The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-23 05:42:46

At-Ta'mir 4 - Dis 2019

At-Ta'mir 4 - Dis 2019

At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang

Keluar an 28/4(2019) E dar an D ala man DIS 2019

KONVENSYEN KEBANGSAAN TASKI 2019

Tarikh 23 November 2019 (Sabtu) menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya selepas 8 tahun TASKI seluruh Malaysia disatukan
dalam Konvensyen Kebangsaan TASKI ABIM 2019 yang telah berlangsung di Dewan Kenanga, Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi.
Kehadiran amat memberangsangkan dan mencapai sasaran dengan kehadiran guru-guru dan pimpinan negeri seramai 364 orang untuk
seminar dan seramai 395 orang untuk penyertaan makan malam.

Konvensyen ini adalah usaha sama
antara Jawatankuasa Pengurusan
TASKI Kebangsasan (JPTK) dengan
Yayasan Takmir-TASKI. Konvensyen
TASKI ini adalah bersempena
dengan 40 tahun bertapaknya
TASKI di seluruh Malaysia yang
merangkumi semua negeri di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Konvensyen ini diadakan adalah
untuk memperkukuhkan jalinan
ukhwah seluruh TASKI di samping
meraikan kegemilangan penubuhan
TASKI yang sentiasa mendapat
tempat di hati masyarakat Malaysia.
Tema konvensyen kali ini adalah
“40 Tahun TASKI ABIM dipersada
Pendidikan Ummat”. Konvensyen ini
juga bertujuan memberi penghargaan
dan penghormatan kepada para pendidik yang telah berjuang memberi ilmu kepada anak-anak dalam membentuk keperibadian insan
yang luhur dan melahirkan khalifah yang bercirikan khayra ummah berdasarkan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Objektif yang ingin diketengahkan oleh pihak JPTK dalam program ini adalah untuk mengumpulkan semua guru TASKI seluruh Malaysia untuk
berkongsi pengalaman, idea dan input yang komprehensif dalam membantu meningkatkan kemahiran pengurusan institusi pendidikan dan
PdPc di TASKI. Selain daripada itu, meningkatkan keupayaan pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka menjadi ummat cemerlang,
gemilang dan terbilang. Selain itu untuk memantapkan penyelarasan dan penyeragaman pengurusan institusi pendidikan TASKI dan juga
memantapkan pemahaman dan pelaksanaan pendidikan Al-Hikmah.
Ucaptama dan perasmian konvensyen ini dirasmikan oleh Ybhg. Datin Seri Wan Hasni bt Wan Yusof (isteri YAB Menteri Besar Negeri

(bersambung di mukasurat 2)

Unik, Cemerlang & Terbilang 1

Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)

Taman Asuhan Kanak-kanak Islam(TASKI) ditubuhkan dinamakan Jawatankuasa Sembilan). Dalam ucapannya beliau
adalah sebuah institusi pendidikan Pentadbiran TASKI Kebangsaan menekankan betapa pentingnya guru-guru
prasekolah Islam bagi kanak-kanak yang (JPTK) bagi menggerakkan dan memahami konsep pembelajaran abad
berumur 4,5 dan 6 tahun. Inisiatif ini telah memantau pelaksanaan transformasi ke-21 yang lebih menyeronokkan murid
dimulakan oleh Biro Pendidikan ABIM dan TASKI. dan memberi impak yang positif. Turut
penubuhan TASKI pertama adalah dalam dilancarkan dalam konvensyen ini ialah Ikon
tahun 1975. c. Pendaftaran dan penyeragaman TASKI, Video animasi, Facebook, Instagram
TASKI di mana semua TASKI di bawah rasmi YT-TASKI, Buku Aktiviti dan Buku
Institusi pendidikan TASKI ini telah naungan YTP hendaklah didaftarkan Cerita TASKI. Sebanyak 21 buah TASKI
berkembang pesat di seluruh negara, di secara rasmi dan dipantau serta diberi telah dianugerahkan “TASKI HARAPAN”
mana ahli-ahli ABIM di peringkat daerah bimbingan yang sewajarnya. Program sebagai pengiktirafan dan motivasi kepada
dan negeri telah mengambil inisiatif untuk latihan guru perlu dipergiatkan. TASKI lain untuk menjadi TASKI yang
menubuhkan TASKI di kawasan masing- cemerlang dan berdaya saing.
masing. Di kebelakangan ini penubuhan d. Penambahbaikan amalan tata kelola
prasekolah atau Taman Didikan Kanak- mengenai Pengurusan TASKI, Pengisian konvensyen ini merangkumi dua
kanak (TADIKA) swasta seluruh negara telah Pengurusan guru dan Pengendalian pembentangan iaitu “Halatuju Pendidikan
berkembang pesat dan ini telah memberi TASKI. YTP dalam Perspektif TASKI” oleh En.
saingan hebat kepada TASKI ABIM. Kita Radin Mohd Imaduddin bin Radin Abdul
dapati bahawa bilangan TASKI kita tidak e. Penambahbaikan kurikulum dengan Halim (Pengerusi ALPYTP & Naib Presiden
berkembang, sebaliknya menunjukkan memasukkan elemen pendidikan Al ABIM) dan “Memacu Pendidikan Al-Hikmah
pengurangan berbanding di peringkat awal Hikmah. dalam Konteks TASKI” oleh Pn. Rohana
penubuhan. Ini adalah disebabkan banyak binti Kamaruddin (Pengarah Strategik dan
TADIKA baru dibuka bagaikan cendawan f. Pengelibatan YTP Negeri dalam R&D) manakala Hj. Muhammad Khailani bin
tumbuh selepas hujan, di seluruh pelusuk memantau dan memberi khidmat Abd. Jalil (Pengarah Akademik YTP sebagai
negara terutama di kawasan bandar yang nasihat. moderator.
mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi. Kini ibubapa mempunyai banyak g. Program pengembangan TASKI Slot Inspirasi Kejayaan TASKI diserikan
pilihan untuk menghantar anak-anak dengan mempergiatkan aktiviti promosi dengan pembentangan oleh Pn. Miskiah
mereka ke sekolah TADIKA yang mereka dan pemasaran. Penjenamaan baru binti Juri (Penyelia TASKI Batu Pahat),
fikirkan sesuai. dengan menghasilkan ikon TASKI serta Pn. Hajariah binti Senar (Pengurus TASKI
mengadakan model TASKI contoh. Kuching), Pn. Zakiyah binti Samsuri
Di antara faktor yang menjadi pilihan (Pengusaha TASKI Bonda Bestari) dan
ibubapa ialah mengenai mutu perkhidmatan Semoga dengan melaksanakan Pn. Noor Ain binti Harun (Pengurus TASKI
yang diberikan oleh TADIKA, keceriaan Transformasi TASKI, institusi ini dapat Klang) manakala Hj. Khairudin bin Abas
sekolah TADIKA, kadar yuran , kaedah diperkasakan dan mencapai kegemilangan sebagai moderator slot ini.
pengajaran dan pembelajaran , ciri-ciri serta menjadi pilihan masyarakat Malaysia.
tertentu yang boleh menarik minat seperti Pada sebelah malam pula guru-guru TASKI
kemahiran berbahasa Arab, Inggeris, Samian Mohd Ali dan pimpinan negeri turut diraikan dengan
Mandrin dan sebagainya. Dalam hal ini Malam Tautan Ukhuwwah yang diserikan
kajian khusus mengenai status kini TASKI dengan persembahan anak-anak TASKI
hendaklah dibuat serta membandingkan Dar Mumtaz dan penyerahan ikon TASKI
dengan TADIKA lain yang ada di negara ini. kepada semua wakil YTPN Negeri. Ucapan
Untuk ini, satu Jawatankuasa Transformasi aluan disampaikan oleh Hj. Khairudin bin
TASKI telah ditubuhkan bertujuan mengkaji Abas sebagai Pengerusi JPTK merangkap
lebih mendalam tentang mengapa TASKI pengarah program konvensyen ini. Majlis
kurang berkembang dan bagaimana untuk disusuli dengan ucapan khas Hj. Ishak bin
mengembalikan kecemerlangan TASKI. Alishah sebagai pengarah TASKI yang
turut menyampaikan resolusi Konvensyen
Di antara cadangan-cadangan yang Kebangsaan TASKI ABIM 2019. Video
dikemukakan oleh Jawatankuasa aktiviti TASKI Malaysia turut ditayangkan
Transformasi TASKI adalah seperti berikut: dan majlis diakhiri dengan cabutan bertuah
sebanyak 20 cabutan.

a. Menambah baik polisi penubuhan Laporan : Khairani Thanin
TASKI, sama ada TASKI yang
ditubuhkan oleh jama’ah mahu pun
Rakan TASKI (persendirian).

b. Satu jawatankuasa khas telah

2 Unik, Cemerlang & Terbilang

KARNIVAL 30 TAHUN SERI SG. RAMAL KAJANG

Karnival 30 tahun SERI ABIM SG. Ramal telah diadakan dengan jayanya di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Sg. Ramal pada 2 November
2019. Karnival diadakan sempena menyambut penubuhan SERI yang ke 30 tahun, menghargai jasa pengasas SERI, mencari dana bagi
meningkatkan pembangunan infrastruktur di samping mengeratkan silaturrahim antara alumni, guru dan warga SERI/SEMI/TASKI dan
agensi ABIM.

Program sehari ini diserikan dengan
perasmian oleh. Tn. Radin Muhd
Imaduddin bin Radin Abdul Halim
(Pengeusi Lembaga Pengarah, YTP).
Sempena dengan karnival tersebut Tn.
Hj. Mahyuddin Ashaari, mantan Ketua
Pengarah, Yayasan Takmir Pendidikan
dan gabungan beberapa penulis telah
menghasilkan sebuah buku yang banyak
mengisahkan sejarah penubuhan SERI
dari awal penubuhan hingga kini. Buku
yang bertajuk ‘Institusi Pendidikan
ABIM Pilihan Terbaik Melahirkan Insan
Berpendidikan’ telah diluncurkan pada
majlis perasmian tersebut.

Selepas majlis perasmian para VIP di bawa
ke booth pameran seperti Polis,Bomba,
Anti Dadah Kebangsaan,(AADK), Pusat
Darah Negara (Derma darah), Hospital
Pakar Islam, Kg Baru menawarkan pemeriksaan kesihatan (Percuma), Yayasan Takmir Pendidikan, SSPN/PTPTN, Kolej Dar Hikmah,
Grass Malaysia, Klinik al-Fatihah(bersama Ustaz Tarmizi), Unit ALUMNI, TASKI Al Hikmah dan agensi-agensi ABIM, WADAH dan PKPIM.
Seramai lebih daripada 1000 orang telah datang berkunjung sehingga ke petang terdiri daripada para ibu bapa, penduduk sekitar, ahli
ABIM, WADAH, PKPIM, agensi-agensi ABIM dan tetamu jemputan. Anak-anak SERI/SEMI membuat pelbagai persembahan seperti
nasyid, pentomen, bercerita, sajak dan kalam jami’e. Majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh alumni dan ceramah umum
oleh Ust. Mohd. Tamizi.

Program sehari ini meriah
dengan pelbagai acara pameran,
pertandingan permainan, gerai
jualan dan jumble sale. Antaranya
ialah Bouncing Castle, pertandingan
Bayblade (sekolah), Sand Art, Face
Painting,Photo Booth, Bubble Giant,
Mini Zoo/Pet Care, memanah,
Fish Feeding, memancing ikan,
Belon Badut, Maskot Animasi,
pertandingan mewarna kanak-
kanak (4,5 dan 6 tahun), tayangan
Video pendek animasi, Ana
Muslim(jualan barangan dan ramah
mesra), Home made Slime, Henna
Art, Misterys House, Jaringan Bola
Jaring, Kolam Mini Bola, Klinik
lukisan dan Photo Booth.

Beberapa booth kaunter perkhidmatan juga di buka seperti Klinik Kaunseling, Klinik guaman, Perkhidmatan Fisioterapi Az-Zahrah
disamping pengunjung diberi peluang untuk beramah mesra bersama pemain bola sepak Selangor dan penulis novel Blink. T.Shirt Karnival
juga turut dijual untuk mengumpul dana. Sambutan gerai jualan sangat memberangsangkan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Laporan : Nur Jannah Keman

Unik, Cemerlang & Terbilang 3

KURSUS KEPIMPINAN PENGETUA, GURU BESAR DAN PELAPIS KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Pada 2 hingga 6 Disember 2019 YTP telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengetua, Guru Besar dan Pelapis Kepimpinan Pendidikan
YTP – IAB 2019 (KKPGB & PKP). Ia merupakan usahasama di antara YTP dengan tenaga pengajar dari Institut Aminuddin Baki Bandar
Enstek Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 47 orang peserta terdiri daripada pengetua, guru besar dan pelapis kepimpinan. Kursus ini telah
dijalankan di IAB Bandar Enstek Nilai.

Objektif kursus ini adalah memahami asas pengurusan dan kepimpinan serta kemahiran yang penting sebagai pemimpin dan pengurus
sesebuah organisasi, memahami pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan kokurikulum murid. Selain itu, memperolehi
pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan kurikulum dan peranannya sebagai pemimpin instruktional serta memperolehi
pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan pejabat.

Rata-rata peserta kursus berpuas hati diatas input pensyarah IAB, dan mencadangkan adanya kursus di IAB yang lebih mengkhusus
kepada pengurusan diadakan pada masa hadapan

Laporan : Mohd Fitri Amir Shoodi

PELANTIKAN BARU

Tn. Hj. Mohd Musleh b. Yunos Tn. Hj. Ishak b. Ali Shah Ust. Zul Azri b. Mohd Sani

1. Tuan Hj. Mohd Musleh b. Yunos telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah merangkap Pengarah Latihan YTP berkuatkuasa 1
November 2019. Beliau merupakan mantan pensyarah di IPG Kampus Islam Bangi.

2. Tuan Hj. Ishak b. Ali Shah telah dilantik sebagai Pengarah TASKI berkuatkuasa 1 November 2019. Beliau juga mantan pensyarah di
IPG Kampus Islam Bangi.

3. Ustaz Zul Azri b. Mohd Sani telah dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) berkuatkuasa 31
Disember 2019. Beliau menggantikan Tuan Hj. Idris b. Mahmood yang telah menamatkan kontrak perkhidmatan. Sebelum ini beliau
telah berkhidmat di Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Kedah.

Laporan : Samian Mohd Ali

4 Unik, Cemerlang & Terbilang

BENGKEL PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Pada 23 dan 24 Disember 2019, Yayasan Takmir-TASKI telah mengadakan bengkel pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
TASKI yang berlangsung di Dewan Seminar YTP, Bandar Baru Bangi, Selangor. Bengkel ini telah dihadiri oleh guru-guru TASKI seramai 32
orang. Rasional bengkel ini jalankan adalah untuk memberi pendedahan kemahiran yang sewajarnya kepada guru-guru dalam persediaan
pengajaran pada awal tahun di samping memperkasakan perhidmatan TASKI.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan
kefahaman penghayatan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) di TASKI, serta mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang kreatif dan inovatif. Selain daripada itu,
bertujuan untuk memberi pendedahan tentang intervensi
awal di TASKI. Seterusnya adalah mengaplikasikan
kaedah pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang lebih berkesan.

Bengkel ini dilengkapi dengan beberapa slot. Pada
23 Disember 2019, antara slot yang diisi adalah slot
KSPK, amalan perancangan kerja PdP dan pentaksiran
PdP TASKI oleh Tn. Hj. Ishak bin Ali Shah merangkap
Pengarah TASKI. Seterusnya slot memahami kanak-kanak berkeperluan khas yang disampaikan oleh Pn. Farah Syazwani binti Haji
Salman iaitu Pegawai Intervensi Pusat GENIUS Kurnia. Pada hari kedua pula, peserta bengkel disajikan dengan slot teknik pemudahcaraan
dalam PdP oleh Tn. Hj. Mohamad bin Abu Daud iaitu mantan pengarah sekolah YTP, slot inovasi pedagogi dalam PdP oleh Pn. Zakiyah
binti Samsuri iaitu Pengurus TASKI Bonda Bestari dan diakhiri dengan slot project based (teknik pengajaran di TASKI) yang dibimbing oleh
Pn. Nor Faizah binti Abdullah selaku jurulatih pendidikan awal kanak-kanak.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang boleh diaplikasikan diTASKI masing-
masing antaranya kemahiran bahan bantu mengajar (BBM) secara manual dan penggunaan kemudahan teknologi semasa supaya proses
pembelajaran lebih menarik dan berkesan..

Laporan : Nur Sahirah Zulkifli

PENATARAN DAN BENGKEL PENDIDIKAN AL-HIKMAH

Pendidikan Al Hikmah mula dilaksanakan
ke SEMI, SERI, Tahfiz dan Taski ABIM
mulai Tahun 2019. Berikutan dengan itu
sesi penataran dan bengkel dilaksanakan
sejak ogos 2019. Untuk tahap awal,
kefahaman kompetensi karakter Al-
Hikmah dan bagaimana ia diterjemahkan
dalam modul Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) Guru dipantau. Semakan
RPH Guru-guru sekolah oleh Pasukan
Pembimbing Instruktional (PPI), bermula
pada 18 Ogos 2019 di SERI Al Maarif dan
berakhir pada November 2019 di Maahad
Taufiqiah Behrang.

Sebanyak 18 sekolah SERI, SEMI dan
86 PPI terlibat. PPI diketuai oleh Pn. Hjh.
Rohana Kamaruddin (Pengerusi PPI YTP) dan diselaraskan oleh Tn. Hj. Mohd Ghazali Abu Bakar (Pengerusi Zon Utara), Pn. Surayah
Sarin (Pengerusi Zon Tengah) dan Pn. Khairani Muktar (Pengerusi Zon Selatan).

Laporan : Mohd Fitri Amir Shoodi

Unik, Cemerlang & Terbilang 5

KURSUS ASAS PENDIDIKAN AL-HIKMAH KOHOT 1

Pada 25 - 29 November 2019 YTP telah mengadakan Kursus Asas Pendidikan Al Hikmah Kohot 1 Siri 3 2018 : 2020 (KAP K1 S3) . Ia
merupakan siri terakhir daripada 3 Siri (Siri 1 10-14 Disember 2018, Siri 2 14-17 Ogos 2019 dan Siri 3 25-29 November 2019). Kursus ini
telah dijalankan di Bangi Guest House, Bangi. Seramai 44 orang guru telah hadir menyertai kursus ini.
Dalam Siri 3 ini, peserta menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Kursus Pengurusan Bilik Darjah yang diambil pada siri 2
juga PPT bagi kursus Pentaksiran dalam Pendidikan (PTS) dan Psikologi Pendidikan (PSK) di akhir kursus, pada 29 November 2019.
Pensyarah yang terlibat adalah Pn. Rafidah Ruhani (IPGKIK) dan Pn. Norulazilah Md. Nordin (IPGKIK) dan Dr. Che Mah Yusof (IPGKBA).
Peperiksaan akhir tahun (PAT) akan dijalankan pada 30 – 31 Januari 2020 secara selari di Zon YTP dan Zon Utara. Praktikum bagi guru-
guru akan dilaksanakan bermula Jan – Mei 2020. Semoga semua calon guru SERI SEMI yang terlibat berjaya dalam peperiksaan dan
praktikum mereka.

Laporan : Mohd Fitri Amir Shoodi

MAJLIS SILATURRAHIM PELAJAR PRAKTIKAL DINIAH AL AZHAR, JAMBI

Pada Khamis 14 November 2019 Yayasan Takmir Pendidikan telah mengadakan Majlis Silaturrahim bersama Para Pelajar Praktikal Diniah
Al Azhar, Jambi di Dewan Seminar YTP. Seramai 17 orang di ketuai oleh guru pemimpin mereka iaitu Ust. Sunandar. Di majlis ini pelajar-
pelajar praktikal telah membentangkan pegalaman dan pembelajaran mereka sepanjang pratikal selama 11 hari di Kedah dan Narathiwat
Thailand.

Laporan : Che Abdul Fatah Che Mohd Nor

6 Unik, Cemerlang & Terbilang

LAWATAN PENDIDIKAN DARI SEKOLAH ANUBAN WANTHONG KRABI, THAILAND

Pada 30 Oktober 2019 seramai 12 orang warga pendidik
dari Sekolah Anuban Wangthong Krabi, Thailand telah
berkunjung ke SERI Sg. Ramal dan Yayasan Takmir
Pendidikan untuk program lawatan pendidikan.
Kehadiran rombongan ini bertujuan mengetahui
secara lebih dekat mengenai sistem pendidikan
ABIM serta teknik pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan di sekolah ABIM supaya ianya dapat
digunapakai ketika mereka balik ke negara mereka.
Ahli rombongan berkesempatan berkunjung ke pejabat
Yayasan Takmir Pendidikan untuk bersilaturrahmi serta
bertukar pengalaman dan idea dalam proses untuk
membangunkan institusi pendidikan Islam di Krabi.

Ustaz Imran sebagai ketua mudir dan wakil
dari Sekolah Anuban Wangthong berharap,
semoga hubungan antara Sekolah Anuban
Wangthong dan Yayasan Takmir Pendidikan
tidak terhenti di sini. Harapannya selepas dari
lawatan ini, dapatlah kiranya pihak Yayasan
Takmir Pendidikan menjemput mereka untuk
mengikuti kursus-kursus yang berkaitan
dengan pembangunan, pengurusan,
kemahiran pengajaran dalam membangunkan
institusi pendidikan di Krabi.

Laporan : Khairul Anuar Mohd Ariffin

MAJLIS MERAIKAN KUNJUNGAN MAJLIS ULAMA INDONESIA (MUI) KABUPATEN AGAM

Pada 23 oktober 2019 Yayasan Takmir telah menerima kunjungan rombongan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kubapaten Agam.
Mereka seramai 17 orang tiba di KLIA dan terus dibawa ke Yayasan Takmir untuk di raikan di dalam majlis ringkas yang turut dihadiri oleh
wakil-wakil dari ABIM,Wadah,YTPN Selagor, KDH dan YTP. Mereka dalam siri lawatan ke beberapa tempat di Malaysia bagi menjalankan
“pengajian perbandingan” .

Laporan : Che Abdul Fatah Che Mohd Nor
Unik, Cemerlang & Terbilang 7

PERISTIWA

PROF. MADYA DR. TS. NUR IZURA UDZIR SEDANG KURSUS PEMANTAPAN GURU SRI AL HIKMAH KELANTAN, PERSEDIAAN
MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA DI MAJLIS GRADUASI PELAJAR MENJELANG 2020 (20 DISEMBER 2019)

SERI DAN SEMI ABIM SG. RAMAL KAJANG
DI DEWAN ANUAR MAHMUD, UKM
(24 NOVEMBER 2019)

KARNIVAL PENDIDIKAN AL-HIKMAH SEMPENA SAMBUTAN 30 TAHUN SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR SETAR DAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MAARIF SG. PETANI (16 NOVEMBER 2019)

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA DI SRI JOHOR BAHRU TN. HJ. ISHAK SEDANG MENYAMPAIKAN SIJIL TAMAT
(11 NOVEMBER 2019) PELAJAR TASKI DI MAJLIS KONVOKESYEN TASKI DI
DATARAN AL-HIKMAH SERI SG. RAMAL KAJANG
8 Unik, Cemerlang & Terbilang (10 NOVEMBER 2019)

PERISTIWA

TUMB PRINT TERAKHIR HJ. RAHMAN SEBAGAI KETUA PENGARAH YTP SAMBUTAN MAJLIS IHTIFAL KALI KE-36 TASKI ABIM AL-
(31 DISEMBER 2019) HIDAYAH BEUFORT SABAH

ANTARA PELAJAR-PELAJAR SERI AL UMMAH MANJUNG YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPRA DAN SRAI
(22 NOVEMBER 2019)

MAJLIS KHATAM QURAN DAN ANUGERAH HAFAZAN PELAJAR SMI
SEREMBAN DI MASJID SRI SENDAYAN (9 NOVEMBER 2019)

JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR-PELAJAR DI SERI AL-UMMAH TAIPING ADIK RAZA HARAZ RAHIM PELAJAR SRI SEREMBAN
(20 NOVEMBER 2019) MEMENANGI BEST INNOVATION AWARD DI WORLD

EDUCATIONAL ROBOTIC WER DI SHANGHAI
(15 DISEMBER 2019)

Unik, Cemerlang & Terbilang 9

MUTIARA HIKMAH KURSUS INDUKSI AL-HIKMAH

Kursus Induksi Al-Hikmah, Yayasan Takmir Pendidikan telah berjaya dilaksanakan pada 17-19
Disember 2019 di Bangi Guest House, Bangi, Selangor. Seramai 69 peserta terdiri daripada guru-
guru SERI, SEMI, TAHFIZ dan staf baru Yayasan Takmir Pendidikan.

Kursus ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Musleh b. Mohd. Yunos selaku Timbalan Ketua
Pengarah, YTP. Pengisian pertama oleh Tn. Hj. Abd. Rahman b. Mohd Yasin, Ketua Pengarah

Wahai anakku! Apabila
engkau berteman,
tempatkanlah dirimu

padanya sebagai orang
yang tidak mengharapkan

sesuatu daripadanya.
Namun biarkanlah dia yang

mengharapkan sesuatu
darimu.

(Lukmanul Hakim)

Penasihat YTP memberi pendedahan dan kefahaman tentang “Sejarah ABIM, Visi Misi YTP dan Organisasi
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin ABIM.” Manakala penerangan tentang “Polisi Yayasan Takmir Pendidikan dan Tatakerja” oleh
Tn. Hj. Samian Ali, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, YTP dan ‘Nilai Al-Hikmah memaknai
pesanan Luqman Al-Hakim kupasan Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil” disampaikan oleh Ust. Mohd.
Naim b. Mohd. Noor, Pengarah Kaderisasi.

Ketua Editor Guru-guru diberi input tentang “Amalan Bilik Darjah Pendidikan Al-Hikmah” dan Lestari
Hj. Samian Mohd Ali

Timb. Editor
Hj. Mohamad Khailani Jalil

Editor Kerja

Hjh. Nur Jannah Keman
Suhaili Husin

Khairani Thanin
Mohd Fitri Amir Shoodi

Nur Sahirah Zulkifli
Muhammad Afif Rahimi
Che Abd Fatah Che M. Nor

Syahirah Zamasry

Susunatur Grafik Alam oleh Pn. Hjh. Rohana Kamaruddin (Pengarah R&D YTP). Manakala “Amalan
Khairul Anuar M. Ariffin Terbaik PdP - Pembelajaran Bermakna” oleh Tn. Hj. Mohd. Musleh Yunos. Pensyarah
jemputan iaitu Dr. Amir b. Mohd Nason, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Penerbit IPG Kampus Sultan Abdul Halim berkongsi tentang “Penerapan Kalbu dalam PdP”, Tn.Hj.Mohd.
Yayasan Takmir Pendidikan Khailani b. Abd Jalil, Pengarah Sekolah dan Akademik YTP memotivasikan guru “Memugar Jiwa
No. 21 Jalan 7/1B, Seksyen 7, Pendidik”. Sdr. Mohd. Fazril b. Salleh (Setiausaha Agung ABIM) membicarakan dan mendekati
43650 Bandar Baru Bangi tokoh-tokoh WADAH, ABIM, PKPIM (WAP) dan beberapa tokoh tersohor dunia Islam. Majlis
penutup disempurnakan oleh Tn. Mohd. Faisal Abd. Aziz (Presiden ABIM).
Emel:
[email protected] Laporan : Nur Jannah Keman
Tel: 03-89265853 / 03-89202308

Fax: 03-89201788

10 Unik, Cemerlang & Terbilang

TAKLIMAT SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam bidang pekerjaan yang diiktiraf
oleh Kementerian Sumber Manusia.

Oleh hal yang demikian, pihak YTP
juga telah mengambil peluang ini untuk
membantu guru-guru TASKI yang tidak
mampu mengambil Diploma Pendidikan
Prasekolah agar mengambil SKM dalam
bidang Pendidikan Prasekolah.

Taklimat SKM telah dijalankan di YTP
pusat, Bangi pada tarikh 16 dan 27
Disember 2019 dan di Pejabat ABIM
Negeri Sembilan pada 26 Disember 2019,
untuk memberi penerangan kepada guru-
guru TASKI berkaitan SKM. Seramai lebih
68 orang guru yang hadir untuk mendengar
taklimat SKM di Bangi dan Seremban.
Walaubagaimanapun, hanya 27 orang
guru yang mendaftar untuk mengambil SKM. Taklimat SKM ini akan diteruskan lagi pada Januari 2020 mengikut zon untuk memberi
penerangan kepada semua guru TASKI seluruh Malaysia yang belum mendapat pendedahan tentang SKM. Diharapkan guru-guru TASKI
yang belum mempunyai kelulusan Diploma Pendidikan Prasekolah dapat mengambil peluang ini untuk kerjaya masa depan mereka.

Laporan : Syahirah Zamasry

KARNIVAL PENDIDIKAN AL-HIKMAH SRIAS DAN SERIAM

11-16 Disember 2019: Kompleks Pendidikan Al-Hikmah telah mengadakan Karnival Pendidikan Al-Hikmah sempena menyambut 30 Tahun
Sekolah Rendah Islam Alor Setar (SRIAS) dan juga Sekolah Rendah Sri Al-Maarif(SERIAM),Sungai Petani. Karnival yang julung kali
diadakan ini membawa konsep ‘Rumah Terbuka’ kepada semua pengunjung yang mana kompleks ini terletak di KM 5, Jalan Datuk
Kumbar, 05300, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kompleks pendidikan al-hikmah merangkumi 5 komponen berikut, iaitu Sekolah Rendah
Islam Alor Setar (SRIAS), Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI), asrama, Masjid Ghairu Jame’.

Pelbagai acara meriah dan ilmiah dihidangkan kepada
penyunjung seperti Dunia Buku: Motivasi Membaca &
Berkarya bersama karyawan Muda, Pertandingan Mewarna
yang mana penyertaan hampir 200 orang. Pertandingan
nasyid yang melibatkan penyertaan 5 buah sekolah, Malam
Mahabbatur Rasul yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Pokok
Sena, Pertandingan Bercerita yang membawa tema Sirah
Nabi, Pertandingan Beyblade yang menarik 250 penyertaan.
Dunia imaginasi kreatif dengan membawa pemenang Pingat
Emas Karnival Krativiti Inovasi Kebangsaan 2019. Karnival
ini juga menarik perhatian kaum ibu dengan mengadakan
Usrah santai mengenai Keluarga Mawaddah Warahmah oleh
Ustazah Isfadiah dan berakhir dengan kehadiran Ustaz Ebit
Lew yang memberikan Motivasi untuk keluarga. Kehadiran lebih 1000 orang pengunjung,

Y.B Dato’ Paduka Ahmad Bin Kasim, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah telah merasmikan majlis penutup dan melancarkan Projek
Pembangunan Pendidikan Islam dan Sains Tahfiz iaitu WAKAF AL-HIKMAH. Fasa ke 8 ini ialah fasa ke arah melengkapkan frasarana
kompleks ini untuk tujuan Dakwah dan Tarbiah yang mesra untuk semua golongan. Projek ini masih memerlukan dana daripada badan-
badan korporat, wakil-wakil rakyat, individu-individu dan seluruhnya.

Kepada yang berhajat dan berminat untuk membantu boleh menghubungi di talian 0194411154. Wakaf boleh dilakukan melalui Perbankan
Online Melalui https://toyyibpay.com/WAKAF-AL-HIKMAH, Bank Islam nombor akauan 02011010061441 atau Bank Rakyat nombor akaun
11002100036.

Laporan : Suhaili Hussin
Unik, Cemerlang & Terbilang 11

Sekalung Budi

Yayasan Takmir mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan Tuan Haji Abd. Rahman Mohd Yasin yang telah
menyumbang bakti dan khidmat dengan Yayasan Takmir selama kira-kira 7 tahun. Beliau telah menamatkan kontrak perkhidmatannya
di Yayasan Takmir pada 31 Disember 2019. Kami doakan beliau dan keluarga diberikan nikmat kesihatan yang baik dan juga diberikan
kekuatan untuk terus menyumbang dan memberi khidmat kepada jamaah. Dalam majlis yang ringkas beliau telah menyerahkan ‘nota
serah tugas’ kepada Tn. Hj. Mohd Musleh b. Yunos (Timb. Ketua Pengarah YTP).

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Haji Idris Mohammad Pengetua Sek. Men. Sains Tahfiz, Alor Setar yang telah
menamatkan kontrak perkhidmatan sebagai pengetua pada 30 November 2019, selain sebagai pengetua beliau juga diberi amanah
sebagai Setiausaha YTP Negeri Kedah. Semoga jasa yang dicurahkan menjadi amal soleh yang berpanjangan. Kami doakan agar
beliau diberi nikmat kesihatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Laporan : Samian Mohd Ali
12 Unik, Cemerlang & Terbilang

Mengenali Sekolah
SEKOLAH RENDAH ISLAM, ALOR SETAR

Sejarah Sekolah Rendah Islam Alor Setar (dulu dikenali dengan SRI ABIM) bermula dengan pembentangan cadangan oleh Tuan
Haji Muhammad Isa Haji Man (Pak Su) Guru Besar pertama (1989 – 2005) dalam Usrah ABIM Derga yang dipimpin oleh YDP ABIM
Kedah Dato’ Sheikh Azmi Haji Ahmad (Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah pertama) dan Dr. Abd. Rahman Kuraish sebagai
Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat.
Bermula pada tahun 1989 dengan menyewa bangunan Kompleks Alor Setar yang diusahakan oleh Cikgu Mohd Syukri Md Isa
(Almarhum) dengan pengambilan pertama seramai 30 orang pelajar dan 3 orang guru. Pada 1990 berpindah ke bangunan TASKI
Lorong Sepakat dan pada penghujung 1990 berpindah ke tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM265,000.00.
.

Seramai 23 orang pelajar generasi pertama berjaya menamatkan sehingga ke tahun 6, dan kini sebahagian besar adalah profesional
dalam bidang masing-masing termasuk pentadbir, doktor, peguam, pegawai agama, jurutera dan lain-lain.
Sekolah ini semakin berkembang dan kini terdapat 906 orang pelajar dengan 27 buah kelas dan 55 orang guru dan 23 staf sepenuh
masa. Pencapaian dalam bidang akademik dan agama amat memberangsangkan dan menjadi sekolah pilihan masyarakat di daerah
ini serta daerah-daerah berhampiran. Tahun 2019 pihak sekolah telah mengadakan sambutan 30 tahun dengan menganjurkan
beberapa aturcara/majlis.

Laporan: Suhaili Hussin
Unik, Cemerlang & Terbilang 13

Haji Baharuddin Ibrahim (77 tahun), salah seorang sahabat yang pernah bertugas di Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), yang
dihormati dan disegani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 5:30 pagi Sabtu yang hening, 30/11/2019 di
High Dependency Ward (HDW), Hospital Tunku Jaafar, Seremban akibat sakit jantung dan komplikasi lain. Beliau yang berusia 77
tahun merupakan mantan CEO Seri/Semi Sg Ramal. Sebelumnya beliau merupakan mantan CEO Seri/Semi Seremban dan mantan
Pengarah Taski YTP.

Penyataan ringkas mengenai pemergiannya melalui whatsapp oleh anaknya pada 6.31 pagi kepada kumpulan whatsapp staf YTP
mengejutkan kami semua. Pesanan ringkas tersebut menyatakan bahawa Allahyarham meninggal akibat sakit jantung, di samping
beberapa komplikasi lain.

Tuan Hj Baharuddin Ibrahim dilahirkan pada tahun, 1942 di Kg. Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur. Pengalaman bekerja beliau
berlegar dengan pengurusan sumber manusia. Bermula di Syarikat Motorola pada tahun 1974 dan berhenti secara sukarela pada
tahun 1999 apabila keadaan ekonomi gawat. Beliau mula bergiat dengan Sekolah Seri Seremban sebelum bersara dari Syarikat
Motorola bersama-sama dengan sahabat usrah iaitu Allahyarham Ust Zainal Abdul Latif, Hj. Khalil Jali, Hj. Abdul Rahim Simin, Hj.
Mohamad Noor Ubaidullah dan lain-lain. Allahyarham bernikah dengan Hjh Zabedah Mostafa. Perkongsian hidup mereka di anugerah
Allah 6 orang cahaya mata, 5 lelaki dan seorang perempuan yang semuanya telah bekerja dan dianugerahkan 8 orang cucu, Sejak
1999, keluarganya menetap di Paroi, Seremban.

Pada hari Rabu 27 November 2019, Tn. Hj. Baharuddin kelihatan lebih uzur daripada biasa. Sebenarnya beliau telah agak uzur
dan sering terlantar di katil di rumahnya selama kira-kira dua tahun. Pada hari Kamis beliau boleh berjalan bertongkat ke bilik air,
walaupun kelihatan uzur. Ahli keluarga mencadangkan supaya ke hospital, namun beliau menolak. Pada sebelah petang mengalami
batuk berdarah dan beliau bersetuju untuk dihantar ke hospital pada sebelah malamnya. Menteri Besar Negeri Senbilan YAB Dato’
Seri Hj. Aminuddin bin Harun sempat menziarahi beliau pada petang Jumaat. Keadaannya tidak pulih semasa di hospital dan berlaku
serangan jantung. Selepas itu perjalanan nadi semakin lemah sehinggalah disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 5.30 pagi
Sabtu 30 November 2019. Kebanyakan ahli keluarga ada bersamanya.

Pengurusan jenazah dilaksanakan di hospital Tuanku Jaafar dan jenazahnya dibawa balik ke rumah sebentar sebelum dibawa ke
Masjid Taman Paroi dan disolatkan selepas Zuhur. Seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban untuk
disemadikan. Ramai saudara-mara, jiran, handai-taulan yang menziarahi jenazah beliau dari jauh dakat termasuklah Tuan Hj. Nasir
Kamaruddin dan beberapa sahabat dari Ipoh.

Almarhum adalah seorang yang gigih bekerja, pemurah dan suka membantu dan menolong orang lain. Banyak jasa beliau yang
dicurahkan semasa bertugas dengan sekolah dan YTP. Antaranya ialah penyediaan Polisi Sumber Manusia berasaskan Akta Kerja
55 yang mematuhi peraturan kerajaan. Pengalaman luas dalam bidang sumber manusia semasa bertugas di Motorola, mencakup
permasalahan staf di peringkat antara bangsa dicubagunakan dalam YTP. Semasa menjadi pengarah TASKI dan CEO SERI/
SEMI Seremban dan Sungai Ramal, banyak pendekatan baru diperkenalkan bagi menambah cekap pengurusan pentadbiran dan
kewangan. Sikap lemah lembut tetapi tegas bersama staf dan guru di semua peringkat, menghasilkan urustadbir yang telus dan
berkesan. Hal ini menyebabkan beliau amat dihormati dan sering menjadi pakar rujuk dalam bidang pentadbiran. Beliau merupakan
seorang ‘father figure’ dan pemimpin berwibawa yang banyak memberi motivasi kepada anak buahnya. Semoga Allah swt memberikan
keampunanNya, dicucri rahmatNya dan menggolongkan Allahyarham dalam kalangan orang soleh. Amin.

Laporan : Abd. Rahman Mohd Yasin

14 Unik, Cemerlang & Terbilang

Beliau dilahirkan di Kampong Alor China, Mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah pada tanggal 21hb Mei 1953. Mendapat pendidikan
menengah atas di Kolej Islam Kelang, Selangor (1972 hingga 1973). Di sinilah beliau diperkenalkan dengan Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Koperasi SHAMELIN dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) oleh saudara Anwar
Ibrahim, saudara Sanusi Joned dan Ustaz Fadhil bin Mohd Noor. Manakala Universiti Malaya menjadi tapak penglibatan beliau
dengan aktiviti mahasiswa Islam, dakwah dan pendidikan.

Kerjaya beliau dalam bidang pendidikan bermula di Institut Sofar Ipoh, Perak pada bulan Februari 1977. Guru Penolong – SMJK (C),
Yuk Kwan, Bt. Gajah (1978). Guru Penolong – SMK Idris Shah, Gopeng, Perak (1978-1986). Penolong Pengarah Kanan (Unit SBP) –
Bahagaian Sekolah-sekolah (1995-2000). Ketua Jabatan Peng. Komp. & Ekon. Dan memangku jawatan pendaftar di Institut Aminudin
Baki (IAB), Sri Layang Pahang (2000-2004). Pada tahun 2005 bertukar ke IAB cawangan utara sebagai Ketua Jabatan. Timbalan
Pengarah IAB cawangan utara, Kedah (2007). Pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan utara pada (2007-2013).

Saat yang terkesan dalam kehidupan harian semasa penglibatan dalam gerakan pelajar dan belia Islam sekitar tahun 1975 hingga
1977 ialah kehadiran dalam usrah. Di sinilah terbentuknya pemikiran Islamiah dan akhlak Islamiah yang menjadi amalan hidup
beliau. Alhamdulillah beliau di beri kekuatan untuk terus aktif dalam Jamaah WAP khususnya Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)
sejak ditubuhkan pada tahun 2000. YTP Pusat telah melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah mulai tahun 2013. Juga
diamanahkan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan Negeri (YTPN), Kedah sehingga tahun 2019 dan
ahli Jawatankuasa Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) cawangan Negeri Kedah Darul Aman.

Ketika menghadiri mesyuarat di Maahad At-Taufiqiah Al-Diniah Behrang Stesen, beliau mendapat serangan jantung dan mengalami
sesak nafas dan beliau dimasukkan ke Hospital Slim River dan di tahan wad. Selepas itu mula menjalani rawatan susulan di Hospital
Sultanah Bahiyah, Kedah. Tahap kesihatan yang tidak stabil menyebabkan beliau dimasukkan ke ICU pada Julai 2019. Namun
kesihatan semakin meruncing dan ditahan wad pada Sabtu 12 Oktober 2019 berikutan kesukaran bernafas, kondisi jantung, tekanan
darah dan buah pinggang yang tidak stabil. Beliau dipanggil pulang ke pangkuan Ilahi pada 5.20 pagi 15 Oktober 2019 di Hospital
Sultanah Bahiyah, Kedah pada usia 66 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Che Jah binti Ismail dan 6 orang cahaya
mata.

Kami merasa kehilangan di atas pemergian seorang aktivis Jemaah yang sangat komited. Moga ia menjadi suri teladan dan pemangkin
kepada bakal aktivis yang lain.

Beliau pernah berkata, “Saya akan berehat buat kerja-kerja (dakwah) ni bila mati”.

“Perginya seorang da’ie yang sangat tinggi akhlaknya menemui Khalik-nya dengan segala kebaikan dan pengorbanannya.
Semoga roh Cikgu Abdul Ghani di tempatkan di kalangan para kekasih Allah SWT jua. Aamiin.” Hj. Ahmad Azam Ab Rahman,
Presiden WADAH.

Catatan: Hj. Harun bin Mat Isa – Sorotan Kenangan 1953 - 2019 / Suhaili Hussin

Unik, Cemerlang & Terbilang 15

PENUBUHAN BRIGED BAKTI MALAYSIA DI SERI/SEMI ABIM

Kebaktian (al-Birr) adalah satu amalan mulia lagi terpuji dan orang yang menjadi
pengamalnya (al-abrar) mempunyai kedudukan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Atas
kesedaran inilah ditubuhkan Briged Bakti Malaysia (BBM) untuk menterjemahkan maksud
“al-Birr” itu dalam bentuk amalan dan tindakan secara berorganisasi.

Bermula pada tahun 1991 di Kelantan dengan nama Briged Bakti Negeri Kelantan(BBMCK),
BBM terus berkembang ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak sehingga
pada 2009 ia didaftarkan sebagai Briged Bakti Malaysia serta mendapat kebenaran dari
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat rujukan KPM.BKK.(KOKU)100-
16/10/01(47) untuk menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah.

Dalam program Pemukinan YTP di Bagan Lalang 15-17 September 2019, telah memutuskan
agar BBM di tubuhkan di semua sekolah Yayasan Takmir Pendidikan bermula tahun 2020
sebagai unit beruniform. Hampir kesemua sekolah telah menyatakan persetujuan untuk
menubuhkan BBM di sekolah masing-masing. Satu mesyuarat khas bersama BBM telah
diadakan untuk tujuan penubuhan ini pada 24 September yang dihadiri oleh saudara Juraij
b. Otman (ketua Jurulatih BBM) dan Haji Sirajuddin (Timbalan Pengerusi BBM), manakala YTP diwakili oleh Pn. Rohana Kamaruddin
(Pengarah ALKP) dan Ustaz Naim Mohd Nor (Timbalan Pengarah Kaderisasi).

VISI

‘Masyarakat Berbakti’

MISI

• Mendidik Masyarakat Supaya Dapat Membudayakan Semangat Tolong-Menolong.
• Membina Sukarelawan Dan Menyediakan Platform Untuk Berbakti.

• Mengadakan Jaringan Dan Kolaborasi Dengan Pelbagai Pihak Untuk Mencapai Matlamat
• Menjalankan Kajian, Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Untuk Penambahbaikan Pada Masa Hadapan

FALSAFAH

‘Sebaik-baik Manusia Ialah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain’

MOTO

“Sedia Berbakti”

MATLAMAT

• Membangun potensi modal insan yang berjiwa patriotik, berwawasan, berilmu, berkemahiran dan berpengalaman secara holistik.
• Menjalankan latihan kemahiran dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan diri dan masyarakat serta
melaksanakan tanggungjawab sosial kepada keluarga, masyarakat, negara dan umat sejagat.
• Menjana dan menggembleng tenaga golongan remaja, belia dan masyarakat seluruhnya untuk bekerjasama dalam aktiviti
kesukarelaan dan kesukarelawanan untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam semua lapangan secara bersepadu
dan komprehensif.

• Mengukuh dan meningkatkan perpaduan, kerjasama, dan hubungan baik dengan mana-mana organisasi yang mempunyai matlamat
yang selaras dengan prinsip gerak kerja Briged Bakti Malaysia bagi mewujudkan rasa persahabatan dan setia kawan yang kukuh di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang merentas kaum, bangsa, agama dan fahaman politik.

(Rujukan: Buku Perlembagaan BBM) Laporan : Che Abd. Fatah Che Mohd Nor
16 Unik, Cemerlang & Terbilang


Click to View FlipBook Version