The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN AIDA SABREENA BINTI CHE WAN BAKAR -, 2023-12-11 23:22:34

BUKU PROGRAM PUICE 22023

Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani

Keywords: PUICE

Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani KANDUNGAN MUKA SURAT Atur Cara 3-4 Kata Alu-aluan 5 Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Kata Alu-aluan 6 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama Latar Belakang & Objektif 7 Jawatankuasa Pelaksana 8-10 Senarai Pembentang 11-12 Abstrak Kajian Tindakan 13-25 Penghargaan 26-27 Autograf 28


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani ATUR CARA 8.00 pagi Pendaftaran 9.00 pagi Ucapan Pembukaan (Pengacara Majlis) Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Puan Haniza binti Mohd Jabar @ Ibrahim Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama Ucapan Perasmian Datuk Bandar Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tayangan Montaj dan Gimik Pelancaran Logo PUICE Slot Khas: PJ Learning City (Tayangan Video) Ucaptama PUICE 2023 Dr. Jafri bin Abu Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 10.40 pagi Sesi Pembentangan 1: Seorang pembentang 10.55 pagi Lawatan ke Pameran Inovasi Pendidikan dan Kebitaraan Sekolah Daerah Petaling Utama 11.05 pagi Sesi Pembentangan 2 : 8 orang pembentang 11.15 pagi Jamuan Tetamu Kehormat 1.05 -1.45 Rehat tengah hari 3


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani ATUR CARA 1.45 tengah hari Sesi Pembentangan 3 : 4 orang pembentang 3.00 petang Ketibaan Tetamu Kehormat dan Lawatan ke Booth Pameran Persembahan Selamat Datang Ucapan Pembukaan dan Alu-aluan (Pengacara Majlis) Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor Bacaan Doa Tayangan Video Sorotan PUICE 2023 4.00 petang Ucapan Perasmian Penutup Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor Penyampaian Sijil dan Hadiah Pameran Inovasi dan Kebitaraan Sekolah (Penarafan Platinum, Emas dan Perak) Sesi Bergambar 5.00 petang Bersurai 4


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani KATA ALU-ALUAN YANG BERUSAHA DR. JAFRI BIN ABU PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR BERSEMPENA DENGAN PETALING UTAMA INNOVATIVE CONFERENCE ON EDUCATION (PUICE) 2023 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmahtulahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, sekalung tahniah saya hulurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama atas inisiatif murni dan komitmen padu untuk menganjurkan Petaling Utama Innovative Conference On Education (PUICE) 2023 pada hari ini. Sebagaimana yang kita ketahui, PUICE 2023 ini bertemakan Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani. Tema ini amat menarik dan seiring dengan perkembangan dan kemajuan seantero dunia. Guru-guru selaku arkitek pembangunan intelek dan pembinaan sahsiah memainkan peranan yang amat penting sekali untuk melahirkan modal insan madani yang mampu bersaing di dunia serba baharu ini. Lantaran itu, saya amat mensyukuri usaha murni Sektor Pembelajaran PPD Petaling Utama untuk menganjurkan konferens ini supaya inovasi guru-guru dapat disebarluaskan untuk membawa manfaat kepada seluruh warga pendidikan lantas membawa kesejahteraan kepada segenap lapisan masyarakat madani. Transformasi atau inovasi didefinisikan sebagai pembaharuan. Guru-guru perlulah senantiasa mencabar diri agar memikirkan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik lantas mengimplementasikannya di dalam bilik darjah supaya ilmu dan kemahiran yang kurang dikuasai oleh anak-anak murid kita selama ini dapat difahami, dipelajari, dan dibina sehingga mengakar dalam minda dan jiwa murid-murid. Sehubungan dengan itu, keberanian untuk keluar daripada zon selesa, kesungguhan untuk memanfaatkan pelbagai sumber dan komitmen untuk terus mempelajari ilmu baharu merupakan syarat-syarat penting setiap insan bergelar guru pada zaman ini. Kreativiti dan inovasi begitu mustahak kerana kita berdepan dengan murid-murid yang berlatarbelakangkan tahap intelektual, tahap kecerdasan serta status sosioekonomi yang berbeza-beza. Sehubungan dengan itu, pedagogi terbeza perlu menjadi pegangan setiap guru untuk memastikan perkembangan dan kemajuan akademik murid dapat ditaksir sepanjang masa. Kita perlu sentiasa beringat-ingat bahawa hasrat kita adalah untuk memastikan semua anak murid kita berjaya dan tiada sesiapa pun yang tercicir daripada sistem pendidikan kita. Guru-guru mestilah sedar bahawa andai kata pengajaran guru berjaya menarik minat murid-murid, isu ketidakhadiran mesti dapat diminimumkan. Oleh sebab itu, daripada kita asyik mempersalahkan murid-murid apabila mereka ponteng kelas, lebih berkesan dan bermakna lagi sekiranya guru-guru memikirkan cara untuk memikat hati murid-murid hadir ke sekolah. Oleh sebab itu, marilah kita menjalankan refleksi, membudayakan inovasi, dan akhirnya merealisasikan transformasi demi kesejahteraan seluruh nusa dan bangsa kita seiring dengan konsep masyarakat madani yang dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas yang setinggi-tingginya kepada semua guru dan pegawai yang terlibat dalam pembentangan kertas ilmiah PUICE 2023 serta semua pempamer sekolah yang melibatkan diri dalam Pameran Inovasi Pendidikan dan Kebitaraan Sekolah. Perkongsian kalian pasti akan membawa manfaat yang tidak ternilai sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja di sekolah, malah di seluruh daerah Petaling Utama. Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. DR. JAFRI BIN ABU Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 5


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani KATA ALU-ALUAN YANG BERUSAHA PN HANIZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA BERSEMPENA DENGAN PETALING UTAMA INNOVATIVE CONFERENCE ON EDUCATION (PUICE) 2023 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualalkum Warahmahtulahi Wabarakatuh. Syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnia-Nya, Petaling Utama Innovative Conference on Education atau lebih dikenali sebagai PUICE 2023 dapat dijayakan pada tahun ini. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih saya rakamkan kepada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas ihsan dan keprihatinan untuk merasmikan program ilmiah ini malah membenarkan PPD Petaling Utama menggunakan dewan yang serba indah ini bagi menjayakan PUICE 2023. Tanpa bantuan dan sumbangan pihak MBPJ, nescaya sukar untuk pihak kami merealisasikan hasrat murni ini demi nusa dan bangsa kita. Saya juga berasa amat bangga atas status bandar raya Petaling Jaya sebagai Bandar Pembelajaran yang diiktiraf oleh UNESCO. Selain itu, pihak PPD Petaling Utama juga berasa amat bertuah kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, iaitu Dato’ Menteri Besar Selangor sudi menyempurnakan upacara penutupan rasmi PUICE 2023 di samping memberikan sumbangan dana kepada PPD Petaling Utama untuk menjayakan program tahunan ini. Di samping itu, ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada Yang Berusaha Dr. Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor kerana sudi melapangkan masa untuk memberikan sokongan padu kepada kami bagi menjayakan PUICE 2023. Sokongan padu ini akan mendorong lebih banyak guru di daerah ini untuk mengusahakan pelbagai inovasi ilmiah demi kecemerlangan anak didik kita. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan yang setinggitingginya kepada seluruh warga PPD Petaling Utama, yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan PUICE 2023. Inisiatif ini amat murni kerana PUICE merupakan satu platform untuk membudayakan kajian tindakan yang akhirnya membawa pelbagai manfaat kepada kemenjadian murid dan keberhasilan KPI kita. Seterusnya, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para pembentang kertas ilmiah dan juga guru-guru serta murid-murid yang mengambil bahagian dalam Pameran Inovasi Pendidikan dan Kebitaraan Sekolah. Kesungguhan dan kegigihan guruguru untuk menerokai pelbagai jalan penyelesaian bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid kita merupakan usaha yang amat luhur dan murni. Oleh sebab itu, teruskanlah iltizam untuk mentransformasikan pedagogi supaya murid-murid kita beroleh peluang yang optimum untuk mengembangkan potensi maksimum mereka. PUICE 2023 bertemakan Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani. Kita harus memahami bahawa tanggungjawab kita sebagai pendidik pada hari ini ialah kita perlu senantiasa bersiap siaga untuk mendepani sebarang perubahan, pembaharuan dan perkembangan sedunia yang amat memerlukan kita menjalankan pelbagai penambahbaikan. Semoga usaha ini dapat melahirkan modal insan yang dapat mengecapi nikmat kesejahteraan dalam dunia yang serba mencabar pada hari ini. Akhirulkalam, saya berharap semoga segala inisiatif untuk menjayakan konferens ini dapat memberikan motivasi dan membuka minda warga pendidik khususnya di daerah Petaling Utama untuk melakukan perubahan melalui kajian tindakan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Sehubungan dengan itu, saya juga amat berharap agar konferens ini akan menjadi agenda tahunan secara berterusan dan menjadi platform transformasi yang maknawi. Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. HANIZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama 6


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani LATAR BELAKANG Menurut Dr. Ahmad Aizuddin Md Rami, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau menyatakan “Transformasi sistem pendidikan sedia ada bertepatan waktunya dan diharapkan lebih tertumpu kepada konsep profesionalisme, kepakaran dan pengkhususan dalam bidang yang diperlukan segera. Norma baharu sudah dan sedang menjadikan murid, pendidik dan ibu bapa lebih kreatif dalam memastikan keseimbangan pendidikan dan memenuhi komponen pembelajaran semasa”. Dalam sistem pendidikan negara, kemenjadian murid harus menjadi antara tonggak ke arah pembentukan individu dinamik dan inklusif merangkumi segala aspek sebenar asas pendidikan seimbang, termasuk pembangunan rohani dan sahsiah kendiri. Murid kini lebih kreatif dalam menghasilkan projek serta tugasan yang diberikan. Kaedah pembelajaran dalam talian menaikkan pendidikan Malaysia ke satu tahap yang lebih kompleks dan dinamik. Dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan sejahtera, pembangunan potensi diri murid diukur dalam pelbagai bidang bukan sahaja akademik yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, tetapi juga ditaksir dalam bidang kokurikulum seperti PAJSK dan psikometrik. Aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu difahami dan ia bukan bersifat statik, tetapi dinamik selaras ke arah pembentukan kerajaan pendidikan digital yang holistik dan seimbang. Oleh itu, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Kaedah ini dapat mencorakkan suasana pembelajaran dan meningkatkan tahap penguasaan pencapaian murid tentang sesuatu yang dipelajari. OBJEKTIF Meningkatkan tahap pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan warga pendidik dalam memartabatkan pendidikan sebagai usaha ke arah melahirkan generasi yang berwawasan. Mempelbagaikan kaedah, mempamerkan inovasi dan transformasi dalam PdPc berdasarkan situasi semasa mengikut keperluan perkembangan murid. Memberi galakan kepada pendidik membuat inovasi dan transformasi dalam teknik, pendekatan dan kaedah PdPc bagi memperkasakan pendidikan seterusnya membudayakan kajian tindakan dalam PdPc di peringkat sekolah. Meningkatkan kefahaman dan kesediaan guru untuk menggunakan teknologi dalam penyampaian PdPc sebagai transformasi ke arah melahirkan insan madani. 7


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Haniza binti Mohd Jabar@Ibrahim Pegawai Pendidikan Daerah Naib Pengerusi Noor Lina binti Mohd Yusuf Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran Penyelaras Suzila binti Said Penolong penyelaras Alex Leong Jun Wei Penolong penyelaras (Pameran) Normasitah binti Masri Setiausaha Najwa Izzati binti Udin Penolong Setiausaha Tuziah binti Telimik Bendahari Noor Lizawati binti Ibrahim Penolong Bendahari Norabiatul Saadiah binti Soid Pengurus Majlis Alex Leong Jun Wei Bibi Virdayati binti Ilyas @ Alias Sambutan dan Protokol VIP Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Azlina binti Shamsudin Khanah@Rohanah binti Mamat Hilwana binti Ahmad Sha’ari Rosliza binti Basar Yahya bin Abdul Karim Tajaan Dr. Azlee bin Ab Rahim @ Ahmad (K) Hilwana binti Ahmad Sha’ari Nazri bin Mohamad Maria Farinna binti Zainal Abidin Wan Aida Sabreena binti Che Wan Baka r Norhanim binti Zainudin Pendaftaran Sathiah a/p Shammugam (K) Risahida binti Bahari Mazatul Asmah binti Idris Norfadzilah binti Mohamad Jamal Nor Zanariyah binti Ishak Halima binti Latara Teks Ucapan Alex Leong Jun Wei Bacaan Doa Najamuddin bin K halani Pembaca Ikrar Rukun Negara/ Ahmad Zulkhairi bin Mohamad Pengacara Pempromosi Reruai Pameran B uku Abstrak/ Buku Program/ Penyunting Wan Aida Sabreena binti Che Wan Bakar (K) Sharipah binti Hamad Penyelaras pembentangan Noor Lizawati binti Ibrahim Nisa Izni binti Khairul Anwar Maizatul Azwana binti Mohd Za ki 8


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani JAWATANKUASA PELAKSANA Pameran Nadiah binti Jahidin (K) Sathiah a/p Shammugam Mohd Shah Rizal bin Md Isa Nazri bin Mohamad Noor Lizawati binti Ibrahim Kuhanis binti Mohamad Zain Kasturi a/ p Muthaloo Fotografi Mohd Shazry bin Osman (K) Muhammed Syahir bin Ali Mohd Razaki bin Mohamed Razali Nur Assyura binti Mohamad Syamin bin Ismail (SMK Damansara Damai 1) Nur Afatin Rahmat binti Sarif (SMK(P) Taman Petaling) Pengacara Majlis Normawati binti Jasman (K) Marina binti Ahmad Mohd Shah Rizal bin Md Isa Azhar bin Hassan (Pameran) SK Damansara Damai 1 Publisiti/ Promosi Mohd Shazry bin Osman (K) Maria Farinna binti Zainal Abidin Muhammad Radhi bin Hanudin Mohd Azwar bin Mohd Nasir Latar Pentas/Back drop/Montaj Maria Farinna binti Zainal Abidin (K) Badieah binti Mustakin Iqbal Annam bin Zainal (SMK Sultan Abdul Samad) Muhammad Syahir Zaini bin Shahimi (SK Damansara Damai 2) Azrul bin Ahmad (SK Damansara Damai 2) Sijil & Cenderamata Tuziah binti Telimik (K) Nurhafizah binti Ismail Nur Zahera binti Ahmad Nur Syahieda binti Tajuddin Fatin Najihah binti Mohd Hairi Siti Hasmira binti Mohd Sani Dokumentasi Antoinette Gerrardine Maria Raj (K) Norwati binti Abdul Wahab Nuraziah binti Sharif Peralatan dan Pengangkutan Najamuddin bin Khalani (K) Mohd. Idaham bin Ibrahim Muhammad Saifullah bin Adzhari Aizat bin Azaman TVPSS (SMK (P) ASSUNTA) Guru : Nornabilah binti Zainal Abidin Nor Raimie binti Samsu @ Wahab Murid : Marissa Balqish binti Ali Zaini Kaisara binti Addie Putra Nur Syakeera binti Mohd Faizal 9


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani JAWATANKUASA PELAKSANA Teknikal Wasilah Minda Badieah binti Mustakin (K) Maria Farinna binti Zainal Abidin Iqbal Annam bin Zainal (SMK Sultan Abdul Samad) Ahmad Iltizam Fahmi bin Ahmad Khalil (SMK SAS) Mohd Khairy Izzuan bin Mohd Yusof (SMK SAS) Azrul bin Ahmad (SK DD2) Muhammad Syahir Zaini bin Shahimi (SK DD2) Hilmi bin Anasat (SK DD2) Huzaifi bin Hazir (SK DD2) Muhammad Zulfiqa bin Md Zain (SK DD2) Muhammad Hafiz Fahmi bin Kamalaldin (SK DD2) Mohd Ziqrul Fhahmie bin Deraman (SK DD2) Mohd Syamin Ismail bin Mohd Sabari Nur Afatin Rahmat binti Sarif (SMK(P) Taman Petaling) Muhammad Taufik bin Mohamad Sau (FT) Muhammed Syahir bin Ali (FT) Mohd Jamil bin Mohd Napiah (FT) Persediaan tempat Mohd Shazry bin Osman (K) Muhammed Tasnem bin Hassan Mohd Ezudin bin Busar Fuad bin Abdullah Mohd Danial Iskandar bin Suhaimi Jamuan Nurulhidayah binti Ramli (K) Norsilawa binti Bohari Nur Hazwani binti Jamari Rosmailiza binti Harun Ain Farhana binti Zulkifli Naseema binti Anwar Noor Aszreen binti Ramli Nurul Hazirah binti Rusly Noor Aini binti Amirnur Rashid Kejurulatihan & Pembentangan Hilwana binti Ahmad Shaari (K) - Unit Bahasa Alex Leong Jun Wei Antoinette Gerardine Maria Raj Nadiah binti Jahidin - (K) - Unit Sains dan Matematik Sathiah a/p Shammugam Tuziah binti Telimik Rosliza binti Basar - (K) - Unit Sains Sosial Badieah binti Mustakin Wan Aida Sabreena binti Che Wan Bakar (K) - Unit TVET Normasitah binti Masri Suzila binti Said Noor Lizawati binti Ibrahim - (K) - Unit Pendidikan Islam Nazri bin Mohamad - (K) - Unit PPKI Nurulhidayah binti Ramli - (K) - Unit Pemulihan Khas 10


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani SENARAI PEMBENTANG 1. LiPS DAN APLIKASI CONV WHEEL KITS 3.0 DALAM MEMBANGUN KEMENJADIAN INSAN MADANI DALAM MEMBANTU PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Syaheela Atikah binti Hashmi, Rahayu binti Ab Rahman, SK (2) Petaling Jaya Rosliza binti Basar, Badieah binti Mustakin, PPD Petaling Utama 2. MENINGKATKAN PENGUASAAN PENAMBAHAN DUA NOMBOR MURID TAHUN DUA MENGGUNAKAN KOTAK TAMBAH Che Nur Shafiqah binti Che Ros, SK Bandar Utama Damansara 4 3. MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 DENGAN MENGGUNAKAN SET HANDY DICEY DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH SK DAMANSARA DAMAI (2) Muhammad Amirul Hakimin bin Roslee, Rosnani binti Karim, Harnidah binti Termizi, Siti Khadijah binti Shamsuddin, Nur Adharina binti Ja'afar, Nur Farhana binti Mohd Sofi, SK Damansara Damai 2 4. TEKNIK CANTUM DAN TULIS UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN KV+KVK DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 2 DAN 3 Nurul Husna binti Musman, SK Jalan Selangor Satu 5. 'SEGI TIGA OSEM' KUASAI ANU OPERASI MATEMATIK Azizul bin Abdul Aziz, SK Bukit Lanjan 6. MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS UITM 2022 KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA DENGAN KAEDAH "TRUE FALSE" MENGGUNAKAN APLIKASI WORDWALL 2022 Muhammad Azman bin Mat Jusoh, Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama 7. PROJEKTOR WARNA DAN RODA WARNA MENINGKATKAN KEFAHAMAN TENTANG KONSEP WARNA SEKUNDER BAGI PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 Nur Shafika Aida binti Ramlan, SK Sungei Way 8. INOVASI - KOMIK STORYBOARD MEMPERKASAKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 2 EHSAN DALAM KREATIVITI MENGHASILKAN KOMIK BERDASARKAN DIALOG INFORMASI SEJARAH Nor Suliana binti Che Zainudin, Norhayati binti Mohd Gapor, SMK Sultan Abdul Samad 11


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani SENARAI PEMBENTANG 9. KAEDAH "BABA" : MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM DAN MEMBUNYIKAN HURUF HIJAYYAH TUNGGAL BERBARIS SATU DI ATAS KEPADA MURID TAHUN DUA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN) Masturah binti Azali, Ruhil Azimin binti Raffiee, SK Taman Medan 10. H-DOC SEBAGAI ALAT BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAPAT MENINGKATKAN MINAT MURID-MURID DALAM MEMPELAJARI MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 4 Nurhashimah binti Nawawi, SMK (P) Taman Petaling 11. MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN MELUKIS CARTA ALIR DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANG GRAFIK FLOWGORITHM DALAM TOPIK ALGORITMA DALAM KALANGAN MURID ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2 ARA Yap Lei Hun, SMK Bandar Sri Damansara 2 12. KAEDAH "POTONG DAN PANGKAH EKOR" DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG PERKATAAN JAWI BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN EMPAT PINTAR Nurul Ubaidah binti Md Samsudin, SK Assunta (2) 13. KITAMORFOSIS: MERUNGKAI KEKELIRUAN, MEMPERKAYA PEDAGOGI Alex Leong Jun Wei, PPD Petaling Utama 12


Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani PEMBENTANG 1 LiPS DAN APLIKASI DIGITAL CONV WHEEL KITS 3.0 DALAM MEMBANGUN KEMENJADIAN INSAN MADANI PENDIDIKAN MATEMATIK SK (2) PETALING JAYA SYAHEELA ATIKAH BINTI HASHMI, RAHAYU BINTI AB RAHMAN, ROSLIZA BINTI BASAR, BADIEAH BINTI MUSTAKIN SK (2) Petaling Jaya, SK Putrajaya Presint 11 (1), PPD Petaling Utama ABSTRAK Pendidikan dianggap sebagai medium terpenting dalam wawasan untuk membangunkan Malaysia Madani dengan penekanan khusus pada literasi digital sebagai kemahiran abad ke-21. Kajian ini memfokuskan aplikasi ConV Wheel 3.0, sebuah platform didik hibur yang menggunakan aplikasi Unity 3D dengan 64 soalan aneka pilihan yang merangkumi kemahiran perkaitan dan operasi asas bagi membantu murid dalam penguasaan pertukaran unit melibatkan tajuk Pecahan, Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair. ConV Wheel Kits 3.0, yang merupakan penambahbaikan daripada versi sebelumnya, dizahirkan dalam bentuk aplikasi digital yang lebih fleksibel dan mudah alih. Aplikasi ini bukan hanya membantu murid dalam penguasaan pertukaran unit, tetapi juga memungkinkan pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan, selaras dengan kemahiran IR 4.0. Penekanan pada Literasi Pemikiran Pasak Sembilan (LiPS) turut diterapkan bagi membangunkan pengetahuan dan kemahiran digital guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Kajian ini memberikan impak positif terhadap minat dan motivasi murid, serta meningkatkan kompetensi guru Matematik dalam literasi digital. Keberhasilan produk inovasi ini bukan hanya menyumbang kepada pengukuhan aktiviti pengajaran, tetapi juga menjimatkan masa guru dan murid dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran. Di samping itu, kajian ini mendorong perkongsian, perbincangan, analisis, dan rumusan hasil dapatan aktiviti murid, selain mencipta suasana eksplorasi intelektual serta penghargaan dalam kalangan mereka. Keseluruhannya, produk inovasi ini diharapkan dapat disebarluaskan dan dikomersialkan di pasaran luar, memberikan manfaat dan impak jangka panjang kepada murid, guru, dan sekolah dalam usaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Produk ini memiliki sifat fleksibel, mudah alih, dan berfungsi sebagai bahan pengajaran yang relevan dengan elemen pembelajaran abad ke-21. Kata Kunci: Aplikasi Unity 3D, Literasi Pemikiran Pasak Sembilan (LiPS), Kompetensi guru, Modal insan Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti 13


PEMBENTANG 2 MENINGKATKAN PENGUASAN PENAMBAHAN DUA NOMBOR MENGGUNAKAN ‘KIT TIANJIA’ BAGI MURID TAHUN DUA SIGMA SK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4) CHE NUR SHAFIQAH BINTI CHE ROS Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) ABSTRAK Operasi tambah merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menguasai topik Matematik yang seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah murid yang lemah dalam penguasaan operasi penambahan dua nombor. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid sederhana dan lemah daripada kalangan murid Tahun Dua Sigma yang mempunyai masalah dalam penambahan dua nombor hasil tambah dalam lingkungan 1000 melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid ini keliru dengan susunan dan kedudukan nombor mengikut nilai tempat dalam bentuk lazim. Oleh itu, kajian ini berfokus untuk meningkatkan penguasaan operasi tambah dua nombor hasil tambah dalam lingkungan 1000 melibatkan pengumpulan semula bagi murid Tahun Dua Sigma dengan menggunakan inovasi ‘‘Kit Tianjia Kit’. Data telah dikumpul melalui pemerhatian, temu bual serta praujian dan pascaujian. Hasil dapatan pascaujian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah yang sangat ketara, iaitu melebihi 70% berbanding praujian yang melibatkan soalan penambahan dua nombor hasil tambah dalam lingkungan 1000 bagi murid Tahun Dua Sigma. Melalui temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, peserta kajian menunjukkan reaksi positif tentang penggunaan ‘Kit Tianjia’. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan ‘Kit Tianjia’ dapat membantu peserta kajian untuk meningkatkan penguasaan operasi penambahan dua nombor dalam lingkungan 1000 melibatkan pengumpulan semula. Kata kunci: Penguasaan Penambahan Dua Nombor Hasil Tambah Dalam Lingkungan 1000, Penggunaan “Kit Tianjia” Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 14


PEMBENTANG 3 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 DENGAN MENGGUNAKAN SET HANDY DICEY DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI (2) MUHAMMAD AMIRUL HAKIMIN BIN ROSLEE, ROSNANI BINTI KARIM, HARNIDAH BINTI TERMIZI, SITI KHADIJAH BINTI SHAMSUDDIN, NUR ADHARINA BINTI JA'AFAR, NUR FARHANA BINTI MOHD SOFI Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2) ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan penggunaan Set Handy Dicey untuk meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 18 dalam kalangan murid prasekolah. Peserta kajian terdiri daripada 25 orang murid Prasekolah Intan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2). Kajian ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan kaedah pengajaran konkrit dan visual dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kemahiran operasi tolak. Fokus utama kajian ini adalah untuk memperkenalkan BBM yang boleh digunakan untuk mengajarkan operasi tolak dari peringkat asas secara beransur-ansur ke peringkat yang lebih tinggi sambil melibatkan aktiviti belajar sambil bermain. Tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, semakan dokumen, praujian. Berdasarkan tinjauan awal, didapati murid-murid agak lemah dalam kemahiran menyelesaikan masalah operasi tolak. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak dapat memahami dan memberikan tumpuan apabila diberi penerangan mengenai operasi tolak. Berdasarkan analisis daripada pascaujian dan pemerhatian, didapati penggunaan set Handy Dicey berjaya membantu murid-murid dalam penguasaan kemahiran operasi tolak. Kaedah PdPc secara dua hala serta belajar sambil bermain dengan menggunakan set Handy Dicey membantu menarik minat murid-murid untuk memberikan tumpuan mempelajari kemahiran tolak dengan baiknya. Kata kunci: Operasi tolak, Kaedah pengajaran konkrit dan visual, Peringkat, Belajar sambil bermain Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti 15


PEMBENTANG 4 TEKNIK CANTUM DAN TULIS UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN V+KVK DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 2 DAN 3 NURUL HUSNA BINTI MUSMAN Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid-murid pemulihan meningkatkan kemahiran mengingat perkataan yang dipelajari melalui Kaedah Cantum dan Tulis. Kemahiran yang ditekankan dalam kajian ini ialah kemahiran menulis perkataan. Responden bagi penyelidikan ini terdiri daripada lima orang murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3 di sebuah sekolah di negeri Selangor. Sewaktu melaksanakan tinjauan awal kajian, pengkaji telah menggunakan ujian diagnostik sebagai ujian tinjauan awal serta Latihan 1 dan kaedah pemerhatian sebagai medium untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan kedua-dua instrumen ini menunjukkan kesemua responden ini lemah dalam kemahiran mengingat ejaan perkataan yang telah dipelajari. Intervensi dilaksanakan dengan menggunakan blok huruf-huruf magnet serta peta buih berganda melalui Kaedah Cantum dan Tulis. Pengkaji kemudian mengumpulkan semula data kajian dengan menggunakan dua alat kajian iaitu ujian tinjauan akhir serta Latihan 2 dan senarai semak pemerhatian. Hasil analisis data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif dalam menguasai kemahiran menulis perkataan. Analisis data ini dapat disahkan melalui analisis praujian dan pasca ujian. Hasil kajian tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan blok huruf-huruf magnet dan peta buih berganda melalui Kaedah Cantum dan Tulis dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran mengingat ejaan perkataan yang dipelajari secara bertulis. Kata kunci : Meningkatkan, Kemahiran, Cantum, Tulis, Pemulihan Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 16


PEMBENTANG 5 ‘SEGI TIGA OSEM’ KUASAI ANU OPERASI MATEMATIK AZIZUL BIN ABDUL AZIZ Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli) ABSTRAK Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sering berubah mengikut keperluan. Penekanan kemahiran operasi Matematik melibatkan anu memerlukan kreativiti dan inovasi guru yang dikongsi bersama murid supaya berjaya merangsang minat murid terhadap topik tersebut. Hal ini kerana kemahiran operasi Matematik melibatkan anu menjadi suatu masalah bagi murid untuk dikuasai dan guru juga mengalami masalah untuk membantu proses pemahaman murid bagi topik ini. ‘Segi Tiga Osem’ Kuasai Anu Operasi Matematik merupakan satu projek inovasi bagi membantu murid untuk menyelesaikan operasi Matematik yang melibatkan anu. Kit ‘Segi Tiga Osem' dilengkapi dengan Papan ‘Segi Tiga Osem’ dalam bentuk papan putih mini, Kad Soalan Osem, Pen Marker, Pemadam Papan Putih serta Manual Penggunaan. Kit ‘Segi Tiga Osem’ adalah fleksibel, menarik, mudah alih dan sangat memenuhi elemen pembelajaran abad ke-21. Selain itu, pendekatan pembelajaran secara visual grafik semi konkrit menjadikan ‘Segi Tiga Osem’ sangat mesra pengguna dan berjaya membantu meningkatkan kefahaman murid. ‘Segi Tiga Osem’ mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik secara khasnya dan mata pelajaran lain secara amnya. Kit ini berpotensi untuk disebarluaskan penggunaannya dan dikomersialkan di pasaran luar kerana kit yang dihasilkan ini terbukti memberi impak yang besar kepada murid, guru bahkan sekolah dalam usaha mengembangkan potensi murid secara lebih bermakna. Kata kunci: Gambar rajah segi tiga, Anu, Operasi Matematik Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 17


PEMBENTANG 6 MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS UITM 2022 KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA DENGAN KAEDAH "TRUE FALSE" MENGGUNAKANAPLIKASI WORDWALL 2022 MUHAMMAD AZMAN BIN MAT JUSOH Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama ABSTRAK Subjek Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat SPM dan merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat STPM. Bagi peringkat STPM, Sejarah merupakan subjek dinamik dan bersifat empirikal kerana perlu melibatkan perkaitan fakta-fakta yang telah dan akan berlaku. Oleh hal yang demikian, subjek Sejarah pada peringkat STPM memerlukan pelajar membuat persediaan tahap kognitif yang tinggi bagi memudahkan mereka menguasai pelbagai konsep dan fakta Sejarah. Namun begitu, stigma Sejarah sebagai subjek yang sukar seringkali mengongkong pemikiran pelajar-pelajar STPM sehingga mengakibatkan mereka berputus asa untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek Sejarah STPM. Oleh itu, kajian ini merupakan tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar, penguasaan fakta Sejarah, kronologi Sejarah serta pelibatan aktif pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah “TRUE FALSE” berdasarkan aplikasi Wordwall. Melalui aplikasi ini, pelajar-pelajar akan dapat mengingati fakta-fakta Sejarah Islam dalam jangka masa yang panjang sekali gus memudahkan mereka menjawab soalan berformat esei dalam peperiksaan. Kaedah ini juga diharapkan akan dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berusaha menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang serta memupuk kemahiran pemikiran Sejarah dalam diri mereka. Kata Kunci: Sejarah STPM, Stigma, Wordwall Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 18


PEMBENTANG 7 PROJEKTOR WARNA DAN RODA WARNA MENINGKATKAN KEFAHAMAN TENTANG KONSEP WARNA SEKUNDER BAGI PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 NUR SHAFIKA AIDA BINTI RAMLAN Sekolah Kebangsaan S ungei Way ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid terhadap Konsep Warna Sekunder menggunakan Projektor Warna dan Roda Warna dalam penghasilan karya. Kajian dijalankan ke atas empat orang murid Tahun 4. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tersebut kurang mahir dalam menguasai konsep warna sekunder apabila ingin mencampurkan warna bagi menghasilkan lukisan. Berdasarkan dapatan isu ini, kajian ini memberi fokus kepada cara membantu murid-murid memahami konsep warna sekunder dengan lebih mendalam serta cara mengaplikasikannya. Instrumen yang digunakan adalah pemerhatian serta ujian pra dan ujian pos. Instrumen ini dipilih untuk menilai sejauh mana murid dapat meningkatkan kemahiran serta kefahaman konsep warna sekunder menggunakan Projektor Warna dan Roda Warna dalam hasil karya mereka. Kesimpulannya, dalam konteks meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang menggambar, adalah menjadi satu kemestian kepada mereka untuk mengetahui serta memperalatkan elemen warna dalam karya. Kata Kunci: Projektor Warna, Roda Warna, Warna sekunder, Pendidikan Seni Visual, Pemerhatian, Ujian pra, Ujian pos Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 19


PEMBENTANG 8 INOVASI - KOMIK STORYBOARD MEMPERKASAKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 2 EHSAN DALAM KREATIVITI MENGHASILKAN KOMIK BERDASARKAN DIALOG INFORMASI SEJARAH NOR SULIANA BINTI CHE ZAINUDIN NOR HAYATI BINTI MOHD GAPOR SMK Sultan Abdul Samad ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang sederhana dan lemah dalam menguasai kemahiran membina ayat esei dan memahami setiap kronologi Sejarah dalam kalangan murid tingkatan dua. Binaan ayat merupakan elemen yang penting dalam kemahiran menulis jawapan bagi soalan esei bahagian C terutama bagi soalan KBAT. Sampel kajian melibatkan 10 orang murid yang mengalami masalah lemah dalam mengembangkan isi ulasan sesebuah topik sejarah. Fokus utama kajian ini ialah penulisan esei yang betul mengikut konteks. Tinjauan awal mendapati bahawa murid tingkatan 2 yang lemah dalam mengembangkan isi dalam penulisan esei sejarah. Kebanyakan ayat yang dihasilkan adalah berbentuk pengulangan dan bukan sahaja tidak berkembang isinya, malah mereka sering ketandusan idea untuk merungkai jawapan khususnya soalan KBAT. Murid tidak memasukkan keterangan dalam ayat. Kaedah Komik diperkenalkan untuk melengkapkan kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan kajian ini ialah kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Aplikasi Microsoft Excel turudigunakan untuk menjadualkan data dan graf. Dengan menggunakan kaedah Komik, murid tingkatan dua dapat menghasilkan satu komik dengan menggunakan ayat dan alur cerita yang betul mengikut konteks. Secara keseluruhannya, kaedah ini wajar digunakan oleh guru tingkatan dua untuk membantu dalam meningkatkan pemahaman murid melalui pembinaan ayat yang betul mengikut konteks sekaligus dapat menarik perhatian murid untuk lebih memahami kronologi sesebuah sejarah secara komik. Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 20


PEMBENTANG 9 KAEDAH "BABA" : MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM DAN MEMBUNYIKAN HURUF HIJAYYAH TUNGGAL BERBARIS SATU DI ATAS KEPADA MURID TAHUN DUA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN) MASTURAH BINTI AZALI, RUHIL AZIMIN BINTI RAFFIEE Sekolah Kebangsaan Taman Medan ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan membunyikan huruf hijaiyyah tunggal berbaris satu di atas, dalam kalangan 6 orang murid Tahun 2 Cempaka Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) di SK Taman Medan. Fokus kajian adalah meningkatkan kemahiran mengecam dan menyebut huruf hijaiyyah tunggal berbaris satu di atas dengan menggunakan kaedah 'BaBa'. ‘BaBa’ ialah satu kaedah yang mengaitkan bunyi huruf dengan bunyi awalan bahasa badan serta pergerakan yang menyeronokkan yang dekat dengan kehidupan murid. Nama kaedah ini diambil dari singkatan ‘Ba’ bahasa dan ‘Ba’ badan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, pemerhatian dan soal selidik. Hasil tinjauan mendapati murid tidak dapat membeza dan membunyikan huruf yang diminta oleh guru serta murid mudah hilang fokus. Murid juga kerap menoleh ke arah kawan bagi meminta jawapan apabila diminta oleh guru untuk mengecam huruf di hadapan kelas. Dua aktiviti telah dijalankan semasa PdP iaitu pengenalan kepada carta 'BaBa' dan permainan kad 'BaBa' bagi meningkatkan kemahiran murid dalam topik ini. Kajian ini selesai dijalankan dalam tempoh 10 minggu dengan melibatkan 2 orang penyelidik. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan kepada prestasi murid. Murid lebih mudah mengecam dan mengingat bunyi huruf serta seronok belajar dengan menggunakan kaedah 'BaBa'. Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 21


PEMBENTANG 10 H-DOC SEBAGAI ALAT BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAPAT MENINGKATKAN MINAT MURID-MURID DALAM MEMPELAJARI MATA PEAJARAN SEJARAH TINGKATAN 4 NURHASHIMAH BINTI NAWAWI Guru Cemerlang Sejarah SMK (P) Taman Petalin g ABSTRAK Sikap dan tingkah laku murid Tingkatan 4 semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menunjukkan seolah-olah Sejarah ialah mata pelajaran yang membosankan. Situasi ini telah mendorong pengkaji untuk cuba mengubah perspektif ini melalui pembaharuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Satu kaedah baharu telah diperkenalkan kepada murid iaitu melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kaedah yang digunakan melalui video interaktif yang dinamakan History Digital Classroom (H-DOC). Tinjauan awal menunjukkan kaedah ini berjaya menarik minat murid semasa PdP Sejarah. Murid lebih berminat mendapatkan fakta dan maklumat melalui video interaktif (H-DOC) berbanding dengan hanya melalui buku teks. Melalui video interaktif juga, kefahaman murid adalah lebih baik kerana mereka dapat melihat, mendengar dan berfikir dalam masa yang sama. Menonton video interaktif juga menggalakkan murid lebih aktif semasa PdP Sejarah. Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 22


PEMBENTANG 11 MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN MELUKIS CARTA ALIR DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANG GRAFIK FLOWGORITHM DALAM TOPIK PENGATURCARAAN DI KALANGAN MURID ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2 YAP LEI HUN SMK Bandar Sri Damansara 2 ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran melukis carta alir dalam topik pengaturcaan dalam kalangan murid Asas Sains Komputer Tingkatan 2. Responden kajian terdiri daripada 25 orang murid Tingkatan 2 iaitu kelas 2 Ara, di mana mereka diajar melukis carta alir menggunakan alat pengarang grafik flowgorithm. Kajian telah dilaksanakan melalui latihan dan soalan kuiz sewaktu proses PdPC di kelas, semakan kerja rumah, ujian pra dan ujian sumatif yang dijalankan berkaitan dengan kemahiran tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan alat pengarang grafik flowgorithm berjaya mencapai objektif yang ditetapkan pada awal kajian. Murid-murid juga semakin mahir dalam melukis simbol carta alir dan lebih bermotivasi semasa PdP Asas Sains Komputer. Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 23


PEMBENTANG 12 KAEDAH "POTONG DAN PANGKAH EKOR" DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG PERKATAAN JAWI BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN EMPAT PINTAR NURUL UBAIDAH BINTI MD SAMSUDIN Sekolah Kebangsaan Assunta (2) (M) ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran penulisan Jawi. Sasaran kajian dilaksanakan kepada 10 orang murid Tahun 4 Pintar SK Assunta (2)(M) yang terdiri daripada murid lemah dan sederhana, berdasarkan pemerhatian semasa sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Fokus kajian adalah kemahiran murid untuk mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung dalam kaedah penulisan Jawi. Tinjauan awal mendapati murid yang terlibat tidak dapat membezakan antara huruf yang boleh disambung dengan yang tidak boleh disambung, walaupun mereka berkemahiran membaca Jawi. Isu ini perlu diatasi supaya tahap penguasaan kemahiran penulisan Jawi murid-murid ini dapat dipertingkatkan. Dalam mengatasi isu ini, kaedah yang diperkenalkan adalah dengan menggunakan kaedah potong dan pangkah ekor huruf Jawi. Teknik yang dipraktikkan ini ringkas serta dapat menarik minat murid sekali gus menjadikan kaedah ini sebagai formula dalam menyambung huruf Jawi. Kajian telah dijalankan semasa PdP mata pelajaran Pendidikan Islam. Perubahan dan peningkatan tahap penguasaan kemahiran penulisan Jawi murid-murid ini dapat dilihat dalam ujian bulanan yang dijalankan. Murid-murid ini juga lebih bermotivasi dan bersemangat semasa menjalani PdP Pendidikan Islam dan Jawi . Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 24


Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani PEMBENTANG 13 KITAMORFOSIS: MERUNGKAI KEKELIRUAN, MEMPERKAYA PEDAGOGI ALEX LEONG JUN WEI Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama ABSTRAK Morfologi dan sintaksis merupakan dua cabang utama dalam sistem bahasa. Berikutan daripada perubahan format Bahasa Melayu SPM semenjak tahun 2021, aspek morfologi dan sintaksis semakin dititikberatkan. Murid-murid dikehendaki menjawab pelbagai soalan yang memerlukan tahap kefahaman murid yang tinggi tentang morfologi dan sintaksis. Namun begitu, sewaktu menjalankan bimbingan pedagogi di sekolah-sekolah, pengkaji mendapati bahawa kekeliruan tentang pelbagai aspek morfologi dan sintaksis masih berlaku bukan sahaja dalam kalangan murid, malah juga dalam kalangan guru. Setelah diteliti, didapati antara punca permasalahan ini ialah asas penguasaan tatabahasa yang tidak cukup mendalam dalam kalangan guru serta amalan biasa guru-guru yang mengajarkan setiap tajuk tatabahasa secara berasingan sehingga menyukarkan guru dan murid untuk meneliti perkaitan antara setiap aspek sistem bahasa tersebut. Rentetan daripada permasalahan ini, inovasi Kitamorfosis, iaitu Kit Analisis Morfologi dan Kit Analisis Sintaksis dihasilkan oleh pengkaji. Melalui Kit Analisis Morfologi, guru dan murid berupaya untuk mencerakinkan setiap perkataan dari segi golongan kata dan bentuk katanya dengan tepat. Melalui Kit Analisis Sintaksis pula, murid akan mencerakinkan setiap elemen sintaksis untuk satu-satu ayat sekali gus berupaya untuk membanding beza aspek subjek dan predikat, pola ayat, susunan ayat, ragam ayat, binaan ayat dan jenis ayat. Kit berbentuk “One-Page” ini bukan sahaja memperkaya pedagogi guru, justeru berjaya mempertingkatkan hasil pembelajaran murid. Kata kunci: Morfologi, Sintaksis, Pedagogi, Kekeliruan dalam sistem bahasa, Kit Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti 25


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan … PUICE2023 PETALING UTAMA INNOVATIVE CONFERENCE ON EDUCATION PAMERAN INOVASI PENDIDIKAN DAN KEBITARAAN SEKOLAH Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 26


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan … PUICE2023 PETALING UTAMA INNOVATIVE CONFERENCE ON EDUCATION PAMERAN INOVASI PENDIDIKAN DAN KEBITARAAN SEKOLAH Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani 27 BIL. NAMA SEKOLAH BIL. NAMA SEKOLAH 1 SMK (P) TAMAN PETALING 1 SJKT RRI SUNGAI BULOH 2 SMK ASSUNTA 2 SJKT SEAPORT 3 SMK DAMANSARA DAMAI 1 3 SJKT VIVEKANANDA 4 SMK LA SALLE PJ 4 SK DAMANSARA DAMAI 1 5 SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA 5 SK DAMANSARA DAMAI 2 6 SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA 6 SK DAMANSARA JAYA (1) 7 SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA 7 SK KAMPUNG TUNKU 8 SMK SULTAN ABDUL SAMAD 8 SK KAMPUNG TUNKU 9 SMK TAMAN DATO' HARUN 9 SK KELANA JAYA (1) 10 SMK TAMAN MEDAN 10 SK LEMBAH SUBANG 11 SMK TAMAN SEA 11 SK SRI KELANA 12 SK TAMAN MEGAH 13 SK TAMAN SEA *Senarai Pempamer


Petaling Utama Memacu Aspirasi Pendidikan Berkualiti Inovasi Memacu Transformasi Pendidikan Madani AUTOGRAF IKHLAS DARIPADA : WARGA PPD PETALING UTAMA 28


Click to View FlipBook Version