At-Ta’mir Terbilang
Unik Cemerlang
Keluar an 25/1(2019) E dar an D ala man MAC 2019
IHTIFAL SUKAN SEKOLAH ABIM
KEBANGSAAN (MISSAK) KALI KE XIX
Ipoh – SERI Seremban, SEMI Sg. Ramal dan Maahad Al-
Ummah merangkul Johan Keseluruhan di Majlis Ihtifal Sukan
Sekolah ABIM Kebangsaan (MISSAK) Kali Ke XIX yang telah
dilaksanakan dengan jayanya pada 22-25 Mac 2019 di tujuh
venue pertandingan. Seramai 1500 orang atlet yang menyertai
pertandingan iaitu olahraga (100m,200m, 4x100m, 400m,
800m, lontar peluru dan lompat jauh) dan permainan bola
tampar, takraw, futsal, ping-pong, badminton, catur, bola sepak,
bola jaring, renang (50m), memanah (15m) dan taekwando
(pattern dan sparring). 14 buah sekolah sekolah rendah (SERI)
dan 8 buah sekolah menengah rendah (SEMI) dan 6 buah
sekolah menengah atas (SEMI) telah menyertai pertandingan.
Johan bertahan kali ke lima berturut-turut, SERI Seremban telah
menjuarai keseluruhan sekolah rendah dengan memungut 15 SEMI SG. RAMAL MENJUARAI KESELURUHAN PERINGKAT
emas, 8 perak dan 10 gangsa (berjumlah 33 pingat), manakala MENENGAH RENDAH
SEMI Sg. Ramal dinobatkan sebagai Johan kategori menengah rendah dengan memungut 8 pingat emas, 11 perak dan 6 gangsa.
Sebanyak 25 pingat berjaya di bawa pulang setelah bertarung dengan lapan buah sekolah yang bertanding. Manakala kategori sekolah
menengah atas Johan Keseluruhan disandang oleh Maahad Al-Ummah, Chemor dengan memperolehi 9 pingat emas, 4 perak dan 4
gangsa. Walaupun baru pertama kali menyertai MISSAK, Maahad Al-Ummah menunjukkan taringnya meraih kejayaan dengan memungut
17 pingat emas menewaskan lima buah sekolah yang lain. Keputusan keseluruhan MISSAK ke XIX adalah seperti berikut:
KEDUDUKAN AKHIR KESELURUHAN (SERI)
TEMPAT SEKOLAH EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
JOHAN 33
NAIB JOHAN SERI SEREMBAN 15 8 10 18
KETIGA 16
SERI AU CHEMOR 5 7 6
TEMPAT JUMLAH
JOHAN SERI AL-HUDA 5 4 7 25
NAIB JOHAN KEDUDUKAN AKHIR KESELURUHAN (SEMI RENDAH) 17
KETIGA 12
SEKOLAH EMAS PERAK GANGSA
TEMPAT JUMLAH
JOHAN SEMI SG. RAMAL 8 11 6 17
NAIB JOHAN 13
KETIGA MAAHAD AL-UMMAH 8 3 6 11
SEMI SEREMBAN 3 4 5
KEDUDUKAN AKHIR KESELURUHAN (SEMI ATAS)
SEKOLAH EMAS PERAK GANGSA
MAAHAD AL-UMMAH 9 4 4
SEMI SEREMBAN 4 5 4
MADRASAH AL-HIKMAH 3 5 3
Manakala olahragawan SERI disandang oleh Muhd. Irfan b. Musa dari SERI Alor Setar. Olahragawati SERI pula disandang oleh Wafa Al
Hany bt Mohd Saifullah Al-Hany dari SERI Al-Maarif. Olahragawan menengah rendah diraih oleh Danish Fikri b. Mohd. Fauzi dari SEMI
Sg. Ramal, Kajang.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YB Hasnul Zulkarnain b. Abdul Munaim, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan
(bersambung di mukasurat 2)
Unik, Cemerlang & Terbilang 1
Meja Editor (sambungan dari mukasurat 1)
MEMUPUK UKHUWAH, MENGEMBANG POTENSI, Koperasi Negeri Perak. Majlis
MENYEMAI JIWA UMMATIK
penutupan yang meriah
Tema Majlis Ihtifal Sukan Sekolah Abim Kebangsaan (MISSAK)
kali ke XIX yang berlangsung di Ipoh, Perak pada 22-25 dilangsungkan di Stunt Legends
Mac 2019 ialah “MEMUPUK UKHUWAH, MENGEMBANG
POTENSI, MENYEMAI JIWA UMMATIK.” Arena, Maps, Jln Meru, Ipoh,
Penganjuran Ihtifal sukan setiap dua tahun sekali menjadi Perak. Penonton dipersembahkan
platform untuk memupuk ukhuwah dan kasih sayang dalam
kalangan pelajar dan guru-guru serta petugas seluruh sekolah kawad kaki dari pelajar Maahad
di bawah rangkaian Yayasan Takmir. Jalinan ukhuwah ini bukan
sahaja berlaku semasa ihtifal berlangsung tetapi hendaklah Al Ummah dan pertunjukan
diteruskan pada masa hadapan dengan mengadakan program-
program bersama di antara sekolah-sekolah tertentu yang drift kereta serta ucapan penuh
boleh memberikan faedah terbaik kepada mereka. Program-
program yang boleh dilaksanakan seharusnya tidak terhad semangat dan harapan kepada
kepada aktiviti sukan sahaja, malah apa sahaja program yang
boleh memberi impak positif kepada perkembangan potensi duta-duta ABIM (para atlet)
setiap pelajar. Perkembangan bakat dan potensi pelajar ini
melalui proses pendidikan yang memenuhi 5 aspek iaitu aspek oleh Sdr. Radin Imanuddin b.
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah (JERIS).
Radin Abd. Halim Pengerusi Ahli
Selain mengembang potensi, ianya dapat menyemai jiwa
ummatik dengan melaksanakan pendidikan ummatik yang Lembaga Pengarah YTP yang
berterusan bagi mempersiapkan diri untuk melaksanakan
peranan yang diwajibkanAllah kepada kita semua, sebagaimana baru. Beliau mengingatkan
yang termaktub di dalam al Quran surah Ali Imran ayat 110
bermaksud “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang semula tujuan sekolah ABIM
dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat)
yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan beriman ditubuhkan adalah menyediakan YB HASNUL ZULKARNAIN
kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih alternatif kepada pendidikan arus ABD. MANAN
baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun perdana, bagi melahirkan para
kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.” Dalam ayat (EXCO NEGERI PERAK)
tersebut Allah menegaskan bahawa ummat Islam merupakan
ummat terbaik di dunia kerana mengajak manusia berbuat daie yang tujuan hidupnya, jelas untuk berbakti kepada umat yang
kebaikan dan mencegah kemungkaran.
diistilahkan sebagai sekolah ummatik dan sekolah perjuangan. Beliau
Hasil dari pendidikan ummatik ialah ummat kembali bersatu
dalam kesatuan aqidah, bertindak umpama satu badan, tolong juga mengimbau peristiwa sedih saudara seIslam telah ditembak oleh
menolong atas dasar Ukhuwwah Islamiyyah dan tiada siapa
yang mampu memecah belah ummat lagi. seorang pelampau white supremacy di New Zealand baru-baru ini
Pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Jika mereka yang memberikan makna bahawa tugas daie umat semakin diperlukan
dapat dididik secara bersepadu meliputi 5 aspek JERIS,
Insyallah akan terbina insan-insan yang berketerampilan bagi menonjolkan sikap wasatiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu
yang mampu memimpin masyarakat, negara dan seterusnya
peringkat global. menjadi contoh kasih sayang dan contoh terbaik dalam kalangan
Tema ini sangat sesuai dengan falsafah pendidikan Al-Hikmah masyarakat lain. Ukhuwah ini suatu yang sangat berharga sesama
iaitu untuk membina insan mukmin yang berilmu, berhikmah,
berketerampilan, beriltizam dengan nilai-nilai kesolehan, saudara seagama, sebangsa, setanah air dan sesama manusia.
dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta
kebaktiannya sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Ini Ukhuwah sering kali dapat dijana dalam platform sukan sesuai dengan
bermatlamat untuk membentuk peribadi rabbani yang terpadu,
seimbang dan murni demi mencapai keredhan Allah. tema “Memupuk Ukhuwah, mengembang potensi, Menyemai jiwa
Hj. Samian Mohd Ali ummatik.”
2 Unik, Cemerlang & Terbilang Acara selama empat hari dianjurkan oleh Yayasan Takmir Pendidikan,
dengan giliran tuan rumah pada kali ini adalah SERI Al-Ummah Chemor
dengan kerjasama Maahad Al-Ummah, Madrasah Al-Hikmah, Seri AU
Taiping dan AU Manjung, MISSAK Ke XIX dipengerusi Induk oleh Tn
Hj. Samian Ali (TKP, YTP) dan Ust. Mohd Fadhil b. Zakaria, Pengerusi
Pelaksana (GB SERI AU Chemor). Tujuh venue pertandingan iaitu
SMK Gunung Rapat, Sek. Izuddin Shah (SIS), Master Badminton Club,
Kompleks Belia dan Sukan, Meru Point, Arena Squasy (DBI), Sekolah
Raja Perempuan Taayah, Majlis Sukan Negeri, Padang Ipoh dan
Sekolah Methhodist (ACS) dan Taman Dr. Seenivasagam. Manakala
penginapan ditempatkan di Maahad Al Ummah, Sek Izuddin Shah, Sek
Raja (P) Ta’ayah, Kolej Vokasional Lebuh Catur dan Kolej Vokasional
Persiaran Brash, Ipoh.
Seluruh kontingen dan para jemputan telah dijamu makan malam
oleh Menteri Besar Perak pada 24 Mac 2019 di Dewan Kediaman
rasminyanya. Wakilnya YB Hasnul Zulkarnain b. Abdul Munaim telah
memberi ucapan bagi pihak Menteri Besar. Secara keseluruhannya
MISSAK Kali Ke-XIX ini telah berjaya mencapai objektif dan tema
“Memupuk Ukhuwah, mengembang potensi, menyemai jiwa ummatik”
dapat diselami oleh semua kontigen. Semoga segala kelemahan dapat
diatasi pada MISSAK yang akan datang. Tahniah dan syabas!
Laporan: Nur Jannah Keman
MAJLIS PENGHARGAAN MANTAN AHLI LEMBAGA PENGARAH YTP
“Jasa yang tercurah, semoga menjadi baja untuk
kejayaan di masa hadapan”. Majlis Penghargaan
Mantan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Yayasan
Takmir Pendidikan telah diadakan pada 14 Januari
2019 di Perantau Hill, Sg. Merab, Bangi. Majlis ini
diadakan untuk meraikan “Jasamu di Kenang” di
Majlis Penghargaan khususnya YBhg. Tn Hj. Yunos b.
Aminuddin yang telah menamatkan tugasnya sebagai
Pengerusi ALP, YTP yang telah memegang sepenggal
(3 tahun) kerana untuk menumpukan sebagai
Timbalan Pengerusi, Majlis Syura Kebangsaan
(MSK). Beliau telah banyak memberi sumbangsaran, idea dan perancangan strategik untuk kemajuan rangkaian institusi pendidikan YTP
khususnya dalam melengkapkan Perancangan Strategi Korporat (CSP), Standard Operating Procedure (SOP), Term of Reference ( ToR),
Tata Jemaah dan lain-lain lagi.
Majlis ini juga meraikan ahli ALP lain iaitu Dr. Abd. Razak Idris, Ust. Mohd. Asri b. Harun, Ust. Abd. Razak b. Arifin, Tn Hj. Mahyuddin b.
Ashaari, Pn. Nor Azura bt Kamaruddin Sohami dan Sdr. Mohd Fadli Arshad. Manakala Ahli Jawatankuasa baru juga dijemput meraikan
mereka iaitu YBhg. Dato’ Hadzir b. Mat Zain selaku Pengerusi ALP yang baru dan Ahli Jawatankuasa yang baru. Pimpinan dari SERI/
SEMI Sg Ramal juga turut hadir meraikan.
Laporan: Nur Jannah Keman
LAWATAN YTP KE DAVAO, MINDANAO
Pada 13-16 Mac 2019, Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) yang diwakili oleh Hj Abd. Rahman Mohd Yasin (Ketua Pengarah), Pn Hjh.
Rohana Kamaruddin (Pengarah Latihan) dan Hj Khailani Abdul Jalil (Pengarah Akademik), telah menyertai misi Jejak Warisan Budaya
Bangsa ke Davao, Mindanao, Filipina Selatan. Jejak Warisan Budaya Bangsa ke Davao adalah anjuran bersama Gabungan Penulis
Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM).
Sebelumnya YTP telah
dilibatkan dalam bengkel
penulisan buku cerita
kanak-kanak bertemakan
nilai-nilai Islamik. Penulisan
bagi tujuan penerbitan
dikhususkan untuk sasaran
bacaan tambahan kanak-
kanak Islam di Davao,
Mindanao, Filipina dalam rangka Jejak Warisan Budaya Bangsa. Bangsa Moro di Wilayah Selatan Filipina (Davao, Sulu, Marawi, Palawan,
Basilan, Cebu, Cotabato dll) merupakan suku Melayu diaspora. Justeru kunjungan YTP, GAPENA dan KALAM merupakan usaha penjejakan
suku bangsa Melayu di Selatan Filipina bagi tujuan silaturrahim dan kerjasama pendidikan.
Daripada 20 judul cerita kanak-kanak yang dihasilkan, YTP menyumbang sebanyak 4 judul karya, iaitu ‘Siapa Lebih Hebat?’, ‘Burung Hud
Hud’, ‘Jom Kongsi!’ dan ‘Lembu Berbulu Emas’. Buku-buku tersebut ditulis dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.
Kesemua hasil karya penulisan cerita kanak-kanak dimuatkan dalam fail (belum diterbit dalam bentuk buku) atas tajuk “MY STORY BOOK:
ROOT OF LIFE”. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua 1 Gapena di Davao dan diserahkan satu naskhah
fail kepada Pengetua Wisdom Islamic School dan satu naskhah kepada Pengetua al-Munawwarah Islamic School di Davao, Mindanao.
Pengisian utama jejak warisan budaya bangsa adalah lawatan ke Wisdom Islamic School dan Al-Munawwarah Islamic School. Antara
agenda ketika melawat kedua-dua tempat ini ialah pelancaran buku cerita dan penyerahan 1 naskhah, story telling untuk kanak-kanak
oleh Puan Zuhaira, perkongsian mengenai produk halal ‘Halal as a doorway to all good deeds’ oleh Tn. Hj. Abd. Rahman untuk guru-guru
serta pameran produk halal oleh ibu bapa pelajar. Ketika di Rumah Malaysia, rombongan Malaysia melaksanakan mini seminar bagi
tujuan perkongsian pengalaman di samping membimbing guru-guru daripada kedua-dua sekolah. Pn. Hjh. Rohana menyampaikan tajuk
‘Best Teaching Learning Practices’. Majlis disudahi dengan makan malam bersama dan deklamasi sajak oleh Hj. Khailani A. Jalil Pengarah
Akademik YTP dan En. Hamzah SU Gapena.
Laporan: Hj. Khailani A. Jalil
Unik, Cemerlang & Terbilang 3
KURSUS PROFESIONALISME KEGURUAN TASKI 2019
Pada 26 hingga 28 Disember 2018, Yayasan Takmir-TASKI telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Keguruan TASKI 2019 yang
berlangsung di Dewan Seminar YTP, Bandar Baru Bangi, Selangor. Program ini merupakan kursus profesionalisme untuk para guru baru
dan senior yang belum mengikuti kursus persediaan pengajaran awal persekolahan dan guru yang ingin memantapkan lagi ilmu yang
sedia ada. Objektif kursus ini adalah memahami pemantapan KSPK dan pelaksanaan Pendidikan Al-Hikmah di TASKI, memahami ilmu
pedagogi dan pengurusan bilik darjah dan membina kreativiti dan estetika. Seramai 30 orang guru TASKI yang terlibat sebagai peserta
kursus pada kali ini. Sebanyak lima orang penceramah yang dijemput untuk memberi perkongsian berkaitan dengan profesionalisme
keguruan, psikologi dan pengurusan anak-anak dalam perspektif agama, KSPK dan Bahan Bantu Mengajar, dan Pendidikan Al Hikmah.
Antara penceramah yang dijemput ialah Dr. Saayah Abu (Pensyarah IPG), Pn. Ibtihaj Saian (Fasilitator Pendidik, PPD Hulu Langat), Tn.
Hj. Abdul Razak b. Aripin (Pensyarah UniSel), Tn. Hj. Mohd Naim b. Mohd Noor (Timb. Ketua Unit Strategik, YTP) dan Pn. Hjh. Rohana bt
Kamaruddin (Pengarah ALKP, YTP).
Laporan: Nur Sahirah
BENGKEL PENGHASILAN BUKU CERITA KANAK-KANAK ISLAMIK
Pada 16-17 Februari 2019, pihak YTP telah menghadiri bengkel Penghasilan Buku Cerita Kanak-Kanak Islamik yang bertempat di Institut
Perguruan Bahasa dan Antarabangsa (IPGBA), Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Bengkel ini adalah anjuran usahama dengan GAPENA,
KALAM, IPGBA dan pihak YTP sendiri. Seramai 12 staf YTP telah terpilih untuk menghadiri bengkel ini selama dua hari. Datuk Zainal
Abidin Borhan (Ketua Satu GAPENA) telah berkesempatan untuk hadir pada bengkel ini sekaligus merasmikan Majlis Penutupan.
Bengkel ini diadakan adalah sebagai suatu pendedahan kepada warga YTP dan penulis yang turut hadir tentang proses menghasilkan
buku cerita kanak-kanak bergenre islamik untuk diterbitkan. Pendedahan tersebut telah disampaikan oleh En. Azalan bin Husin
yang merupakan penerbit buku yang
berpengalaman. Program ini berhasrat
untuk menghasilkan buku kanak-kanak
dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Inggeris dan Arab yang boleh digunakan
di negara lain seperti Filipina dan Jepun.
Oleh itu, pihak GAPENA dan juga KALAM
memanfaatkan kepakaran daripada pihak
YTP untuk meyumbangkan idea dengan
menyuntik elemen pendidikan Al-Hikmah
agar buku yang dihasilkan menepati kriteria
buku cerita islamik yang bestari, berilmu
dan relevan untuk pembaca pada zaman
kini.
Laporan: Muhammad Faris
4 Unik, Cemerlang & Terbilang
RETREAT STAF YTP DI SELATAN THAILAND
Selatan Thailand telah terpilih destinasi Retreat Staf
YTP 2019. Agenda utama adalah lawatan pendidikan ke
Madrasah Bukit Islamiah, Naratiwath merupakan lawatan
balas setelah guru-gurunya berkunjung dan berkursus di
YTP selama seminggu. “Orang Berbudi Kita Berbahasa,
Orang Memberi Kita Merasa”. Retreat ini diadakan pada 23-
26 Februari 2019 seramai 11 orang yang diketuai oleh Tn. Hj.
Abd. Rahman b. Mohd Yasin, Ketua Pengarah Pendidikan.
Majlis diskusi diadakan di antara dua pihak untuk bertukar-
tukar pandangan. Sekolah menengah Islam ini telah berusia
lebih dari 50 tahun dan mempunyai 260 orang pelajar dan 35
orang guru dengan mengenakan yuran yang sangat rendah
manakala anak-anak yatim dan susah adalah percuma. Dr.
Abd. Aziz b. Sulaiman selaku mudir madrasah tersebut sering
ke Malaysia memberi ceramah/kuliah dan mencari dana sekolah untuk menampung sebahagian perbelanjaan dan gaji guru-guru.
Beberapa masjid juga dilawati iaitu Masjid Masjid Telok Manok di Wilayah Pattani. Masjid ini berusia 300 tahun dan struktur binanya tidak
menggunakan paku. Masjid ini masih utuh dan kukuh keasliannya. Lawatan seterusnya ke Masjid Kerisik berusia lebih 400 tahun (masjid
tertua di Thailand) dan masjid pertama di Asia Tenggara yang
dibangunkan menggunakan bata merah buatan kampung
Tarab Bata. Cara penyusunan batanya dengan campuran
kulit kerang dengan beras ketan hitam yang ditumbuk lumat
dicampur adunan telur putih dan manisan cair. Masjid ini
melakar sejarah peperangan antara kerajaan Melayu Islam
Pattani dan kerajaan Siam. Masjid ini pernah diruntuhkan,
dibakar dan dimusnahkan kerana wujudnya sifat hasad dengki
musuh-musuh Islam. Masjid Raja Cabang Tiga (Patani) dan
Istana Lama Yaring yang merupakan kerabat Diraja Kelantan
juga sempat dikunjungi.
Laporan: Nur Jannah Keman
PENAZIRAN YTP KE SERI/SEMI SEREMBAN DAN DARUL UMMAH:AKADEMI DAN TAHFIZ (DU:AT)
Program naziran SERI/SEMI Seremban telah diadakan pada 21 Februari
2019. Lawatan Penaziran Pengurusan ini terdiri daripada Tn. Hj. Abd.
Rahman Yasin (Pentadbiran) Tn. Hj. Samian Ali (Kewangan), Tn. Hj.
Khailani Abd. Jalil (Pengurusan Kurikulum), Pn. Nur Jannah bt Keman
(Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan dan Kelestarian), Pn. Nor Atikah
dan Sdr. Ahmad Fahmi Adzha Mohd. Nasaruddin (SUA PKPIM/ALP,
YTP melihat dari aspek sistem on line pengurusan (ASIS).
Penaziran di Darul Ummah : Akademi dan TAHFIZ (DU:AT) di Telok
Panglima Garang, Selangor pada 11 Mac 2019. Lawatan ini diketuai
oleh Tn. Hj. Samian Ali (Kewangan), Sdr. Suhaili b. Husin (Pentadbiran)
dan Pn. Nur Jannah bt Keman (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan
dan Kelestarian). Sekolah ini baru berusia 5 tahun dan mempunyai
pelajar 102 orang.
Laporan: Nur Jannah Keman
Unik, Cemerlang & Terbilang 5
PERISTIWA
SERI SG. RAMAL KAJANG MEMENANGI KONTINGEN TERBAIK DI IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN MISSAK PERTUNJUKAN PERBARISAN KAWAD DARI PASUKAN KADET MAAHAD AL-UMMAH
KALI KE XIX DI MAPS, IPOH (25 MAC 2019) CHEMOR DI IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN MISSAK KALI KE XIX DI MAPS, IPOH
(25 MAC 2019)
SERI SEREMBAN MENJUARAI KESELURUHAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DI IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN MISSAK KALI KE XIX
DI MAPS, IPOH (23-25 MAC 2019)
MAAHAD AL-UMMAH CHEMOR MENJUARAI KESELURUHAN PERINGKAT MENENGAH ATAS DI IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN MISSAK KALI KE XIX DI
MAPS, IPOH (23-25 MAC 2019)
6 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERISTIWA
SEORANG PELAJAR PEREMPUAN DARI SERI AL-HIKMAH KELANTAN ANTARA PELAJAR SERI SG. RAMAL YANG MEMENANGI
MEMPEROLEH KEDUDUKAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BADMINTON KEJOHANAN SILAT JEMPUTAN DINI DAN BERPASUKAN
PERINGKAT MSSD BAWAH 12 TAHUN (12 FEBRUARI 2019) PIALA YB KAMARUDDIN JAAFAR
(1-3 FEBRUARI 2019)
PELAJAR SERI SG. RAMAL TELAH MENDAPAT TEMPAT KE-4 DALAM KEJOHANAN BOLA JARING MSSD HULU LANGAT
(18-19 FEBRUARI 2019)
PELAJAR SERI SEREMBAN TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SEREMBAN 1 BAWAH 12 TAHUN
(12 FEBRUARI 2019)
PENYERTAAN PELAJAR SERI INDERA MAHKOTA MENDAPAT PELAJAR SERI SEREMBAN ANAS AJWAD (BAJU PUTIH) MEWAKILI
TEMPAT KETIGA DALAM ACARA KEJOHANAN AKUATIK GAYA MALAYSIA KE QATAR DALAM TILAWAH AL-QURAN
BEBAS PERINGKAT DAERAH MSSD KUANTAN Unik, Cemerlang & Terbilang 7
(29 JANUARI 2019)
KURSUS LATIHAN PERGURUAN PROGRAM BAHASA INGGERIS STARAIN
Yayasan Takmir-TASKI telah bekerjasama dengan Akademik English Starain dalam menganjurkan Kursus Latihan Perguruan Program
Bahasa Inggeris Starain pada 26 hingga 27 Januari 2019. Kursus ini telah diadakan di Dewan Seminar YTP, Bandar Baru Bangi dan
dihadiri oleh 19 orang guru TASKI yang mengajar subjek bahasa Inggeris. Sebanyak 8 buah TASKI yang terlibat iaitu TASKI ABIM Ampang,
TASKI ABIM Serdang, TASKI ABIM Tuaran, TASKI Dar Mumtaz, TASKI Bestari Mawaddah, TASKI ABIM Ar-Rayyan, TASKI ABIM Al-Furqan
dan Pra Bestari Sri Seremban. Kursus latihan perguruan ini telah disampaikan oleh Puan Nora Shikin selaku Jurulatih Akademik Starain.
Sepanjang kursus berlangsung, guru-guru telah didedahkan dengan kaedah pengajaran fonik yang baru bagi penggunaan program
Bahasa Inggeris dan guru-guru mendapat pendedahan dan pengalaman baru dalam pengajaran Bahasa Inggeris.
Laporan: Nur Sahirah
PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA PONPES BUYA HAMKA, INDONESIA
Pada 22 Februari 2019 Majlis Sambutan Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa Ponpes Buya Hamka Indonesia telah diadakan di
Dewan Seminar Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). Majlis sambutan ini melibatkan 40 orang yang terdiri daripada wakil WADAH, Sekolah
SERI Sg. Ramal, Sekolah SERI Seremban, warga kerja Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) dan guru pengiring serta pelajar Ponpes Buya
Hamka. Turut hadir bersama adalah Datuk Hadzir bin Md. Zain selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Takmir.
Agenda sepanjang majlis sambutan pelajar Ponpes adalah ucapan selamat datang daripada Ketua Pengarah YTP iaitu Tuan Haji Abd.
Rahman Mohd Yasin, ucapan daripada wakil WADAH Tuan Haji Halimi Abdul Hamid dan wakil Ponpes Buya HAMKA Drs. Zainul Arifin.
Program pertukaran pelajar daripada Ponpes
Buya Hamka melibatkan 13 orang pelajar bermula
daripada 22 Februari hingga 7 Mac 2019. Pada
minggu pertama, para pelajar ditempatkan di SERI
Sg. Ramal dan diserahkan kepada keluarga angkat
sepanjang tempoh latihan. Tujuannya adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturahim antara dua
negara dan memberi pendedahan tentang budaya
masyarakat Malaysia. Sepanjang berada di SERI
Sg.Ramal pelajar mengikuti kelas dan belajar seperti
pelajar lain. Mereka dibahagikan berdasarkan umur
mengikut tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Manakala pada minggu yang kedua pula, mereka
bergerak ke SERI Seremban bagi menyelesaikan praktikal yang berbaki. Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan asrama sepanjang
pelajar Ponpes menjalankan praktikal. Pelajar turut serta semasa sesi pembelajaran. Selain daripada itu, pihak sekolah telah mengadakan
lawatan ke Port Dickson untuk melawat ke Muzium Tentera Darat, Pusat Ikan, Rumah api dan sebagainya.
Berdasarkan maklum balas daripada pelajar Ponpes sepanjang program pertukaran pelajar, mereka telah mendapat pengalaman yang
baru berkaitan dengan sistem pendidikan, budaya dan makanan masyarakat Malaysia. Di samping itu, mereka juga didedahkan dengan
melawat ke tempat-tempat yang menarik serta bersejarah yang ada di Malaysia.
Laporan: Nur Sahirah
8 Unik, Cemerlang & Terbilang
PERSIDANGAN MAJLIS IHTIFAL SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ABIM
KEBANGSAAN (MISSAK) KE XIX
MUTIARA HIKMAH
Wahai anakku, Bersyukurlah
kepada Tuhanmu kerana
kurniaan-Nya. Orang yang
mulia tidak mengingkari
Penciptanya kecuali orang
yang kufur.
(Lukman al-Hakim)
Persidangan Majlis Ihtifal Sukan Sekolah-sekolah ABIM Kebangsaan (MISSAK) Kali Ke XIX telah
diadakan pada 22-23 Januari 2019 di De Lereng Adventure Camp and Resort, Chemor, Perak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Samian b. Ali (Pengerusi Induk MISSAK) dan Tn Hj. Abd.
Rahman b. Yasin (Ketua Pengarah, YTP) juga turut hadir.
Mesyuarat ini lebih fokus kepada perkembangan mutakhir dan penyelarasan sebelum MISSAK Penasihat
berlangsung pada 22-25 Mac 2019 di tujuh (7) venue tempat pertandingan dan 5 venue penginapan. Hj. Abd. Rahman Mohd Yasin
Bilik urusetia di tempatkan di Maahad Al Ummah, Chemor. Majlis penutupan akan diadakan
di Maps, Ipoh. Pihak Maps telah menawarkan diskaun kepada para atlet dan warga MISSAK Ketua Editor
sehingga 31 Disember 2019 untuk berkunjung. Hj. Samian Mohd Ali
Laporan: Nur Jannah Keman
PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGARAH YTP Editor Kerja
Hjh. Nur Jannah Keman
Suhaili Husin
Khairani Thanin
Noraila Abd. Rahman
Mohd Fitri Amir Shoodi
Nur Sahirah Zulkifli
Muhammad Afif Rahimi
Muhammad Faris
Dato’ Hadzir b. Md. Zain telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi ALP pada 12 Mac 2019 atas Susunatur Grafik
masalah kesihatan dan jawatan tersebut buat sementara dipangku oleh Sdr. Radin Imanuddin b. Khairul Anuar
Radin Abd. Halim sehingga lantikan rasmi dari Majlis Syura Kebangsaan (MSK).
Penerbit
Yayasan Takmir Pendidikan
No. 21 Jalan 7/1B,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi
Emel:
[email protected]
Tel: 03-89265853 / 03-89202308
Fax: 03-89201788
Unik, Cemerlang & Terbilang 9
Mengenali Sekolah
SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA
Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SERI ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1991. Penubuhan Institusi ini adalah dengan
inisiatif ABIM Negeri Pahang untuk memenuhi hasrat masyarakat setempat yang ingin mendapatkan pendidikan anak mereka secara
bersepadu di samping berorientasikan pendidikan Islam.
Semenjak ia ditubuhkan, sekolah ini sentiasa mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat khususnya ibubapa yang telah
menghantar anak-anak mereka ke Institusi Pra Sekolah ABIM (TASKI) di sekitar Daerah Kuantan khususnya.
Selain dari Kurikulum Kebangsaan (KBSR) yang ditawarkan kepada murid-murid di sekolah ini, penekanan dalam pendidikan Islam
adalah diberi keutamaan berdasarkan Kurikulum yang telah disusun oleh Yayasan Takmir Pendidikan ABIM ianya diajar kepada
semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Jumlah murid ketika ini berjumlah 254 orang murid lelaki dan 183 orang murid perempuan.
Manakala guru lelaki 7 orang, guru perempuan 25 orang dan staf perempuan seramai 5 orang.
HJ. MOHD KENALI B. ABU TALIB HAJI ASAARI @ KAMALUDDIN BIN YATIM HAJI YAZIT B. KECHIK KHOLSENUIHAN B. ABD. RAHMAN
(1991-2003) (2003-2017) (JAN-DIS 2018) (SEKARANG 2019)
MUDIR SERI INDERA MAHKOTA KUANTAN
CADANGAN PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) DAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM (SMI)
BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN
Cadangan pembangunan merangkumi Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Surau, Blok Asrama
Pelajar dan juga padang riadah dan kemudahan lain untuk kegunaan pelajar. Lain-lain kemudahan infrastruktur adalah seperti
pencawang TNB dan Sistem Rawatan Berpusat.
Laporan: Suhaili Hussin
WAKIL YTP MEMBENTANG KERTAS KERJA DALAM PROGRAM YAYASAN UMMUSHABRI,
KENDARI, SULAWESI TENGGARA
Yayasan Ummusshabri, Solusi Tenggara
telah menganjurkan program Perkhemahan
Raya, Expo ke-8 dan Seminar
Antarabangsa pada 05 – 09 Januari 2019.
Antara pengisian program adalah Seminar
Antarabangsa dengan tema “Hambatan
Kecemerlangan Pendidikan Islam di Era
Digital”, melibatkan dua wakil YTP iaitu Hj.
Khailani Abdul Jalil (Pengarah Akademik
YTP) membentangkan tajuk “Kebijakan
Pengembangan Kualiti Sekolah: ABIM @
Malaysia” dan Hj. Khalil Jali (Ketua Unit
Strategik YTP merangkap CEO SERI/
SEMI Seremban) membentangkan tajuk “Desain Pengembangan Sekolah Unggulan: Best Practice Sekolah Swasta SERI dan SEMI ABIM,
Malaysia”. Majlis pembukaan disempurnakan oleh Walikota Kendari dan penutupan majlis oleh Gabenor Sulawesi Tenggara.
Laporan: Hj. Khailani Abd. Jalil
10 Unik, Cemerlang & Terbilang
Hj. Asaari@Kamaluddin Yatim
Hj. Asaari@Kamaluddin Yatim dilahirkan di Kampung Lubok Kulit, Kuala Lipis Pahang pada 03.06.1947,
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit dan Sekolah Kebangsaan Kuala
Telang, Kuala Lipis. Kemudian ke Sekolah Menengah Agama Al Maidah Diniah Padang Tengku di
Kuala Lipis sehingga tingkatan tiga. Seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Idrisiah Bukit Chandan
Kuala Kangsar, Perak hingga tamat Empat Sanawi. Mulai tahun 1967 menyambung pelajaran di Pusat
Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri (YTPK) Kelantan, dua tahun di Maahad al Dakwah dan seterusnya
di kulliyah Syariah Wal Qanun sehingga tahun 1973. Mendapat biasiswa dari kerajaan Negeri Pahang
untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir, mendapat Ijazah Sarjana Muda
Syariah pada sesi 1975 dan mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Sham, Kaherah Mesir
1977 .
Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah
Jelutong Pulau Pinang (1978-1981), kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh
Pahang. Mendapat biasiswa dan cuti bergaji penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
tawaran Liga Arab untuk mengikuti Kursus Diploma Tinggi Bahasa Arab kepada orang Bukan Arab di
Institut Antarabangsa Khartoum Sudan (1982-1983). Kembali bertugas sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah Sains Raub
Pahang, kemudian bertugas sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan
Afzan Jerantut, Pahang (1984-1988), pernah berkhidmat sebagai GPK dan memangku Pengetua di Sekolah Menengah Dong, Raub
Pahang (1989) sebelum ditukar sebagai Penolong Pengarah Dakwah di Jabatan Pendidikan Pahang 1990. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menghantar beliau berkursus Methodologi Dakwah di Institut Pemikiran Islam Jordan selama sebulan. Jawatan terakhir
beliau di Jabatan Pendidikan Pahang ialah sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam sehingga bersara pada tahun 2003.
Dalam Jamaah, beliau pernah diamanahkan sebagai Exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang (1979-1981), Timbalan
Yang DiPertua (TYDP) ABIM Temerloh (1982), Yang DiPertua (YDP) ABIM Jarantut (1986-1988). Beliau juga diamanahkan sebagai YDP
ABIM Pahang (1996-1999) dan Pengerusi Wadah Pencerdasan Umah Malaysia (WADAH) Pahang (2013 sehingga kini). Beliau juga aktif
dalam pertubuhan atau persatuan bukan kerajaan (NGO) lain, antaranya ialah beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perunding Belia Negeri
Pahang selama dua penggal (1996-1997 dan 1998-2000). AJK Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah Cawangan Pahang dan Exco
Pertubuhan Peguam Syarie Negeri Pahang (2015 – 2017). Beliau masih aktif sebagai Peguam Syarie Negeri Pahang mulai 2016 sehingga
kini. Beliau juga pernah dilantik sebagai AJK Kariah Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang (1994-1996), AJK Pendidikan Islam
Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Panel Penulis Khutbah Jumaat Jabatan Mufti Negeri Pahang (2001-2009).
Mantan Mudir (Guru Besar) Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM) selama 14 tahun (2003 – 2017). Dianugerah sebagai Tokoh
Guru Swasta 2012 oleh Jabatan Pendidikan Pahang. Pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Pingat
Kelakuan Terpuji (PKT) Kerajaan Negeri Pahang.
Laporan : Suhaili Hussin
MUTIARA HIKMAH
(Lukman al-Hakim)
“Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
Unik, Cemerlang & Terbilang 11
KUNJUNGAN KETUA YAYASAN INSAN INDONESIA MANDIRI (YIIM) SURABAYA KE YTP
Pada 13 Mac 2019, Yayasan Takmir Pendidikan
dikunjungi oleh Dr. Ir. Indra Prasetyo, MM,
ketua Yayasan Insan Indonesia Mandiri (YIIM),
Surabaya, yang berkunjung ke Malaysia
dalam rangka lawatan membina hubungan
Antarabangsa dengan beberapa Institusi
pendidikan yang sejajar dengan usaha YIIM
di Surabaya. Selain berkunjung ke YTP, beliau
turut mengadakan pertemuan dengan pihak
SERI Sg. Ramal, untuk melihat perkembangan
pendidikan yang dilaksanakan di sana.
Bapak Indra di dalam pertemuan itu menceritakan bagaimana pelaksanaan pendidikan di bawah YIIM, yang memiliki tiga peringkat
pendidikan, iaitu Sekolah Dasar, Sekolah Menengah, dan pusat pengajian tinggi, menurutnya YIIM ini diasaskan oleh bapak beliau
sejak tahun 1989, setelah bapanya meninggal dunia, YIIM ini diserahkan pentadbirannya kepada beliau. Antara program utama yang
menjadikan sekolah-sekolah di bawah YIIM ini berbeza dari yang lain ialah Penerapan Pendidikan Budi Pekerti yang berasaskan kepada
6 pilar yang universal, program ini sudah berjalan dengan baik sejak beberapa tahun yang lalu, kerana sudah memiliki buku rujukannya,
sistemnya dan guru-guru diwajibkan mengikuti latihan pelaksanaan Pendidikan budi pekerti ini, membuatkan program ini dapat berjalan
dengan lancar dan berjaya.
Laporan: Ust. Mohd Naim Mohd Noor
MULTAQA STAF
Pada 23 Februari 2019, gabungan jemaah mewakili WADAH, ABIM, PKPIM dan AGENSI mengadakan majlis Multaqa sebagai acara
tahunan. Pihak YTP telah menghadiri majlis ini diketuai oleh Tuan Hj. Abdul Rahman (Ketua Pengarah YTP) . Majlis yang berlangsung
di Grand Puteri, Esset Bangi, diadakan sebagai medium penyampaian deklarasi daripada barisan pimpinan dari setiap agensi bagi
menyalurkan amanat dan perkongsian kepada sekalian petugas jamaah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Hj. Ahmad Azam Ab.
Rahman (Presiden WADAH) yang menyampaikan ucaptama bagi majlis tersebut.
Antara intipati ucaptama Tuan Hj Azam Ab. Rahman, beliau menitipkan amanah dan peringatan kepada petugas jamaah agar menyedari
bahawa perjuangan jamaah adalah bersifat mission-driven dan purpose-driven iaitu Gerakan Jamaah bukanlah tempat untuk membina
kerjaya diri sebaliknya ianya lebih kepada tempat untuk menanamkan misi dan tujuan kehidupan seiring dengan metode dakwah mengikut
perubahan zaman sambil mengekalkan budaya gerakan dan pendekatan spiritual.
Budaya gerakan yang diamalkan saban tahun ini terdiri daripada Wahdatul Qalbu (usrah untuk membina kesatuan), Wahdatul Fikr (Tamrin
dan Multaqa dalam membina kefahaman) dan Wahdatul Amal (Muktamar dalam meletakkan agenda dan kepimpinan gerakan) yang perlu
sentiasa diamalkan. Beliau juga mengingatkan agar ahli gerakan harus merasai dan memahami perit jerih masyarakat di sekeliling, selain
belajar daripada usaha dan strategi dari Gerakan lain.
Presiden WADAH itu juga turut menasihati ahli jemaah agar sentiasa mencari jalan untuk merapatkan jurang antara agensi agar budaya
marhamah dapat dilestarikan. Kekayaan dan rezeki yang dirasai dan dinikmati harus dikongsi dengan rakan seperjuangan Jamaah demi
memperkukuh semangat amal jama’ie dan ukhuwah sesama kita. Leburkan bendungan-bendungan yang menjarakkan antara ahli Jamaah.
Selain itu juga, majlis ini turut meraikan dan menghargai petugas-petugas jemaah yang telah berkhidmat dan mencurahkan bakti kepada
agensi mencecah 10 tahun dan 20 tahun. Mereka yang diraikan telah menerima beberapa anugerah antaranya Jaizah Tasyrif (20 tahun),
Jaizah Takrim (10 tahun), dan Jaizah Wafa (Persaraan). Anugerah-anugerah tersebut disusuli dengan pemberian anugerah khas kepada
beberapa agensi yang telah mengecap kejayaan dan kemajuan sepanjang tahun 2018. Antaranya, Sekreteriat Abim Pusat Jamaah yang
telah diberi penarafan 5 bintang Pertubuhan Belia dari Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, Seri Al-huda telah dinobatkan sebagai
Sekolah Agama Swasta Cemerlang 2017 daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Manakala, Ahmad Farid Sanuri telah dianugerahkan
sebagai Ikon Belia daripada YB. Datuk Dr. Hj Sambalkong, Timbalan ketua Menteri Sabah. Community base planning award, MIP planning
excellent award juga telah disandang oleh Adab Youth Garage (AYG) hasil penganugerahan dari Institute Planner of Malaysia. Sejurus
upacara penganugerahan itu, majlis Multaqa diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengahari.
Laporan: Muhammad Faris
12 Unik, Cemerlang & Terbilang