FACULTY OF ADMINISTRATIVE SCIENCE AND POLICY STUDIES BACHELOR OF ADMINISTRATIVE SCIENCE (AM238) CTU 552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA TUGASAN BERKUMPULAN: ULASAN BUKU “ATEISME: SATU PENILITIAN AWAL” – DR. MUHAMMAD RASHIDI WAHAB PREPARED BY: NO NAME STUDENT ID 1 MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMAD SIDEK 2023257532 2 MUHAMMAD ZULFADZLAN BIN MOHD FADZIL 2023238688 3 SITI SHAFI’AH BINTI HASSANUDDIN 2023231126 4 NOR ANIS ATHIRAH BINTI ABD AZIZ 2023446118 5 SITI ZURAIDAH BINTI ISMAIL 2023283664 PREPARED FOR: USTAZAH NURUL HASANAH BINTI TAMILI GROUP: NAMAF1B SEMESTER: OKT 2023 – FEB 2024 DATE OF SUBMISSION: 30 NOVEMBER 2023.
KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 ULASAN DAN PERBINCANGAN 2 2.1 Tujuan Kajian 2 2.2 Konsep Dan Tema Kajian 3 2.3 Teori Kajian 4 2.4 Metod Kajian 4 2.4.1 Kaedah Analisis Kandungan Dokumen 5 2.4.2 Kaedah Kajian Kuantitatif 6 2.4.3 Kaedah Temu Bual 7 2.5 Hasil Kajian 7 3.0 ANALISA KRITIS 8 3.1 Sebuah Isu Menarik Telah Dihasilkan Oleh Penulis. 8 3.2 Isu Yang Sentiasa Releven Tanpa Batasan Era. 9 3.3 Sebuah Hasil Kajian Yang Perlu Dipersetujui Melalui Kajian Yang Menyakinkan, Tepat Dan Padat. 10 3.4 Kesan Buku Terhadap Pemikiran Dan Pandangan Pembaca 11 3.5 Rujukan Bagi Penyelidikan Di Masa Hadapan 12 4.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 14 5.0 SUMBER RUJUKAN 15
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 1 of 18 1.0 PENGENALAN Penulis, Dr. Muhammad Rashidi Bin Wahab merupakan ahli akademik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Ketua Pusat Pengajian Usuluddin di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terangganu. Berlatar belakangkan pendidikan di dalam bidang Usuluddin, beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah Akidah dan Pemikiran Islam dari Universiti Malaya1 . Bidang kepakaran yang luas di dalam bidang akidah, pemikiran islam, ideologi moden dan mantik telah diterjemahkan oleh beliau melalui 50 hasil-hasil karya buku dan buku ilmiah2 . Selain itu, beliau turut bergiat aktif dalam menyampaikan ceramah dan bengkel berkaitan isuisu akidah dan pemikiran islam di dalam negara ini. “Ateisme: Satu Penelitian Awal” adalah salah sebuah dari karya hasil penulis yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 20183. Buku ini mengandungi 152 halaman merangkumi sembilan topik seperti pendahuluan, sejarah Ketuhanan dalam tamadun manusia, kemunculan dan dasar pemikiran ateisme, perkembangan ateisme di Malaysia, kecelaruan pemikiran golongan ateis, Islam membuktikan kewujudan Allah SWT, dialog Abu Hanifah dengan ateis, kewujudan Tuhan menurut sarjana barat, dan kesimpulan. Buku ini juga turut memperincikan strategi menangani ateisme dari perspektif Islam dengan melampirkan rujukan dari sumber-sumber seperti Al-Quran, hadis, kitab-kitab klasik, buku-buku moden, buku-buku ilmiah, dan media sosial. Melihat keadaan masyarakat yang sedang bergelut dengan pelbagai ancaman pemikiran dan ideologi, antaranya ateisme membuatkan penulis terpanggil menghasilkan buku ini. Melalui buku ini, penulis memperterjemahkan gambaran secara keseluruhan pandangan penulis tentang atesime, satu fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, yang mana pada ketika ini telah menjadi barah di dalam masyarakat. Buku ini juga dihasilkan dalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan laras bahasa yang mudah agar dapat difahami oleh semua lapisan golongan masyarakat. Naskah yang berasaskan kajian ilmiah ini telah mendapat pengiktirafan dari beberapa tokoh ilmuan dan ahli akedamik, antaranya Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 1 https://fki.unisza.edu.my/ directory 2 https://scholar.google.com/citations 3 https://www.islam.gov.my/en/e-penerbitan/2639-ateisme-satu-penelitian-awal
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 2 of 18 “Buku “Ateisme: Satu Penelitian Awal” ini juga diharapkan dapat membantu pelbagai pihak memahami konsep ateis dan sebagai panduan dalam persediaan umat Islam dalam mendepani isu akidah di masa akan datang serta memastikan risalah Islam melebar secara menyeluruh kepada umat Islam di negara ini” ( Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim,2018). Sebagaimana Firman ALLAH SWT di dalam surah Al-An’am ayat 103-104; “Dia tidak dapat dijangkau oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah yang Maha Lemah lembut lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan- keterangan daripada Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu) maka faedahnya bagi dirinya sendiri dan sesiapa buta (tidak melihat kebenaran itu) maka mudaratnya akan menimpa ke atas dirinya sendiri. Dan aku (Muhammad) sama sekali bukan penjaga kamu”.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 3 of 18 2.0 ULASAN DAN PERBINCANGAN 2.1 TUJUAN KAJIAN Daripada buku ini, penulis menyatakan tujuan kajian beliau adalah untuk membantu ramai pihak untuk lebih memahami konsep atau ajaran ateis dan menjadi salah satu panduan dalam persediaan umat Islam dalam menghadapi isu akidah pada masa akan datang. Selain itu, penulis juga menyebut bahawa ateis merupakan satu bentuk ancaman ideologi yang melanda umat Islam, dengan harapan buku atau penulisan ini dapat menjadi panduan awal kepada umat Islam di Malaysia khususnya kerana penulisan berbentuk ilmiah mengenai ateisme dalam Bahasa Malaysia sangat kurang. Tambahnya lagi, sebuah kajian mengenai ajaran atau ideologi ateisme ini perlu diketengahkan dan diambil serius bagi membongkar kepincangan pemikiran yang terus memeperdaya umat Islam. Dengan kehadiran buku ini, penulis membincangkan pelbagai topik berkaitan ateisme termasuklah sejarah ketuhanan dalam tamadun manusia, kemunculan dan dasar pemikiran ateisme, perkembangan ateisme di Malaysia, kecelaruan pemikiran golongan ateis dan lain-lain. 2.2 KONSEP DAN TEMA KAJIAN Buku ini mengetengahkan konsep untuk mengkaji dan menilai pemikiran ateisme melalui persoalan-persoalan yang diutarakan oleh golongan ini yang menafikan kewujudan Tuhan. Persoalan golongan ini melalui dijawab melalui perspektif Islam yang menegaskan kewujudan ALLAH SWT sebagai Pencipta dan Pengatur alam dengan memberikan hujahhujah yang mempamerkan kelemahan dan kecelaruan pemikiran golongan ateisme. Tema kajian buku ini adalah bagaimana kita menghadapi isu kerosakkan akidah yang sedang menular dikalangan umat Islam di Malaysia dan dunia terutamanya berkaitan cabaran pemikiran golongan ateisme. Kajian buku ini juga turut mengupas bagaimana permulaan kemunculan fahaman ateisme di dunia dan perkembangan ideologi ini, serta bagaimana ideologi fahaman ini menular di Malaysia. Buku ini juga, memberi panduan dan strategi kepada umat Islam untuk berdialog dan berdakwah kepada golongan ateisme dengan menggunakan sumber hadis, dalil-dalil akal dan sumber Al-Quran.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 4 of 18 2.3 TEORI KAJIAN Teori adalah satu sistem idea untuk menerangkan sesuatu perkara, terutamanya ideaidea umum yang tidak memerlukan sesuatu perkara khusus untuk dijelaskan dengan spesifik. Teori hermeneutik dan teori historisme merupakan antara bentuk-bentuk teori yang digunakan oleh penulis untuk memberi panduan awal tentang ateisme. Teori hermeneutik bermaksud menjelaskan kenyataan makna dalam sama ada dalam bentuk tersurat atau tersirat yang melalui proses pentafsiran teks. Sebagai contoh, pada muka surat 4 sub tajuk Sejarah Ketuhanan dalam Tamadun Manusia, penulis menjadikan potongan ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah; ayat 30 sebagai satu sandaran bagi mengukuhkan lagi pernyataan bahawa naluri fitrah semulajadi setiap manusia yang berakal adalah mempercayai kewujudan Tuhan. Manakala, teori historisme pula merupakan kaedah sains tulen yang boleh digunakan dalam sains sosial serta menegaskan sejarah tidak boleh diabaikan dalam dimensi kajian yang berkaitan dengan sejarah. Perkara ini juga ditunjukkan oleh penulis dengan mengambil contoh tamadun Greek bagi mengupas golongan-golongan yang wujud pada ketika itu berkenaan dengan kewujudan Tuhan. Terdapat tiga golongan yang dapat dikasifikasikan iaitu; golongan syirik, golongan bertuhan dan golongan ateis. Namun daripada ketiga-tiga golongan tersebut, ateis adalah golongan minoriti kerana secara majoriti manusia tidak menerima akan kepercayaan mengenai Tuhan itu tidak wujud. 2.4 METOD KAJIAN 2.4.1 Kaedah Analisis Kandungan Dokumen Kaedah analisis kandungan dokumen adalah salah satu bentuk kajian yang berasaskan kajian sejarah atau fenomena. Kajian ini juga boleh disebut sebagai satu bentuk kajian yang membuat kesimpulan dan konteks yang sah dari teks atau bahan bacaan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman terhadap perkara yang hendak dijelaskan. Dr. Muhammad Rashidi Wahab banyak menggunakan kaedah menganalisis kandungan dokumen bagi mengukuhkan lagi tentang kewujudan golongan ateisme ini.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 5 of 18 Pada sub tajuk kedua iaitu Kemuncukan dan Dasar Pemikiran Ateisme, beliau banyak menggunakan pendekatan ini kerana banyak bukti boleh dipetik untuk dijadikan rujukan yang berasas. Sebagai contoh, penulis memetik kenyataan daripada The Encyclopedia of Religion bahawa ateisme adalah sebuah doktrin yang menyatakan bahawa Tuhan tidak wujud dan kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan adalah kepercayaan yang palsu. Tambahnya pula, dalam The New Encyclopedia Britannica ateisme merupakan sebuah kritikan dan penafian terhadap kepercayaan metafizik tentang Tuhan atau makhluk kerohanian tetapi memerlukan perbezaan dari ideologi agnostisme. Selain itu, penulis juga mengambil penjelasan daripada sarjana Islam sendiri iaitu daripada Mausu’ah al-Falsafah wa al-Falasifah yang menurut mereka bahawa ateisme bukan sahaja menolak tentang kewujudan Tuhan dan agama, tetapi ateis juga bermaksud mereka mengingkari dan mendustakan kewujudan Allah SWT. Dari segi sejarah pula, permulaan pemikiran moden di Barat ini dikatakan bermula pada zaman humanisme Renaisans yang bermula sekitar abad ke-14 hingga ke-16 Masihi. Zaman ini adalah zaman peralihan tamadun Barat daripada zaman kegelapan kepada zaman pemodenan atau kemajuan. Sekularisme adalah bentuk pemikiran yang wujud akibat daripada penyelewangan institusi gereja yang melampau kepada penganut agama Kristian. Walhal, pada awalnya gereja amatlah disanjungi sebagai sebuah institusi keagamaan Kristian dan merupakan tempat rujukan utama dalam semua aspek seterusnya mampu menguasai dan mengawal kehidupan Kristian di Barat. Akibat daripada salah guna kuasa yang menggunakan nama Tuhan, sehingga menjatuhkan maruah gereja di mata penganut Kristian. Tambah penulis, zaman ini juga merupakan zaman kemunduran bagi umat Islam akibat daripada ideologi yang dibawa oleh Barat yang juga cuba untuk menguasai peradaban dunia, kerana matlamat ini adalah untuk menyebarkan ajaran agama Kristian dan cara mereka berfikir terhadap negara-negara jajahan mereka. Hasil daripada penyebaran ideologi ini yang dilakukan secara besar-besaran terhadap satu dunia bagi menyerang pegangan akidah setiap agama terutamanya Islam ini telah menimbulkan terma-terma moden lain seperti sekularisme, pluralisme agama, liberalisme dan ateisme.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 6 of 18 2.4.2 Kaedah Kajian Kuantitatif Kaedah kuantitatif adalah kaedah yang menggunakan data yang dikumpul secara kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Kaedah ini juga menggunakan sampel kajian yang memberi fokus kepada beberapa perkara berkaitan dengan maklumat yang diperlukan daripada peserta kajian. Penulis menggunakan data dari kaedah kuantitatif bagi mendapatkan angka yang dapat menunjukkan golongan ateis di dunia dan juga di Malaysia. Di dalam penulisan buku beliau pada muka surat 20, beliau menyatakan bahawa terdapat kajian yang dilakukan oleh Global Index of Religiousity and Aetheism pada tahun 2012 oleh WIN-Gallup International bahawa daripada 50,000 responden daripada 57 buah negara, data tersebut menunjukkan dalam 13 peratus atau 6,500 responden mengaku bahawa mereka adalah ateis. Dalam kajian ini, China merupakan negara yang paling ramai mengaku ateis, Arab Saudi negara Islam dan merupakan negara Arab paling ramai ateis. Dalam kajian lain yang diambil oleh penulis dari The Pew Forum on Religion and Public Life pada tahun 2010 kepada 5.8 bilion responden di seluruh dunia, mendapati bahawa seramai 1.1 bilion manusia atau 16 peratus adalah tidak beragama. Hasil ini terdiri daripada mereka yang ateis, agnostik dan juga mereka yang tidak mengetahui agama mereka sendiri. China juga mengungguli hasil data ini iaitu sebanyak 62 peratus atau lebih kurang 700 juta orang tidak beragama. Data bagi Malaysia pula diambil daripada TNS Malaysia yang merupakan wakil daripada WIN-Gallup International untuk melakukan kajian pada tahun 2014. Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas 500 responden di Malaysia, didapati 3 peratus mengaku sebagai ateis dan 20 peratus lagi tidak beragama. Daripada jumlah ateis itu, lingkungan umur yang terlibat antara 18-34 tahun. Penulis menganggap, walaupun jumlah ateis dari hasil data itu masih rendah tetapi tetap berada di paras yang membimbangkan. Tepatnya lagi, data yang diambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, daripada keseluruhan rakyat Malaysia ketika itu yang berjumlah 28,334,115 orang, seramai 0.7 peratus atau 202,763 orang dikategorikan sebagai tiada agama. Walaupun hasil daripada kajian itu tidak merekodkan bangsa Melayu-Islam tetapi masih perlu diberi perhatian kerana realitinya di media sosial khususnya, terdapat segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam telah menjadi ateis.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 7 of 18 2.4.3 Kaedah Temu Bual Kaedah temu bual adalah di mana penyelidik akan berdiskusi dengan peserta bagi kajian tersebut bagi memperolehi data bagi sesuatu isu dengan lebih mendalam. Kajian jenis ini akan berpotensi untuk menerima lebih banyak maklumat baru dan dari sudut pandangan yang berbeza daripada penyelidik. Penulis turut menyertakan dialog antara beliau dengan seorang pengamal ajaran ateis. Temu bual tersebut tidak dilakukan untuk mendapatkan hasil bagi buku ini, namun penulis menerima komentar hasil daripada buku yang juga ditulis oleh beliau yang bertajuk Bahaya Ateisme: Pemikiran Menolak Tuhan. Di dalam dialog tersebut, pengamal ajaran ateis itu diberi nama KM (bukan nama sebenar) dan penulis dapat merumuskan beberapa sebab dan persoalan hasil daripada temu bual itu. Antaranya, manusia yang beragama tidak dapat membuktikan tentang kewujudan Tuhan sama ada melalui pancaindera atau kaedah saintifik. Padanya, tidak logik untuk menyembah Tuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata dan juga tidak dapat dibuktikan oleh kajian empirical. Perkara ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak wujud. Tetapi, daripada persoalanpersoalan yang ditimbulkan, penulis dapat menyimpulkan bahawa KM hanya mengutarakan beberapa soalan sahaja yang benar-benar memfokuskan isu kewujudan Tuhan, selebihnya hanyalah soalan yang bersifat emosional yang bertujuan untuk memburuk-burukkan agama Islam. 2.5 HASIL KAJIAN Hasil daripada kajian buku ini mendapati bahawa, golongan ateis di Malaysia masih pada paras yang rendah namun amat membimbangkan kerana majoriti rakyat di negara ni beragama Islam. Pada masa ini, isu akidah amatlah membimbangkan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan belia dan remaja. Tambahan lagi, dunia tanpa sempadan menyumbang kepada memburukkan lagi keadaan sedia ada kerana akses terhadap maklumat tanpa batasan kepada mereka yang pada awalnya ingin mencari kebenaran tetapi berakhir dengan memesongkan akidah.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 8 of 18 Ideologi-ideologi lain seperti liberalisme juga semakin lama semakin menyerap masuk dalam budaya kehidupan seharian yang sedikit sebanyak mula membebaskan gaya hidup dan membenarkan apa yang telah dilarang oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan untuk mengekang pengaruh-pengaruh pemikiran moden semakin berleluasa tanpa ada kesedaran dan pengetahuan terhadap agama. 3.0 ANALISA KRITIS Kami akan melengkapkan analisa kritis buku Ateisme Satu Penilitian Awal oleh Dr. Muhammad Rashid Wahab ini dengan memberikan pandangan dan serta menghuraikan pandangan kami berkaitan isu yang dibawa serta kandungan buku ini secara lebih terperinci. 3.1 SEBUAH ISU MENARIK TELAH DIHASILKAN OLEH PENULIS. Pada pandangan kami, isu yang dibangkitkan oleh penulis sangatlah menarik untuk dibaca, dibincangkan dan mudah untuk difahami, ini kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan cabaran kepincangan akidah yang dihadapi oleh seluruh umat Islam di dunia termasuklah umat Islam di Malaysia kini. Isu ini sentiasa menjadi perdebatan hangat bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara Islam yang lain juga sejak bermulanya penyebaran ideologi Ateisme ini sehinggalah di era moden kini. Isu atesime ini merupakan isu yang sensitif dan kontroversi kerana ianya isu yang mengancam kedaulatan dan Rukun Negara kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan dan menjadi kewajiban bagi setiap dari rakyat Malaysia untuk beragama. Maka, isu Ateisme ini secara terangannya telah melanggar prinsip utama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang merupakan asas kepada konsep kehidupan masyarakat negara ini. Kami juga berpendapat isu Ateisme ini menarik untuk diberi sepenuh perhatian dari pelbagai pihak kerana andainya isu ini tidak dibendung, ianya mampu menimbulkan krisis dari aspek budaya, identiti, nilai kerohanian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kaum, agama dan kepercayaan, terutamanya umat Islam di negara ini. Isu ini mampu meruntuhkan perpaduan dan keharmonian antra kaum yang sudah lama dipupuk sebagaimana matlamat utama Rukun Negara kita.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 9 of 18 Tidak terlalu berlebihan untuk kami katakan yang isu ini mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman negara ini andai tidak diberi perhatian oleh semua pihak dan diambil tindakan oleh pihak yang sewajarnya. Apa yang menjadikan isu di dalam buku ini lebih menarik ialah ia memerlukan pemahaman, pengetahuan dan hujah-hujah yang mantap untuk kita semua yang berpegang teguh kepada kepercayaan kewujudan Tuhan itu, terutamnya bagi Umat Islam di negara ini untuk menghadapinya. Buku Ateisme Satu Penilitian ini telah Berjaya mengupas isu yang bermanfaat bagi kita semua untuk dijadikan panduan awal dalam kita mengenal, menilai dan menghadapi ideologi Ateisme dengan menggunakan dalil-dalil Al Quran, Wahyu dan akal yang dikurnikan Allah SWT. 3.2 ISU YANG SENTIASA RELEVEN TANPA BATASAN ERA. Walaupun asas persoalan kepada isu ini sudah berkurun lamanya wujud dan ibarat sudah terlalu lapuk untuk diperdebatkan, kami teguh berpendapat bahawa isu yang di ketengahkan oleh penulis masih sangat relevan untuk diberikan perhatian pada ketika ini. Isu ini melibatkan aspek terpentingan ibarat nadi asas dalam kehidupan manusia iaitu akidah, ianya merupakan cabaran khususnya utama bagi umat Islam di negara kita. Akidah merupakan satu simpulan yang kuat berpaksikan kepercayaan, keyakinan, pegangan dan keutuhan kita tanpa sebarang ragu. Akidah merupakan sumber ataupun asas kepada akhlak dan amal setiap insan dalam menentukan matlamat dan hala tuju hidup. Akidah yang selari dengan kefahaman Islam yang sebenar sudah tentunya mempunyai pasak tertentu yang tidak boleh di ubah suai sesuka hati mengikut kehendak duniawi. Akidah itu sesuatu yang khusus tentang kepercayaan dan keimanan yang utuh dengan mentauhidkan ALLAH SWT, beriman kepada Malaikat, para Rasul, hari akhirat, yakin pada takdir dan yang baik dan buruk serta segala perkara ghaib yang tidak mampu dicapai pemikiran akal manusia yang terbatas. Oleh yang demikian, demi menjaga tunjang matlamat hidup kita sebagai manusia yang mempunyai akidah serta keharmonian masyarakat di negara ini, isu ateisme ini perlu sentiasa menjadi relevan untuk dikaji, diperdebatkan dan ditangani dengan serius dan bijak. Isu ini bukan lah hanya isu yang melibatkan agama semata-mata namun ianya turut melibatkan prinsip kedaulatan negara kita.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 10 of 18 Kiranya isu ini di anggap lapuk dan tidak relevan lagi ia mampu memberi impak buruk yang dasyat kepada keseluruhan konsep kehidupan manusia sebagai masyarakat di dalam sesebuah negara. akan dalil adalah Allah wujudnya tentang Pencarian “الله دوجو ىلع لیلد الله دوجو نع ثحبلا kewujudan Allah.” (Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi). Andainya golongan Ateisme yakin dengan akidah mereka menolak kewujudan Tuhan, bagaimana logik akal mereka mencari sesuatu yang mereka anggap tidak wujud. Jelas isu ini akan selalu relevan kerana ianya sentiasa menjadi aras tanda tahap intelektual seseorang dan sesebuah masyarakat. 3.3 SEBUAH HASIL KAJIAN YANG PERLU DIPERSETUJUI MELALUI KAJIAN YANG MENYAKINKAN, TEPAT DAN PADAT. Setelah membaca dan mendalami buku Atesime Satu Penilaian Awal ini, kami bersetuju dengan hasil kajian penulis. Di dalam buku ini, penulis telah mengkaji dan menghurai isu ateisme dari pelbagai aspek perspektif agama terutamanya dari sudut pandang perspektif agama Islam. penulis menegaskan kewujudan dan keesaan ALLAH SWT serta bagaimana buktinya ALLAH SWT itu adalah pencipta dan pengatur segenap alam semesta. Penulis menggunakan pendekatan komparatif dengan melakukan perbandingan dan penghuraian analisis berkaitan ajaran-ajaran agama lain selain daripada Agama Islam serta kepercayaan ideologi mereka termasuklah ideologi atesime yang menafikan kewujudan Tuhan. Ini memudahkan pembaca untuk melihat secara keselurahan bagaimana pandangan, kepercayaan, serta ideologi yang dibawa oleh agama-agama dan kepercayaan ideologi lain terhadap konsep keTuhanan. Lebih meyakinkan kami untuk bersetuju dengan kajian buku ini adalah konsep yang dipilih oleh penulis dengan menghuraikan isu ini menggunakan dalil-dalil fitrah, dalil naqli dan dalil aqli serta hujah relevan serta intelektual bagi membuktikan kewujudan ALLAH SWT. Penulis menggunakan pendekatan bersandarkan Al-Quran, As-Sunnah, intelektual akal dan fitrah manusia.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 11 of 18 Dalam buku ini, hasil kajian penulis telah mengenal pasti dan merungkai ideologi Ateisme ini melalui sejauh mana ideologi ini telah berkembang dan menular di dalam negara kita, cabaran yang dihadapi semua pihak termasuk pengikut ateisme itu sendiri serta kecelaruan akal pemikiran pengikut fahaman ideologi ini. Penulis turut menyertakan beberapa dialog dakwah kepada golongan ini serta dialog penulis secara peribadi bersama pengikut ideologi ateisme ini. Penulis berjaya merungkai kejahilan soalan-soalan di kalangan pengikut ideologi ini dengan memberikan jawapan yang bernas bersandarkan fakta yang tepat. Wajar untuk kita bersetuju dengan hasil kajian penulis kerana penulis tidak hanya menggunakan pandangan dan pendapat dari sudut Islam semata-mata namun penulis juga mengambil sudut pandang pandangan serta pendapat sarjana-sarjana Barat di dalam ilmu kepakaran mereka tersendiri contohnya dengan mengemukakan bukti dan hujah contohnya dari “The Origin of The World: By Chance or Design” tulisan Frank Allen, buku Robert Morris Page “A conclusive Test”, Merritt Stanley Congdon “The Lesson of The Rosebush”, John Cleveland “Cothran bertajuk The Inescapable Conclusion”. Oleh itu, pada pandangan kami, penulis telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam menyempurnakan kajian di dalam buku ini dengan menyelesaikan kecelaruan budaya kejahilan dan kesombongan golongan ateisme melalui perspektif Islam tanpa mengetepikan sudut pandang sarjana-sarjana Barat, hasil kajian buku ini telah membuktikan agama Islam itu sebuah agama yang lengkap, menyeluruh, dan sempurna. 3.4 KESAN BUKU TERHADAP PEMIKIRAN DAN PANDANGAN PEMBACA Ateisme Satu Penilitian Awal hasil nukilan Dr Muhammad Rashidi Wahab ini sudah pasti memberikan pelbagai kesan yang berbeza-beza kepada setiap pembaca nya. Pandangan dan pemikiran yang bergantung kepada pemahaman, kepercayaan dan latar belakang pembaca. Namun secara umumnya, buku ini mampu memberi kesan kepada ilmu pengetahuan pembacanya. Pembaca dapat mempelajari tentang sejarah tamadun manusia, perkembangan serta ideologi pemikiran yang dibawa oleh golongan ateisme. Pembaca juga dapat mengkaji dan memahami bukti-bukti kewujudan Tuhan baik dari konsep kepercayaan Islam mahupun saintifik. Pembaca juga dapat menilai kelemahan pemikiran ateisme serta menghayati keindahan Islam dan meningkatkan keiman dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH SWT tu wujud.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 12 of 18 Buku ini juga meninggalkan kesan kesedaran kepada pembaca betapa hebatnya ancaman akidah yang berlaku pada era moden kini, terutamanya golongan muda yang sentiasa menjadi sasaran pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang membawa pelbagai ideologi yang menyimpang dari agama Islam. Mungkin ada dikalangan pembaca menyedari ancaman ateisme kepada akidah umat Islam, namun masih juga terdapat segelintir pembaca yang kurang cakna pada isu ateisme ini. Oleh itu dengan pembacaan buku ini sedikit sebanyak mampu memberi kesan agar pembaca sentiasa berwaspada terhadap insan yang berada disekeliling kita agar tidak terpedaya dengan dakyah ideologi ateisme ini. Pembaca juga dapat bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu agama, mempertahankan akidah serta mampu menghadapi dan menangani cabaran isu ideologi ini dengan penuh berhemah dah berilmu. Walaupun buku ini memberikan kesan dan impak yang baik kepada pembaca nya. Ia tetap akan mengundang persoalan kerana terdapat pembaca yang mempunyai pandangan yang berlainan dari konsep yang dibawa oleh penulis. Pembaca mungkin tidak bersetuju dengan hujah dan bukti yang diberikan oleh penulis, sudah pastinya terdapat segilintir pembaca yang merasa ragu-ragu dengan kesahihan konsep yang dibawa penulis. Contohnya terdapat beberapa rujukan penulis yang diambil dari blogspot, bagi segelintir pembaca, kredibiliti penulisan dari blogspot boleh diragui kesahihannya. Begitu juga kesan terhadap gaya bahasa penulisan buku ini, walaupun penulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahamai, namun masih terdapat beberapa perkataan Bahasa Arab yang tidak diterjemahkan oleh penulis, ini menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang cuba disampaikan, dan kesan nya pembaca gagal memahami konsep buku ini. 3.5 RUJUKAN BAGI PENYELIDIKAN DI MASA HADAPAN Sudah pastinya, kami berpendapat buku ini adalah sesuatu yang berharga dan diperlukan dalam membantu penyelidikan pada masa akan datang. Buku ini sarat dengan bahan kandungan yang boleh dijadikan rujukan serta sumber untuk kajian sama ada berkaitan ideologi ateisme mahupun ideologi yang lain. Buku ini mengandungi konsep keTuhanan dalam sejarah tamadun manusia, ianya dapat membantu para penyelidik untuk memahami konteks sosio budaya yang mempengaruhi ideologi dan kepercayaan manusia kepada konsep keTuhanan. Buku ini juga juga menerangkan bagaimana konsep keTuhanan dalam sesetengah agama itu berubah-ubah mengikut zaman, masa, tempat, dan perkembangannya sejajar mengikut aliran sains, falsafah dan pengaruh politik.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 13 of 18 Buku ini juga sangat bermanfaat digunakan untuk penyelidik mengenal pasti faktorfaktor mengapa seseorang itu memilih untuk percaya dengan ideologi atheism ini. Apakah tujuan mereka, apakah matlamat ideologi ini, bagaimana mereka menyebarkan dakyah ideologi ini, dan sejauh mana tahap intelektual akal pemikiran golongan ini. Buku ini juga menyediakan maklumat tentang jenis-jenis ateisme yang wujud serta aliran mereka yang berbeza-beza mengikut tempat dan budaya. Bagi umat Islam di Malaysia, buku ini mengandungi maklumat yang sangat bermanfaat, ia membolehkan penyelidik lain di Malaysia cakna serta menilai keadaan situasi semasa, sejauh mana ideologi ateisme ini telah menular secara perlahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Semoga lebih banyak penyelidik di dalam negara ini, menulis, melaungkan dan membongkar ancaman-ancaman ideologi yang meruntuhkan akidah umat Islam di negara ini. Dengan penyelidikan berterusan inilah dapat menyedarkan masyarakat dan pihak berkuasa tentang kewujudan ancaman ini sentiasa ada dan memberikan pandangan yang bernas dalam usaha kita untuk menghadapinya, Akhirnya, buku ini sudah pastinya memberikan begitu banyak dalil-dalil, hujah-hujah dan bukti yang nyata tentang kewujudan Tuhan itu. Buku ini dengan sangat jelas, dapat membantu para penyelidik menyampaikan kenenaran serta keindahan Islam dalam menjawab pelbagai soalan yang berkonsepkan keTuhanan dan kehidupan. Melalui buku ini, dapat kita buktikan sesungguhnya Islam tu bersifat menyeluruh dari aspek, ilmu, falsafah, kemanusia, dalam mengimbangi antara akal, hati dan fitrah manusia. Dalam sebuah hadis Rasullullah SAW bersabda; َل َل َغ ب َ ْستَ ِعذ ْ َھُ ف ِ و ِب ْ ی ل َ ا َّÑ َ ْنتَ ِھ ْ َأ ی ی َك َح َّ ْی َطا ُن أ ِتي الش ْ َا، م َن ُ: م ُول َق َی ْ ف ُم َد َ َق َكذ َا، ح َن ْ َخل َ َق َكذ َ َق ر َن َ: م ُول َق َّى ی َت ْ َخل َإ َ ْ َخل َّ َك؟ ف َا ِ ب ذ Syaitan akan datang kepada salah seorang daripada kamu dan berkata: ‘Siapa menciptakan ini? Siapa menciptakan ini? Hingga dia berkata: ‘Siapa menciptakan Tuhanmu?’ Sekiranya soalan ini sampai, maka dia (lelaki yang beriman) hendaklah beristighfar kepada Allah dan berhenti (daripada melayani persoalan itu)4. 4 (Riwayat al-Bukhari, no. 3276)
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 14 of 18 4.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Menurut sejarah tamadun manusia, majoriti manusia di dunia mempunyai pegangan agama dan konsep fahaman mereka yang tersendiri, setiap agama menyeru penganutnya mempercayai kewujudan Tuhan. Walaupun fahaman dan idealogi yang dibawa berbeza-beza namun matlamatnya sama iaitu kepercayaan kepada konsep ketuhanan masing-masing. Namun sejarah tamadun manusia telah dikotori dengan wujudnya golongan minoriti yang membawa fahaman songsang, ketidak percayaan kepada kewujudan Tuhan. Walaupun, pemikiran golongan minoriti ini tidak diterima atau dianggap mewakili pemikiran sejagat manusia yang beragama dan berakal, ianya kini sedang menular dan mendapat pengiktirafan dunia terumatanya di Barat dengan menglabelkan fahaman golongan ini sebagai hak asasi manusia. Penghasilan buku “Ateisme:Satu PenilitianAwal” memberikan sudut pandang yang baharu kepada para pembaca, terutamanya pendedahan penulis tentang ideologi golongan ateisme dan bagaimana untuk umat Islam menghadapi cabaran ideologi ini. Sebagai pembaca, terdapat beberapa perkara ataupun ilmu pengetahuan baharu yang dapat diambil hasil dari penulisan buku ini. Antaranya, kita dapat memahami konsep, kategori dan alasan mengapa terdapat segelintir manusia yang memilih ideologi ateisme ini dan bagaimana penerimaan serta persepsi masyarakat dunia terutamanya di Malaysia terhadap golongan ateisme ini. Melalui buku ini juga, pembaca akan lebih cakna tentang cabaran dan ancaman ideologi golongan ateis ini kepada umat Islam terutamanya dari aspek akidah, syariah, akhlak, sosial, politik mahupun ekonomi. Perkara-perkara begini menyumbang kepada peningkatan kes murtad dikalangan umat Islam terutamanya melibatkan golongan anak muda. Dengan pendedahan penulis melalui buku ini, masyarakat terutamanya umat Islam perlu memulakan langkah serta menyusun strategi yang efisien dengan memperkukuhkan akidah dan ilmu agama pada setiap lapisan umur dan perhatian yang lebih terutamanya kepada golongan muda kerana sifat ingin mencuba sesuatu yang baharu itu membuatkan mereka lebih mudah dipengaruhi oleh ideologi-ideologi baharu. Di samping itu, umat Islam terutamanya di Malaysia perlu memperkemaskan dan memperbaiki sistem pendidikan dan undang-undang negara ini bagi menegakkan keadilan, kesejahteraan umat dan melahirkan anak bangsa yang tinggi ilmu akalnya. Masyarakat juga boleh memanfaatkan sains dan teknologi untuk menyampaikan dakwah dan ilmu kepada umat Islam seperti menggalakkan lebih banyak dialog, majlis ilmu dan ceramah.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 15 of 18 Menyahut pelawaan penulis kepada para pembaca untuk memberi cadangan dalam memperbaiki mutu buku ini, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan antaranya, penulis boleh melakukan perbincangan ataupun analisa berkaitan implikasi sosial, politik dan juga undang-undang Malaysia yang melibatkan golongan ateisme. Penulis juga boleh mengupas bagaimana fahaman golongan ini boleh mengugat Perlembagaan, Rukun Negara, undang-undang Islam dan hak asasi manusia. Isu-isu ini dapat dijadikan rujukan oleh masyarakat dan para pelajar terutamanya dalam menangani cabaran dan kontroversi yang mendatang berkaitan fahaman ideologi-ideologi baru bukan sahaja atiesme tetapi juga yang lain. Penulis juga boleh menambah cabang intipati psikologi di dalam penulisannya dengan menemubual atau berdialog dengan bekas pengikut fahaman ateisme ini. Penulis mungkin dapat mengupas pendapat peribadi mereka, cabaran, dan pemikiran mereka tentang ideologi ateisme ini, serta motivasi dan sokongan yang diperlukan agar mereka pulang ke jalan fitrah dan terus kekal sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan kepercayaan kita kepada ALLAH SWT. Akhirnya, buku ini dihasilkan atas dasar keperihatinan, kesedaran, kasih sayang dan tanggungjawab penulis sebagai seorang ahli ilmuan, pendakwah Islam dan ummah terhadap isu-isu semasa yang sedang mengancam masyarakat terutamanya akidah umat Islam pada ketika ini. Semoga para pembaca buku ini terutamanya umat Islam dapat memahami dan menghayati konsep keTuhanan sebagaimana pegangan kita sebagai umat Islam, dan kita mampu menolak ideologi ateisme ini. Dengan memahami konteks ilmu yang disampaikan oleh penulis mengajar kita untuk lebih berhemah, berhikmah dan berilmu dalam berdakwah kepada gologan ideologi ateis ini dengan memberikan hujah-hujah rasional tanpa memberi sebarang tekanan, paksaan mahupun memusuhi mereka. Diharapkan melalui penghasilan buku ini, umat Islam dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT.
ATEISME SATU PENELITIAN AWAL Page 16 of 18 5.0 SUMBER RUJUKAN MOHAMAD RAZIF, 2017, BAYAN LINNAS SIRI KE- 107: MENILAI FAHAMAN NEW ATHEISM, https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/buku-soal-jawab/696-bayan-linnas-sirike-107-menilai-fahaman-new-atheism, Pejabat Mufti Wiayah Persekutuan. MOHAMAD RAZIF, 2018, AL-AFKAR #8: SIAPA MENCIPTA ALLAH?, https://www.muftiwp.gov.my/ms/buku/al-afkar/2339-al-afkar-8-siapa-mencipta-allah, Pejabat Mufti Wiayah Persekutuan. Mohd Aizam Mas’od, 2013, Putrajaya, Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sinar Harian, 2020, https://mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/07/Buku-Khas-3.2020- Aties-Musuh-Akal-Sihat.pdf. Biodata Dr.Muhammad Rashidi Wahab, https://fki.unisza.edu.my/ directory. Ang Kean Hua, (2016), Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Literatur, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 1, Issue 2, e-ISSN : 2504-8562.