The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-17 10:15:35

Seminar Islam Rahmatan Lil’Alamin

Seminar Islam Rahmatan Lil’Alamin

Seminar
Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

sempena
Muktamar Nasional Kelapan
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH)

20 September 2014
Auditorium Abu Zarim,

ILSAS, Bangi,
Selangor

Anjuran
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

&
Nadwah Ilmuwan (Nadwah)

Seminar
Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

sempena
Muktamar Nasional Kelapan
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH)

20 September 2014
Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bangi, Selangor

Islam dan Pluralisme: Cabaran Semasa
(Aspek Sosio-Budaya)

Prof Dr Mohd Nor Nawawi

Anjuran
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

&
Nadwah Ilmuwan (Nadwah)

PLURALISME: PENELITIAN TERHADAP BEBERAPA ISU POKOK TENTANGNYA

Pengenalan

Pluralisme adalah topik yang hangat diperkatakan masyarakat khususnya di Malaysia dan
juga negara jiran, Indonesia. Dari suatu topik yang serius yang dibicarakan dalam bentuk
yang amat scholarly, ianya menjadi topik yang cukup popular sehingga disebut hatta oleh
orang kampung. Ini suatu yang agak malang. Tulisan ini akan cuba – insha Allah –
membicarakannya dari perspektif yang adil kepada konsep ini tanpa dikaburi oleh
prejudis dan sentimen yang tidak sihat.

Sedikit penekanan akan diberi kepada pluralisme secara umumnya dahulu dan selepas itu
akan difokuskan kepada pluralisme agama. Penekanan kepada pluralisme agama
dirasakan wajar memandangkan konsep ini telah dikorupsikan dengan penekanan yang
berlebihan kepada satu dimensi atau juzu’ kecil dari pengertiannya yang luas.

Bagi pelajar sains sosial khususnya antropologi, sosiologi, falsafah dan sains politik,
konsep pluralisme adalah konsep biasa yang tidak menimbulkan banyak kontroversi. Ini
bukan bererti tiada perdebatan yang serius di kalangan para sarjana tentang konsep ini.
Ianya banyak dibincang dan diperdebatkan di kalangan sarjana di dalam disiplin-disiplin
tersebut tetapi perbincangannya adalah teratur dan ilmiah. Tuduh menuduh yang
melampau dan suasana chaotic tidak berlaku. Ianya berlainan dengan pluralisme yang
dikaitkan dengan agama yang banyak diperkatakan akhir-akhir ini, khusus di negara kita.

Perspektif Teoretis dan Konseptuil

Konsep pluralisme adalah satu konsep yang disentuh secara extensive oleh beberapa
disiplin pengajian di dalam sains sosial dan kemaknusiaan dan kerana itu tidak ada siapa
yang boleh menuntut hak ekslusif ke atasnya dan memaksa orang lain menerima versi
atau tafsirannya semata. Bagi menunjukkan betapa extensive, diperturunkan di sini
beberapa definisi tentang pluralisme dari perspektif yang berlainan.

* Perspektif Sains Politik

In political science, the view that in liberal democracies power is (or should be) dispersed
among a variety of economic and ideological pressure group and is not (or should not be)
held by a single elite or a group of elites. Pluralism assumes that diversity is beneficial to
society and that the disparate functional or cultural groups of which society is composed
should be autonomous.

* Perspektif Geografi

The term is used to denote any situation in which no particular political, cultural, ethnic, or
ideological group is dominant. There is often competition between rival groups, and the
state or local authority may be seen as the arbitrator. It has been asserted that this is the
way that cities are run, rather than by an elite, the theory thus relates to the nature of
power.

The term is also be used to signify the cultural diversity of a plural society.

* Perspektif Falsafah

The general tolerance of different kinds of thing, or more particularly of different and
perhaps incommensurable descriptions of the world, none of which is deemed to be more
fundamental than any of others. Pluralism is often attributed to later Wittgenstein, with his
emphasis on different language games and forms of life.

* Perspektif Sejarah

Pluralism is both a doctrine and the label for a commonsense perception. As a doctrine,
pluralism holds that multiplicity is a virtue in ideas and institutions; hence pluralism rejects
unity as the measure of of intellectual and institutional development. As a label, pluralism
describes the cultural diversity and interest group politics that characterise American life.

* Perspektif Sosiologi

Pluralism is defined as different groups in society keeping their distinctive cultures while
coexisting peacefully with the dominant group.

A society in which different cultures or ethnic groups live together in harmony and mutual
respect, each retaining some of its cultural identity. There is cooperation of the various
groups in the civic and economic institutions of the society and a peaceful coexistence of
diverse life styles, folkways, manners, language patterns, religious beliefs and practices, and
family structures.

Dari kepelbagaian definisi-definisi pluralisme yang diberikan mengikut disiplin-disiplin
pengajian, jelas menunjukkan ada perbedaan dan persamaan makna atau tafsiran. Dari
beberapa definisi di atas, definisi sosiologi lebih inklusif, sesuai dengan sifatnya sebagai
disiplin yang membicarakan tentang masyarakat. Ianya agak berlainan dengan, katakan
pluralisme dari sudut falsafah. Dalam sosiologi dan juga antropologi, pluralisme banyak
dikaitkan dengan pluralisme budaya (cultural pluralism). Pluralisme budaya dalam
beberapa hal ada keselariannya dengan pluralisme agama.

Berdasarkan apa yang dipapar di atas, jelas kepada kita bahawa pluralisme menunjukkan
kewujudan pandangan berbeda (divergent views). Ia mencerminkan kewujudan dalam
satu masyarakat yang terdiri dari beberapa kelompok yang berbeda dari segi ras, etnik
atau kepercayaan agama berdasarkan prinsip hidup bersama dengan aman damai. Oleh
kerana masyarakat ini religious pluralistic society, maka ia menunjukkan terdapat suatu
environment yang menyaksikan kepercayaan, konsep-konsep dan ideologi agama yang
beragam-ragam.

Pluralisme Agama Dari Berbagai Perspektif

Dari segi sejarahnya, pluralisme agama yang dilihat dari perspektif sarjana keagamaan
(religious scholars) timbul di dalam bidang pengajian akademik agama Kristian. Para
sarjana pluralisme agama ini membuat identifikasi kepelbagaian agama (religious
diversity) dan berhujah menyokong kualiti normative yang ada padanya. Pengasas
intelektuil kepada pluralisme agama ini adalah Will Herberg dan selepas beliau
termasuklah Marty, Eck, Connolly, Wuthnow dll. Walaupun pendekatan mereka mungkin
berbeda (historis, falsafah, sosiologikal dll) mereka semua membincangkan kepelbagaian
agama, pengembangan hujah berbentuk normative, menerima kepelbagaian dan
memberi contoh-contoh tentang bagaimana agama-agama menerima (embrace)
perbedaan(differences). Dari kalangan sarjana, ini terdapat sebilangan yang tidak

2

mengambil kira faktor-faktor lain khususnya faktor sosial tetapi dari perspektif agama
semata-mata atau perspektif agama yang cukup konservatif.

Dari perbincangan yang luas tentang pluralisme agama, para sarjana merumuskan
terdapat sekurang-kurangnya 4 makna yang berbeda tentang pluralisme agama, iaitu:

1. Ia membawa makna religious incluvism, iaitu “…the worldview according to which
one’s religion is not the sole and exclusive source of truth, and thus at least some truths
and true values exist in other religions”;

2. Ia bererti toleransi agama, iaitu “…the condition of harmonious co existence
between adherents of different religions or religious denominations”;

3. Ia membawa erti religious ecumenism, iaitu “…the promotion of some level of unity,
co-operation, and improvised understanding between different”; dan

4. ia bererti kepelbagaian agama, iaitu “…the fact that in a given society there exists a
multiplicity of religions together”

1. Makna Terpenting Yang Pertama: Pluralisme agama menyerupai kepelbagaian
agama (religious diversity).

Ada di kalangan sarjana yang menganggap pluralisme agama adalah sinonim dengan
kepelbagaian agama. Iaitu, pluralisme adalah suatu simple recognition tentang fakta
bahawa terdapat faith groups yang berlainan dan aktif dalam sesuatu negara. Berdasarkan
definisi ini, pluralisme agama ialah fakta statistical berdasarkan data yang dikumpul oleh
Jabatan Statistik dan mereka yang mengendalikan public opinion polls.

Contoh-contoh yang menggunakan pluralisme agama sebagai sinonim dengan
kepelbagaian agama ialah:

• “The Pluralism Project was developed by Diana L. Eck at Harvard University to
study and document the growing religious diversity of the United States…”
• “I want you to just let a wave of intolerance wash over you. I want you to let a wave
of hatred was over you. Yes, hate is good…Our goal is a Christian nation. We have a
Biblical duty, we called by God, to conquer this county. We don’t want equal time. We
don’t want pluralism” Randall Terry (http://en.wikipedia.org/wiki/Religious
_Pluralism)
• “the new religious pluralism (in Brazil was) created mainly by the rapid growth of
Protestant Pentecostalism.” Kenneth P. Serbin ketika membincangkan kehilangan
dominasi Roman Catholic Church di Brazil
• “Definition (of pluralism): A condition of society in which numerous distinct ethnic,
religious, cultural groups coexist within one nation.” Definasi yang diberikan dari US
Navy Lecture(http://www.nd.edu/-kellog/WSP/265.pdf
• “Religious pluralism: Effectively, the same as religious diversity.” Definasi yang
didapati dari CSA Illumina’s “religious discovery guides,” at http://www.csa.com/

3

2. Makna Terpenting yang Kedua: Pluralisme Melibatkan Dialog Antara Agama

Satu lagi definasi adalah berkaitan adalah ecumenism yang paling asas, di mana individu-
individu dari agama yang berbeda mengadakan dialog dan belajar dari satu sama lain
“without attempting to convince each other of the correctness of their individual set of
beliefs”. Sebagai contoh:

• “…pluralism is not the sheer fact of this plurality alone, but is active engagement
with plurality. Pluralism and plurality are sometimes used as if they were synonymous.
But plurality is just diversity, plain and simple—splendid, colourful, and may be even
threatening. Such diversity does not, however, have to affect me. I can observe diversity.
I can even celebrate diversity, as the clich? Goes. But I have to participate in
pluralism…Pluralism requires the cultivation of public space where we all encounter
one another.” Diana Eck, http://www.plurallism.org/

• “Pluralism…holds to one’s own faith, and at the same time, engages other faiths in
learning about their path and how they want to be understood…Pluralism and dialogue
are the means for building bridges and relationships that create harmony and peace on
our planet home.” M. Basye Holland Shuey, http://www.uushoals.com/

3. Makna Terpenting Yang Ketiga: Pluralisme Agama bererti Menerima Bahawa
Agama Lain adalah juga Sah (Valid) Tetapi Tidak Semesti Betul (True)

Satu lagi definasi tentang pluralisme agama melibatkan penerimaan kepercayaan yang
diajar oleh agama lain sebagai sah (valid) sama seperti agama sendiri walapun tidak
semesti betul/benar (not necessarily true). Beberapa contoh diberikan di bawah bagi
menggambarkan makna-makna yang dikatakan “slightly different”.

• Semua agama adalah “legitimate” dan “valid” (sah)

(i) “The believe that multiple religions or secular world views are legitimate and valid.
Each is true when viewed from its own culture” (Glossary of religious terms);

(ii) “…through a cynical intellectual sleight of hand, some critics have linked pluralism
with a valueless relativism—an undiscriminating twilight in which ‘all cats are
gray,’ all perspectives equally viable, and as a result, equally uncompelling” Diana
Eck at: http://www.pluralis.org/

• Agama-agama Mengajar Multiple Truths – semua adalah sah (Valid)

“The theory that there are more than one…(kind)… of ultimate reality and/or truth –
and that therefore more than one religion can be to have the truth (way to God,
salvation, etc).” Anton Hein, Webmaster of Apologetics Index,
http://www.gospelcom.net

• Semua Agama Sama-Sama Sah (Valid)

(i) “Pluralism is an affirmation of the validity of every religion, and the refusal to
choose between them, and the rejection of the world evangelism…” John Stott,
Anglican Theologian, http://www.gospelcom.net/

4

(ii) The “I think that the current notion of religious pluralism is stupid… The stupid
concept is the idea that all religions are equally true. That is just flat out stupid.”
Gregory Koukl, http://www.str.og/free/

(iii)“Many people today confuse traditional Western religious tolerance with religious
pluralism…the latter assumes all religions are equally valid, resulting in moral
relativism and ethical chaos…” Robert E. Regier & Timothy J. Dailey

• Semua Agama Bermuarakan kepada Kebenaran Yang Satu

(i) “…all spiritual paths are finally leading to the same sacred ground.” Susan
Laemmie, Rabbi and Dean of Religious Live at USC

(ii) ‘By definition, religious pluralism is the notion that all religions constitute varying
conceptions of the Ultimate Reality.” Sukidi, http://mail2.factsoft.de/

(iii)“Religious pluralism is the view that all religions are equally valid ways to God.
Pluralists often refer to that fact, just as there are many paths up Mt.Fuji, so there
are many paths to God. Differences among the religions are superficial; they all lead
to the same goal. This is the epitome of tolerance and relativism.” Rick Rood,
http://www.northave.org/

• Kebenaran Agama Adalah Relatif

(i) “Pluralism holds that the distinct cultural beliefs are true for that culture – but not
for the cultures that operate out of the different paradigm. Pluralists say that
(religious) truth is a ‘social construction’. It is created through social consensus and
tradition, not discovered in reality that exists independently of our beliefs.” Jim
Leffel, Xenos Fellowship, a Fundamentalist Christian group.

• Kebenaran Agama adalah tindak balas (responses) yan berbeda kepada wahyu
(divine)

(i) “…religious pluralism is the
theory that the great world religions constitute varying conceptions of, and
responses to, the one ultimate, mysterious divine reality.” Seena, tokoh penting
gerakan Baha’I, http://bahai-library.org

• Kepelbagaian Agama harus di diberi penilaian

(i) “…affirmation of a set of values beyond (one’s) traditional allegiances.” Rhys H.
Williams

Dari huraian yang panjang di atas tentang pluralisme agama dari berbagai perspektif,
jelas sekali bahawa pergertian konsep ini bukan suatu yang straight forward. Yang
mungkin straight forward ialah apa yang dikatakan “the common factor that holds true to
all these disciplines is to acknowledge multiplicity or plurality in contrast to unity or
excluvism”. Ia mempunyai perspektif yang berbeda dan perbincangan tentangnya boleh
mengambil salah satu atau beberapa perspektif.

Pluralisme agama adalah realiti hari ini. Kalau dunia pra-modern adalah ideologically
homogenised dengan satu agama, satu bangsa atau budaya tetapi masyarakat moden
berdepan dengan new cultural world yang mulai mengakar dan menjadi penting. New

5

cultural world ini mula menyaksikan beberapa perubahan baru. Antaranya ialah
kebebasan agama di mana satu-satu agama menerima legitimasi kewujudan agama lain.
Begitu juga freedom of religious choice atau religious plurality umumnya diterima
masyarakat. Salah satu aspek penting new cultural world ini ialah kebebasan beragama
yang menjadi prasyarat kepada pluralisme agama. Platform terpenting pluralisme agama
ialah kebebasan kepada pernyataan dan amalan agama. Dan sebagai mana yang ditambah
lagi oleh seorang sarjana, Beneke (2006) , pluralisme agama ialah “where different
religious groups have different doctrines of salvation and world views which eventually
condition the style of life, values and ultimate goal of each group”.

Seperti yang dinyatakan di atas bahawa pluralisme agama bukan sempit pengertian dan
perspektifnya.Tetapi dalam konteks Malaysia, ada usaha yang cuba menonjolkan hanya
satu perspektif iaitu pluralisme agama adalah suatu keyakinan atau kepercayaan mutlak
bahawa semua agama adalah sah dan mempunyai kebenaran yang sama. Perspektif ini
adalah satu juzu’ dari perspektif yang lebih luas. Perspektif yang lain yang tidak kurang
penting bahkan dominan dan mainstream diabaikan. Salah satu perspektif yang dominan
ialah perspektif sosiologi bahawa pluralisme agama itu lebih kepada kepelbagaian
(diversity) agama. Di sini, pluralisme adalah suatu kerangka interaksi di mana kelompok-
kelompok menunjukkan tanda hormat dan toleransi di antara satu sama lain dan mereka
co-exist dan berinteraksi secara fruitful tanpa konflik menonjol (manifest) dan berlaku
asimilasi. Banyak tulisan-tulisan tentang pluralisme agama di Malaysia dan juga di
negara lain lebih merujuk kepada aspek sosiologikal yang dominan ini (Fauzi Yaacub).

Pluralisme Agama Di Malaysia dari Perspektif Dominan

Dalam konteks Malaysia, banyak sarjana yang menunjukkan minat terhadap pluralisme
yang merupakan ciri utama struktur masyarakat negara ini. Minat ini bukan suatu yang
baru (recent). Pengkaji-pengkaji Malaysia sejak tahun 50an lagi (contohnya M. Freedman)
sudah pun membicarakan perkara ini tetapi pluralisme di dalam konteks agama ketika
itu tidak begitu diberi penekanan atau di single out di dalam kebanyakan tulisan mereka.
Ketiadaan perbincangan khusus tentang pluralisme agama kerana untuk kesekian masa
yang lama, agama bukan merupakan perkara yang divisive and conflictual. Memang
agama itu mencetuskan budaya dan nilai hidup, kepentingan, ideology dan world view yang
berlainan tetapi ia bukan salah satu resources yang disaingi. Yang banyak menimbulkan
masalah kerana menjadi competitive resources (Leo Despress) adalah lebih kepada
bahasa, ekonomi dan politik.

Malaysia memang sebuah negara yang “Truly Asia” kerana dari penduduknya 27 juta
(Jabatan Statistik 2009) itu terdapat berbagai-bagai etnik dan penganut agama-agama
besar seperti Islam, Buddha (yang mengkombinasikan Taoism dan amalan
Confucianisme), Hinduism, Kristian dan Sikhism, dsbnya. Umat Islam terdiri dari kesemua
orang Melayu (57%) dan sebilangan kecil dari etnik lain, orang Cina -24% - majoritinya
beragama Buddha dan sebilangan kecilnya menganut Kristian sementara keturunan India
– 7% - sebilangan besarnya beragama Hindu dan sebilangan kecilnya pula beragama Sikh,
Islam dan Kristian. Sementara di Sabah dan Sarawak, terdapat banyak kumpulan etnik
yang menganut berbagai agama khususnya Kristian dan Islam. Terdapat sebilangan kecil
rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai penganut animisme. Orang Melayu, orang
asli dan beberapa kumpulan etnik lain di Sabah dan Sarawak dipanggil bumiputera dan
berjumlah 60%. Mengikut 2000 Population Census, 60% rakyat Malaysia beragama Islam,
19% pengikut agama Buddha, 9.1% Keristian, 6.3% Hindu dan 2.6% Confucians, Taoist
dan agama tradisi Cina. Umumnya pembahagian agama adalah kebetulan berselari dengan
latar belakang etnik seperti Melayu adalah Muslim, Cina kebanyakannya Buddhist dan
India adalah Hindu.

6

Pada masa dahulu khususnya zaman kolonial dan 2 dekad selepas negara mencapai
kemerdekaan, kelompok-kelompok etnik yang berbeda agama ini remained institutionally
and culturally separate. Kebanyakan orang Melayu tinggal di luar bandar dan bukan
Melayu khususnya Cina di bandar. Tetapi hari ini pengasingan (separation) seperti dahulu
tidaklah sepenuhnya tepat. Integrasi mula berlaku kerana di bandar-bandar dan pekan-
pekan, kehadiran orang Melayu agak signifikan.

Walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan Malaysia adalah “Muslim
state” tetapi ada yang beranggapan ianya bukan “Islamic state”. Orang-orang bukan Islam
khususnya tokoh-tokoh politiknya berkeras mengatakan Malaysia bukan “Islamic state”
tetapi sebilangan orang Melayu mengatakan Malaysia adalah “Islamic state”. Tokoh
sosiologi, Shamsul Amri berpendapat Malaysia adalah Malay-dominated plural society
yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk menganut dan mengamalkan mana-
mana agama pilihan mereka. Kecenderungan untuk mengatakan Malaysia adalah “Islamic
state” adalah kerana hasil perbincangan dan perjanjian sebelum merdeka di antara para
pemimpin UMNO, MCA dan MIC telah meletakkan UMNO (dan oleh yang demikian) dalam
posisi hegemonic dan kuat. UMNO mendominasi kepimpinan negara lebih dari 50 tahun.
Tetapi walaupun hasil perkongsian politik meletakkan UMNO dan orang Melayu dalam
posisi yang kuat, orang bukan Melayu yang telah dianugerahkan kerakyatan juga
mempunyai kekuatan. Ini kerana “their legitimate interests (economic rights), their
citizenship …and residence as well as their…freedom to preserve, practice and propagate
their religion, culture and language” diterima dan diakui (Zawawi:128). Kedudukan dan
kepentingan orang Melayu telah dijaga dengan ketat melalui berbagai-bagai artikel di
dalam perlembagaan. Salah satunya ialah Artikel 153 yang mengatakan “those who profess
the religion of Islam, habitually speak the Malay language, and conform to Malay customs”
layak mendapat special reservation dalam bentuk quota dalam tiga bidang khusus:
perkhidmatan awam, pendidikan, lesen perniagaan. Tetapi pemberian ini tidak menyekat
atau mengganggu hak-hak bangsa lain.

Pemahaman kepada Artikel 153 ini amat penting. Ini kerana sebagaimana yang
dinyatakan oleh Zawawi Ibrahim bahawa artikel ini “remains the most important legal
charter and document which spells out the essential guidelines for the nation state to
manage its ethnicity and national identity, and could only be amended via constitutional
amendments, which have to be passed by Parliament”. Artikel yang merupakan salah satu
artikel terpenting di dalam perlembagaan ini jelas adalah hasil perbincangan panjang
sebelum merdeka; ia merupakan sebahagian dari intensive ethnic bargaining. Ini sedia
maklum kerana sebagai mana K.C.Wheare berkata “constitutions, when they are framed
and adopted, thend to reflect the dominat belief and interest, or some compromise between
conflicting beliefs and interest, which are characteristics of the society at that time…”. Apa
pun matlamatnya ialah untuk menjaga keutuhan negara dari berpecah belah, bersengketa
dan perkelahian tajam yang mungkin boleh berlaku kerana kepelbagaian etnik dan agama.
Jelas sekali Artikel 153 ini berlandaskan kepada “pluralistic history” negara ini.

Untuk memahami kedudukan pluralisme etnik dan agama di Malaysia kefahaman yang
mendalam terhadap sejarah kolonial (bahkan pra kolonial) adalah penting. Tanpa
memahaminya dengan mendalam atau berusaha memahaminya banyak persoalan negatif
akan timbul.

Tanpa menafikan pengaruh Buddha dan Hindu di rantau Asia Tenggara, khususnya
Malaysia, kedatangan Islam telah menukar wajah rantau ini. Semenjak 14 abad lagi Islam
menjadi agama dominan rantau ini dan walaupun berdepan dengan cabaran demi
cabaran dari Portugis, Belanda dan , tidak pernah memaksa penganut agama lain
memasuki Islam. Penganut agama lain terus kekal dengan agamanya dan co-exist
bersama dengan orang Melayu-Muslim. Walaupun sebilangan orang asing termasuk para

7

pedagang asing dan orang Cina mempelajari bahasa dan bertutur dalam Bahasa Melayu,
memahami bahkan mengamalkan adat resam orang Melayu mereka tetap berpegang
dengan agama nenek moyang mereka. Mereka ini, khususnya Peranakan hidup aman
damai dengan orang-orang Melayu-Muslim. Dari sinilah bermulanya pluralisme etnik dan
agama di Malaysia.

Sebenarnya pluralsime budaya (cultural pluralism) telah wujud lama sebelum penjajahan
Inggeris di Malaysia atau Belanda di Indonesia. Tokoh sejarawan Wang Gungwu
menerangkan “…the tradition of coastal pluralism evolved in the island of Southeast Asia,
including the various states that became Malaysia, from the earliest times…The ports were
conspicuous examples of cultural pluralism in the traditional milieu and were open to new
alien influences” (Zawawi:117). Beliau menambah pluralisme budaya ini menjadi an
integral part of local reality.

Kedatangan Inggeris ke Malaysia telah merubah Malaysia selama-lamanya. Inggeris telah
mencorakkan bentuk pluralisme etnik dan agama di Malaysia. Secara perseptif Zawawi
menyatakan “it was subsequent elaborations by colonialism upon ‘initial pluralism’ (pre-
colonial pluralism) which gave rise to ethnicism and commpetiting ethnicities currently
inherited by the modern Malaysian nation-state” (Zawawi:116). Polisi Inggeris secara
simbolik mendaulatkan para sultan di mana mereka diberi kuasa sepenuhnya terhadap
hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Hefner (2001:16)
mengatakan para sultan telah diberi “bureaucratic and legal machinery directives in a
more systematic and invasive manner than ever before in Malay history”

Tetapi Inggeris hanya memberi para sultan kuasa terhadap agama dan adat resam Melayu
sahaja; mereka tidak diberi ruang untuk terlibat di dalam sistem ekonomi kolonial.
Ekonomi kolonial perlu berkembang maju dan pihak Inggeris memerlukan buruh
mencukupi dan untuk tujuan itu mereka membawa masuk berskala besar orang-orang
Cina dan India ke Malaysia. Orang Melayu, selaku pribumi digalakkan terus terlibat di
dalam kerja tradisional mereka iaitu menanam padi di rice growing regions. Jadi dengan
membawa masuk secara besar-besaran orang bukan Melayu, pentadbir Inggeris telah
secara efektif mewujudkan “colonialism pluralism” yang akhirnya diwarisi oleh Malaysia
selepas mencapai kemerdekaan.

Period colonialism pluralism ini menepati ciri masyarakat plural (plural society) yang
dikemukakan oleh J.S.Furnivall. Furnivall adalah tokoh yang berperanan besar mencipta
dan memperkenalkan pluralism kepada dunia Eropah berdasarkan pengalaman dan
pemerhatiannya tentang masyarakat dan ekonomi kolonial Burma dan Indonesia. Hefner
merumuskan pandangan Furnivall berhubung dengan pluralisme seperti berikut:

According to Furnivall, “a plural society is a society that
comprises of two or more elements of social orders which
live side by side, yet without mingling, in one political unit.
As with Chinese, Indians and Malays in British Malaya, this
combination of geographical prop inquiry and social
segregation, Furnivall argued, is accompanied by a caste-
like division of labour, in which ethno-religious groups play
different roles. The segregation in turn gives rise to what
Furnivall regarded as those societies’ most unsettling
political trait; their lack of common social will” (Hefner,
2001:4)

Pendekatan yang diambil oleh Inggeris melalui pecah dan perintah ini walaupun tidak
menimbulkan konflik terbuka di antara kelompok etnik telah mengakibatkan lack of

8

interaction yang luar biasa di antara kelompok etnik di Malaysia. Furnivall mengatakan
pentadbir Inggeris berperanan besar di dalam mewujudkan rakyat yang bukan sahaja
lacked a common social will tetapi terpolarisasi mengikut garis etnik dan spesialisasi
ekonomi dan pekerjaan sehingga tidak mungkin wujud suatu system social yang koheren
yang mampu mengatasi batas-batas geografi dan budaya.

Selepas mencapai kemerdekaan, pluralisme tetap menjadi dimensi terpenting khususnya
dari segi proses pembinaan negara-bangsa. Pluralisme tidak diganggu gugat kerana
pemerintah sedang memberi tumpuan kepada dua perkara penting: pembangunan
ekonomi dan modal insan dan yang berkaitan dengannya; penyediaan dan pengembangan
dasar pendidikan negara. Pembangunan ekonomi ialah bagi mempastikan negara terus
maju dan peluang pekerjaan bagi rakyat adalah terjamin. Dalam usaha membangun
ekonomi ini banyak kemajuan tercapai tetapi negara terpaksa membayarnya dengan
harga yang tinggi. Pembangunan berasaskan pendekatan laisse faire biasanya tidak
menguntungkan sebilangan rakyat yang tercicir atau termundur dari segi ekonomi. Di
Malaysia, ada kelompok dan kelas yang maju dan berjaya dalam bidang ekonomi tetapi ada
yang ternafi (deprived) dan ketinggalan. Agak malang yang terkebelakang ini majoritinya
adalah orang Melayu dan ini menyebabkan ia mengambil dimensi etnik yang boleh
menajamkan pluralisme yang sedia ada. Setelah tercetusnya Peristiwa 13 Mei,
pemerintah memperkenalkan berbagai-bagai dasar selepas itu (seperti DEB) bagi
membetulkan ketaksamaan antara etnik dengan harapan pergeseran dan ketajaman
konflik etnik dapat dikurangkan walaupun sebenarnya ia tidak berjaya sepenuhnya.
Bahkan dalam beberapa hal ketajaman itu berterusan. DEB dll dasar yang diperkenalkan
itu ialah cara pemerintah mengurus pluralisme yang agak tajam.

Dalam bidang pendidikan hasrat memperkaya modal insan mungkin berjaya tetapi
peranannya di dalam pembangunan negara-bangsa tidaklah dapat dibanggakan sangat.
Ini kerana polarisasi etnik tidak menampakkan kekendurannya kerana sekolah berbagai
aliran yang diwujudkan tidak banyak membantu ke arah perpaduan negara. Tetapi ini
bukan mengejutkan kerana pemerintah tidak pernah serius menjadikan sistem
pendidikan sebagai asas atau kaedah ke arah pembinaan negara bangsa ini. Kenyataan
pada preamble Falsafah Pendidikan Negara bahawa ia bercita-cita mewujudkan
perpaduan negara lebih merupakan declaration of intentions sahaja, tidak lebih daripada
itu. Sistem pendidikan negara tidak berjaya mewujudkan common social will bahkan
telah membina (erect) ethnic barriers yang tajam. Para pelajar Melayu sebilangan
besarnya menghadiri sekolah kebangsaan yang bahasa pengantarnya ialah Bahasa
Melayu ; 97% pelajar Cina pula mendapati lebih selesa untuk belajar di sekolah jenis
kebangsan Cina dan 70% pelajar India belajar di sekolah Tamil. Sekolah-sekolah ini bukan
sahaja dibenarkan mengajar sepenuhnya di dalam bahasa ibunda masing-masing tetapi
telah mendapat pembiayaan yang mencukupi dari pemerintah agar better educational
opportunities dirasai oleh para pelajar. Belajar di dalam bahasa ibunda pada perkiraan
pemerintah adalah legitimate right rakyat Malaysia dari keturunan bukan Melayu dan ini
merupakan kaedah pemerintah menguruskan pluralisme di Malaysia.

Di samping peranan ekonomi dan pendidikan di dalam meneruskan pluralisme dalam
masyarakat, dasar-dasar kerajaan di dalam membenarkan kelangsungan ajaran agama-
agama bukan Islam dan pemantapan ajaran dan perjalanan agama Islam lebih
mengukuhkan pluralisme agama di Malaysia. Di dalam konteks agama Islam, pemerintah
cuba memantapkannya dengan memperkenalkan dasar-dasar yang sesuai dengan sifat
Islam sebagai agama rasmi negara. Dasar-dasar itu diperkenalkan secara teratur di
peringkat pusat dan negeri.
Penekanan kepada Islam bermula secara kecil-kecilan oleh Perdana Menteri Pertama,
Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pula mewujudkan JAKIM
dan YADIM yang fungsi utamanya ialah mengurus hal ehwal Islam dengan seteratur

9

mungkin dan menjalankan kerja-kerja dakwah khususnya di dalam membetulkan aqidah
umat. Dr. Mahathir pula memperkenal empat perkara penting: penubuhan Universiti
Islam Antarabangsa, penerapan nilai-nilai Islam, menubuh Institut Kefahaman Islam
(IKIM) dan memulakan operasi Bank Islam dan Syarikat Takaful. Tun Abdullah Badawi
pula memperkenalkan Islam Hadhari yang penuh kontroversial dan akhirnya tidak
meninggalkan apa-apa kesan. Berlainan dari Perdana Menteri sebelumnya, Dato Najib
tidak memperkenalkan apa-apa dasar berhubung dengan Islam.

Di peringkat negeri pula, usaha memantapkan Islam dilakukan melalui Jabatan Agama
Islam (seperti JAIS di Selangor) dan Majlis Agama Islam (seperti Majlis Agama Islam
Kelantan). Tanpa menafikan banyak kerja-kerja yang bermanfaat dilakukan di peringkat
negeri tetapi masih banyak yang boleh dilakukan jika terdapat dana yang mencukupi.
Ketiadaan dana yang mencukupi menyebabkan banyak aktiviti yang sepatutnya boleh
dijalankan dengan baik dan lancar terbantut atau tidak mampu dilakukan dengan jayanya.
Sebagai contoh, rakyat dahagakan sekolah agama yang berkualiti tinggi untuk dihantar
anak-anak mereka tetapi ini tidak berlaku. Kebanyakan sekolah agama di bawah
pengelolaan kerajaan negeri adalah dhaif dan tidak mencapai piawaian yang standard.

Di pihak orang bukan Islam, mereka juga cukup aktif menghidupkan amalan dan aktiviti
agama mereka. Di samping mereka merayakan agama mereka dengan meriah – seperti
Deepavali, Kristmas, dll – terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti Hindu Sangam,
Council of Churches, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism
and Sikhism (MCCBCHS), Interfaith Spiritual Fellowship (INSaF) yang berperanan besar
mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Pertubuhan-pertubuhan ini kuat
sekali membela apa yang dipanggil hak asasi mereka sebagai penganut agama di dalam
negara yang demokratik dan mengamalkan kebebasan beragama. Memang banyak
berlaku konflik dan ketidakpuasan terhadap beberapa insiden yang melibatkan orang
bukan Islam dan orang Islam atau pihak berkuasa. Ini termasuklah kes perebutan mayat
atau anak yang menukar agama, hak mengguna kalimah Allah dan hak menolak
(renounce) Islam sebagai agama ikutan. Tentulah mereka tidak berpuas hati dengan
beberapa keputusan yang diambil tetapi ketidakpuasan itu juga dirasai oleh orang Islam.

Memang di dalam mana-mana masyarakat yang penduduknya berlainan agama kerja
mengurusnya, khususnya bagi pemerintah bukanlah mudah. Ini kerana pemerintah perlu
berlaku dan dilihat berlaku adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang
agama. Permintaan dan tuntutan para penganut agama yang berlainan ini lazimnya bukan
sahaja tidak sama tetapi bertentangan. Keadaannya cukup parah apabila para penganut
berlainan agama ini melihat segala-galanya dari perspektif zero-sum game.

Di Malaysia, unsur zero-sum game ini mula kelihatan sehingga terdapat fobia agama di
kalangan anggota masyarakatnya. Orang Islam menunjukkan kebimbangan luar biasa
terhadap permintaan dan desakan orang bukan Islam dan begitulah sebaliknya. Perkara
ini jelas jika dibandingkan dengan tahun 50an, 60an hatta 70an. Seperti yang dinyatakan
awal tulisan ini, ketika itu agama tidak dilihat sebagai suatu resources yang menyebabkan
orang berebut atau bersaing. Kalau zaman sebelum merdeka dan awal merdeka terdapat
sebilangan orang Cina yang dengan rela hati memberi anak perempuan mereka kepada
ibu bapa Melayu, tetapi ianya tidak mungkin berlaku hari ini. Begitu juga orang-orang
bukan Islam sebelum ini tidak pernah menyentuh tentang kewujudan dan perjalanan
Mahkamah Syariah tetapi sekarang mula mempersoalkannya bahkan sudah ada di
kalangan mereka yang berani bertanya kenapa penganut Islam tidak dibenarkan
meninggalkan Islam atas nama kebebasan beragama dan kenapa Artikel 11,
Perlembagaan Malaysia tidak betul-betul mengamalkan kebebasan beragama.

10

Sementara itu terdapat sebilangan orang Islam yang mula melihat kewujudan pluralisme
agama di Malaysia - yang mendokong kebebasan beragama - sebagai menjejaskan
kedudukan Islam dan kekuatan orang Islam. Dalam satu Konvensyen Ulama 2006, Mufti
Perak, Harussani Zakaria mengatakan “if left unchecked, liberalism and pluralism will be
difficult to control” dan seterusnya mengingatkan tentang “the threats to Islam posed by
these elements”. Walaupun kenyataannya tidak begitu digemari oleh pemerintah tetapi
Harussani Zakaria mendapat banyak sokongan sebilangan orang dan pertubuhan NGO
Melayu seperti Persatuan Peguam Muslim, Perkasa, Isma dan Muafakat. Suara
bangkangan dari pertubuhan-pertubuhan NGO ini didengari oleh pemerintah kerana
faedah politik yang diperolehinya. Jadi tidak hairan, ada beberapa tindakan yang dilakukan
oleh pemerintah walaupun tindakan itu kadang-kadang agak melucukan. Sebagai contoh,
banyak buku yang diharamkan oleh pemerintah. Antaranya termasuklah tulisan Karen
Amstrong, The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam (2001)
dan John Esposito, What Everyone Needs to Know About Islam, dua tulisan yang dianggap
oleh kebanyakan sarjana Islam sebagai agak sympathetic kepada Islam.

Dari apa yang dinyatakan di atas, jelas pluralisme agama di Malaysia bukan sahaja suatu
realiti tetapi realiti yang akan berterusan. Walaupun fenomena ini sebahagian besarnya
diwujudkan oleh penjajah Inggeris tetapi pemerintah Malaysia meneruskannya dan
melihat perkembangan ini dari sudut positif. Tidak ada usaha menjadikan Malaysia ini
hanya untuk orang Islam sahaja dan sekiranya ada niat seperti itu, ianya bukan sahaja
tidak mungkin berjaya bahkan berlawanan dengan ajaran Islam. Di dalam Islam, religious
compulsion bertentangan dengan ajaran dan budayanya.

Pluralisme yang dipaparkan di atas lebih berbentuk sosiologikal dan dominan dan
sewajarnya dilihat secara positif. Kepelbagaian agama di Malaysia adalah realiti dan (Allah
jua mengetahuinya) mungkin berterusan. Kepelbagaian agama tidak menjadi masalah
kalau para penganutnya mengetahui batas-batasnya, bertolak ansur dan berlapang dada
tanpa mengorban ajaran asasi masing-masing atau bagi orang Islam aqeedahnya.

Pluralisme Agama Hari Ini dan Rumusan

Dari apa yang dinyatakan di atas, pluralisme adalah wajah sebenar negara ini. Ianya
bermula sejak zaman pra kolonial tetapi mengambil bentuk yang nyata dan jelas dan
menjadi polisi negara sejak zaman pemerintah kolonial lagi. Apabila negara mencapai
kemerdekaan, polisi yang diperkenalkan penjajah diteruskan sampai hari ini. Hari ini di
Malaysia dan juga negara-negara lain, pluralisme bukan sahaja terus wujud bahkan terus
relevan kerana, di antara sebabnya, dunia makin “mengecil”.

Dunia telah berubah dengan cepat sekali. Globalisasi adalah fenomena sejagat. Tidak ada
negara yang boleh lari dari gelombang dan tempiasnya. Globalisasi menjadikan dunia ini
amat pluralistik. Pluralisme bukan sahaja di dalam aspek ekonomi, politik, sosial,
pendidikan tetapi hatta dalam bidang agama. Dunia moden hari ini sedang menyaksikan
uniqueness dan pervasiveness kepelbagaian agama. Kerana itu sebilangan sarjana
berpendapat, kita sedang bertembung dengan kepelbagaian serba serbi (all sorts) dalam
bentuk yang lebih intimate dan intricate jika dibandingkan dengan masa yang lepas-lepas.
Pertembungan ini lazimnya mencetuskan kemuaraan (convergences) dan juga sebaliknya
(divergences) dari segi kepercayaan (belief) dan amalan dan tidak kurang melibatkan
diskusi serius tentang bentuk interaksi yang sesuai di antara agama-agama.

Tambahan pula, dunia sedang menyaksi berbagai-bagai religious violence and oppression
di seluruh dunia dan memaksa para sarjana untuk bertanya beberapa persoalan yang
sukar seperti apakah bentuk hubungan yang terbaik di antara penganut agama yang

11

berlainan, apa pandangan tentang religious Others, dan isu-isu berhubung dengan
ketiadaan toleransi dan penekanan (oppression) yang berbentuk agama.

Persoalan-persoalan yang dibangkit di atas telah menyebabkan sebilangan sarjana
memikirkan bahawa pluralisme agama amat wajar ditonjolkan sebagai penyelsaian
kepada persoalan terpenting abad ke 21 iaitu perpecahan dan perkelahian manusia
moden atas nama agama. Mereka berhujah, ciri-ciri persamaan yang ada pada agama-
agama itu perlu dicari dan dipertemukan bagi tujuan menumpulkan perbedaan. Usaha
mencari persamaan ciri-ciri itu dilakukan dengan penuh semangat oleh setengah-
setengah sarjana tetapi versi pluralisme jenis ini tidak begitu digemari oleh sebilangan
besar sarjana kerana keyakinan mereka bahawa para penganut agama “generally hold
that their own traditions have some unique valuable features”. Dan ini diperhatikan
dengan tepat sekali oleh Professor Byrne yang mengatakan “we should be clear from the
outset that pluralism is not as such committed to saying that all major religions are equal
in every aspect of cognitive endeavour”. Byrne juga berpendapat equality claim harus
dihormati tetapi “relative superiority in other respects may be allowed”. John Hicks, dalam
keghairahan mempromosikan pluralisme agama beranggapan ianya “a set of worldviews
that stands on the premise that one religion is not the role exclusive source of values, truths,
and supreme deity” dan oleh yang demikian “all religions are the same”. Fritjof Schuon
pula meyakini bahawa “the transcendental unity of religions is to be found in their esoteric
dimensions”.

Sebilangan sarjana bersedia membicarakan soal pluralisme agama ini dan bersedia
menerimanya asalkan tidak dibawa aspek soteriological religious pluralism yang
menganggap “all religions are equally effective in guiding people to salvation”. Apa lagi
salvation itu dilihat dari pengertian tradisi Kristian. Dalam perbincangan pluralisme
agama, sarjana-sarjana Kristian berandaian bahawa “other religions aim at something
analogous to salvation”. Ini merupakan pandangan yang aneh kerana “not all religions
recognise the goals of all the others”. Bukan semua agama bercita-cita mencapai salvation
ala Christianity. Orang Islam berusaha mencapai sa’adah atau felicity untuk ultimate
success nya tetapi orang Kristian berusaha memperolehi beautific vision yang menjadi
cita-cita para penditanya. Begitu juga orang Islam bercita-cita bertemu Allah (divine
encounter atau liqa Allah). Kalau pun ada persamaan di antara Islam dan Christian dari
segi program kehidupan yang dilakukan melalui tazkiyyah al-nafs (sanctified and purified)
ciri dan penekanannya adalah berlainan. Di samping itu jika dibandingkan dengan Islam,
Christianity lebih menekankan kepada salvation kerana doktrin dosa asal (original sin)
mereka di mana tidak mungkin orang Kristian masuk syurga sehingga penganut agama
itu dibaptise ke dalam gereja.

Akhir sekali, pada pandangan penulis, pluralisme agama boleh diterima asalkan definisi
dan tafsirannya perlu jelas. Kita hidup dalam dunia yang menyaksikan inter-religious
collobaration berlaku secara substantial hampir di mana-mana. Kerana manusia akhir-
akhir ini berdepan dengan tragedi demi tragedi dan trauma yang datang bersama tragedi
tersebut, manusia mula kembali kepada agama untuk mencari kedamaian (solace). Cukup
menarik ialah kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat umum termasuk
generasi muda tentang faedah dan fungsi positif agama. Bertambah menariknya lagi ialah
di samping kesedaran perlu menjadi “religious” mereka juga terlibat dalam aktiviti-
aktivit berbentuk inter religious collaboration, dialog dan engagement yang dianggap
sebagai keperluan zaman sekarang.

Mereka menerima “practical, on-the-ground religious pluralism” tetapi ini bukan indikatif
bahawa mereka menerima “theological religious pluralism”. Bahkan wujud vast
disconnect di antara apa yang dipanggil “theological understanding of religious others” dan
amalan praktis yang berlaku. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat selepas peristiwa 11

12

September, banyak orang Islam cukup komited kepada inter-religious engagement tetapi
tetap “harbour exclusive theological commitments to the finality and superiority of the
religion of Islam”. Dan seperti dinyatakan oleh seorang Muslimah Amerika, Jerusha
Lamptey (July 9, 2014) , “Though from an Islamic standpoint, this does not mean that
other religions are completely devoid of divine guidance or value, it nevertheless does imply
that the ideal relationship with God is achieved only within the specific tradition of Islam”.
Malaysia, sebagai sebuah negara yang menerima pluralisme agama, sewajarnya
rakyatnya menerima apa yang ada dengan sikap berlapang dada dan berusaha
menyuburkannya ke arah pluralisme yang sihat di mana Islam sebagai agama dominan
diterima dengan hati terbuka oleh mereka yang bukan beragama Islam dan umat Islam
menerima kehadiran mereka yang berlainan agama (Others) dengan penuh hikmah dan
toleransi. Bagi umat Islam, ini bukanlah permintaan yang sukar diterima kerana Islam,
sebagaimana diajar oleh al-Qur’an dan Sunnah menghormati kepelbagaian, etnik, agama
dan bahasa.
WaLlahu ‘a’llam
Terima kasih.
MOHD NOR NAWAWI
Dekan,
Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Selangor &
Naib Presiden WADAH

13

Seminar
Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

sempena
Muktamar Nasional Kelapan
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH)

20 September 2014
Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bangi, Selangor

Islam dan Pluralisme: Cabaran Semasa
(Aspek Perundangan)

Prof Dr Abdul Aziz Bari

Anjuran
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

&
Nadwah Ilmuwan (Nadwah)

Islam dan Pluralisme

Cabaran Semasa – Aspek Perundangan*

Abdul Aziz Bari**

Pengenalan

Plurisme dalam erti kata kewujudan agama-agama yang pelbagai adalah satu kenyataan yang
perlu diterima dan ditangani. Islam tidak syak lagi mempunyai pendekatan dan formula yang
tertentu. Bagaimana pun dalam konteks Malaysia, itu semua perlu diterapkan di dalam kerangka
perlembagaan; sesuatu yang merupakan asas dan peraturan yang diterima pakai oleh semua,
baik Islam dan sebaliknya.

Perlembagaan – sebagai undang-undang utama dan undang-undang tertinggi negara telah
menyediakan kerangka yang longgar dan inklusif. Bagaimana pun, sama ada ia sesuai untuk
masa-masa yang tertentu, terpulanglah kepada kita untuk menentukannya.

Asas dan Kerangka Perlembagaan

Kerangka yang ada dalam perlembagaan berasaskan kepada keperluan dan sejarah yang tertentu.
Dalam soal kedudukan Islam, ia adalah lanjutan dan pengekalan daripada beberapa struktur yang
merupakan peninggalan dan penyesuaian pentadbiran British. Apa pun, ia bukan peninggalan
Suruhanjaya Reid kerana mereka tidak memberikan apa-apa input: mereka akur dengan
kehendak Raja-Raja Melayu bahawa Islam adalah urusan negeri yang tidak harus dicampuri oleh
persekutuan. Mungkin boleh ditambah bahawa kehendak Raja-Raja itu tidak dibantah kerana
mereka telah bersedia menyerahkan kuasa memerintah kepada orang politik.

Apa pun kerangka dan peruntukan yang ada dalam perlembagaan mempunyai dua tujuan; (i)
memelihara dan menjaga kepentingan Islam dan (ii) cuba untuk mempastikan wujudnya sebuah
kewujudan yang aman di kalangan pelbagai agama. Dalam pada itu ada peruntukan tertentu,
seperti pengecualian daripada peruntukan darurat– yakni Perkara 150(6A) – dan juga
perlindungan ke atas bidang kuasa mahkamah syariah– Perkara 121(1A) – hanya dilakukan
selepas merdeka.

Buat masa ini, peruntukan-peruntukan mengenai Raja-Raja, Islam dan orang-orang Melayu
dilihat sebagai sesuatu yang sakral dan tidak boleh dibahaskan. Sebenarnya, ini bukan maksud
asal peruntukan-peruntukan berkenaan, apa lagi apabila kritikan ditujukan kepada dasar-dasar
yang dibuat di bawah peruntukan berkenaan, contohnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
merupakan tafsiran Umno-BN ke atas Perkara 153. Ini diburukkan lagi oleh wujudnya apa yang
dikatakan sebagai pendakwaan berat sebelah (selective prosecution); di mana hanya pihak
pembangkang dan pengkritik kerajaan sahaja yang dikenakan tindakan manakala pendokong
Umno-BN dibiarkan berkata sesuka hati mereka.

Jika kita mengambil analogi kepada tempoh pelaksanaan Perkara 153 – sebanyak 15 tahun
sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid – ketegangan yang berlaku ketika ini tidak
patut timbul. Sepatutnya selepas hampir 60 tahun negara merdeka, isu-isu seperti ancaman
kepada kedudukan Raja-Raja, Islam dan Melayu bukan lagi isu.

1

Kelemahan Badan Kehakiman

Dalam keadaan perlembagaan sukar untuk dipinda, satu-satunya mekanisme yang membolehkan
perubahan dan penyesuaian ialah tafsiran perlembagaan oleh badan kehakiman. Bagaimana pun,
badan kehakiman boleh dikatakan gagal dan ini tidak terhad kepada isu-isu yang dibincangkan di
dalam kertas ini sahaja. Sebagai contoh, Suhakam yang ditubuhkan pada 1999, tidak perlu jika
badan kehakiman memainkan peranan melindungi hak-hak asasi sebagaimana yang
diamanahkan oleh Suruhanjaya Reid. Pembentukan Suhakam, dalam konteks pembayar cukai,
adalah beban yang tidak patut kita tanggung.

Kes-kes penjagaan di bawah Perkara 12(4) sebagai contoh, dilihat secara literal dan ini
menimbulkan ketegangan. Pada masa yang sama autoriti agama – khususnya mufti – tidak
membantu dan terus mengekalkan pandangan yang rigid; yang tidak harus dikekalkan dalam
keadaan umat Islam sudah menjadi majoriti.

Peranan pro aktif badan kehakiman – dan juga eksekutif- sangat penting kerana ketika ini tidak
mungkin untuk kita meminda perlembagaan supaya ia sesuai dengan kehendak dan
perkembangan semasa. Selain itu Raja-Raja juga tidak memainkan peranan yang bersesuaian. Di
bawah kerangka perlembagaan, mereka mempunyai kebebasan untuk memainkan peranan
secara aktif sebagai ketua agama tanpa tertakluk kepada dasar dan nasihat kerajaan. Bagaimana
pun, apa yang kelihatan sehingga ini – khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008 – agama
menjadi isu politik yang tidak lagi dikawal oleh istana.

Islam – Rahmatan li’l Alamin atau Sesuatu yang Terancam Kewujudannya?

Soalan ini dibangkitkan kerana inilah yang kelihatan sekarang: Islam digambarkan sebagai
sesuatu yang terancam dan ia menyebabkan apa sahaja kritikan dianggap menghasut dan perlu
ditangani dengan keras. Ini bertentangan dengan maksud kewujudan peruntukan-peruntukan
yang berkenaan. Dalam negara demokrasi, kritikan adalah sesuatu yang sah kerana pelaksanaan
peruntukan-peruntukan tersebut ditanggung oleh pembayar cukai.

Satu-satunya jalan yang boleh diambil oleh badan-badan yang prihatin dengan keadaan tersebut
ialah mengambil risiko untuk maju ke hadapan dan membincangkan masalah itu secara rasional
dan telus.

Di pihak umat Islam, kita mempunyai upaya untuk berdiri sendiri. Raja-Raja sebagai ketua agama
mempunyai kedudukan yang unik untuk memimpin umat dan membebaskan mereka dari
terbelenggu lebih lama. Raja-Raja, khususnya melalui kerangka Majlis Raja-Raja, harus
memainkan peranan sebagaimana yang mereka lakukan sewaktu pentadbiran British. Mereka
tidak harus dilihat hanya menjadi lanjutan kepada agenda politik Melayu yang sempit. Sebagai
contoh, Perkara 153 boleh dilaksanakan dalam konteks Islam di mana ia tidak harus dibiayai oleh
pembayar cukai; sebaliknya melalui program tertentu seperti melalui jalan infaq yang merupakan
satu bentuk self-help yang dipimpin oleh Raja-Raja. Perlu diingat, bahawa asas kepada
peruntukan tersebut ialah saranan yang dibuat oleh Raja-Raja di dalam mesyuarat durbar yang
bermula pada 1897: prolog kepada pembentukan Majlis Raja-Raja di bawah Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Penutup

Agak jelas bahawa perlembagaan dan undang-undang yang lain bukan masalah besar. Sebaliknya
masalah kita dalam menangani persoalan pluralisme ialah sikap dan political will di pihak yang

2

berkuasa. Kita perlu ingat bahawa sistem yang ada ini telah pun beroperasi lama, sejak 1957 lagi
sedangkan apa yang dikatakan masalah itu hanya kelihatan selepas 2008.
Apa yang penting ialah bahawa kerangka pentadbiran agama itu sepatutnya bebas dari
kongkongan dan pengaruh kerajaan yang memerintah. Bagaimana pun, ini tidak mungkin dapat
menelurkan hasil yang positif jika Islam tidak menjadi tenaga penggerak kepada kerangka itu
sendiri.
Apa pun Islam dan pluralisme di Malaysia, khususnya dalam konteks Islam sebagai
rahmatanli’lalamin, adalah sesuatu yang baru dan pemikiran dalam kertas ini adalah sesuatu yang
bersifat work in progress. Dengan itu, input dan kritikan dari khalayak amat diharapkan bagi
membina sebuah tesis yang mantap dan dapat dilaksanakan di negara kita.

*Kertas yang dibentangkan dalam seminar sempena Muktamar Nasional Wadah ke 8 pada 20
September 2014
**Dr Abdul Aziz Bari ialah mantan profesor undang-undang UIAM yang kini mengajar di Unisel.

Bacaan lanjut:
1. Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia &
Publishing, 2005
2. Abdul Aziz Bari, Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002
3. Abdul Aziz Bari, “Religion, Law and Governance in Malaysia”, Islam and Civilisational
Renewal, Jld.2, Bil.1, Oktober 2010, hh.60-77
4. Abdul Aziz Bari, The Monarchy and the Constitution in Malaysia, Kuala Lumpur: IDEAS,
2013.
5. Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: PTS Akademia,
2014

3

Seminar
Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

sempena
Muktamar Nasional Kelapan
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH)

20 September 2014
Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bangi, Selangor

Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik:

Zaman Rasulullah dan Sahabat

Dr. Muhammad Nur Manuty

Anjuran
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

&
Nadwah Ilmuwan (Nadwah)

SIMPOSIUM ISLAM RAHMATAN LI ‘IL ‘ALAMIN anjuran WADAH

Islam Rahmatan li ‘il ‘Alamin Dalam Konteks Masyarakat Majmuk
Pada Zaman Rasulallah (SAW) Dan Para Sahabah

Dr Muhammad Nur Manuty
Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial (UNISEL)

1.0: Mukaddimah

Kertas ini membahaskan prinsip Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin (Rahmat untuk
seluruh warga alam) dan kaitannya dengan kedudukan masyarakat majmuk pada zaman
Rasulallah (saw) serta para sahabah. Kemajmukan masyarakat dapat dilihat dalam
kepelbagaian bangsa dan anutan agama. Walaubagaimanapun, tumpuan perbahasan dalam
kertas ini akan dilakukan secara selektif dengan memilih tema-tema yang relevan dengan realiti
semasa, kerana keterbatasan waktu.Kewajaran membicarakan topik ini memang tepat dengan
permasalahan masyarakat majmuk di negara ini.Mutakhir ini kebimbangan kita semakin
meningkat melihat berlakunya peningkatan ketaksuban ras dan agama yang melulu. Fenomena
al-ghuluw perlu diatasi dengan proses pencerahan (al-tanwir) dalam bidang pendidikan yang
komprehensif dan efektif.

2.0: Perspektif al-Qur’an Mengenai Islam Agama Rahmatan Lil ‘Lamin

Bagi memahami dengan jelas pendirian Rasulallah SAW terhadap kaum bukan Islam di
zamannya, maka pemahaman kita yang komprehensif terhadap doktrin Islam sebagai agama
Rahmatan li ‘Alamin wajar ditelaah dari sumber al-Qur’an, al-Sunnah dan Sirah.Konsep
rahmatan lil ‘alamin mempunyai implikasi besar dalam kehidupan masyarakat berbilang
bangsa, agama, budaya dan bahasa.Ayat-ayat berikut jelas memperkukuhkan hujah bahawa
Islamadalah agama alami.Islam bukan agama untuk satu bangsa dan kaum.Islam sebagai agama
yang diiktiraf disisi Allah SWT serta mendapat keredaanNya tetap menerima hakikat kelainan
agama-agama sebagai satu manifestasi rahmah dari Allah yang Maha Esa dan Bijaksana. Firman
Allah SWT: “Dan tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat
bagi sekelian alam.” (Surah al-Anbiya’: 107).Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah penyempurna
untuk semua rasalah rasul-rasul sebelum ini khususnya untuk para penganut Yahudi dan

Kristian. Ajaran Islam menganjurkanrahmah dan ihsandapat direalisasikan untuk semua
manusia tanpa mengira sama ada seseorang itu Muslim atau kafir. Islam mencegah perbuatan
keji, munkar dan ganas.Justeru, al-Qur’an menganjurkan supaya kezaliman, ketaksuban,
kejahilan, kekacuan tidak berlaku.(Wahbah al-Zuhaili, 2007, Jilid 9, ms. 160).

3.0: Perspektif Islam Terhadap Manusia

Islam adalah satu-satunya agama yang sangat memuliakan kedudukan manusia tanpa sebarang
pengecualian sama ada kerana warna kulit, bangsa dan agama. Al-Qur’an memperakukan
hakikat tersebut: “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam dan Kami telah angkat
mereka (dengan pelbagaikenderaan di darat dan dilaut; dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka daripada (makanan) yang baik, serta Kami telah lebihkan mereka ke atas
kebanyakan makhluk yang Kami telah ciptakan dengan kelebihan yang banyak.” (al-Isra’: 70).

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa masyarakat Islam dan bukan Islam diiktiraf mulia disisi
Allah SWT kerana status kemanusiaan yang dicipta oleh Allah SWT tanpa sebarang
diskriminasi.Justeru, Rasulullah SAW telah menunjukkan teladan yang baik dari segi perkataan
dan perbuatan terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam.Sebagai contoh, kita perhatikan
bagaimana Rasulullah SAW telah menunjukkan satu teladan yang sangat muliaterhadap jenazah
seorang Yahudi yang sedang diusung lalu melewati baginda dan beberapa orang
sahabat.Rasulullah SAW telah menegur beberapa orang sahabah yang tidak mahu
menundukkan sedikit kepala mereka. Justeru Rasulullah SAW berkata dengan kata-katanyanya
yang masyhur: “Alaisat nafsan?” (Bukankah dia itu seorang manusia yang bernyawa!). (Mohd
Hafiz Bin Daud, 2013, ms. 2).

4.0: Keindahan Akhlak Dan Bicara Rasulullah (SAW)Dengan Orang-Orang Bukan Islam

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menunjukkan keindahan akhlak dan gaya bicara dengan
masyarakat bukan Islam dalam misi da’wahnya kepada seluruh manusia.Al-Qur’an memberi
panduan bahawa Rasulullah SAW memang sentiasa berada dalam kebenaran. Namun al-Qur’an
meminta Rasulullah SAW menghayati ayat berikut demi keberkesanan da’wah: “Dan
sesungguhnya tiap-tiap satu golongan, sama ada golongan kami ahli tawhid atau golongan kamu
ahli syirik (tidak daripada salah satu dari dua keadaan). Keadaan tetapnya di atas hidayah
petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata.”(Surah Saba’: 24). Selanjutnya,
Rasulullah SAW diminta untuk mempraktiskan ayat berikut: “katakanlah wahai Muhammad,

2

Kamu tidak bertanggung jawab tentang kesalahan yang kamu lakukan, dan Kami pula tidak
bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan.” (Surah Saba’: 25).

5.0: Pujian Rasulullah SAW Kepada Pihak Lawan

Rasulullah SAW tidak sahaja berlemah lembut sesama bukan Islam dari segi percakapan, tetapi
beliau juga mengucapkan kata-kata pujian terhadap musuh. Hal tersebut dapat dilihat ketika
Rasulullah SAW memuji Suhayl ibn ‘Amru yang ketika itu merupakan seorang pemimpin
Musyrikin. Rasulullah SAW menyebutnya dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya sebahagian
daripada urusan kamu telah menjadi mudah.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 2731).Selain itu,
satu lagi peristiwa penting dalam sejarah interaksi antara Rasulullah SAW dengan pemimpin
Kristian ialah tentang kisah penghormatan Rasulullah SAW terhadap Raja Najashi di Habasyah
(Eutopia). Baginda sentiasa memuji Raja Najashi dengan kata-kata: “Sesungguhnya di bumi
Habashah itu terdapat seseorang yang tidak pernah berlaku zalim kepada sesiapapun.”(Hadis al-
Bukhari, no. 17 734). Yang menarik perhatian kita, Rasulullah SAW tidak sekadar memuji Raja
Najashi, tetapi Baginda juga telah memberikan kemuliaan kepada Raja Najashi untuk menjadi
wali kepada Ummu Habibah binti Abi Sufyan untuk mengahwinkannya dengan Rasulullah SAW
setelah suaminya ‘Ubaidullah ibn Jahsyi memeluk agama Kristian. Kenapa Rasulallah SAW tidak
mahu mewakilkan kepada sepupunya Ja’afar ibn Abi Talib yang juga telah diangkat menjadi
Ketua Rombongan Muhajir Mekah ke Habashah?Jawapannya ialah kerana Rasulullah SAW mahu
meninggikan penghormatannya kepada Raja Najashi. (Mohamad Hafiz Daud, 2013, ms. 74).

6.0: Perisytiharan Piagam Madinah (Sahifah Madinah)

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berjaya membina satu kesatuan umat antara umat Islam
dengan umat Yahudi yang terdiri dari Bani Qaynuqa’, Bani Nadir, Bani Quraizah, Bani ‘Auf dan
Kristian Najran di Kota Madinah.Muhammad ‘Imarah menyatakan bahawa Perlembagaan
tersebut telah memberi keadilan dan kesedaran yang mendalam bahawa warga Madinah
telahberada dalam satu kesatuan umat (ummatun wahidah) yang telah memelihara amanah
antara satu dengan lain dengan jaminan pelbagai hak dan kebebasan meskipun terdapat
kepelbagian agama. (Muhammad ‘Imarah, 2003, ms. 50).Sesungggguhnya, Rasulullah SAW telah
berjaya membina sebuah masyarakat baru.Misi utama dalam perjanjian dengan golongan bukan
Islam ialah untuk mewujudkan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup untuk seluruh
manusia. Jadi, Piagam Madinah di kota metropolitan Madinah itu jelas menunjukkan bahawa
Rasulullah SAW membina masyarakat majmuk menerusi kaedah pendidikan, tarbiah dan

3

penyucian jiwa, mengutamakan usaha pembinaan akhlak. Mereka juga menerima proses ta’dib
dengan pembinaan rasa kasih sayang, persaudaraan, rasa kemuliaan diri, tekun beribadat dan
taat. Sebagai contoh, Piagam Madinah mencatatkan bahawa “Sesungguhnya Yahudi Bani ‘Auf
adalah berada dalam satu kesatuan umat dengan warga Mu’min.Bagi orang Yahudi, mereka
mempunyai agama mereka dan untuk golongan Yahudi, mereka juga memiliki agama
mereka.Juga, lain-lain kelompok Yahudi, memilik agama mereka masing-masing (Safiyurrahman
al-Mubarakpuri, al-Rahiq al-Makhtum, 1996, ms. 188 dan 192).

Jelas sekali, bahawa kebebasan beragama terjamin dalam Piagam Madinah.Warga Yahudi dan
Kristian bebas mengamalkan agama masing-masing.Sebagai seorang Kristian, mereka berhak
mengamalkan segala aspek yang terdapat dalam agama Kristian tanpa sebarang paksaan,
tekanan dan diskriminasi.Sebagai seorang Muslim, mereka hendaklah menunjukkan rasa kasih
sayang dan tidak boleh menyakiti hati warga Kristian.Orang-orang Islam hendaklah berhujah
dengan orang-orang Kristian dengan hujah yang terbaik.(Muhammad Hamidullah al-Abadi,
1956, ms. 17-21).

7.0: Penghormatan Keatas Khazanah Warisan Bukan Islam

Keunikan hubungan intim antara Rasulullah SAW dengan warga bukan Islam dapat dilihat
daripada sikap Baginda yang sentiasa memelihara kita-kitab suci agama lain. Meskipun Torah
dan Injil telah mengalami perubahan dari segi keaslian teks (tahrif al-kaim), namun Rasulullah
SAW telah menyimpan kitab-kitab suci tersebut dengan baik dan telah memulangkan kepada
penganut-penganut Yahudi dan Kristian.Ketika Rasulullah SAW telah berjaya membuka Kota
Khaibar, beberapa peninggalan kaum Yahudi yang ramai tinggal disitu telah berjaya
diperolehi.Antaranya, beberapa helaian dari Kitab Torah. Rasulullah SAW bermesyuarat dengan
para sahabat dan akhirnya bersetuju menyerahkan helaian-helaian Torah tersebut kepada
mereka.(al-Waqidi, al-Maghazi, Jilid 1, ms. 181).

8.0: Rasulallah SAW Dan Hubungan diplomatik Dengan Negara-Negara Bukan Islam

8.1: Penghantaran Misi Dipolamasi Ke Negara Habashah (Ethopia)

Setelah Rasulullah SAW memenangi Perang Hudaibiyyah dan diikuti oleh Sulh al-Hudaibiyyah,
Rasulullah SAW telah mengambil satu langkah strategi bagi mengukuhkan kedudukan Islam
iaitu dengan menulis surat-surat yang dikenali sebagai Rasa’il al-Rahmah kepada Najashi, Raja
Habashah (Eutopia), Raja Muqawqis di Mesir, Raja Kisra di Parsi, Raja Kaisar di Rom, Raja

4

Bahrain, Hawzah ibn Malik, Pemegang negeri Yamamah, Raja al-Ghasasinah (Damsyiq dan
Hauran), Raja ‘Umman dan Hakim Yaman. Kandungan surat-surat Baginda jelas mempamerkan
ketinggian adab berkomunikasi dengan pembesar-pembesar Kristian dan Musyrikin dengan
menggunakan bahasa diplomasi.Rasullullah SAW tidak memaksa mereka memeluk agama
Islam.

Rombongan menemui Raja Habasyah yang bernama ‘Asamah ibn al-Abjar.Pembawa risalah
tersebut adalah Umayyah al-Damiri. Mesej Rasulullah SAW kepada raja Najashi ialah untuk
mendapat kesejahteraan setelah mendapat hidayah, beriman dengan Allah dan Rasul, bersaksi
bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah, Tidak beranak dan diperanakkan, Junjungan Muhammad
SAW adalah hambaNya dan RasulNya. Rasulullah SAW menyeru Raja Najashi supaya menerima
Islam.Baginda adalah Rasul Islam. Terimalah Islam, kamu akan selamat sejehtera. (al-
Mubarakpuri, ms. 352). Ketika Rasulallah SAW menghantar Hatib ibn Abi Bulta’ah kepada Juraij
ibn Matta, yang dikenali juga sebagai Muqawqis, Raja Mesir dan Iskandariah pada waktu itu.
Surat Nabi, antara lain, menyatakan: “Kami menyeru kepada kamu agama Islam yang serba
lengkap. Sesungguhnya Nabi ini mendapat tentangan yang kuat dari orang-orang Quraish, orang-
orang Yahudi menjadi penentangnya, dan orang yang paling hampir kepada Rasulullah SAW
adalah orang-orang Kristian.” (al-Mubarakpuri, ms. 353). Surat-surat Rasulullah SAW kepada
ketua-ketua negara Habashah dan Rom mengandungi ayat yang khusus mengajak kerjasama
antara Islam dengan warga ahli kitab Yahudi dan Kristian sebagai masyarakat yang berpegang
teguh dengan ajaran agama. Firman Allah SWT: “Katakanlah Muhammad, “Wahai Ahli Kitab,
marilah kita menuju kepada satu kalimat (pegangan yang sama antara kami dan kamu, bahawa
kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatupun, dan
bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling
maka katakanlah (kepada mereka): “Saksikanlah, bahawa Kami adalah orang Muslim.” (Surah
‘Ali ‘Imran: 64).

9.0: Keadilan Rasulullah SAW Terhadap Masyarakat Bukan Islam

Keadilan adalah merupakan antara prinsip terpenting dalam ajaran agama Islam. Rasulullah
SAWtelah menterjemahkan prinsip keadilan kedalam kehidupan peribadi dan masyarakat
dalam masa 23 tahunketika berda’wah di Mekah dan membina sebuah masyarakat/negara
Islam di Madinah. Rasulullah SAW telah diperintah oleh Allah SWT untuk menegakkan keadilan.
Firman Allah SWT:“Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan supaya berlaku adil dan
berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji,
kemungkaran permusuhan. Dan memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil

5

ingatan.” (Surah al-Nahl: 90).Iltizam Rasulullah SAW melaksanakan keadilan dapat dibuktikan
dalam banyak hadis. Rasulullah SAW mengingatkan:“Sesiapa yang membantu perbalahan satu
sama lain secara zalim atau menolong sesuatu kezaliman, dia sentiasa berada dalam kemurkaan
Allah sehingga dia menarik diri daripadanya.” (Hadis Sunan Ibn Majah, 2311).

Ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa kezaliman
samasekali tidak boleh berlaku sesamamanusia.Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW telah
menyebut sebuah hadis khusus mengenai kewajiban seorang Muslim supaya jangan melakukan
kezaliman kepada orang-orang bukan Islam. Hadis itu berbunyi: “Ketahuilah sesiapa yang
melakukan kezaliman keatas seorang yang bukan beragama Islamyang memiliki perjanjian aman
atau menindasnya atau menanggungkan kepadanya (bayaran jizyah atau kharaj) yang melebihi
kemampuannya atau mengambil sesuatu dari hak miliknya tanpa kerelaannya, maka akulah yang
akan menjadi juru debat bagi pihaknya (seperti peguambela untuk mendapatkan haknya pada
Hari Kiamat kelak.” (Riwayat AbuDaud, no. 3052).

Teks perjanjian dalam Piagam Madinah jelas menunjukkan bahawa bahawa “Seseorang tidak
boleh melakukan kezaliman terhadap sekutunya, dan sesungguhnya pertolongan hendaklah
dihulurkan kepada orang-orang yang dizalimi oleh orang lain(Ibn Hisyam). Bagi menjamin
keadilan dapat ditegakkan antara masyarakat Islam dengan bukan Islam, maka Rasulullah SAW
telah menghantar seorang wakilnya yang beramanah bagi melaksanakan tugasan penting
tersebut.Rasulullah SAW telah memilih ‘Abdullah ibn Rawahah untuk dihantar ke Khaibar bagi
membahagi-bahagikan buah-buahan di Kahibara antara orang-orang Islam dan
Yahudi.Meskipun terjadi pertukaran pandangan antara ‘Abdullah ibn Rawahah dengan orang-
orang Yahudi kerana keegoan mereka yang tinggi, Rasulullah SAW masih meminta ‘Abdullah ibn
Rawahah bersikap adil dengan mereka.Selanjutnya, Rasulullah SAW telah melantik Abi ‘Ubaidah
ibn al-Jarrah sebagai seorang wakil untuk memelihara hubungan yang baik antara masyarakat
Islam dan bukan Islam. Rasulullah SAW telah menggelar Abi ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai (Amin
al-Ummah).

Dalam Piagam Madinah, warga Madinah yang berlainan agama, Yahudi dan Kristian telah dapat
menikmati kebebasan amalan mengikut agama masing-masing tanpa sebarang paksaan. Piagam
Madinah memperakukan bahawa: “Seseorang yang beragama Kristian tidak boleh dipaksa untuk
memeluk agama Islam. Kamu (orang-orang Islam) tidak boleh berhujah dengan orang-orang
Kristian kecuali dengan cara yang terbaik. Orang-orang Islam hendaklah melimpahkan rahmah
dan menghindarkan diri dari menyakiti mereka dimana sahaja mereka berada.”(Muhammad
Hamidullah al-Haidar Abadi, 1956, ms.17 – 21).

6

Barangkali salah satu episod yang sangat bersejarah dalam pengadilan Rasullullah SAW tentang
cerita Thu’mah ibn Ubairiq seperti yang tercatat dalam Surah al-Nisa’, ayat 105 hingga
113.Beliau telah mencuri baju besi dari jirannya.Baju besi tersebut terletak di dalam bekas yang
berisi tepung.Tepung yang terdapat di dalam bekas itu telah berterabur ketika baju besi
tersebut dibawa lari sehingga sampai di sebuah rumah.Kemudian Thu’mah telah
menyimpannya dirumah seorang lelaki Yahudi yang bernama Zaid ibn al-Samin.Tidak lama
selepas itu, baju besi tersebut dicari oleh pemiliknya di kediaman Thu’mah.Tetapi Thu’mah
bersumpah bahawa dia tidak mencurinya.Mereka melepaskannya dalam keraguan kerana
mereka nampak ada kesan-kesan tumpahan tepung.Kemudian mereka telah mengikuti kesan
tepung tersebut sampai ke rumah seorang lelaki Yahudidan akhirnya mereka mendapati baju
besi tersebut berada disisnya.Lelaki Yahudi itu berkata bahawa Thu’amahlah yang
meletakkannya dirumah beliau.Kemudian, Bani Zafir ibn al-Harith yang merupakan kaum
Thu’amah datang kerumah Rasulullah SAW dan meminta Rasulullah sendiri yang menghakimi
kes ini.Mula-mulanya Baginda berhasrat untuk menghukum Yahudi
tersebut.Walaubagaimanapun, Allah SWT telah menurunkan wahyu bagi menyatakan perkara
yang sebaliknya.Jelaskita melihat betapa adil dan jujurnya Rasulullah SAW dalam penghakiman
yang tidak menyembunyikan sesuatu setelah menerima wahyu Allah SWT. Baginda
mengumumkan bahawa Yahudi tersebut tidak bersalah dan pencuri yang sebenar adalah
seorang Muslim yang berasal dari kaum Ansar tetapi dia dikenali sebagai seorang munafik
(Mohd Hafiz bin Daud, 2013, ms. 101-104).

10.0: Kebaktian Rasulullah SAW Kepada Orang-Orang Bukan Islam

Hubungan Rasulullah SAW dengan warga bukan Islam menunjukkan hubungan seumpama
seorang bapa dengan seorang anak meskipun mereka tidak beragama Islam.Hal ini dapat
dibuktikan dengan ziarah yang dilakukan oleh seorang anak kecil Yahudi, pembantu peribadi
Baginda yang jatuh sakit. Baginda duduk berdekatan dengan kepalanya dan berkata: “Masuklah
Islam”.Anak kecil itu memandang kepada bapanya. Maka bapanya berkata: “Ikutlah Abul Qasim.”
Anak kecil itu masuk Islam dan Rasulullah SAW pun berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah
menyelamatkannya dari neraka.” Tindakan Rasulullah SAW mengambil kanak-kanak itu adalah
untuk menjadi jambatan yang dapat menghubungkan dirinya dengan kaum Yahudi.Rasulullah
SAW juga telah melakukan satu lagi tindakan toleransi agama yang menarik. Baginda telah
membenarkan Kaum Nasara dari Najran menunaikan sembahyang mengikut cara agama
Nasrani di dalam masjid. Apabila waktu solat telah masuk, Kaum Nasara sudah dekat, maka
Rasulullah SAW berkata: “Biarkan mereka.” (Dr Raghib al-Sirjani, 2013, ms. 119).

7

11.0: Wasiat Khusus Rasulallah SAW terhadap Masyarakat Kristian Qibti di Mesir

Rasulullah SAW memberi wasiat khas kepada masyarakat Kristian Qibti yang tinggal di Mesir
kerana keistimewaan kedudukan mereka dalam sejarah hubungan antara Islam dan Kristian di
negara yang telah dibuka oleh ‘Amru al-‘Ash. Ummul Mukminin Salmah (r.a) meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah membuat wasiat ketika menghampiri wafat dengan kata-kata
berikut: “Allah, Allah bersama masyarakat Islam di Mesir. Kalian akan dapat melihat keatas diri
mereka yang akan bertindak menjadi pembantu kamu untuk perjuangan fi sabilillah.” Dalam
sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abi ‘Abdul Rahman al-Habli, Abdullah ibn Zaid dan
‘Amru ibn Harith, Baginda berkata: “Hendaklah kamu mewasiatkan mereka berada dalam
kebaikan. Maka sesungguhnya mereka akan jadi kekuatan kepada kamu dan mereka juga akan
sampai kepada seteru kamu.” Implikasi dari perkhabaran Rasululah SAWitu, sikap orang-orang
Qibti Mesir terhadap umat Islam menjadi terbuka dengan mereka sendiri mengalu-alukan
kedatangan orang-orang Islam apabila negara Mesir telah dapat dibuka.(Yusuf al-Qardawi, 1997,
ms. 43.)

12.0: Hubungan Para Sahabah Dengan Warga Bukan Islam.

12.1:Perjanjian Sayyidina ‘Umar al-Khattab (r.a) Dengan Warga Aelia

Dalam zaman pemerintahan Sayyidina ‘Umar al-Khattab (r.a), belia telah berjaya mengamalkan
toleransi antara penganut Yahudi, Kristian dengan orang-orang Islam. Secara ringkas, Perjanjian
Aelia yang telah ditandatangani oleh Sayyidina ‘Umar al-Khattab (r.a) untuk kesejahteraan
hidup warga Aelia merakamkan peruntukan-peruntukan berikut: a) jaminan keselamatan untuk
individu-individu dan harta benda, untuk tujuan kepentingan gereja dan silang sama ada kecil
atau besar; b) gereja-gereja warga Kristian tidak boleh dirampas, dimusnahkan serta
dikurangkan; c) Orang-orang Kristian tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam, dan mereka
tidak boleh diganggu gugat; d) Sesiapa yang telah membuat keputusan untuk tinggal di dalam
bumi Aelia, mereka mempunyai hak-hak yang sama dan mereka hendaklah membayar Jizyah.
Perjanjian ini telah disaksikan oleh beberapa sahabah, antaranya, Khalid ibn al-Walid, ‘Amr ibn
al-‘As, Abdul Rahman ibn ‘Auf dan Mu’awiyah ibn Abi Sufyan. (Ismail R.al-Faruqi, “Islam and
Other Faiths” dalam Altaf Gauhar, London: Islamic Council of Europe, 1978, ms. 104).

Dalam hubungan ini, Thomas Arnorld, pengarang terkenal the Preaching Of Islam mengiktiraf
keunikan agama Islam kerana tidak pernah memaksa orang-orang Kristian memeluk Islam serta
tidak pernah menindas orang-orang bukan Islam. Thomas Arnoldberkata: “…of any organized
attempt to force the acceptance of Islam on the non-Muslim population, or of any systematic

8

persecution intended to stamp out the Christian religion, we hear nothing. Had the caliphs chosen
to adopt either course of action, they might have swept away Christianity as easily as Ferdinand
and Isabella drove Islam out of Spain, or Louis xiv made Protestantism penal in France, or the Jews
were kept out of England for 350 years. (Thomas Arnold, pp. 80).

Dalam konteks kebebasan beragama dan memelihara kehormatan diri, Sayyidina ‘Umar al-
Khattab (r.a) sangat jelas pendiriannya. Beliau berkata: “Kita telah terikat dalam perjanjian,
kepada penganut agama Yahudi dan Nasrani. Kalian bebas melakukan ibadah mengikut apa
sahaja kemahuan kalian. Kami tidak membebani kalian dengan bebanan yang kalian tidak
sanggup lakukan. Jika musuh kalian datang menyerang, kami akan perang bersama musuh kalian.
Kami juga membebaskan kaian memperlakukan hukum-hukum agama kalian, kecuali jika kalian
rela ditetapkan dengan hukum-hukum kami.Jika kalian tidak berada dihadapan kami, kami tidak
akan bicarakan aib-aib kalian.”(Ahmad Hatta, of UmarKhattab, 2014, ms. 264).

Dari segi keadilan, Sayyidina ‘Umar al-Khattab (r.a), pada satu hari beliau telah menerima
aduan seorang wanita Masihi tentang tindakan Gabenurnya ‘Amr al-‘Ash yang telah
merobohkan rumahnya dan tapaknya dibangunkan masjid kerana ruang yang tidak mencukupi,
maka Sayyidina ‘Umar telah membuat keputusan menarik iaitu dengan membayar pampasan.
Sayyidina ‘Umar menerima hakikat kewajaran rumah wanita Masihi itu dirobohkan kerana
ruang solat di masjid tidak mencukupi. (Mat Saad Abdul Rahman, 199, ms.93). Sayyidina ‘Umar
al-Khattab juga telah menyampaikan satu wasiat penting tentang kewajipan menjaga
kepentingan masyarakat bukan Islam selepas beliau meninggal dunia dengan kata-kata berikut:
“Saya berpesan kepada khalifah selepas saya, hendaklah melayani Ahl al-Zimmah dengan baik,
memenuhi janji-janji dengan mereka, menjaga keselamatan diri mereka dan jangan
membebankan diri mereka dengan sesuatu diluar kemampuan mereka.” (Mat Saad Abdul
Rahman, 1999).

Satu lagi catatan penting dalam pentadbiran Sayyidina ‘Umar al-Khattab (r.a) di negara Mesir
yang baru dibuka. Beliau telah melantik qadi-qadi yang terdiri dari orang-orang Yahudi untuk
menguruskan kontrak harta benda dan cuba menyelesaikan konflik urusan sivil dengan urusan
agama dalam kalangan masyarakat Yahudi. Sayyidina ‘Umar al-Khattab (r.a), mengarahkan kes
yang telah melibatkan orang Islam, hendaklah diselesaikan menurut prosedur agama.Dalam kes
aduan penduduk Iraq yang tidak berpuas hati dengan setiausaha sulit kepada Abu Musa al-
‘Ash’ari, Sayyidina ‘Umar al-Khattab, meminta Abu Musa memecat setiausaha sulitnya.Walau
bagaimanapun, Gabenur enggan memecat.(Mat Sa’ad Abdul Rahman, 1999).

12.2: Pada zaman pemerintahan Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan, al-Walid ibn ‘Uqbah, gabenurnya
di beberapa wilayah Iraq, telah membenarkan orang-orang Masihi memasuki masjid. Beliau

9

juga memberikan mereka saraan hidup bulanan kepada golongan fakir miskin.Disamping itu,
Sayyidina ‘Uthman telah berkahwin dengan dengan seorang wanita Masihi yang bernama
Na’ilah binti al-Farafisah al-Kalbiyyah.Ini menunjukkan hubungan seorang pemimpin tertinggi
Islam dengan masyarakat Kristian sangat rapat kerana berlakunya perkahwinan dengan warga
ahlul kitab.(Mat Sa’ad Abdul Rahman, 1999).

12.3: Dalam zaman pemerintahan Sayyidina ‘Ali(karramallhu wajhahu), seorang Yahudi telah
membuat aduan kepada Suraih, seorang Qadi Basrah berkaitan satu kes yang telah berlaku
antaranya dengan Khalifah Sayyidina ‘Ali. Kes tersebut telah dapat diselesaikan dengan adil dan
telah mendapat persetujuan Sayyidina ‘Ali.Justeru, orang Yahudi berkenaan telah bersetuju
untuk memeluki agama Islam dan berjuang dalam barisan ketenteraan Sayyidina ‘Ali ketika
menentang Khawarij dan Mu’awiyyah. (Saad Abdul Rahman, ).Dalam membicarakan prinsip
keadilan yang wajib dilakukan sebagai satu “faridah insaniyyah”, Sayyidina ‘Ali (karramallhu
wajhahu) menyampaikan kata-kata yang yang sangat bermakna: “Allah swt telah mewajibkan
harta-harta yang dimiliki oleh orang-orang kaya untuk menjadi makanan kepada orang-orang
miskin.Seorang faqir itu tidak menjadi faqir melainkan kerana adanya orang kaya yang
mengecapi nikmat kekayaan.” Selanjutnya, Sayyidina ‘Ali berkata: “Kamu semua sebagai hamba
Allah SWT, harta itu adalah milik Allah. Justeru harta-harta tersebut hendaklah diagih-agihkan
secara saksama. Seseorang itu tidak mempunyai kelebihan diantara satu dengan lain.” (al-
Asbahani, Kitab al-Aghani, 1967, ms. 3375).

12.4: Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq (r.a) turut menunjukkan iltizamnya kepada seluruh rakyat di
dalam pentadbirannya meskipun beliau sibuk dengan urusan memerangi golongan murtad.
Antara percakapannya yang menarik ialah betapa pentingnya tentera-tentera Islam beretika
dan berdisiplin kepada semua lapisan rakyat ketika berada dalam peperangan.Sayyidina Abu
Bakr (r.a) telah mengarahkan panglima tenteranya, Yazid ibn Abi Sufyan dengan wasiat yang
sepuluh.Antara wasiat tersebut ialah jangan membunuh perempuan, kanak-kanak, orang tua
selain dari memusnahkan pokok-pokok, bangunan, binatang ternakan dan sebagainya.(Wahbah
al-Zuhaili, al-Qiyam al-Insaniyyah fi al-Qur’an, Kahirah: 2008), ms. 13).

Rumusan

Kita yakin bahawa Rasulullah SAW dan para sahabah di zaman awal Islam, kemudiannya dalam
zaman pemerintahan Islam Bani Umayyah, ‘Abbasiyyah, Fatimiyyah, ‘Uthmaniyyah, Moghul dan
lain-lain telah dapat mempamerkan kehebatan dan keunikan ajaran Islam sebagai sebuah
agama yang telah berjaya menjalin hubungan dengan warga bukan Islam atas dasar

10

kemanusiaan, persaudaraan dan keadilan. Justeru, kita mempunyai ruang dan peluang untuk
membuktikan bahawa dasar-dasar Islam untuk kesejahteraan masyarakat dunia hidup dalam
suasana yang aman damai, tidak membenci antara satu sama lain kerana berbeza kepercayaan
atau kerana ketaksuban yang melulu terhadap sesuatu bangsa atau kaum. Hubungan yang
mahabbah antara warga Muslim dengan bukan Islam dalam zaman kegemilangan Islam tidak
menimbulkan ketaksuban agama yang melulu seperti yang sedang berlaku mutakhir ini di
pelbagai tempat dalam dunia.

11

Seminar
Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

sempena
Muktamar Nasional Kelapan
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH)

20 September 2014
Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bangi, Selangor

Islam Rahmatan Lil ‘Alamin
dalam Konteks Masyarakat Pluralistik:

Kerajaan Andalusia

Jamaluddin Mohyiddin

Anjuran
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

&
Nadwah Ilmuwan (Nadwah)

Islam Rahmatan Lil ‘Alamin dalam Konteks Masyarakat Pluralistik
(Kerajaan Andalusia)

Jamaluddin Mohyiddin

The Covenant of Madinah, Pax Islamica and the Responsibility to Preserve and to Protect Religious
Minority

Every Muslim knows exactly the first three acts the Rasul ul Lah did immediately after the Hijrah. The
first act was building a mosque. Praying is already part and parcel of Muslim devotional activities in
Mecca. With this first mosque, praying is …Second deed was solidify the very foundation of Islamic
solidarity between the emigrants/Muhajirins and the Madinese natives/Ansar. His third duty is very
political and deliberately designed and executed in the capacity as de factor and de jure leader and
commander in chief of the nascent City State of Madinah. He wrote the first written constitution for the
City State and it is known as the Covenant of Madinah

This Covenant lays the very foundation to serve a new Islamic polity. This Covenant or Constitution of
Madinah defines the nature of Islamic State and relations between Muslims and non-Muslims. The
population of Madinah consists of the Muslim and non-Muslim Arabs, Jews and Christians. City State of
Medinah has its own well defined territory and it has to have citizens in order to function as a state.

This Covenant essentially and deliberately establishes Pax Islamica or new World Order. Prof. Ismail Al
Faruqi explains that “This World Order is a new world order built on peace, a peace built upon reason,
whose guarantor is God Himself. Under this order, non-Muslims of the world may join the Muslim
community as citizens of the Islamic State. Their religion, culture, social, economic and political
institutions, properties remain intact.” The Covenant eventually paves the way for a new Social Order
and establishes this Pax Islamica.

He further argues that “This World Order is the New Order and it is universal. It is the duty of the Islamic
State to extend it over the whole world. This New Order calls for peaceful interchange on the religious,
intellectual and cultural levels between persons-Muslim and non-Muslim-who are citizens of the Islamic
state and their counterparts of the neighboring state. Such interchange is the substance of freedom, the
freedom to convince others of one’s views as well as to be convinced of theirs.”

Pax Islamica is where a system under which the Jews or Christians could be a Jews or Christians. They
have the right/obligation to develop and maintain their respective institution according to the
established practices developed by their respective religious authority, not only legitimately, but with
active support of the state.

This Islamic teachings that guaranteed the religious rights of all Peoples of the Books/dhimmies can be
seen through the exemplary works of Prophet Muhammad pbuh, continued and reigned supreme during
the reigns of Caliph Abu Bakar, Umar Al Khattab, Othman Ibn Affan and Ali Abi Talib. Muslim rulers after

them upheld this universal template of Covenant to protecting religious minorities. Throughout the
history of Muslim kingdoms, this is the norm. They must show obligation to recognize their right to
organize their social affairs independently.

Any ruling government -be it a kingdom or member of the nation state system- it is duty bound to
preserve and to protect religious minority within their jurisdiction. It is a religious duty to honor, to
preserve and to protect their minority citizens. It is sacred duty. These governments are directly
accountable to the ultimate Guarantor- Allah swt Himself.

To preserve and to protect religious minority reign supreme and it is a religious duty during the Prophetic
time and the era of the Righteous caliphate. Through writings from Muslim classical political scientists
and religious scholar, failure to protect religious minority is not a policy, nor strategic option. It is
mandatory. When kingdom emerges and effectively replaces Prophetic and Righteous caliphate rules,
should king have the strategic option to discontinue the obligation to protect religious minority. The
Andalus historical experience shows that the king or whoever in power has no option to renegade. In
fact, the history of the nation or the kingdom of Andalus can be seen must carry the flag bearer of
preserving and protecting their religious minority. Indeed, the Andalus did and did remarkably very well.

Al Andalus in Historical perspective

Al Andalus/Andalusia was a nation that had transformed into a super power status and a great
civilization. From a humble beginning in 711 till 1492, the fall of Cardova, the last bastion of the great
kingdom of Andalusia with a span of seven centuries, Al Andalus had shone a remarkable sustainability
for 400 years of relative political stability vis-vis the whole Christian Europe and Muslim North Africa.
Their resilience to hold up for 400 years of the art or the culture of living together or coexistencia
between Muslim, Christian and Jews is testament of upholding the charter of the Covenant of Madinah.

The Treaty of Tudmir 731 was very significant in that the the Murcians Visigoth nobility could keep
control and continue to practice their Christian faith by paying Jizya taxes and under no circumstances to
assist Muslim enemies. This was a clever political and diplomatic initiative with very significant cultural,
religious, and sociological implications in the immediate surroundings of the Iberian Peninsula. The
Muslim kingdom knew and learned fast that the fact that Jews was second class subjects, looked down
and out-casted and made inferior by the Christian Visigoths. Jews had no choice: either became
Christians/Catholics or parished. The arrival of the Muslims greatly improved the status of the Jewish
community.

By 750, Al-Andalus was still ruled by the Umayyad caliphs in Damascus. Year 756, Abd al-Rahman ibn
Mu'awiyah, an Umayyad prince, fled to Spain and established an independent Umayyad state in Eastern
shore of the Iberian Peninsular. Umayyad dynasty continued till 926 when Abdul Rahman III al-Nasir
took the kingdom throne. For 200 years Al Andalus remained loyal and politically sovereign to the
Abbasid caliphate. For this 200 years Andalusian kingdom regarded Abbasid caliphs as the ultimate
religious authority.

2

The Andalusian Kingdom and Establishment of the Idyllic coexistence Between Muslims, Christians,
and Jews-La Conviviencia/Andalusian Conviviencia or the Coexistence

Sarah-Mae Thomas provides a very descriptive narrative on this Al Andalusian Conviviencia. “The rule of
Abd al-Rahman III from 912 to 961 came the closest to achieving the full realisation of this coexistence
and in 929, he officially declared himself Caliph and “Prince of All Believers”(Allen 2008). He conducted
his policy of reconciliation of the Berbers, Arabs, Jews and Christians of the Iberio-Hispanic population.
He also worked directly with the Mozarabs, a controversial term generally used to refer to Christians who
lived under the Muslim rule, and placed them in positions of power. Furthermore, the Jews and
Christians could practice religion without harassment or persecution. The Maliki fiqh or law was an
effective legal instrument which regulated the practice of all three religions (Lewis 1984). Abd al-Rahman
III also rotated posts within the bureaucracy and placed even former Jewish and Christian slaves in
positions of power. The Muslim rulers in Spain relied on the Jews for diplomacy and public
administration who were inaugurated into posts of commerce and played important roles in cities such
as Toledo and Cordoba. As a direct result of this, a thriving mercantile class grew during the Islamic rule
in Al-Andalus. Intrinsic to the success of Convivencia during his reign was the political figure Hasdai Ibn
Shapmut, the Jewish Vizier of the Abd al-Rahman III. Their collaboration led to a convenient political
marriage of ideas (Lewis 1984). Both he and Abd al-Rahman III had a common goal of removing their
Jewish and Muslim communities respectively from their Eastern centre and advancing intellectual and
religious independence. Consequently, this led them to create an educational structure that encouraged
the importance of Greek Philosophy, particularly the works of Aristotle which was translated into many
languages. This political manoeuvring had social manifestations—the Jews shared the same Romance
and Arab vernacular as the Christians and Muslims. This further inaugurated the social unification among
the three faith-communities of the peninsula”.

Characteristics of Andalusian Conviviencia

* ”It is a fact that the Andalusians developed a uniquely plural society whose main features were
freedom, tolerance and lack of assimilation–Arabs, Christians, Jews and other immigrants lived side by
side in peace for about eight centuries. Cordoba, the capital city of Al-Andalus, was the centre of a
sophisticated and rich Islamic-Hispanic civilisation.”

* “…was the exception, not the norm. The norm was peace, harmony, coexistence and cooperation
among those of the three religions.”

* “For a period of almost four centuries, when Medieval Spain was ruled by the Moors, the believers in
Judaism, Christianity, and Islam lived together in peace and harmony. La Convivencia refers to this
coexistence. For over 400 years,”

“Spain, called Andalus by the Arabs, became a model of toleration and religious coexistence. It flourished
economically, intellectually and socially. Cordoba, capital of Muslim Spain, rivaled Baghdad and
Constantinople in the tenth century as a cosmopolitan city, noted for trade, culture and learning-“

3

*” Muslims, Christians, and Jews co-existed for over seven centuries in the geographic area known as Al-
Andalus or Moorish Spain. The degree to which the Christians and the Jews were tolerated by their
Muslim (predominantly Arab) rulers is a subject widely contested among historians. The history of the Al-
Andalus indicates that Muslims, Christians, and Jews who lived within Al-Andalus had relatively peaceful
relations, with the exception of a few scattered revolts, and times of religious persecution. The great
amount of cultural and social interaction that took place between these three distinct social and
religious groups led to the creation of a unique and diverse culture that continued to flourish even after
the Reconquista.

The Muslim Umayyad conquest of the Iberian Peninsula signaled the coming together of three different
religions and the social customs and culture associated with each. This period has become known as the
Convivencia, meaning culture of coexistence. Although this idea of a culture of tolerance is disputed by
some historians, only a few instances of revolts and violence were actually recorded. This does not mean
that discrimination by Muslims did not occur at the local level. However, the more educated classes of
Muslims respected Christians and Jews under Islamic law as dhimmis (protected peoples) or ‘Peoples of
the Book.’[1] It is important to note that the Muslim and Berber soldiers who carried out the conquest
formed only a small minority of the population of the Iberian Peninsula.[2] Thus the emergence of this
unique Islamic society that formed in Al-Andalus was a slow and uneven process. In order to understand
how these distinct cultures and societies meshed into one, over time, it is important to recognize what
was distinct about each and how they were viewed within the broader society.”

Rewriting Conviviencia: For What Reason?

Andalusian Conviviencia did exist and for 400 years had served humanity very well. Could it be
repeatable somewhere during our life time? Andalucian Conviviencia is an attempt by the Andalusian
trying their best to repeat/duplicate the living teaching of the Covenant of Madinah. This time they did
under the banner of kingdom-far from the ideal under the Prophetic time and from the Righteous
caliphate. At their time, the only instrument of political patronage/governance was absolutism, and yet
kingship does not hinder to replicate the dictum of preserving and protecting religious minority as
mandatorily required upon them. Is the Co-existence considered affirmative of the religious duty to
preserve and to protect religious minorities? A big welcoming yes.

Is it a piece of the material considered to be that Rahmatan Lil ‘Alamin? A resounding yes. La
Conviviencia is a material candidacy to be that Rahmatan Lil ‘Alamin. That La Conviviencia is indeed an
answer to materialize Pax Islamica the Andalusian Way.

Again, Sarah- Mae provides a powerful penetrating analysis of America Castro’s La Conviviencia. “Al-
Andalus was the enlightened society that combined the triune people of the holy book (Ahl Al-Kitab),
their beliefs, humanism, and artistry, it would serve as an extraordinary model for any Muslim country,
especially for the peace process in the Middle east. Whilst the underpinnings of truth and mythos of
Convivencia have led to mixed conclusions, the assertion here is that the spirit of Convivencia has been
undermined by Eurocentric historiography. The fallacy in studying the Convivencia from this perspective
is that it disregards Islamic determinants from the formulation. Often the impact of the Islamic

4

civilization and its influence are measured against the yardstick of European historiography. Perhaps
imbued within this bias of reviving the rhetoric is the Huntington thesis philosophy. This thesis seeks to
offer an alternative by looking at the very principles of Islam. For if most historians attribute the success
of Convivencia to the Aristolean division of religion and state, why did Abd al-Rahman III go about Al-
Andalus making Islamic proclamations and orations? It is unlikely that the Islamic leaders in medieval
Spain really conducted a policy of disestablishment and privatization of Islam (Sachedina 2001, 24).
Sachedina’s study of the Islamic roots of democratic pluralism provides a useful stepping stone. One
reason why the three faiths could have coexisted so amicably could be attributed to the Qur’an’s very
definition of belief itself. The Qur’an states that “Those who believe (i. e. professing to be Muslims), or
those who declare Judaism, or the Christians or the Sabaeans (or those of some other faith) whoever
truly believes in God and the Last Day and does good, righteous deeds, surely their reward is with their
Lord, and they will have no fear, nor will they grieve” (2:62).” The apex of the Qur’an’s inclusive spirit
can be extrapolated beyond the realm of the three religions of Abraham. It is particularly informative in
terms of the universal application of the religious pluralism and community identity in Islam. An oft-
quoted passage reads: "Humankind were (in the beginning) one community (following one way of life
without disputing over provision and other similar things. Later on, differences arose and) God sent
Prophets as bearers of glad tidings (of prosperity in return for faith and righteousness) and warners
(against the consequences of straying and transgression), and He sent down with them the Book with
the truth (containing nothing false in it) so that it might judge between the people concerning that on
which they were differing” (2:213). The presence of post-911 terrorism had tainted the essence of Islam,
often making it synonymous with fundamentalism. This is largely due to the obscurantist and exclusivist
schools of thought which have monopolized juridical interpretations. The peace process of the Middle
East must learn the inclusive spirit of the Qur’an.

Overarchingly, La Convivencia was indeed a reality however much obscured by both utopian and realist
schools of thoughts it may be. As a final analysis, perhaps the reason why Convivencia blossomed at the
Golden age of Islam lies in the very crux of the faith’s capacity to engage in a pluralistic world of
communities (ummah) with secular concerns such as the universal good and forgiveness (Sachedina
2001, 24). Far from being antithetical to modern Western values of liberal democracy, Islam can assist
this very liberal project of public international order. Blindly prescriptions to mere Eurocentric rhetoric
would only exacerbate this theoretical misguidance and continue flawed historical documentation. “

5

ISLAM RAHMATAN LIL ‘ALAMIN DALAM
KONTEKS MASYARAKAT PLURALISTIK

(DAULAH UTHMANIYYAH)

PROF. DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

NAIB PRESIDEN
WADAH

20 SEPTEMBER 2014
AUDITORIUM ABU ZARIM, ILSAS, BANGI

PENGENALAN

 Daulah Turki Uthmaniyyah
merentangi Eropah Timur, Afrika
Utara dan Asia Barat.

 Pada kemuncak kekuasaan
masyarakatnya pluralistik dari
segi agama, bangsa, bahasa,
budaya dll.

 Memerintah selama 600 tahun.
 Tamat pada pada tahun 1924 dan

terbentuknya negara Turki
sekular.

1

DAULAH UTHMANIYYAH

INSTITUSI KESULTANAN DALAM
DAULAH UTHMANIYYAH

1.Daulah Uthmaniyyah diperintah oleh 36 orang
sultan.

2.Sultan yang pertama Osman I (1299-1326)
berakhir dengan Mehmed VI (1918-1922).

3.Sultan yang awal terlatih sebagai panglima
perang dan pemerintah.

4.Sultan Osman 1 (1299 – 1326) hingga Sultan
Selim II (1466 – 1520) merupakan sultan yang
berwibawa.

5.Perebutan takhta menyebabkan sultan
disembunyikan di Harem.

6.Pemaisuri dan ibu sultan lebih berkuasa.

2

3

INSTITUSI MILLET

 Penaklukan menjadikan masyarakat
Daulah Uthmaniyyah pluralistik.

 Orang bukan Islam dikategorikan
sebagai Dhimmi dan dikehendaki
membayar jizyah.

 Masyarakat bukan Islam dilindungi dan
tidak diwajibkan pergi perang.

 Orang bukan Islam bebas
mengamalkan agama, budaya dan
bahasa masing-masing.

 Ketua setiap kaum mewakili kaum
masing-masing dalam sistem
pentadbiran Daulah Uthmaniyyah.

•Diasaskan oleh Sultan
Murad 1 pada 1383.

•Jumlah meningkat
daripada 20,000 (1575)
sehingga 135,000 (1826).

•Dihapuskan oleh Mahmud
II pada tahun 1826.

• Merupakan anak-anak
orang Kristisn yang dilatih
dan taat kepada Sultan.

• Sokollu Mehmed Pasha
seorang Janisari pernah
dilantik menjadi Wazir.

• Menimbulkan masalah dan
dihapuskan.

4

• Dimulakan pada zaman Murad (1326
– 1389).

• Anak-anak orang Kristian dibawa ke
Istanbul, masuk Islam dan diberikan
pendidikan.

• Menjadi jurutulis dan pegawai
kewangan dalam Daulah Uthmaniyyah

• Menimbulkan masalah apabila
memiliki tanah dan menjadi dominan.

• Dihapuskan pada tahun 1648

• Orang Yahudi hidup dengan aman bersama-
sama dengan umat Islam di Andalusia.

• Dihalau berikutan penaklukan Kristian pada
tahun 1492.

• Diterima sebagai warga Daulah Uthmaniyyah

5

KEJATUHAN DAULAH
UTHMANIYYAH

 Kelemahan institusi kesultanan.
 Kemunduran dari segi teknologi.
 Peningkatan penduduk.
 Kebekuan ulama dan sistem

pendidikan.
 Kemaraan Barat.
 Kebangkitan orang bukan Islam

menuntut kemerdekaan.
 Berkembangnya nasionalisme

(Turki, Arab, Serbia dll).

Opening ceremony of the First Ottoman Parliament at the
Dolmabahce Palace in 1876

Pengisytiharan Hatti Sheriff sebagai sebahagian pelaksanaan
Tanzimat (1839 – 1876). Memberikan orang bukan Islam hak
yang sama. Warga Uthmaniyyah bukan dikategorikan
mengikut kaum dan agama tetapi sebagai Osmanlilik.

6

1922, Departure of Mehmed
IV who was the last Sultan of
the Ottoman Empire
PEPERANGAN DENGAN RUSIA

PEPERANGAN BALKAN, 1912–1913

Ethnic exchanges & expulsions during Balkan wars
Ottomans (190,000–200,000) Greeks (150,000–
160,000) Bulgarians (200,000)

7

ITALIAN WAR, 1911

8

DEMONTRASI TURKI MUDA 1908
•Kebangkitan nasionalisme
Turki.
•Bermula dengan Ottomanism
kepada Pan-Turanism dan
Pan-Turkism.
•Gerakan Turki Muda
•Penturkian masyarakat Turki.

•Pembentukan
negara Israel
pada tahun 1948.
•Penghijrahan
orang Yahudi ke
Israel.
•Penginayaan
terhadap rakyat
Palestin.

9

KESIMPULAN

 Kemuncak kekuasaan Daulah
Uthmaniyyah ketika institusi
yang wujud berada dalam
keadaan mantap.

 Masalah dalaman dan ancaman
luaran membawa kepada
keruntuhan Daulah Uthmaniyyah.

 Mereka yang dilindungi
mengambil kesempatan apabila
Daulah Uthmaniyyah lemah.

10

PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN
OTHMAN

JABATAN SEJARAH, UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

[email protected]

11


Click to View FlipBook Version