The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) digunakan pada peringkat prasekolah dan digunakan di Prasekolah Rendah Islamiah Tawau untuk kanak-kanak Pra Dahlia. Ia juga di gunakan di peringkat prasekolah di Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg000217, 2021-06-29 09:25:45

Modul PKJR Prasekolah Pra dahlia

Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) digunakan pada peringkat prasekolah dan digunakan di Prasekolah Rendah Islamiah Tawau untuk kanak-kanak Pra Dahlia. Ia juga di gunakan di peringkat prasekolah di Malaysia.

Keywords: PKJR Prasekolah,Modul PKJR Prasekolah,Keselamatan Jalan Raya Kanal-kanak,PKJR PAKK

KPMEEANMLDAEYINDSTIIAKERAINAN

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
MALAYSIA

Cetakan Pertama Penghasilan buku panduan guru ini melibatkan
©Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia usaha sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaku
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
bentuk dan dengan apa-apa cara jua, sama ada mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau semua pihak yang telah berusaha dan
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada bekerjasama untuk menyempurnakan penghasilan
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan buku ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
Malaysia. kasih ditujukan kepada semua yang berikut:

Penerbit: Kementerian Pengangkutan Malaysia
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Jalan Tun Hussien, Presint 4, Malaysia
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel : 03-8020 8000 • Bahagian Pembangunan Kurikulum, Sektor
Prasekolah
Faks : 03-8881 0194
• Jabatan Pendidikan Negeri
Laman Web : http://www.jpj.gov.my • Pejabat Pendidikan Daerah
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
Laman Sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Saiz Muka Taip Teks : 12 Poin Masyarakat
Reka Letak dan Reka Huruf :
Cleave Amity Sdn Bhd • Jabatan Kebajikan Masyarakat
Muka Taip Teks : Azim
Institut Pendidikan Tinggi Awam

• Universiti Putra Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
• Universiti Pendidikan Sultan Idris
• Universiti Malaya

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber : Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN
JALAN RAYA

“Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan
berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna
jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai
kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan dan harta.
Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi
pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi
peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat
menyumbangkan ke arah keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”.

MATLAMAT

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) pada peringkat
prasekolah bermatlamat untuk memberikan pengetahuan
dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah.
Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta
mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan
diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

PENGENALAN

Buku Panduan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
(PKJR) Prasekolah dihasilkan sebagai asas dan panduan
bagi guru prasekolah untuk menyampaikan maklumat
mengenai keselamatan jalan raya. Matlamat PKJR adalah
untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan nilai tentang
keselamatan jalan raya yang bersesuaian dengan murid
prasekolah dalam membentuk generasi baharu sebagai
pengguna jalan raya yang berhemah.

Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah mengandungi empat
topik utama iaitu:

1. Jalan Raya Milik Semua
2. Kenderaan Beroda Empat (Kereta, Van dan Bas)
3. Kenderaan Beroda Dua (Basikal dan Motosikal)
4. Di Atas Jalan Raya (Pejalan Kaki)

Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah ini merangkumi 18
cadangan aktiviti pembelajaran yang memberi penekanan
kepada nilai, amalan dan elemen PKJR yang sesuai dan
berkait rapat dengan kehidupan seharian murid prasekolah.
Namun, aktiviti yang dicadangkan boleh diubah suai
mengikut kesesuaian berdasarkan lokasi setempat, tahap
perkembangan murid, kreativiti guru, peruntukan waktu
serta bahan dan peralatan yang terdapat di persekitaran.

Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah diterbitkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah ini diharap dapat
menjadi pencetus idea kepada guru prasekolah dalam
menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
PKJR yang menyeronokkan dan bermakna bagi melahirkan
generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta
mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan
jalan raya.

Topik-topik ini dipilih dan diberi penekanan kepada nilai,
amalan dan elemen PKJR yang berkait rapat dalam
kehidupan kanak-kanak seharian. Pembinaan Buku
Panduan Guru PKJR Prasekolah adalah merujuk kepada
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

HOTEL

5

ISI KANDUNGAN

TOPIK SUBTOPIK AKTIVITI MUKA SURAT

Kegunaan Jalan Raya Kita Kongsi Jalan Raya 1
3
Jenis-jenis Kenderaan Kenderaan di Sekeliling Kita 5
di Jalan Raya
Awas! 8
JALAN RAYA MILIK SEMUA Risiko Berkaitan Kenderaan Bahaya di Sekeliling mu
dan Jalan Raya 10
Awas,
Risiko Berkaitan Kenderaan Anda di Jalan Raya! 11
dan Jalan Raya 15
19
Menghormati Semua Observe Around You 22
Pengguna Jalan Raya 25
28
Adab (Tingkah Laku) Jom Naik Kereta Saya 30
Sebelum Kereta Bergerak 32
35
Adab (Tingkah Laku) Bersopan di Dalam 37
Semasa Kereta Bergerak Kenderaan 39
41
KENDERAAN BERODA EMPAT Adab (Tingkah Laku) Jom Naik Bas 43
(Kereta, Van dan Bas) Sebelum Menaiki Bas dan Van 46
Seronoknya Menaiki 4850
Adab (Tingkah Laku) Bas atau Van 84
Semasa Menaiki Bas dan Van

Adab (Tingkah Laku) Saya Sudah Selamat Sampai
Semasa Menuruni Bas dan Van

Amalan Selamat See What’s Safe
(Basikal 1)

Amalan Selamat Selamat Menunggang
(Basikal 2) Basikal

KENDERAAN BERODA DUA Amalan Selamat Mana Lebih Selamat?
(Basikal dan Motosikal) (Motosikal 1) Kamus Keselamatanku

Amalan Selamat
(Motosikal 2)

Berjalan di Tepi Jom Pegang Tangan
Jalan Raya (1)
Pimpin Saya,
Berjalan di Tepi Saya Masih Kanak-kanak
Jalan Raya (2)

DI ATAS JALAN RAYA Berjalan di Tepi Hati-hati di Jalan Raya
(Pejalan Kaki) Jalan Raya (3)

Berjalan di Tepi Mari Berjalan Bersama-sama
Jalan Raya (4)

CADANGAN PROGRAM PKJR Hari Keselamatan Jalan Raya
LAMPIRAN
GLOSARI

HOTEL

TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA
SUBTOPIK : KEGUNAAN JALAN RAYA
AKTIVITI 1: KITA KONGSI JALAN RAYA

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan fungsi jalan raya.

ii. Menyatakan jenis-jenis kenderaan .

iii. Menyatakan simbol-simbol jalan raya.

Penerapan Nilai : Toleransi

Bahan Bantu Mengajar : Video, komputer, kad gantung, model jalan raya dan

simbol jalan raya

Langkah-langkah Sumber

1. Murid menonton tayangan video a. Video 1 “Kita Kongsi Jalan Raya”
“Kita Kongsi Jalan Raya”.
(Sumber: MIROS)

2. Murid bersoal jawab tentang pelbagai
jenis kenderaan yang menggunakan
jalan raya.

1

HOTEL

Langkah-langkah Sumber
b. Kad gantung.
3. Murid diberikan kad gantung
gambar pengguna jalan raya.

Rujuk Lampiran 1 (Muka Surat 51)

4. Murid melakukan simulasi memandu c. Model jalan raya mengandungi

kenderaan (sehala atau dua hala). simbol-simbol jalan raya.

d. Simbol jalan raya - Lampu isyarat,
lintasan pejalan kaki dan kawasan
kanak-kanak melintas.

Rujuk Lampiran 2 (Muka Surat 53)

NOTA PKJR

Aktiviti simulasi hendaklah menekankan:
Penggunaan jalan raya.
Jenis kenderaan.
Simbol jalan raya.
Sikap berhati-hati di jalan raya.

2

HOTEL

TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA
SUBTOPIK : JENIS-JENIS KENDERAAN DI JALAN RAYA
AKTIVITI 2: KENDERAAN DI SEKELILING KITA

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. M eng ecam pelbagai bunyi kenderaan.
ii. Menamakan jenis-jenis kenderaan.
Penerapan Nilai : Bertanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, audio bunyi kenderaan dan kad gambar

Langkah-langkah Sumber

1. Murid mendengar dan mengecam a. Audio kenderaan – motosikal,
pelbagai bunyi kenderaan. kereta, bas, lori dan basikal.

2. Murid bersoal jawab mengenai jenis b. Kad gambar.
kenderaan yang pernah dinaiki.
Rujuk Lampiran 3 (Muka Surat 54)
3. Murid menyatakan jenis kenderaan
berdasarkan kad gambar. c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
Penjaga.
4. Menyanyikan lagu “Papaku Pulang”.

5. Murid diberi tugasan untuk membina
model kenderaan menggunakan
bahan kitar semula bersama-sama
ibu bapa atau penjaga di rumah.

3

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai aktiviti membina
model kenderaan menggunakan bahan kitar semula bersama-sama anak di rumah.

Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan diminta untuk menghasilkan model kenderaan menggunakan bahan

kitar semula bersama-sama anak.
2. Model kenderaan tersebut perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

4

HOTEL

TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA
SUBTOPIK : RISIKO BERKAITAN KENDERAAN DAN JALAN RAYA
AKTIVITI 3: AWAS! BAHAYA DI SEKELILINGMU

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan punca kemalangan jalan raya.
ii. Membezakan tingkah laku yang selamat dan tidak

selamat semasa di jalan raya.
Penerapan Nilai : Toleransi
Bahan Bantu Mengajar : Kad imbas, komputer dan animasi 1

Langkah-langkah Sumber

1. Tayangan animasi 1 “Kemalangan a. Animasi 1 “Kemalangan Jalan Raya”

Jalan Raya”. (Sumber: MIROS)

2. Soal jawab berdasarkan tayangan b. Video
animasi 1.

3. Perbincangan mengenai tingkah
laku betul dan salah berdasarkan
animasi 1.

4. Menonton video 2, 3 dan 4.

Video 2 - “Bahaya di Jalan Raya”

Video 3 – “Pimpin Saya, Saya

Masih Kanak-kanak”

Video 4 – “Melintas di Lintasan

Pejalan Kaki”

5

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

5. Perbincangan mengenai tingkah laku
yang betul dan salah berdasarkan
video 2, 3 dan 4.

6. Murid mengelaskan tingkah laku c. Kad imbas
betul dan salah semasa di jalan raya Tingkah laku yang betul.
dengan menggunakan kad imbas. Tingkah laku yang salah.

Rujuk Lampiran 4 (Muka Surat 56)

7. Murid diberi tugasan untuk mencari d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
keratan akhbar atau artikel mengenai Penjaga.
kemalangan jalan raya bersama-
sama ibu bapa atau penjaga di rumah.

8. Murid membuat buku skrap
menggunakan keratan akhbar atau
artikel yang telah dikumpul.

6

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai tugasan untuk
mencari keratan akhbar atau artikel mengenai kemalangan jalan raya bersama-sama
anak di rumah.

Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan diminta untuk mencari keratan akhbar atau artikel mengenai

kemalangan jalan raya bersama-sama anak.
2. Keratan akhbar atau artikel perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

7

HOTEL

TOPIK : JALAN RAYA MILIK SEMUA
SUBTOPIK : RISIKO BERKAITAN KENDERAAN DAN JALAN RAYA
AKTIVITI 4: AWAS, ANDA DI JALAN RAYA!

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : Menyatakan perlakuan selamat dan tidak selamat di jalan

raya.

Penerapan Nilai : Bertanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar : Gambar perlakuan selamat dan tidak selamat, sampul

surat dan

Langkah-langkah Sumber

1. Murid mencari 6 gambar tersembunyi a. Tiga gambar tingkah laku selamat.
di dalam kelas.
b. Tiga gambar tingkah laku tidak
2. Berbincang mengenai gambar yang selamat.
telah dijumpai.
Rujuk Lampiran 5 (Muka Surat 59)
NOTA

Tingkah laku selamat:
Menggunakan topi keledar.
Murid beratur ketika menaiki bas.
Melintas jalan bersama-sama

dengan orang dewasa.

Tingkah laku tidak selamat:
Tidak menggunakan topi keledar.
Tidak beratur ketika menaiki bas.
Melintas jalan bersendirian.

3. Setiap kumpulan diberikan satu c. Tiga tingkah laku selamat dan

sampul yang mengandungi . tingkah laku tidak selamat dimasukkan

4. Murid menjalankan aktiviti mencantum berasingan dalam sampul berasingan.

dalam kumpulan.

5. Murid bercerita mengenai cantuman
.

8

HOTEL

CONTOH PUZZLE Kepingan puzzle diletakkan
ke dalam sampul.
Gambar digunting kepada
tujuh kepingan kecil.

9

HOTEL

TOPIC : JALAN RAYA MILIK SEMUA
SUBTOPIC : MENGHORMATI SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA
ACTIVITY 5: OBSERVE AROUND YOU

THE PROPOSED TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES

Learning Objective : N ame road signs seen in the video.
Integrated Value : Tolerate
Teaching Aids
: Computer, video and picture

Step Resources

1. Pupils watch animation 2. a. Animation 2 “Signboard”
(Source: MIROS).

2. Pupils name signboards in the b. Road signs pictures (at least 5
animation 2. symbols).

Refer attachment 6 (page 62)

10

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT
SUBTOPIK : ADAB SEBELUM KERETA BERGERAK
AKTIVITI 6: JOM NAIK KERETA SAYA

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan tempat duduk yang betul dalam kereta.

ii. Mengenal pasti pintu selamat kereta.

Penerapan Nilai : Hormat-menghormati

Bahan Bantu Mengajar : Kereta, kerusi keselamatan kanak-kanak, pelaras tempat

duduk ( booster seat ) dan kad imbas

Langkah-langkah Sumber

1. Murid mendengar penerangan guru a. Kad imbas.
tentang:
Rujuk Lampiran 7 (Muka Surat 65)
Pintu selamat.
Tali pinggang keledar. b. Kereta atau model kereta.
Tempat duduk yang betul untuk
kanak-kanak.
Fungsi tempat duduk kanak-
kanak.
Fungsi pelaras tempat duduk
( booster seat ).

2. Murid diingatkan perkara berikut:
Tidak berada di belakang
kenderaan kerana sukar untuk
dilihat oleh pemandu.
Membaca doa menaiki
kenderaan atau mengucap
“Semoga kita selamat sampai”.

11

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

3. Murid di bawa untuk melakukan
simulasi dengan kenderaan sebenar:

Menggunakan pintu selamat.
Duduk di tempat yang betul.
Memakai tali pinggang keledar.

4. Murid dibekalkan dengan borang c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga.

pemerhatian untuk dilengkapkan oleh

ibu bapa atau penjaga.

12

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai borang pemerhatian
yang perlu dilengkapkan.

Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga

1. Tuan/Puan diminta untuk melengkapkan borang pemerhatian mengenai adab
semasa berada di dalam kenderaan yang dilakukan oleh anak.

2. Borang pemerhatian perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

13

HOTEL

BORANG PEMERHATIAN

Nama :

Tandakan ( ) adab yang telah dilakukan sebelum kereta bergerak pada jadual
yang disediakan.

Bil Adab-adab Tandakan ( )

1 Duduk di tempat yang betul dan selamat.

2 Menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak/pelaras
tempat duduk ( booster seat ).

3 Duduk di kerusi penumpang belakang.

4 Tidak berada di belakang kenderaan.

5 Tidak duduk di atas riba pemandu atau penumpang.
6 Keluar masuk melalui pintu selamat ( Safety door ).

Nota untuk Ibu Bapa/Penjaga

a. Pintu Selamat
Pintu yang berada di sebelah kiri
kenderaan.

b. Tempat duduk kanak-kanak
Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun.
Tempat duduk yang betul bagi kanak-kanak adalah

di tempat duduk belakang.

c. Pelaras tempat duduk ( booster seat )
Untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 10 tahun.

14

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT
SUBTOPIK : ADAB SEMASA KERETA BERGERAK
AKTIVITI 7: BERSOPAN DI DALAM KENDERAAN

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menamakan komponen dalam kenderaan.

ii. Melakukan adab yang betul semasa kereta sedang

bergerak.

Penerapan Nilai : Bersopan santun, mematuhi arahan dan bekerjasama

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar dan kereta

Langkah-langkah Sumber

1. Murid diperkenalkan komponen- a. Kad imbas – kereta, papan pemuka,
komponen kereta seperti kerusi kerusi penumpang, stereng, tuil
penumpang, stereng, tuil gear dan gear, tali pinggang keledar dan
papan pemuka. bumbung suria.

2. Guru dan murid bersoal jawab Rujuk Lampiran 7 (Muka surat 65)
berkenaan adab semasa kereta
bergerak. b. Kereta.

Bergaduh, membaling objek dan
menukar tempat duduk.
Menghulurkan anggota badan
keluar dari tingkap atau
bumbung suria.
Bermain-main di dalam kereta.
Membuka pintu tanpa arahan
orang dewasa.

3. Murid diberi peluang untuk
meneroka bahagian dalam kereta
secara bergilir-gilir.

15

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

4. Empat orang murid dipanggil
secara rawak untuk main peranan
sebagai penumpang dan guru
sebagai pemandu.

5. Setelah selesai, murid berkumpul
dan diminta menceritakan
pengalaman mereka.

6. Murid dibekalkan dengan borang c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
pemerhatian untuk dilengkapkan Penjaga.
oleh ibu bapa atau penjaga.

16

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga mengenai borang pemerhatian
yang perlu dilengkapkan.

Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan diminta untuk melengkapkan borang pemerhatian mengenai adab

semasa berada di dalam kenderaan yang dilakukan oleh anak.
2. Borang pemerhatian perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

17

HOTEL

BORANG PEMERHATIAN

Nama :

Tandakan ( ) pada ruangan YA atau (X) pada ruangan TIDAK dalam senarai
semak tentang perlakuan anak sewaktu berada di dalam kenderaan.

Bil Adab-adab Ya Tidak

Mengganggu tumpuan pemandu seperti membaling

1 objek di dalam kereta, bergaduh, membuat bising,
memegang stereng dan menekan butang-butang

di dalam kereta.

2 Menghulurkan anggota badan daripada tingkap
atau bumbung suria.

3 Bermain-main di dalam kereta.

4 Mengubah kedudukan sedia ada seperti duduk di
kerusi belakang ke kerusi hadapan.

5 Membuka pintu kereta tanpa arahan.

6 Membuka butang kunci bahagian dalam pintu
kereta.

7 Menurunkan cermin tingkap kereta.

8 Menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.

9 Penggunaan tali pinggang keledar dengan betul
(menyentuh bahu).

10 Keluar masuk melalui pintu selamat.

11 Tidak berdiri di dalam kenderaan.

18

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT
SUBTOPIK : ADAB SEBELUM MENAIKI BAS
AKTIVITI 8: JOM NAIK BAS

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Membezakan bas dan van.
ii. Menyatakan adab sebelum menaiki bas atau van.
iii. Melakukan adab sebelum menaiki bas atau van.
Penerapan Nilai : Berhemah tinggi
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, audio lagu, replika bas dan laluan pejalan kaki

Langkah-langkah Sumber

1. Murid membezakan bas dan van a. Gambar bas dan van.
berdasarkan kad gambar.
Rujuk Lampiran 8 (muka surat 70)
2. Murid menyanyikan lagu “Tertib
Ketika Menaiki Bas”. b. Audio lagu dan minus one “Tertib
Ketika Menaiki Bas.
Tertib Ketika Menaiki Bas
( Melodi : The Wheel On The Bus )

Jom kita pegi sekolah, pergi sekolah
pergi sekolah

Jom kita pergi sekolah setiap hari
Beratur dengan tertib, dengan tertib

dengan tertib
Beratur dengan tertib bila naik bas
Pastikan bas berhenti, berhenti, berhenti
Pastikan bas berhenti sebelum naik
Tidak boleh berdiri, tidak boleh, tidak boleh
Tidak boleh berdiri, di belakang bas
Jom kita pergi sekolah, pergi sekolah

pergi sekolah
Jom kita pergi sekolah setiap hari

3. Guru menerangkan adab sebelum
menaiki bas atau van.

19

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

4. Murid melakukan simulasi c. Replika bas dan van.
menaiki bas.

Seorang pemandu bas.
Seorang pemandu van.
Murid lain sebagai penumpang
bas atau van.

NOTA

Senario pelaksanaan aktiviti :

Pemandu bas dan van perlu bergerak mengikut
laluan yang ditetapkan untuk mengambil dan
menurunkan penumpang di perhentian bas.

5. Murid bersama-sama guru bersoal d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
jawab mengenai aktiviti yang telah Penjaga.
dijalankan.

6. Murid dibekalkan cadangan aktiviti
untuk dilaksanakan bersama-sama
ibu bapa atau penjaga.

NOTA PKJR:

Adab sebelum menaiki bas:
Memastikan bas berhenti sepenuhnya.
Beratur dengan tertib.
Tidak berada di belakang bas.

20

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan cadangan aktiviti kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama
ibu bapa atau penjaga.

Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga
Tuan/Puan dicadangkan membawa anak keluar bersiar-siar dan melakukan aktiviti
mengenal pasti dan mengira bilangan bas dan van yang dijumpai di sekeliling
mereka (Spotting Game).

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

21

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT
SUBTOPIK : ADAB SEMASA BERADA DI DALAM BAS DAN VAN
AKTIVITI 9: SERONOKNYA MENAIKI BAS ATAU VAN

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan ciri-ciri bas dan van.

ii. Menyatakan adab yang selamat semasa berada

di dalam bas atau van.

Penerapan Nilai : Hormat menghormati

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video ,audio lagu dan kad gambar

Langkah-langkah Sumber

1. Murid bersoal jawab dengan guru a. Gambar bas dan van.
mengenai bas dan van.
Rujuk Lampiran 8 (muka surat 70)
2. Murid menyanyikan lagu “Mari
Kawan-kawan” sambil membuat b. Audio lagu dan minus one “Mari
pergerakan berdasarkan lirik lagu. Kawan-kawan”.

Mari Kawan-kawan
(Melodi : Air Pasang Pagi)

Mari kawan-kawan, kita ronda-ronda
Kita ronda-ronda, kita naik bas
Kita ronda-ronda, kita naik van
Kita ronda-ronda, kita gembira

Mari kawan-kawan, kita bilang kerusi
Kerusi bas banyak, kerusi van sikit

Duduk diam-diam, jangan hulur tangan
Duduk diam-diam, jangan buang objek

22

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

3. Murid menonton tayangan video c. Carian video di .

mengenai adab semasa menaiki bas.

4. Murid bersoal jawab dengan guru d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
mengenai adab semasa berada Penjaga.
di dalam bas atau van.

NOTA PKJR:

Adab semasa berada di dalam bas:
Tidak boleh berdiri di dalam bas.
Tidak mengeluarkan tangan dan kepala
daripada tingkap bas.
Jangan bermain-main di dalam bas.
Jangan bising.

23

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA
Guru mengedarkan cadangan aktiviti kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama
ibu bapa atau penjaga.

Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan dimohon membawa anak anda menaiki bas dan mengambil gambar

anak tuan/puan untuk dikongsikan di kelas prasekolah.
2. Sila tampalkan gambar anak tuan/puan pada ruangan di bawah:

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :
24

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA EMPAT

SUBTOPIK : ADAB SEMASA MENAIKI DAN MENURUNI BAS DAN VAN

AKTIVITI 10: SAYA SUDAH SELAMAT SAMPAI

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan adab yang selamat semasa menaiki

bas atau van.

ii. Melakukan adab yang selamat semasa menaiki

bas atau van.

Penerapan Nilai : Toleransi

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar dan audio lagu

Nota: Aktiviti ini dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas lawatan prasekolah.

Langkah-langkah Sumber

Sebelum Lawatan a. Gambar bas dan van.

1. Murid bersoal jawab mengenai bas Rujuk Lampiran 8 (muka surat 70)
dan van.

2. Murid menyanyikan lagu “Selamat b. Audio lagu dan minus one

Sampai” sambil membuat pergerakan “Selamat Sampai”.

berdasarkan lirik lagu.

Selamat Sampai
(Melodi : Bunyi Haiwan)

Saya turun, bila berhenti
Saya turun, bila berhenti
Saya turun, bila berhenti
Kita sudah selamat sampai

3. Murid diberi penerangan mengenai
adab semasa menaiki bas atau van.

25

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

Semasa Lawatan c. Kamera atau telefon pintar.

4. Murid menaiki bas untuk ke tempat
lawatan.
(Guru perlu mengambil gambar
murid sebelum menaiki bas, berada
di dalam bas dan menuruni bas).

Selepas Lawatan d. Gambar murid semasa berada
di dalam bas.
5. Murid berbincang berdasarkan
gambar yang telah diambil semasa e. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
lawatan. Penjaga.

6. Murid dibekalkan tugasan untuk
dilaksanakan bersama-sama
ibu bapa atau penjaga.

26

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA
Guru mengedarkan tugasan kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa
atau penjaga.

Pesanan Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan diminta membantu anak tuan/puan untuk menggambarkan perasaan

mereka semasa menaiki bas atau van secara lukisan atau tulisan.
2. Sila lukis atau tulis pada ruangan yang disediakan di bawah:

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

27

HOTEL

TOPIC : KENDERAAN BERODA DUA
SUBTOPIC : AMALAN SELAMAT ( BASIKAL 1)
ACTIVITY 11: SEE WHAT’S SAFE

THE PROPOSED TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES

Learning Objective : State safe practices of riding a bicycle.
Moral Values : Responsibility, respect and obey the rules
Teaching Aids : Computer, video and pictures

Step Resources

1. Pupils watch a video riding a bike. a. Searching video in .

2. Pupils discuss on the video watched.

3. Teacher tells safe practices of riding a
bicycle.

Wearing shoes, knees and elbows
pad, bright clothing, bicycle
helmet.
Riding a bike on pavement.
Conscious of the presence of
other road users/Be careful in and
around drive ways.
Accompanied by an adult.
Do not speed.

4. Pupils predict the consequences if not b. Pictures of children having head and
having a proper clothing while riding a elbow injury.
bike.
Refer attachment 9 (page 71)

28

HOTEL

PKJR NOTES:
i. Bike riding guide

Wear safety equipment such as cycling helmets, shoes, elbow pads,
knee pads, gloves and light reflective jackets.
Ride in the same direction as the flow of traffic.
Use bike paths.
Ride in single file.
Do not let go of the handlebars.
Using hand gestures.
ii. Guide to crossing the road while riding a bike
Listen, look left, right and left.
Be careful and always with an adult while crossing the road.

29

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA DUA
SUBTOPIK : AMALAN SELAMAT (BASIKAL 2)
AKTIVITI 12: SELAMAT MENUNGGANG BASIKAL

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan amalan menunggang basikal yang

selamat dan tidak selamat.

ii. Memakai alat keselamatan sebelum menunggang

basikal.

iii. Menunggang basikal dengan cara yang selamat.

Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, kesederhanaan dan berhemah tinggi

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video, kad gambar, basikal kanak-kanak, topi

keledar berbasikal, sarung tangan, jaket pemantul

cahaya, pad siku dan pad lutut

Langkah-langkah Sumber

1. Murid menonton video 5 ‘Selamat a. Video 5: Selamat Menunggang
Menunggang Basikal’. Basikal (sumber MIROS)

2. Murid bersoal jawab dengan guru
tentang langkah-langkah
keselamatan sebelum dan semasa
menunggang basikal.

3. Guru mendemonstrasi cara memakai b. Topi keledar berbasikal, sarung
alat keselamatan. tangan, jaket pemantul cahaya,
pad siku dan pad lutut (Boleh
mendapatkan kerjasama daripada
ibu bapa atau penjaga).

30

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

4. Guru menerangkan tentang litar dan c. Simbol jalan raya.
simbol jalan raya.
Rujuk Lampiran 10 (Muka surat 72)
5. Murid diingatkan tentang amalan
selamat menunggang basikal. d. Basikal (Boleh mendapatkan
kerjasama daripada ibu bapa atau
6. Beberapa orang murid dipilih untuk penjaga).
menunggang basikal secara bergilir.

7. Guru dan murid berbincang tentang
aktiviti yang telah dijalankan.

8. Murid yang berjaya mematuhi e. ‘Lesen Menunggang Basikal’.

peraturan akan diberikan ‘lesen Rujuk Lampiran 11 (Muka surat 74)

menunggang basikal’ sebagai

ganjaran.

31

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA DUA
SUBTOPIK : AMALAN SELAMAT (MOTOSIKAL 1)
AKTIVITI 13: MANA LEBIH SELAMAT?

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i. Menyatakan amalan menunggang motosikal yang

selamat dan tidak selamat.

ii. Memakai alat keselamatan sebelum menunggang

motosikal.

iii. Menunggang motosikal dengan cara yang selamat.

Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, kesederhanaan dan berhemah tinggi

Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video dan kad gambar

Langkah-langkah Sumber

1. Murid menonton video 6 a. Video 6: “Motosikal Abah”
“Motosikal Abah”.
(sumber MIROS)

2. Murid bersoal jawab dengan guru
berkenaan video tersebut.

32

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

3. Murid bersoal jawab dengan guru b. Kad gambar.
berkenaan video tersebut dengan
menggunakan kad gambar. Rujuk Lampiran 12 (Muka surat 75)

Memakai topi keledar kanak-
kanak dengan betul (topi keledar
kanak-kanak perlu ditampal
dengan reflective sticker).
Kanak-kanak memeluk
penunggang motosikal dengan
erat.
Memakai kasut yang sesuai.
Berpakaian cerah pada waktu
malam.
Tidak bermain berdekatan ekzos
motosikal.

5. Murid dibahagikan kepada c. Gambar situasi menunggang
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan motosikal secara selamat dan tidak
mengelaskan gambar yang diberikan selamat.
mengikut situasi menunggang
motosikal secara selamat dan tidak Rujuk Lampiran 13 (Muka surat 77)
selamat.

6. Murid dibekalkan tugasan untuk d. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
dilaksanakan bersama-sama Penjaga.
ibu bapa atau penjaga.

33

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan tugasan kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa
atau penjaga di rumah.

Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan diminta membantu anak anda untuk membuat model topi keledar

kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kertas surat
khabar, botol plastik dan sebagainya.

2. Model topi keledar tersebut perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada
......................................... untuk dikongsikan dengan rakan-rakan sekelas.

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

34

HOTEL

TOPIK : KENDERAAN BERODA DUA
SUBTOPIK : AMALAN SELAMAT (MOTOSIKAL 2)
AKTIVITI 14: KAMUS KESELAMATANKU

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : Mengenal pasti alat keselamatan untuk menunggang
motosikal.
Penerapan Nilai : Kerjasama
Bahan Bantu Mengajar : Topi keledar dan motosikal

Langkah-langkah Sumber

1. Guru menerangkan amalan
menunggang motosikal secara
selamat.

2. Guru mendemonstrasi cara memakai a. Topi keledar.
topi keledar dan menunggang
motosikal.

3. Beberapa orang murid dipilih untuk b. Motosikal.
membonceng motosikal secara
bergilir-gilir. Aktiviti ini adalah dengan
kerjasama ibu bapa atau penjaga
sebagai penunggang motosikal.

4. Murid menceritakan pengalaman
membonceng motosikal.

5. Murid dibekalkan tugasan untuk c. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
menghasilkan buku skrap amalan Penjaga.
menunggang motosikal yang selamat
bersama-sama ibu bapa atau
penjaga.

35

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan tugasan kepada murid untuk dilaksanakan bersama-sama ibu bapa
atau penjaga di rumah.

Pesanan Kepada Ibu Bapa atau Penjaga
1. Tuan/Puan diminta membantu anak anda untuk membuat buku skrap tentang

amalan selamat menunggang motosikal.
2. Buku skrap tersebut perlu dibawa oleh anak tuan/puan pada ..................................

Pengesahan Ibu Bapa/Penjaga

( )
Tarikh :

36

HOTEL

TOPIK : DI ATAS JALAN RAYA
SUBTOPIK : BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (1)
AKTIVITI 15: JOM PEGANG TANGAN

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : i . Mengenal jalan raya dan simbol jalan raya.
ii. Menyatakan amalan selamat sebagai adab pejalan kaki.
Penerapan Nilai : Bertanggungjawab
Bahan Bantu Mengajar : Audio lagu, kertas A4 berwarna, batang aiskrim, doh,
pengokot dan pita pelekat

Langkah-langkah Sumber

1. Murid menyanyikan lagu “Jom Pegang a. Audio Lagu dan minus one
Tangan”. “ Jom Pegang Tangan”

Jom Pegang Tangan
(Melodi : Bangun Pagi)

Pegang tangan, pegang tangan
Pegang tangan bersama
Tangan ibu, tangan bapa

Tangan kita semua

2. Murid bersoal jawab dengan guru b. Gambar jalan raya yang
tentang beberapa gambar jalan mengandungi bebendul jalan, bahu
raya yang mengandungi bebendul jalan, lintasan pejalan kaki, jejantas
jalan, bahu jalan, lintasan pejalan dan lampu isyarat serta simbol jalan
kaki, jejantas dan lampu isyarat serta raya.
simbol jalan raya.
Rujuk Lampiran 14 (Muka surat 78)

3. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil.

37

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

4. Murid menyediakan patung kertas c. Gambar kanak-kanak dan orang
kanak-kanak dan orang dewasa yang dewasa.
dilekatkan pada batang aiskrim
dengan doh sebagai tapaknya. Rujuk Lampiran 15 (Muka surat 81)

d. Batang aiskrim dan doh.

5. Murid melaksanakan simulasi e. Patung kanak-kanak dan orang
berjalan di atas model jalan raya dewasa serta model jalan raya.
menggunakan patung kertas. Guru
harus menekankan kanak-kanak
perlu dipimpin oleh orang dewasa
apabila berjalan di jalan raya.

6. Murid menceritakan amalan selamat
pejalan kaki.

Gambar Gambar
Kanak-kanak Orang dewasa

38

HOTEL

TOPIK : DI ATAS JALAN RAYA
SUBTOPIK : BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (2)
AKTIVITI 16: PIMPIN SAYA, SAYA MASIH KANAK-KANAK

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : Menyatakan amalan selamat sebagai pejalan kaki.
Penerapan Nilai : Bertanggungjawab
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video, kertas A4, gam, gunting, gambar orang
dewasa, gambar kanak-kanak dan gambar kereta

Langkah-langkah Sumber

1. Murid menonton video 3 “Pimpin Saya, a. Video 3 “Pimpin Saya, Saya Masih

Saya Masih Kanak-kanak”. Kanak-kanak”.

(Sumber: MIROS)

2. Murid bersoal jawab tentang amalan b. Model litar jalan raya.
selamat pejalan kaki berdasarkan
video yang ditonton.

3. Murid melakonkan watak sebagai
orang dewasa dan kanak-kanak
berjalan di jalan raya menggunakan
model litar jalan raya.

39

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

4. Murid membuat model jalan raya dan c. Kertas A4 berwarna hitam dan putih,
menampal gambar kereta mengikut gam, gunting, dua gambar orang
arah laluan yang betul. Murid juga dewasa dan kanak-kanak serta
menampal gambar kedudukan yang empat gambar kereta.
betul orang dewasa dan kanak-kanak
sebagai pejalan kaki. Rujuk Lampiran 16 (Muka surat 82)

5. Murid menceritakan semula amalan
selamat pejalan kaki.

40

HOTEL

TOPIK : DI ATAS JALAN RAYA
SUBTOPIK : BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (3)
AKTIVITI 17: HATI-HATI DI JALAN RAYA

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : Menyatakan amalan selamat sebagai pejalan kaki.
Penerapan Nilai : Hemah tinggi
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, video, kad gambar dan model litar jalan raya

Langkah-langkah Sumber

1. Guru menunjukkan gambar tempat a. Kad gambar tempat melintas jalan
yang selamat untuk melintas dan jalan – jejantas dan lintasan berjalan
murid menceritakan pengalaman kaki.
menggunakan kemudahan tersebut.
Rujuk Lampiran 16 (Muka surat 82)
2. Guru menerangkan langkah melintas
jalan dengan selamat iaitu: b. Video 4 “Melintas di Lintasan Pejalan
i) Berhenti dan mengundur satu
langkah. Kaki”.
ii) Pandang kiri, kanan dan kiri.
iii) Pegang tangan orang dewasa (Sumber: MIROS)
dan melintas dengan waspada.

41

HOTEL

Langkah-langkah Sumber

3. Murid melakukan aktiviti melintas c. Model litar jalan raya.
di jalan raya menggunakan model
litar jalan raya.

4. Murid berbincang dengan guru
berdasarkan aktiviti yang telah
dilaksanakan.

42

HOTEL

TOPIK : DI ATAS JALAN RAYA
SUBTOPIK : BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA (4)
AKTIVITI 18: MARI BERJALAN BERSAMA-SAMA

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Objektif Pembelajaran : Menyatakan amalan selamat sebagai pejalan kaki.
Penerapan Nilai : Bertanggungjawab
Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar

Langkah-langkah Sumber

1. Guru bersoal jawab dengan murid a. Kad gambar tempat melintas di jalan
tentang cara selamat sebagai pejalan raya – jejantas dan lintasan pejalan
kaki di jalan raya. kaki berisyarat.

2. Guru memberi penerangan mengenai Rujuk Lampiran 17 (Muka surat 83)
aktiviti yang akan dilaksanakan.

3. Murid dibawa keluar untuk b. Memo Pesanan Ibu Bapa atau
Penjaga.
mendapatkan pengalaman sebenar

sebagai pejalan kaki di jalan raya

(dengan kerjasama ibu bapa untuk

kawalan murid).

4. Murid menceritakan dan berbincang
dengan guru mengenai pengalaman
mereka.

43

HOTEL

PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru mengedarkan memo kepada ibu bapa atau penjaga untuk terlibat sama dalam
melaksanakan aktiviti “MARI BERJALAN BERSAMA-SAMA”.

MEMO

Sukacita dimaklumkan pihak prasekolah akan mengadakan aktiviti “MARI BERJALAN
BERSAMA-SAMA” sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran anak
tuan/puan. Butiran mengenai aktiviti tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput bagi sama-sama menjayakan aktiviti
ini. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

( )
Tarikh :

44


Click to View FlipBook Version