The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-22 06:10:40

At-Ta'mir 4 - Dis 2018

At-Ta'mir 4 - Dis 2018

At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang

Keluar an 24/4(2018) E dar an D ala man DIS 2018

INOVASI DAPAT MENGEMBANGKAN
KREATIVITI SESEBUAH ORGANISASI

Yayasan Takmir Pendidikan merancang akan mengadakan pertandingan Inovasi di Peringkat Kebangsaan untuk sekolah rendah
dan menengah (SERI/SEMI) pada tahun hadapan (2019) dalam 3 kategori iatu Program Pengurusan Sekolah, Guru dan Murid iaitu
Pembelajaran dan Pengajaran guru SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ dan kategori Pengurusan dan Perkhidmatan

Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Setiap organisasi sama
ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi berkenaan. Inovasi juga
berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran
(supply-demand-equation). Inovasi juga disebut sebagai:
a. Penghasilan baru
b. Berdasarkan proses penyusunan semula
c. Menggunakan unsur yang sedia ada
d. Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran
kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju (pioneer) dan meraih
peluang yang maksimum. Bagi YTP, matlamat inovasi ialah untuk
memperkukuhkan nilai-nilai budaya inovasi dan meningkatkan
kesedaran tentang kualiti inovasi dalam kalangan murid dan guru
YTP. Di samping membolehkan pihak pengurusan dan semua
warga YTP memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha-
usaha peningkatan inovasi dan seterusnya menyedarkan semua
warga termasuk pihak pengurusan YTP bahawa inovasi adalah
tanggungjawab bersama. Objektif pertandingan inovasi adalah :
a. Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan guru dan pelajar.
b. Menjadi platform kepada guru dan pelajar berkongsi menunjukkan hasil inovasi berdasarkan bidang masing-masing
c. Mencari inisiatif dan inovasi baharu di sekolah untuk lonjakan perkembangan sekolah.
d. Hasil Inovasi memberi manfaat kepada masyarakat lokal dan global.

Acara Inovasi antaranya persembahan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) seperti pertandingan Pengurusan, Multimedia,
Sains dan Teknologi, Kepimpinan atau Poster. Sekolah akan
mengadakan pertandingan di peringkat sekolah/Zon dan
pemenang akan di angkat ke peringkat kebangsaan. Setiap
kategori ahli penyertaan seramai 3 orang.

YTP telah memberi pendedahan Inovasi melalui kursus kepada
guru-guru, taklimat penghakiman untuk para juri. SERI/SEMI
Sg. Ramal telah mengadakan Pertandingan Inovasi di peringkat
sekolah pada November 2018 yang lalu. Para peserta berpotensi
menunjukkan bakat dan kreativiti mereka bersesuaian dengan
kategori sehingga mencuit hati para juri. Hasrat supaya
program ini boleh menggembleng tenaga bersama-sama ke
arah melahirkan warga pengurusan, guru dan pelajar yang kreatif dan berinovatif. Adalah diharapkan agar semua pihak dapat turut
menyumbangkan idea bagi menjalankan program inovasi tersebut.

Laporan : Nur Jannah Keman

Unik, Cemerlang & Terbilang 1

Meja Editor PERSIDANGAN PENDIDIKAN ISLAM, MASA
HADAPAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI MELALUI
INOVASI DAN KREATIVITI KE-4 2018 (IFIRST 2018)

Untuk membolehkan sesebuah organisasi itu releven sepanjang Pada 10-13 Disember 2018, Universiti Sains Islam Malaysia
masa ia perlu mengikuti perkembangan zaman. Oleh itu usaha (USIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kedutaan
penambahbaikan produk atau perkhidmatan perlu diberi Amerika di Kuala Lumpur dan Ikram Musleh telah menganjurkan
keutamaan agar produk atau perkhidmatan yang diberikan itu Persidangan Pendidikan Islam, masa hadapan dan Revolusi
sentiasa memenuhi kehandak dan harapan pelanggan. Perindustrian ke-4 2018 (iFirst 2018) selama 4 hari bertempat di
Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA. Persidangan ini
Penambahbaikan ini boleh dilaksanakan melalui proses dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan
pengurusan kualiti. Pengurusan kualiti sesuatu organisasi merujuk Malaysia dan majlis penutup oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
kepada sistem pengurusan yang diamalkan untuk menjadi lebih (Pengerusi LP USIM/Presiden Kolej Dar al-Hikmah). Seramai 20
cekap, mempunyai sistem penyampaian yang lebih berkesan, orang daripada 40 orang peserta mewakili ABIM terutamanya di
meningkatkan produktiviti dan kepuasan pelanggan, kurang dalam bidang pendidikan telah menyertai persidangan ini.
kecacatan pada produk dan meminimumkan kesilapan. Dalam
masa yang sama aspek mesra pelanggan dan mesra alam atau Antara objektif utama persidangan ini adalah memberi pendedahan
lestari tidak boleh diabaikan. tentang Pendidikan Islam Holistik, cabaran praktikal yang dihadapi
serta penyelesaian dalam menghadapi Revolusi Perindustrian ke-
Program bagi meningkatkan kualiti dan produktivi di antaranya 4. Selain itu, persidangan ini juga turut menyediakan ruang bagi
melalaui kaedah inovasi dan kreativiti. Inovasi adalah suatu para peserta untuk meneroka wawasan masa hadapan Pendidikan
pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau Islam dengan menggunakan analisis strategik masa hadapan.
perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu
kepada pelanggan. Manakala kreativiti ialah kebolehan atau Laporan : Khairani Thanin
keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu
yang baharu atau bentuk baharu melalui kemahiran imaginasi.

Bagi merealisasikan program meningkatkan kualiti dan produktiviti
sebagaimana yang dilaksanakan dalam sektor kerajaan, organisasi
berkenaan hendaklah mewujudkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK). Setiap kumpulan KIK mengandungi 6-10 orang pekerja
dalam unit yang sama. Mereka akan mengadakan perbincangan
secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis
masalah-masalah yang berkait dengan kerja mereka. Kumpulan
ini akan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian
kepada pihak pengurusan untuk pertimbanngan dan keputusan.
Seterusnya mereka akan melaksanakan keputusan yang telah
dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Impak kepada projek kreatif ini akan dapat menghasilkan
penciptaan nilai dan memperbaiki kaedah, prosedur serta cara kerja
harian, sekali gus dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan
serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang
memenuhi kehendak pelanggan.

Dalam konteks YTP, dengan melaksanakan program ini sudah
tentu hasil inovasi dan kreativiti yang diperolehi boleh dimanfaatkan
bukan sahaja kepada sekolah berkenaan malah boleh dimanfaatkan
kepada sekolah-sekolah lain mengikut kesesuaian setempat.
Sekiranya inovasi dan kreatviti yang terhasil mempunyai nilai
pasaran maka produk berkenaan boleh dikomersilkan. Ini boleh
menghasilkan sumber kewangan tambahan kepada sekolah yang
mana boleh digunakan untuk membiayai program atau projek yang
boleh meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Hj. Samian Mohd Ali

2 Unik, Cemerlang & Terbilang

KEPUTUSAN KESELURUHAN SPRA 2018

Bilangan calon SPRA SERI dan kelas TAHFIZ pada tahun 2018 seramai 1579 orang (966 calon SERI dan 613 calon TAHFIZ). Pencapaian
Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik untuk SERI adalah 1.48 (SERI Seremban) di mana seramai 35/138 orang memperolehi 8A (25.4%) dan
99.4% lulus keseluruhan, SERI Sg. Ramal 37/148 calon mendapat 8A(25%), 99.1% lulus keseluruhan dan 1.54 GPS. Manakala TAHFIZ
Al-Abrar, Bangi memperoleh 9/25 8A (36%), 100% lulus keseluruhan dan GPS 1.6. Sekolah TAHFIZ Al-Kausar dan Al-Hasanah,Bandar
Baru Bangi 100% lulus keseluruhan. Sekolah baharu, SERI Nilai membuka tirai yang baik 100% lulus keseluruhan dan memperolehi 1.28
GPS. Matlumat pencapaian SERI/TAHFIZ di bawah 2.0 GPS seperti dalam jadual dibawah.

PENCAPAIAN SERI (Di Bawah 2.0 GPS)

BIL SEKOLAH JUMLAH 8A % 8A % lulus % 0A GPS
CALON
1 SERI Nilai 0 1.28
2 SERI Seremban 5 1 20 100 0 1.48
3 SERI Sg. Ramal 3.4 1.54
4 SERI Al-Huda 138 35 25.4 99.4 8.8 1.78
5 SERI Ad-Diniah,PP 12.0 1.85
6 SERI Alor Setar 148 37 25.0 99.1 18.3 1.92
7 SERI Manjung 0 1.93
91 12 13.2 98.2

50 2 4.0 97.5

126 22 17.5 95.6

36 2 5.6 95.8

PENCAPAIAN TAHFIZ (Di Bawah 2.0 GPS)

BIL SEKOLAH JUMLAH 8A % 8A % lulus % 0A GPS
CALON
1 Al-Abrar 0 1.26
2 Al-Iman,Nilai 25 9 36.0 100 0 1.63
3 Damai 4.2 1.69
4 Al-Kausar 20 4 20 98.1 8.3 1.71
5 Ar-Raudah 6.5 1.75
6 Al-IKhlas 24 1 4.2 96.4 26.5 1.78
7 Al-Amirin 11.8 1.82
8 As-Sobah 12 3 25.0 100 12.5 1.83
9 Al-Hasanah 6 1.85
10 Al-Busyra 31 3 9.7 98.8 24 1.93
11 Al-IKhwan 7.4 1.93
34 6 17.6 96.0

17 3 17.6 98.5

16 0 0 96.1

17 2 11.8 100

25 2 8.0 96.5

27 4 14.8 94.4

PELANTIKAN

1. Dato’ Hadzir b. Md. Zain telah dilantik oleh Majlis Syura Kebangsaan
sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah YTP menggantikan Tuan Hj.
Mohd Yunus Aminuddin berkuatkuasa 1 Disember 2018.

2. Tuan Hj. Mohd Ghazali Abu Bakar telah dilantik sebagai Guru Besar
SERI Al-Maarif Sg. Petani menggantikan Tuan Haji Jamil Abd. Samad
berkuatkuasa 1 Disember 2018 sehingga 20 November 2021.

Pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan YTP mengucapkan tahniah
kepada mereka yang baru dilantik dan merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji. Mohd Yunus Aminuddin
dan Tuan Haji Jamil Abd. Samad diatas jasa baik dan pengorbanan semasa
berkhidmat dengan YTP.

Unik, Cemerlang & Terbilang 3

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL IHTIFAL KEBANGSAAN (SUKAN) SERI/SEMI KALI KE-XIX

Program ini telah diadakan pada 12-13 November
2018 di Dewan Seminar, YTP, Bangi. Kehadiran
seramai 50 orang yang terdiri daripada JK Kanan
Induk Ihtifal, GPK Ko-Kurikulum dan Setiausaha
Ko-Kurikulum SERI/SEMI Seluruh Malaysia.

Mesyuarat JK Teknikal ini adalah untuk
membincangkan perkembangan terkini perjalanan
Majlis Ihtifal Kebangsaan Sukan SERI/SEMI yang
akan diadakan pada 23-26 Mac 2018 di Stadium
Perak dan Stadium Mini FAFA serta beberapa
venue lain. Tuan rumah bersama iaitu SERI Al-
Ummah Chemor, SERI AU Manjung, SERI AU
Taiping, Madrasah Al-Hikmah, Chemor dan Maahad
Al-Ummah Chemor. Mesyuarat ini juga telah dapat
membentangkan Peraturan Am dan Tetap Ihtifal,
Garis Panduan Perlaksanaan Ihtifal, pemurniaan Peraturan Pertandingan Tae-Kwando dan Olahraga.

Beberapa perkara tentang budget, buku program, menu makanan, aturcara Ihtifal, pakaian rasmi Induk, perasmian pembukaan dan
penutup Ihtifal juga telah dibincangkan lebih terperinci. JK Dana perlu digerakkan untuk menampung perbelanjaan yang besar dan
penjimatan dalam perbelanjaan. Ihtifal kali ini akan mengutamakan ukhuwwah dititikberatkan, displin tinggi dan akhlak yang baik disamping
kejayaan yang diraih.

Laporan : Nur Jannah Keman

MESYUARAT MPYTP & MAJLIS TAUTAN UKHUWWAH

Majlis Pengurusan YTP (MPYTP) telah diadakan pada 30 November 2018 di Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara, Kedah sempena
Kursus Kepimpinan yang diadakan pada 29 Nov-2 Dis. 2018. Seramai 47 orang ahli majlis yang hadir. Tn Hj. Abd. Rahman Yasin, Ketua
Pengarah YTP memaklumkan perlantikan pengerusi ALP YTP yang baharu dan menegaskan tentang bayaran yuran kurikulum dan buku
teks. Tn. Syed Ismail mewakili JK Pemurni membentangkan Peraturan Am dan Tetap Ihtifal Kebangsaan (Akademik/Sukan)SERI/SEMI,
Buku Garis Panduan Pengurusan Ihtifal untuk digunapakai dalam tempoh 6 tahun. Mesyuarat Agung Majlis Pentadbir Sekolah Islam
(MPSI) YTP telah membuat perlantikan baharu iaitu Tn. Syed Ismail Syed Noh Al-Habsi, KPE SERI Al-Huda dilantik sebagai Pengerusi
MPSI.

Slot khas di sebelah petang “Penilaian Dalam Kepimpinan Sekolah” oleh Dr. Khodori b. Ahmad, Presiden Gabungan Persatuan Pendidikan
Islam Malaysia (GaPIM) juga mantan Timb. Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM. Manakala sebelah malamnya diadakan
Majlis Tautan Ukhuwwah di Country Height, Tok Jalai, Jitra Kedah untuk meraikan dan jalinan ukhwwah Pengerusi Lembaga Pengarah,YTP
yang baharu iaitu Dato’ Hadzir Md. Zain bersama pimpinan kanan YTP, sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) sekolah-sekolah
di negeri Kedah.

Laporan : Nur Jannah Keman

4 Unik, Cemerlang & Terbilang

MAJLIS GRADUASI, IHTIFAL DAN KHATAM AL-QURAN

Sekolah Rendah/TAHFIZ ABIM Unit Kajang, Hulu Langat telah mengadakan
Majlis Graduasi pada 17 Disember 2018 di Pavillion SK Seri Sekamat, Kajang.
Lebih daripada 300 orang ibubapa telah menghadiri majlis ini dan seramai
150 pelajar diraikan kejayaan mereka. Pada hari yang sama juga diadakan
Majlis Khatam Al-Quran untuk pelajar Tahun 6 di awal paginya dan Majlis
Ihtifal (Tahun 1-6). Majlis Graduasi, Ihtifal dan Khatam Quran ini dirasmikan
oleh Pn. Nur Jannah bt Keman, (Timb. Pengarah Sekolah & Akademik, YTP)
mewakili Yayasan Takmir Pendidikan dan menyampaikan hadiah untuk Ihtifal
dan Graduasi. Ucapan aluan oleh Sdr. Mohd. Rahimi Ramli Abd. Hadi selaku
tuan rumah dan Pengurus SRI ABIM Unit Kajang. Majlis ini agak meriah
berwarna warni dengan hiasan pentas dan persembahan pelajar seperti
kalam jamaie, nasyid dan lakonan yang mencuit hati.
Sekolah TAHFIZ Kota Warisan, Sepang, Selangor pula telah mengadakan
Majlis Graduasi, Aidul Ilmi Wal Haflah Khariji dan Majlis Khatam Al-Quran
pada 15 November 2018. Majlis yang agak sederhana diadakan di Surau Al-
Hijrah, Sepang meriah dengan suara persembahan anak-anak comel dalam
Khatam Al-Quran dan Aidul Ilmi wal Haflah Khariji seramai 150 orang pelajar
dengan kehadiran 200 orang ibu bapa. Walaupun majlis ini diadakan di hari
bekerja namun komitmen ibubapa dapat hadir untuk meraikan kejayaan
anak-anak mereka adalah sangat menggalakkan. Majlis ini dirasmikan oleh
Pn. Nur Jannah bt Keman (Timb. Pengarah Sekolah & Akademik, YTP)
mewakili Yayasan Takmir Pendidikan dan menyampaikan hadiah Graduasi dan Aidul Ilmi. Gabungan Sekolah TASKI, SRI dan TAHFIZ
daerah Kota Warisan dan DUAT diraikan serentak.

TASKI dan TAHFIZ Awatif telah mengadakan Majlis Konvokesyen dan Hari Bakat Gemilang pada 3 November 2018. Majlis agak meriah
dengan persembahan pelajar-pelajar Hari Bakat Gemilang bertemakan Seniman Agung P. Ramli telah di adakan di Dewan Sawit MPOB,
Bangi, Selangor. Lakonan, pentomen, nasyid, bercerita, laungan azan dan bacaan al-Quran menyerlah kebolehan pelajar di usia kanak-
kanak 5-12 tahun. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Nur Jannah bt Keman, (Timb. Pengarah Sekolah & Akademik, YTP) mewakili Yayasan
Takmir Pendidikan dan menyampaikan hadiah Graduasi dan Hari Bakat Gemilang. Tayangan video Haji Cilik pelajar AWATIF sangat
mencuit hati dan rasa bersyukur di usia dini dapat mempelajari dan menghayati ibadah haji.

Laporan : Nur Jannah Keman

Unik, Cemerlang & Terbilang 5

PERISTIWA

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN DUN AULONG DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018
KERJASAMA SERI AL-UMMAH TAIPING (1 DISEMBER 2018) 27 NOVEMBER 2018 (SRI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN)

MOTIVASI PAGI DI SERI AL-UMMAH CHEMOR SEBELUM MASUK KE SEKOLAH MENENGAH DISAMPAIKAN
OLEH UST TARMIZI (PENGERUSI JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH) (23 NOVEMBER 2018)

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPRA 2018 MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPSR 2018
21 NOVEMBER 2018 (SERI JOHOR BAHRU) 29 NOVEMBER 2018 (SERI ALOR SETAR)

MAJLIS GRADUASI SERI AL-HUDA, GOMBAK DIRASMIKAN OLEH YB MUHAMMAD HILMAN IDHAM, GOMBAK SETIA
29 NOVEMBER 2018

6 Unik, Cemerlang & Terbilang

PERISTIWA

BENGKEL MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN SPRA DI DEWAN SEMINAR YTP PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
(15-18 OKTOBER 2018) 2018 SRI SEREMBAN (16 NOVEMBER 2018)

PELAJAR-PELAJAR PRAKTIKAL DARI AL-AZHAR MUARA BUNGO JAMBI INDONESIA MELAWAT TAHFIZ UMMAH BANGI 3
(15 NOVEMBER 2018)

MAJLIS GRADUASI, AIDUL ILMI WAL HAFLAH KHARIJI DAN MAJLIS
KHATAM AL-QURAN SEKOLAH TAHFIZ KOTA WARISAN, SEPANG
(15 NOVEMBER 2018)

MURID SRI AL HIKMAH KELANTAN AUFA NURDINI BERJAYA PELAJAR SRI AL-HIKMAH PESERTA WAKIL NEGERI KELANTAN YANG TELAH
MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN BADMINTON BERJAYA MENYERTAI LATIHAN BOLA SEPAK DI BARCELONA

BAWAH 17 TAHUN DI TANAH MERAH KELANTAN Unik, Cemerlang & Terbilang 7
(NOVEMBER 2018)

MAJLIS KONVOKESYEN TASKI KE-8

Pada 17 November 2018, Yayasan Takmir Pendidikan telah

menganjurkan Majlis Konvokesyen TASKI kali ke-8 diAuditorium

Abu Zarim, Ilsas Uniten Bangi. Majlis ini berlangsung bermula

jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Sebanyak 9 buah TASKI

yang terlibat iaitu TASKI Al-Hikmah, TASKI Bestari Al-Hikmah,

TASKI Seksyen 8, TASKI

Seksyen 9, TASKI Bestari

Mawaddah, TASKI

Khalifah Bestari, TASKI

Dar Mumtaz, TASKI

Dinamik dan TASKI

Little Huffaz. Seramai

127 orang pelajar 6

tahun yang telah berjaya

menamatkan pengajian di peringkat prasekolah. Dua kategori anugerah telah disampaikan iaitu

anugerah cemerlang dan anugerah Al-Fateh bagi pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan iaitu Tuan Haji Abd
Rahman bin Mohd Yassin. Manakala kata aluan disampaikan oleh Timbalan Pengarah TASKI iaitu
Puan Khairani Binti Thanin. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli keluarga
pelajar dengan jumlah anggaran 450 orang. Di samping itu pelajar praktikal daripada Jambi, Indonesia
turut hadir sebagai tetamu jemputan majlis.

Laporan : Nur Sahirah

MAJLIS IHTIFAL TASKI DAN TAHFIZ AS-SAADAH ABIM JENGKA

Majlis Ihtifal TASKI dan TAHFIZ As-Saadah
telah berlangsung pada 18 November 2018
(Ahad) bermula 8.30 pagi hingga 12.00
tengahari. Majlis ini diadakan di Dewan
Terbuka Surau Taman Desa Jaya, Bandar
Jengka, Pahang dan majlis ini dianjurankan
oleh ABIM Jengka.

Tuan Haji Abd Rahman bin Mohd Yasin selaku
Ketua Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan
(YTP) telah diundang untuk menyampaikan
ucapan perasmian. Turut bersama ialah Puan
Khairani bt. Thanin selaku Timbalan Pengarah
TASKI dan Cik Nur Sahirah binti Zulkifli iaitu
Eksekutif YTP.

Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk
meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang bagi
kategori TASKI dan TAHFIZ bagi tahun 2018. Anugerah Cemerlang TASKI bagi 5 dan 6 tahun dianugerahkan kepada 6 orang pelajar.
Manakala Anugerah Cemerlang TAHFIZ dianugerahkan kepada 27 orang pelajar daripada 9 buah kelas. Selain daripada itu, keputusan
SPRA turut diumumkan dimana seorang pelajar telah mendapat 8A, dua orang 7A dan seorang 6A.

Pihak YTP juga berkesempatan melawat Wisma Darul Hikmah ABIM Jengka yang berdekatan dengan TASKI As-Saadah. Antara ahli ABIM
Jengka yang turut serta dalam lawatan ini adalah Tuan Haji Abdul Aziz bin Mansor merupakan Pengasas ABIM Jengka, Puan Hajah Siti
Atekah binti Abdul Hamid (Penasihat ABIM Jengka), Ustaz Rasyid bin Mohamad (J/K Wadah) dan Tuan Haji Hisam bin Haji Omar (J/K
Wadah). Wisma ini merupakan banglo dua tingkat yang menguruskan program PraTAHFIZ dan TAHFIZ dari umur 6 hingga 12 tahun.
Wisma ini akan mula beroperasi pada bulan Disember 2018. Disamping itu, premis TASKI As-Saadah yang baru masih dalam proses
pengubahsuaian dari segi penambahan kelas dan dewan makan murid.

Laporan : Nur Sahirah

8 Unik, Cemerlang & Terbilang

MENERIMA KUNJUNGAN DARI PIMPINAN ‘AISYIYAH KOTA SURABAYA,
INDONESIA

MUTIARA HIKMAH

Pada 19 September 2018, YTP telah menerima rombongan Pimpinan ‘Aisyiyah Kota Surabaya Hai anakku! Sesungguhnya
untuk lawatan pendidikan prasekolah ABIM. TASKI ABIM Al-Furqan telah dipilih untuk lawatan jika ada (amal-amal)
khas TASKI bagi berkongsi kaedah pengurusan dan PdPc di TASKI tersebut. Seramai 40 orang itu sebesar biji sawi
Pimpinan ‘Aisyiyah yang terlibat dalam Majlis Ramah Mesra antara Yayasan Takmir Pendidikan dan
Pimpinan ‘Aisyiyah telah dibuat di dewan Seminar Yayasan Takmir Pendidikan sebelum melawat (sekalipun), biar adanya
TASKI ABIM Al-Furqan. didalam batu, atau dilangit,
ataupun dibumi, nescaya

Allah akan tunjukkan
(memperlihatkannya).
Sesungguhnya Allah Maha
Halus lagi Maha Mengetahui.

(Lukman al-Hakim)

Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd

Yasin

Ketua Editor
Hj. Samian Mohd Ali

Editor Kerja

Hjh. Nur Jannah Keman
Suhaili Husin

Khairani Thanin
Noraila Abd. Rahman
Mohd Fitri Amir Shoodi
Nur Sahirah Zulkifli
Muhammad Afif Rahimi

Rosli

Susunatur Grafik
Khairul Anuar Mohd Ariffin

Ketibaan rombongan ini di TASKI Al-Furqan diringi oleh wakil Yayasan Takmir Pendidikan dan Penerbit
telah disambut dengan persembahan daripada murid TASKI. Lawatan sekitar TASKI dan Pra Tahfiz
serta ramah mesra dengan warga TASKI turut dilakukan sepanjang keberadaan di TASKI ABIM Yayasan Takmir Pendidikan
Al-Furqan. No. 21 Jalan 7/1B,
Seksyen 7,
Laporan : Nur Sahirah
43650 Bandar Baru Bangi
Emel:

[email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308

Fax: 03-89201788

Unik, Cemerlang & Terbilang 9

Mengenali Sekolah
SERI AL-UMMAH CHEMOR

SERI Al-Ummah Chemor ditubuhkan pada November 1992
atas inisiatif ketua Biro Pendidikan ABIM Negeri Perak, Ustaz
Mohamd Tarmizi Abd Hamid. Satu Jawatankuasa Khas telah
ditubuhkan dengan tenaga penggerak utamanya Tn. Haji
Moideen bin Hassan dan Tn. Hj. Hani bin Yang Kasim.

Lokasi pertama sekolah ialah di Kompleks Masjid India
sehingga tahun 1998. Di akhir tahun 1999, Ahli Jemaah
Pengurusan Sekolah (LPS) dan ABIM Negeri Perak
telah mengambil keputusan supaya sekolah berpindah
ke bangunan bekas asrama Maahad Al-Ummah di tanah
milik Yayasan Sofar lot 27779, Ulu Chepor, Chemor Perak.
Yayasan Sofar bersetuju menyewakan tanah tersebut
kepada pihak sekolah, di sinilah SERI Al-Ummah beroperasi
sehingga kini.

Peneraju Sekolah (Guru Besar) mulai 1992 sehingga kini adalah seperti berikut:
1. Encik Zulkarnain bin Hassan dibantu oleh Cik Asmalaili – ‘Care taker’ (November 1992)
2. Ustaz Zuki bin Mohd Idris - Guru Besar Pertama (1993-Mei 1999)
3. Ustaz Wan Ahmad Tarmizi bin Abdul Aziz - Pemangku (Jun 1999-Disember 1999)
4. Ustaz Mohamd Tarmizi bin Abdul Hamid – Guru Besar (1999-2004)
5. Ustaz Mohd Fadzil bin Zakaria – Guru Besar (mulai 2004 sehingga kini)

Kepercayaan masyarakat
kepada sekolah jamaah
amat ketara. Pertambahan
murid begitu pantas. Di
awal penubuhannya (1992),
bilangan pelajar hanya
seramai 20 orang dan kini
telah mencecah jumlah
1062 orang murid. Bermula
tahun 2007, SERI Al-Ummah
telah menubuhkan kelas
Pra Sekolah dengan jumlah
34 orang murid dan kini
angkanya Alhamdulillah telah
mencapai 140 orang murid.

Pada tahun 2018, kelas Aliran
Tahfiz Akademik dilancarkan
dengan 32 orang murid tahun empat terpilih sebagai perintis. Kelas Aliran Tahfiz Akademik ini akan dikembangkan kepada setiap
satu darjah satu kelas.

Berikut adalah antara pencapaian cemerlang Seri Al-Ummah pada tahun 2017:

1. Kurikulum : Anugerah kecemerlangan akademik Murid terbaik UPSR dan UPKK sekolah agama negeri Perak.

2. HEM : Anugerah pengurusan cemerlang SPBT peringkat kebangsaan tempat ke-3.

3. Kokurikulum : Naib johan ihtifal sukan kebangsaan Yayasan Takmir Pendidikan.

Doakan semoga sekolah kebanggaan jamaah ini terus unggul bagi melahirkan insan salih dan muslih. Ameen Ya Rabb.

Laporan : Suhaili Hussin

10 Unik, Cemerlang & Terbilang

Dr. Abd. Rahman Kurais

Dilahirkan di Senggarang, Batu Pahat pada 12 Ogos 1949. Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Rendah Kebangsaan Senggarang (1957-1961), Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Bentara Luar,
Batu Pahat (1962-1964), Sekolah Agama Senggarang (1958-1963) dan Sekolah Alam Shah (1965-
1968).

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Merupakan rombongan
pertama kerajaan Malaysia menghantar pelajar jurusan sains ke Indonesia dengan biasiswa JPA.
Memperoleh BSs (1969-1972) dalam bidang Biologi, dan memperoleh Doctorandus (Drs-1973-1974)
dalam bidang Zoologi. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Liverpool dan memperoleh ijazah
PhD dalam bidang ‘Developmental Biology’ (1978-1981)

Dr. Abd Rahman mula bertugas di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Januari 1975 sebagai
penolong Pensyarah sekembalinya dari Universiti Gadjah Mada sehingga tahun 1978. Bertugas
sebagai pensyarah sekembalinya dari University Liverpool pada tahun 1982 di Jabatan Biologi UPM
sehinggalah 1994. Berpindah ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia pada tahun 1994 di
Pusat Matrikulasi UIA sebagai Timbalan Dekan dan dianugerah Prof. Madya. Tamat perkhidmatan di UIA pada tahun 2005 dan bertugas
sebagai pensyarah kontrak sehingga tahun 2006. Dari tahun 2006 berkhidmat semula di UPM sebagai pensyarah kontrak sehingga tahun
2017 ketika berumur 67 tahun.

Menjadi ahli ABIM pada tahun 1980 sejak di United Kingdom. Pulangnya dari UK dan semasa bertugas di UPM beliau telah diamanahkan
oleh ABIM sebagai Ketua Biro Pendidikan Abim Hulu Langat 1983-1987 Peringkat Daerah, Setiausaha Biro Pendidikan Abim Pusat (1982-
1984), Pengerusi Biro Pendidikan Abim Pusat pusat 1984-1993, Pengerusi Biro Pembangunan Abim Pusat pusat (1994-1997), Pengerusi
Biro Pendidikan Abim Pusat pusat (1998-2004) dan Sebagai AJK Wadah Pencerdasan Ummat (2009-2015).

Dalam penerbitan buku SERI ABIM peringkat awalnya sebagai editor buku Pendidikan Teras Islam I,II, III, IV, V & VI (1993-1996), Pendidikan
Sirah I, II, III, IV, V & VI (1993-1996), Pendidikan Hadith IV, V & VI (1994-1996) dan Pendidikan Tafsir IV, V & VI (1994-1996). Juga menjadi
editor buku panduan guru Islamisasi dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Manusia & Alam. Terlibat
dalam banyak perbincangan dan seminar KBSM, dan di antara penulis buku Sains Tingkatan 1 & 2 KBSM.

Beliau juga antara penggerak awal TASKI ABIM, menyelaraskan kurikulum TASKI ABIM seluruh negara, mewujudkan latihan Pengurusan
TASKI ABIM berperingkat dan mengikut zon (1984-1990). Memantau keseluruhan TASKI ABIM yang berjumlah 409 buah pada tahun 1991.

Terlibat dalam menganjurkan seminar, bengkel dan muzakarah penubuhan pendidikan SERI dan SEMI ABIM. Pengasas penubuhan
SERI ABIM Sg. Ramal (SERI Abim Pusat). Pengasas program anak-anak Abim Sekolah Rendah APIM (Angkatatan Putra-Putri ABIM),
Pengasas Program belia anak-anak ABIM KERAMKA (Kelab Remaja Anak-Anak Ahli ABIM Kebangsaan), Pengasas KBM-UPM berdaftar
(Kelab Bimbingan Mahasiswa–ABIM UPM) dan Pengasas KRK-Matrikulasi UIA berdaftar (Kelab Rakan Kreatif untuk Abim asasi UIA).

Terlibat dalam menganjurkan kesinambungan siri Seminar Pemikiran Islam Terdahulu, telah melaksanakan seminar mengenai tokoh Islam
al-Imam As-Shafiiy (1983), al-Imam Ghazali (1984) dan Setiausaha awal Jurnal Pendidikan Islam Abim.

Berkahwin dengan Puan Nafisah Mohd (pendidik dan Kaunselor) pada tahun 1975. Dikurniakan 7 orang anak (3 putra dan 4 putri).
Sehingga akhir tahun 2018 cucu seramai 15 0rang. Alhamdulillah 5 orang anaknya adalah bekas pelajar SERI ABIM Pusat. Dari segi
kerjaya anak-anak beliau, dua orang doktor perubatan, seorang doktor pergigian (sedang belajar), seorang PhD kejuruteraan, seorang
jurutera (petronas), seorang perakaunan (manager) dan seorang jururawat ijazah UIA (staff nurse). Dua orang doktor adalah hafizah.
Kesemua mereka terlibat dalam Jemaah Abim dalam usrah.

Kegiatan terkini (2018) ahli usrah Wadah Pusat, Aktiviti Usrah Wadah Sg Ramal, Pengerusi Pusat anak yatim miskin Rukaiyah (KKR
AMAL) Sg. Merab dan Pengerusi Pusat Pengajian Quran Al-Ummah (PQ Ummah) Sg Ramal.

Laporan : Suhaili Hussin

Unik, Cemerlang & Terbilang 11

INTERNATIONAL NGO FAIR 2018 ISTANBUL

Pameran Badan Bukan Kerajaan(NGO) peringkat antarabangsa 2018 kali ke 3 telah diadakan di Istanbul, Turki pada 18-19 November
2018. The Union of Non- Governmental Organization fo the Islamic World (UNIW) Malaysia yang terdiri daripada WADAH, ABIM, PKPIM,
Yayasan Takmir Pendidikan(YTP), Kolej Dar al-Hikmah, Global Peace Mission Malaysaia, Malaysian Life Line For Syria dan Persatuan
Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC) telah menyertai pameran ini. Lebih 130 badan NGO seluruh dunia telah menyertai pameran
selama 2 hari ini.

Di antara petugas-petugas mewakili agensi Jamaah kita yang bersama-sama menjayakan pameran bagi booth UNIW Malaysia ialah Hj
Ahmad Azam (presiden Wadah), Prof Dr. Fauzan Nordin (WADAH), Muhamad Nur Iman b. Abdul Kudus (Presiden PKPIM), Hakim b Nizam
(PKPIM), Hj Samian Mohd ALI (YTP), Kamil Yazid (KDH), Nur Farhana bt Khairudin (staf WADAH) dan dibantu oleh Hjh Rusifah Sulaiman
serta Kamilahanani bt Hj Kamin. Beberapa orang pelajar Malaysia yang menuntut di Istanbul juga turut membantu dalam pameran ini bagi
menterjemahkan penerangan mengenai aktiviti UNIW Malaysia ke dalam bahasa Turki. Ini kerana kebanyakan masyarakat Turki tidak
boleh berbahasa Inggeris.
Booth UNIW Malaysia telah mendapat kunjungan yang ramai kerana mereka ingin mengenali Malaysia dan mengetahui perkembangan
semasa di Malaysia. Di antara orang kenamaan yang berkunjung ialah Menteri Alam Sekitar, Menteri Belia dan Sukan Turki. Dengan
menghadiri pameran ini para pengunjung dapat mengenali badan-badan NGO di peringkat antarabangsa dan mengetahui peranan dan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan seperti bantuan kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya. Di samping itu kita boleh membuat jaringan
dengan NGO yang boleh bekerjasama strategik untuk kepentingan ummah.

Laporan: Samian Mohd Ali

PENAZIRAN SERI AL-HUDA GOMBAK DAN MAAHAD TAUFIQIAH BEHRANG

Jemaah Nazir YTP telah mengadakan lawatan penaziran ke SERI Al-Huda pada 31 Oktober 2018. Lawatan ini diketuai Tn. Hj Samian Ali
(TKP, YTP), En. Suhaili Husin (TP Pentadbiran) dan Pn. Nur Jannah Keman (TP Sekolah & Akademik, YTP). Manakala pada 1 November
2018 ke Maahad Taufiqiah Diniah, Behrang. Memandangkan dihujung tahun penggal persekolahan naziran PdP tidak dapat dibuat hanya
aspek yang berkaitan Pentadbiran, Kewangan dan Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan (3K) sahaja.

Laporan : Nur Jannah Keman

12 Unik, Cemerlang & Terbilang


Click to View FlipBook Version