibatkan seramai 1200
pelajar SERI/SEMI dan guru pengiring.
SERI Seremban mengondol 10 pingat
emas, 14 perak dan gangsa, SERI Al
Ummah Chemor 9 pingat emas, 8 perak
dan 5 gangsa manakala SERI Johor
Bahru di tempat ke tiga mengutip 8 pingat
emas, 2 perak dan 2 gangsa. Manakala
SEMI Seremban berjaya merangkul 14
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
02BULETIN-JUN2017.indd 1 6/7/2017 4:23:33 PM
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
Alhamdulilllah, Majlis Ihtifal(sukan) kebangsaan SERI/SEMI pingat emas, 10 Perak, SEMESTI Alor Setar 7 emas dan 7 gangsa dan
kali ke XVII telah berlangsung pada 17 hingga 20 Mac SEMI Johor Bahru memperoleh 6 pingat emas 7 perak dan 4 gangsa.
2017 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maahad Al-Ummah, Chemor yang dijemput sebagai atlet jemputan 4X100m
kampus Kuantan, Pahang telah berjalan dengan lancar. untuk kategori menengah rendah dan atas telah memenangi pingat emas
Sekolah SERI Indera Mahkota telah diberi penghormatan dalam ke dua-dua acara tersebut.
untuk menjadi tuan rumah Ihtifal kali ini. Pertandingan balapan/olahraga telah diadakan di Stadium Darul Makmur
Program sukan merupakan suatu wahana untuk pada 18 Mac dari jam 8.00 pagi hingga tengahari manakala perlawanan
menyatukan seluruh warga pusat pendidikan ABIM di bawah permainan seperti badminton, bola sepak, renang, futsal, catur dan lain-
Yayasan Takmir Pendidikan. Dengan adanya ihtifal sukan lain di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM)
ini, para pelajar yang terlibat dalam aturcara sukan dan kampus Kuantan. Sebahagian acara di adakan di luar seperti bola jaring
guru-guru pengiring dapat mengeratkan lagi silaturrahim di di padang MSSP, memanah di SMK Panglima Perang, bola sepak di SKIM
kalangan warga SERI/SEMI ABIM seluruh negara. Selain dan SK Tengku Azizah. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang (MSSP)
itu dapat mengembangkan bakat dan potensi para pelajar membantu dalam aspek teknikal dan pengadilan yang diketuai oleh Encik
dalam bidang kesukanan dan mengenengahkan bakat Ahmad Kamar.
pelajar setanding dengan pelajar luar. Ini sesuai dengan
tema ihtifal tahun ini “Menyerlah Potensi, Merapatkan
Ukhuwwah”
Ihtifal sebenarnya mempunyai makna yang
besar kepada rangkaian Sekolah Yayasan Takmir dalam
merealisasikan visi dan misi pendidikan Al-Hikmah sama
ada melalui program Ihtifal Sukan ataupun Ihtifal Akademik.
Di sebalik majlis atau perayaan yang meriah dan berwarna
warni, tersirat makna mensyukuri nikmat, di samping
merangsang peningkatan kualiti dan prestasi pelajar. Ihtifal
ini juga dapat menguji serta menggabungkan kepentingan
dari segala aspek pembangunan fizikal dan kecerdasan
diri pelajar, selain kecemerlangan akademik yang perlu
dibangunkan bagi merealisasikan falsafah kesepaduan
pendidikan. Di sini kita dapat menilai tahap kemampuan
dan kecerdasan seluruh dimensi merangkumi spiritual,
fizikal, intelektual dan emosi seseorang pelajar.
Dari itu, usaha yang berterusan hendaklah
ditumpukan untuk peningkatan kualiti dari seluruh
aspek. Segala catatan kejayaan dan kegagalan masa Pada 18 Mac malam AJK Induk Ihtifal diraikan dalam majlis makan
lalu seharusnya menjadikan kita lebih bersiap sedia malam oleh WADAH dan YTPN Negeri Pahang di restoren untuk majlis
menghadapi cabaran yang mendatang. Yang penting bukan silaturrahmi. Manakala pada 19 Mac malam telah diadakan Majlis Makan
jumlah pingat yang kita dapat, tetapi berapa jumlah pelajar Malam dibiayai kerajaan negeri Pahang di Dewan Jubli Perak yang diserikan
yang berjaya menyerlahkan bakat mereka. dengan kehadiran dan ucapan YBhg. Tn. Hj. Mohamad Raimi Ab Rahim,
Bagi pihak Yayasan Takmir Pendidikan, kita Presiden ABIM. Majlis ini adalah usaha murni oleh YBhg. Ustaz Ashaari
mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi untuk membina hubungan baik dengan pihak kerajaan negeri Pahang.
terima kasih khususnya kepada Mudir serta warga SERI Majlis diserikan dengan persembahan nasyid, choral speaking dan sajak
Indera Mahkota yang telah bekerja kuat dan dedikasi oleh pelajar-pelajar Rohingya Education Centre (REC) cawangan Pahang.
bagi menjayakan program yang besar ini dari awal
hinggalah Ihtifal selesai. Semoga Allah membalas segala Majlis Penutup disempurnakan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohamad Raimi Ab
pengorbanan mereka dalam bentuk tenaga, fikiran, wang Rahim, Presiden ABIM pada 20 Mac 2017. Beliau menyampaikan hadiah
dan seumpamanya sebagai amal soleh. Aameen. kejohanan Ihtifal Sukan kepada yang berjaya, sijil penghargaan kepada
Sempena bulan RamadanAl Mubarak ini, marilah Jawatankuasa Induk dan penyerahan bendera kejohanan kepada YBHg.
kita beriltizam untuk mengisi bulan ini dengan amalan- Ustaz Mohd. Fadzil b. Zakaria, Guru Besar SERI Al-Ummah, Chemor
amalan terpuji . Rebutlah ganjaran-ganjaran yang dijanjikan selaku tuan rumah bagi tahun 2019.
oleh Allah dengan mempergiatkan amalan baik dan
menghentikan amalan buruk, bersegera mengerjakan amal- Laporan: Nur Jannah Keman
amal baik, istiqamah dan bersabar dalam mengharungi
dugaan dan cabaran. Marilah kita berdoa kepada ALLAH
SWT agar amalan sepanjang bulan Ramadan tahun ini
diterima dan lebih baik daripada bulan Ramadan tahun
yang lalu.
“SELAMAT BERPUASA, SELAMAT MAJU JAYA”
HJ SAMIAN MOHD ALI
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
02BULETIN-JUN2017.indd 2 6/7/2017 4:23:34 PM
PERUTUSAN HARI GURU OLEH KETUA PENGARAH YTP
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Kita memohon taufiq dan ‘inayah
dari Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya kepada kita semua, bagi meneruskan usaha
mendidik dan mengasuh anak bangsa ke arah meninggikan martabat insan sebagai makhluk Allah yang
bersyukur. Selawat dan salam ditujukan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta
sahabat-sahabat baginda. Semoga semuanya sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT.
YTP telah memutuskan bahawa Pendidikan Al-Hikmah sebagai falsafah teras bagi semua institusi kita.
Dengan mengangkat “Pendidikan Al-Hikmah” sebagai falsafah, ianya menjadi panduan asas di seluruh
Institusi Pendidikan ABIM untuk menambahbaik pelaksanaan sistem pendidikan aliran perdana. Kita boleh
melaksanakan satu gerak kerja untuk melahirkan generasi yang serba sempurna dari sudut rohani, aqli, emosi
dan jasmani. Diharapkan kita akan dapat melahirkan generasi khayra ummah berwatak rabbani dengan memiliki kualiti tawhid dan ibadah
yang tinggi, mencintai usaha bakti kepada Allah, Rasul dan kedua ibubapa, berpengetahuan tinggi, profesional, berakhlak dan beradab
mulia, keterampilan dan berpandangan jauh seterusnya menjadi manusia yang berguna.
Sehubungan itu, usaha-usaha untuk memahamkan Falsafah Pendidikan Al Hikmah wajar diketengahkan kepada masyarakat dan
menjadikannya sebagai pilihan terbaik bagi merealisasikan impian murni. Salah satu aspek penting dalam mempastikan kesinambungan
Pendidikan Al Hikmah di kalangan generasi muda ialah aspek latihan dan perguruan. Oleh itu sistem latihan dan kursus perguruan wajarlah
diorientasi semula supaya selari dan serasi dengan matlamat dan kehendak Pendidikan Al-Hikmah. Sesungguhnya Pendidikan Al-Hikmah
ini menekankan aspek pembentukan generasi muda yang berwatak, bercirikan `sistem nilai`, dan `keupayaan berfikir aras tinggi`. Justeru
itu, pendekatan Pendidikan Al Hikmah secara jamaiy, dengan kerjasama kepakaran dan kemahiran dalam bidang pendidikan, pengurusan
pengajaran dan pembelajaran dan amalan pendidikan seharusnya dirancang dan dilaksanakan secara berterusan melalui jaringan
pendidikan ABIM. Perlaksanaan dan usaha yang lebih giat dalam Pendidikan Al-Hikmah akan dapat meningkatkan amalan pedagogi Al-
Hikmah di Institusi Pendidikan ABIM serta meneruskan proses kesepaduan ilmu dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke 21.
Gagasan pendidikan al-Hikmah merupakan suatu rangka tindakan terhadap cita-cita melahirkan satu generasi Khayra Ummah yang serba
sempurna. Generasi ini mempunyai pengetahuan yang tinggi, berakal budi, berakhlak dan beradab mulia, berkepemimpinan di samping
professional dan berhikmah. Untuk tujuan ini falsafah pendidikan al-Hikmah hendaklah diterapkan dan dimasukkan ke dalam kurikulum
dan ko-kurikulum pendidikan kita. Dalam hal ini Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) berperanan merangka kurikulum serta ko-kurikulum
tersebut.
Oleh itu, semua yang terlibat dalam pendidikan kita dari peringkat TASKI, Tahfiz, SERI dan SEMI mestilah memahami dengan mendalam
serta menghayati falsafah pendidikan al-Hikmah. Justeru, YTP perlu mengadakan program kursus kepada semua guru di semua peringkat
agar mereka dapat memahami dengan tepat falsafah pendidikan al-Hikmah. Di pihak guru-guru pula hendaklah sentiasa bersedia untuk
memahami falsafah ini dengan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Perkara yang
penting yang perlu diambil perhatian adalah komitmen dan tanggungjawab setiap guru dan petugas untuk menghayati dan mengaplikasi
makna falsafah al-Hikmah, dalam semua aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum sama ada di dalam mahu pun di luar bilik darjah, dan
mewujudkan suasana dan persekitaran yang Islamik yang mencerminkan aplikasi falsafah ini.
Rangkaian dalam sistem pendidikan ABIM mestilah meneruskan pendekatan tarbiyah dan dakwah bagi melestarikan pembinaan kader
dakwah yang menyedari Islam sebagai cara hidup yang realistik. Oleh itu guru-guru dan petugas pendidikan dalam institusi pendidikan
ABIM wajar mengikuti semua program tarbiyah haraki ABIM, seperti usrah, tamrin dan aktiviti budaya ilmu. Satu sukatan usrah yang
standard menyeluruh dan seragam digunapakai dalam semua usrah guru dan petugas ABIM dalam pendidikan. Kita akan berusaha
untuk menterjemah serta mengadunkan unsur-unsur dalam pendidikan Al-Hikmah ini dengan ciri-ciri harakah Islamiah dalam kurikulum
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pemahaman Falsafah Pendidikan Al-Hikmah akan diperkasakan, diterap dan diterjemahkan ke
dalam pengajaran dan pembelajaran. Semoga YTP dapat terus menyumbang kepada penyuburan falsafah Pendidikan Al-Hikmah, dan
dalam masa yang sama menjadi penyumbang utama untuk melahirkan generasi pelapis.
Oleh kerana warga sekolah menjadi benteng Jamaah paling hadapan dalam menghadapi sebahagian umat, maka beberapa aspek dan
budaya Jamaah harus mereka kuasai, ikuti dan amali, begitu juga dengan misi, visi dan aspirasi Jamaah ketika menubuhkan pusat
pendidikan ini harus mereka hayati agar tidak tersasar dari matlamat asal. Inilah tujuan utama kita menggerakkan Pengstrukturan Tarbiah
di sekolah-sekolah, agar ia bergerak selari dalam satu acuan, satu pemikiran dan satu matlamat insyaAllah.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU. SAYA BANGGA MENJADI GURU!!
Wabillahi taufiq walhidayah. Wasssalamualaikum wbt.
HJ. ABD RAHMAN B. MOHD YASIN
Ketua Pengarah
Yayasan Takmir Pendidikan
11 Mei 2017/ 14 Syaaban 1438H
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
02BULETIN-JUN2017.indd 3 6/7/2017 4:23:35 PM
KURSUS JURU LATIH UTAMA (JU) PAK ABAD 21 BENGKEL BUKU TEKS
SERI/ SEMI YTP
Kursus Juru Latih Utama (JU) PAK Abad 21 SERI/SEMI telah diadakan pada 19-20 April Bengkel Buku Teks SERI/SEMI telah
2017 di Hotel KK, Kajang. Peserta telah diberi input dan kemahiran lebih meluas tentang diadakan pada 19–21 April 2017 di Hotel
konsep, tugas serta peranan seorang fasilitator, menyelaras dan membimbing amalan KK Kajang. Panel penulis sedang giat untuk
PdPc PAK Abad 21 dan melengkapkan peralatan bilik darjah. menyiapkan buku teks SERI/SEMI serta
modul peperiksaan SPRA. Pada masa
yang sama para panel menyemak semula
buku-buku terbitan 2017 untuk pembetulan.
Jangkaan terbitan baru 2018 iaitu buku teks
Sirah Tahun 6, Tafsir Tahun 6, Bahasa Arab
Tahun 2 dan 3, Hafazan Quran Tahun 1,
2 & 6, Modul SPRA Hadis Tahun 5, Modul
SPRA Tafsir Tahun 5, Modul SPRA Sirah
Tahun 5 dan Modul SPRA PTI Tahun 5 dan
Tingkatan 1.
Laporan: Nur Jannah Keman
Kursus JU ini disi oleh Tn Hj. Mohamad b Abu Daud dan Pn. Hjh. Norhayati Hashim bertajuk BENGKEL MENGGUBAL DAN
PAK Abad Ke-21 & PdPc, Tn. Hj. Ishak b. Ali Shah (Fasilitator Yang Berkesan), Pn. Nur MEMURNI SOALAN SPRA
Jannah bt Keman (Kelengkapan Bilik Darjah PAK Abad 21) dan pelan tindakan.Kursus ini
merupakan siri pertama dan akan di beri latihan melalui siri-siri kursus yang lain sehingga
peserta mahir dan boleh menjadi pakar rujuk untuk pelaksanaan PAK Abad 21 di sekolah
sendiri dan sekolah yang lain.
Laporan: Nur Jannah Keman Bengkel Menggubal Soalan SPRA 2017
telah diadakan pada 4-7 April 2017 di
MESYUARAT POST MORTEM IHTIFAL SUKAN KE XV11 Hotel KK, Kajang. Seramai 31 panel
guru yang terlibat dari SERI dan TAHFIZ
seluruh negara untuk menghasilkan 3 dan
4 set soalan setiap subjek. Bermula tahun
ini soalan telah dinaik taraf peratusan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
melalui pemetaan dan grafik. Kandungan
soalan merujuk kepada buku teks terbitan
Yayasan Takmir Pendidikan edisi 2017.
Mesyuarat Post Mortem Ihtifal Kebangsaan (Sukan) SERI/SEMI telah diadakan pada 5 Bengkel Pemurnian telah diadakan pada 25-
Mei 2017 di Dewan Seminar YTP. Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk menilai semula 28 April 2017 di Hotel KK Kajang. Seramai
dari segi logistik, perjalanan acara pertandingan, kepegawaian dan perjalanan keseluruhan 27 orang guru pakar dan berpengalaman
Ihtifal. Hasil post mortem ini boleh dijadikan panduan oleh sekolah dan YTP supaya hadir dalam bengkel ini. Skrip soalan telah
segala kelemahan yang lepas tidak berulang lagi dan penambahbaikan dari segi prestasi dibentang kepada ahli panel untuk semakan
samada dari segi logistik, makanan, perlaksanaan acara-acara pertandingan dengan lebih dan ‘editing’ melibatkan enam subjek
sempurna dapat dilaksanakan. peperiksaan bertulis iaitu Al-Quran, Hadis,
Tafsir, Sirah, Pendidikan Teras Islam dan
Bahasa Arab. Terbitan modul khas seperti
Modul Bahasa Arab dan lain-lain subjek
dapat membantu pelajar membuat latih tubi
menghadapi peperiksaan.
Pihak YTP mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mudir, YBhg. Tn. Hj. Ashaari b. Mohd Laporan: Nur Jannah Keman
Yatim dan warga SERI Indera Mahkota kerana dapat melaksanakan Ihtifal Ke- XV11 dengan
jayanya dengan dokongan padu oleh YTP dan semua warga sekolah YTP. Semoga Ihtifal
akan datang akan berjalan mengikut standard operasi yang sewajarnya.
Laporan: Nur Jannah Keman
4 Unik, Cemerlang & Terbilang 6/7/2017 4:23:37 PM
02BULETIN-JUN2017.indd 4
MAJLIS PECAH TANAH SURAU SERI AL MAARIF, SUNGAI PETANI.
Sungai Petani 28 Mei 2017: Majlis pecah
tanah pembinaan surau Dar Al-Maarif
telah dilancarkan oleh Tuan Hj Nordin
bin Yahya, Pegawai Daerah Kuala Muda,
Kedah. Majlis telah diserikan lagi dengan
kuliah Dhuha yang disampaikan oleh
Ustaz Abdul Majid, Mudir Maahad Tarbiyah
Derang, Kedah. Majlis ini dihadiri oleh
Pengerusi YTP, Tuan Hj Mohd Yunus bin
Aminuddin, Pengerusi YTP Negeri Kedah
Tuan Hj. Abdul Ghani bin Ishak, Guru
Besar SERI Al -Maarif Tuan Hj Jamil bin
Samad serta pemimpin dan masyarakat
tempatan.
Dalam majlis yang sama penyerahan
sumbangan oleh para penderma daripada
NGO, syarikat korporat dan individu telah
dilangsungkan. Di antaranya Pasaraya
Econsave yang telah membantu mengumpul
dana dengan menjual pakaian dan barangan
terpakai dan hasil jualan berjumlah
RM7,812.00 telah diserahkan kepada
Ustaz Amir bin Nason, Pengerusi Lembaga
Pengelola Sekolah SERI Al-Maarif. Orang
ramai amat dialu-alukan untuk memberi
sumbangan pembinan surau ini.
Laporan: Hj. Samian Mohd Ali
SUKANEKA TASKI ABIM SABAH Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Sukaneka TASKI ABIM dan hari
keluarga (STAHK) 2017 telah Ketua Editor
diadakan pada 6 Mei 2017 yang Hj. Samian Mohd Ali
lalu di SMK Datuk Peter Mojuntin
Penampang. STAHK ini telah Editor Kerja
disertai oleh Taski Beaufort, Taski Hj. Mohamad Abu Daud
Putatan, Taski Sembulan, Taski
Likas, Taski Taman Cerah, Taski Nur Jannah Keman
Bandar Sierra dan Taski Tuaran. Suhaili Husin
Majlis ini adalah anjuran bersama Noraila Abd. Rahman
Pengelola Taski, Guru-guru Taski, Mohd Fitri Amir Shoodi
SERAP ABIM Putatan dan WADAH-ABIM-SISMA Susunatur Grafik
Negeri Sabah. STAHK ini melibatkan aktiviti sukan Khairul Anuar Mohd Ariffin
dan permainan untuk murid-murid Taski 5 dan
6 tahun, acara mewarna untuk murid 4 tahun. Penerbit
Ibubapa turut dijemput dalam pertandingan khas Yayasan Takmir Pendidikan
seperti jalinan kasih dan tarik tali. Taski Bandar 605B, Kompleks Diamond,
Sierra telah berjaya menjadi johan keseluruhan.
Bangi Business Park, J
Laporan: Abdul Manap Mahmud alan Medan Bangi,
(YTPN Sabah)
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi.
Emel: [email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Fax: 03-89201788
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
02BULETIN-JUN2017.indd 5 6/7/2017 4:23:38 PM
PERISTIWA
PERBARISAN DI MAJLIS PERASMIAN IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN
(18 MEI 2017 - STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN, PAHANG)
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN SEMARAK BUDI KILAUAN BAKTI EXCO PENDIDIKAN ABIM, EN. KHAIRUDIN ABAS MENYERAHKAN TANDA
SEMPENA PERSARAAN MUDIR HJ. ASAARI BIN YATIM INGATAN & PENGHARGAAN SEMPENA HARI GURU
(16 MEI 2017 - SERI INDERA MAHKOTA, PAHANG) (17 MEI 2017 - SERI SG. RAMAL, KAJANG)
AJK INDUK IHTIFAL BERGAMBAR SEBELUM MAKAN MALAM DI DEWAN JUBLI PERAK
(18 MAC 2017 - KUANTAN, PAHANG)
KURSUS JURULATIH UTAMA PENDIDKAN ABAD KE-21 BENGKEL MURNI SPRA 2017
(19-20 APRIL 2017 - KK HOTEL, KAJANG) (25-28 APRIL 2017 - KK HOTEL, KAJANG)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang 6/7/2017 4:23:42 PM
02BULETIN-JUN2017.indd 6
PERISTIWA
AN
SERI & SEMI SEREMBAN MENJUARAI KEJOHANAN IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN
(17-20 MAC 2017 - KUANTAN, PAHANG)
DA
SAMBUTAN HARI GURU DI SERI AL-UMMAH CHEMOR SAMBUTAN HARI GURU & KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM 2017
(17 MEI 2017 - CHEMOR, PERAK) (19 MEI 2017 - SERI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN)
3 ORANG PELAJAR SERI AL-UMMAH TAIPING MEWAKILI TEMASYA SUKAN TASKI 2017 7
KEJOHANAN TAEKWANDO ANTARABANGSA BERJAYA (13 MEI 2017 - STADIUM MINI, UNITEN)
MERANGKUL 3 PINGAT
(19-21 MEI 2017 - KUALA LUMPUR) Unik, Cemerlang & Terbilang
02BULETIN-JUN2017.indd 7 6/7/2017 4:23:47 PM
BENGKEL PENDIDIKAN AL-HIKMAH
Bengkel PendidikanAl Hikmah (PAH) telah diadakan pada 4 Mei 2017
di Dewan Seminar Yayasan Takmir, Seksyen 7, Bangi. Bengkel ini
adalah untuk memperincikan 10 nilai Murni Pesan-pesan Luqman Al-
Hakim yang dihasilkan daripada Konvensyen Pendidikan Al-Hikmah
pada bulan Februari yang lepas untuk aplikasi di sekolah. Objektif
bengkel ini adalah untuk menjelaskan konsep gagasan Pendidikan Al
Hikmah, menjadikannya sebagai teras dalam pendidikan keinsanan,
mengaplikasi gagasannya dalam pelaksanaan pendidikan dan
meningkatkan keupayaan pelaksanaannya di kalangan pengurusan
pendidikan dan sekolah.
Seramai 40 peserta terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif/
Pengetua/Guru Besar dan Guru Peolong Kanan 1 serta pegawai
YTP hadir sebagi peserta. Pengisian diberi oleh pensyarah Kolej Dar Al Hikmah (KDH) iaitu Konsep Al-Hikmah dan Ulu’l Albab oleh Ustaz
Mohd Nasir Mohd Tap, Pendidikan Al-Hikmah oleh Pn. Norazizah A. Aziz, Pendidikan Keinsanan Penjana Generasi Ilmuwan Ulul Albab
oleh Ustaz Zuljalaludin Abdul Rani, Pendekatan Al-Hikmah Dalam Konteks Pendidikan Dan Pembinaan Karakter oleh Tn. Hj. Muhamad
Khailani Abdul Jalil dan Aplikasi Pendidikan Al Hikmah dalam P & P oleh Tn. Hj. Mohd. Musleh b. Yunos.
Bengkel Aplikasi Pendidikan Al-Hikmah dibahagi kepada lapan (8) tajuk
penting dan kumpulan yang membincangkan Kecemerlangan Melahirkan
Pemimpin Yang Berkarektor (KSE/Pendaftar), Kecemerlangan Sahsiah
Melalui Tarbiah Ruhaniyah (GB SERI), Penguasaan Kebahasaan (GB
SERI), Kesantunan dan Penguasaan Ilmu Al-Quran dan Hadis (Pengetua
SEMI), Penyuburan Budaya Ilmu & Kecemerlangan Akademik Melalui
PdPc Al-Hikmah (GPK SERI), Menyubur Iklim Dini : Biah Solehah (GPK
SERI), Kecemerlangan Ko Kurikulum (GPK SEMI) dan Pengurusan
(YTP dan TASKI).
Laporan: Nur Jannah Keman
PENAZIRAN YTP KE PUSAT PENDIDIKAN
Jemaah Nazir YTP telah membuat lawatan penaziran ke SERI/SEMI Sg.
Ramal pada 27-28 Mac 2017. Penazir diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad b.
Abu Daud (PdPc), Tn. Hj. Ismail b. Che Ku (PdP), Tn. Hj. Mohd. Musleh
Yunos (PLC) dan Tn. Hj. Ishak b. Ali Shah (Dokumentasi RPH), Pn.
Nur Jannah bt Keman (3K), Tn. Hj. Samian b. Mohd. Ali (Pengurusan
Kewangan) dan En. Suhaili b. Husin (Pentadbiran). Tn Hj. Abd. Rahman
Yasin hadir sekali di majlis penutupan di SERI/SEMI Sg. Ramal.
Sebahagian kelas, bilik-bilik khas dan tandas, persekitaran luar boleh
dijadikan contoh di dalam kriteria 3K. Beberapa model kelas PAK Abad
21 sedang dibangunkan.
Pada 12-13 April jemaah nazir YTP ke SERI Alor Setar, Kedah. Pihak
tuan rumah Ust. Mohd. Asri b Zakaria (Guru Besar) dan Tn. Hj. Mohd.
Idris b. Mahmud (Pengetua SEMESTI) memberi layanan dan kerjasama yang sangat baik. Pada sebelah malam, majlis berdiskusi dengan
pimpinan YTPN dan Lembaga Sekolah. Majlis Penutupan dipengerusikan oleh YBhg. Tn. Hj. Abd. Ghani Ishak (Pengerusi YTPN Kedah).
Sebahagian sekolah ini boleh dijadikan model seperti perpustakaan, bilik BOSS, bilik tetamu, bilik GPK, makmal Sains, bilik komputer,
kantin dan landskap persekitaran sekolah di dalam konteks 3K. Perlaksanaan PAK Abad Ke-21 baru bermula.
Pada 23-24 Mei 2017 jemaah nazir YTP ke SERI Al-Ummah Taiping. Penazir diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (PdPc), Tn.
Hj. Samian b. Mohd. Ali (Pengurusan Kewangan), En. Suhaili b. Husin (Pentadbiran) dan Pn. Nur Jannah bt Keman (3K). Pada sebelah
malamnya majlis diskusi telah diadakan dengan AJK LPS dan ABIM Negeri. Majlis dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mustafa b. Bakar, Pengerusi
LPS. Majlis Penutupan diadakan pada 24 Mei jam 11.00 pagi hingga tengahari bersama Guru Besar iaitu Ust. Abd. Hamid b. Ali dan semua
guru. Pada sebelah petang kami sempat menziarahi Ust. Abd. Rahman b. Abdullah, Mudir SERI Al-Ummah Taiping di rumahnya.
Laporan: Nur Jannah Keman
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
02BULETIN-JUN2017.indd 8 6/7/2017 4:23:50 PM
Mengenali Sekolah
SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) AL-HIKMAH KELANTAN
Iltizam Ahli Lembaga Pengelola perintis terdiri daripada Ustaz Haji
Wan Hassan b. Wan Mohd, Ustaz Haji Mohd b. Mustapha, Haji Che
Yob b. Mahmood, Haji Hassan b. Abdullah dan Haji Nik Yusof b. Nik
Ismail telah bersetuju menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SERI)
Al-Hikmah pada tahun 1989 bertempat di Kg. Huda, Kota Bharu.
Pada tahun 1990 SERI Al-Hikmah berpindah ke Pusat Dakwah
Islamiah di Tanjong Mas dengan mempunyai 2 blok bangunan
z untuk kelas, satu blok musolla, satu bangunan kantin, dan satu
b tingkat dengan 6 lot deretan kedai perniagaan.
d
Pada tahun 2012 sehingga 2014, oleh kerana keperluan
kemudahan bilik yang terdesak, pihak Yayasan Takmir Negeri
k dengan kerjasama SERI Al-Hikmah memberi laluan kepada Ustaz Abdullah b. Hj Ramli (GPK Kokurikulum SERI Al-Hikmah) bertugas
n sebagai Pegawai Pembangunan sepenuh masa untuk mencari dana membina bangunan tambahan sekolah. Berkat doa, kegigihan
h dan kerjasama banyak pihak, pada tahun 2014 satu blok bagunan baru siap dibina di atas tanah yang di wakafkan oleh Pn. Hjh. Che
B Fatimah bt. Hj. Ahmad dengan perbelanjaan RM500,000.
a
SERI Al-Hikmah mempunyai keunikan sendiri dalam
pengurusan tertingginya, bermula 1989 sehingga 2017
n beberapa pertukaran Guru Besar dan Pemangku Guru
Besar berlaku antaranya ialah:
1. Hj Che Yob b. Che Mahmood
n 2. Hj Muhammad b.Abdul Majid
3. Hj Muhammad b.Abdul Rahman
4. Ustaz Abdul Latif b. Muhammad
5. Hj Osman b. Daud
6. Hj Nik Ibrahim b. Nik Lah (memangku)
7. Ustaz Faisal b. Abdullah
8. Ustaz Abdullah b. Hj Ramli (memangku)
9. Hj Abdul Khalim b. Harun
10. Hj Mokhetar b. Ab Rahman
11. Ustaz Abd Aziz b. Abd Rahman
Pada tahun 2003 SERI Al-Hikmah mempunyai murid
seramai 367 orang dengan 35 orang bilangan guru. Pada
2010 bilangan pelajar SERI bertambah kepada 460 orang
dengan 40 orang guru dan staf.
Pada tahun 2017 bilangan pelajar bertambah kepada 475
orang, 47 orang guru dan staf. Kemudahan infra sekolah
bertambah dengan adanya kemudahan bilik komputer,
pusat sumber, bilik audio, bilik mesyuarat dan padang
bola. SERI Al-Hikmah berdaftar dengan Majlis Agama
Islam Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Laporan: Suhaili Hussin
02BULETIN-JUN2017.indd 9 Unik, Cemerlang & Terbilang 9
6/7/2017 4:23:50 PM
TAZKIRAH RAMADHAN
Sabda Rasulullah S.A.W. ; “Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penuh muhasabah, telah
diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Melalui sabda baginda ini dapat kita amati bahawa Imanan dan Ihtisaban dijadikan syarat untuk mendapat pengampunan terhadap dosa-
dosa yang lalu.
Mari kita hayati dengan lebih mendalam apa itu Imanan dan Ihtisaban, bagaimana pula menggamalkannya.
Imam Nawawi r.a. memaknakan: Imanan sebagai ‘Mengimani bahawa Ibadat puasa itu dari Allah, Ihtisaban sebagai mengharapkan
hitungan amalan puasa itu paling Ikhlas kerana Allah taala, tidak kerana manusia atau untuk menunjuk-nunjuk.’
Bagaimana mempraktiknya dalam puasa seharian?
Antara saranan ulama :
1. Meletak seluruh gerak-geri, pandangan dan pemikiran kita ke dalam nilai iman, contohnya: berbelanja di Bazar Ramadhan, adakah
berpatutan, sederhana atau berlebihan? Menunggu berbuka puasa dengan perkara lalai seperti menonton TV, banyak tidur dari membaca
Al-Quran, semua ini perlu dinilai dengan iman kita.
2. Melakukan ibadah dalam keadaan berat, hati, nafsu dan anggota tubuh seperti rasa terpaksa sahaja menjalankan ibadat, semuanya
dilaksana secara ala kadar, padahal hati tidak merasa puas beribadat, tidak mengecapi lazatnya berhubungan dengan Allah, tidak terasa
nikmatnya mengabdi diri pada yang Maha Mencipta. Begitulah kadar Iman, kadang naik kadang menurun, berusahalah agar Iman kita
sentiasa di tahap yang maksima ketika beribadah.
3. Ihtisaban lebih kepada mengajak kita bermuhasabah, adakah ibadatku mencapai piawai yang diletakkan oleh Allah dan Rasulnya?
Apakah kita merasai yang kita mendapat “falah”, ketenangan, kekhusyukan, “khauf” dan “raja’” ketika melaksanakan ibadah? ini bakal
menjadi penentu kepada hubungan kita dengan Allah, khususnya dalam ibadah.
4. Ihtisab dari kata Hisab, bermaksud menghitung/mengira. Kita jarang berkira-kira ketika melayan tuntutan nafsu, sanggup berbuka
di restoran mahal, berbelanja tanpa had, bermewah-mewah dalam segala hal, semuanya demi melayan tuntutan nafsu kita, tapi untuk
urusan dengan Allah kita amat berkira-kira, Terawih pilih yang 8 rakaat, laju dan sedap bacaan tok imam, masjid pula yang ada moreh,
dan kita tidak pernah kira berapa kali khusyuk dirasai, berapa kali hati kita getar dan gentar berada dihadapan Allah, berapa kali air mata
kita meleleh kerana sedar bahawa ibadat kita selama ini tidak pernah menyentuh hati dan perasaan, hanya sekadar bacaan dan gerakan
sahaja, mari kita menilai dan mengira sejauh mana hubungan kita dengan Allah.
Dua komponen ini amat penting kita dalami dan rasainya dengan hati dan perasaan kita, untuk mendapat pengampunan yang dijanjikan.
Itu hanya sedikit muhasabah untuk kita sama-sama renungi, hayati dan amalkan dalam pengabdian kita terhadap Allah swt di sepanjang
hayat kita. Semoga kita dikurniakan kelazatan beribadah seperti para Nabi dan Solihin yang sentiasa meletak Imanan dan Ihtisaban
dalam pengabdian mereka. amin.
Ustaz Mohd Naim Mohd Noor
Timb. Ketua Pengarah YTP (Kaderisasi)
10 Unik, Cemerlang & Terbilang 6/7/2017 4:23:50 PM
02BULETIN-JUN2017.indd 10
USTAZ DR. ABDUL HALIM MUHAMMAD
Dilahirkan pada 11 Disember 1945 di Kampung Teluk Panji Kelantan. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Rambutan Rendang (1951-1956). Pengajian al-
Quran dijalankan di rumah dengan bimbingan ibu bapa. Rakan-rakan sebaya juga datang
untuk pengajian Quran Tariq Baghdadi (muqaddam). Beliau menyambung pelajaran di
peringkat menengah (1957-1965), di Sekolah Arab al-Tarbiyyah al-Mardiyyah di Kampung
Pancur, menggunakan dua sistem pengajian iaitu sistem sekolah Arab dan sistem
Pondok. Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Madrasah al-l’anah di Maahad
Muhammadi (1958). Sekolah ini adalah sekolah yang meyediakan tempat kepada pelajar-
pelajar untuk menyambung pengajian ke Maahad Muhammadi. Tahun berikutnya beliau
dapat menyambung belajar ke Maahad Muhammadi. Pada Awal tahun 1966 melanjutkan
pelajaran ke Kolej Islam Malaya. Pada Disember 1966 hingga 1973 menyambung
pelajaran ke Universiti al Azhar, Mesir. Dan seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat
Ph. D di Universiti St. Andrews, Scotland (1973 – 1977).
Dalam kerjaya Ustaz Dr. Abdul Halim mulai bertugas di Fakulti Pengajian Islam UKM
mulai tahun 1977 di Lembah Pantai Kuala Lumpur dan selepas itu berpindah ke UKM
Bangi. Berada di Jabatan Syariah selama tiga tahun. Pada tahun 1980 dianugerahkan
sebagai Prof. Madya dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan Al-Quran dan As-
Sunnah dan berkhidmat selama 5 tahun. Mulai 1985 hingga 2000 beliau bertugas di Fakulti Undang-Undang. Pada tahun 2000 setelah
mencapai umur persaraan 55 tahun, beliau telah disambung tugas oleh pihak universiti setiap dua tahun sehingga ke tahun 2010. Beliau
bersara sepenuhnya dari UKM pada umur 65 tahun.
Sewaktu berkhidmat sebagai ahli akademik, beliau diberi peluang untuk menyusun silibus Pengajian Islam di Universiti Brunei, terlibat
dalam jawatankuasa pembentukan istilah Fiqh dan Usul Fiqh Dewan Bahasa dan Pustaka dan ahli jawatankuasa penyusunan Kamus
Arab-Melayu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga lengkap. Di samping itu juga, beliau terlibat dengan projek buku teks KBSM
dalam bidang tafsir di peringkat menengah sebagai pakar rujuk.
Dalam bidang penulisan, beliau menulis beberapa buah buku iaitu; Pengaruh Mazhab Shafi’e, Syariah dan Masyarakat, Perkembangan
Undang-Undang Islam, Undang-Undang Muamalat, Pendidikan Islam, Bimbingan Rohani, Mazhab Shafi’e Wadah Penyatuan Ummah,
Dinamika Dakwah, Islam dan al-Hadith, Risalah Tarbiyah, Al-Arqam Gerakan Menyeleweng, Hudud Melindungi Hak dan Menjamin
Keselamatan, Biografi Pengalaman Mengajarku Erti Kehidupan dan terjemahan buku Isra bertajuk Isra Compedium For Islamic Financial
Terms: Arabic English bahagian bahasa Arab ke bahasa Malaysia dan menyemak terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Beliau
juga terlibat sebagai ahli jawatankuasa Syariah Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti beberapa bank dan unit trust dan REIT serta ahli
jawatankuasa jemaah ulama Kelantan dan juga Timbalan Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
Beliau juga sangat aktif dalam dakwah dan hubungan kemasyarakatan. Semasa di al-Azhar terlibat dengan Ahli Jawatankuasa Badan
Pengetahuan Persatuan Melayu Mesir (BPP). Bersama rakan pimpinan BPP, turut juga mengadakan halaqah ilmiah (usrah) yang terdiri
dariapada Ustaz Yahya Osman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Ustaz Awang Pon Awang Sibon.
Pada tahun 1980 beliau diamanahkan sebagai Yang Dipertua ABIM Hulu Langat. Beliau terlibat secara langsung dalam mengurus
pembinaan pusat gerakan ABIM Hulu Langat di Kampung Teras Jernang. Beliau juga dilantik sebagai imam 2 Masjid Teras Jernang. Pada
tahun 1983-1985 diamanahkan sebagai Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat. Mulai tahun 1985 - 1987 diamanahkan sebagai Ketua Biro
Ekonomi ABIM Pusat dan seterusnya pada tahun 1987 - 1995 diamanahkan sebagi Timbalan Presiden ABIM Pusat.
Kini dalam Keluarga Besar Jemaah WADAH ABIM PKPIM (WAP), beliau masih aktif dan diamanahkan sebagai pengerusi Pembangunan
Harta WADAH dan panel penasihat Yayasan Takmir.
Laporan: Suhaili Hussin
02BULETIN-JUN2017.indd 11 Unik, Cemerlang & Terbilang 11
6/7/2017 4:23:51 PM
KONVENSYEN PENDIDIKAN AL-HIKMAH DI SERI SEREMBAN
Konvensyen Pendidikan Al-Hikmah bersempena
Sambutan 45 Tahun ABIM Negeri Sembilan telah
diadakan pada 13 Mei 2017 (Sabtu) di Grandklana
Ballroom 1-3, Klana Resort, Seremban. Konvensyen
ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Yunus Bin Aminuddin,
Pengerusi Lembaga Pengarah YTP. Seramai 205 orang
peserta dari warga SRI Seremban, ibubapa murid-
murid SRI Seremban, warga ABIM dan WADAH Negeri
Sembilan dan ibubapa murid-murid TASKI/SARA Negeri
Sembilan.
Antara objektifnya ialah memberi pencerahan terperinci
kepada warga Institusi Pendidikan YTP mengenai Pendidikan Al-Hikmah agar dapat difahami dan dihayati, memberi pengukuhan
pengisian kurikulum Pendidikan Al-Hikmah untuk menerapkan nilai-nilai jamaah harakiah dalam sistem pendidikan ABIM dan makluman
kepada warga Institusi dan Ibubapa terhadap perkembangan semasa Sistem Pendidikan ABIM dan membina rantaian pendokong kepada
Sistem Pendidikan ABIM dan jalinan kerjasama dengan
Ibubapa dalam membentuk generasi berpendidikan Al-
Hikmah. Ucaptama disampaikan oleh Dato’ Dr. Siddiq
Fadzil, Presiden KDH. Antara pengisian slot Konvensyen
Pendidikan Al-Hikmah ialah Gagasan Pendidikan Al-
Hikmah & Pembinaan Karektor oleh Hj. Muhammad
Khailani Abdul Jalil (Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Dar
Al-Hikmah), Membina Kompetensi Pendidik Jamaah
Berasaskan Pendidikan Al-Hikmah oleh Hj. Ahmad
Mohamad Said (Pensyarah Kanan, Kolej Dar Al-
Hikmah), Pendidikan Al-Hikmah dan Generasi Y-Z-Alfa
: Satu Analisa Cabaran (Prof. Madya Dr. Zuriati Ahmad
Zukarnain, Professor Madya Fakulti Sains Komputer
& Teknologi Maklumat, UPM) dan Kurikulum Harakah
Islamiyah Institut Pendidikan YTP oleh Hj. Abd. Rahman
Mohd Yassin (Ketua Pengarah YTP). Penutupan
konvensyen tersebut disempurnakan oleh Hj. Mohamad
Raimi Bin Abdul Rahim, Presiden ABIM.
Laporan: Dalila Binti Daud
TEMASYA SUKAN TASKI 2017
Sukan Taski telah diadakan pada 13 Mei 2017 di Mini Stadium Uniten Bangi dan
telah dirasmikan oleh Encik Khairuddin Abas (Naib Presiden ABIM, merangkap
Timbalan Pengerusi ALP YTP). Seramai 400 murid dari 9 Taski terlibat dalam sukan
ini iaitu TASKI Al-Hikmah Sg. Ramal, TASKI Bestari Al-Hikmah Taman Desa Surada,
TASKI Dar Mumtaz Seksyen 7 Bangi, TASKI Bestari seksyen 8 Bangi, TASKI Bestari
Seksyen 9 Bangi, TASKI Al-Husna Sg. Merab, TASKI Awatif Abu Bakar Baginda,
TASKI Bonda Bestari Semenyih Kajang dan TASKI Bestari Mawaddah Puchong.
Temasya sukan ini dimeriahkan oleh kehadiran para ibubapa yang dianggarkan
lebih 800 orang.
Di antara acara temasya sukan kali ini ialah larian murid 4, 5 dan 6 tahun, kutip buah
4, 5 dan 6 tahun, cucuk manik 5 dan 6 tahun, larian baton 4, 5 dan 6 tahun, selipar
gergasi 4 tahun dan tarik bola dalam gelung 5 dan 6 tahun. Disamping itu acara
untuk ibubapa ialah ikat kaki perpasangan.
Pemenang kategori Perbarisan Terbaik bagi tempat pertama dimenangi TASKI Al-Husna Sg. Merab, tempat kedua TASKI Bonda Bestari
Semenyih Kajang dan tempat ketiga dimenangi TASKI Bestari Mawaddah Puchong. Bagi acara Rumah Sukan Tercantik pula, tempat
pertama disandang oleh TASKI Bonda Bestari Semenyih Kajang, tempat kedua TASKI Al-Husna Sg. Merab dan tempat ketiga TASKI
Bestari Awatif Abu Bakar Baginda. TASKI AL-Hikmah Sg. Ramal merupakan Johan Keseluruhan Temasya Sukan TASKI 2017 dengan
mengumpul mata sebanyak 131 markah.
Laporan: Noor Khamsilawaty Sapalie
12 Unik, Cemerlang & Terbilang
02BULETIN-JUN2017.indd 12 6/7/2017 4:23:55 PM