The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xawkbdflkiohwkqytl, 2020-10-19 21:13:20

MODUL PdPR TMK THN 5

MODUL PdPR TMK THN 5

SK TANJONG BATU TAWAU

TAHUN 5 MODUL PdPR TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
MAKLUMA\

MODUL DUNIA PANGKALAN DATA
UNIT 3 : Membangunkan Sistem
Pangkalan Data

Disediakan oleh : Panitia TMK

MODUL

 Objektif pembelajaran :
 Menyenaraikan data yang perlu dikumpul bagi tujuan
membangunkan pangakalan data

 Menerangkan secara ringkas fitur dan fungsi yang terdapat dalam

aplikasi pangkalan data yang dipelajar

 Standard kandungan:
3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan Data

 Standard pembelajaran:
3.1 Membina Jadual menggunakan jenis data teks, tarikh dan nombor.
3.2 Memasukkan data menggunakan jadual

 Masa: 180 minit

NOTA RUJUKAN
Jadual merupakan objek pangkalan data yang utama. Maklumat disimpan
dalam bentuk jadual di dalam pangkalan data.

Amnya, jadual terdiri daripada baris dan lajur. Oleh itu, koleksi data disusun
baris demi baris seperti yang ditunjukkan di dalam rajah berikut.

Objek-objek pangkalan data yang lain seperti Form, Query dan Report dibina
atau dijana berdasarkan jadual. Setiap pangkalan data harus ada sekurang-
kurangnya satu jadual.

KEPERLUAN PERKAKASAN
Set komputer lengkap dan berfungsi.

KEPERLUAN PERISIAN
Perisian Aplikasi - bagi menghasilkan pangkalan data

AKTIVITI 1

Pangkalan data dibina dengan menggunakan MS Access.
 Langkah 1

a. Lancarkan MS Access Microsoft Office Microsoft Office
b. Klik Start All Program

Access

 Langkah 2
Klik pada Blank Database

 Langkah 3

a. Klik pada View
b. Ubah Table Name kepada ‘Nilam’

 Langkah 4

a. Taip ‘Nama’ pada lajur Field Name.
b. Pilih jenis data ‘Text’ pada lajur Data Type untuk Field Name ‘Nama’.

 Langkah 5

a. Taip ‘Tarikh Lahir’ pada lajur Field Name yang baharu.

b. Pilih jenis data ‘Date/Time’ pada lajur Data Type untuk Field Name ‘Tarikh
Lahir’.

 Langkah 6
a. Taip ‘Bil. Buku’ pada lajur Field Name.
b. Pilih jenis data ‘Number’ pada lajur Data Type untuk Field Name ‘Bil. Buku’.

 Langkah 7
Klik ‘Datasheet View’

 Langkah 8
Klik butang ‘Yes’ untuk menyimpan pangkalan data yang telah dibina

AKTIVITI 2

 Langkah 1
Guru meminta murid membuka jadual yang telah dibina pada pelajaran yang
lepas.

 Langkah 2

Pada baris 1, taipkan ‘Siti’ pada lajur Nama, ‘2/2/2001’ pada lajur Tarikh Lahir,
dan ’20’ pada lajur Bil. Buku.

 Langkah 3

Murid diminta mengulangi langkah 2 untuk memasukkan 1 rekod murid
perempuan dan 4 rekod murid lelaki yang baharu.

 Langkah 4

Masukkan rekod seorang lagi murid berdasarkan maklumat berikut :

ID Nama Tarikh Lahir Bil Buku
7 Izzaty 3/9/2009 30

 Langkah 5
Nyatakan ralat yang akan dipaparkan oleh komputer.

 Langkah 6

Tuliskan data yang sepatutnya ditaip pada lajur tersebut supaya data tersebut
diterima.

 Langkah 7
Berikan sebab bagi jawapan anda.

PENILAIAN 1

Bina pangkalan data ahli Kelab ICT berpandukan borang di bawah.

Senarai Ahli Kelab ICT Sekolah

Bil Nama Jantina Tarikh Lahir Umur

PENILAIAN 2

1. Berdasarkan format medan yang terdapat di dalam fail Nilam, apakah
yang perlu dimasukkan jika rekod seorang murid perempuan bernama
Aamal yang lahir pada 31 Ogos 2001 dan mempunyai bilangan buku
sebanyak 19 buah ingin dimasukkan.

Bil Nama Jantina Tarikh Lahir Umur

2. Jika anda menaip 31 Ogos 2009 di dalam lajur ‘Tarikh Lahir’ pada fail
Nilam. Apakah yang akan berlaku?

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid
Tahun
Kelas

Modul Dunia Pangkalan Data
Standard Kandungan 3.0 Membangunkan Pangkalan Data
Standard Pembelajaran 3.1 Membina Jadual Menggunakan jenis
data Text, Date dan Number.

3.2 Memasukkan data dan menguji
jadual.

Bil. Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
1 Ya Tidak
2
3 (CAPAI / TIDAK CAPAI)
4

KEPUTUSAN
TARIKH

Nama Guru Tandatangan &
Disahkan oleh Tarikh
Tandatangan &
Tarikh


Click to View FlipBook Version