At-Ta’mir Terbilang
Unik Cemerlang
Keluar an 21/1(2018) E dar an D ala man MAC 2018
SERI ALOR SETAR DAN SEMI SEREMBAN MENGEKALKAN
KEJUARAAN IHTIFAL (AKADEMIK) SERI/SEMI
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-XVIII
Barisan para peserta SERI & SEMI Alor Setar
SERI ABIM Alor Setar dan SEMI ABIM Seremban mencipta kejayaan sekali lagi dalam Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI/SEMI Kali Ke
–XV111 anjuran Yayasan Takmir Pendidikan yang diadakan di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar pada 16 hingga 18 Mac 2018.
Pada kali ini SERI ABIM Alor Setar dan Sek. Men. Tahfiz Sains (SEMESTI) diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk mengendalikan
Ihtifal (Akademik) yang mana Tn. Hj. Mohd. Naim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk, manakala Ust. Mohd. Asri b. Zakaria
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana merangkap Timb. Pengerusi
Jawatankuasa Induk 1 dan Tn. Hj. Mohd. Idris b. Mahmud sebagai Timb. Pengerusi
Jawantakuasa Induk 2/Timb. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana. Pengurusan
acara pertandingan dijalankan di bangunan SERI, bangunan SEMESTI, Alor Setar
dan dataran sekolah.
Sebanyak 73 acara pertandingan dilaksanakan antaranya ialah Tilawah Al-Quran,
Syarahan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, Nasyid, Choral
Speaking, Bahas, Bercerita, Azan dan Iqamah, Hafazan Al-Quran, Doa Selepas
Solat & Ma’thurat, Imlak, Khat, Gubahan & Seni Kreatif, Rekacipta, Sajak, Melukis
dan Mewarna, Tulisan Jawi dan Kuiz. Pertandingan ini dibuka untuk kategori
Sekolah rendah Tahap 1 dan 2 dan menengah rendah dan atas. Lebih daripada
1200 orang peserta telah mengambil bahagian.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Raimi b. Abd.
Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Dewan Mentaloon,
Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Darul Aman. Kehadiran melebihi 1500
orang terdiri daripada peserta/pelajar, guru-guru, ibu bapa dan para jemputan.
Majlis penutupan ini turut diserikan dengan kehadiran para pentadbir Yayasan
Takmir Pendidikan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftar, Pengetua dan Guru Besar
SERI/SEMI selaku ahli jawatankuasa Induk, YTP Negeri, Ahli Lembaga Pengarah
SERI/SEMI Alor Setar, Ahli WADAH, ABIM dan PKPIM Pusat dan negeri.
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
MELESTARI UKHUWAH, Presiden ABIM menyatakan bahawa program Ihtifal ini memberi manfaat yang besar
kepada peserta dalam membentuk minda yang cergas dan sihat. Semangat berpasukan
MEMIMPIN UMMAH yang positif dan memberi kebaikan kepada semua peserta. Selain itu ia dapat mengeratkan
lagi kerjasama antara sekolah-sekolah ABIM di seluruh Malaysia bertepatan dengan
Tema yang dipilih untuk Ihtifal Akademik tema “Melestari Ukhuwwah, Memimpin Ummah”. Katanya lagi, “Kehendak dan minat
Kebangsaan SERI/SEMI ABIM KE- XVIII masyarakat terhadap sekolah-sekolah agama sangat tinggi. Ramai ibu bapa di luar sana
iaitu ‘Melestari Ukhuwah, Memimpin yang dahagakan pendidikan agama sebenarnya. Bukan mudah untuk pihak Lembaga
Ummah’ adalah sangat tepat kerana ianya Pengurusan Sekolah, YTP, ABIM, WADAH untuk membangunkan sekolah, mencari tapak
memberi penekanan untuk meningkatkan dan bangunan. Mereka semua bekerjasama untuk memastikan sekolah kita sentiasa
ukhuwah dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang tertinggi. Ihtifal ini memberi ruang dan peluang kepada para huffaz
dan perugas-petugas di semua pusat Al-Quran dan sekolah Islamik untuk bersaing dalam bidang akademik dan amal Islami
pendidikan di bawah Yayasan Takmir.
Dalam Ihtifal ini kita menyaksikan Maahad
Al –Ummah, Chemor yang julung-julung
kalinya menyertai Ihtifal Akademik anjuran
YTP. Ini merupakan suatu langkah positif.
Selain dapat merapatkan ukhwah, mereka
dapat mempelajari sesuatu yang lebih baik
dalam meningkatkan prestasi akademik
khususnya yang berkaitan dengan acara-
acara yang dipertandingkan.
Program Ihtifal ini telah berlangsung pada setanding pelajar-pelajar institusi lain. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah
16-18 Mac 2018 bertempat di Kompleks menyerlahkan bakat pelajar-pelajar kita.”
Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar, manakala
penutupannya telah disempurnakan di Ihtifal Kebangsaan ini telah berjaya mengembangkan para pelajar etika kesenian Islam
Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar. Ihtifal serta memantapkan ukhuwwah. Tahniah diucapkan di atas sekolah-sekolah yang meraih
kali ini merupakan satu program yang kejayaan dan komitmen oleh semua kontigen dari SERI/SEMI seluruh Malaysia yang
berjaya dari segi penganjuran kerana menyertai dan kerjasama padu yang diberikan. Tahniah kepada tuan rumah, JK Induk Ihtifal
SERI dan SEMI Alor Setar selaku tuan Yayasan Takmir Pendidikan, JK Pelaksana yang bekerja keras dalam menggalas amanah
rumah telah dapat membuat persiapan menjayakan Ihtifal ini juga sokongan dan dokongan daripada WADAH, ABIM, PKPIM
dan menyediakan kemudahan yang terbaik Negeri, YTPN, LPS,SERI dan SEMI Alor Setar dan Menteri Besar Kedah. Majlis berakhir
walaupun menghadapi pelbagai cabaran. dengan penyerahan bendera untuk Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI/SEMI Ke-20 oleh
Pihak Yayasan Takmir mengucapkan Ketua Pengarah, YTP, Tn. Hj. Abd. Rahman b. Yasin kepada Pendaftar SERI/SEMI Sg.
setinggi-tinggi penghargaan dan terima Ramal, Ust. Nazzil Saifuddin. Moga tahun 2020 melakar lagi sejarah manis di SERI/SEMI
kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Sg Ramal, Insya Allah.
dan semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam SEKOLAH SERI SEMI
menjayakan program Ihtifal. Mereka yang KEDUDUKAN
mendapat kejayaan diucapkan tahniah SERI ALOR SETAR SEMI SEREMBAN
manakala yang belum berjaya hendaklah PERTAMA SERI AL-HUDA SEMI SG. RAMAL
berusaha keras dan mengambil iktibar GOMBAK
daripada mereka yang telah berjaya. KEDUA KAJANG
SERI SEREMBAN SEMESTI ALOR
Program Ihtifal ini perlu diteruskan kerana ia KETIGA
dapat melatih dan mengembangkan bakat SETAR
serta kemahiran pelajar dalam acara yang
dipertandingkan. Ia juga sebagai persiapan Laporan : Nur Jannah Keman
untuk anak-anak kita menjadi generasi
Al- Quran dan juru dakwah yang berkesan
serta menjadi pemimpin ummat pada masa
hadapan. Semoga kita sentiasa mendapat
petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT
bagi melaksanakan program Ihtifal yang
akan datang dengan lebih baik dan lebih
berjaya.
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
SEMINAR INTERVENSI AWAL & DIDIK ANAK CINTA SOLAT
Yayasan Takmir Pendidikan–TASKI telah
mengadakan Seminar Intervensi Awal dan Didik
Anak Cinta Solat pada 19-20 April 2018 di Dewan
Seminar YTP, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Hari pertama pada 19 April 2018 (Isnin), Seminar
Intervensi Awal telah dihadiri seramai 56 orang
peserta terdiri daripada guru TASKI, Tadika dan
Taska. Seminar IntervensiAwal ini anjuran bersama
Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor,
Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) dan
Kidscare secara percuma khas untuk pendidik.
Antara objektif seminar adalah mengenal pasti
masalah kanak-kanak dan starategi membantu
kanak-kanak bermasalah. Antara penceramah
yang memberi pengisian iaitu Pn Mahanom
Binti Basri, Pn. Cheoh Siew Tin (Mantan Ketua
Jururawat) dan Dr. Catur Setiowargo (Perunding
Pendidik Awal Kanak-Kanak)
Pada hari kedua, 20 April 2018 (Selasa), Kursus Didik Anak Cinta Solat telah dihadiri seramai 44 orang guru TASKI dan Tadika luar. Objektif
kursus adalah mengetahui kaedah yang berkesan mendidik kanak-kanak cintai solat. Antara pengisian kursus ialah Ilmu Membina Cinta,
Cara Mendidik Cinta Solat, Membina Skrip dan Shapping Procces. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Badariah Ismail, Pengasas Tadika
Dzul Iman.
Kursus ini telah memberi pengetahuan yang positif kepada semua peserta yang hadir. Semoga usaha ini, mendapat keberkatan dan
keredhan Allah SWT.
Laporan : Noor Khamsilawaty Bt Sapalie
KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM TASKI NEGERI KELANTAN
Yayasan Takmir Pendidikan –TASKI telah
menganjurkan Kursus Pemantapan Kurikulum
TASKI di negeri Kelantan. Kursus ini
berjalan selama 3 hari bermula 22 hingga 24
Februari 2018 di Seri Muara Resort, Bachok
Kelantan. Seramai 47 guru TASKI yang hadir.
Antara objektif kursus ialah pendedahan
Kurikulum Standart Prasekolah kebangsaan
(KSPK) Panduan Pelaksanaan di TASKI,
Pendedahan pelaksanaan Pendidikan Al
Hikmah, Kefahaman Pendekatan Pengajaran
Prasekolah, Pedagogi Abad Ke 21 Serta
Membudayakan Pelaksanaan Lestari di
Peringkat TASKI.
Antara penceramah yang dijemput iaitu Tn. Hj.
Mohamad Abu Daud (Timb. Ketua Pengarah
YTP-Akademik), Pn. Hjh. Wan Ruhayah Wan Yaacob (Pengarah TASKI), Pn.Hjh. Rohana Kamaruddin (Pengarah ALKP), Pn. Siti Patimah
Binti Abd. Kadir (Penyarah Akademik IPG Kota Bharu) dan Pn. Nor Azima Binti Nordin (Pensyarah Akademik IPG Kota Bharu). Kursus ini
sangat berfaedah dan mendapat tindak balas yang positif daripada semua peserta yang hadir. Semoga usaha ini, mendapat keberkatan
dan keredhan Allah SWT.
Laporan : Noor Khamsilawaty Bt Sapalie
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
BENGKEL BUKU TEKS
Bengkel Buku Teks telah diadakan pada 23-25 Jan dan 21-
23 Feb 2018 di Dewan Seminar Yayasan Takmir, Seksyen 7,
Bangi. Sebanyak 17 judul buku teks, modul SPRA dan buku
latihan diniah SERI/TAHFIZ perlu disiapkan untuk kegunaan
2019. Tugasan penulisan buku diniah SEMI masih diteruskan.
Tn. Hj. Abd. Rahman (Ketua Pengarah, YTP) telah
menyampaikan honorarium kepada para panel penulis dan
Panel Penyemak/Editor di awal pembukaan bengkel. Buku
tulis SERI/TAHFIZ/SEMI juga akan dicetak pada tahun ini untuk
kegunaan tahun depan.
Laporan : Nur Jannah Keman
USTAZAH HASLIZAH HUSSEIN DALAM KENANGAN
Pemergian seorang guru yang lama berkhidmat di Kelas Tahfiz Ummah Bangi iaitu Ustazah Haslizah binti
Hussien pada 26 Januari 2018, jam 5.50 petang bersamaan pada hari Jumaat yang mulia di Hospital Serdang.
Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Kota Tinggi, Johor. Allahyarhamah disahkan mengalami komplikasi
jantung dan telah dimasukkan ke wad CCU pada Ahad 21 Januari 2018.
Allahyarhamah memulakan tugas sebagai pendidik di Kelas Tahfiz Ummah Bangi (KTU) pada Disember
1993 sebagai guru biasa di KTU As-Sobah. Pada tahun 2004 beliau di lantik menjadi guru kanan di Tahfiz
Al Madani sehinggalah tahun 2018, dan telah berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang perguruan.
Sepanjang Allahyarhamah berkhidmat di KTU ini , banyak jasa dan bakti yang telah disumbangkan dalam
usaha membangunkan program pendidikan Islam KTU. Beliau juga merupakan salah seorang perintis awal
dalam mengembangkan KTU ini. Beliau mempunyai sikap setiakawan dan seorang yang sangat disenangi
serta membantu rakan-rakan seperjuangan , hubungannya dengan pelajar-pelajar, ibu bapa dan bekas pelajar-pelajarnya amat akrab
sehinggalah ke akhir hayatnya.
Laporan : Noraila Abdul Rahman
CIKGU MOHD NAJID BIN OMAR
Almarhum Cikgu Mohd Najid Omar
merupakan aktivis Jamaah WADAH,
MUTIARA HIKMAH ABIM, PKPIM (WAP) sejak beliau di
universiti. Beliau pernah memimpin
PKPIM di peringkat kampus UUM.
Setelah tamat pengajian di UUM beliau
terus kekal bergerak aktif dalam ABIM
di Perlis dan memegang beberapa
“Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan jawatan utama dalam Jamaah
orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah WAP. Antara jawatan yang pernah
dan sedang disandang oleh beliau
kata nasihatnya kerana sesungguhnya sewaktu beliau menghembuskan
sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, nafas terakhirnya ialah YDP ABIM
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari Negeri Perlis, Pengerusi Perhubungan
Koperasi Belia Islam (KBI) Perlis, Pengarah Global Peace Mission (GPM)
mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang Perlis dan Timbalan Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) negeri
Perlis.
subur lalu disirami air hujan.”
Almarhum kembali kerahmatullah pada 25 Januari 2018 pada usia 41 tahun
~ Luqman al-Hakim ~ kerana komplikasi buah pinggang. Almarhum meninggalkan seorang balu
dan tiga orang anak lelaki masing-masing berusia 13, 10 dan 9 tahun.
Takziah dari warga besar YTP untuk keluarga almarhum, “Innalillah wainna
ilaihi raajiuun”, Alfatihah.
Laporan: Suhaili Hussein
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
BENGKEL INOVASI PENDIDIKAN
Yayasan Takmir telah
mengadakan Kursus/
Bengkel Inovasi Pendidikan
pada 27 Mac 2018 di Dewan
Seminar Yayasan Takmir,
Seksyen 7, Bangi, Selangor.
Kursus ini bertujuan untuk
menggalakkan inovasi dan
kreativiti dalam kalangan
guru dan pelajar, mencari
inisiatif dan inovasi baharu
untuk lonjakan perlaksanaan
pendidikan Al-Hikmah di
sekolah-sekolah YTP.
Seramai 26 guru dan
pentadbir hadir mewakili
sekolah SERI dan SEMI dan
mereka telah didedahkan mengenai Inovasi Pengurusan Sekolah dan PdP dalam kelas oleh Pn. Hjh. Mahawa bt. Pilus, Pensyarah IPGM
Islam, Bangi. Pn. Hjh. Mahawa telah memberi input inovasi pendidikan dan telah berkongsi kejayaannya di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Para peserta diminta untuk melaksanakan inovasi di sekolah masing-masing dan mengadakan pertandingan di peringkat
sekolah serta persediaan di peringkat kebangsaan pada Mei/Jun tahun depan yang akan dianjurkan oleh Yayasan Takmir Pendidikan
Pusat.
Laporan : Nur Jannah Keman
NAIB JUARA TAHFIZ MUDA MUSIM KE-2 Penasihat
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
‘Kalau hendak jadi bidadari, Al-
Quran mesti dihati’, inilah trademark Ketua Editor
yang sering dilaungkan oleh Tahfiz Hj. Samian Mohd Ali
Muda Khodijah dalam Program
Tahfiz Muda Musim Kedua. Tiada Editor Kerja
ucapan lain selain ucapan Tahniah Nur Jannah Keman
dan syabas di atas kejayaan
merangkul Naib Johan dalam Suhaili Husin
pertandingan Tahfiz Muda anjuran Noraila Abd. Rahman
Astro Oasis. Beliau adalah murid Mohd Fitri Amir Shoodi
tahun 5 Seri Al-Huda. Noor Khamsilawaty
Syabas juga diucapkan kepada ibubapa termasuklah abang dan kakak yang sudah pasti Susunatur Grafik
tidak putus mendoakan dan memberi semangat setiap saat dan di setiap waktu. Sudah Khairul Anuar Mohd Ariffin
tentunya warga YTP juga amat berbangga dan gembira atas kejayaan beliau. Mudah-
mudahan trademark beliau itu boleh menjadi inspirasi warga Seri Al Huda agar mereka Penerbit
bukan sekadar membaca dan menghafal Quran semata-mata, tetapi mampu menghayati Yayasan Takmir Pendidikan
hingga menjadikan Al Quran sebagai sahabat sejati. InsaAllah 605B, Kompleks Diamond,
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a telah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : “sebaik manusia Bangi Business Park, J
di antara kamu, orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” alan Medan Bangi,
(Hadis riwayat Bukhari )
Off Persiaran Bandar,
Semoga beliau akan terus istiqomah dan menjadi Hafizah yang solehah satu hari nanti. 43650 Bandar Baru Bangi.
Insya Allah. Emel: [email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Laporan : Mohd Fitri Amir Shoodi
Fax: 03-89201788
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
PERISTIWA
PELAJAR SRI JOHOR MEWAKILI SEKOLAH MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN & KECERIAAN)
DALAM ACARA LOMPAT TINGGI DIRASMIKAN OLEH TN. HJ. KHALIL JALI
PEREMPUAN DI KEJOHANAN ACARA (9 APRIL 2018 - SRI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN)
PADANG MSS ZON BANDAR
DENGAN MEMENANGI
PINGAT PERAK (NAIB JOHAN)
(7 FEBRUARY 2017 -
JOHOR BAHRU, JOHOR)
USRAH GABUNGAN SERI/SEMI SG. RAMAL 2018 BERSAMA PENCERAMAH USTAZ TARMIZI AB RAHMAN (JURI TILAWAH INTERAKTIF TV1)
(7 APRIL 2018 - BILIK SYURA, KOLEJ DAR AL-HIKMAH, SG. RAMAL KAJANG)
PELANCARAN PROGRAM NILAM 1 HARI 1 BUKU PESERTA LELAKI TERBAIK DARI SERI AL-HIKMAH KELANTAN
DI LAPANGAN SEKOLAH DALAM PENYERTAAN KEM PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM
( 22 JANUAR 2018 - SERI AD-DINIAH, SG. BAKAP PULAU PINANG) (14 APRIL 2018 - IPG SULTAN MIZAN)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
PELAJAR SERI AD-DINIAH MENYERTAI ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI - MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP)
(27 JANUARI 2018 - PEJ. DAERAH PENDIDIKAN SPT, PULAU PINANG)
SESI DEMONSTRASI MENCEGAH KEBAKARAN DI PERINGKAT PELAJAR SERI DENGAN KERJASAMA HAL EHWAL MURID (HEM) SERI TAIPING
DAN JABATAN BOMBA PENYELAMAT TAIPING
(13 APRIL 2018 - SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-UMMAH, TAIPING PERAK)
PROGRAM QIAMULAIL PELAJAR TAHUN 6 SERIAS PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5/6 DAN PERJUMPAAN WARIS TAHUN 5/6
(1 MAC 2018 - SERI ALOR SETAR) (20 JANUARI 2018 - DEWAN UTAMA SERI AD-DINIAH, SG. BAKAP)
Unik, Cemerlang & Terbilang 7
PERTANDINGAN KHAT SEMPENA PERMUKIMAN MENTERI BESAR PERAK
Pada 21 Februari 2018 telah diadakan pertandingan khat sempena permukiman Menteri Besar Perak. Pelajar dari Seri Al-Ummah dan
Madrasah Al-Hikmah Chemor telah menyertai pertandingan dan telah berjaya memenangi kategori peringkat Sekolah Rendah dan
Menengah. Lebih membanggakan peringkat Sekolah Rendah berjaya membolot ketiga-tiga tempat dalam acara tersebut iaitu tempat
pertama oleh Adriana Sofea, tempat kedua Nirmin Hannan dan tempat ketiga oleh Muhammad Ziyad. Peringkat Sekolah Menengah pula
tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Imaduddin Bumidin. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.
KEM KECEMERLANGAN PELAJAR BERSAMA MRSM TAIPING
SERI Taiping antara yang terpilih untuk
menyertai kem kecemerlangan bersama
murid MRSM Taiping anjuran MRSM dengan
kerjasama beberapa institusi lain. Beberapa
orang murid tahun 5 dan 6 yang telah terlibat.
Mereka diberi suasana yang lebih dinamik serta
bermotivasi ke arah kecemerlangan bersepadu
dari segi nurani dan akhlak. Mereka didedahkan
dengan cara pembelajaran menarik dan unik
menerusi aspek pendidikan nasional mahupun
kebangsaan.
Kem yang berlangsung 3 hari 2 malam ini
disertai oleh 15 orang pelajar SERI Taiping
daripada 145 jumlah murid keseluruhannya. Mereka pastinya memaparkan kredibiliti dan kebertanggungjawaban masing-masing agar
lebih gigih dalam usaha memantapkan akademik untuk memastikan tuntutan duniawi ataupun ukhrawi.
Jutaan terima kasih kepada Penolong Kanan
Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM atas
usaha menerapkan nilai-nilai murni melalui kem
kecemerlangan ini serta ‘memenuhi ruang’ serta
‘peluang’ keemasan untuk anak-anak SERI Taiping
ini.
Tahniah dan Syabas !
Laporan : Laman Portal Seri Taiping
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
Mengenali Sekolah
SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) AL-UMMAH MANJUNG
SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) Al-UMMAH Manjung,
ditubuhkan pada 2001, hasil daripada keputusan mesyuarat khas
pada 19 September 2000 bersama Yayasan Takmir Pusat diketuai
oleh Ustaz Hj. Mahyuddin b Ashaari, manakala pimpinan jamaah
Perak terdiri daripada Hj. Ahmad b. Masnon, Hj Wan Ahmad
Tarmizi b. Abdul Aziz, Hj. Mohamad Tarmizi b. Abdul Hamid, Hj
Abdul Rahman Najib b. Mohd Noor, Prof. Madya Hj. Mat Salam b.
Karnadi, Ustaz Hj. Suwardi b. Sapuan, Ustaz Hj. Wan Ahmad Puad
b. Wan Sulaiman, En. Azhar b. Bahari, Hj. Md. Razali b. Mohd
Salleh, En. Ahmad Hassan b. Nuri, En. Abdul Majid b. Sapak, Hj.
Mohd Yusof b. Abdullah, Hj. Mohd Nasir b. Kamarudin, En. Zainal Abidin b. Ahmad, Ustaz Zulkifli b. Ibrahim, En. Badlisham b. Hj.
Sarip, En. Abd. Mutalib b. Ibrahim dan En. Zainal Abidin b. Hamzah. Mesyuarat juga memutuskan untuk melantik Hj. Ahmad b.
Masnon sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan Ustaz Hj. Suwardi b. Sapuan sebagai Timbalan Pengerusi.
Sekolah ini merupakan salah satu daripada rangkaian institusi dalam sistem pendidikan jamaah di bawah naungan Yayasan Takmir
Pendidikan dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/LP/MG.71/08. Pada mulanya
SERI AL-UMMAH Manjung adalah sebagai cawangan dari Seri Al Ummah Ipoh. Guru Besar yang pertama Saudara Suhaimi bin
Abd Latif. Penolong Kanan dipegang oleh Haji Mohd Yusof (Mantan Exco ABIM Manjung) beroperasi di bangunan No. 370, batu 9
Lekir, 32020 Sitiawan di satu bangunan yang telah diwakafkan kepada ABIM pada tahun 2002. Seterusnya Seri Al-Ummah Manjung
telah berpindah ke Bandar Baru Seri Manjung bertempat di pejabat ABIM no. 1.2, Blok O, Fasa 1C3, 32040 Seri Manjung sehingga
tahun 2014.
Kemudian jawatan Guru Besar telah beralih
kepada Hj. Mohd Nasir bin Kamaruddin
(Pengerusi Wadah Negeri Perak). Beliau
berkhidmat sebagai Guru Besar sepanjang
tempoh enam bulan. Jawatan Guru Besar
selanjutnya disandang oleh Ustaz Haji Suwardi
b Sapuan (Mantan Timbalan Pengarah Institut
Teknologi Mara (ITM) di Seri Manjung. Pada
tahun 2007, ABIM Negeri telah memutuskan
untuk melantik Ustaz Haji Wan Ahmad Puad
b Wan Sulaiman (Pesara Penyelia Kanan
Pendidikan Islam) sebagai Guru Besar SERI
Al-Ummah Manjung menggantikan Ustaz Haji
Suwardi bin Sapuan.
Pelajar yang bermula dari seramai 16 orang pada 2001 meningkat kepada 49 orang pada 2007, 185 orang pada 2010 dan sehingga
kini berjumlah seramai 350 orang murid.
Pada tahun 2009, pihak sekolah telah dikurniakan sekeping tanah di Kg. Deralik untuk didirikan bangunan sekolah. Mulai dari
tarikh itu, pihak pengurusan serta dokongan Jamaah Pengurusan Sekolah (LPS) terus berusaha untuk mendapat sumbangan dari
pelbagai pihak bagi menambak tanah dan mendirikan sebuah bangunan. Penambakan tanah bermula pada tahun 2009 sehingga
pertengahan 2013. Pada pertengahan 2013, bermulalah pembinaan bangunan satu tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah,
mussola, dewan makan, pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan tandas. Alhamdulillah pada
bulan September 2014 bangunan asas sekolah dapat disiapkan dan perpindahan murid dilakukan bermula pada tarikh tersebut.
Terkini jawatan guru besar disandang oleh Ustaz Wan Ahmad Safwan b Wan Ahmad Puad dan dibantu oleh Guru Penolong Kanan,
Puan Farah bt Suwardi. Antara kejayaan akademik yang dicapai pada tahun 2017 iaitu seorang murid memperolehi 6A untuk UPSR,
seramai 23 murid memperolehi 8A untuk UPKK dan seramai 7 orang murid memperolehi 6A untuk Sijil Rendah Agama Islam (SRAI).
Laporan oleh Muhammad Haffiz Shaharuddin SERI Al-Ummah Manjung
Unik, Cemerlang & Terbilang 9
Kepentingan Program Kaderisasi
Sehebat apa pun sesuatu ideologi perjuangan pasti akan menemui zaman pudar dan gelapnya, apatah lagi apabila pencetusnya sendiri
juga sudah tiada.
Kerana kekuatan sesuatu ideologi itu pula amat bergantung kepada kemampuannya berintraksi dengan 3 dimensi ini :
1. Kemampuannya menyerap masuk ke dalam realiti kehidupan manusia yang pelbagai dan mudah diterima oleh mereka.
2. Kemampuannya memberi harapan yang lebih baik daripada yang sedia ada kepada pelbagai masyarakat.
3. Kemampuannya yang fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan kepelbagaian keperluan masyarakat.
Justeru untuk menjamin agar sesuatu ideologi itu boleh berkembang dan berterusan, proses membina kader dan pelapis harus diberi
fokus. Inilah proses yang menjadi kebimbangan para nabi yang tidak punya pelapis untuk meneruskan misi mereka.
Jika tiada persiapan untuk membina dan mendidik generasi yang faham dan sanggup menerus ideologi tersebut, ia akan pudar sedikit
demi sedikit dan akhirnya akan lenyap begitu sahaja.
Lainlah agama Islam, ia dijaga oleh Allah sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, hinggalah ke hari Kiamat nanti, kitabnya Al-Quran
juga tidak dapat diselewengkan penulisannya hingga ke hari Kiamat, ini jaminan Allah di dalam kitabnya, lihat surah Al-Hijr: 9.
Selain itu, semuanya terdedah kepada kebinasaan, lihat surah Al-Rahman: 26. Oleh itu amat penting bagi kita untuk mengurus dan
mempersiapkan generasi penerus ini.
Kebimbangan para nabi diabadikan di dalam Al-Quran, Nabi Zakaria AS bila merasakan pengikut-pengikutnya tidak dapat diharapkan untuk
meneruskan perjuangannya, beliau mula bermunajat kepada Allah, mengadu ketuaan umurnya, isterinya pula tidak dapat melahirkan, lalu
beliau memohon agar dikurniakan anak untuk mewarisinya, malah mewarisi ajaran Islam sejak Nabi Yaakob as, lihat Surah Maryam: 5.
Melihat kepada kepentingannya ini, Yayasan Takmir Pendidikan juga tidak ketinggalan memberi fokus pada agenda kaderisasi ini Ia
berdasarkan keperluan semasa jamaah, khususnya diinstitusi-institusi pendidikan jamaah yang melahirkan ramai lepasan setiap tahun,
tetapi tidak menjadi kader dan petugas jamaah, begitu juga para gurunya yang sekadar menjadi petugas di sekolah sahaja, tidak lebih dari
itu, dengan scenario yang ada ini, beberapa inisiatif awal telah digerakkan oleh YTP, antaranya yang melibatkan guru, staf dan murid :
• Menggerakan semula sistem Tarbiah di sekolah-sekolah.
• Menggilap para naqib di Tamrin Nuqaba.
• Menyediakan format usrah yang standard dan ringkasan silibusnya.
• Mengemaskini modul Tamrin dan Latihan.
• Menganjurkan Kursus Latihan Tata Jamaah.
Semoga usaha kecil ini memberi sumbangan bermakna pada Jamaah Wadah, ABIM dan PKPIM dalam melahirkan para kader yang akan
meneruskan perjuangan murni ini.
Ustaz Mohd Naim Mohd Noor
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
CIKGU ABDUL HALIM ISMAIL
CIKGU ABDUL HALIM ISMAIL, 63 tahun, mendapat ijazah dalam Ekonomi Analisa dari Universiti Malaya
pada tahun 1976. Menjadi Naib Pengerusi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) sejak tahun 1995,
sebelum dilantik sebagai Pengerusi koperasi berkenaan selama lima tahun (2004 -2009).
Menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat perniagaan termasuk Tradisi Ilmu Sdn Bhd, Edisi Cemerlang
Sdn Bhd dan beberapa anak syarikat KBI. Kini (2018) beliau masih memegang jawatan Pengerusi Eksekutif
KBI-Caltech, sebuah pusat latihan automatif untuk belia, yang beroperasi di Pinggiran Subang, Selangor.
Turut menduduki lembaga pengarah beberapa NGO dan badan-badan sosial seperti Global Peace Mission
Malaysia (GPM), Akademi Kajian Ketamaduan dan Yayasan Takmir Malaysia. Pernah memegang jawatan
sebagai Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (1997-2003). Mempunyai berbagai pengalaman
termasuk sebagai aktivis pelajar semasa zaman mahasiswa. Pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya (PMIUM), Yang DiPertua, Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dan Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan dan
Pelajaran Masyarakat Islam Perak (PKPMIPk).
Beliau menjadi antara penggerak penting dan Pengetua bagi Institut Sofar Ipoh 1977 - 1989) sebuah institusi pendidikan swasta di Ipoh
yang banyak melahirkan pelapis jamaah serta teknokrat Islami untuk masyarakat dan negara, di samping menjadi antara perintis penting
pembangunan Ma’had al-Ummah, sebuah sekolah menengah agama, juga di Ipoh, Perak. Pernah bertugas sebagai Penolong Pendaftar
Kanan, Bahagian Hal ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga Pendaftar, Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
(IPI) yang kini bertukar nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dan beroperasi di Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Sebelum memasuki Universiti Malaya, beliau mendapat pendidikan menengah di Ma’had Mahmud, Alor Setar, dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5, sementara Tingkatan 6, di Kolej Islam Kelang, Selangor.
Anak tertua dari sembilan adik beradik ini berkahwin dengan Puan Aishah Hasan pada tahun 1981 dan dikurnia enam orang anak; Fauziah
Zakiah, Huda Zuhrah, Fatimatul Zahrah, Muhammad Nukman, Ahmad Najib dan Ahmad Naim.
Beliau pernah memegang jawatan Ketua Biro Perhubungan, Setiausaha Kewangan, Naib Presiden dan Timbalan Presiden ABIM. Di
permulaan ‘gerakan reformasi’ tahun 1998, beliau ketika itu sebagai Naib Presiden ABIM dan bertugas dalam soal tarbiyah, telah ditahan
selama sembilan hari (21 September – 29 September 1998) di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (I.S.A.) atas tuduhan ‘mengancam
keselamatan negara’. Turut bersama ditahan ialah Ahmad Azam Abdul Rahman (Presiden ABIM), Ustaz Mokhtar Redzuan (Timbalan
Presden ABIM) dan juga Shaharudin Badarudin (Setiausaha Agung ABIM).
Selepas melepaskan jawatan dalam ABIM, beliau diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH) selama 10 tahun (2005 – 2016), dan kini sebagai Naib Presiden WADAH. Dengan ilmu dan ketokohan yang ada beliau selalu di
undang untuk memberi tarbiyah kepada semua peringkat dalam jamaah kita dalam pelbagai program. Perwatakan lemah lembut, tenang,
mudah tersenyum serta mudah mesra antara sifat yang sangat disenangi oleh rakan-rakan. Idea beliau yang tuntas dan konstruktif serta
relevan menjadikan beliau selalu menjadi orang tengah dan pemersatu dalam menyelesaikan masalah dalaman jamaah.
Laporan : Suhaili Hussin
ENROLMEN MURID, BILANGAN GURU DAN STAF INSTITUSI DIBAWAH YTP 2018
INSTITUSI MURID GURU STAF
SERI 7352 581
SEMI 1046 123 207
4437 139
TAHFIZ 8720 555 15
TASKI 21,555 1398 76
JUMLAH 298
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
12 Unik, Cemerlang & Terbilang