PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
TAJUK 1 Perancangan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
1.1 SINOPSIS
Unit ini mendedahkan kemahiran mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar merancang pusat pendidikan prasekolah. Perancangan yang
berstruktur akan memastikan pengurusan pengendalian program tindakan mencapai
matlamat yang dikehendaki secara efisien dan tersusun.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:
1. Menerang dan menjelaskan konsep dan falsafah merancang pusat
pendidikan awal.
2. Mengaplikasikan format penulisan kertas kerja penubuhan prasekolah
secara berkesan dan bermakna
1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Perancangan Pusat
Pendidikan Awal
Kanak-kanak
Perancangan Falsafah Merancang Penulisan Kertas Kerja
Penubuhan
Konsep Prasekolah
Prinsip
Rasional Kepuasan Format kertas kerja
Objektif Optimun Organisasi
Adaptasi Individu
Kekuatan
1
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
1.4 PERANCANGAN
Kepentingan pengurusan adalah bagi melaksanakan perancangan secara
efektif dan tersusun dengan cara menggerakkan struktur organisasi dan
sumber ke arah mencapai matlamat.
Perancangan membawa maksud membentuk imej atau gambaran mental
tentang apa yang hendak dibuat dan bagaimana mahu melaksanakannya
Ia jelas difahami sebagai satu panduan tentang arah tujuan dan bagaimana mahu
mencapai tujuan tersebut.
Terdapat 3 jenis perancangan iaitu
1. Perancangan strategik bermakna pelan keseluruhan (master plan).
2. Perancangan taktikal bermaksud pecahan perancangan kepada
matlamat yang lebih spesifik manakala
3. Perancangan operasional adalah langkah atau prosedur tertentu yang
membawa kepada pencapaian matlamat.
Kesimpulannya, perancangan adalah apa yang sepatutnya dilakukan dan
bagaimana hendak melaksanakannya.
1.4.1 Konsep
Konsep perancangan merupakan satu dokumen yang mengandungi
kenyataan tindakan ke arah pencapaian objektif. Ia menunjukkan cara bagaimana untuk
mencapai apa yang dirancang. Anda perlu merangka lebih awal apa yang perlu dibuat
dan bagaimana cara melakukannya. Ringkasnya, ia adalah satu proses persediaan
untuk melaksanakan tindakan/aktiviti/program.
Pendidikan prasekolah adalah program yang menyediakan pengalaman
dan pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam
jangka masa satu tahun atau pun lebih setahun sebelum masuk ke tahun
satu di sekolah formal.
1.4.2 Prinsip
Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara
tidak formal melalui bermain sambil belajar. Program ini menekankan kepada aktiviti
yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar
dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat
2
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
hormat-menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan kanak-kanak ke arah
pembelajaran yang lebih formal di sekolah rendah nanti.
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan memasuki sekolah rendah.
1.4.3 Rasional
Program pendidikan prasekolah bertujuan melahirkan generasi yang
berjaya mengembangkan JERIS mereka ke tahap yang maksima berlandaskan nilai dan
tradisi bangsa yang murni bagi memenuhi keperluan kepada pendidikan prasekolah.
1.4.4 Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang
berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah sejajar dengan objektif pendidikan prasekolah.
1.5 FALSAFAH MERANCANG
Pendidikan prasekolah boleh disimpulkan sebagai program pendidikan
terancang dan sistematik yang berdasarkan asas-asas perkembangan kanak-kanak
dengan tujuan mengembangkan potensi kanak-kanak sebelum masuk tahun
satu. Sewajarnya dalam merancang pusat pendidikan awal kanak-kanak hasrat,
arah tuju dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia juga terlaksana.
1.5.1 Kepuasan
• Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• Memenuhi keperluan kanak-kanak Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP)
• Memenuhi kehendak ibu bapa dan komuniti
1.5.2 Optimun
• Melibatkan pelbagai sumber
• SMART (specific, measurable, rational, attainable)
• Berwawasan
3
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
1.5.3 Adaptasi
• Boleh melaksanakan perancangan secara rasional dan berkesan
• Boleh juga diadaptasi dalam membina modal insan seimbang
• Guru yang menghayati FPK dapat mengadaptasikannya dalam pelaksanaan
program pendidikan prasekolah
1.5.4 Kekuatan
• Teori Produktiviti menerangkan bahawa sikap seseorang yang meliputi ilmu dan
kemahiran akan menghasilkan produktiviti
• Keperluan Agensi : bagi prasekolah swasta perkara yang dititik beratkan adalah
nama tadika, pemilikan, kurikulum, kakitangan dan pengurusan tadika dan
kemudahan asas premis atau bangunan,
Bahan bacaan
Teori pengurusan organisasi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan
prasekolah adalah Teori Pengurusan Matlamat (MBO) yang
diperkenalkan oleh Edwin A. Locke dan Gary P.Latham dalam
tahun 1960an.
Berpandukan MBO, bagaimana anda dapat melaksanakan proses
pengurusan dan perancangan prasekolah.
1.6 Penulisan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah
Perancangan merupakan satu proses untuk mengenal pasti keperluan
bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertubuhan. Ianya juga merupakan
proses yang pertama memerlukan tumpuan khusus dan kemahiran bagi
memastikan kesemua aspek diteliti. Oleh itu, sebelum menyediakan premis
prasekolah, semestinya kita perlu membuat perancangan yang sesuai sebagai
langkah bijak. Langkah yang utama adalah menyediakan kertas kerja.
Berikut merupakan contoh format kertas kerja penubuhan prasekolah dan
isu-isu utama yang saling berkait dengan penubuhan prasekolah.
4
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
1.7 Format kertas kerja
1.7.1 Organisasi
1.7.2 Individu
KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH
1.0 Latar Belakang/Pengenalan
Menyatakan keperluan pendidikan prasekolah dalam negara Malaysia
Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak
Pendidikan asas (seimbang & harmoni)
Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal
2.0 Rasional
Mengapa perlu menubuhkan prasekolah?
Antara contoh-contoh termasuklah :
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat setempat
Pendidikan kurikulum tambahan (selain daripada yang sedia ada).
Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan
Yuran yang rasional
Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan? Kebaikan dan
keistimewaan prasekolah
Mempunyai pengangkutan sendiri
Persaingan dengan prasekolah sedia ada
3.0 Nama, Tema, Visi, Misi, Motto, Logo Prasekolah
Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah
mempunyai syarat-syarat tertentu)
Imej prasekolah yang ingin dikenali
Huraian Tema
Visi : Matlamat Jangka Panjang
Misi : Pernyataan yang lebih terperinci dalam menjayakan visi
Loga serta huraiannya
5
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
4.0 Objektif Penubuhan
Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan
penubuhan prasekolah
5.0 Lokasi Tapak
Berikan alamat penuh premis (Juga nyatakan lokasi yang sesuai dan tidak
sesuai untuk penubuhan prasekolah)
Perkaitan lokasi prasekolah dengan pelanggan
6.0 Tarikh Mula Pelaksanaan
Tarikh prasekolah beroperasi
7.0 Pelan Pembangunan / Pelan Lantai
Draf lukisan menunjukkan skala betul dan tepat
Penggunaan komputer digalakkan
Bahagian dalam : Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja
kanak-kanak, sudut P&P, dapur, tandas dan kemudahan lain.
Bahagian luar : Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air dan lain-
lain.
8.0 Kriteria Pengambilan Kanak-Kanak
Umur
Bangsa
Latar belakang keluarga
Anggaran sosio ekonomi pelanggan
9.0 Kurikulum & Program Pembelajaran
Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan, KSPK 2010)
Menyediakan kurikulum tambahan
Menyertakan jadual pembelajaran/jadual waktu
Menggunakan buku-buku khas/alat bantu belajar yang digunakan
6
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Menyatakan jika ada program tambahan seperti hari pendaftaran atau suai
kenal, mesyuarat PIBG, sukan tahunan, lawatan sambil belajar, sambutan hari
jadi, sambutan hari kebangsaan, hari anugerah cemerlang, majlis konvokesyen,
hari kebudayaan dan ko kurikulum atau majlis sambutan perayaan.
10.0 Kemudahan
Keperluan tandas
Ruang belajar
Rekreasi
Bilik sakit/rehat
Stor
11.0 Cadangan Inventori
Senaraikan kesemua inventori yang diperlukan seperti meja dan kerusi
murid dan guru, komputer, alat pencetak,rak buku, meja makan, rak beg
dan kasut, rak pinggan mangkuk, katil rehat, peti sejuk, televisyen,
peralatan atau kabinet dapur, peralatan dapur, pemain vcd dan lain-lain.
12.0 Aspek Pemakanan
Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan (menunjukkan kualiti pemakanan
kanak-kanak – halal , bersih dan seimbang)
Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?
Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu
Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan
13.0 Aspek Kebersihan & Keselamatan
Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah
Langkah-langkah kebersihan: Panduan mencuci tangan, menggosok gigi dan
lain-lain
Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin,
pengawasan dari kawasan jalan raya dan lain-lain.
Amalan penerapan rutin kebersihan
7
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
14.0 Aspek Kesihatan
Penjagaan Kesihatan Tubuh Badan
Menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan
ringan dan rujukan ke klinik atau hospital.
Mengenal pasti masalah-masalah kesihatan yang mengganggu murid di
prasekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi
awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
Memastikan tahap kesihatan murid sentiasa di tahap memuaskan melalui
promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
15.0 Kos Penubuhan
Kos bangunan
Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)
Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman
16.0 Pengurusan Pengelolaan/ Staf
Menyatakan bilangan staf
Menyediakan carta organisasi staf
Kelulusan pendidikan staf
Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dan lain-lain)
17.0 Pengurusan Kewangan (Belanja Harian, Belanja Bulanan dan Belanja
Aktiviti Tahunan)
Bajet pemasaran
Yuran bulanan
Sewa bulanan
Utiliti - Bil air , bil elektrik dan bil telefon
Peralatan P&P
Makan
Gaji guru /pembantu guru
18.0 Penutup
8
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
TAJUK 2 Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan
Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon
Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara.
2.1 Sinopsis
Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada bagaimana pengurusan
prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya. Akta Pendidikan 1996 telah
menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan
prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini
menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah
yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang.
2.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:
1. merancang langkah-langkah penubuhan prasekolah
2. Menjelaskan kriteria-kriteria penubuhan
3. menghasilkan satu kertas kerja penubuhan prasekolah
9
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
2.3 Kerangka Tajuk
Penubuhan
Pusat
Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Langkah-langkah Kriteria Kebersihan Alam Pelan Lantai
Perancangan Penubuhan Sekitar
2.4. Langkah-langkah perancangan
Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang perlu diberi
perhatian ialah :
Menentukan matlamat & objektif
Tinjauan kebolehbinaan
Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran
Bangunan
Kewangan
Organisasi pengurusan
Peraturan dan undang-undang
Peralatan dan sumber
10
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
2.4.1 Menentukan Matlamat dan Objektif
Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang
berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah
Kementerian Pelajaran dan agensi keagamaan dan juga pihak swasta. Memandangkan
pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi
matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza.
Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya
pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat
prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang
mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa
sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang
dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak-
kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati
kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.
Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama sama ada
penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di antara penemuan
penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:
1. Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak
melaksanakan program mereka dengan bersungguh-sungguh.
2. Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata-
mata.
3. Ada pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan
akademik semata-mata
4. Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi
penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.
Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah
secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-
kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat
pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh
kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif
11
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
pendidikan prasekolah yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah
membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :
i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang
menjadi warganegara yang patriotik;
ii. Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan
kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;
iii. Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk
berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa
Cina dan bahasa Tamil;
iv. Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-
murid beragama Islam;
vi. Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah;
viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan yang baik; dan
x. Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya
Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah
merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama
rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka
di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam
persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini
boleh diwujudkan di pusat prasekolah
12
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
2.4.2 Tinjauan Kebolehbinaan
Tinjauan Kebolehbinaan (Feasibility Study)
Semasa merancang penubuhan sesebuah pusat prasekolah tinjauan kebolehbinaan
perlu dilakukan yang mengambil kira perkara-perkara berikut :-
Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah
Kumpulan sasaran/pelanggan
Sumber kewangan
Prasarana/Infrastruktur
Kurikulum/perancangan
Sumber manusia
Peraturan dan perundangan
Peralatan dan perabot
Aspek di atas perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Akta 267
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
2.4.3 Infrastruktur Kawasan, Lokasi, Keluasan, Ruang, Persekitaran Bangunan
dan lain-lain.
Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan ialah
adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah. Penentuan lokasi
perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah.
Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah
bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak
sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah
sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan.
Memandangkan di Malaysia kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak
13
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
berkuasa tempatan telah menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan
sebagai prasekolah.
Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :-
1. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi dan
kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.
2. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan kedua-
dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.
3. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan yang
tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
4. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
5. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk penggunaan
prasekolah.
6. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina serta
kuil Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah.
Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan/rumah
dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan
dari tingkat atas.
Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting
diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek
keselamatan dan keselesaan kanak-kanak secara keseluruhannya.
2.4.4 Kewangan
14
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber
yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk
menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan
awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul.
Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia
menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat mereka.
Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat
pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.
a. M (material)
- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.
b. E (equipment)
- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat,
pengangkutan dan hiasan.
c. S (space)
- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan
dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.
d. H (human)
- Untuk ’tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan
perkhidmatan.
Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan
kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus
kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan
pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan
kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa
dikemas kini.
2.4.4.1 Peruntukan Makanan
a) Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman
b) Perancangan Menu Bulanan
c) Anggaran Perbelanjaan
15
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering
d) Tuntutan Perbelanjaan Bulanan
e) Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan
f) Fail Kewangan
2.4.4.2 Peruntukan Per Kapita
a) Perancangan Perbelanjaan
b) Daftar Stok Bekalan Pejabat
i) Barang Kekal
ii) Barang Hapus Kira
2.5 Organisasi Pengurusan
Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting
pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penyelarasan,
perhubungan, penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan adalah pengaturan,
penyusunan dan perlaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan
pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah
yang terdiri daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material
( bangunan, kawasan, kewangan dan peralatan )
Menurut Hoy dan Miskel ( Hoy dan Miskel, 2001:288) pengelolaan sekolah
yang berkesan adalah aspek paling asas dalam pengurusan sekolah.
Aspek-aspek yang akan dikelolakan ialah akauntabiliti, pencapaian
akademik, piawaian hasil kerja, skor ujian, aktiviti pembelajaran dan
pengajaran, kadar keciciran pelajar, kepuasan bekerja dan budaya
pembelajaran produktif. Aspek ini sentiasa berubah mengikut keperluan
semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai keberkesanan dalam
pengurusan sekolah dengan kadar yang berbeza. Lantaran itu satu model
organisasi berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi mengukur dan
menandai aras keberkesanan pengelolaan sekolah serta cara-cara untuk
16
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
mempertingkatkan keberkesanan tersebut.
Dalam pada itu Hopskin dan Leask ( Preedy, Glatter dan Levacic, 1997)
turut menyatakan penanda aras pencapaian dalam erti kata ” pengelolaan
sekolah yang berkesan ” amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti
untuk menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras
pernyataan ringkas sudah mencukupi namun demikian terdapat juga
penanda aras yang memerlukan perincian spesifik dan merujuk maklumat
tambahan yang melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam
bahagian-bahagian tertentu.
Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras berbentuk kualitatif
dan kuantitatif. Berdasarkan pernyataan Cameron, ( Hoy an Miskel,
2001) jelas menunjukkan bagi mewujudkan dan membina penanda aras
yang sistematik dan standard. Penanda aras ini dibina berdasarkan
program dan aktiviti yang akan dijalankan.
Menurut Eric A Hanushek, pengelolaan sekolah menjadi tidak efektif
kerana tidak wujud sebarang pertalian yang konsisten antara variasi-
variasi yang terdapat dalam sumber sekolah dengan pencapaian
pelajar. Hal ini merangkumi nisbah antara guru dengan murid, kelayakan
guru, pengalaman, gaji, perbelanjaan perkapita, input pentadbiran dan
kemudahan fizikal. Ibrahim Mamat ( Ibrahim Mamat, 2001 : 167 ) juga
menyatakan dalam mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan,
kita hendaklah mengenal pasti enam bidang pengurusan sekolah iaitu
1. Pentadbiran am
2. Pengurusan kurikulum
3. Pengurusan guru
4. Pelaksanaan kurikulum
5. Pelaksanaan kokurikulum
17
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
6. Penyeliaan
Dengan menggunakan pengurusan grafik, jelaskan bidang-bidang
pengurusan prasekolah berikut;
1. Pentadbiran am
2. Pengurusan pelajar
3. Pengurusan guru
4. Pelaksanaan kurikulum
5. Pelaksanaan kokurikulum
6. Penyedia
Jabatan Pendidikan Negeri
Guru Besar Lembaga pengelola
Pembantu Guru Pembantu AM
Pengurusan
Rajah 1.1 : Contoh Model Organisasi Pengurusan Pusat Prasekolah
Walau bagaimana pun struktur-struktur organisasi setiap agensi adalah berbeza
dari aspek-aspek matlamat, objektif dan pelaksanaan sesebuah organisasi.
2.4.6 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
18
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling
yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan
keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanak-
kanak mestilah mematuhi dengan Akta Pendidikan (1996) atau Akta 550 dan
Akta 308. Selain daripada kedua Akta tersebut, perkara-perkara berikut perlu
diakuri;
A PEMILIHAN KANAK-KANAK
1. Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di
pusat pendidikan awal kanak-kanak.
2 Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau
penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan
diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 jika
masih ada tempat. Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan
sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alasan
tanggungjawab (keramaian anak).
3 Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal
kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru
Besar, Penolong Kanan dan guru prasekolah.
4 Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 10-
25 orang.
B. SEMASA DI PRASEKOLAH
1. Waktu belajar tidak melebihi 4 jam.
2. Pakaian seragam tidak tetapkan terpulang kepada sekolah masing-masing.
3. Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar RM1.80 sehari
setiap murid. Tuntutan hendaklah sekali setahun sebagaimana telah
ditetapkan.
4. Bantuan per kapita kan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-
kanak.
5. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah boleh menetapkannya.
6. Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan
19
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
awal kanak-kanak.
7. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru
opsyen prasekolah.
C. KEMUDAHAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah
dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar
yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera.
2. Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius.
3. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam
keadaan bersih dan selamat.
4. Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan
pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi.
5. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.
6. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjagan sebelum
bermulanya sesi persekolahan.
2.6.1 Perletakan Tadika
a) Taska boleh dijalankan mengikut keperluan masyarakat setempat di:
1) Rumah sesebuah
2) Rumah berkembar
3) Rumah Teres(Bahagian Tepi Lot)
4) Rumah Pangsa (di tingkat bawah sahaja)
5) Di ruang pejabat ( di tingkat bawah sahaja)
6) Tanah yang direzabkan untuk kegunaan TADIKA
b) Bangunan-bangunan yang tidak sesuai
1) Rumah teres dan berangkai yang terletak di lot tengah dan lot tepi yang
tidak mempunyai kawasan lapang.
20
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
2) Rumah kediaman yang terletak di persimpangan atau berhampiran
lebuhraya dan jalan-jalan sesak dan sibuk dengan kenderaan /lalulintas.
3) Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan
kawasan lapang/permainan awam.
2.6.2 Lokasi Bangunan
a) Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 33’ (10 meter) dari simpang
utama
b) Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunan tidak terletak di
sebatang jalan yang sibuk/ jalan utama
c) Tiada halangan dari jiran (10 orang) berkaitan bunyi bising dan kesesakan
lalaulintas. Surat kebenaran dari lot-lot bersebelahan adalah diperlukan.
d) Mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah.
e) Taburan Tadika di sesuatu kawasan hendaklah ditentukan oleh Majlis.
2.6.3 Keselamatan Premis
a) Tadika dijalankan hanya dibenarkan di aras satu bagi rumah kediaman yang
bertingkat.
b) Ada tangga laluan bagi masa kecemasan jika premis ditempatkan dalam
bangunan bertingkat jika bukan bukan bangunan kediaman biasa
c) Tangga hendaklah selamat unutk kegunaan kanak-kanak.
d) Tangga hendaklah dipasang dengan pagar(railings) yang tingginya sesuai
dengan ketinggian kanak-kanak.
2.6.4 Peredaran Udara dan cahaya semulajadi bersih
a) perlu ada peredaran udara dan cahaya semulajadi bersih
2.6.5. Luas Ruang
21
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
1) Mencukupi dengan kiraan 3.5 m.p. bagi seorang kanak-kanak. Tidak
termasuk jalan, stor, dapur, pejabat tandas atau kakitangan.
2.6.6. Kegunaan ruang
a) Kemudahan Ruang
Ruang berasingan hendaklah disediakan untuk kanak-kanak belajar dan
bermain
Sediakan ruang untuk perpustakaan
Sediakan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat permainan
yang tidak merbahaya(di luar banguanan)
b) Tempat rehat untuk kanak-kanak sakit
Ruang berasingan (sick bay) hendaklah disediakan bagi kanak-kanak
yang kurang sihat
Sediakan kotak perubatan kecemasan
c) Ruang dapur dan penyediaan makanan
Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan
dimasuki oelh kanak-kanak
Dapur mesti berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang
diasingkan untuk aktiviti kanak-kanak
Kanak-Kanak mesti dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada
bila=bila masa.
2.6.7 Keperluan Tandas
Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan (Tertakluk
kepada keadaan bangunan)
Peralatan dan rekabentuk tandas adalah seperti berikut:
22
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Kemudahan kebersiha; mesti sediakan “elbow tap”
Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air tidak
bertakung
Sediakan tempat pemegang untuk kanak-kanak istimewa
Besin cuci tangan hendaklah rendah
Lain-lain peralatan yang sesuai (sekiranya ada kanak-kanak istimewa)
2.6.8 Kelulusan Perancangan
Perlu hantar 1 pelan tapak
1 salinan pelan bangunan asal
Salinan hakmilik tanah
Surat kebenaran daripada pemilik rumah
2.6.9 Kemudah kecemasan/keselamatan
Dua pintu yang berasingan (satu diahadapan dan satui di belakang)
hendaklah disediakan
Semua pintu dan tingkat di atas bangunan tidak boleh dipasang dengan
pagar besi(grills)
Tingkap jenis “louvres” tidak dibenarkan
Semua punca kuasa (power points) hendaklah dipasang dengan plugs
kosong dan berkedudukan di paras yang tinggi
Lampu meja yang berkaki tidak dibenarkan
Kipas meja, kotak dan berkaki tidak dibenarkan
Pintu pagar dan grills tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam
dan merbahaya.
2.7 Kriteria Penubuhan
Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu
difikirkan ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan
prasekolah. Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan
23
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah
bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan
serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan
pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk,
struktur dan juga keselamatan. Memandangkan di Malaysia kemudahan
prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa tempatan telah
menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan sebagai
prasekolah.
Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang
perlu diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan
prasekolah
(i) Fizikal
• Konsep
Fizikal merupakan salah satu daripada kriteria utama yang perlu diberi
perhatian dalam penubuhan sesebuah pusat prasekolah. Ia merangkumi
infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang. persekitaran dan
bangunan.
Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :-
10. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki
persegi dan kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.
11. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah
dicantumkan kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat
prasekolah.
12. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan
kawasan yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
13. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
24
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
14. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk
penggunaan prasekolah.
15. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan
madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina
serta kuil Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat
prasekolah
Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya
bangunan/rumah dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu
disediakan ke luar dari bangunan dari tingkat atas. Pihak berkuasa yang
memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa
Tempatan.
• Kesan Persekitaran Kepada Murid-murid
Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai, faktor persekitaran
juga merupakan kriteria penting yang perlu diberi perhatian dalam
penubuhan pusat prasekolah. Berikut adalah perkara-perkara yang
berkaitan dengan persekitaran
- Tempat yang selamat.
- Udara bersih.
- Jauh dari pusat hiburan.
- Tiada pencemaran bunyi.
- Kebenaran bertulis dari jiran.
- Kadar tadika iaitu 1 (SATU) tadika bersamaan dengan 300 (TIGA
RATUS) buah rumah.
Kesemua perkara di atas memberi kesan kepada murid-murid dan guru agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
• Kemudahan Asas
25
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Kemudahan asas juga perlu dititikberatkan dalam penubuhan pusat
prasekolah. Kemudahan asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti
ruang pembelajaran, dapur, ruang makan, bilik air , tandas, bilik sakit dan
padang permainan.
Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling
penting diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah
aspek keselamatan dan keselesaan murid-murid secara keseluruhannya.
• Keselamatan
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu yang mudah
- dibuka tanpa halangan.
- Dapur perlu diasingkan.
- Alat pemadam api sentiasa diperiksa dan mematuhi peraturan.
- Perabot alat permainan dan bahan pengajaran selamat
digunakan.
- Semua punca elektrik hendaklah yang tidak mudah dicapai atau
dilindungi.
- Kolam atau tempat menampung air hendaklah mengikut ukuran
yang ditetapkan dan berpagar.
Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak
Berkuasa Tempatan, Bomba dan Tenaga Nasional.
• Keselesaan dan Kesejahteraan
Semua kemudahan asas yang terdapat di pusat prasekolah bertujuan
memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada murid-murid dan guru
prasekolah. Susun atur perabot serta ruang pembelajaran yang terancang
26
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
juga memainkan peranan penting bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
• Persekitaran Yang Kondusif
Persekitaran fizikal yang yang kondusif dapat membentuk sikap dan
tingkahlaku yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada
masyarakat. Persekitaran yang kondusif merangkumi :
- Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih
dan selamat.
- Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk
murid-murid.
- Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap.
- Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak
Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan.
2.8 Pelan Lantai
2.8.1 Bahagian Dalam
Pengurusan pelan dalam hendaklah mengambil kira dengan keperluan dan hak
murid-murid. Apabila murid-murid mula melangkah masuk ke dalam bilik
prasekolah secara tidak langsung dia telah mula melebarkan lagi pengalaman
kehidupannya dan persekitarannya. Pengurusan pelan dalam hendaklah dibuat
dengan pelbagai jenis peralatan yang boleh dipelbagai guna dan perlulah
mengikut kehendak guru dan juga ibu bapa murid-murid. Terdapat beberapa
perkara penting yang perlu diambil kira di dalam merancang sesuatu pelan
dalam antaranya ialah memilih sudut-sudut pembelajaran, pengurusan bentuk
pelan penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Mengikut
27
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
sumber NAEYC kesesuaian sebuah bilik untuk pelan dalam dianggarkan 3.5 kaki
persegi untuk seorang murid-murid.
Pelan lantai di pusat prasekolah merupakan satu gambaran susun atur yang
sepatutnya dirancang oleh guru prasekolah bagi memenuhi keperluan
perkembangan murid-murid prasekolah. Ia mudah proses pelaksanaan
pengurusan prasekolah dan pengajaran dan pembelajaran. Pelan lantai perlu
merangkumi perkara-perkara seperti pusat-pusat pembelajaran, ruang
penyediaan, bilik sakit/rawatan, bilik pentadbiran, tandas dan susun atur perabot.
Berikut adalah antara contoh pelan lantai yang sepatutnya terdapat di pusat
prasekolah :
Gambarajah 1: Pelan Keseluruhan Pusat Prasekolah
28
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Gambarajah 2: Pelan Lantai Kelas Prasekolah
• Menyusun Persekitaran Dalaman
Penyusunan persekitaran dalam kelas prasekolah boleh dilakukan
mengikut rupa bentuk tetap dan rupa bentuk mudahubah. Rupa bentuk tetap
biasanya melibatkan pusat pembelajaran yang mempunyai peralatan atau
perabot yang sukar diubah seperti Ruang Dapur, Pusat Multimedia yang
terdapat set komputer, televisyen dan socket outlet / suis elektrik. Manakala
reka bentuk mudah ubah pula termasuklah perabot seperti meja dan kerusi
29
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
murid yangterdapat di pusat pembelajaran yang boleh disusunatur mengikut
kesesuaian tema.
Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur ruang dalaman
untuk mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya perlulah
mengambil kira keluasan sesebuah bilik kemudian dibuat pembahagian
ruang mengikut domain-domain perkembangan setiap kanak-kanak. Guru
bolehlah mengendalikannya dengan menggunakan daya imaginasi dan
kreativiti sendiri dengan mengambil kira amalan yang bersesuaian dengan
kanak-kanak.
Antaranya ialah:
1. Domain Perkembangan Kognitif:
Penting bagi merangsang proses pemikiran kanak-kanak
2. Domain Perkembangan Sosio-emosi:
Untuk kanak-kanak membina sosialisasi dan mempertingkatkan
tahap emosi.
3. Domain Perkembangan Literasi:
Untuk perkembangan dan penguasaan berbahasa.
4. Domain Perkembangan Kreatif:
Untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dan inovatif di dalam
menjalankan kehidupannya.
2.9 Peralatan dan sumber
Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program pendidikan
prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran.
Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan
kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun
keharmonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja,
almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran
30
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru
gunakan.
Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran
memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan
yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang
serta teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-
kanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak
berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan
guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga
selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria
seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.
Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik
menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass.
Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang
terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan
pembelajaran.
Kebanyakannya tadika mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh
menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti pensil, kasut,
beg, buku dan lain-lain.
Bahagian Luar
• Kawasan permainan
Bermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang utama di kelas
prasekolah. Aktiviti bermain dapat memupuk keyakinan diri murid
prasekolah di samping memperluaskan minda, membentuk sosiolisasi dan
penyelesaian masalah. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan
dengan berhati-hati. Peralatan yang dipilih menjurus kepada aktiviti
31
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
permainan imaginasi. Reka bentuk mengambil kira ciri-ciri ketahanan,
keselamatan dan penggunaan jangka panjang.
Ruang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar kelas
hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Aktiviti yang dirancang
bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas
hendaklah mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk
memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan
fizikalnya. Pelan luar yang dirancang perlu mudah dilihat oleh guru atau
pembantu untuk memastikan guru dapat mengawasi setiap pergerakan
kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Segala longkang hendaklah
ditutup.
Kawasan Permainan
32
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Gambarajah 3: Pelan luar- Taman Permainan Prasekolah
Jenis Taman Permainan dan Susun Atur
Jenis taman permainan dapat diklasifikasikan mengikut zon aktiviti yang
akan diadakan. Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang
diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Guru perlulah menyediakan
pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklasifikasikan dan diletakkan
kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik di
dalam memperkembangkan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-
kanak. Adalah diharapkan semasa kanak- kanak ini berada di ruang luar bilik
darjah ia akan dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan
33
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin,
melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan
kanak-kanak itu seorang yang kreatif dan imaginatif.
Alatan Permainan
- Buaian
- Gelongsor
- Papan Imbangan
- Peralatan memanjat
- Peralatan motor kasar
- Pondok Permainan
- Pusat Main Air & Pasir
- Stor Peralatan
Landskap
Landskap yang cantik dan ceria dapat menarik minat kanak-kanak untuk
hadir ke prasekolah. Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka
bentuk yang kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan
pengurusan sesuatu ruang atau kawasan luaran mahupun dalaman agar
ia berfaedah kepada murid-murid prasekolah. Pusat prasekolah yang baik
sepatutnya dilengkapi dengan lanskap seperti taman bunga, kebun sayur
kolam ikan dan mini zoo.
Pagar
Pagar di pusat prasekolah adalah salah satu eleman yang penting yang
perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan aspek
keselamatan murid prasekolah. Antara reka bentuk dan bahan pintu pagar
serta pagar yang diperbuat daripada kayu dan besi. Pemasangan pagar
34
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa
berdasarkan pengemukaan permohonan pelan perincian cadangan reka
bentuk pagar yang mengutamakan dan menggalakkan fungsi , prestasi
dan inovasi pagar.
Ciri-ciri perincian reka bentuk dan pintu pagar serta bahan kemasan seperti
yang berikut:
- Pagar dibina daripada tanaman pagaran
- Bahan kemasan daripada keluli bergalvani, logam lain atau bahan
rencam seperti jejaring kimpal atau kayu
- Logam padu atau kayu padat yang menghadang pandangan tidak
dibenarkan.
- Warna neutral hendaklah warna monokrom yang menjurus kepada
warna hitam atau kehitaman, putih atau keputihan, warna kayu atau
warna perang kekuningan dan warna asli pelbagai jenis logam.
- Reka bentuk hendaklah tidak mempunyai bahagian tajam dan
berbahaya.
35
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
TAJUK 3 Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1 SINOPSIS
Unit ini mendedahkan kemahiran mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar merancang pengurusan prasekolah. Perancangan yang berstruktur
akan memastikan pengurusan pengendalian program tindakan mencapai matlamat yang
dikehendaki secara efisien dan tersusun.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:
1. menyediakan satu senarai semak tugas harian guru
2. merancang jadual dan rutin harian kelas
3. menyediakan alat alat penilaian
3.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
36
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Penubuhan Pusat
Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Perancangan Perancangan Refleksi Guru
Mengajar Penilaian
3.4 Perancangan Mengajar
1.Pengurusan Mata Pelajaran
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan
kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan
pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan /
menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang
dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
37
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
7. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.
10. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
11. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang
digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
13. Menyediakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.
3.5 Merancang jadual dan rutin harian
a) Jadual waktu
Merancang Jadual Waktu mengikut kehendak KSPK
b) Ketibaan Murid
1. Menyambut ketibaan murid
2. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu
kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
3. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan murid.
c) Merancang waktu aktiviti
1) Mengikut slot yang ditentukan
2) Selaras dengan objektif yang hendak dicapai
3) Menyediakan alatan yang mencukupi jika perlu
4) Mengawal murid dan memastikan keselamatan murid pada setiap
masa
d) Aktiviti Luar
1) Dilaksanakan mengikut waktu yang dijadualkan.
38
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
2) Memastikan semua alatan permainan luar adalah dalam keadaan
selamat
3) Aktiviti dirancang selaras dengan objektif yang hendak dicapai
4) Murid berpakaian yang sesuai
5) Mengawal keselamatan murid pada setiap masa
d) Makan/Minum pagi
1) Disediakan mengikut menu yang telah dirancangkan
2) Mengikut garis panduan penyediaan makanan yang disediakan oleh
Kementerian
3) Melaksakan rutin seperti cuci tangan sebelum dan selepas makan, doa
dan sebagainya.
e) Penilaian dan Bersurai
1) Guru mengadakan sesi refleksi mengenai perkara yhang dipelajari
pada hari tersebut.
2) Guru melaksanakan rutin sebelum murid pulang ke rumah seperti doa,
bersalaman, kemas meja, ambil beg dan sebagainya.
3) Guru memastikan keselamatan setiap murid supaya mereka disambut
oleh waris yang berkenaan sahaja.
3.6 Perancangan Penilaian Di Prasekolah
1) Boleh berbentuk tidak formal dan/atau berterusan.
2) Alat-alat pemerhatian termasuk pemerhatian, senarai semak, temu
bual, skala berkadar, berstruktur, rekod kerja dan portfolio serta penilaian
kendiri.
39
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
TAJUK 4 Pengurusan Perkhidmatan Makanan
4.1 SINOPSIS
Unit ini mengandungi maklumat berkaitan perancangan perkhidmatan
makanan, peruntukan dan bantuan kewangan, kemudahan penyediaan
makanan, mengelakkan keracunan makanan, perancangan menu makanan
serta menghidang dan menyediakan makanan. Maklumat ini penting untuk guru
prasekolah agar lebih memahami tanggung jawab mengurus perkhidmatan
makanan di prasekolah.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :
1. Mengenalpasti bahan, peralatan, menu makanan yang bersesuaian
dengan kanak-kanak serta pengurusan untuk melaksanakan
perkhidmatan makanan dengan berkesan.
40
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
4.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Perancangan Perkhidmatan Makanan
Peruntukan Dan Bantuan Kewangan
PENGURUSAN Kemudahan Penyediaan Makanan
PERKHIDMATAN Mengelakkan Keracunan Makanan
MAKANAN
Perancangan Menu Makanan
Menghidang Dan Menyediakan Makanan
4.4 Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi
membentuk konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan
rakan dalam Swadener, 1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan
makanan untuk kanak-kanak prasekolah sangat penting kerana kualiti
pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan
serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan.
4.4.1 Perancangan perkhidmatan makanan
Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi
dan seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan
kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung
dalam program pemakanan di prasekolah.
Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah
mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping
memenuhi keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan
prasekolah untuk memastikan perancangan perkhidmatan makanan
dilaksanakan dengan kesedaran dan komitmen yang tinggi baik dalam
41
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
pemesanan kelengkapan pembelian makanan mahu pun yang
dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan kemudahan.
Di era moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan
penyediaan makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional,
kontinental, barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa
perlu dalam aspek penyediaan makanan di prasekolah. Sebagai guru yang
mengurus prasekolah anda perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek
pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu dikenal pasti dan
dikuasai :
1. Pengetahuan diet
2. Pengetahuan berkenaan vegetarian
3. Pengetahuan keperluan air
4. Pengetahuan keperluan susu
5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan
Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan
merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi
kanak-kanak sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik
beratkan dalam perancangan perkhidmatan makanan adalah :
• Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrient yang baik.
• Membeli makanan.
• Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya
dalam inventori.
• Mengawasi keperluan dapur.
• Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan
makanan dan tempat membuang sampah.
• Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.
• Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan
setiap kanak-kanak.
• Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan
pemakanan kanak-kanak.
42
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
• Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.
• Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.
• Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.
• Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan
pihak pengurusan.
4.4.2 Peruntukan dan bantuan kewangan
Prasekolah mempunyai peruntukan kewangannya sendiri. Ia perlu diurus
dengan sempurna mengikut prosedur yang betul. Sebagai pengurus sekolah
Guru Besar perlu mengetahui peranan dan tanggungjawabnya dalam mengurus
kewangan tersebut .
Kewangan
1. Bantuan perkapita (LPBT) akan diberi pada kadar RM 100.00
( Ringgit
Malaysia : Seratus sahaja ) bagi setiap kanak-kanak setahun. Rujuk
Surat Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002 – Lampiran B –
perkara A dan Lampiran C – Jadual 1
2. Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan
pentadbiran
hal-hal berkaitan pembelajaran prasekolah sahaja.
3. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan
pengajaran
dan pembelajaran.
4. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah
serta
penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
5. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape /CD dan
lain-
lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
6. Program lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
43
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada
semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
7. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
8. Menguruskan peruntukan tambahan bagi aktiviti prasekolah
mengikut
aturan dan peratuan kewangan.
9. Sumber tambahan : boleh menggunakan mana- mana wang
peruntukan
bantuan lain/suwa sekolah untuk keperluan kelas prasekolah jika perlu.
10. Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah.
Makanan
1. Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.50
sehari bagi setiap murid. Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002
: Perkara 3.1 (kini dinaik ke RM 1.80)
2. Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah
ditetapkan.
3. Menguruskan peruntukan pembelian makanan tambahan /bekalan bahan
– bahan makanan dan minuman mengikut tatacara kewangan yang
ditetapkan.
4. Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
5. Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.
Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli
sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak- kanak.
Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan
kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus
kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan
pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan. Oleh itu pengurusan kewangan
yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.
A. Peruntukan Makanan
44
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
1. Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman
2. Perancangan Menu Bulanan
3. Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering
4. Tuntutan Perbelanjaan Bulanan
5. Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan
6. Fail Kewangan
- Surat Tuntutan Perbelanjaan
- Baucer Bayaran (sertakan resit)
B. Peruntukan Perkapita ( Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002
1. Perancangan Perbelanjaan
2. Daftar Stok Bekalan Pejabat
- Barang Kekal
- Barang Hapus Kira
C. Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan
Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan
bermula tiap-tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu
disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah
wang yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini
dapat dijadikan panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi
mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu kepada guru prasekolah, bagi
keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk bulan tertentu. Anda tidak
perlu menggunakan wang peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan
makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum
murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh
guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak pengurusan prasekolah
tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi
sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.
D. Penyata Kewangan Bulanan
45
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi
catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh
guru /Pembantu Pengurusan Murid(PPM) daripada Guru Besar (sebagaimana
perancangan tahunan), perlu disediakan oleh guru/PPM secara kemaskini tiap-
tiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada
akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan
perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar diteliti dan diperiksa oleh
audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai
khas.
Kesimpulannya, memang agak sukar merangka bajet, mengurus
pelaksanaannya dan mengawal perbelanjaan. Anda perlu lebih berkaliber
dan mempunyai visi menyelaras dan mengemudi pentadbiran prasekolah
dengan berkesan.
4.4.3 Kemudahan penyediaan makanan
Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah dalam mengurus sajian
makanan termasuklah :
1. Perancangan makanan
2. Prosedur-prosedur perancangan makanan
3. Pengetahuan dalam pemakanan
4. Kakitangan pengurusan makanan
5. Pengendalian semasa kanak-kanak makan
Nasihat pemakanan perlu diberikan kepada pihak yang
dipertanggungjawabkan berkaitan pemilihan bahan mentah yang segar dalam
penyediaan makanan kepada kanak-kanak. Makanan yang dibeli mestilah
berkualiti dengan mempertimbangkan harga yang berpatutan. Kenali dan teliti
bahan makanan supaya segar, tidak luput tarikh, busuk, berkulat, hapak dan
seumpamanya. Pastikan kuantiti yang diperlukan dikira secara teliti agar tidak
berlaku pembaziran atau terlebih belanja. Semasa menyediakan makanan
hendaklah menggunakan resipi yang standard. Sediakan ruang yang
secukupnya bagi makanan yang boleh disimpan. Pastikan ada rekod jenis dan
46
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
kualiti makanan yang dibeli, kos yang terlibat dan bagaimana digunakan dan
lain-lain yang difikirkan perlu.
4.4.4 Mengelakkan keracunan makanan
Apa itu makanan yang selamat?
Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran.
Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan
makanan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 /1995 : Keracunan Makanan Di
Sekolah)
Fakta penting:
• Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam
sesuatu masa.
• Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan,
usus dan luka yang dijangkiti kuman
• Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang
menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan
dengan menyentuh makanan.
• Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran
makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan
makanan tersebut
Apa yang perlu anda buat untuk memastikan penyediaan makanan
yang selamat?
• Menjaga kebersihan diri
• Basuh tangan dengan betul, terutama sekali:
o Selepas keluar dari tandas
o Mengendalikan sisa makanan
o Selepas makan, merokok atau menghembus hidung
o Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan
makanan
47
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
• Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek
• Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala
• Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air
• Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan
sebelum menyediakan makanan
• Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan
• Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan
• Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan
peralatan makan
• Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan
yang telah dimasak
Dilarang :
• Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan
• Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa
menyediakan makanan
• Batuk atau bersin ke arah makanan
• Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas
semasa menghidang makanan.
• Menjilat jari semasa menyediakan makanan
• Menggaru kepala semasa menyediakan makanan
• Menghembus hidung ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang
digunakan untuk makanan dan minuman
• Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh
• Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan
• Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk
membungkus makanan
• Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah,
retak atau rosak.
48
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
Mengapa memilih makanan yang selamat?
Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan
makanan.
Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat?
Pilih bahan mentah yang segar
• Sayur-sayuran dan buah-buahan
o Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk
• Ikan
o Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh
lendir yang tebal
o Cerah dan matanya tidak tenggelam
o Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau
kering)
o Tidak berbau busuk
o Isi yang kenyal
• Udang
o Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok-tompok hitam
o Tidak berbau busuk
• Daging
o Segar dan tidak berselaput
o Tidak busuk
• Unggas
o Segar
o Tidak busuk dan tidak bertukar warna
o Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya
• Telur
o Tidak retak atau bocor
o Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit
telur
49
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
• Bijirin/kekacang
o Tidak berkulat
o Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
o Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah
Pilih makanan yang selamat
• Makanan dalam tin
o Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat
o Tudungnya tidak kembung
o Tidak bocor
o Belum tamat tarikh luput
• Makanan yang dibungkus
o Tidak bocor atau kotor
o Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar)
untuk membungkus.
Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna
• Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang
dibahagian dalamnya
• Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak
berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu
• Ikan yang telah dimasak mesti mudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak
berwarna merah jambu
• Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar
Pilih makanan yang baru dimasak
• Elakan dari memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa
untuk dimakan
• Lebih baik untuk makan sebaik sahaja selepas dimasak
• Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk
beberapa lama
50