At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang
Keluar an 1/2017 E dara n Dal ama n MAC 2017
KONVENSYEN PENDIDIKAN AL-HIKMAH KE-2
“KELANGSUNGAN PENDIDIKAN AL-HIKMAH MELALUI KADERISASI”
Konvensyen Pendidikan Al-Hikmah Ke-2 telah berlangsung
dengan jayanya pada 11-12 Februari 2017 di Hotel KK,
Kajang Selangor. Penyertaan seramai 250 orang terdiri
daripada ahli ALP YTP, YTPN, LPS, Ketua Pegawai
Eksekutif, Pengetua, Guru Besar, Pengurus/Penyelia, guru-
guru SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM seluruh negara.
Antara peserta yang turut hadir adalah pensyarah dan
staf Kolej Dar Al-Hikmah, pimpinan ABIM, WADAH dan
UNISEL. Ucapan aluan perasmian disampaikan oleh Tn.
Hj. Mohamad Raimi b. Ab. Rahim, Presiden ABIM. Antara
ucapan beliau menyebut “Insitusi jamaah ini adalah institusi
perjuangan dan dakwah maka segala institusi di bawahnya
mesti membawa aspirasi ABIM. Walaupun pihak luar,
banyak yang mahu belajar daripada pengalaman ABIM
membangunkan sistem pendidikannya dan gagasan
Pendidikan Al-Hikmah ini namun kita terus belajar untuk membangunkan sistem pendidikan alternatif yang terbaik ini. Justeru itu misi dan
objektif institusi pendidikan jamaah untuk mendidik umat perlu diperkemas dan disebarluaskan seluas-luasnya. Pelbagai masalah semasa
di kalangan umat ketika ini mewajarkan kita memberi penekanan kepada aspek dakwah dan tarbiyyah secara efisien dan berkesan”
Ucaputama oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Siddiq b. Fadzil, Pengerusi Majlis Istisyari, WADAH. Bertajuk “Pendidikan Al-Hikmah Sebagai
Gagasan Pendidikan Jamaah.” Antara intipati ucaputama:
• Ilham yang dikurniakan oleh Allah kepada para auliya dan para pujangga ilmuan, mempunyai kurniaan hikmah dan daya renung yang
tinggi maka terlahirnya Pendidikan Al-Hikmah yang termaktub di dalam Surah Al-Luqman. Ia mengungkapkan pendidikan Ilahiyah yang
mengatasi segala teori pendidikan mana-mana sarjana pun.
• Elemen aqidah, syariat, akhlak dan tasawwur mesti ada dalam Pendidikan Al-Hikmah bagi melahirkan karakter unggul.
• Nilai ikhlas dalam amal ibadah, akhlak mulia, seni dan sebagainya perlu ada dalam pembinaan Pendidikan Al-Hikmah ini.
• Rasa syukur mestilah ada dalam amal ibadah kepada Allah dan kebaktian kepada ibu bapa dan manusia.
• Program Pendidikan Al-Hikmah ini mestilah dilestarikan dan dibangunkan hingga sejaya-jayanya.
Sesi 1 mengupas tajuk Gerakan Islam dalam Menghadapi Cabaran Semasa.
Dr. Mohd. Rumaizuddin b. Ghazali membentangkan “Sejarah Gerakan Islam di
Malaysia Abad ke-18 hingga kini.” Manakala Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir,
Naib Presiden WADAH menyampaikan tajuk “Bagaimana Menghadapi Generasi
Y- Z-Alfa.”
Sesi 2 Teras PendidikanAl-Hikmah dengan tajuk ‘Gagasan PendidikanAl-Hikmah
& Pembinaan Karekter’ oleh Tn. Hj. Muhamad Khailani Abdul Jalil (CEO Kolej
Dar Al-Hikmah) berganding dengan Ustaz Mohd. Nasir Mohd. Tap (Pensyarah
Kanan, KDH) manakala Tn. Hj. Mahyuddin b Ashaari membawa tajuk ‘Membina
Kompetensi Pendidik Jamaah Berasaskan Pendidikan Al-Hikmah’ dan Tn Hj.
Abdul Ghani b. Ishak mengulas ‘Kesinambungan Pendidikan Murid/Pelajar di Institusi Jamaah.’
Pada sebelah malamnya Sesi 3 iaitu “Cabaran Pendidikan Semasa membincangkan Peranan MAKTAB dalam Tarbiah Jamaah Untuk
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
Pendidikan Al-Hikmah Sebagai Menghadapi Cabaran Dakwah Kini dan Masa Depan” yang disampaikan
Gagasan Jamaah oleh Tn. Hj. Ab. Halim Hj. Ismail (Pengerusi MAKTAB), ‘Kurikulum Harakah
Islamiyah Institusi Pendidikan YTP-Satu Cadangan’ oleh Tn. Hj. Abd.
Pendidikan Al Hikmah merupakan satu sistem pendidikan Rahman b. Mohd. Yasin (Ketua Pengarah, YTP) dan ‘Melahirkan Generasi
Pelapis Melalui Sistem Pendidikan Jamaah’ disampaikan oleh Sdr.
alternatif produk Jamaah kita untuk dijadikan sebagai Fakruradzi Abdullah (Naib Presiden, PKPIM).
sistem penyelamat umat , di mana umat kini sedang
mengalami kerosakan akibat sistem yang sedia ada.
Konsep pendidikan al Hikmah dimbil berdasarkan kepada Sesi 4 membahaskan tentang Pengurusan Institusi Pendidikan Jamaah iaitu
pesanan Luqman al Hakim iaitu seorang yang diistimewakan ‘Kaderisasi Melalui Sistem Tarbiah Jamaah’ disampaikan oleh Ust. Mohd.
dengan dikurniakan al-hikmah dan mengungkapkan Naim Mohd Noor (TKP Kaderisasi & Antarabangsa, YTP) dan Perlaksanaan
nasihat pendidikan sebagaimana tercatat di dalam al Quran Semasa Urustadbir YTP oleh Tn. Hj. Samian b. Mohd Ali (TKP Pentadbiran/
Surah Luqman ayat 12 hingga 19 .Terdapat 10 nilai penting Kewangan YTP) dan Tn. Hj. Khalil b. Jali (CEO SERI/SEMI Seremban).
pesanan Luqman al-Hakim iaitu:
1. Aqidah yang murni
2. Kebaktian kepada kedua ibubapa
3. Ketegasan sikap berdasarkan iman, ilmu dan akal
4. Muraqabah- pergantungan mutlak kepada Allah
5. Pelaksanaan solat sempurna
6. Amal maaruf nahi mungkar
7. Kesabaran (daya tahan) menempuh ujian
8. Penghindaran dari keangkuhan
9. Kesedarhanaan cara berjalan
10. Pelunakan suara
Gagasan pendidikan al- Hikmah merupakan suatu rangka Resolusi konvensyen ini telah dihasilkan dan dibentangkan oleh Tn. Hj.
tindakan terhadap cita-cita melahirkan satu generasi Ishak b. Ali Shah (Ketua JK Resolusi) dan Jawatankuasa Task Force telah
Khayra Ummah yang serba sempurna dari sudut rohani, dibentuk untuk memperhalusi dan implimentasi selanjutnya. Majlis Penutup
akal, jasmani, emosi dan sosial. Generasi ini mempunyai disempurnakan oleh YBhg. Tn. Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman (Presiden
pengetahuan yang tinggi, berakal budi, berakhlak dan WADAH).
beradab mulia, berkepemimpinan di samping professional
dan hikmah. Untuk tujuan ini falsafah pendidikan al -Hikmah Antara inti ucapan Tn. Hj. Ahmad Azam adalah:
hendaklah diterapkan dan dimasukkan ke dalam kurikulum • Kegagalan memahami sebarang perkembangan yang berlaku bakal
dan ko -kurikulum pendidikan kita. Dalam hal ini Yayasan
Takmir Pendidikan (YTP) berperanan merangka kurikulum menatijahkan kemunduran dan seterusnya kehancuran sesuatu
serta ko-kurikulum yang berdasarkan falsafah pendidikan organisasi.
al-Hikmah. • Gerakan ini adalah untuk melahirkan pejuang-pejuang umat. Sekolah
kita adalah sekolah perjuangan untuk mendidik anak-anak agar boleh
Oleh itu semua petugas yang terlibat dalam pendidikan mengangkat dan membela umat. Sebagai contoh, seorang hakim yang
kita dari peringkat TASKI, Tahfiz, SERI, SEMI mestilah ummatik dan harakiy, boleh membela umat di samping merupakan
memahami dengan mendalam serta menghayati falsafah seorang hakim yang baik.
pendidikan al-Hikmah . Justru, YTP perlu mengadakan • Mengubah perspektif daripada guru-guru sekadar carma (cari makan)
program kursus kepada semua guru di semua peringkat kepada guru-guru perjuangan.
agar mereka dapat memahami dengan tepat falsafah • Dalam menghadapi suasana dan cabaran semasa yang dikuasai
pendidikan al-Hikmah. Di pihak guru-guru pula hendaklah ekonomi negara China khususnya serta lambakan aktiviti ekonomi di
sentiasa bersedia untuk memahami falsafah ini negara kita oleh pelabur-pelabur dari negara China, maka sebahagian
dengan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan dan pelajar kita wajib mempelajari dan mahir dalam Bahasa Mandarin.
melaksanakannya dengan penuh didikasi. • Idea kekhalifahan yang sedang dibangunkan kembali oleh Turki wajar
diberi perhatian dan kita harus bekerjasama dengannya.
Perkara yang penting yang perlu diambil perhatian adalah • Al-Fateh wajar dijadikan sebagai ikon buat umat masa kini, disamping
komitmen dan tanggungjawab setiap guru dan petugas Said Badiuzzaman An-Nursi. Ketika ini, Erdogan pula sebagai contoh
semasa.
untuk menghayati dan mengaplikasi makna falsafah al- • Dari segi pendidikan kita perlu mencontohi Gerakan Muhammadiyah di
Hikmah, dalam semua aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum Indonesia yang telah mempunyai puluhan universiti dan ribuan sekolah.
sama ada di dalam bilik darjah mahu pun di luar bilik darjah, Laporan: Nur Jannah Keman
dan mewujudkan suasana dan persekitaran yang Islamik
yang mencerminkan aplikasi falsafah ini. Marilah kita
berdoa agar pendidikan al-Hikmah dapat dilaksanakan di
semua pusat pendidikan kita dengan jayanya serta diredhai
Allah S.W.T.
Hj. Samian Mohd Ali
2 Unik, Cemerlang & Terbilang
MINDA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH YTP
(Ucapan alu-aluan dalam Konvensyen Pendidikan Al-Hikmah Ke-2 pada 11 Februari 2017)
Pendahuluan
Falsafah Pendidikan al-Hikmah telah mula diperkenalkan sejak awal tahun 2000. Masyarakat
umum, khususnya warga pendidik di bawah naungan Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)
wajar memahami serta menghayati kandungan falsafah ini agar pelaksanaannya di institusi
pendidikan dapat direalisasikan sebaik mungkin. Penyampaian serta penerapan subjek ini
dapat dilakukan menerusi pelbagai kaedah pendidikan bukan formal, seperti seminar, wacana,
latihan dan seumpamanya.
Memperkasa Pemahaman Pendidikan Al Hikmah
Pada konvensyen pertama yang dilaksanakan dua tahun lalu, perbincangan kita berkisar pada `Relevensi Pendidikan al-Hikmah Dalam
Agenda Pendidikan Ummah`. Peserta konvensyen telah membuat ketetapan bahawa `Pendidikan Al Hikmah` adalah satu pendidikan
alternatif terbaik yang mendokong prinsip kemenjadian insan untuk generasi akan datang. Sesungguhnya Pendidikan Al-Hikmah ini
menekankan aspek pembentukan generasi muda yang berwatak, bercirikan `sistem nilai`, dan `keupayaan berfikir aras tinggi`.
Dalam hal ini YTP komited untuk melaksanakan reformasi secara terancang dan berperingkat, dengan mengadakan beberapa siri
perbincangan dengan pakar pendidikan, serta mendapatkan `assessment` serta pandangan dari Majlis Tertinggi Pendidikan Al-Hikmah
bagi melakar pelan dan strategi yang antara lainnya:
1. Membangunkan pakej latihan untuk meningkatkan kefahaman serta penghayatan`Pendidikan Al Hikmah`, yang menekankan aspek
pembentukan generasi muda yang berwatak, bercirikan `sistem nilai` dan `keupayaan berfikir aras tinggi`.
2. Melaksanakan program latihan (dalam perkhidmatan) yang secukupnya untuk warga pendidik di bawah naungan YTP.
3. Menyebar luaskan kefahaman konsep serta ciri-ciri `Pendidikan Al Hikmah` ini kepada kumpulan sasar yang lain termasuk ibu bapa/
penjaga.
Isu Kaderisasi
Sejak kebelakangan ini pimpinan jamaah sering berbicara mengenai isu generasi pelapis yang berkait langsung dengan kaderisasi.
Setakat ini, jamaah kekurangan petugas dan barisan kepimpinan dari kalangan generasi pelapis. Jika berterusan, hal ini adalah suatu
petanda yang kurang sihat. Dalam hal ini YTP merasa terpanggil untuk turut memainkan peranan melahirkan insan yang punya nilai-nilai
yang menjadi paksi kepada pembinaan karekter atau watak sebenar, membangun jati diri dan menjadi pengukur kepada kualiti peribadi
anak didik.
Menyedari hakikat ini, pada konvensyen kali ini kita memberi fokus ke dalam institusi jamaah kita dengan membawa agenda kaderisasi,
bermula dengan memahami cabaran semasa, khususnya yang melingkari generasi Y-Z-Alfa. Maklumat ini membolehkan kita mengenalpasti
laluan yang akan ditempuhi bagi membolehkan gagasan Pendidikan Al Hikmah ini dapat dilaksanakan melalui program pencerahan
berperingkat. Kepada warga guru, laksanakanlah tugas sebagai agen pembinaan insan dan bertindak sebagai petugas atau pendokong
jamaah hendaklah memainkan peranan dalam mencorakkan pelajar kita.
YTP Sebagai Harapan Utama Jamaah
YTP telah diberi mandat untuk mengawal selia semua institusi pendidikan ABIM bagi melahirkan generasi pelapis pada tahap yang amat
`asas`. Kalau di ambil contoh senario di alam pertanian, saya ibaratkan YTP sebagai `Pengurus` atau `Pengusaha` yang ditugaskan
untuk membangunkan benih atau bibit tanaman di peringkat `tapak semaian`. Benih ini kemudiannya dialihkan kelapangan, diadaptasikan
dengan persekitaran secara berperingkat, dengan teknologi pengurusan yang baik, sebelum dipindahkan ke ladang sebenar. Ladang
ini pula wujud dalam pelbagai situasi bentuk dan topografi, tanah datar, berbukit, lurah, berpaya dan sebagainya. Pengurusan serta
penjagaan tanaman ini hendaklah diurus secara berterusan, jangan ada `missing-link` di antara satu tahap pengurusan/penjagaan dengan
tahap yang berikutnya bagi mengelak dari berlakunya `casualty` atau ketirisan.
YTP berharap dengan kerjasama Majlis Kaderisasi dan Tarbiah (MAKTAB), kita akan sama-sama membangunkan modul/manhaj tarbiyah,
meliputi usrah dan tamrin, khusus untuk para guru, di samping menjelaskan dan mengenalpasti laluan bagi proses kaderisasi melalui jalur
institusi pendidikan.
Peranan YTP Di Setiap Peringkat
Pimpinan YTP di setiap peringkat diharapkan dapat mengambil sikap yang lebih positif dan proaktif dalam menangani agenda kaderisasi ini.
Warga guru juga harus memahami rangkaian serta jentera pengurusan dan pentadbiran dalam institusi sekolah dan YTP secara umumnya.
Kita akan berusaha untuk menterjemah serta mengadunkan unsur-unsur dalam pendidikan Al-Hikmah ini dengan ciri-ciri harakah Islamiah
dalam kurikulum pengajaran dan pembelajaran di sekolah. YTP akan memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan dapatan dalam
konvensyen ini direalisasikan sebaik mungkin. Pemahaman Falsafah Pendidikan Al-Hikmah akan diperkasakan, diterap dan diterjemahkan
ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Semoga YTP dapat terus menyumbang kepada penyuburan falsafah Pendidikan Al-Hikmah, dan
dalam masa yang sama menjadi penyumbang utama untuk melahirkan generasi pelapis.
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
Mengenali Sekolah
SEKOLAH MENENGAH SAINS TAHFIZ (SEMESTI)
ALOR SETAR, KEDAH
Pada awal tahun 2009, kerja cerucuk telah
dilakukan di tapak kosong berdepan Sekolah
Rendah Islam Alor Setar (SERIAS) bagi mendirikan
sekolah menengah Islam. Idea ini telah diilhamkan
oleh Tuan Haji Mat Isa atau lebih dikenali sebagai
Paksu yang bercita-cita untuk melahirkan pelajar
huffaz dari institusi Jamaah (ABIM).
Ahli majlis fatwa Singapura Ustaz Tm Fouzey
Bin Tengku Mahid Jumat telah memberikan
sumbangan bagi permulaan pembinaan bangunan
ini. Bangunan selamat didirikan lewat tahun 2010.
Seterusnya, pada tahun 2011, rombongan
jawatankuasa penaja sekolah ke Kelantan untuk
berjumpa dengan pengurusan Yayasan Islam
Kelantan (YIK) bagi mendapat maklumat tentang
sekolah tahfiz di bawah YIK seperti Ma’had Tahfiz Sains Tanah Merah dan Ma’had Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Pulau Condong.
Pada tahun 2012, nama sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) telah dipilih dan mula beroperasi dengan pelajar
seramai 62 orang sebagai pelajar perintis. Asrama pelajar lelaki pula
ditempatkan di bangunan setingkat yang lama manakala asrama pelajar
perempuan di salah sebuah rumah sewa di Taman Kemuning.
Pada tahun 2014, sebuah lagi bangunan siap dibina bagi menampung
bilangan pelajar yang bertambah. Pada tahun 2016, pelajar perintis
SEMESTI menamatkan pengajian di tingkatan lima dan telah menduduki
peperiksaan SPM pada bulan November 2016.
Pengetua pertama SEMESTI yang dilantik oleh ABIM ialah Ustaz Ismail
Bin Hj Bakar sehingga November 2014 dan penggantinya adalah Tn. Hj.
Muhamad Idris Bin Mahmud, iaitu mantan Pengarah Institut Aminuddin
Baki, Jitra.
MOTO - SEMESTI Membentuk Insan Soleh.
VISI - Institusi Pendidikan Yang Unik, Cemerlang dan Terbilang.
MISI
• Menyediakan Pendidikan Bersepadu di Peringkat Menengah.
• Melaksanakan Tarbiyah Yang Lengkap dan Seimbang Antara Jasmani, Emosi,
Aqli dan Rohani, ke Arah Pembinaan Generasi Yang Bertaqwa, Berketerampilan,
Relevan dan Komited.
• Melahirkan Masyarakat Sekolah Yang Penyayang, Berfikiran Positif, Kreatif dan
Inovatif.
• Membentuk Pelajar Yang Akan Menuju ke Alam Mukallaf Dengan Iman, Ilmu, Amal dan Akhlak.
OBJEKTIF - Melahirkan HUFFAZ yang bersepadu; duniawi dan ukhrawi berteraskan Al-Quran dan Sains, sebagai generasi INSAN
SOLEH sepanjang zaman, seiring dengan moto sekolah “SEMESTI Membentuk Insan Soleh”.
Laporan: Suhaili Hussin
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
MESYUARAT IHTIFAL KEBANGSAAN (SUKAN) SERI/SEMI KE XV11 DAN MPYTP
Mesyuarat Ihtifal Kebangsaan (Sukan) SERI/SEMI
Ke XV11 ke tiga telah diadakan pada 24 Januari
2017 di Hotel KK dengan kehadiran seramai
45 orang yang terdiri daripada KPE/Pengetua/
Guru Besar/GPK Koko dan SU Koko SERI/SEMI
seluruh negara. Antara agenda mesyuarat kali ini
adalah untuk mendapatkan status perkembangan
mutakhir dari tuan rumah dan penyertaan dari
semua sekolah di samping membuat undian acara
sukan SERI/SEMI.
Pada 25 Januari 2017 di sebelah pagi, Majlis
MPYTP yang dianggotai Pegawai Kanan YTP,
KPE/Pengetua/Guru Besar SERI/SEMI diberi
perkongsian maklumat dan pengalaman oleh
Tn. Hj. Khalil b. Jali (KPE SERI/SEMI Seremban/Pengarah Sekolah, YTP) tentang Decision Making Process (Proses Pembuatan
Keputusan) dalam mengurus organisasi/sekolah yang mana memerlukan kemahiran, ilmu dan keberanian di saat yang genting.
Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (TKP Akademik) memberi syarahn bertajuk ‘Memperkasa Kompetensi Guru’ tentang perlaksanaan PdP dan
PdPcAbad 21 harus bermula di semua sekolah di bawah YTP. Guru-guru perlu diberi pendedahan dan kursus khas untuk melaksanakannya.
Pn. Nur Jannah bt. Keman (Timb. Pengarah Akademik & Sek, YTP) membentangkan status terbitan Buku Teks Diniah YTP untuk SERI/
TAHFIZ 2017 dan projek 2018. Tahun 2017 telah berjaya menerbitkan 21 judul buku teks dan 2 buah buku Sukatan dan Huraian Sukatan
Diniah. Kerjasama sekolah amat diperlukan untuk menggunakan buku dan sukatan versi baru serta komitmen guru-guru untuk meneruskan
projek yang belum selesai terutama buku sekolah menengah. Buku teks subjek akademik bersepadu akan diusahakan untuk masa akan
datang. Taklimat tentang Transformasi BukuTeks akan diadakan pada 10 Februari untuk memberi kefahaman kepada guru-guru.
Ust. Mohd. Naim b. Mohd Noor (TKP Kaderisasi) telah membentangkan ‘Tarbiah & Naiktaraf Silibus Usrah’ untuk program pengkaderan
dan kesinambungan wadah perjuangan. Strategi yang berkesan hendaklah dilaksanakan bagi menjayakannya dan guru-guru/pendidik di
pusat pendidikan YTP diwajibkan berusrah dengan bersistematik. Buku Manhaj Gerakan dicetak semula sebagai panduan.
Akhirnya, Tn Hj. Abd Rahman b. Mohd Yasin (KP, YTP) menutup mesyuarat ini dengan pembentangan Pemantapan Polisi YTP dan
penganjuran Konvensyen Pendidikan Al-Hikmah Ke 2 yang akan diadakan pada 11-12 Februari 2017 di Hotel KK, Kajang. Konvensyen
yang bersifat internal untuk membincangkan isu-isu kaderisasi dan pendidikan masa kini diketengahkan oleh tokoh-tokoh jamaah dan
pendidikan yang mana ia memerlukan komitmen penyertaan oleh semua anggota institusi pendidikan YTP.
Laporan: Nur Jannah Keman
KURSUS INDUKSI KALI KE-2
Kursus Induksi kali ke-2 telah diadakan pada 21 Januari 2017 di Dewan Seminar YTP, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kursus
Induksi ini untuk guru-guru dan staf yang baru dilantik bertugas di pusat pendidikan YTP di seluruh negara. Seramai 64 orang peserta
yang terdiri daripada guru-guru SERI,
SEMI, TASKI, Tahfiz dan staf Pusat
Pendidikan yang telah hadir. Objektif
program ialah memberi pendedahan
yang sama kepada semua warga Pusat
Pendidikan YTP mengenai sejarah
WADAH/ ABIM/ PKPIM/ YTP, Visi, Misi
Organisasi dan Polisi YTP. Selain itu,
pendedahan kepada guru-guru tentang
kemahiran mengajar di abad Ke-21.
Laporan: Mohd Fitri Amir
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
PERISTIWA
MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH NORIZAN BT BASIR
DAN USTAZAH FATIMAH HANISAH, SERI SG. RAMAL
(25 FEB 2017 - DEWAN BESAR KDH, KAJANG)
BENGKEL BUKU TEKS SERI/SEMI/TAHFIZ MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, SPBT & PUSTAKAWAN
(8-10 MAC 2017 - ANJUNG RAHMAT, SG. MERAB (27 FEBRUARI 2017 - SERI AL-UMMAH TAIPING)
KURSUS KOMPETENSI GURU 2016/17 - FASILITATOR OLEH HJ. MOHAMAD ABU DAUD, TIMB. KETUA PENGARAH YTP
(19 FEB 2017 - DEWAN BESAR SERI ADDINIAH SG. BAKAP, PULAU PINANG)
USRAH GURU SERI KUANTAN PEMBENTANGAN TUGASAN GURU LATIHAN PERGURUAN
(6 JAN 2017 - SERI INDERA MAHKOTA, KUANTAN) (6 FEBRUARI 2017 - BILIK MESYUARAT YTP, BANGI)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA YTP KEPADA
PELAWAT PONDOK PESANTREN AL-HIKMAH
BREBES, INDONESIA
(25 JANUARI 2017 - DEWAN KDH, KAJANG)
LAWATAN NAZIRAN SERI AL-UMMAH CHEMOR PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA PELAWAT
(28 FEB-1 MAC 2017 - CHEMOR, PERAK) MUHAMMADIAH JAWA TIMUR, INDONESIA
(18 JANUARI 2017 - ANJUNG RAHMAT, SG. MERAB)
PESERTA KONVENSYEN PENDIDIKAN AL-HIKMAH KE-2 BERGAMBAR BERSAMA TN. HJ. AHMAD AZAM (PRESIDEN WADAH)
(11-12 FEB 2017 - KK HOTEL, KAJANG)
PROGRAM MUNAJAT TAHUN 6 BAGI PERSIAPAN UPSR 2017 PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5 & 6 SIRI 1 OLEH CIKGU HASSAN AHMAD
(10 MAC 2017 - SERI AL-UMMAH CHEMOR, PERAK) (21 JANUARI 2017 - DEWAN SERI AD-DINIAH SG. BAKAP, PULAU PINANG)
Unik, Cemerlang & Terbilang 7
LAGI KUNJUGAN MALHIK2 KE YTP
Pada 25hb Januari 2017 yang lalu,
rombongan Madrasah Aliah Al-Hikmah
2, Brebes, Jawa Tengah, Indonesia
(MALHIK2) sekali lagi mengunjungi YTP
dan SERI/SEMI ABIM Sungai Ramal.
Sesi Ramah Mesra dan bertukar maklumat
Pendidikan ABIM-MALHIK2 telah diadakan di
Dewan Besar, Kolej Dar Al-Hikmah.
Kata sambutan pihak YTP dan SERI/SEMI ABIM
disampaikan oleh Ketua Pengarah YTP, Hj. Abd.
Rahman Mohd Yasin, dan dari pihak MALHIK2
disampaikan oleh Ustaz Sulhi Aziz, Naib Mudir
MALHIK2, mewakili Bapak Mukhlas yang tidak sihat pada hari itu. Ujar beliau, ini adalah kali ke empat mereka berkunjung ke sini, dan
sangat berharap pihak SERI/SEMI ABIM membuat kunjungan balas ke sana. Kemudian sesi seterusnya lawatan ke SERI/SEMI ABIM,
betukar-tukar persembahan di Dataran Al-Hikmah, beramah mesra antara murid dan makan tengah hari.
Lawatan ini adalah acara tahunan MALHIK2 untuk para pelajar tahun akhir, bagi menambah pengetahuan dan pengalaman mereka di
peringkat antarabangsa. Kunjungan kali ini juga menjejak tiga buah Negara, Malaysia, Thailand dan Singapura. Setiap kali melawat ke Kuala
Lumpur, mereka pasti melawat SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal sebagai sekolah sahabat yang tidak pernah terlepas untuk bersilaturrahmi.
Ahli rombongan yang seramai 40 orang, termasuk guru dan murid ini meneruskan lagi perjalanan mereka ke destinasi selanjutnya setelah
hampir empat jam bersilaturrahmi dengan YTP dan SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal.
Laporan: Ust. Mohd Naim Mohd Noor
Penasihat PROGRAM TRANSFORMASI BUKU TEKS
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Kursus Transformasi Buku
Ketua Editor Teks Diniah SERI/Tahfiz
Hj. Samian Mohd Ali telah diadakan pada 10
Februari 2017 di Hotel KK,
Editor Kerja Kajang. Kursus sehari ini
Hj. Mohamad Abu Daud diadakan untuk memberi
penerangan penggunaan
Nur Jannah Keman buku teks dan pemahaman
Suhaili Husin lebih mendalam
kaedah pengajaran dan
Noraila Abd. Rahman pembelajaran kepada 45
Mohd Fitri Amir Shoodi orang guru SERI/Tahfiz
seluruh negara. Tajuk khusus yang diberikan adalah Kemahiran Abad 21 Dalam Bilik
Susunatur Grafik Darjah Bersumber Buku Teks disampaikan oleh Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud, Buku Teks
Khairul Anuar Mohd Ariffin sebagai Sumber Pentarbiahan
Yang Efektif (Hj. Ismail b. Che Ku),
Penerbit Transformasi Buku Teks (Pn. Nur
Yayasan Takmir Pendidikan Jannah bt Keman) dan penerangan
605B, Kompleks Diamond, Sukatan/Huraian Sukatan serta
menganalisis isi kandungan diberi
Bangi Business Park, J oleh Ketua Panel Buku Teks Subjek
alan Medan Bangi, iaitu Ust. Mat Azid & Ustazah
Norazilah (PTI), Ust. Mohd. Tarmizi
Off Persiaran Bandar, (Tafsir), Ust. Ahyat Mohd. Hitam
43650 Bandar Baru Bangi. (Hadis), Ust Abdullah Ramli (Sirah),
Emel: [email protected] Ustazah Roslah Ramli (Al-Quran) dan Ust. Abd. Rahman Muda (Bahasa Arab). Para
Tel: 03-89265853 / 03-89202308 peserta dibekalkan buku Sukatan dan Huraian Sukatan yang baru secara percuma.
Fax: 03-89201788 Laporan: Nur Jannah Keman
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
BENGKEL BUKU TEKS SERI/Tahfiz/SEMI
Bengkel Buku Teks SERI/Tahfiz/SEMI telah diadakan pada 8-10 Mac 2016 di Anjung Rahmat, Sg Merab, Bangi, Selangor. Ahli panel
penulis dari SERI/Tahfiz dan SEMI dari seluruh negara. Bengkel ini diadakan untuk meneruskan projek buku teks SERI/Tahfiz dan SEMI
dan modul peperiksaan. Pada tahun lepas YTP telah menerbitkan 21 judul buku teks dan modul SPRA SERI/Tahfiz dan dua buah buku
Sukatan dan Huraian Sukatan Al-Quran dan subjek-subjek lain (PTI, Sirah, Hadis, Tafsir dan Bahasa Arab) dan digunakan bermula tahun
ini manakala sembilan (9) buah buku lagi untuk kegunaan 2018. Buku yang telah diterbitkan ialah Bahasa Arab Tahun 1, Tafsir Tahun 4
dan 5, Sirah Tahun 4-5, Hadis Tahun 4-6, PTI Tahun 1-6, Hafazan Tahun 4-5, Modul Bahasa Arab Tahun 4 dan 5, Ulumul Qurah Tahun 4-6.
Manakala perancangan untuk keluaran 2018 adalah seperti berikut:
BIL SUBJEK TAHUN
1 Buku teks Sirah 6
2 Buku teks Tafsir 6
3 Buku teks Bahasa Arab 2&3
4 Hafazan Quran 1,2 & 6
5 Modul SPRA Hadis 5
6 Modul SPRA Tafsir 5
7 Modul SPRA Sirah 5
8 Modul SPRA PTI 5
Manakala buku Tingkatan 1 untuk semua subjek diniah masih di peringkat draf. Transformasi buku versi baru mengandungi elemen
pendidikan Al-Hikmah, KBAT, bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Abad 21, aspirasi/motivasi, persembahan yang lebih
menarik, interaktif, mengikut silibus KSSR/KBSM dan banyak diagram dan berwarna (full colour). Majlis penutupan disempurnakan oleh
Tn. Hj. Ahmad b. Mohd. Said (Pengerusi Kurikulum SERI/SEMI/Tahfiz dan beliau juga bagi pihak YTP menyampaikan honorarium kepada
para panelis penulis buku dan penilai buku/modul SERI dan Tahfiz yang hadir.
Laporan: Nur Jannah Keman
STATISTIK MURID SEKOLAH RENDAH MENGIKUT SEKOLAH 2016
BIL NEGERI SEKOLAH JUM. MURID GURU STAF
1 KUALA LUMPUR SERI AL-HUDA, GOMBAK 563 39 8
2 SELANGOR SERI SG. RAMAL, KAJANG 1023 76 17
3 SELANGOR DARUL UMMAH:AKADEMI TAHFIZ, KLANG 86 8 1
4 KELANTAN SERI AL-HIKMAH, KOTA BHARU 475 43 6
5 PAHANG SERI INDERA MAHKOTA, KUANTAN 496 37 5
6 NEGERI SEMBILAN SERI PUTRA AL-AIN, NILAI 52 6 -
7 NEGERI SEMBILAN 1051 75 37
8 PERAK SERI SEREMBAN 208 16 2
9 PERAK SERI AL-UMMAH TAIPING 1157 72 7
10 PERAK SERI AL-UMMAH CHEMOR 388 27 9
11 KEDAH SERI AL-UMMAH MANJUNG 848 54 21
12 KEDAH 306 19 11
13 PULAU PINANG SERI ALOR SETAR 340 26 11
14 PULAU PINANG SERI AL-MAARIF, SG. PETANI 328 34 9
15 JOHOR 365 28 16
16 SARAWAK SERI AD-DINIAH 22 6 -
SERI MUTIARA 7708 566
JUMLAH KESELURUHAN SERI JOHOR BAHRU 160
SERI TAHFIZ KUCHING
STATISTIK MURID SEKOLAH MENENGAH MENGIKUT SEKOLAH 2016
BIL NEGERI SEKOLAH JUM. MURID GURU STAF
1 SELANGOR SEMI SG. RAMAL, KAJANG 175 16 -
2 NEGERI SEMBILAN 216 23 -
3 PULAU PINANG SEMI SEREMBAN 118 14 3
4 KEDAH SEMI AD-DINIAH 302 22 7
5 PERAK SEK. MEN. SAINS TAHFIZ ALOR SETAR 55 10 3
6 PERAK MAAHAD TAUFIQIAH BEHRANG 93 12 1
7 JOHOR MADRASAH AL-HIKMAH CHEMOR 100 15 1
8 JOHOR SEK. MEN. TAHFIZ SAINS JOHOR BAHRU 22 7 2
PUSAT TAHFIZ DARUL ILMI, SEGAMAT
5 --
9 KELANTAN SEMI AL-HIKMAH KELANTAN, KOTA BHARU 7 5-
10 SARAWAK SEMI TAHFIZ, KUCHING
Uni1k0,93Cemerlan1g24& Terb1il7ang
JUMLAH KESELURUHAN 9
PENDAFTARAN KURSUS DIPLOMA PERGURUAN PRA-SEKOLAH
Seramai 53 orang pelajar telah mendaftar kursus Diploma
perguruan Pra-sekolah yang terdiri guru, pengurus dan
pengusaha TASKI disekitar lembah Klang. Kelas pertama
kursus akan bermula pada 4 Mac 2017.
Program ini adalah kerjasama antara Kolej Dar Al Hikmah dengan
Yayasan Takmir Pendidikan. Program Diploma Perguruan Pra-
sekolah ini telah mempunyai kelulusan dan pengiktirafan KPT
dan MQA. Sasaran utama program ini adalah guru-guru TASKI
seluruh negara di mana menjelang tahun 2020 kerajaan telah
menetapkan semua guru Prasekolah WAJIB memiliki Diploma
Perguruan Pra-sekolah. Program ini ditawarkan secara modular
dan tempoh pengajian selama 3 tahun.
Antara Matlamat program ini ialah :
• menghayati falsafah pendidikan Negara dan hubungkait dengan falsafah
pendidikan prasekolah.
• memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dalam
pengajaran dan pembelajaran.
• mengetahui aspek-aspek berkaitan pendekatan,teknik dan strategi pendidikan
pra-sekolah yang berteraskan belajar sambil bermain.
• melaksanakan dan menyediakan kanak-kanak bagi meneruskan pembelajaran di
tahap satu sekolah rendah.
• melahirkan insan guru yang bestari, professional dan berketrampilan.
Diharapkan para pelajar akan dapat kemahiran dalam profesion perguruan pra-
sekolah kreatif dan positif serta mesra kanak-kanak, melahirkan guru yang bersahsiah
dan berakhlak mulia berteraskan peradaban Islam dan berwawasan serta berusaha
meningkatkan professional keguruan.
Laporan: Noor Khamsilawaty
BENGKEL KURIKULUM STANDARD PRA-SEKOLAH (KSPK)
Pada 25 Februari 2017 Yayasan Takmir Taski telah mengadakan
Bengkel Pedagogi Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan
di Dewan Seminar YTP. Seramai 97 orang peserta hadir dalam
bengkel ini yang terdiri daripada peserta di sekitar lembah klang.
Ucapan Aluan bengkel oleh En Khairudin Bin Abas (Naib Presiden
ABIM/Pengerusi ALPYTP).
Antara tujuan bengkel
ini adalah untuk
memberi pendedahkan
penggunaan kurikulum
TASKI, membina rancangan harian, mempelajari strategi pengajaran dan pembelajaran,
merancang dan membuat jadual waktu TASKI.
Antara jurulatih dan penceramah bengkel ini ialah Tn. Hj Ishak bin Ali Shah, Pn. Siti Rakiah Bt.
Omar dan Pn. Siti Miskiah Bt. Juri.
Laporan: Noor Khamsilawaty
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
USTAZ MAHYUDDIN ASHAARI
Beliau dilahir di Kampong Sempeneh Batu Kurau pada 1944. Mendapat pendidikan
awal dari Sekolah Kebangsaan Kampong Perak, Batu Kurau hingga darjah tiga dan
menyambung pelajaran agama di Madrasah Al-Syubbaniah Batu Kurau, seterusnya
berpindah ke Sekolah Al-Yahyawiyah, Padang Rengas Perak. Beliau menyambung
pengajian empat thanawi di Madrasah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas
Seberang Perai, Pulau Pinang. Pada tahun 1966 melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam
Malaya, Kelang dan Petaling Jaya, dengan mendapat Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya dan
Diploma Pendidikan Islam. Selanjutnya beliau meneruskan pengajian Islam di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah, mendapat anugerah
Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian. Kemudian menyambung pengajian di
peringkat Master dalam Pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Bertugas sebagai guru pendidikan Islam di Sekolah Menengah Dato’ Kamaruddin, Batu
Kurau (1971-1980). Mulai tahun 1980 hingga 1988 bertugas di Sekolah Menengah Dr.
Burhanuddin, Taiping. Selain Pendidikan Islam beliau juga mengajar mata pelajaran
sejarah Islam dan Kertas ‘Am kepada pelajar tingkatan enam di sekolah tersebut.
Pada 1988 beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan (Pelajaran) Malaysia. Pada 1996 berkursus di Muslim College, London dalam bidang Pengurusan Dakwah.
Beliau dihantar menemui pelajar Malaysia di United Kingdom and Eire dan Australia, termasuk Tasmania, untuk misi penerangan mengapa
Pertubuhan Darul Arqam di haramkan oleh kerajaan Malaysia, di samping menerangkan dasar-dasar baru Pendidikan Malaysia ke arah
mencapai sebuah negara maju pada tahun 2020. Beliau sempat beberapa kali melawat pelajar Malaysia di Mesir dan Jordan pada tahun
1995 dan 1997 di samping memberi penerangan mengenai perkembangan pendidikan dan pendidikan Islam di Malaysia khusus mengenai
penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1999.
Dalam bidang politik, beliau pernah bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) Kuala
Sepetang (PR 1999), tetapi belum berjaya. Dalam Jamaah (WAP) beliau aktif seawal tahun 1966 dalam PKPIM melalui badan gabungan
Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya (PPKIM). Beliau diamanahkan sebagai Setiausaha pertama ABIM Negeri Perak pada tahun 1972.
Kemudiannya terpilih sebagai Yang Di Pertua Kesatuan pelajar Islam Perak (KPIP) pada tahun 1974-1975. Pada awal tahun 1980, beliau
diamanahkan sebagai Yang Di Pertua ABIM Perak, sehingga tahun 1989.
Mulai awal tahun 2000 hingga 2013 beliau di lantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Yayasan Takmir Pendidikan (KPP), oleh ABIM
Pusat. Dalam perancangan bersama YTP, GPM dan KDH beliau diminta membantu memajukan Pendidikan Islam di International Islamic
School, Phnom Phen, Kemboja, di bawah pimpinan Ustaz Farid dan rakan-rakan, serta membimbing pelajar-pelajar Kemboja keluaran
Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang supaya mereka menggerakkan dakwah dan terlibat dalam bidang pendidikan Islam di
Kemboja. Beliau juga diamanahkan oleh Majlis Syura Kebangsaan (MSK) sebagai Pengerusi Majlis Syura Negeri Perak tahun 2013-2017.
Dalam bidang penulisan, beliau menulis beberapa artikal mengenai pendidikan Islam yang tersiar dalam Jurnal Pendidikan Islam yang
diterbitkan oleh Kolej Darul Hikmah ABIM di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Beliau juga menulis beberapa buah buku mengenai Pendidikan,
khususnya yang berkaitan dengan pendekatan bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah ABIM seperti; Penyayang Dalam
Pendidikan (2009), Pendidikan Alternatif (Bersepadu) (2011), Pendidikan Rasulullah SAW dan Etos Kerja Pendidikan Dari Perspektif
Islam, bersama Haji Ahmad Tajuddin Abdul Hamid 2013/2014, Martabat Guru dihargai atau Dicaci?, bersama Haji Mohamad Abu Daud
(YTP) dan Haji Ishak Ali Shah (IPG), buku Sejarah Masjid Al-Azhariah, Shah Alam (2014), dan buku Segalanya Bermula Dari Masjid, 2017.
Dalam Dakwah dan hubungan kemasyarakatan beliau telah dipilih sebagai ketua penduduk kawasan perumahan 18/5A mulai tahun 2005-
2017 dan dilantik sebagai Timbalan Nazir, Masjid Al-Azhariah Seksyen 18 Shah Alam untuk sesi 2012-2015 dan sesi 2016-2018, memberi
kuliah maghrib di Masjid dan Surau sekitar Seksyen 18, Shah Alam dan mengajar kelas khas pada hari Ahad selepas waktu zohor hingga
Asar di Masjid Al Azhariah, dalam bidang Tafsir al-Quran, Hadith, Sirah Rasulullah SAW dan Kitab Ehya Ulumuddin dan isu-isu semasa.
Berkahwin dengan Puan Harison Bt. Hj Asor (1974), seorang guru yang kini mantan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) Slim River Perak, dan mantan Pengetua SMAKL, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau dikurniakan dua cahaya mata,
seorang lelaki dan seorang perempuan dengan tiga orang cucu.
Laporan: Suhaili Hussin
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
MISI BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN PdP KE KEMBOJA
Pada 3-7 Mac 2017 Yayasan Takmir Pendidikan
telah mengadakan misi bimbingan dan
pemantauan PdP ke Al-Rahman International
Islamic School, Chrang Chomres, Phnom Phen,
Kemboja. Misi ini adalah permintaan oleh Sdr.
Farid Hussein selaku pengerusi pengelola
sekolah berkenaan. Beliau adalah Pengerusi
Persatuan Islam Kemboja dan juga merupakan
penasihat budaya dan agama Kemboja kepada
Perdana Menteri bertaraf Timbalan Menteri. Misi
ini diketuai oleh Hj. Mohamad Abu Daud, Timb.
Ketua Pengarah (Akademik) YTP dan Ustaz
Ismail Che Ku (Pengerusi YTP Selangor) sebagai mentor pendidikan Diniah serta Muhammad Fahmi Jaafar (anak Pn. Tengku Ketina)
selaku pembantu am aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah taa’ruf dan perbincangan perkembangan sekolah. Hari Kedua dan Ketiga kursus pemantapan
pelajaran Al-Quran, Sirah dan Pendidikan Teras Islam oleh Ustaz Ismail Che Ku. Diikuti pula dengan kursus pedagogi dan pengurusan bilik
darjah oleh Hj. Mohamad Abu Daud. Hari Keempat dan kelima penyeliaan di bilik darjah. Seramai 10 orang guru telah diselia termasuk guru
tadika. Pada hari kelima juga diadakan perbincangan khusus mengenai dapatan daripada keseluruhan program yang telah dijalankan.
Diantara dapatan daripada misi ini ialah:
1. Perkembangan pendidikan Islam di Kemboja berkembang pesat.
2. Bidang pengajaran dan pembelajaran perlu dibimbing & pertingkatkan terutama aspek pedagogi dan pengurusan bilik darjah.
3. Bantuan kepakaran dalam pengajaran Al Quran, Bahasa Arab dan Inggeris diperlukan.
4. Program pendidikan seperti ini diteruskan dan satu MOU perlu dimetrai.
5. Dana diperlukan bagi membiayai peralatan pengajaran seperti komputer, LCD dan peralatan pembelajaran yang lain.
Laporan: Hj. Mohamad Abu Daud
LAWATAN NAZIRAN KE SERI AL-UMMAH CHEMOR, IPOH
Jemaah Nazir YTP telah membuat lawatan naziran ke SERI Al-Ummah, Chemor pada 28 Februari 2017 yang terdiri daripada Tn. Hj.
Mohamad b. Abu Daud (PdP), Tn. Hj. Ismail b. Che Ku (PdP), Pn. Nur Jannah bt Keman (3K), Tn. Hj. Samian b. Mohd. Ali (Pengurusan
Kewangan) dan En. Suhaili b. Husin (Pentadbiran). Pihak sekolah yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd. Nasir Kamaruddin selaku Ketua
Pegawai Eksekutif SERI Al-Ummah dan Madrasah Al-Hikmah. Ust. Mohd. Fadzil b Zakaria (Guru Besar) serta Guru Penolong Kanan telah
menyambut dan memberi kerjasama yang baik kepada kami untuk menjalankan tugas. Pada sebelah malam, kami telah bersilaturrahmi
dan berdiskusi dengan pimpinan YTPN, LPS, WADAH, SALWA dan ABIM di pejabat SALWA Negeri Perak.
Pada sebelah pagi 1 Mac 2017, Jemaah Nazir melawat Madrasah Al-Hikmah dan Maahad Al-Ummah, Chemor. Pada jam 3.00 petang
diadakan Majlis Penutup dengan pembentangan dan rumusan oleh semua ahli Jemaah Nazir.
Laporan: Nur Jannah Keman
ANTARA BUKU TEKS DINIAH SERI DAN BUKU BARU KELUARAN YTP
UNTUK TEMPAHAN
HUBUNGI:
Jilid 18
12 Unik, Cemerlang & Terbilang