The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-20 10:16:13

At-Ta'mir 3 - Sep 2016

At-Ta'mir 3 - Sep 2016

At-Ta’mir
Unik Cemerlang Terbilang

Keluar an 3/2016 Edar an D alam an SEPT 2016

JELAJAH PENAZIRAN YTP KE PUSAT PENDIDIKAN
DIPERHEBATKAN KEMBALI

Yayasan Takmir Pendidikan telah Secara umumnya, penaziran iii) Kebersihan, Keceriaan dan
menggerakkan secara aktif penaziran Keselamatan (Pn. Nur Jannah bt
sekolah dengan serius terhadap SERI berkonsepkan pemantauan, pencerapan, Keman)
dan SEMI pada tahun ini bermula pada 10
Mei 2016. Program ini dilaksanakan oleh penyeliaan dan pemerhatian dalam aspek: iv) Kepimpinan dan Kecemerlangan –
Jemaah Nazir Yayasan Takmir Pendidikan (UPSR) – (Hj. Khalil b. Jali)
di Bahagian Pengurusan Sekolah dan i) Pengajaran dan pembelajaran
Akademik. Penaziran dibuat sekurang- v) Pengurusan Pentadbiran (En.
kurangnya sehari ke tiga hari di sekolah (PdP) - (Hj. Mohamad b. Abu Daud Suhaili b.Husin)
berkenaan. Objektif kenaziran adalah
seperti berikut: selaku Ketua dan dibantu oleh Proses penaziran adalah melalui
• Memantau keperluan asas sekolah. pungutan maklumat yang diperlukan,
• Mendapatkan maklum balas beberapa pensyarah lain) memerhati, mencatat dan menganalisis
maklumat, melapor dan mencadangkan
tentang perkembangan sekolah. ii) Pengurusan Kewangan (Hj. Samian tindakan oleh pihak sekolah. Setelah
• Yayasan Takmir memberikan dibincangkan di peringkat YTP Pusat,
b. Mohd Ali) laporan penuh akan dihantar ke sekolah
maklumbalas kecekapan dan untuk tindakan susulan. Bengkel atau
kesesuaian pengurusan dan kursus yang bersesuaian akan diadakan
pentadbiran. untuk penambahbaikan.
• Membantu kecemerlangan sekolah.
• Melihat pelaksanaan polisi Yayasan Penaziran yang berterusan sama
Takmir di sekolah. ada dari peringkat pusat, YTPN dan
LPS merupakan satu usaha untuk
JADUAL PENAZIRAN SERI/SEMI memantapkan pendidikan, perkongsian
ke arah kecemerlangan, penambahbaik
BIL TARIKH SEKOLAH sistem dan memupuk motivasi yang
cemerlang serta memastikan institusi
1 10-12 MEI 2016 SERI INDERA MAHKOTA KUANTAN pendidikan ABIM bagi memperkasakan
Falsafah Pendidikan Al-Hikmah dan
2 1-3 OGOS 2016 SERI AL-HIKMAH KELANTAN menjadi model institusi pendidikan yang
lain. Laporan: Nur Jannah, YTP
3 5-8 SEPT 2016 SEMESTI ALOR SETAR, SERI ALOR SETAR & SERI SG. PETANI
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
4 3-5 OKT. 2016 SERI & SEMI AD-DINIAH, P. PINANG

5 1-3 NOV. 2016 SERI AL-UMMAH TAIPING & MANJUNG

6 Minggu ke 4 SERI & SEMI SEREMBAN, NS
JAN 2017

7 Minggu ke 2 SERI AL-HUDA, GOMBAK
FEB 2017

8 Minggu ke 2 SERI & SEMI SG. RAMAL, KAJANG
APRIL 2017

9 Minggu ke 2 SERI AL-UMMAH/ MADRASAH AL-HIKMAH CHEMOR
MEI 2017

10 Minggu ke 2 SERI & SEMI JOHOR
JUN 2017

11 Minggu ke 2 SERI MUTIARA, P.P
JULAI 2017

12 Minggu ke 1 MAAHAD AT-TAUFIQIAH BEHRANG
OGOS 2017

13 Minggu ke 4 DUAT, SIJANGKANG, KLANG
OGOS 2017

14 Minggu ke 2 SERI AL-AIN NILAI, NEGERI SEMBILAN
SEP 2017

Meja Editor HJ GHAZALI DALAM KENANGAN

Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) melangkah Hj. Ghazali b. Yusof dilahirkan pada 31 Ogos 1964 di Kpg. Felda Suharto, Selangor.
setapak lagi dengan menjalankan program Kelulusan tertinggi beliau Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi), Universiti Kebangsaan
penaziran ke Pusat-pusat Pendidikan mulai Malaysia (UKM). Beliau aktif dengan PKPIM sejak di kampus lagi iaitu pada tahun
tahun 2016. 1985-1989. Setelah tamat pengajian, beliau menjalani latihan industri di Universiti
Pertanian Malaysia (UPM).
Objektif lawatan penaziran ini adalah untuk
menilai kualiti dari segenap aspek pusat Dari segi kerjaya beliau berkhidmat sepenuh masa dengan jamaah. Bermula sebagai
pendidikan di bawah seliaan Yayasan Setiausaha Kerja dengan ABIM Daerah Hulu Langat pada tahun 1988. Selepas itu
Takmir Pendidikan. Di antara aspek yang beliau ditempatkan di Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI) di Pusat Latihan ABIM, Sg
dinilai ialah Pengajaran dan Pembelajaran Ramal sebagai Penolong Pendaftar selama lima (5) tahun. Pada tahun 1996, beliau
(PdP), pengurusan kewangan, pentadbiran, ditugaskan sebagai Pengurus di bawah Biro Pembangunan Sosial, ABIM Pusat yang
kebersihan, keceriaan dan keselamatan (3K) diketuai oleh Allahyarham Tn. Hj. Hamdan b. Manap. Beliau juga pernah membantu
dan kecemerlangan pusat pendidikan. menguruskan hal ehwal keselamatan pelarian Bosnia dan Vietnam yang berpusat di
Pusat Latihan ABIM, Kajang.
Selain itu penilaian juga dibuat untuk
melihat sejauh mana pelaksanaan polisi Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar
dan peraturan yang telah ditetapkan oleh di Yayasan Takmir Pendidikan di bawah pimpinan Tn Hj.
YTP dapat dilaksanakan di setiap pusat Mahyuddin b. Ashaari. Selama lebih 12 tahun beliau
pendidikan. Secara tidak langsung YTP Pusat bersama Yayasan Takmir Pendidikan, beliau dibantu
dapat maklumbalas dari segi pelaksanaan oleh tiga orang staf. Kemudian beliau dipinjamkan ke
dan cadangan bagi menambah baik polisi Syarikat Selera Catering pada tahun 2009 sebagai
dan peraturan yang sedia ada. Pengarah Urusan. Beliau juga pernah memegang
jawatan sebagai Timbalan Pengerusi, Lembaga
Program lawatan penaziran ini bukanlah Pengelola (LPS) SERI/SEMI Sg. Ramal pada
untuk mencari kesilapan dan kelemahan tahun 2008-2012.
tetapi sebaliknya ingin membantu pihak pusat
pendidikan dalam meningkatkan prestasi Pada 1 Januari 2014, Hj. Ghazali telah dilantik
dari semua aspek. Oleh itu kerjasama dan sebagai Pengarah Dana, Yayasan Takmir
sokongan pihak pusat pendidikan amatlah Pendidikan di bawah pimpinan Tn. Hj.
penting bagi memastikan matlamat penaziran Abd.Rahman b. Yasin (Ketua Pengarah).
dapat dicapai demi kebaikan pusat pendidikan Beliau telah menamatkan perkhidmatan
berkenaan dan YTP keseluruhanya. di Yayasan Takmir pada 31 Disember
2014 atas faktor kesihatan.
Pihak YTP berharap program penaziran ini
dapat berjalan dengan baik dan berterusan Beliau disahkan mengidap sakit
supaya semua pusat pendidikan di bawah kanser ‘lymphoma’ tahap 4 di
YTP mempunyai keseragaman dari Hospital Serdang pada bulan Jun
segi pelaksanaan polisi dan peraturan 2016. Pada 31 Julai 2016, jam 8.05
pengurusan serta mempunyai standard yang malam beliau menghembuskan
tinggi dari segi pencapaian kecemerlangan nafas terakhirnya di Hospital HUKM,
dalam semua aspek. Akhirnya pusat-pusat Cheras setelah dimasukkan ke
pendidikan di bawah YTP akan menjadi wad ICU selama dua minggu.
tanda aras dalam melaksanakan falsafah Beliau meninggalkan seorang balu,
pendidikan Al-Hikmah secara menyeluruh Ustazah Jamaliah bt. Rani dan tiga
selaras dengan visi YTP iaitu mewujudkan orang putera iaitu Mohd. Faiz (23
rangkaian pusat-pusat pendidikan Islam tahun), Mohd. Firdaus (20 tahun) dan
bersepadu yang unik, cemerlang dan Mohd. Fauzan (17 tahun).
terbilang.
Kami merasakan kehilangannya di atas
Yayasan Takmir ingin menyampaikan pemergian seorang aktivis jemaah yang
ucapan takziah kepada keluarga al Marhum komited. Moga ia menjadi suri teladan
Hj. Ghazali Yusof yang telah kembali kepada aktivis yang lain…Al-Fatihah.
kerahmatullah pada 31 Julai 2016. Marilah
kita berdoa agar roh beliau sentiasa dicucuri Laporan: Nur Jannah, YTP
rahmat oleh Allah S.W.T.

Hj. Samian Mohd Ali
Ketua Editor

2 Unik, Cemerlang & Terbilang

CORETAN RAKAN SEPERJUANGAN

Saya mengenali Saudara Ghazali Yusof hampir dua puluh tahun yang lalu kira-kira tahun 1996, pengenalan
pertama dengan al marhum biasa-biasa saja, bila ada program di Pusat Latihan ABIM (PLA) saya bertemu
beliau yang sering tersenyum, bersalaman dan bertanya khabar. Saya mengetahui bahawa Saudara Ghazali
adalah seorang pegawai ABIM di PLA ini.

Saudara Ghazali adalah graduan Universiti Kebangsaan Malaysia Bandar Baru Bangi dalam bidang Biologi,
dan merupakan aktivis ABIM yang giat menganjurkan pelbagai program dakwah dan tarbiyah di Fakulti Sains
UKM. Beliau tinggal di rumah Dr. Abdul Halim Muhammady, Teras Jernang, bersama beberapa orang mahasiswa
lain yang aktif dalam ABIM. Saya difahamkan sebaik saja beliau tamat pengajian di UKM saudara Ghazali ditawarkan berkhidmat
dengan ABIM Selangor sebagai setiausaha kerja ABIM Negeri, pejabatnya di Teras Jernang, dengan elaun sebanyak RM400.00
sebulan. Saya merasa kagum di atas pengorbanan beliau yang sanggup berkhidmat dengan ABIM, meskipun dengan elaun
yang tak seberapa. Menurut rakan sekerja beliau saudara Suhaili Husin, pada masa ini beliau sering berulang alik ke Pusat
Latihan ABIM di Sungai Ramal Dalam, membantu mengemas perpustakaan PLA, mengecat dan membuat kerja-kerja bagi
mengemaskan PLA. Saya difahamkan beberapa tahun kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pendaftar Institut Pengajian
Ilmu-ilmu Islam atau IPI, iaitu Kolej Darul Hikmah sekarang.

Menurut Pn. Nur Jannah yang ketika itu sebagai Pengarah Latihan dan Pentadbiran, “En. Ghazali seorang yang agak tegas, suka
berterus terang dan cepat bertindak.” Saya mendapati bahawa apabila ada sesuatu yang dirasakan tidak wajar, di sekolah atau
dalam aspek yang berhubung dengan Yayasan, beliau segera mengemukakan isu tersebut dengan saya. Rakan sekerja yang
paling rapat dengan beliau ialah Saudara Suhaili Husin yang merupakan Pendaftar SERI Pusat ketika itu. Mereka berdua kerap
hadir ke rumah saya di Shah Alam untuk membincangkan sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera, antaranya mengenai
kantin SERI Sungai Ramal yang terlalu uzur. Jika hujan dan angin kuat bocor di sana sini, kadang-kadang atapnya terbang.
Yayasan Takmir terpaksa mengambil langkah segera menyelesaikan isu ini. Pada masa yang sama SERI memerlukan ruang
pejabat dan bilik kelas untuk Sekolah Menengah atau SEMI. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan, Saudara Ghazali diputuskan
mengendalikan projek ini dan di bantu oleh Saudara Suhaili, mengikut rencana projek ini berharga RM1.2 juta, wang yang ada
hanya RM40,000 sahaja. Mereka bertungkus lumus mencari dana dan menghubungi tokoh-tokoh ABIM bagi mendapat bantuan.
Langkah berani yang diambil oleh Saudara Ghazali dan Suhaili dengan mengambil personal loan dari Bank Rakyat, sebanyak
RM100,000.00. Bangunan Kantin yang ada sekarang (dewan serbaguna), pejabat SEMI, bilik kelas dan ruang mesyuarat siap
dibina dalam tempoh 11 bulan pada tahun 2006.

Dalam rangka untuk mendapat dana Yayasan dan Sekolah Saudara Ghazali menubuhkan Takmir Food & Catering dan beliau

sendiri menghadiri beberapa kursus mengenai penyediaan makanan berkualiti dengan agensi berkaitan. Beliau juga menubuhkan

badan khairat untuk membolehkan guru dan kakitangan YTP dan SERI membuat pinjaman dengan pihak sekolah. Projek ini

berjalan dengan baik. Saudara Ghazali seorang yang sangat prihatin dengan guru dan kakitangan, bila ada ahli keluarga yang

sakit atau kematian, beliau yang selalu ditemani oleh Suhaili pergi ziarah dan membawa sejumlah wang, walaupun ahli keluarga

berkenaan berada di Johor, Kedah dan Kelantan. Saudara Ghazali juga memberi imbuhan kepada kakitangan dan guru yang

telah berkhidmat lebih 20 tahun untuk menunaikan haji atau umrah. Semoga rohnya berada bersama-sama mereka yang

diredhaiNya. Amin Ustaz Mahyuddin Ashaari

Nostalgia Bersamamu... Sepuluh tahun sebumbung memberi dan kebaikanmu,
1993…Mula mengenalimu riak wajah mandat dan menggalas peranan, Untuk inspirasi di lapangan dakwah,
senyum tawa, Saling bekerja tidak tentu masa Setangkas keberanian seperti
Menyembunyi citra rasa,, dan di mana jua, Hamzah,
Bermotor honda cup hingga Innova, Biar diserang dari pelbagai penjuru, Punyai semangat kental
Walau pudar dan hambar datang tak Kami terus berlari tanpa menoleh lagi, laksana Sumaiyah,
sudah. Biarpun staf bertukar ganti, Untuk memacu
Jannah…! setiap memanggil namaku Terus berjuang bersama Ustaz kecemerlangan
…tidak lekang khabar suami dan anak- Mahyuddin Ashaari seakrab sekolah ABIM dan
anak, ayahandaku, model pejuang gigih Yayasan Takmir
Kerja OK ke? Tanda prihatin dan rasa yang kami sanjungi. di persada dunia.
tangungjawabnya sebagai ketua, Kini, kau tiada lagi… meninggalkan
Mengambil tahu dan kebajikan anak- imbauan manis dan pelbagai rasa, Teman Seperjuangan,
anak buahku, Aku belajar erti keikhlasan, rendah diri Nur Jannah Keman

Unik, Cemerlang & Terbilang 3

CORETAN RAKAN SEPERJUANGAN

“Hj. Ghazali Yusof adalah seorang pada saya, “Lily, kau muda lagi. Nanti suatu banyak berurusan dengan saya mengenai
petugas jamaah yang sangat hari kau akan merasai perasaan kekitaan permasalahan komputer. Beliau memang
komited, setia bekerja dan seronok bekerja antara sekolah, YTP, ABIM dan WADAH. minat komputer, jadi kami sering berhubung
dengan jamaah. Beliau juga mempunyai Kita satu keluarga.” dan bertukar maklumat. Sepanjang
sikap setiakawan yang tinggi dan sering perkenalan saya dapati beliau seorang yang
mempertahankan kawan dalam banyak Beliau seorang yang pemurah setiap kali tidak lokek berbelanja, kalau kami keluar
situasi selagi ada kebenarannya. beliau ada kerja di luar kawasan, bila pulang minum memang saya tak sempat nak keluar
ada sahaja ole-ole buat kami di pejabat. duit sendiri. Pada tahun 2010, saya mula
Saya paling seronok apabila ditugaskan Beliau pernah hadiahkan satu sejadah comel bekerja di Yayasan Takmir atas perlawaan
bersama beliau untuk perjalanan di luar dari Turki untuk kami. Hadiah yang paling beliau. Sepanjang bekerja dibawah beliau,
kawasan, kerana beliau sangat berhemah tidak dapat saya lupakan ialah pemberian beliau sering mengambil berat tentang
dalam pemanduan, santai dan sering hadiah telekung ketika beliau pulang dari kebajikan saya dan rakan setugas. Beliau
berhenti rehat untuk minum. Bila pulang Vietnam, katanya “Ingatlah saya ketika juga sering mohon maaf seandai gaji yang
dari perjalanan, menjadi kewajipan beliau berdoa, doakan saya sentiasa diberikan diberi tidak setimpal. Semoga Allah sentiasa
membeli buah tangan untuk setiap ahli kesihatan yang baik.” Pernah suatu ketika memberkati dan merahmati beliau, amin.”
rombongan selepas tugasan selesai. Kalau saya di hospital menemani anak saya tidak Khairul Anuar, Yayasan Takmir
hal berkaitan dengan makan di luar, beliau sihat, beliau datang menziarahi dan dalam Pendidikan.
akan segera menyelesaikan bayaran masa yang sama beliau sendiri ketika itu
sebelum sempat orang lain membayar.” pun tidak sihat. “Ustaz Said Nuri dan keluarga
Suhaili Husin, Yayasan Takmir Hayrat seluruh TURKI mengucapkan
Pendidikan. Ketika saya menziarahi beliau di Hospital takziah kepada keluarga ABIM & WADAH
Serdang, saya sangat sedih melihat atas kewafatan Saudara Ghazali Yusof.
Saya mengenali Hj. Ghazali ketika keadaannya dan terharu apabila dia masih Kami doa dan baca khatam Yasin untuk
dia memegang jawatan sebagai lagi mengingati saya. Insya Allah Hj. Ghazali beliau.” Ustaz Ali Kurt, Setiausaha
Pengurus YTP. Beliau seorang yang tegas sentiasa dalam ingatan dan doa saya.. Agong UNIW (United NGO’s of
dan garang dalam urusan kerja, adakalanya Semoga Allah tempatkan beliau bersama Islamic World) dan Ustaz Bulent
berasa gerun untuk berurusan dengannya. para solehin dan sentiasa dalam lindungan (Pimpinan Kanan Hayrat) Turki.
Tetapi bila diluar waktu kerja mempunyai Allah. Amin. Wan Roslili, SERI Sg.
watak yang berbeza, sentiasa bertanya Ramal. “Hidupmu kau abadikan pada wadah
kabar, memberi nasihat dan begitu teruja ini. Lama kita bersama di lapangan.
bila bertemu dengan anak perempuan saya “Ucapan salam saya (melalui Sering kita merantau jauh. Beberapa kali
yang ketika itu masih bayi, mungkin beliau peguam yang mengunjungi beliau) menginap di rumahku. Kalau aku ke Bangi
inginkan anak perempuan. Kami pernah kepada keluarga arwah Hj. Ghazali supaya pasti solat di suraumu. Kalau daku seperti
berbeza pandangan dalam hal berkenaan redha dan sabar.” Dato’ Seri Anwar biasa, malam ini pasti aku berangkat
dengan bajet, ketika tu ada hal menziarahi Ibrahim, Penjara Sg. Buloh. menziarahimu. Tapi kini aku jua tak berdaya.
kematian di Kelantan dan saya beritahu kita Doa dan keampunan dariku. Semoga kau
tiada bajet untuk perbelanjaan duit minyak. “Saya mengenali beliau sejak tahun berbahagia di sana, dan anak-anakmu
Beliau kata, “duit minyak biar saya tanggung. 1998. Ketika itu saya bekerja di dapat menyambung jihadmu. Engkau telah
Kalau bukan kita yang bantu siapa lagi yang sebuah syarikat komputer, beliau antara meninggalkan contoh hidupmu bersama
akan bantu antara kita.” Beliau pernah sebut pelanggan dari syarikat saya. Jadinya beliau ABIM/WADAH. Sampai engkau dipanggil
kembali.” Pak Su (Hj Mohd Isa)

4 Unik, Cemerlang & Terbilang

CORETAN RAKAN SEPERJUANGAN

Pengalaman bermusafir dan sebilik dengan beliau selama beberapa Buat sahabatku Ghazali Yusof
hari sewaktu ke Misi Amal Kemboja mengenalkan saya lebih rapat
dengan beliau khususnya pengalaman beliau yang lama bertugas Rehat lah akan dikau buat selama-
sepenuh masa untuk Jamaah. Semangat juang dan keikhlasan lamanya.
beliau sememangnya memberikan inspirasi buat saya untuk
meneruskan tugas sebagai staf sepenuh masa Jamaah dengan Engkau telah berjuang dengan
segala tribulasi dan ujiannya. seluruh jiwa raga mu, tika hayat
masih dikandung badan,
Justeru detik menerima khabar pemergiaan beliau menemui penciptanya segera
mengimbau memori saya 11 tahun yang lalu. Beliau bersama En. Suhaili waktu Engkau berjuang tanpa gelar, tanpa
itu hadir di kediaman saya mewakili para petugas jamaah menyampaikan ucapan nama,
takziah atas kematian arwah ayandanda saya. Sesungguhnya keprihatinan dan Engkau pejuang yang tak didendang,
kata-kata semangat daripada beliau memberikan dorongan kepada saya sewaktu Di arah kemana, engkau pergi,
itu dan masih terngiang ke saat ini. Moga Allah merahmati saudaraku dan Tanpa helah, tanpa memikir
mengganjarimu dengan sebaik-baik ganjaran. kepentingan diri,

Mohd Raimi Ab. Rahim Di manakah kan ku cari ganti,
Presiden ABIM Pejuang gigih seumpama ini,
Ada ketika kehadiranmu tidak
“Satu perkara yang susah hendak doa kan saya ye”, masih terngiang-ngiang di dihargai,
dilupakan tentang sikap beliau ialah telinga. Kini dia telah kembali ke pangkuan Namun engkau tetap sabar cuba
ingin menolong rakan-rakan sekiranya Ilahi. Gerak kerjanya ketika masih sihat mengerti,
mempunyai masalah. Pernah saya tiada sangat menginspirasikan. Kesanggupannya Yang pasti ALlah Maha Mengetahui.
kenderaan untuk datang ke pejabat, walau untuk turun ke gelanggang dakwah yang
bagaimanapun saya sebenarnya boleh urus penuh cabaran akan dikenang sampai Saudaraku Ghazali,
sendiri tetapi beliau tetap hendak membantu bila-bila.” Rogayah Sebli, Pengetua
juga dan akhirnya beliau memberikan SEMI Sg. Ramal. Kini engkau mendahului,
motosikal lamanya pada saya setelah Menemui Pencipta Maha Mengasihi,
dibaiki untuk keperluan saya ke pejabat. Yang pasti kami merindui,
Itulah antara sikap beliau yang saya masih Senyumanmu yang manis berseri,
ingat, semoga ada kebaikan dan ganjaran Semangat juang mu sumber
buat beliau Insya Allah, amin. Mohd inspirasi,
Yusman Mohd Yusoff, Yayasan
Takmir Pendidikan. Buat kami yang bakal menyusuri,
Sesuatu yang pasti sejak azali,
“Dalam pertemuan terakhir sebelum
terlantar sakit dia berpesan, “Tolong Semoga engkau damai di Syurga
Firdausi,
Sebagaimana janji yang Maha
Menyayangi lagi Mengasihi.

Hj. Ghazali setiap kali tiba sahaja di Hj Ahmad Azam Abd Rahman
pejabat pasti akan menyapa semua Presiden Wadah
staf bawahannya dengan bertanya khabar.
Beliau sangat mesra dengan kami dan amat Unik, Cemerlang & Terbilang 5
prihatin dengan kebajikan pekerja. Dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan
yang kami buat seandainya ada masalah
beliau akan turut sama membantu untuk
memudahkan kerja-kerja staf bawahannya.
Ustazah Faridah, Kantin SERI Sg.
Ramal.

PERISTIWA

PARA PELAJAR SEDANG MENJAMU SELERA SEMPENA JAMUAN KARNIVAL FUTSAL MERDEKA 2016 SERI AD-DINIAH, SG BAKAP
HARI RAYA DI SERI SEREMBAN (23 JULAI 2016 - PULAU PINANG)

(21 JULAI 2016 - NEGERI SEMBILAN)

PN. ADIBAH AHMAD PENGERUSI LPS SERI/SEMI SG RAMAL SEDANG PN. NUR JANNAH BERSAMA PELAJAR SERI AL-HIKMAH KELANTAN
BERUCAP SEMPENA JAMUAN HARI RAYA DI SERI SG RAMAL KETIKA PROGRAM PENAZIRAN DI SANA
(23 JULAI 2016 - SG RAMAL, KAJANG) (1-3 OGOS 2016 - KELANTAN)

TN. HJ. YUNUS (PENGERUSI ALPYTP) BERSAMA STAF SEMPENA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN
(19 JULAI 2016 - DEWAN SEMINAR YTP)

PELAJAR TASKI SEDANG MENJAMU SELERA PELAJAR SERI JOHOR BHARU SEDANG BERSELAWAT (BARA’AN) KETIKA PROGRAM
SEMPENA JAMUAN HARI RAYA MAHABBAH DAN ZIARAH 2016 SEMPENA HARI RAYA
(23 JULAI 2016 - SRI JOHOR BHARU)
(22 JULAI 2016 - TASKI AL-HIKMAH, SG RAMAL, KAJANG)

6 Unik, Cemerlang & Terbilang

PERISTIWA

SUASANA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DI SERI SEREMBAN PELAJAR SEDANG TEKUN MENJAWAB SOALAN DALAM PEPERIKSAAN
(29 JULAI 2016 - NEGERI SEMBILAN) PERCUBAAN UPKK 2016

(8 OGOS 2016 - SERI AL-UMMAH CHEMOR, IPOH)

BARISAN AHLI PANEL BENGKEL BUKU TEKS SERI/SEMI PENYERTAAN PELAJAR SERI ALOR SETAR MEWAKILI PERTANDINGAN CATUR
(25-27 JULAI 2016 - KK HOTEL, KAJANG) PERINGKAT NEGERI KEDAH

(4-6 OGOS 2016 - SMK AGAMA SIK, KEDAH)

TN. HJ. ABAS (BERSONGKOK HITAM) SALAH SEORANG PENSYARAH KURSUS LATIHAN PERGURUAN BERGAMBAR BERSAMA PESERTA KURSUS
(31 MEI - 4 JUN 2016 - KK HOTEL, KAJANG)

PROGRAM MUNAJAT TAHUN 6 SERI AL-UMMAH CHEMOR KURSUS PERSIAPAN PPG UPSR, PSRA SERI SG RAMAL KAJANG :
(18 OGOS 2016 - IPOH, PERAK) SLOT BAHASA INGGERIS

(29 JULAI 2016 - HOTEL SERI MALAYSIA, BAGAN LALANG) 7

Unik, Cemerlang & Terbilang

MESYUARAT GABUNGAN YAYASAN BENGKEL BUKU TEKS SERI/SEMI
TAKMIR PENDIDIKAN NEGERI
Bengkel Buku Teks SERI/SEMI telah diadakan pada 25-27 Julai 2016 di Hotel KK,
Mesyuarat ini diadakan pada 13 Ogos Kajang dan 23-25 Ogos 2016 di Dewan Seminar YTP di Bandar Baru Bangi. Panel
2016 di Dewan Seminar YTP di Seksyen 7 penilai yang hadir adalah Ust. Mahyuddin Ashaari dan Ust. Ismail Che Ku. Kerja-kerja
Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 15 penyediaan bahan dan penulisan buku teks SERI berada di peringkat akhir, sebelum
orang peserta menyertainya yang terdiri diserah kepada syarikat pencetakan untuk layout, reka bentuk dan memasukkan
daripada Hj. Mohd Yunus Aminuddin gambar-gambar yang sesuai. Selepas itu diadakan penyemakkan oleh panel penilai
(Pengerusi Lembaga Pengarah YTP yang dilantik dan kerja-kerja editing dibuat.
Pusat), Sdr. Kamarulzaman Mohd Kutty,
(Pengerusi YTPN Kelantan), Hj. Mohd Beberapa fasa/peringkat
Asri Abdul (YTPN Wilayah Persekutuan),
Dr. Mohd Affendi Awaluddin (Pengerusi penulisan bermula dengan
YTPN Pahang), Ustaz Hj. Ismail Che
Ku (Pengerusi YTPN Selangor), Ustaz membina dan memurni
Mohd Azmi Ariffin (Pengerusi YTPN
Melaka), Hj. Harun Md. Isa (Bendahari kurikulum dan huraian
YTPN Kedah) dan Sdr. Mohd Faris
Nordin (YTPN Terengganu). Turut hadir sukatan, mapping dan
didalam mesyuarat ini ialah Ketua
Pengarah YTP, Timbalan Ketua Pengarah merangka draf buku. Ia
(Pentadbiran & Kewangan), Timb. Ketua
Pengarah (Sekolah & Akademik), Timb. bergantung kepada
Ketua Pengarah (Kaderisasi), Pengarah
(Pentadbiran), Pengarah Sekolah & kurikulum dan buku yang
Akademik dan Pengarah TASKI.
sedia ada untuk pemurniaan.
Antara tujuan utama mesyuarat ialah
untuk menjelaskan Terma Rujukan Jawatankuasa ini turut
ToR. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas mengenai membina beberapa huraian
perlaksanaan polisi YTP di peringkat
negeri dan isu-isu semasa. Disamping itu sukatan dan buku teks atau modul untuk semua subjek sekolah menengah dan sekolah
turut dibincangkan kemajuan pusat-pusat
pendidikan di bawah YTPN. rendah. Hal ini mengambil masa yang agak lama dan memerlukan kepakaran dan

Laporan: Suhali Husin, YTP kemahiran untuk membinanya.

Penasihat Fasa pertama merangka/memurnikan kurikulum dan huraian sukatan semua subjek
Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin SERI dan SEMI dan akan dicetak untuk kegunaan 2017. Keperluan pelajar SPRA
didahulukan untuk tujuan penyelarasan seperti Subjek Bahasa Arab dan Al-Quran.
Ketua Editor Modul Bahasa Arab telah siap dicetak dan diedar pada bulan Jun yang lepas. Manakala
Hj. Samian Mohd Ali subjek Al-Quran, para panel telah membina buku Ulumul Quran Tahun 4, 5 dan 6 dan
buku hafazan. Berikut subjek buku Teks yang dijadualkan siap untuk kegunaan 2017.

BIL SUBJEK SERI TAHUN SUKATAN & HURAIAN
SUKATAN
1. PENDIDIKAN TERAS ISLAM (PTI) 1-6 TAHUN 1-6
2. TAFSIR 4-5 TAHUN 4-6
3. HADIS 4-6 TAHUN 4-6
4. SIRAH 4-5 TAHUN 4-6
5. BAHASA ARAB 1 TAHUN 1-6
6. MODUL SPRA (RE-EDIT) 4-5 -
7. AL-QURAN (ULUMUL QURAN) 4-6 TAHUN 1-6
8. BUKU HAFAZAN 4 TAHUN 1-6

Editor Kerja BIL SUBJEK SEMI SUKATAN SEMI HURAIAN SUKATAN
Hj. Mohamad Abu Daud TINGKATAN 1-5 TINGKATAN 1
1. TARIKH ISLAM (SEMI SG RAMAL) TINGKATAN 1-5 TINGKATAN 1
Nur Jannah Keman TINGKATAN 1-5 TINGKATAN 1
Suhaili Husin 2. TAFSIR (JOHOR) TINGKATAN 1-5 TINGKATAN 1

Noraila Abd. Rahman 3. HADIS (KELANTAN) TINGKATAN 1-5 TINGKATAN 1

Susunatur Grafik 4. BAHASA ARAB (SEREMBAN) TINGKATAN 1-5 TINGKATAN 1
Khairul Anuar Mohd Ariffin TINGKATAN 1-5 -
5. AL-QURAN (BUKU HAFAZAN & QIRAAT)
Penerbit - SEMESTI
Yayasan Takmir Pendidikan
605B, Kompleks Diamond, 6. AKHLAK (MADRASAH AL-HIKMAH)
Bangi Business Park, Jalan Medan Bangi,
7. FEQAH (SYARIAH) - YTP
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi. Laporan: Nur Jannah, YTP
Emel: [email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308

Fax: 03-89201788

8 Unik, Cemerlang & Terbilang

KURSUS LATIHAN PERGURUAN SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM

Kursus Latihan Perguruan SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM Kump. 8 Siri 4 telah berjaya dilaksanakan pada 31 Mei hingga 4 Jun
2016 di Hotel KK, Kajang, Selangor. Kursus lima hari empat malam ini telah dihadiri 60 orang guru SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ dan 6
orang guru dari Ponpes Buya Hamka, Sumatera Barat, Indonesia.

Kursus kali ini telah

menampilkan beberapa

orang pensyarah pakar dari

luar seperti Prof. Datuk Dr.

Abd. Halim, pensyarah dan

juga seorang Trainner dari

Universiti Sains Malaysia

(Pengajaran Bahasa Inggeris

Berkesan), Cikgu Hj. Zulkifli b

Hj. Mahfudz, Jurulatih utama

Kebangsaan (Pengajaran

Matematik Berkesan) dan

Pn. Hjh. Norhayati bt Hashim,

IPG Teknik (Pembelajaran

dan Kemahiran Abad ke 21).

Tokoh pendidikan dari jemaah

WAP sedia berkhidmat

mencurah ilmu dan kemahiran

seperti Tn. Hj. Ust. Mahyuddin b. Ashaari (Penghayatan Aplikasi Pendidikan Al-Hikmah), Tn. Hj. Abas b. Awang (Membangun 23

Potensi Pelajar/Insan) yang sebelum ini tajuk ini dibentangkan oleh majlis MPYTP, Tn. Hj. Khailani Abd. Jalil (Kepimpinan), Tn. Hj.

Ishak b. Ali Shah dan Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (Pengajaran Mikro), Ust. Mohd. Naim b. Mohd. Noor (Kesepaduan Ilmu Dalam

Pendidikan).

Slot motivasi telah diisi oleh Prof. Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed
Samsuddin Al-Sagoff dari Akademi Motivator Profesional (M)
Berhad. Manakala perkongsian Jejak Al-Hikmah Jepun 2 oleh
Pn. Nur Jannah bt Keman dan Taranum Al-Quran oleh Ust. Mohd.
Khir b. Sujud. Kuliah Subuh dan qiamullail oleh Ust. Mohd. Naim
b. Mohd. Noor dan Ust. Mohd. Nasrul dari Ponpes Buya Hamka.
Pada malam terakhir diadakan majlis penutupan oleh Ust. Ismail
Che Ku (Pengarah YTPN Selangor merangkap AJKP Wadah Pusat)
dan semua peserta kursus mengadakan persembahan mengikut
kumpulan bengkel masing-masing. Peserta telah diberi hadiah bagi
pencapaian terbaik persembahan kumpulan untuk subjek Bahasa
Inggeris, Pengajaran Mikro dan Mathematik dan peserta terbaik
keseluruhan Kump. 8 Siri 4 bagi kategori lelaki disandang oleh Sir

Mohd. Jefri dari Ponpes Buya Hamka yang juga
sebagai Penghulu dan peserta terbaik wanita
disandang oleh Ustazah. Amal (Penghuluwati)
dari SERI Mutiara, Pulau Pinang. Hadiah
disampaikan oleh Ustaz Ismail Che Ku diiringi
oleh Pn Nur Jannah Keman (Pengarah Kursus
KLP). Selepas kursus KLP ini, guru-guru akan
menjalani praktikum Fasa 2, seterusnya
melengkapkan kursus perguruan yang akan
berakhir pada November 2016 ini.

Laporan: Nur Jannah, YTP
Unik, Cemerlang & Terbilang 9

MESYUARAT PENTADBIR SERI/SEMI YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN

Majlis Pentadbir SERI/SEMI YTP (MPYTP) dan mesyuarat
pertama Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI ke XV11 telah
diadakan pada 10-11 Ogos 2016 di Sri Intan Resort, Teluk
Kemang, Port Dickson yang lalu dengan jayanya. Seramai
40 orang hadir terdiri daripada pimpinan Kanan YTP Pusat,
Ketua Pegawai Eksekutif, Pengetua dan Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Agenda pertama adalah memutuskan Ihtifal (Sukan) Kebangsaan
SERI/SEMI ke XV11. SERI Indera Mahkota, Pahang telah
bersetuju menjadi tuan rumah Ihtifal pada 10-13 Mac 2017
(Jumaat-Isnin) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
kampus Kuantan, Pahang. Tema yang dipilih adalah Menyerlah Potensi, Merapatkan Ukhuwwah. Tn. Hj. Samian Ali sebagai
Pengerusi Induk, Ust. Ashaari b.Mohd Yatim sebagai Pengerusi Pelaksana dan Timbalan Pengerusi Induk. Ihtifal kali ini dijangka
mendapat penyertaan seramai 1000-1200 orang meliputi acara balapan, permainan, renang dan tae-kwando.

Dalam mesyauarat tersebut KP YTP, Tn. Hj. Abdul Rahman
telah membentang Terma Rujukan YTP (ToR) untuk kegunaan
dan rujukan sekolah. Manakala Tn. Hj. Mohamad b Abu
Daud dan Pn. Nur Jannah bt Keman telah membentangkan
panduan Pelan Tindakan Nilai-nilai Displin Pendidikan
model Jepun untuk pelajar, guru dan pengurusan/staf
sekolah. Beliau juga melaporkan penaziran SERI/SEMI dan
status projek buku teks dan modul SERI/SEMI yang akan
digunakan untuk tahun 2017. Kerjasama jitu dan komitmen
harus dititkberatkan untuk mencapai objektif tersebut agar ia
berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Laporan: Nur Jannah, YTP

MUTIARA HIKMAH KURSUS GURU-GURU TASKI

“Wahai anakku! Bukanlah satu Kursus Dalaman Taski telah diadakan pada 30 Mei–3 Jun 2016 di YTP – Taski. Seramai
kebaikan namanya bilamana 31 orang peserta hadir dalam kursus ini dari seluruh Malaysia. Tema Kursus ini ialah
engkau selalu mencari ilmu Memperkasa Potensi Kecemerlangan Guru. Antara tujuan kursus ini ialah meningkatkan
tetapi engkau tidak pernah sahsiah guru, penegasan aspek pedagogi dan mempersiapkan guru TASKI dalam
mengamalkannya. Hal itu tidak mendepani cabaran pendidikan. Jurulatih dan penceramah kursus ialah Ustaz Hj. Razak
ubah seperti orang yang mencari Bin Aripin, Tn. Hj. Mohamad Bin Abu Daud, Ustazah Noraini, Pn. Faizah Abdullah, Pn.
kayu api, maka setelah banyak Rasheedah Zakaria dan Dr. Mastura Binti Badzis. Majlis penutupan oleh Tn. Hj. Abd
ia tidak mampu memikulnya, Rahman Bin Mohd Yasin, Ketua Pengarah YTP.

padahal ia masih mahu Laporan: Noraila Abdul Rahman, YTP
menambahkannya.”
~ Luqman Al-Hakim ~

10 Unik, Cemerlang & Terbilang

BENGKEL POLISI YTP

Bengkel Polisi YTP telah diadakan Pengarah YTP), Tn. Hj. Samian Mohd Ali dengan perubahan semasa. Di antara
pada 17 Ogos 2016 di Dewan Seminar (Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran & penambahbaikan polisi ini ialah cara
Yayasan Takmir. Seramai 16 orang telah Kewangan YTP), Tn. Hj. Mohamad Abu penomboran polisi dari 3 digit kepada 4
hadir dalam bengkel ini termasuk dua Daud (Timbalan Ketua Pengarah Sekolah digit dan penubuhan Jawatankuasa Khas
panel jemputan ialah Tn. Hj. Mohd Yunus & Akademik YTP), Tn. Hj. Khalil Jali (CEO (JKK) Penggubal Polisi yang terbahagi
Aminuddin (Pengerusi Lembaga Pengarah SERI/ SEMI Seremban). kepada 4 kategori iaitu JKK Polisi Sumber
YTP) dan Tn. Hj. Mohd Naim Mohd Noor Manusia, JKK Polisi Khusus, JKK Polisi
(Timbalan Ketua Pengarah Kaderisasi Objektif bengkel ini ialah untuk Kewangan dan JKK Polisi Kursus, Latihan
YTP). Antara Ahli Jawatankuasa Polisi melaporkan perlaksanaan polisi YTP di & Peperiksaan. Jawatankuasa Khas ini
yang hadir ialah Tn. Hj. Baharuddin pusat pendidikan dan merangka strategi dianggotai oleh Jawatankuasa Polisi
Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa Polisi), untuk meningkatkan keberkesanan serta dan pegawai yang dipilih daripada Pusat
Tn. Hj. Abd Rahman Mohd Yasin (Ketua penambahbaikan polisi YTP selaras Pendidikan tertentu. Setiap jawatankuasa
akan menilai kembali semua polisi sedia
ada dan menambah polisi yang baru.

Diharapkan pada tahun 2017, Polisi YTP
berwajah baru dengan penambahbaikan
dapat dilaksanakan demi kelicinan
pelaksanaan sistem pendidikan kita.

Laporan: Noraila Abdul Rahman – YTP

PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

simbol usaha secara diketuai oleh Tn. Hj. Mohd. Musleh b.
Yunos, Juru Utama/Penyelaras PLC
komprehensif dan cita-cita sekolah Amanah dan delegasi JK Nazir
YTP Pusat telah memulakan pemantauan
besar KPM (Kementerian di SERI/SEMI Sg. Ramal pada 16 Ogos
dan SERI/SEMI Seremban pada 18 Ogos
Pendidikan Malaysia) 2016. Hasil daripada tinjauan, data, bukti
serta maklumat dianalisis dan dilaporkan
dan YTP bagi mencabar, kepada pihak pengurusan dan guru-guru
yang terlibat untuk penambahbaikan.
memotivasi serta membantu Guru Besar, GPK dan Ketua Panitia telah
dibimbing supaya kerja-kerja pemantauan
sekolah meningkatkan berterusan dilaksanakan di sekolah dan
pelaksanaan strategi PLC yang lain akan
kecemerlangan. Perkara berjalan seiring. Learning walk Siri 1 ini
melihat dari aspek:
ini merupakan satu i. Pengunaan bahan bantu mengajar
ii. Penglibatan murid dalam PdP
Bahagian Pengurusan Sekolah & pembudayaan sekolah iii. Pengurusan Bilik Darjah Abad 21
Akademik, YTP di Bahagian Kenaziran
dengan kerjasama ALKP telah mengorak yang menggalakkan pembelajaran guru Pemantauan PLC ke SERI/SEMI yang
langkah melaksanakan pemantauan lain akan diadakan serentak dengan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) secara kolaboratif untuk melaksanakan Penaziran Pusat bersesuaian dengan
ke SERI dan SEMI untuk memantau lokasi dan keperluan tenaga pensyarah.
perjalanan pelaksanaan pengurusan bilik penambahbaikan. Untuk peringkat
darjah abad ke-21. Profesional Learning Laporan: Nur Jannah, YTP
Community (PLC) merujuk kepada pertama, pemantauan dilihat dari sudut
para pendidik yang komited dan bekerja
secara kolaboratif serta berterusan dalam Learning Walks (Jelajah Pembelajaran).
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi murid yang lebih baik. Di antara aktiviti yang dijalankan:

Program PLC merupakan koleksi aktiviti i. Mengumpulkan bahan bukti aksi
akademik secara bersepadu berteraskan
lima (5) strategi utama sebagai usaha pembelajaran (learning in action)
menyokong dan memperbaiki pencapaian
murid dan sekolah. PLC akan menjadi yang diperhatikan di dalam bilik

darjah.

ii. Membuat perbincangan dengan

ahli kumpulan berlandaskan bahan

bukti pemerhatian.

iii. Belajar daripada amalam-amalan

pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan boleh dipraktikkan

untuk diri sendiri dan guru lain.

Pemantauan daripada YTP Pusat yang

Unik, Cemerlang & Terbilang 11

TAMRIN NUQABA

Bangi, Sabtu, 20 Ogos 2016. Bahagian Kaderisasi
YTP yang digerakan oleh Ustaz Mohd Naim bin Mohd
Noor (Tim. KP. YTP), dibantu oleh Farhanis (staf
YTP), Khairul Redhuan Adha bin Mohd Akhyar (exco
ABIM Pusat bahagian Latihan), Ustaz Mohd Shazni
bin Abdullah (Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat) telah
berjaya mengelola program Tamrin Nuqaba Guru dan
Staf yang melibatkan 45 peserta mewakili sekolah-
sekolah ABIM dari seluruh negara.

Program yang pertama seumpama ini dilaksanakan
untuk menggilap bakal Naqib yang akan berperanan di
sekolah masing-masing, Khususnya dalam mengelola
Usrah dan agenda Tarbiah. Turut dijemput sebagai pengisi program ialah Puan Hjh. Adibah Ahmad (Naib Pengerusi Maktab), dan
Tuan Hj. Amidi bin Abd. Manan (Exco Wadah Pusat).

Antara pengisian dan latihan yang diberikan ialah :
Slot 1 : Pengenalan Tarbiah Jamaah (Ustaz Mohd Naim)
Slot 2 : Usrah dan Kepentingannya di Institusi Pendidikan (Puan Hjh. Adibah Ahmad)
Slot 3 : Mathurat dan Kelebihan mengamalkannya (Ustaz Shazni Abdullah)
Slot 4 : Bengkel Penggunaan Buku Manhaj Pendidikan Gerakan Islam (Sdr. Khairul Redhuan)
Slot 5 : Naqib dan Peranannya (Tn. Hj. Amidi Abd. Manan)

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah untuk melahirkan naqib-naqib baru
yang dapat membantu membangunkan agenda Tarbiah di pusat pendidikan ABIM,
terutamanya untuk mengelola Usrah, Tamrin dan pembentukan Syahsiah Islamiah
di kalangan guru, staf dan murid-murid.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abd. Rahman Yassin, Ketua
pengarah YTP. Dalam ucapannya beliau berpandangan program ini agak
komprehensif dan menyeluruh, cuma yang lebih penting dari itu bagaimana
pelaksanaannya secara berkesan dapat di lakukan di sekolah-sekolah. Beliau
meminta agar program susulan dan penilaian para naqib ini dapat dibuat sekitar 3
ke 6 bulan sekali, untuk memastikan agenda Tarbiah dan Kaderisasi dapat berjalan
lancar.

Bahagian Kaderisasi YTP amat berterima kasih atas sumbangan semua pihak yang menjayakan program ini, hanya Allah taala yang
dapat memberi ganjaran sewajarnya.

Laporan : Ustaz Naim, YTP

12 Unik, Cemerlang & Terbilang


Click to View FlipBook Version