At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang
Keluar an 27/3(2019) E dar an D ala man SEPT 2019
ANUGERAH KECEMERLANGAN
YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN
Hari Anugerah Kecemerlangan Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) telah diadakan pada 27 Julai 2019 di Dewan Rafflesia NIOSH, Bangi
Selangor. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat cemerlang, sekolah terbaik dan khidmat
setia kepada mereka yang telah bertugas lebih daripada 25 tahun (Jaizah Tasyrif).
Sekolah SRI Seremban telah dinobatkan sebagai sekolah rendah terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Tahfiz (SEMESTI), Alor
Setar dinobatkan sekolah terbaik kategeri sekolah menengah. Ustaz Mohd Asri b. Zakaria (SERI Alor Setar) dinobatkan sebagai Guru
Besar Cemerlang manakala Tn. Hj. Muhammad Idris b. Mahmud (SEMESTI) dinobatkan sebagai Pengetua Cemerlang kategori Sekolah
Menengah.
Enam orang guru SERI dan SEMI
telah menerima anugerah guru
cemerlang iaitu Mohd Tarmidzi
Abdul Razak (SERI Alor Setar),
Muhammad Fitri Baharuddin
(SERI Seremban), Yahya Abdul
Wahid (SEMI Seremban),
Shalmisyam Shahuddin (SERI
Indera Mahkota Kuantan),
Nazirah Zol (SERI Al-Maarif) dan
Hadzinah Che Rus (SERI Al-
Ummah Chemor).
Seramai 41 orang penerima
Jaizah Tasyrif iaitu seorang dari
YTP-Pusat, 13 orang SERI, 5
orang Tahfiz dan 22 orang TASKI.
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
Pada tahun ini kita menyambut dua hari perayaan penting Tetamu kehormat majlis ini ialah Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Ohtman
iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2019 (Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan (MSK)) dan sebagai Naib Canselor
dan 1 September 2019 jatuh pada 1 Muharram 1441H di UNISEL. Beliau menyampaikan ucapan khas dengan mengingatkan bahawa
mana Ummat Islam menyambut Ma’al Hijrah. Kedua-dua institusi pendidikan jamaah kita perlu lebih dinamik supaya berdaya saing, terus
perayaan ini memberi makna yang besar kepada rakyat relevan dan berada dibarisan hadapan. Strategi Lautan Biru perlu dilihat semula
Malaysia amnya dan Umat Islam di Malaysia khasnya. untuk meningkatkan kecekapan dan semua entiti perlu berperanan dengan
Umat Islam negara ini wajib bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang tidak ternilai itu. Dengan rahmat
dan limpah Ilahi setiap lapisan masyarakat kita dapat
menyambut Hari kemerdekaan ke 62. Laungan
kemerdekaan berkumandang seluruh negara diiringi
pengebaran jalur gemilang yang mencerminkan
kegemilangan masyarakat Malaysia yang aman, harmoni
dan sejahtera walaupun berbilang bangsa dan agama.
Hakikat kemerdekaan bukan sekadar kebebasan
daripada penjajah, sama ada bangsa, fikiran atau
kebudayaan, sebaliknya menurut perspektif Islam
ia bermakna kebebasan manusia untuk menikmati
kehidupan berlandaskan syariat Islam, berpandukan al
Quran dan Sunnah.
Manakala awal Muharram atau Ma’al Hijrah merupakan
suatu hari bagi memperingati penghijrahan Nabi
Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada
tahun 622 masihi. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada
1 Muharram dan ianya diambil sebagai permulaan bagi
tahun Hijrah.
Mengenai sambutan Hari Kemerdekaan dan Maal Hijrah
setiap sekolah di bawah naungan Yayasan Takmir
Pendiddikan (YTP) telah menyambut Hari Kemerdekaan
serta Ma’al Hijrah dengan mengadakan pelbagai
aktiviti yang boleh memberi kefahaman kepada semua lebih baik. Syeikh Mohd Abduh, seorang agamawan teologi dan tajdid moden
pelajar tentang pengertian sebenar kemerdekaan dan Mesir menyatakan bahawa kebangkitan umat melalui pendidikan adalah lebih
pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa baik berbanding kebangkitan melalui politik. Pendidikan mestilah melahirkan
penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Diharapkan insan yang berdaya saing dan boleh membangunkan masyarakat.
para pelajar selaku generasi muda dapat mengambil
kesempatan untuk menghayati erti kemerdekaan dan Di Malaysia pendidikan bermula dengan Al-Quran melalui sekolah-sekolah
Ma’al Hijrah dengan mempersiapkan diri untuk menjadi pondok yang menjadi benteng keimanan ketika zaman penjajah. ABIM sejak
pemimpin ummat masa hadapan dengan berpandukan ditubuhkan memberi fokus kepada pendidikan melalui TASKI, SERI dan SEMI.
petunjuk Allah SWT. Harpaan masa hadapan kita boleh mewujudkan sebuah universiti.
Oleh itu kita perlu muhasabah diri masing-masing dengan Kita berhadapan dengan perubahan dunia dan sekarang industri revolusi 4.0.
merenung kembali apa yang telah dilakukan sebelum Dalam proses mengejar kemajuan, kita mesti menjadikan sistem pendidikan
ini dan menambah amalan baik dengan berusaha kita berdaya saing.
bersungguh-sungguh dan dengan penuh keikhlasan.
Di samping itu hendaklah sentiasa bersyukur dengan Dalam Pendidikan Islam, ABIM yang terlebih dahulu memulakan tetapi jamaah
apa yang ada. Allah akan menambah nikmat kepada lain nampaknya berkembang lebih laju. Beliau menyarankan agar YTP
orang-orang yang bersyukur sebagaimana firmanNya; meneroka inovasi perkembangan pendidikan, seperti mencipta kaedah yang
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu, Demi boleh dimanfaatkan untuk mengukur keberkesanan Pendidikan Al-Hikmah.
sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti akan Aku
tambah (nikmatKu) untukmu dan jika kamu kufur maka Laporan: Nur Jannah Keman
sesunggunnya siksaKu amat pedih”. (QS Ibrahim: 7).
Samian Mohd Ali
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERTANDINGAN INOVASI AL-HIKMAH
Pertandingan Inovasi Al-Hikmah Yayasan Takmir Pendidikan telah diadakan dengan jayanya pada 6 Julai 2019 di IPG Kampus Pendidikan
Islam, Bangi, Selangor. Inovasi merupakan menghasilkan sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada dengan Interjeksi
Novelti Idea yang baru bermula dengan sesuatu permasalahan di sekolah, pengurusan, PdPc, murid, persekitaran yang perlu diselesaikan.
Ia juga boleh mengangkat novelti idea baru dalam kemenjadian murid dalam kompetensi karektor Al-Hikmah. Pertandingan yang julungkali
diadakan oleh YTP ini disertai oleh lima belas
kumpulan daripada lima (5) buah sekolah SERI
dan dua (2) buah SEMI bagi kategori pengurusan,
PdPc dan Produk. Lima orang juri telah terlibat
dalam menilai hasil pertandingan yang diketuai
oleh Pn. Hjh. Mahawa Pilus, Pensyarah IPG, KPIB.
“Super Gocha Lollipop” inovasi oleh SERI Sg.
Ramal telah mendapat pingat emas bagi kategori
PdPc. Alat inovasi ini direka oleh guru dari bahan
terbuang sebagai alat bantu mengajar untuk
kemudahan dan penggunaan guru-guru dalam
PdPc harian dalam membantu murid-murid untuk
menguasai Bahasa Inggeris (4M).
Inovasi produk Rak Kasut daripada SERI Sg Ramal,
Kajang juga mendapat pingat emas. Inovasi produk
ini secara komersil sangat bagus kerana ia memberi
satu alternatif meja murid yang boleh menyelesaikan masalah penyimpanan kasut. Kumpulan ini menggunakan video yang ‘encapturing’
dan persembahan. SERI Al-Huda, Gombak mendapat pingat emas dalam kategori penguruasn Inovasi Explorace Al-Hikmah.
Selain itu di antara inovasi yang dipertandingkan
ialah:
1. Trap Box : PdPc - SERI Al-Huda Gombak.
2. MyBroom 1.0 - SEMI Seremban.
3. Smart Cooler - Maahad Al-Ummah Chemor.
4. Stesyen Bijak - SERI Al-Ummah Chemor.
5. Smart UPSR Matematik - SERI Indera Mahkota,
Kuantan.
6. Projek Kitar Semula - SERI Al-Huda, Gombak.
7. QR Cord - Maahad Al-Ummah, Chemor.
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Dr. Mohamad Husin b.
Mohamad Yusof (Pengarah IPG, Kampus Pendidikan
Islam, Bangi (KPIB). Sempena majlis ini diadakan
tandatangan memorandum persefahaman (MoU)
di antara Yayasan Takmir Pendidikan dengan IPG,
KPIB yang diwakili oleh YBhg. Dr. Mohamad Husin
Mohamad Yusof (Pengarah IPG, KPIB dan Tn. Hj.
Abd. Rahman b. Mohd. Yasin (Ketua Pengarah,
YTP). Antara kerjasama yang dipersetujui
adalah untuk menggunakan kepakaran dalam
bidang latihan guru dan kursus profesional
keguruan, amalan pedagogi berasaskan
Pembelajaran Bermakna dan Al-Hikmah, juga
kerjasama dalam mengurus kendali seminar,
kolokium, wacana dan institusi pendidikan YTP
sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
oleh pihak IPG, KPIB.
Laporan : Nur Jannah Keman
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
EDUTRIP YTP KE SURABAYA
Pada 20-23 Ogos 2019 Yayasan Takmir Pendidikan
telah mengadakan lawatan Edutrip ke Surabaya yang
melibatkan seramai 20 orang peserta daripada YTP Pusat
dan penggerak institusi pendidikan YTP seluruh negara.
Lawatan pendidikan selama tiga hari ke Surabaya-Malang
sekaligus merupakan lawatan balas beberapa kelompok
pendidikan daripada Surabaya ke YTP. Lawatan ini diketuai
oleh Tn. Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin (Ketua Pengarah
YTP).
Lawatan rasmi ini mensasarkan tiga buah yayasan iaitu
Yayasan Pondok Pesantren Hidayatullah, Yayasan Insan
Indonesia Mandiri dan Muhammadiah/Aisyiyah. Badan
-badan ini memiliki kekuatan tersendiri dalam bidang utama
pendidikan yang menjadi agenda pemerhatian YTP terutama dalam
membangun karakter anak didik.
Lawatan ini bertujuan:
1. Memperkukuh silaturrahim sesama ahli rombongan;
2. Menambahkan rangkaian antarabangsa dan kerjasama melalui
pemeterai MoU;
3. Mempelajari budaya edukasi (kualiti pola berfikir dan
pengembangan potensi) dan kreativiti pendidikan;
4. Mengambil manfaat daripada amalan terbaik dalam membangun
karakter anak didik di institusi pendidikan yang dilawati dan
5. Menyegarkan fikiran dan meluaskan pandangan melalui variasi
kemajuan dan perkembangan kota Surabaya.
Laporan : Khailani A. Jalil
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL IKSA KALI KE-IXX
Mesyuarat JK Teknikal Ihtifal Kebangsaan
Sekolah-sekolah ABIM (IKSA) Kali Ke-XX
telah diadakan pada 18 September 2019
di Bilik Seminar YTP dengan kehadiran 45
orang yang terdiri daripada Guru Penolong
Kanan (GPK) Ko-Kurikulum dan SU Ko-
Kurikulum SERI-SEMI seluruh Malaysia.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd
Khailani b. Abd. Jalil (Pengerusi JK Induk
IKSA) dan Pn. Hjh. Nur Jannah bt Keman
(Setiausaha Induk, IKSA).
En. Mohd. Hanafiah (Pengerusi, Pelaksana
IKSA) telah membentangkan perkembangan
terkini persiapan sebagai tuan rumah dan
penetapan tarikh IKSA Kali Ke-XX pada 20-
22 Mac 2020. Manakala En. Alias b Yaakob
dan En. Azman Azfar (SU Pelaksana)
membentangkan pemurniaan Peraturan Tetap, & Am, syarat-syarat pertandingan, tajuk-tajuk acara pertandingan yang telah dibuat oleh
JK Task Force IKSA/MISSAK pada sebelumnya. Sempena mesyuarat tersebut, undian tajuk-tajuk acara juga telah dibuat manakala ujian
giliran akan dibuat secara on line pada 27 Sept. 2019. Bengkel Menggubal Soalan acara kuiz akan diadakan pada 11-12 Disember 2019
di YTP dan mesyuarat terakhir JK Teknikal IKSA dijadualkan pada bulan hujung 29-30 Januari 2020.
Laporan: Nur Jannah Keman
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
LAWATAN PENAZIRAN YTP
1. Pusat TAHFIZ Sains Darul Ilmi, Segamat.
Jemaah Nazir Pengurusan YTP telah
mengadakan lawatan Penaziran di
Pusat TAHFIZ Darul Ilmi pada 5 Ogos
2019 yang diketuai oleh Tn. Hj. Samian
Ali (Timb. Ketua Pengarah, YTP), Tn. Hj.
Khailani Abd Jalil (Pengarah Akademik),
En. Suhaili b. Husin (Timb. Pengarah
Pentadbiran) dan Pn. Hjh. Nur Jannah
bt Keman (Timb. Pengarah Sekolah
& Akademik). Tn. Hj. Ishak b. Idris
(Pengerusi LPS) telah memberi taklimat
perkembangan sekolah tersebut.
2. SERI/SEMI Johor Bahru
Lawatan Penazir Pengurusan YTP ke
SERI/SEMI Johor Bahru telah diadakan
pada 22 Julai 2019. Dr. Norsheila (Penasihat SERI), telah memberi taklimat ringkas. Turut hadir dalam program ini ialah Pn. Nur
Fuzana (GB SERI Johor Bahru).
3. SERI Seremban Cawangan Nilai
Lawatan Penazir Pengurusan YTP ke SERI Seremban Cawangan Nilai telah diadakan pada 9 Julai 2019. Lawatan Penazir disambut
oleh Dr. Mohd. Rumaizudin Ghazali (Timb. Pengerusi LPS). Taklimat sekolah disampaikan oleh Pn. Shamimi (Pendaftar) dan Pn.
Norhayati (Guru Besar).
Laporan : Nur Jannah Keman
KURSUS PENGURUSAN STAF SIRI 1/2019
Pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2019 YTP telah mengadakan Kursus Pengurusan Staf Siri 1/2019. Ia merupakan usahasama di antara YTP
dengan tenaga pengajar dari IAB, IPG dan UNISEL. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada staf pengurusan SERI, SEMI, Tahfiz dan
staf YTP. Kursus ini telah dijalankan di Dewan Seminar Yayasan Takmir Pendidikan.
Objektif kursus ini adalah mengetahui, memahami dan megamalkan pengurusan pejabat mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan,
meningkatkan kompetensi penggunaan ICT dalam pengurusan, meningkatkan profesionalisme dan etika dalam pengurusan majlis dan
program, sistem pengurusan fail dan dokumentasi secara sistematik dan melaksanakan perancangan dan pengurusan strategik. Kursus
lanjutan siri 2 Insya Allah akan diadakan pada tahun hadapan.
Laporan : Mohd Fitri Amir Shoodi
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
PERISTIWA
MESYUARAT MPYTP & IKSA DI NIOSH, BANGI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH DI SERI JOHOR BAHRU
(6-7 JULAI 2019) (24 OGOS 2019)
LAWATAN PENAZIRAN YTP KE SERI JOHOR BAHRU PESERTA PERTANDINGAN SYARAHAN MAJLIS
(22 JULAI 2019) IHTIFAL TAHFIZ UMMAH
(13 JULAI 2019)
KUMPULAN SUPER GOTCHA LOLLIPOP RANGKUL EMAS DAN KUMPULAN TROLIMEDIA PEROLEH GANGSA DALAM PERTANDINGAN REKACIPTA
INOVASI NASIONAL - KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA 2019 YANG DIANJURKAN OLEH FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, UKM
(26 OGOS 2019)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
LAWATAN PENDIDIKAN MADRASAH UMMU SHABRI SULAWESI PEPERIKSAAN SPRA DI KELAS PENGAJIAN ISLAM
INDONESIA KE SRI SEREMBAN AS-SAADAH, ABIM JENGKA
(29 OGOS 2019) (17-19 SEPTEMBER 2019)
ZIARAH KEMANUSIAAN MASYARAKAT MELAYU-MUSLIM KRABI (SEKOLAH ANUBAN WANGTHONG)
(1-3 SEPTEMBER 2019)
SERAMAI 37 PELAJAR SERI TAIPING MENYERTAI LARIAN KOPERASI PERAK KE-6/2019
(17 SEPTEMBER 2019)
PROGRAM MUNAJAT, QIAMULAIL DAN HAMAS TAHUN 5 SERI AL-UMMAH CHEMOR PN. NUR JANNAH ANTARA PENERIMA ANUGERAH
(13-14 SEPTEMBER 2019) KHIDMAT SETIA (JAIZAH TASYRIF) YTP
NIOSH, BANGI (27 JULAI 2019)
Unik, Cemerlang & Terbilang 7
MUTIARA HIKMAH KURSUS KEPIMPINAN PENYELIA TASKI
Pada 26 hingga 27 Julai 2019, Yayasan Takmir-TASKI telah menganjurkan Kursus Kepimpinan
Penyelia TASKI yang berlangsung di Dewan Seminar YTP, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kursus
ini telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada pihak TASKI seluruh Malaysia.
Objektif kursus ini adalah untuk menjelaskan konsep pengurusan dan kepimpinan dalam konteks
pelaksanaan di TASKI di samping menjelaskan dasar dan halatuju organisasi. Seterusnya
menjelaskan pengurusan, operasi, kepimpinan dan pengurusan berhikmah. Kursus ini bertujuan
Hai anakku! Sesungguhnya untuk memperkasa TASKI dan rakan TASKI yang berkualiti dengan penyediaan persekitaran dan
jika ada (amal-amal) pengalaman pembelajaran berpandukan standard TASKI cemerlang dan Pendidikan Al-Hikmah.
itu sebesar biji sawi Seramai 30 orang penyelia TASKI terlibat sebagai peserta kursus pada kali ini. Penceramah bagi
tujuh slot adalah terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah YTP iaitu Tn. Hj. Samian bin Mohd
(sekalipun), biar adanya Ali (Pengurusan Kewangan TASKI), Timbalan Ketua Strategik YTP iaitu Tn. Hj. Mohd Naim bin
didalam batu, atau dilangit, Mohd Noor (Formula Solat Berkualiti), Pengarah Akademik YTP iaitu Tn. Hj. Muhamad Khailani bin
ataupun dibumi, nescaya Abd. Jalil (Konsep Pengurusan dan Kepimpinan), Pengarah Latihan dan Kepimpinan Pendidikan
Allah akan tunjukkan
(memperlihatkannya).
Sesungguhnya Allah Maha
Halus lagi Maha Mengetahui.
(Lukman al-Hakim)
Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Ketua Editor
Hj. Samian Mohd Ali
Timb. Editor
Hj. Mohamad Khailani Jalil
Editor Kerja
Hjh. Nur Jannah Keman
Suhaili Husin
Khairani Thanin
Noraila Abd. Rahman
Mohd Fitri Amir Shoodi
Nur Sahirah Zulkifli
Muhammad Afif Rahimi
Susunatur Grafik YTP iaitu Pn. Rohana binti Kamaruddin (Falsafah dan Bengkel Pendidikan Al-Hikmah), Timbalan
Khairul Anuar Pengarah Akademik (TASKI) iaitu Pn. Khairani binti Thanin (Pengurusan Sumber Manusia)
dan Pensyarah IPG Kampus Islam Bangi iaitu Tn. Hj. Ishak Alishah bin Ahmad. Para peserta
Penerbit mengharapkan agar kursus ini diperkembangkan lagi bagi memantapkan pengurusan dan
Yayasan Takmir Pendidikan pentadbiran TASKI agar berdaya saing dengan tadika-tadika yang semakin berkembang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan.
No. 21 Jalan 7/1B,
Seksyen 7, Laporan : Nur Sahirah Zulkifli
43650 Bandar Baru Bangi
Emel:
yayasantakmir@gmail.com
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Fax: 03-89201788
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
IHTIFAL NASYID : PIALA YTPN ABIM SELANGOR
Pada 3 Ogos 2019, Yayasan Takmir Pendidikan
Negeri Selangor telah menganjurkan Ihtifal
Nasyid murid-murid TASKI ABIM. Ihtifal ini
telah diadakan di dewan terbuka Sekolah
Rendah (SERI) dan Menengah Islam (SEMI)
ABIM Sg. Ramal, Selangor.
Objektif ihtifal nasyid ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada murid tentang hiburan
Islam yang sebenar, memperkenalkan dan
merapatkan hubungan antara pimpinan ABIM
Selangor dengan guru, pentadbir dan pelajar
TASKI di Negeri Selangor. Ihtifal Nasyid : Piala
YTPM ABIM Selangor telah dirasmikan oleh
Timbalan Ketua Pengarah Yayasan Takmir
Pendidikan (YTP) iaitu Tuan Haji Samian
bin Mohd Ali, manakala majlis penutup oleh
ADUN Sg. Ramal iaitu Y.B Tuan Mazwan bin Johar. Hadir bersama adalah Pengarah Akademik YTP iaitu Tuan Haji Muhammad Khailani
bin Abd. Jalil dan Timbalan Pengarah
Akademik (TASKI) Puan Khairani binti
Thanin yang dijemput khas sebagai
juri dalam ihtifal ini.
Sebanyak 8 buah TASKI dengan
jumlah pelajar seramai 40 orang telah
mengambil bahagian dalam ihtifal
iaitu TASKI ABIM Saidatina Fatimah
(Serdang), TASKI ABIM Shah Alam,
TASKI ABIM Bestari dan TASKI Abim
Saidatina Maimunah (Kajang), TASKI
ABIM Al-Hikmah (Sungai Ramal),
TASKI ABIM Saidatina Zainab (Bangi),
TASKI ABIM Saidatina Khadijah
(Petaling Jaya), TASKI ABIM Seri Al-
Huda (Gombak) dan TASKI ABIM Al-
Firdaus (Klang).
TASKI ABIM Bestari dan TASKI
Abim Saidatina Maimunah, Kajang
telah dinobatkan sebagai pemenang
tempat pertama. Manakala tempat
kedua disandang oleh TASKI ABIM
Seri Al-Huda, Gombak dan tempat
ketiga pula TASKI ABIM Al-Hikmah,
Sungai Ramal. Ihtifal nasyid ini telah
mendapat sambutan dan sokong yang
padu daripada ibubapa murid dengan
anggaran kehadiran seramai 150
orang.
Laporan : Nur Sahirah Zulkifli
Unik, Cemerlang & Terbilang 9
Mengenali Sekolah
SERI AL-MAARIF, SUNGAI PETANI
Seri Al-Maarif atau dulu dikenali sebagai Seri ABIM Sungai Petani, telah ditubuhkan seawal tahun 1989 hasil perbincangan tidak
rasmi beberapa aktivis ABIM Daerah Kuala Muda (Sungai Petani). Menyedari tentang pentingnya program pendidikan yang
berkesinambungan sebagai saluran utama bagi persediaan pelapis pendukung harakah masa depan, sekaligus menyediakan
tempat belajar kepada pelajar-pelajar TASKI di sekitar Sungai Petani. Jawatankuasa Pengasas yang bertanggungjawab memulakan
operasinya adalah terdiri daripada Sdr. Mohd Azmi Abdul Hamid sebagai penyelaras@Guru Besar, Tn Hj Mohd Tahir Ali, Sdr. Mohd
Aziz Abdullah, Sdr. Md. Ariff Ali, Sdr. Roslan Ali, Sdr. Zikri Mohd. Zain, Sdr. Abdul Ghani Osman dan Sdr. Zulkifli Daud.
Sekolah ini mula beroperasi di Lot 10-15, Bangunan Zakat, Batu Arang Sungai Petani yang disewa daripada Pejabat Zakat Kuala
Muda. Senarai Nama Penyelaras/ Guru Besar/ Pemangku GB/Pembantu GB
SERI Al-Maarif 1989-2019:
1. Tn Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Penyelaras) 1 Jan 1989-30 Nov 1989
2. Cikgu Bashariah Abdul Hamid (Pemangku GB) 1 Dis 1989-31 Dis 1995
3. Cikgu Muhamad Naim Niamat (Guru Besar) 1 Jan 1996-31 Dis 1997
4. Cikgu Ariff Ali (Guru besar) 1 Jan 1998-31 Dis 1998
5. Tn Hj Abdullah Halim Isahak (Guru Besar) 1 Jan 1999-31 Dis 2011
6. Ustaz Hafiz Mustaffa Lubis (Guru Besar) 1 Jan 2012-31 Dis 2012
Cikgu Kamarul Ariffin (Pembantu GB) 1 Jan 2012-31 Dis 2012
7. Tn Hj Roslan Ali (Guru Besar) 1 Jan 2013-31 Dis 2013
8. Cikgu Jamil Abd Samad (Guru Besar) 1 Jan 2014-30 Nov 2018
9. En. Mohd Ghazali Abu Bakar (Guru Besar) 1 Dis 2018 – kini
Berkat usaha dan doa daripada kalangan Lembaga Pengelola Sekolah
dan Pimpinan WAP Negeri serta sumbangan daripada orang ramai yang
berterusan, kini SERI Al-Maarif telah memiliki bangunan sendiri serta sebuah
surau (Surau Siti Rogayah Bajunid) di tapak seluas 3.5 ekar Lot 4661, Kampong
Kari, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani. Ini adalah antara bangunan yang
dapat disiapkan sehingga kini, dalam rangka untuk dibangunkan Kompleks
Pendidikan ABIM Sungai Petani yang telah memulakan operasi sejak tahun
2014. Dengan dokongan yang sepenuhnya dari semua pihak, visi dan misi
sekolah insya Allah akan direalisasikan dengan jayanya.
Laporan: Suhaili Hussin
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
Hj. Harun Mat Isa
Dilahirkan pada 29hb Mei tahun 1949 di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Selepas tamat pengajian
di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jenan, Jitra (SMSAH). Beliau melanjutkan pelajaran ke
Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1973-1977. Kemudian pada tahun 2003 menyambung
ke peringkat Sarjana (MA) di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Psikologi Pendidikan.
Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK King Edward VII Taiping, Perak dari tahun 1977-1987 di
samping bertugas sebagai Ketua Warden Asrama. Pada tahun 1988 bertukar ke Kedah dan dilantik
sebagai Penolong Kanan di tiga buah Sekolah Menengah. Selepas itu, dilantik sebagai Pengetua
di SMK Canglun dan SMK Tunku Indera Mahkota Jitra. Pada tahun 2001-2005 bertukar ke Institut
Aminuddin Baki Cawangan Utara ,Jitra (IAB Utara), sebagai Timbalan Pengarah merangkap Ketua
Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan. Bersara pada 29hb Mei 2005 di IAB Utara.
Selepas bersara, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di Universiti Utara Malaysia
(UUM). Kemudian bertugas sebagai Pengurus Program Integriti di Institut Pengurusan dan Integriti
Negeri Kedah (INSPIN) dari tahun 2007-2011. Berkhidmat sebagai Pengetua di Sekolah Insan
Bestari (Milik Insaniah) dari tahun 2012-2014. Sehingga sekarang masih memberi kuliah sebagai penceramah jemputan di Jabatan
Kerajaan dan Swasta dalam bidang Integriti, Keibubapaan, Kepimpinan dan Pengurusan.
Diamanahkan sebagai pimpinan daerah dan negeri dalam Angkatan Belia Islam Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Pusat
Pendidikan Jemaah dan Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Kedah (YTPN Kedah). Di antara jawatan yang pernah disandang dalam
NGO adalah seperti berikut:
a. YDP ABIM Taiping
b. Ketua Biro Pendidikan ABIM Kedah
c. YDP ABIM Alor Setar
d. Pengerusi Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Cawangan Kedah (IPI ABIM Negeri Kedah)
e. Timbalan Pengerusi Pembangunan SERI Alor Setar (SERIAS)
f. Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah SERI Alor Setar (LPS SERIAS)
g. Bendahari Yayasan Takmir Negeri Kedah (YTPN Kedah)
h. Pengerusi LPS SERI Al Maarif (SERIAM Sungai Petani)
i. Pengerusi Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI)
Sehingga kini masih diberi amanah sebagai Ketua Biro Penerangan Wadah Pencerdasan Umah Malaysia (WADAH cawangan Kedah)
dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Takmir Negeri Kedah (YTPN Kedah).
Laporan: Suhaili Hussin
MUTIARA HIKMAH
(Lukman al-Hakim)
“Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.”
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
PROGRAM BAHASA INGGERIS STARAIN PENGGAL II/2019
Pada 14 Julai 2019, Yayasan Takmir-
TASKI telah menganjurkan Kursus
Latihan Perguruan Program Bahasa
Inggeris Starain Penggal II/2019 yang
berlangsung di Dewan Seminar YTP,
Bandar Baru Bangi, Selangor dengan
kerjasama Akademik English Starain.
Kursus ini telah dihadiri oleh 17 orang
guru TASKI yang mengajar subjek bahasa
Inggeris dengan menggunakan Program
Bahasa Inggeris Starain. Sebanyak 8
buah TASKI yang terlibat iaitu TASKI
ABIM Ampang, TASKI ABIM Serdang,
TASKI Dinamik, TASKI Dar Mumtaz,
TASKI Bestari Mawaddah, TASKI Bonda
Bestari, TASKI Khalifah Bestari dan Pra
Bestari Sri Seremban serta turut serta
tadika luar iaitu Tadika APC Saujana
Impian. Sepanjang kursus berlangsung,
Puan Nora Shikin selaku Jurulatih Akademik Starain dipertanggungjawabkan bagi tiga sesi bermula daripada pagi hingga ke petang.
Sepanjang kursus berlangsung, guru-guru telah didedahkan dengan kaedah pengajaran fonik yang baru bagi penggunaan program
Bahasa Inggeris untuk sesi pengajaran penggal II dan semua peserta berpuas hati.
Laporan : Nur Sahirah Zulkifli
PROGRAM PEMUKIMAN YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN
Yayasan Takmir Pendidikan
(YTP) telah mengadakan program
Pemukiman pada 15-17 Sept.
2019 di Hotel Seri Malaysia,
Bagan Lalang Selangor. Tujuan
progam Pemukiman ini adalah
untuk perencanaan pelan strategic
masa hadapan Yayasan Takmir
Pendidikan (YTP). Program
tiga hari ini dipengerusikan oleh
Tn. Radin Muhd. Imanuddin
b. Radin Abd. Halim Pengerusi
Lembaga Pengarah YTP).
Kehadiran seramai 53 orang terdiri
daripada pimpinan kanan YTP,
ALP, Pengerusi dan Setiausaha
YTPN dan Pengerusi dan
SetiausahaLembaga Pengelola
Sekolah (LPS) seluruh Malaysia.
Dua bengkel diadakan
untuk menetapkan kandungan modul keABIMan dan Strategi & Pelaksanaan Urus Tadbir Korporat YTP. Wakil YTPN dan YTP telah
membentangkan hasil rumusan Townhall negeri yang telah dibuat bermula pada 26 April 2019 (YTP) hingga 8 Sept. 2019 di Pahang.
Manakala ‘Success Story’ juga telah dikongsikan oleh beberapa negeri tentang kejayaan beberapa negeri menguruskan sekolah, TASKI,
koperasi dan lain-lain lagi. Lima (5) bidang utama iaitu Pentadbiran & Pengurusan, Promosi dan Pengembangan, Kewangan, KeABIMan,
Pengajaran dan Pembelajaran telah dibengkelkan untuk pelan strategik jangka pendek dan panjang YTP.
Laporan: Nur Jannah Keman
12 Unik, Cemerlang & Terbilang