TEKNOLOGI TRADISIONAL (PERTANIAN) TAJUK: TRANSFORMASI PERALATAN PENANAMAN PADI DISEDIAKAN UNTUK: DR RASHIDAH MAMAT SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD 2022/23 ( A221 ) TUGASAN BERKUMPULAN KUMPULAN 8 01
NORHANISAH BT NORDIN 293578 NURUL NADHIRAH BT MOHD ZAIN 293621 NURUL NATASYA BT SAMSUDIN 293444 ANIQAH MAISARAH BT ABU DHAIRAZ 293364 AHLI KUMPULAN 8 ANISSA FARHANA BT SHAFANDI 294986 02
PENGENALAN ASAL USUL TRANSFORMASI TEKNOLOGI PADI PROSES KERJA KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN ISI KANDUNGAN HASIL KAJIAN LAPANGAN KAMI. SELAMAT MENDENGAR ILMU BAHARU :)) 1. 5. 3. 7. 2. 6. 4. 03
PENGENALAN: TRANSFORMASI TEKNOLOGI Teknologi tradisional merujuk kepada alat, teknik, dan pengetahuan yang telah dibangunkan dan diturunkan dari semasa ke semasa untuk menyokong keperluan dan kesejahteraan manusia. Ia biasanya dibangunkan melalui interaksi komuniti dengan persekitarannya dan terus berkembang dan diturunkan kepada generasi akan datang. Teknologi tradisional boleh didapati dalam pelbagai bidang, termasuk pertanian, pembinaan, perubatan, dan ketukangan. Mengekalkan teknologi tradisional adalah penting bukan sahaja untuk warisan budaya, tetapi juga kerana ia boleh memberikan penyelesaian yang berharga kepada cabaran semasa dan masa depan. Contohnya, teknologi tradisional yang mampan dan berdaya tahan mungkin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah, seperti perubahan iklim, dengan lebih mudah daripada teknologi moden. Oleh itu, adalah penting untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan teknologi tradisional dan berusaha untuk memelihara dan menurunkannya kepada generasi akan datang. "Teknologi moden memudahkan 04 kerja manusia"
ASAL USUL TEKNOLOGI TANAMAN PADI Di Malaysia, padi secara tradisinya ditanam di petak kecil atau untuk kegunaan sendiri, dengan alat dan teknik tradisional digunakan untuk penanaman petak kecil. Teknik moden telah menyebabkan pengurangan bilangan padi di negara ini, dengan ramai petani beralih kepada tanaman lain seperti getah dan kelapa sawit. Teknik tradisional untuk menanam padi melibatkan penyediaan tanah dan menanam benih semasa musim hujan, dengan padi dituai pada musim kemarau. Proses ini biasanya dilakukan oleh seisi keluarga atau dengan mengupah pekerja, kerana penanaman padi memerlukan banyak tenaga kerja dan penyelarasan. Alatan dan teknik tradisional untuk menanam padi di Malaysia termasuklah penggunaan alatan tangan seperti bajak, cangkul, sabit, serta penggunaan haiwan rancangan seperti lembu atau kerbau untuk membantu membajak dan tugas-tugas lain. Dahulu padi ditanam secara manual menggunakan benih yang dipilih dengan teliti dan direndam dalam air sebelum ditanam. Hari ini, teknik moden seperti penggunaan peralatan berjentera dan varieti padi yang lebih baik telah menjadi lebih biasa, walaupun teknik tradisional masih digunakan di beberapa kawasan. 05
Teknologi tradisional yang digunakan pada zaman dahulu ialah kerbau. Kerbau dijadikan sebagai jentera untuk membajak sawah padi. Kerbau merupakan haiwan peliharaan yang memahami arahan yang diberi oleh tuannya ataupun pesawah. Kerbau terbahagi kepada dua jenis iaitu kerbau sawah dan kerbau sungai. Sepertimana kita tahu, kerbau sawah adalah kerbau yang membantu pesawah dalam melakukan kerja sawah padi terutamanya dalam membajak dan menarik kereta. Secara amnya, cultivator berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu “cultivate” yang bermaksud mengolah atau menghancurkan tanah pertanian dan cultivator adalah alat yang digunakan. Mungkin nama cultivator sedikit asing dan kurang dikenali oleh orang awam, namun selain nama cultivator ia juga dikenali sebagai mini tiller dan traktor mini. Secara spesifik cultivator merupakan traktor kecil yang dilengkapi dengan penggerak motor dan memiliki bilah pisau di bahagian utama roda untuk menghancurkan tanah. Fungsi bilah pisau ini adalah untuk menghancurkan tanah dan pada masa yang membantu mesin itu bergerak ke hadapan. SUMBER KAJIAN LAPANGAN DI MUZIUM PADI PENANAMAN PADI SECARA TRADISIONAL DI KEDAH- SISTEM PENANAMAN PADI CARA TRADISIONAL DI KEDAH 06
BAJAK PIRINGAN yang ada pada traktor ini diikat pada satu besi yang panjang khusus untuk mestabilkan traktor tersebut. Apabila traktor menariknya piringan ini akan berputar dan tanah akan dihancurkan dengan sempurna.. ”Di era pemodenan teknologi telah mengubah cara hidup petani “ TENGGALA pada zaman dahulu diperbuat daripada kayu-kayu yang senang dibentuk seperti kayu halban. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk menggembur tanah sawah padi bagi memudahkan kerja pesawah. Selepas proses menggala dilakukan oleh pesawah dan juga jentera iaitu kerbau, ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan dibiarkan selama beberapa hari dan direndamkan dengan air yang bertujuan untuk melembutkannya. BAJAK SUBSOIL Petani dapat membajak tanah dengan memecah tanah dan membentuknya hingga menjadi parit bagi memudahkan air mengalir masuk ke dalam sawah. BAJAK ROTARY pula menggunakan mata pisau yang berputar alat ini sangat bermanfaat untuk menghancurkan tanah secara sekata dan menjadikan pecahan tanah menjadi lebih kecil. 07 TENGGALA
enyisir digunakan oleh pesawah untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai. Terdapat tiga jenis penyisir iaitu penyisir kayu, penyisir besi dan penyisir kapar. Penyisir kayu diperbuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus. Penyisir besi pula ini bentuknya serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi kecuali pemegangnya sahaja diperbuat daripada kayu. Fungsi penyisir besi ini ialah seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai. Penyisir kapar adalah berbentuk T.Ianya diperbuat daripada batang nibong atau pinang. Fungsi penyisir kapar ialah untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah TRANSFORMASI TEKNOLOGI PERTANIAN-SAWAH PADI P 08 TRAKTOR DUA RODA ATAU TRAKTOR SEPARA RANTAI ini adalah digunakan untuk mengubah struktur tanah supaya lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman ,menggembur dan melonggar tanah, mengawal rumpai secara memotong dan menimbus, menggaul bahan seperti kapur dan kompos untuk kesuburan tanah, mengawal serangga perosak dalam tanah secara pendedahan kepada matahari dan mengawal kelembapan tanah. Terdapat dua kategori traktor iaitu traktor beroda dua dan traktor beroda empat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa inovasi terkini dimana traktor beroda diubah kepada traktor berantai. PENYISIR TRAKTOR
TRAKTOR DUA RODA ATAU TRAKTOR SEPARA RANTAI ini adalah traktor yang sering digunakan oleh pesawah untuk membajak sawah. Untuk membajak sawah traktor ini mempunyai beberapa jenis nama lain seperti Tipe Thai dan Tipe gerak. Disebabkan saiznya yang sederhana membuatkan mesin ni senang dikendalikan oleh pesawah. Traktor ini dilengkapi dengan motor enjin, gigi pisau dan roda. Traktor sawah moden berperanan sebagai watak utama dalam pemprosesan tanaman padi. Kini, pesawah-pesawah sudah mula menggunakan traktor sebagai mesin utama dalam membajak sawah. Traktor mempunyai pelbagai komponen dan mempunyai pelbagai kegunaan tersendiri. FUNGSIDAN CARAPENGGUNAAN PERALATAN Penggunaan traktor separa rantai dapat membantu mengatasi beberapa masalah antaranya, dapat membajak kawasan yang sukar di bajak oleh traktor beroda, dapat mengatasi masalah kekurangan traktor di sektor pengeluaran padi dengan meningkatkan kadar kerja per hektar serta memudahkan kerja penanaman dan penyelenggaraan tanaman. Tidak terdapat banyak perbezaan dari segi kos penggunaannya berbanding dengan penggunaan traktor beroda. TRAKTOR Tujuan penggunaan traktor separa rantai ini digunakan adalah untuk mengurangkan terhadap risiko terbenam. Atas faktor tersebut traktor yang di lengkapi dengan rantai track ini dapat bergerak di kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh traktor beroda. Dengan penggunaan traktor track ini, sambutan dari para petani dan juga ‘broker-broker’ yang di lantik adalah baik dan memuaskan. Ini kerana mereka telah melihat satu perubahan baru dalam sektor pertanian khususnya penanaman padi teknologi baru yang masih belum cukup meluas penggunaannya di Malaysia.
Sejenis alat yang seakan-akan pisau dan ia diperbuat daripada besi. Fungsi sabit ini dalam bidang penanaman padi adalah untuk memotong rumput atau dahan kayu. Bentuk pada bahagian mata pisau sabit ini kebiasaannya bengkok dan terdapat pemegang yang diperbuat daripada kayu. Pesawah bebas menggunakan kayu sabit bergantung kepada cara keselesaan pesawah samada mahu menggunakan sabit untuk memotong rumput dalam keadaan berdiri mahupun dalam keadaan mencangkung. Sebelum mencapai zaman moden, sabit digunakan dalam sektor penanaman padi kerana peranannya sangat penting untuk kerja-kerja memotong batang padi. Sabit padi diperbuat daripada mata pisau yang dibentuk menjadi bengkok seperti mata gergaji dan pemegangnya daripada kayu SABIT MESIN REAPER dikenali juga sebagai mesin pemotong padi merupakan alat yang berperanan untuk menuai padi atau memotong tangkai padi. Mesin reaper ini ialah alat menembus tanah baharu yang boleh membantu para petani untuk memperkemas dan menyelaraskan proses penuaian padi. Proses menuai padi dengan menggunakan mesin ini akan menjadi lebih mudah, lebih selamat, cepat, menjimatkan tenaga, masa dan kos. Selain itu, mesin penuai padi merupakan satu bentuk alat yang diaplikasikan secara moden dalam bidang pertanian moden industri moden dan ia juga digunakan di beberapa negaranegara maju. MESIN REAPER 09
TONG PUKUL PADI, TANGGA DAN LAYAR Set pemukul padi ini terbahagi kepada satu keping tikar daun ibus yang diletak di atas tanah, satu kepungan separuh bulat yang diperbuat daripada buluh diletak di atas tikar, satu papan dan kayu pengikat batang padi. Batang padi akan digenggam dan dipotong dibawahnya serta dikumpulkan oleh para petani untuk diikat dalam satu susunan. Kemudian rumpun batang padi yang telah diikat tadi akan dibanting ke atas satu alat yang dipanggil sebagai tong pukul padi, tangga dan layar. Alat tersebut digunakan untuk meleraikan biji padi dan tangkai padi. Walau bagaimanapun aktivit memotong padi dengan menggunakan sabit kini jarang diguna pakai disebabkan kawasan jelapang padi banyak menggunakan Jentuai Padi (Combine Harvester). Namun begitu, bagi sesetengah kawasan sawah yang bersaiz kecil sabit padi masih digunakan seperti di kawasan pendalaman. MESIN BINDER ialah sebuah mesin yang digunakan untuk memotong dan mengikat kepingan rumpun padi. Mesin ini mempunyai komponen dan bahagian-bahagiannya yang tertentu. Antaranya bahagian pemotong satu hingga empat alur penanaman. Dalam pengendalian mesin ini, rumpun padi yang sudah siap dipotong akan terus diikat sehingga menjadi satu hingga dua kilogram rumpun padi dan kemuliaannya diletakkan diletakkan di sebelah yang sama. Tambahan lagi, tali pengikat yang ada pada mesin binder ini diperbuat daripada bahan sintetik atau jerami. Dalam hal ini, tali yang digunakan haruslah dipasang dengan betul bagi memudahkan proses untuk mengikat padi. Mesin ini jugas turut dilengkapi oleh alat pengangkat rumpun padi kerana hal ini dapat memudahkan proses para petani untuk mengangkat rumpun padi dengan kuantiti yang banyak. MESIN BINDER 10
Pada masa dahulu, kerja menuai padi dilakukan dengan dua cara. Pertamanya dinamakan cara mengetam. Proses mengetam ini dilakukan dengan memotong tangkai padi menggunakan ketam. Kerja ini kebiasaannya dilakukan oleh golongan wanita. Padi yang dituai dengan menggunakan cara ini bertujuan untuk disimpan lebih lama, terutama untuk dijadikan benih pada musim penanaman pada musim hadapan. Satu lagi cara ialah memotong batang pokok padi di bahagian bawah dan kemudian proses atau kerja memukul padi atau mukul padi dilakukan untuk meleraikan padi daripada tangkalnya. Ia juga dipanggil sebagai kerja membanting padi. Kerja memukul sememangnya memerlukan banyak tenaga. Sebab itu, kerja ini biasanya dilakukan oleh lelaki. Jika wanita turut serta, mereka biasanya lebih menumpukan kepada kerja menyabit atau mengerat pokok padi. Dalam proses memukul, sebuah tong padi yang dilengkapi dengan sehelai layar yang diperbuat daripada tikar atau kain guni dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buluh) yang mencekangkan layar yang di kenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap atau ikatan batang padi akan dipukul ke dalam tong padi dan buah padi akan terlerai masuk dan berkumpul di dalam tong tersebut. Layar digunakan untuk mengelak buah padi yang terlerai itu 'melompat' keluar dari tong ketika proses memukul. Ukuran ikatan batang padi berdasarkan kepada keselesaan atau kemampuan pemukul. Kalau yang lagi besar, lebih cepat selesai kerja memukul, tetapi memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat ikatan batang padi melepasi paras kepala sebelum dihempas atau dipukul di atas tangga di dalam tong padi. Ikatan batang padi biasanya menggunakan kain atau tali yang tidak licin dan berukuran lebar. Batang padi sebenarnya bukan diikat simpulan mati, sebaliknya sekadar dijerut agar kemas dan tidak terurai semasa proses memukul. Pokok padi yang telah berbuah padi terlerai atau terpisah dari tangkainya dinamakan jerami. FUNGSIDAN CARAPENGGUNAAN PERALATAN TONG PUKUL PADI, TANGGA DAN LAYAR
Masyarakat dahulu menggunakan tong tabur baja sebagai alat untuk membawa baja ke pendang. Mereka akan mengandar tong tersebut kemudian mereka akan menabur baja dengan menggunakan tangan sahaja. Cara ini sedikit menyukarkan para pesawah kerana mereka perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk membawa tong tersebut ke seluruh sawah padi. Cara ini akan mengambil masa yang lama kerana semakin banyak sawah, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk menabur baja. Tangan pesawah juga akan berbau dan kemungkinan akan mendapat penyakit sekiranya mereka menggunakan cara tradisional ini. DRON Ciptaan teknologi dron adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pesawah supaya mereka tidak perlu lagi membawa tong tabur baja ke seluruh sawah. Teknologi dron digunakan untuk menyembur racun pada tanaman padi selain perlu mengawal ketinggian dron semasa menyembur racun dengan menggunakan aat kawalan jauh. Tujuan tindakan ini dilakukan adalah untuk menghapuskan penyakit yang ada pada padi serta membunuh serangga yang boleh menyebabkan padi menjadi rosak. Selain itu, dron juga digunakan untuk menabur baja. Teknologi dron ini banyak memberi kelebihan kepada pesawah. Antaranya ialah dapat menjimatkan tenaga dan masa pesawah iaitu hanya menggunakan kira-kira 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyembur racun dan menyemai baja. Selain itu, penggunaan teknologi dron juga dapat meningkatkan hasil pertanian padi. TONG TABUR BAJA 11
12 Bukan itu sahaja, dron juga berupaya mengesan koordinat lokasi penyemburan dalam sawah secara tepat kerana dilengkapi sistem pengesanan global (GPS). Jika bateri lemah semasa penyemburan, dron akan dibawa semula kepada pengendali untuk menukar bateri dan apabila ia diterbangkan, ia akan kembali ke lokasi terakhir penyemburan untuk kembali bermula di situ. Semburan racun atau baja menggunakan tenaga manusia menyebabkan semburan tidak rata, selain terpaksa memijak tanaman yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit. Bagaimanapun, dengan menggunakan dron, masalah itu tidak timbul, selain menjimatkan masa. “Setiap relung atau 0.35 hektar sawah hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyembur racun. Bagi keluasan 14 hektar, dron mampu menghabiskan semburan dalam tempoh sehari, berbanding tenaga manusia hanya mampu membuat semburan kira-kira tiga hektar sehari,” katanya yang mempunyai lesen mengendali dron dari Australia. Penggunaan dron kini boleh untuk diaplikasikan untuk menyiram tanaman, menabur anak benih, menyebar racun serangga, mengukur kapasiti kawasan, menganalisis keadaan air di lautan, memantau keadaan cuaca di persisir pantai dan bermacam lagi kepelbagaian penggunaannya. FUNGSIDAN CARAPENGGUNAAN PERALATAN DRON
KESIMPULAN Kesimpulannya, peralatan penanaman padi ini mengalami perubahan dari semasa ke semasa iaitu daripada penggunaan peralatan tradisional kepada penggunaan teknologi terkini. Faktor umur petani yang semakin meningkat dan keluasan saiz sawah mendorong kepada penciptaan alat pertanian moden ini supaya dapat melancarkan aktiviti penanaman padi dan memudahkan serta meringankan beban kerja para petani dimana mereka tidak perlu bersusah-payah melakukan kerja berat. Teknologi ini juga membawa perubahan yang besar kepada sektor pertanian terutama penanaman padi dimana beras dapat dihasilkan sebanyak dua kali dalam masa setahun. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu memperhebatkan lagi penggunaan teknologi moden dalam sektor penanaman padi disamping melakukan penyelidikan untuk meningkatkan hasil pertanian. 12
LAWATAN KE MUZIUM PADI GUNUNG KERIANG, ALOR SETAR, KEDAH. 13 /02
THANK YOU FOR READING!