The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurliyana.zulekepeli99, 2022-11-10 06:42:52

FILEM (1)

FILEM (1)

NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN .

TAJUK : PROGRAM MENGULAS SESUATU PLOT CERITA DARI FILEM
ADIWIRAKU YANG BERKAITAN DENGAN PENGGERAK
KESEPADUAN NASIONAL .

NAMA PENSYARAH : PN . RUSLINAWATI BINTI ABDUL GHANI .
SESI 1 : 2022/2023

NAMA & NO PENDAFTARAN

1) NURLIYANA BINTI ZULEKEPELI
(03DPR22F1032)

2) NURIN AININ SOFIYA BINTI AZAM KHALIL
(03DPR22F1050)

3) NUR HANIS SYAFIKA BINTIMOHAMAD HASMADI
(03DOR22F1011)

4) NUR FAKHIRA ZAHIRAH BINTI MOHD ZAHIR
(03DPR22F1014)

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat ilahi kerana dengan izin kurniaan-NYA dapat kami

menyempurnakan tugasan bagi kod subjek (MPU 21032) ini dengan
jayanya.Dengan kesempatan yang ada ini , kami amat berbesar hati
untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Pn. Ruslinawati

binti Abdul Ghani , selaku Pensyarah (MPU 21032) kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk melunaskan

tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang tidak berputus asa dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami
yang disayangi Pn. Ruslinawati binti Abdul Ghani atas budi bicaranya
dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.

Selain itu , kami juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan ahli kami kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya . Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka , tidak dapat kami menyelesaikan tugasan dengan

jayanya.

Kursus: MPU 21032 / Penghayatan Etika dan Peradaban
Carta Gantt Pelaksanaan Projek (40%)
Penyelia: Pn Ruslinawati Binti Abdul Ghani

PENERANGAN Bulan OKTOBER & NOVEMBER

Minggu Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12

1. Membuat perancangan Projek:

a. Menetapkan tajuk, matlamat dan
objektif

b. Membentuk draf aktiviti
bersama ahli kumpulan

c. Merangka draf tentatif projek

1. Menghasilkan kertas projek dan
membentangkan

membentuk struktur organisasi,
menyediakan senarai

semak tugasan, contoh;

a. Nur Fakhira Zahirah Binti
Mohd Zahir(Ketua projek)

b. Nur Hanis Syafika Binti
Mohamad Hasmadi
(Timbalan Ketua Projek)

c. Nurin Ainin Sofiya Binti
Azam Khalil(Perancang
aktiviti kumpulan)

d. Nurliyana Binti Zulekepeli(
Penyelaras bahan ICT dan
multimedia)

2. Menetapkan butiran penting projek
seperti tarikh, masa,

bahan dan seumpamanya.

3. Melaksanakan projek seperti yang
dirancang dan

mengedarkan borang maklum balas
penilaian projek

kepada ahli kumpulan serta
mengumpulkan bahan seperti

dalam perbincangan.

1. Menyediakan laporan bertulis serta
mempunyai gambar

2. Mengadakan post mortem aktiviti
dan membuat refleksi dengan merujuk
kepada borang penilaian peserta.

BIL ISI KANDUNGAN
1) PENDAHULUAN

2) SINOPSIS

3) LATAR BELAKANG

4) NILAI KETABAHAN

5) NILAI KEPRIHATINAN

6) NILAI KEGIGIHAN

7) NILAI PEMURAH

8) NILAI KASIH SAYANG

9) KRITIKAN DARI PENONTON

10) REVIEW MOVIE

11) CADANGAN

12) REFLEKSI FILEM

13) KESIMPULAN

14) LAMPIRAN

15) RUJUKAN

PENDAHULUAN

KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan nasional boleh difahami sebagai jalinan
hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok ,
berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur
budaya masing – masing . Ia merupakan elemen
penting dalam memastikan sesebuah komuniti atau
negara itu berada dalam keadaan harmoni . Oleh yang
demikian , kesepaduan nasional merujuk kepada satu
proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air .

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza , menjadi satu entiti fizikal .
Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang
berbentuk zahir dan luaran .

SINOPSIS

SMK Pinang Tunggal ialah sekolah di kawasan pedalaman
yang mempunyai pelajar bermasalah, khususnya dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar adalah
daripada keluarga yang susah dan mengalami kesempitan
hidup.

Bagaimanapun, kehadiran guru bernama Cheryl Ann
Fernando yang mengajar Bahasa Inggeris mengubah pelajar
terbabit. Tidak hanya sekadar mengajar, Cheryl mempunyai
pendekatan menganggap mereka seumpama adik-adiknya.
Sikapnya yang terbuka dengan pelajar membuatkan masing-
masing mula menyayanginya dan selesa berkongsi masalah.

Cheryl juga tidak lokek untuk membantu, sehinggakan duit
gaji setiap bulan habis untuk menolong muridnya.

Kemuncaknya, sebelum meninggalkan sekolah berkenaan
selepas khidmatnya hampir tamat, beliau mampu
mengharumkan nama sekolah apabila pelajarnya berjaya
menyertai pertandingan 'choral speaking' yang sebelum itu
tidak pernah dilakukan. Walaupun hanya di tempat kelima, ia
adalah pengalaman berharga buat SMK Pinang Tunggal dan
pelajarnya kerana itulah pengalaman mereka menyertai
pertandingan antara sekolah.

LATAR BELAKANG

Filem ini diarahkan oleh Eric Ong dengan Jason Chong dan
Khairul Anuar Latip yang bertindak sebagai penerbit eksekutif .
Lakonlayar filem ini ditulis oleh Jason , Eric dan Cheryl Ann .Pada
mulanya filem Adiwira Ku ini pernah ditolak oleh sebuah studio
penerbitan dan hampir dijadikan sebagai drama rantaian
sehinggakan beliau sanggup mengeluarkan wang simpanannya sendiri
demi merealisasikan impiannya. Kesemua pelakon yang terlibat ialah
pelajar SMK Pinang Tunggal .

Lebih menarik, Adiwiraku yang mengangkat kisah betul, yang
berlaku sekitar tiga tahun lalu dan tular di media sosial, dilakonkan
hampir semua watak sebenar.Malah, lokasi sama juga dipilih untuk
membangkitkan 'mood' mereka yang terbabit dalam filem terbitan
Sol Pictures Sdn Bhd itu.Selain ceritanya yang dekat dengan jiwa
penonton, filem yang menceritakan kesungguhan seorang guru
mengharungi pelbagai tekanan untuk mendidik pelajarnya sarat
dengan nilai moral dan menolak elemen perkauman.Ia sebuah kisah
menyentuh rasa membabitkan seorang guru berbahasa Inggeris
keturunan India yang dibantu pendidik berbangsa Cina, dengan
semua pelajar mereka terdiri daripada murid Melayu.

Terbitan: Sol Pictures Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif: Jason Chong dan Khairul Anuar Latip

Pengarah: Eric OngLakon Layar: Jason Chong dan Eric
Ong

Skrip: Yentanamera dan Jason Chong

Pelakon: Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin
Zidan , Irdina Tasnim, Rizal, Balqis, Fara
Safwan dan Wan Azlyn

Lokasi Penggambaran: SMK Pinang Tunggal, Sungai
Petani KedahTarikh Tayangan: Mulai 9 Mac 2017

TEMA

1)KETABAHAN

❑ Ketabahan ialah hati perihal tabah ,
keberanian , kecekalan hati , keteguhan
hati (Kamus Dewan Edisi Keempat ) .

TEMA Ketabahan seorang anak dalam menghadapi
rintangan kehidupan .

Alia tabah menjaga ibunya yang menghidapi SITUASI
penyakit mental semasa dia masih di bangku
sekolah .

DIALOG

Mak : “Kau pergi mana ? “
Alia : “ Sekolah , mak “ .
Mak : “ Kau saja nak tipu aku kan ? “ *sambil memukul Alia*
Alia : “ Jangan , mak “.

https://youtu.be/mw0Z61T67NU

2)KEPRIHATINAN

❑ Keprihatinan ialah kesungguhan menunjukkan minat atau
perhatian berat pada seseorang atau sesuatu terhadap
kebajikan sosial dan kepentingan awam negara atas rasa
dan tuntutan memenuhi cita – cita bangsa dan negara
perasaan yang mendalam . (Kamus Dewan Edisi Keempat ) .

TEMA Keprihatinan seorang guru dalam
mengambil berat mengenai anak muridnya .

Teacher Sheryl prihatin terhadap Kemboja SITUASI
yang tidak hadir ke sekolah kerana
mempunyai masalah keluarga .

DIALOG

Teacher : “Habis sekolah macam mana , cikgu risau kamu
tak datang ke sekolah “

Kemboja : Kemboja rasa , Kemboja sudah tak perlu pergi
sekolah lagi .

Teacher : Kenapa ?
Kemboja : Bapa saya sakit balik , kalua saya tak kerja ,

siapa nak bagi makan .
Teacher : Tapi pelajaran tu penting untuk masa depan

Kemboja .

https://youtu.be/GZ6BkHw9ll8

3)KEGIGIHAN

❑ Kegigihan ialah perihal gigih , keteguhan mempertahankan
pendapat (fikiran dsb) : setelah berjuang dengan segala –
galanya , dia berjaya juga . (Kamus Dewan Edisi Keempat ) .

TEMA Kegigihan seorang pelajar yang ingin
menyertai pasukan bicara berirama
sekolahnya walaupun dia menghidap

penyakit .

Khairi ingin menyertai bicara berirama SITUASI
sekolahnya tetapi teacher Sheryl berat hati

untuk membenarkannya atas faktor
kesihatan Khairi .

DIALOG

Khairi : Boleh saya sertai pasukan sebutan korus ? Sayapun
nak jadi macam orang biasa , cikgu .

Teacher : Awak tahu , awak betul , Khairi . Saya minta maaf
sangat – sangat . Hari ini cikgu akan minta
kebenaran ibu bapa kamu untuk menyertai pasukan
bicara berirama .

https://youtu.be/yZ5RNxPH4hQ

4)PEMURAH

❑ Pemurah ialah orang yang suka memberi , tidak kedekut
dia ialah sahabat yang sangat takut akan kemurkaan
Allah SWT . (Kamus Dewan Edisi Keempat ).

TEMA Sikap pemurah seorang guru yang
memberikan baju kepada anak muridnya .

Teacher Cheryl memberi baju kurung kepada SITUASI
Alia sempena Hari Raya .

DIALOG

Teacher : ini untuk Alia .
Alia : apa ini ?
Teacher : suka tak ?
Alia : cantiknya , suka sangat , terima kasih teacher .
Teacher : Selamat Hari Raya .

https://youtu.be/vSuwIOc0FZ4

5)KASIH SAYANG

❑ Kasih sayang ialah cinta kasih (perasaan) belas kasihan
berkasih sayang menaruh kasih sayang pada kamu tidak
dinamakan beriman . (Kamus Dewan Edisi Keempat )

TEMA Kasih sayang antara guru dan anak – anak
muridnya walaupon gurunya berhasrat
ingin menyambung pengajiannya .

Murid – murid nyanyikan lagu perpisahan . SITUASI

DIALOG

Teacher : Khairi , jaga jantung awak , okey ? Janji dengan
cikgu ?

Irdina : Saya taknak awak pergi .
Teacher : Saya tak pergi mana – mana ,saya ada disini , boleh

hubungi saya bila – bila masa saja , jaga diri awak ,
okey? Mari peluk saya .

https://youtu.be/RZVfIOlijw4

KRITIKAN DARI PENONTON:

#REVIEW MOVIE : ADIWIRAKU 2017

OLEH: Www.najahmustapa.com

Rating Imdb : 8.7/10
Rating aku sendiri : 9/10

Filem Adiwiraku yang penuh inspirasi dan penghayatan. Lakonan daripada
setiap pelakon begitu mantap ibarat diorang benar-benar menjiwai watak itu.
Meskipun kebanyakkan pelakon dalam filem ini merupakan watak sebenar di
kisah sebenar tapi mereka tetap berjaya membantu satu sama lain untuk
menghidupkan lagi emosi filem ini. (Cikgu Cheryl, Cikgu Constant dan 2/3
orang pelajar bukan watak sebenar). Filem yang tidak mengenakan bajet terlalu
besar tapi masih mampu menandingi filem-filem berbajet besar. Selain itu,
cinematografi, tone, color gradient dan mood filem ini sangat cantik dan bersih.
Ala-ala filem hollywood and indie. Pemisahan antar subjek dan latar belakang
diadun dengan angle yang cantik, menambahkan lagi sebab filem tempatan ini
dikatakan antara filem terbaik yang pernah dihasilkan. Semestinya filem ini
harus menjadi filem wajib tonton oleh rakyat Malaysia. Emosi sedih yang
dibawa juga turut terkesan apabila aku turut menangis yang part Kemboja dan
yang meninggal (lupa nama).

Suka bila adanya filem-filem Malaysia yang seperti ini. Ini menunjukkan yang
Malaysia mampu menghasilkan filem bermutu dan bertaraf tinggi. Malah
kehadiran-kehadiran filem seperti ini mampu melojakkan lagi industri
perfileman Malaysia ke depan. Bukan Indonesia je mampu menghasilkan filem
begini ya.

CADANGAN

Beberapa penambahbaikan perlu diimplimentasikan oleh ahli
filem untuk menghasilkan filem yang lebih berkesan dan
berkualiti

1.KISAH HIDUP SETIAP INDIVIDU
Latar belakang dan kisah individu murid-murid adalah susah
dan sedih tanpa kelainan variety dari satu sama lain seperti
yang ditonjolkan dalam filem

2.NILAI YANG TERLALU DIPRAKTIKKAN
Nilai Cikgu Cheryl yang tidak berputus asa menjadi nilai yang
filem itu bergantung.Ini berlaku hamper seluruh jangka
filem,yang menyebabkan nilai lain tidak sampai kepada
penonton

Selain itu,filem ini perlu memperbanyakkan babak-babak yang
mampu menarik perhatian penonton terutama golongan muda
kerana kami mendapati permulaan cerita ini agak perlahan
dan tidak menarik perhatian.Walaubagaimanapun,perjalanan
dan penghujung filem ini amat menyentuh perasaan dan filem
genre seperti ini yang wajar diketengahkan oleh industri
perfileman tanah air kita.

REFLEKSI FILEM

REFLEKSI FILEM ADIWIRAKU DARIPADA :

➢ NURIN AININ

Pada mulanya saya berasa awal plot filem ini agak membosankan dan
masih keliru dalam menilai apakah nilai dan motif filem ini diwujudkan .
Namun begitu setelah melihat pada pertengahan jalan cerita filem ini saya
mendapat ilham dan teladan yang dapat diikuti oleh semua generasi tidak
mengira aspek tua atau muda . Saya dapat melihat betapa prihatinnya
Teacher Sheryl selaku guru Bahasa Inggeris SMK Pinang Tunggal yang
suka mengambil berat dengan murid – muridnya . Di sini saya juga dapat
melihat tiada murid yang diabaikan . Saya juga dapat melihat dimana
kegigihan murid – muridnya antara Khairi , Iqbal , Alia dan lain – lain murid
dimana mereka gigih mempelajari Bahasa Inggeris walaupun menghadapi
pelbagai rintangan hidup .

Saya turut mengambil kira bahawa guru dan murid – murid turut
pengambil peranan masing – masing dalam menjayakan matlamat utama
mereka . Hal ini memberikan gambaran yang cukup positif dan secara
tidak langsung menunjukkan teladan yang baik .

➢ NUR HANIS SYAFIKA

Dari awal hingga ke hujung filem , saya tak malu nak mengaku air mata
saya deras mengalir kerana kisahnya , skripnya , pelakonnya ,
sinematografinya yang cukup menyentuh perasaan . Filem ini sangat
menyentuh hati dan membuai emosi , ia juga mampu memberi inspirasi
kepada semua orang .

➢ NUR FAKHIRA ZAHIRAH

Pada pandangan saya , Filem Adiwiraku merupakan sebuah filem yang
penuh dengan pengajaran dan seharusnya ditonton oleh lebih ramai rakyat
Malaysia . Lakonan daripada setiap pelakon yang sangat menjiwai watak
telah menghidupkan karakter dan emosi dalam filem ini . Watak Cikgu
Cheryl menghuraikan kepada kita tentang siapa dan tugas sebenar seorang
guru bukanlah semudah yang disangka . Selain itu , filem ini juga mengajar
kita tentang erti kehidupan yang sebenar . Pendidikan merupakan suatu
perkara yang penting dalam kehidupan dan perlu dituntut oleh setiap
individu bak kata pepatah , “askar pendidikan itu pahit , tapi buahnya
manis”. Filem ini menceritakan kisah semua golongan di negara yang
menjadi rencah mewarnai masyarakat Malaysia . Saya amat kagum dengan
watak Teacher Cheryl yang membantu anak muridnya tanpa mengira status
warna kulit atau agama . Filem ini adalah cerminan hidup budaya positif
masyarakat berbilang kaum di Malaysia . Harapan saya agar lebih banyak
filem bergenre ini diterbitkan pada masa akan datang .

➢ NURLIYANA

Pada awalnya , tujuan saya menonton filem ini ingin menyiapakan tugasan
saya yang perlu disiapkan . Tetapi apa yang tidak disangkakan , filem ini
banyak memberikan inspirasi kepada saya terutamanya dalam
kehidupan saya . Banyak pengajaran yang terdapat dalam filem ini yang
boleh menjadikan panduan dalam hidup kita . Filem ini juga turut
mengajarkan saya setiap kehidupan pasti akan ada masalah dan ujian yang
perlu dihadapi . Filem ini mengajarkan saya erti kesabaran untuk
menghadapi sebarang masalah dan rintangan yang perlu dihadapi .

Saya berharap filem yang penuh sarat nilai - nilai murni dapat diterbitkan
lagi bagi menjadikan panduan hidup kepada masyarakat . Saya juga
percaya bahawa filem ini dapat melangkau lebih jauh lagi .Filem ini
menitikberatkan nilai percaya diri untuk terus melangkah lebih jauh lagi .

KESIMPULAN

Berdasarkan kisah benar meniadikan ianya berbeza dengan filem setema
dengannya lagi-lagi kisah sekolah di pedalaman yang mempunyai cerita
menarik untuk dikongsikan. Apabila difikir semula, kedatangan Adiwiraku
mesti disambut tetapi dari beberapa aspek filem ini jauh dari sempurna.
Adiwiraku sekali lagi menyatukan penonton Malaysia yang jarang kita
saksikan fenomena itu. Orang selalu bertanya bagaimana hendak buat filem
yang ditonton oleh semua bangsa? Inilah contoh salah satunya. semoga
Adiwiraku memberi inspirasi kepada golongan pendidik termasuk kanak-
kanak harapan masa depan. Adiwiraku membasuh cerita-cerita negatif para
guru yang terpampang di akhbar saban tahun dan sesuai sangatlah
ditayangkan di sekolah sempena Hari Guru. Selain dari cerita yang
mengharukan ini. Adiwiraku menyuluhkan beberapa isu penting dalam system
pembelajaran di negara kita seperti ketidakupayaan pelajar untuk membaca
dan menulis dalam Inggeris di peringkat sekolah menengah, masalah disiplin
dan macam-macam lagi.

LAMPIRAN

RUJUKAN

1-Hasnah Husiin.2022.Penghayatan Etika dan
Peradaban.Kuala Lumpur:Maxunion Publication

2.Siti Zaharah Setapa et.al.2022.Penghayatan Etika dan
Peradaban .Subang Jaya:Penerbit Ehsan (M) Sdn. Bhd

3. http://www.ieyra.com/2017/03/review-adiwiraku-filem-
penuh-jiwa-dan.html?m=1

4. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Kasih+sayang

5. https://www.bharian.com.my/amp/hiburan/lain-
lain/2017/11/354128/Cheryl-kongsi-cerita-semangat-
kegigihan-dalam-adiwiraku


Click to View FlipBook Version