JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM MENGULAS SESUATU PLOT CERITA
DARI DRAMA ATAU FILEM MAT KILAU YANG
BERKAITAN DENGAN PENGGERAK KESEPADUAN
NASIONAL
kursus penghayatan etika dan peradaban
(mpu 21032)
program dub 1a
sesi 1 : 2022/2023
nama pensyarah
puan ruslinawati binti abd ghani
TAJUK PROJEK :
MAT KILAU
sila scan qr code untuk
menonton filem mat kilau
NAMA AHLI KUMPULAN
NUR NADIRAH BINTI HAIRUL SHAHRIL
03DPR22F1004
NUR AINA ATHIRAH BINTI ZULRAIMI
03DPR22F1035
ALIAH MAISARAH BINTI CHE MANGSOR
03DPR22F1047
SITI HANA HUMMAIRA BINTI ZAIRUL MAHAIZI
03DPR22F1068
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana telah mengurn
iakan kami kesihatan
yang baik dan petunjuk untuk kami
melaksanakan kerja kursus ini dengan
jayanya. Kerja kursus kami berjaya
dilaksanakan dengan sempurna berkat
bimbingan dan tunjuk ajar daripada Puan
Ruslinawati Binti Abd Ghani , pensyarah
pembimbing kami yang banyak membantu
dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Seterusnya , ucapan terima kasih turut
diucapkan kepada rakan rakan yang
membantu dalam usaha kami menyiapkan
kerja kursus ini. Akhir sekali , kami berharap
supaya kerja kursus yang disediakan
kumpulan kami ini
dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diri
setiap individu. Sekian , terima kasih
1
ISI KANDUNGAN
1.MUKA HADAPAN
2. NAMA KUMPULAN
3. PENGHARGAAN
4.ISI KANDUNGAN
5. PENDAHULUAN
6.CARTA GANTT
7. PENGENALAN FILEM
8. SINOPSIS
9. TEMA
10.KRITIKAN FILEM
11. REFLEKSI
12. KESIMPULAN
13. LAMPIRAN
14. RUJUKAN
PENDAHULUAN
Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan
hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok,
berkongsi aktiviti budaya dan pinjam-meminjam unsur
budaya masing-masing. Ia merupakan elemen penting
dalam memastikan sesebuah
komuniti atau negara itu
berada dalam keadaan aman dan harmoni. Oleh yang
demikian, kesepaduan sosial merujuk kepada satu proses
yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan
cinta dan bangga kepada tanah air. Kepelbagaian
masyarakat menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada
sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti
misalnya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza
dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan
masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup dalam
sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan
mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan.
Kesediaan tawar-menawar, berunding dan melakukan
mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan
keharmonian di Malaysia semenjak merdeka. Hal ini
menunjukkan kesepaduan nasional yang telah wujud,
didukung dan mesti terus-menerus dimantapkan. Hal ini
dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang
diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan
yang diusahakan
CARTA GANTT
PENGENALAN FILEM MAT KILAU
mat kilau : kebangkitan pahlawan ialah
sebuah filem biografi epik sejarah malaysia
2022 arahan syamsul yusof dengan skrip
oleh syamsul dan shahruddin mt dali
terbitan studio kembara. dibintangi oleh
adi putra sebagai watak tajuk, filem ini
diilhamkan dari tokoh epik sejarah
malaysia, mat kilau. ia mengisahkan tentang
mat kilau bersama dengan ayahandanya, tok
gajah dan sahabatnya berjuang bermati-
matian menentang penjajahan british satu
ketika dahulu.
antara watak yang menjayakan filem mat
kilau ialah beto kusyairy, fattah amin,
yayan ruhian dan johan as'ari sebagai
pelakon pembantu.
idea untuk mengarahkan filem ini mula diutarakan
oleh syamsul pada 2017 setelah menerima tawaran
daripada studio kembara untuk menghasilkan filem ini
selepas pengarah terdahul
u menarik diri.
penggambaran dijalankan di perak,pahang,melaka dan
selangor selama 100 hari pada 2018 dengan kos
pembikinan sebanyak 8 juta. filem ini telah
ditayangkan di pawagam seluruh negara, singapura
dan brunei pada23 jun 2022
SINOPSIS MAT KILAU
Plot penceritaan filem ini menggunakan latar
belakang tahun 1892 ketika penguasaan pihak
penjajah British di tanah-tanah negeri Pahang.
British mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Pahang
milik orang-orang Melayu dengan mengenakan cukai
kepada para peniaga dan mengaut hasil bumi
penduduk serta bercampur tangan dalam urusan
adat dan agama mereka.
Tindakan tersebut dilakukan pihak British tanpa
persetujuan orang-orang Melayu di Pahang dan
telah menyebabkan orang-orang Melayu bertindak
melawan pihak British.
atas semangat untuk mempertahankan tanah
Melayu dan bebas dari terus dijajah, Mat
Kilau, seorang pahlawan Melayu bersama
ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-
sahabatnya, berjuang habis habisan menentang
pentadbiran British.
Konflik dan tekanan dihadapi oleh pihak British
berikutan rancangan penentangan Mat Kilau
dan Tok Gajah yang bijaksana bertukar
menjadi pertempuran yang sengit
objektif
MENJADIKAN SEBUAH FILEM AKSI YANG BENAR -
BENAR MENINGGALKAN IMPAK dalam diri penonton
FILEM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN GAMBARAN
PENJAJAHAN TERHADAP TANAH MELAYU DAN TINDAKAN
ORANG MELAYU TERHADAP PENENTANGAN BRITISH
filem mat kilau ini dapat MENANAM SIFAT
PATRIOTISME DALAM DIRI PENONTON
gambaran cerita mat kilau ini memberikan fokus
terhadap keberanian dalam mempertahankan
negara .semangat keberanian dapat diperolehi
setelah menonton filem ini
ulasan
Tidak terasa kalau anda menonton filem ini di
wayang kerana filem ini, penulis kira sebagai
filem yang mempunyai tempo yang agak laju
ditambah pula ia sarat dengan babak aksi. Kalau
bercerita tentang babak aksi tak dapat
dinafikan sangat menghiburkan dan
‘mengenyangkan’ apatah lagi dengan kehadiran
pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan
Ruhiyan sebagai salah satu watak antagonis.
Walaubagaimanapun Syamsul, sebagai pengarah
dalam filem tidak invest dalam pembangunan
watak utama dalam filem ini. Malah, watak Beto
yang lebih mempunyai cerita.
Penulis merasa ‘haus’ untuk melihat watak Mat
Kilau berkembang kerana kebanyakan waktu Mat
Kilau dalam filem ini dalam mod perang. Ada
beberapa babak yang penulis rasa mahu lihat
dengan lebih mendalam lagi seperti babak Mat
Kilau dan ayahnya Tok Gajah dalam membentuk
peribadinya. Dalam perkembangan karakter,
walaupun dia memegang watak utama, namun
wataknya sebagai seorang ayah dan suami hanya
disentuh sedikit sahaja. Dari bacaan Penulis,
Mat Kilau hanya menuntut ilmu silat selepas dia
mendirikan rumah tangga.
Elemen antagonis dalam filem ini juga tidak
terlalu memuaskan. Sepertimana yang diceritakan
dalam sejarah tanah air kita, British dikatakan
sangat licik dan berpengaruh. Namun dalam filem
ini, watak Kapten Syres dilihat bodoh dan bacul.
Pelakon yang memegang watak pegawai British ini
juga dilihat lemah dari segi lakonannya. Konflik
yang timbul antara Mat Kilau dan Awang juga
Penulis rasakan terlalu mengada-ngada. Konflik
tersebut samar dan terlalu cepat diselesaikan.
Namun, sepanjang filem ini, ada satu babak yang
sangat meninggalkan kesan bagi penulis dan
membuatkan penulis merasakan Syamsul seorang
pengarah yang pintar. Penulis tidak mahu
memberikan ‘spoiler’ kepada anda yang belum
menonton, tapi dalam tragedi yang menimpa Wahid,
watak Mat Kilau datang dari belakang dan menutup
mulut Wahid dan membisikkan kalimat istighfar di
telinga Wahid. Penulis mengangkat babak itu
sebagai babak terbaik dalam filem ini
cadangan
filem ini seharusnya mengurangkan penggunaan
perkataan bahasa pasar . filem ini lebih
menggunakan bahasa campur antara gaya
bahasa moden , bahasa penentangan dan zaman
sebelumnya. selain itu , filem ini perlu
mengurangkan pengulangan mesej berkaitan
melayu dan islam dengan skripnya berulang -
ulang tentang perpecahan dan kesatuan orang
melayu
TEMA
CINTA AKAN NEGARA
filem Mat Kilau adalah filem yang diadaptasi dari kisah
benar yang berlaku pada zaman penjajahan British
dahulu. Kita semua sudah sedia maklum tentang sejarah
sewaktu penjajahan British berlaku di Tanah Melayu.
Banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari filem Mat
Kilau ini. Contohnya, Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya
yang berjuang dan mempertaruhkan nyawa mereka demi
memastikan generasi akan datang tidak perlu merasai
hidup terseksa dan merana di bawah taklukan British yang
kejam. Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya mahukan hak
asasi dan keistimewaan Orang Melayu sebagai penduduk
tetap tanah itu, berbanding Orang Inggerins yang hanya
menumpang rezeki dan memporak perandakan keadaan
seolah-olah mereka yang mempunyai hak. Pihak British
menindas Orang Melayu dan menganiaya mereka dengan
meletakkan cas ke atas perniagaan yang mereka jalankan.
Para pembesar Melayu sudah tidak mampu untuk membuat
apa-apa dan menghantar pahlawan-pahlawan Melayu yang
terdiri daripada Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya itu.
Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya sememangnya dengan
rela hati menawarkan diri kerana mereka mahu nasib anak
cucu mereka iaitu generasi kita kini hidup di negara yang
aman dan harmoni .
KEAGAMAAN
Mat Kilau merupakan sebuah filem yang menerapkan unsur
keagamaan dalam diri setiap pahlawan Melayu . Buktinya ,
mereka sentiasa mengingatkan tentang keagungan Allah S.W.T
di dalam filem ini supaya kita sedar bahawa setiap apa yang
terjadi ini adalah Ketentuan yang telah ditetapkan olehNya .
Kita sama sekali tidak boleh mempersoalkan tentang kenapa
dan mengapa kita perlu hidup dalam kesusahan sewaktu
penjajahan British . Mat Kilau sentiasa menasihati sahabat-
sahabatnya untuk melakukan sesuatu perkara mestilah
berniat untuk agama kita iaitu Islam . Mat Kilau dan sahabat-
sahabatnya menyerahkan diri mereka sepenuhnya di bawah
jagaan Allah S.W.T , mereka redha akan apa jua yg mereka
bakal hadapi sewaktu berperang dengan tentera British
kerana sesungguhnya mereka semua percaya bahawa Allah
turut bersama mereka dan merestui perjuangan mereka itu
demi membela semula nasib dan hak orang Melayu . Mereka
sudah mendalami ilmu agama secukupnya sebelum
peperangan itu dan mereka yakin bahawa jika mereka
terkorban sekalipun , mereka tergolong dalam golongan
orang orang yang disanjung Allah .
PERSAHABAtAN
Filem ini mempunyai satu babak yang menayangkan nilai
persahabatan yang tinggi dan kukuh antara Mat Kilau dan
sahabat-sahabatnya . Buktinya , pada awal Mat Kilau telah
dipilih sebagai ketua oleh pembesar-pembesar Melayu ,
Awang menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya kerana dia
merasakan ada unsur pilih kasih . Awang merasakan dia cukup
layak berbanding Mat Kilau yang tidak cukup ilmunya . Dia
mula memberontak dan mengakibatkan Orang Melayu
terpaksa menanggung seksa atas perbuatan Awang terhadap
pihak British. Awang bersifat gelojoh dan tidak berfikiran
panjang ketika mengambil keputusan untuk menyerang
markas senjata tentera British . Apabila pihak British
mengetahui tentang itu , mereka menyerang kampung Melayu
dan membunuh semua orang kampung termasuklah isteri
sahabatnya sendiri iaitu Wahid , yang sedang sarat
mengandung . Walaupun tindakannya cukup teruk , namun Mat
Kilau masih memaafkan Awang dan memberi peluang kedua
terhadap beliau untuk menebus kesalahannya terhadap
orang melayu yang terkorban
SEMANGAT PERJUANGAN
Filem Mat Kilau menayangkan kepada para penonton bahawa
kita sebagai Orang Melayu mestilah menanam sifat perjuangan
demi membela nasib kaum kita. Terdapat satu babak di dalam
filem ini di mana Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya rela
mempertaruhkan nyawa mereka dan jihad di jalan Allah demi
kemakmuran dan keamanan Orang Melayu dapat diselamatkan.
Mat Kilau dan Tok Gajah mengumpulkan orang kampung untuk
sama sama turun padang dan melawan British namun, tiada
seorang pUn yang menyokongnya malahan mengeji dirinya
seolah-olah dia menempah bala kerana mencari nahas dengan
tentera British yg gagah dan ganas. Walaupun dia menerima
kejian , namun semangat perjuangan Mat Kilau dan sahabat-
sahabatnya tidak goyah. Mereka tetap meneruskan rancangan
mereka dan menyerahkan segala Ketentuan kepada Allah S.W.T
kerana sesungguhnya hidup dan mati mereka di jalan Islam .
NILAI KEBERANIAN
:
Menerusi filem Mat Kilau , para penonton dapat
melihat nilai keberanian dalam diri pahlawan
pahlawan muda kita yang tidak takut dan gentar
akan ugutan dari pihak British. Pihak British acap
kali mengugut Orang Melayu bahawa mereka akan
memusnahkan perniagaan dan akan membunuh
sesiapa sahaja yang berani melawan arahan British
tanpa ada rasa belas kasihan terhadap warga emas
dan kanak kanak. Walau bagaimanapUN , Mat Kilau
dan sahabat-sahabatnya tetap memberanikan diri
mereka untuk berhadapan dengan tentera British
demi mendapatkan semula hak tanah Orang Melayu
yang sudah dirampas oleh Orang Inggeris.
pengajaran filem
1. kita hendaklah ,megikuti kepahlawanan dan
keberanian orang melayu yang tidak dinafikan melalui
sejarah penentangan mat kilau terhadap
bristish.kekuatan persenjataan british yang besar
tidak mampu membendung penentangan hebat mat
kilau.
2.kita mestilah , mengikat persaudaraan dan
persahabatan yang ketat antara kaum bagi
memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan
sebuah perjuangan.tanpa persahabatan , kuranglah
dorongan dan hilanglah sebahagian kekuatan
perjuangan
3.sebagai rakyat malaysia , sewajarnya kita sentiasa
menghayati sejarah perjuangan pahlawan - pahlawan
terdahulu dalam menentang penjajahan kerana itulah
yang menjadi jati diri yang menaikkan sengangat
patriotik
penutup
filem mat kilau ini memberikan mesej yang
positif kepada semua masyarakat malaysia ,
masyarakat malaysia dapat mengetahui sejarah
tentang kepahlawanan mat kilau di tanah
melayu dengan penentangan british di negara
kita. filem ini boleh dijadikan contoh kepada
pengarah diluar sebagai rujukan filem yang
dapat memberikan kesan yang positif .
selain itu , filem ini dapat mengajar kita
tentang nilai persahabatan dan nilai keberanian
dalam mempertahankan tanah air kita. akhir kata
, filem ini adalah filem yang mempunyai nilai -
nilai yang baik dan boleh dijadikan amalan oleh
setiap masyarakat malaysia
kritikan filem
tokoh dan sarjana
Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi atau nama
sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil pula mengakui, negara masih
kekurangan filem kenegaraan seperti Mat Kilau dan berharap
lebih ramai pengkarya dapat menterjemahkannya secara
komersial dan menyesuaikan dengan peredaran masa sekarang
agar ia 'segar' untuk memberikan pemahaman yang lebih mudah
kepada generasi hari ini.
Dalam pada itu, penerbit Studio Kembara yang menerbitkan filem
Mat Kilau, Abdul Rahman Dali berkata, penghasilan filem
tersebut yang diinspirasikan daripada kisah benar bertujuan
menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan dalam sejarah.
"Pemilihan watak Mat Kilau juga diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia. Bagaimana seorang pemimpin yang kuat berpegang
kepada agama, budaya dan bijak sanggup mempertahankan tanah
air walaupun pada masa itu British adalah antara kuasa besar
dunia.
"Nilai-nilai murni ini yang hendak diterjemahkan supaya generasi
'gajet' tidak leka dan lupa asal usul mereka untuk dijadikan
contoh teladan yang baik," katanya dan menambah 60 peratus
perjalanan cerita filem itu berkisarkan kisah benar dan tidak
menolak kemungkinan akan ada lagi filem berunsur seperti itu
sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Filem Mat Kilau dibarisi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi
Putra, Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan,
Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron,
A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon dari seberang
yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Rahman
bersyukur kerana setelah sekian lama berusaha gigih
untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan
tanah air ini, ia telah disambut dengan begitu baik.
Bahkan, kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan
bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian
daripada pelbagai pihak.
“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih
khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu
menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.
“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan
malah mampu mengharumkan nama negara. Studio Kembara
bersedia bersama membantu mengangkat agenda nasional
di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk
yang menambil nilai rakyat Malaysia,” kata beliau.
refleksi
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kami telah
menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya.Tajuk
kumpulan yang kami pilih sangat menarik dan sesuai
dijadikan panduan untuk generasi muda kini.Filem “Mat
Kilau:Kebangkitan Pahlawan” ini dapat meningkatkan
semangat perpaduan antara kaum agar negara dalam
keadaan aman dan harmoni.Selepas kami pilih tajuk filem
ini kami membuat kesimpulan bahawa semangat cinta akan
negara adalah sangat penting pada generasi kini dan akan
datang . Kami juga amat teruja dan berminat untuk
meneroka maklumat lebih lanjut yang terdapat dalam
filem ini.Selain itu,kita juga perlu mengambil tahu
tentang sejarah negara kita supaya ia tidak berulang
kembali. Banyak maklumat dan ilmu kami perolehi
sepanjang menyiapkan tugasan ini.Selain maklumat
daripada buku-buku rujukan, kami juga mendapatkan
maklumat lebih daripada bahan laman web yang berkait
dengan tajuk tugasan kami.Oleh kerana kami telah
memperolehi maklumat berguna ini maka kami berkongsi
dan bertukar-tukar pendapat masing-masing untuk
melengkapkan tugasan ini dengan mudah.Akhir
sekali,semoga usaha dan pembelajaran kami untuk
menyiapkan tugasan ini akan memberikan impak yang
positif kepada generasi muda kini.
NUR NADIRAH BINTI HAIRUL SHAHRIL
(03DPR22F1004)
Berdasarkan filem yang telah saya tonton iaitu filem Mat
Kilau, saya dapati bahawa filem ini menitikberatkan tentang
soal agama dan bangsa dalam masyarakat kita suatu ketika
dahulu. Filem ini jugak menunjukkan bahawa persahabatan
antara Mat Kilau dan rakan-rakannya bersatu padu dan
tidak putus asa dalam memperjuangkan hak orang Melayu
dan menegakkan agama Islam di negeri Pahang.
Dari sini saya dapat pelajari erti persahabatan yang
sebenar dalam filem Mat Kilau. Saya dapati bahawa filem ini
juga dipenuhi dengan emosi. Manakan tidak apabila tiba
babak yang sedih dan menyentuh hati, saya turut bersedih.
Ini menunjukkan bahawa filem ini boleh mempengaruhi emosi
penontonnya. Pengajaran yang dapat saya perolehi dari
filem Mat Kilau ini ialah sebagai orang Melayu, kita
perlulah menghargai dan mengenang jasa pahlawan dan
nenek moyang kita yang telah bermati-matian
mempertahankan tanah Melayu sehingga kita dapat merasai
kemerdekaan dan keamanan negara.
NUR AINA ATHIRAH BINTI ZULRAIMI
(03DPR22F1035)
Dari filem mat kilau ini , saya dapati bahawa filem ini
menunjukkan semangat cinta akan negara . Filem ini juga
dapat memberikan kesan kepada diri saya agar berani
dalam memperjuangkan sesuatu seperti contoh
Keberanian Mat Kilau dalam mempertahankan negara .
Selain itu , filem ini dapat menunjukkan bahawa nilai
persahabatan dapat memberi kesan yang baik kepada kita
. Apabila kita mengeratkan lagi persahabatan , kita
dapat bergabung idea dan berkerjasama untuk
mempertahankan negara . Hal ini menunjukkan bahawa
filem Mat Kilau adalah filem yang terdedah dengan
unsur positif.
ALIAH MAISARAH BINTI CHE MANGSOR
(03DPR22F1047)
Saya amat berbangga dengan hasil kerja yang
telah
dilakukan oleh kumpulan saya. Mereka semua telah
memberikan tumpuan sepenuhnya dan memberikan
idea yang mantap untuk kami sama-sama
menyelesaikan tugasan ini . Tidak lupa jugak
kepada pensyarah yang menunjuk ajar dan
memberikan ilmu kepada kumpulan kami.Antara
pengajaran yang dapat saya peroleh daripada
filem Mat Kilau ini adalah kita haruslah berjuang
habis habisan dalam mempertahankan tanah air
kita sendiri yang tercinta tanpa mengira penat
lelah .
SITI HANA HUMMAIRA BINTI ZAIRUL MAHAIZI
(03DPR22F1068)
Refleksi yang saya dapati semasa menghasilkan projek
ini ialah saya dapat mendalami filem mat kilau
memang tidak dinafikan filem mat kilau telah
membuka hati generasi pada masa kini untuk
menghargai pahlawan kita dalam menentang penjajah.
Antara pengajaran yang saya dapat melalui filem ini
ialah Semangat persaudaraan dan persahabatan
memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan
sebuah perjuangan
kesimpulan
Penerbitan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ yang
berinspirasikan sejarah pahlawan adalah satu usaha yang
amat baik walaupun ada kekurangannya, bahkan sambungan
kisah-kisah perjuangan beliau wajar difilemkan pada masa
akan datang.
Negara kita juga tidak ketandusan sejarah pahlawan-
pahlawan terdahulu yang menentang penjajahan seperti
Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong,
Datuk Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Panglima Salleh, Syarif
Masahor dan sebagainya.Walaupun begitu, seharusnya
karya-karya berindentitikan Malaysia, tidak sekadar
berinspirasikan sejarah kepahlawanan, perlu dibanyakkan
lagi oleh para penggiat filem negara dengan kerjasama
pelbagai pihak yang berminat sama ada organisasi, syarikat
atau individu.Seperti yang kita dapat lihat , terdapat banyak
nilai yang diterapkan dalam filem Mat Kilau:Kebangkitan
Pahlawan ini. Kita patut menerapkan nilai nilai yang
diberikan seperti di atas, iaitu nilai keberanian, nilai
semangat perjuangan, nilai persahabatan, nilai keagamaan
dan nilai cinta akan negara. Nilai nilai ini sememangnya harus
diterapkan dalam diri setiap individu yang tinggal di bumi
Malaysia dapat mempraktikkan nilai nilai ini dalam kehidupan
seharian yang mereka jalani , seterusnya turut dapat
mengingati jasa-jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh
para tokoh pahlawan yang berhempas-pulas berjuang demi
kemerdekaan negara kita pada hari ini . Ini penting bagi
mendidik rakyat bahawa kita mempunyai sejarah, keunikan
dan identiti kita sendiri yang akan membentuk jati diri
bangsa dan negara.
lampiran
lampiran kerja kumpulan
rujukan
https://ikram.org.my/filem-mat-kilau-ulasan-dan-
pengajaran/
https://baskl.com.my/ulasan-filem-mat-kilau/
https://youtu.be/5bwwKDl1vNU
https://www.bharian.com.my/amp/hiburan/selebriti/2
022/07/976818/ambil-iktibar-daripada-filem-mat-
kilaU
https://m.malaysiakini.com/hiburan/625596
Hasnah hussin 2022 Penghayatan Etika Dan Peradaban .
Kuala lumpur . MaxUnion Publication
Munirah Mustafa et.al.2020 Penghayatan Etika Dan
peradaban . Kuching . Politeknik Kuching