40 AL-BAYAN - SIRI 13
42 AL-BAYAN - SIRI 13
Isi kandungan
Mukadimah 3
Erti “Takut Allah” 5
Contoh daripada Ayat al-Quran dan Hadith 7
Realiti dan Fakta 13
Bahayanya Pandemik Covid-19 14
Jika Benar Takutkan Allah, Jauhkan Diri daripada Covid-19! 16
Jawapan kepada Takutkan Allah dan Bukan kepada yang 22
Lain Termasuk Covid-19
Tokoh Ulama dan Agamawan yang Telah Mengambil 28
Suntikan Vaksin 30
Pandangan Bekas Mufti Singapura 33
Kesimpulan 36
Penutup
Melalui perbuatan-
perbuatan yang
ditunjukkan oleh Nabi
SAW kepada kita, ia
menjadi panduan
untuk melindungi diri
daripada penyakit
seperti Covid-19
Mukadimah
A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi
atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang
tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka
yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke
Hari Kesudahan.
Islam itu pada prinsipnya merupakan agama yang
mementingkan disiplin ilmu. Ia bukan agama yang terbina atas dasar
semangat beribadah semata-mata. Sebaliknya ia merupakan agama
yang memandu manusia dalam segenap kehidupan tanpa mengira
apa jua situasi dan keadaan. Setiap permasalahan yang berlaku
ada cara penyelesaiannya menurut agama. Hanyasanya bukan
semua umat Islam menguasai ilmu bagi menangani permasalahan-
permasalahan yang timbul. Benarlah firman Allah SWT:
َفا ْس َأ ُلوا َأ ْه َل ال ِّذ ْك ِر إِن ُكن ُت ْم َل َت ْع َل ُمو َن
Maksudnya: “Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan
musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika
kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Nahl: 43)
AL-BAYAN - SIRI 13 3
Dalam menangani isu Covid-19, setelah
mengambil pandangan pihak yang berkepakaran
dalam bidang perubatan dan kesihatan,
para ulama telah mengeluarkan pelbagai
fatwa sebagai panduan buat seluruh umat Islam.
Antaranya sebagaimana yang diputuskan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI) pada 15 Mac 2020, di Pulse Grande Hotel,
Putrajaya bahawa semua aktiviti masjid dan surau
termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat
ditangguhkan untuk tempoh yang tertentu.
Fatwa yang sama juga telah dikeluarkan oleh
institusi-institusi fatwa yang berwibawa daripada
seluruh dunia seperti Hai'ah Kibar Ulama’ al-Azhar
al-Syarif, Hai’ah Kibar al-Ulama' al-Sa'udiyyah,
Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Majlis Fatwa
Syar’ie Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kementerian
Waqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Majma’ al-
Fiqh al-Islami di bawah OIC, Mufti Republik Tunisia,
Kementerian Waqaf Syria dan Kesatuan Ulama’
Syam, Majlis Agama Islam Singapura dan lain-lain.
Malangnya, setelah fatwa tersebut dikeluarkan
oleh institusi-institusi yang berautoriti, masih ada
kalangan mereka yang mempertikaikannya. Tiada
sebarang hujah dan dalil yang dikemukakan kecuali
mengatakan, “Kami lebih takutkan Allah berbanding
Covid-19!” Kesannya, masih terdapat segelintir pihak
di luar sana yang ingkar untuk menurut arahan pihak
berkuasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
4 AL-BAYAN - SIRI 13
Mereka malah berkeras mahu pergi menunaikan solat Jumaat
dan berjemaah di masjid. Begitu juga, mereka menjadikan hujah
takutkan kepada Allah, itulah hakikat sebenar dan sesiapa yamg
takutkan kepada Covid-19, maka ia boleh membawa kepada
kesyirikan. Oleh yang demikian, artikel yang diterbitkan pada kali ini
akan cuba memberikan pencerahan terhadap kesalahfahaman ini.
Erti “Takut Allah”
U ngkapan takut Allah SWT tidak boleh disamakan dengan
ungkapan takut penyakit atau makhluk. Sekalipun perkataan
yang digunakan kelihatan serupa tetapi maksud dari sudut
istilahnya berbeza. Takut dalam bahasa Melayu antaranya bererti,
“tidak berani menghadapi sesuatu yang pada perasaannya akan
membahayakan diri.”1 Justeru apabila disebut dalam bahasa
Melayu takut kepada penyakit, ia bermaksud perasaan yang
mendorong seseorang itu untuk menjauhkan diri daripada
penyakit tersebut.
Maksud takut yang sama sudah tentu tidak tepat jika diletak
kepada takut Allah SWT. Ini kerana, takut Allah SWT dalam bahasa
syarak bermaksud bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa dari sudut
b(wsLeaiiqhshauaaaatstyaMuaubhd’ejaa(rrةamَيiاpsَِوقaa)Mldbadaeqasrarmeiypsaiauskdaanatlau-pLadeupergaknhagyataaahnnn, g6yw/ama1n3qge1al)lianaidn(ىu. َقnD)َوgabiriesperamsduaaakntsyuua(dءpْيmeَّشrلek اanيtقoَِaيlaaَماnk).
1 Lihat http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=takut
AL-BAYAN - SIRI 13 5
Dari sudut istilah, para ulama' memberikan pelbagai takrif
berkenaan definisi taqwa. Syeikh'Ali al-Sobuni menyimpulkan bahawa
kesemua takrifan tersebut berlegar pada maksud, “Mentaati segala
perintah Allah SWT dan meninggalkan segala yang diharamkannya.”
(Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/212). Ia sebagaimana yang dimanifestasikan
oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
َو َما آ َتا ُك ُم ال َّر ُسو ُل َف ُخ ُذو ُه َو َما َ َنا ُك ْم َع ْن ُه َفان َت ُهواۚ َوا َّت ُقوا ال َّلـ َه ۖ إِ َّن
ال َّلـ َه َش ِدي ُد ا ْل ِع َقا ِب
Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
(SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua
yang dilarang-Nya untuk kamu melakukannya maka patuhilah
larangan-Nya.DanbertaqwalahkamukepadaAllah;sesungguhnya
Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang
melanggar perintah-Nya).”
(Surah al-Hasyr: 7)
“Maksud takut yang
sama sudah tentu tidak
tepat jika disandarkan
kepada takut Allah SWT.”
6 AL-BAYAN - SIRI 13
Menurut al-Maraghi, dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan
umat Islam agar bertaqwa kepada-Nya dengan mematuhi segala
perintah- Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Sesungguhnya
Allah SWT amat berat ujian-Nya bagi mereka yang mengingkari
perintah-Nya dan melakukan larangan-Nya. Sedangkan Rasul-
Nya merupakan penjelas kepada apa yang dikehendaki oleh Allah
SWT demi kebaikan hamba-Nya di dunia dan akhirat. (Lihat Tafsir al
Maraghi, 28/40)
Dengan kata lain, seseorang yang takut kepada Allah dengan
maksud bertaqwa kepada Allah SWT sudah tentu semakin berusaha
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bukan sebaliknya. Sedang-
kan takut kepada penyakit membawa ertiyang amat kontradik dengan
takut kepada Allah SWT kerana ia akan membuatkan seseorang itu
menjauhkan diri daripadanya.
Contoh daripada Ayat al-Quran dan Hadith
Kami nyatakan di sini dua ayat al-Quran sebagai contoh. Pertama,
firman Allah SWT:
َيا َأ ُّ َيا ا َّل ِذي َن آ َم ُنوا ا َّت ُقوا ال َّلـ َه َح َّق ُت َقاتِ ِه َو َل َ ُتو ُت َّن إِ َّل َو َأن ُتم
ُّم ْس ِل ُمو َن
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali
kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Surah Ali Imran (102)
AL-BAYAN - SIRI 13 7
Seseorang yang takut
kepada Allah (bertaqwa
kepada-Nya) sudah
tentu semakin berusaha
untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
Sebaliknya, takut kepada
penyakit membawa erti
yang kontradik kerana
ia akan membuatkan
seseorang menjauhkan
diri daripadanya.
8 AL-BAYAN - SIRI 13
Daripada Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tafsir
skeebpeadnaara-byaetna‘هrِِاتtَقaُ تـkَّقw َحaَالَ)لّهdواeتَـُّقn’اg(Baenrmtaakkwsauldah: kamu kepada Allah dengan
أ ْن ُي َطا َع فلا ُي ْع َص وأ ْن ُي ْذ َك َر فلا ُي ْن َسى وأ ْن ُي ْش َك َر فلا ُي ْك َف ُر
Maksudnya: “Hendaklah ditaati Allah dan jangan sekali-kali
menderhakai-Nya, bersyukur kepada-Nya. Maka jangan sekali
kali kufur dan diingati-Nya tanpa dilupai-Nya.”
Ini berdasarkan riwayat Ibn Mardawaih sepertimana dinukilkan
oleh Ibn Kathir. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/453) Abu Nu’aim
juga turut meriwayatkannya dalam Hilyah al-Auliya’ (7/238-239).
Walaupun begitu, ada pendapat menyatakan yang paling zahir, ia
adalah tawaqquf. Wallahu a’lam.
Mengikut riwayat yang lain, daripada Anas, katanya:
.َل َي َّت ِقي ا ْل َع ْب ُد الَّ َل َح َّق ُت َقاتِ ِه َح َّتى ُ ْي َز َن ِم ْن لِ َسانِ ِه
Maksudnya: “Tidak seseorang hamba itu bertakwa kepada Allah
dengan sebenarnya sehingga dia simpan di dalam mulutnya
sebelum keluar dari lidahnya.”
Riwayat al-Tabarani dalam al-Ausat (5717), al-Baihaqi
dalam al-Syu’ab (1174) dan Ahmad dalam kitab al-
Zuhd (4778)
AL-BAYAN - SIRI 13 9
Al-Munawi berkata: Maksud hadith ini iaitu seseorang Islam atau
hamba Allah menjadikan mulutnya khazanah dan tempat simpanan
untuk lidahnya supaya tidak dituturkan kecuali dengan pembukaan
atau kunci yang baik, dengan izin Allah. Sebahagian ulama’
menafsirkan dengan maksud supaya dijadikan lidah mereka sebagai
tempat simpanan jika sekiranya batil atau lagha, maka diabaikan,
dengan maksud dia menyimpankan kebatilan pada lidahnya semata-
mata kerana takut kepada Allah daripada sebarang bentuk kelalaian,
sia-sia, bahkan sekalipun perkara harus semata-mata takutkan
balasan Allah. (Lihat Faidh al-Qadir, 6/443)
Kedua, firman Allah SWT:
.َفا َّت ُقوا ال َّنا َر ا َّلتِي َو ُقو ُد َها ال َّنا ُس َوا ْ ِل َجا َر ُة ۖ ُأ ِع َّد ْت لِ ْل َكا ِف ِري َن
Maksudnya: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan
sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah
diri kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan
untuk orang-orang kafir.”
(Surah al-Baqarah: 24)
Maksud batu di sini adalah batu panas yang Allah ciptakan
sejak penciptaan langit dan bumi yang dikhususkan untuk orang-
orang kafir. Ada yang menyatakan, batu daripada api neraka yang
panas, berwarna hitam untuk mengazabkan ahli neraka. Ini tafsiran
sebahagian sahabat R.Anhum. (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 1/456)
10 AL-BAYAN - SIRI 13
Manakala contoh daripada hadith adalah sepertimana sabda
Rasulullah SAW:
ا َّت ُقوا ال َّنا َر َو َل ْو بِ ِش ِّق َ ْت َرة
Maksudnya: “Peliharalah diri kalian daripada api neraka sekalipun
dengan (menderma) separuh daripada buah kurma.”
Riwayat al-Bukhari (6540)
Ketika mengulas berkenaan hadith ini, al-Hafiz Ibn Hajar
al-'Asqalani Rahimahullah berkata: Di dalam hadith ini terdapat
galakan bersedekah dengan sesuatu yang sedikit. Kata beliau lagi:
Sesungguhnya sedekah yang sedikit itu dapat memelihara orang
yang bersedekah daripada api neraka. (Lihat Fath al-Bari Syarah
Sahih al-Bukhari, 3/284)
“Sesungguhnya
sedekah yang sedikit
itu dapat memelihara
orang yang bersedekah
daripada api neraka.”
AL-BAYAN - SIRI 13 11
Berdasarkan nas-nas di atas, jelas menunjukkan kepada kita
bahawa takutkan kepada Allah dengan maksud mentaati segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan
sebab itu, ulama’ berkata, takut kepada Allah dengan makna kamu
mendekatkan diri kamukepada-Nya.
Sedangkan takut kepada neraka dengan makna kamu berusaha
supaya kamu tidak termasuk dalam kalangan penghuni neraka.
Secara umumnya, ia bermakna menuruti segala titah perintah Allah
dan meninggalkan segala larangan Allah. Takut kepada neraka
kerana neraka merupakan api yang panas. Justeru, memadai dengan
perasaan rasa takut kepada neraka dan akibat masuk ke dalamnya
boleh mengundang seseorang melakukan amalan soleh seperti
memelihara solat serta ibadat wajib dan menambah amal ibadat
yang sunat seumpama sedekah dan infaq.
Adalah tidak masuk akal untuk
mengatakan kita mesti takut kepada Allah
SWT sebagaimana kita takut kepada
Covid-19. Atau mengatakan kita mesti
lebih takut kepada Allah SWT berbanding
takut kepada Covid-19. Kedua-duanya
tidak tepat kerana antara takut kepada
Allah dan takut kepada makhluk itu
hakikatnya terdapat perbezaan makna
yang jelas yang telah kami huraikan tadi.
12 AL-BAYAN - SIRI 13
Realiti dan Fakta
A pa yang membimbangkan, kes pandemik Covid-19 tidak
menunjukkan petanda akan surut dan landai sebaliknya
ia semakin merebak dengan lebih besar dan umum ke seluruh
dunia. Hal ini boleh dilihat kepada apa yang berlaku kepada India
baru-baru ini dan juga penemuan varian baharu yang lebih aktif
dan berbahaya berbanding varian sebelum ini. Lebih merisaukan,
ia telah mula menjengah di bumi Malaysia.
Berdasarkan statistik terkini sehingga 29 Mei 2021, data
pandemik Covid-19 sepertimana yang direkodkan oleh WHO dan
Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:
Seluruh Dunia
Kes Positif Keseluruhan 169,471,649
Kematian 3,523,126
Malaysia
Kes Positif Keseluruhan 558,534
Kematian 2,650
Dan mengejutkan lagi serta membimbangkan, dalam gelombang
ketiga atau keempat ini yang kami sifatkan sebagai Tsunami Covid-19,
Malaysia pada hari ini (29 Mei 2021) telah mencatatkan kes tertinggi
dalam sejarah negara iaitu sebanyak 9020 kes. Justeru, langkah yang
diambiloleh kerajaan dengan memulakan PKPadalah amat bertepatan
dengan Maqasid Syariah iaitu Hifz al-Nafs (memelihara nyawa).
AL-BAYAN - SIRI 13 13
Kenyataan daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan
Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham jelas menunjukkan bahawa
keadaan seperti ini jika tidak ditangani secara drastik dan ekstrem,
maka kebarangkalian penularan kes Covid-19 akan bertambah dan
merebak dengan cepat amatlah tinggi. Sudah lebih setahun, pelbagai
usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan semua pihak, namun ujian
yang besar ini masih belum menemui jalan keluar yang terbaik dalam
melandaikan pandemik Covid-19 ini.
Bahayanya Pandemik Covid-19
Antara yang kita sedia maklum berkenaan fakta pandemik Covid-19
adalah seperti berikut:
• Penyakit atau wabak ini bersifat umum dan menyebar ke
seluruh dunia, lantaran itu ia digelar sebagai wabak pandemik.
• Menambahkan risiko penyakit yang sedia ada sehingga
mengancam nyawa dan membawa kepada kematian.
• Sentiasa merebak dengan cepat dan pantas.
• Sehingga sekarang, pelbagai usaha untuk mengekang tetapi
keberhasilan masih lagi pada tahap yang rendah.
• Wabak ini menunjukkan lebih parah daripada wabak-wabak
sebelum ini seperti taun, malaria, cacar dan lain-lain.
• Wabak ini menghentikan seluruh pergerakan kehidupan
manusia dalam semua sektor seperti pekerjaan, pertanian,
perniagaan, pelancongan hatta aktiviti ibadat yang terpaksa
ditukar mengikut norma baharu dan mematuhi SOP yang
ditetapkan.
14 AL-BAYAN - SIRI 131
• Wabak ini tidak mengenal usia, warna kulit, bangsa dan agama
bahkan negara, tetapi ia bersifat umum seolah-olah ia musibah
yang tidak terkena kepada segolongan sahaja.
Benarlah firman Allah SWT:
َوا َّت ُقوا ِف ْت َن ًة َّل ُت ِصي َب َّن ا َّل ِذي َن َظ َل ُموا ِمن ُك ْم َخا َّص ًة
Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa
(yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa
orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa kamu secara umum).”
Surah al-Anfal (25)
Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa
maksud “fitnah” di dalam ayat tersebut ialah ujian daripada Allah
SWT bagi menguji kamu, dan bala yang Allah SWT timpakan ke atas
kamu. (Lihat Jami’ al-Bayan, 13/473) Justeru, perkataan fitnah juga
amat bersesuaian dengan wabak pandemik Covid-19 yang sedang
kita hadapi sekarang.
AL-BAYAN - SIRI 13 15
Jika Benar Takutkan Allah,
Jauhkan Diri daripada Covid-19!
Jelas daripada perbahasan di atas apa yang dimaksudkan
dengan takut kepada Allah SWT adalah taqwa. Manakala
taqwa pula hanya dicapai dengan mendekatkan diri kepada Allah
SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya. Persoalannya di sini, bagaimanakah seseorang
yang bertaqwa menangani wabak Covid-19? Adakah dengan
membiarkan diri terdedah kepada jangkitan Covid-19 atau
berusaha bersungguh-sungguh menjauhkan diri daripadanya?
Pertama, di dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan agar
kita tidak membiarkan diri terkena bahaya dan kemudaratan. Firman-
Nya:
َو َل ُت ْل ُقوا بِ َأ ْي ِدي ُك ْم إِ َل ال َّت ْه ُل َك ِة
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri
kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah: 195)
dan Menurut SaytaeuikhapSaayjuyaidyTaanngtabwoi,lmehakmsuemd “bِةa َكwَُـّْهلa”التkieaplaahdkaenhyaan. c(Luirhaant
kematian
al-Tafsir al-Wasit, 329)
16 AL-BAYAN - SIRI 13
Dr. Wahbah al-Zuhaili pula
mengatakan, ayat ini menunjukkan
tuntutan untuk berjihad dengan
nyawa dan harta benda. Ini kerana,
persediaan jihad memerlukan
pelbagai kelengkapan seperti
kenderaan, pakaian dan senjata
yang perlu dibiayai. Oleh itu, jika
umat Islam tidak melakukan infaq
pada jalan Allah SWT, maka mereka
seolah-olah mendedahkan diri
mereka kepada kebinasaan kerana
berperang tanpa adanya persediaan.
Kerana itu, Allah SWT berfirman
dalam surah al-Baqarah ayat 195,
“Dan belanjakanlah (apa yang ada
pada kamu) kerana (menegakkan)
agama Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke
dalam bahaya kebinasaan.” (Lihat al-
Tafsir al-Munir, 2/190)
Ini bermakna, dalam ayat ini
Allah SWT memerintahkan umat
Islam agar tidak membiarkan diri
terkena mudarat atau bahaya tanpa
mengambil sebarang sebab atau
ikhtiar untuk menghindarinya. Ini
dipertegaskan lagi dalam surah al-
Nisa' ayat 29:
AL-BAYAN - SIRI 13 17
َو َل َت ْق ُت ُلوا َأن ُف َس ُك ْم
Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri.”
Termasuk dalam maksud ayat ini ialah orang yang membunuh
diri sendiri atau membunuh orang lain tanpa mengira apa jua cara
seperti mengambil dadah dan meminum racun yang membahayakan
dan melampau dalam mengambil risiko yang memudaratkan. (Lihat
al-Tafsir al-Munir, 5/32)
Kami katakan, dengan mendedahkan diri kepada jangkitan
Covid-19 juga termasuk dalam membunuh diri secara tidak langsung.
Dengan sebab itulah, langkah-langkah seperti memakai pelitup
muka, penjarakan sosial, menjaga kebersihan, banyak berada di
tempat kediaman adalah sebahagian daripada usaha dan ikhtiar
untuk kita selamatkan diri daripada wabak seperti ini.
Apabila seseorang tidak mengambil langkah yang disyorkan
pemerintah mengenai penularan Covid-19 seperti melanggar arahan
PKP, ini bererti mereka dengan sengaja telah mendedahkan diri dan
orang lain kepada kemudaratan. Perbuatan tersebut jelas melanggar
perintah Allah SWT supaya kita mengambil segala sebab atau usaha
yang boleh mengelakkan diri dan orang lain daripada ditimpa bahaya
dan kemudaratan.
Bagaimana mungkin kita mengatakan individu yang melanggar
perintah Allah SWT itu sebagai takut atau bertaqwa kepada Allah
SWT? Sebaliknya orang yang mentaati perintah Allah SWT dengan
memelihara diri daripada kemudaratan pula dianggap sebagai orang
18 AL-BAYAN - SIRI 13
yang tidak bertaqwa atau lebih takutkan penyakit berbanding Allah
SWT.
Kedua, terdapat panduan daripada Rasulullah SAW mengenai
apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam apabila berhadapan
dengan wabak penyakit berjangkit. Panduan Rasulullah SAW sudah
tentu merupakan sebaik-baik panduan untuk diikuti kerana ia
berteraskan wahyu Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
.َو َأ ْف َض ُل ا ْ َل ْد ِي َه ْد ُي ال َّنبِ ِّي َص َّل ال ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم
Maksudnya: “Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi
SAW.”
Riwayat al-Baghawi (3575)
Dalam isu penyakit berjangkit, Nabi SAW telah menyatakan
beberapa tips dan kaedah menerusi beberapa hadith Baginda.
Antaranya sabda Baginda SAW:
إِ َذا َس ِم ْع ُت ْم بِال َّطا ُعو ِن بِ َأ ْر ٍض َف َلا َت ْد ُخ ُلو َها َوإِ َذا َو َق َع بِ َأ ْر ٍض َو َأ ْن ُت ْم
.ِ َبا َف َلا َ ْت ُر ُجوا ِم ْن َها
Maksudnya: “Apabila kamu mendengar tentang wabak penyakit
menular di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ.
Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu
keluar lari daripadanya.”
Riwayat al-Bukhari (5287)
AL-BAYAN - SIRI 13 19
Demikian juga dalam hadith yang lain:
: َأ ْر ٌض ِع ْن َد َنا ُي َقا ُل َ َلا، ِ ُق ْلت َيا َر ُسو َل الَّل: َف ْر َو َة ْب ِن ُم َس ْي ٍك َقا َل
َو َبا ُؤ َها: َأ ْر ُض َأ َب ْ َي ِه َي َأ ْر ُض ِري ِف َنا َو ِمي َرتِ َنا َوإِ َّ َنا َوبِي َئ ٌة َأ ْو َقا َل
َد ْع َها َع ْنك َفإِ َّن ِم ْن: َف َقا َل ال َّنبِ ُّي َص َّل الَّ ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم، َش ِدي َد ٌة
.ا ْل َق َر ِف ال َّت َل َف
Maksudnya: “Farwah bin Musaik berkata: Aku berkata: Wahai
Rasulullah, tempat kami dipanggil Abain. Ia adalah kampung kami
bercucuk tanam dan membuat bekalan makanan, padanya ada
wabak yang berat. Lalu NabiSAW bersabda:Tinggalkan ia daripada
kamu keluar masuk, sesungguhnya mendekati penyakit adalah
kebinasaan.”
Riwayat Ahmad (15742)
Berdasarkan petunjuk Nabi SAW inilah, para sahabat mengambil
pedoman dalam menghadapi penularan wabak penyakit yang
berlaku pada zaman mereka.
Kata al-Syeikh, telah disebut oleh al-Qutbi hadith ini di
dalam kitabnya dan beliau menafsirkan al-qaraf dengan maksud
mendekatkan diri kepada wabak dan penyakit. Disebut bumi qaraf
()أرض قر فف, iaitu bumi yang panas atau adanya wabak demam. Setiap
yang kamu dekatkannya, maka disebut sebagai qaraf.
Al-Khattabi berkata, hadith ini bukan bab penyakit yang
berjangkit pada orang lain, tetapi bab pengubatan iaitu memperbaiki
dan mengislahkan keadaan dan suasana udara yang boleh menjadi
20 AL-BAYAN - SIRI 13
penolong dan penyebab utama kesihatan badan, sedangkan
rosaknya udara serta alam sekitar boleh memudaratkan serta
mempercepatkan penyakit untuk singgah ke badan mengikut
sebahagian pakar perubatan. Semuanya itu dengan izin Allah dan
kehendak-Nya tanpa sekutu bagi-Nya. Maka tiada daya dan kekuatan
kecuali dari-Nya. (Lihat Ma’alim al-Sunan, 4/236)
Misalnya, Saidina Umar al-Khattab, seorang sahabat yang
terkenal dengan keberanian dan kepahlawanannya, apabila
mendapat tahu terdapat wabak penyakit yang sedang menular
di Syam, beliau mengambil keputusan untuk tidak memasukinya.
Saidina Umar pun memberi arahan kepada rombongannya untuk
berpatah balik. Lalu Abu ‘Ubaidah al-Jarrah R.A berkata:
أَفَِراًرا ِم ْن قَ َدِر الَلِّه؟
Maksudnya: “Adakah perbuatan ini termasuk melarikan diri dari
takdir Allah?”
AL-BAYAN - SIRI 13 21
Jawapan kepada Takutkan
Allah dan Bukan kepada
yang Lain Termasuk
Covid-19
Sebenarnya, dengan mengkaji sirah
Rasulullah SAW serta kehidupan para
sahabat R.Anhum termasuklah amalan
salafus soleh, maka sudah tentu kita
menemui banyak jawapan. Antara yang
paling tuntas, dialog yang menarik antara
Saidina Umar Ibn al-Khattab dengan
Abu Ubaidah al-Jarrah R.Anhuma ketika
memuncaknya wabak taun di ‘Amwas.
22 AL-BAYAN - SIRI 13
Apabila ditanya kepada Saidina Umar R.A, adakah kamu lari
daripada qadha’ Allah? Maka Saidina Umar menjawab: “Alangkah
baik jika selain kamu yang mengungkapkan kenyataan ini wahai Abu
‘Ubaidah.” Kemudian beliau berkata:
َن َع ْم َن ِف ُّر ِم ْن َق َد ِر الَّلِ إِ َل َق َد ِر الَّلِ َأ َر َأ ْي َت َل ْو َكا َن ْت َل َك إِبِ ٌل َف َه َب ْط َت
َوا ِد ًيا َل ُه ِع ْد َو َتا ِن إِ ْح َدا ُ َها َخ ْص َب ٌة َوال ُأ ْخ َرى َج ْد َب ٌة َأ َل ْي َس إِ ْن َر َع ْي َت
ِا ْ َل ْص َب َة َر َع ْي َت َها بِ َق َد ِر الَّلِ َوإِ ْن َر َع ْي َت ا ْ َل ْد َب َة َر َع ْي َت َها بِ َق َد ِر الَّل
Maksudnya: “Ya betul, kita lari daripada takdir Allah menuju
kepada takdir Allah yang lain. Tidakkah kamu melihat sekiranya
kamu memiliki seekor unta, kemudian kamu turun kepada satu
lembah yang mempunyai dua sudut. Salah satunya merupakan
kawasan yang subur dan satu yang lagi merupakan kawasan yang
tandus. Bukankah jika kamu memelihara unta tersebut di kawasan
yang subur maka kamu menjaganya dengan takdir Allah. Dan jika
kamu memelihara unta tersebut di kawasan yang tandus maka
kamu juga menjaganya dengan takdir Allah?”
Kemudian datang 'Abd al-Rahman bin ‘Auf R.A yang sebelum ini
tidak berada di situ lalu menyebutkan hadith Nabi SAW berkenaan
wabak penyakit seperti di atas.
Riwayat Muslim (2219)
AL-BAYAN - SIRI 13 23
Antara pengajaran yang dapat kita ambil daripada hadith ini ialah:
• Saidina Umar R.A memperbetul fahaman Abu Ubaidah
berkenaan isu qadha dan qadar dan terus memberi
contoh di mana usaha dan ikhtiar termasuk dalam qadha
dan qadar Allah.
• Kenyataan dan jawapan Saidina Umar disokong oleh 'Abd
al-Rahman bin ‘Auf R.A melalui hadith yang disebutkan di
atas.
• Kenyataan Saidina Umar, ‘Kita lari daripada qadar-Nya
kepada qadar-Nya,’ memberi makna bahawa beriman
dengan qadha dan qadar sebenarnya hendaklah disertai
dengan usaha, ikhtiar, azam, tawakal dan doa.
• Bahkan ia telah diiyakan oleh Rasulullah SAW dalam
sebuah hadith daripada Salman R.A, bahawa Baginda
SAW bersabda:
.َل َي ُر ُّد ا ْل َق َضا َء إِ َّل ال ُّد َعا ُء
Maksudnya: “Tidak ditolak satu-satu ketentuan melainkan
dengan doa.”
Riwayat al-Tirmizi (2139)
Al-Mubarakfuri berkata: Qadha ialah perkara yang telah
ditakdirkan Tuhan dan maksud hadith ini bahawa jika dikehendaki
qadha, apa yang ditakuti oleh hamba daripada terkena perkara
yang tidak disukai dan ingin menjauhkannya, maka apabila
berbetulan dengan doa, maka Allah akan mengangkatkannya.
Justeru, dinamakannya qadha di sini secara majaz mengikut
24 AL-BAYAN - SIRI 13
apa yang disangkakannya dan dipercayai oleh yang meminta
perlindungan. Sebagaimana diterangkan di dalam hadith
bahawa ruqyah atau doa itu termasuk daripada qadar Allah.
Diperintahkan untuk merawat dan berdoa juga termasuk dalam
perkara yang ditakdirkan secara sembunyinya kepada manusia
sama ada ada atau tiada. Bilamana Saidina Umar menghampiri
bumi Syam, diberitahu kepadanya terdapatnya wabak taun,
maka beliau ingin pulang, lantas Abu Ubaidah bertanya, adakah
kamu lari daripada qadha Allah hai Amirul Mukminin seperti
yang telah dibahaskan.
Atau dikehendaki dengan menolak qadha jika dikehendaki
sebagai hakikat dengan memudah segala perkara seolah-olah
ia tidak berlaku. Hal ini dikuatkan dengan hadith riwayat al-
Tirmizi daripada Ibn Umar bahawa doa boleh memberi manfaat
sama ada turunnya bala atau tidak.
Dikatakan doa itu seperti penyangga dan bala itu seperti busur
anak panah, sedangkan qadha itu perkara yang mubham (tidak
diketahui tetapi telah ditakdirkan sejak azali). (Lihat Tuhfah al-
Ahwazi, 6/289)
Beriman dengan qadha dan
qadar hendaklah disertai
dengan usaha, ikhtiar, azam,
tawakal dan doa.
AL-BAYAN - SIRI 13 25
Justeru, adakah sesiapa yang berani mengatakan tindakan
Saidina Umar berpatah balik kerana terdapat wabak penyakit itu
pengecut? Atau berani mengatakan bahawa Umar lebih takutkan
penyakit berbanding takutkan Allah SWT? Sedangkan Rasulullah
SAW sendiri pernah menyifatkan Umar itu amat digeruni oleh syaitan
kerana ketaqwaannya kepada Allah SWT. Sabda baginda SAW
kepada Umar:
َوا َّل ِذى َن ْف ِسى بِ َي ِد ِه َما َل ِق َي َك ال َّش ْي َطا ُن َق ُّط َسالِ ًكا َف ًّجا إِ َّل َس َل َك َف ًّجا
.َغ ْي َر َف ِّج َك
Maksudnya: “Demi diriku yang berada dalam genggaman-Nya,
tidaklah sesekali syaitan mahu bertemu denganmu pada suatu
laluan, kecuali ia akan melalui laluan lain yang bukan (menjadi
kebiasaan) laluanmu.”
Riwayat Muslim (6355)
Selain itu terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
.َو ِف َّر ِم ْن ا ْلَ ْج ُذو ِم َك َم َت ِف ُّر ِم ْن ا ْل َأ َس ِد
Maksudnya: “Larilah daripada penyakit berjangkit sepertimana
kamu lari daripada singa.”
Riwayat al-Bukhari (5707)
Ibn al-Qayyim menjelaskan, menerusi hadith ini dapat difahami
petunjuk Nabi SAW agar kita melindungi diri daripada penyakit
26 AL-BAYAN - SIRI 13
berjangkit dan supaya orang yang sihat menjauhi orang yang
berpenyakit tersebut. Ini memperlihatkan betapa belas kasihnya
Nabi SAW terhadap umat Baginda agar mereka dijauhi kusta (al-
juzam) yang merupakan penyakit yang boleh membawa kerosakan
saraf dan kecacatan anggota badan. (Lihat Zad al-Ma’ad, 4/147-148)
Demikian juga tindakan Nabi SAW apabila menolak seorang
pesakit kusta untuk berbai'ah secara langsung di hadapan Baginda.
Ini berdasarkan riwayat ‘Amar bin Syarid daripada bapanya:
َكا َن ِف َو ْف ِد َث ِقي ٍف َر ُج ٌل َ ْم ُذو ٌم َف َأ ْر َس َل إِ َل ْي ِه ال َّنبِ ُّى صل الل عليه
. «إِ َّنا َق ْد َبا َي ْع َنا َك َفا ْر ِج ْع:وسلم
Maksudnya: “Dalam delegasi Thaqif (yang akan dibai'at
Rasulullah SAW) terdapat seorang lelaki berpenyakit kusta. Lalu
Rasulullah SAW mengirim seorang utusan supaya mengatakan
kepadanya, “Kami telah menerima bai'at anda. Kerana itu anda
telah boleh pulang.“
Riwayat Muslim (5958)
Daripada perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi
SAW ini, ia menjadi panduan kepada kita agar melindungi diri
daripada penyakit berjangkit seperti Covid-19. Bila Nabi SAW sendiri
yang melakukannya, ia bukan bermakna Nabi SAW lebih takutkan
penyakit berbanding takutkan Allah SWT. Sebaliknya Baginda mahu
mengajarkan kepada kita supaya sentiasa berusaha, berikhtiar dan
mengambil asbab (sebab-sebab) sama ada dalam mencapai sesuatu
yang baik atau menghindari sesuatu yang buruk.
AL-BAYAN - SIRI 13 27
Tokoh Ulama dan Agamawan yang Telah
Mengambil Suntikan Vaksin
Kami kemukakan di sini ramai tokoh ulama’ dan ilmuwan Islam
sama ada dalam dan luar negara yang telah mengambil
suntikan vaksin. Justeru, kami katakan, mereka bukan semata-
mata berfatwa atau mengeluarkan hukum tetapi mereka juga
melaksanakan fatwa yang mereka kemukakan dengan sama-
sama mengambil peluang untuk divaksinkan.
Kami senaraikan di sini beberapa tokoh yang telah mengambil vaksin
Covid-19, antaranya:
1. Ma’ali al-'Allamah al-Syeikh Abdullah bin Bayyah,
Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE)
2. Syeikh Dr. Ali Muhyiddin al-Qaradaghi,
Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia
3. Syeikh 'Abd al-'Aziz Alu Syeikh, Mufti Kerajaan Arab Saudi
4. Syeikh ‘Uthman Battikh, Mufti Tunisia
5. Syeikh Dr Soleh bin Fauzan al-Fauzan,
Anggota Hai’ah Kibar al-’Ulama'
28 AL-BAYAN - SIRI 13
6. Mufti Menk (Ismail ibn Musa Menk), Mufti Negara Zimbabwe
7. Syeikh 'Abd al-Rahman al-Sudais, Imam Besar Masjidil Haram
8. Syeikh Dr Sadiq al-Ghariani, Mufti Libya
9. Dr. Nazirudin Mohd Nasir, Mufti Singapura
10. YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang,
Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri
11. Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
AL-BAYAN - SIRI 13 29
Pandangan Bekas
Mufti Singapura
Bekas Mufti Singapura, Dr Mohamed
Fatris Bakaram ketika diajukan
pertanyaan, “Takut Allah atau takut
virus?,” Beliau lalu menjawab:
Manusia perlu takut kepada Allah, dan
di antara bukti takut kepada Allah adalah
dengan mematuhi segala perintah-Nya. Antara
perintah-Nya adalah:
• Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;
• Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;
• Taat kepada perintah-Nya dan ajaran Rasul, yakni
menyuruh kita untuk menjauhi wabak;
Maka, jika benar takut Allah, semua langkah untuk mengelakkan
diri dari terkena jangkitan perlu diambil.
Beliau turut memberi nasihat, takut kepada Allah memerlukan
kewarasan akal, bukan hanya dengan membutakan mata hati atau
membekukan otak yang dikurniakan tuhan.
30 AL-BAYAN - SIRI 13
Ada yang berkata begini, “Kenapa perlu takut, virus itu juga
makhluk Tuhan?”
Beginilah:
Pergi lah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya
juga makhluk Tuhan; Pergi lah ke lautan penuh dengan jerung, redha
kerana jerung juga makhluk Tuhan; Pergi lah masuk hutan penuh
dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan; Pergi lah ke zoo,
masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk
Tuhan.
Firman Allah SWT:
َو َل ُت ْل ُقوا بِ َأ ْي ِدي ُك ْم إِ َل ال َّت ْه ُل َك ِة
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri
kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”
Surah al-Baqarah (195)
Firman-Nya juga:
َو َل َت ْق ُت ُلوا َأن ُف َس ُك ْم ۚ إِ َّن الَّ َل َكا َن بِ ُك ْم َر ِحي ًم
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh dirimu;
sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
Surah al-Nisa (29)
AL-BAYAN - SIRI 13 31
Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri daripada kemusnahan
adalah tuntutan Islam.
Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa
kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang wabak Taun
menyebut:
َوإِ َذا َو َق َع بِ َأ ْر ٍض َو َأ ْن ُت ْم،إِ َذا َس ِم ْع ُت ْم بِال َّطا ُعو ِن بِ َأ ْر ٍض َفل َا َت ْد ُخ ُلو َها
ِ َبا َفل َا َ ْت ُر ُجوا ِم ْن َها
Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di
suatu kawasan, janganlah kamu masuk ke kawasan tersebut. Dan
jika kamu berada di kawasan tersebut, janganlah kamu keluar dari
situ.”
Riwayat al-Bukhari (5728)
Hadith ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit
atau wabak tidak tersebar. Hadith ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-
Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah Umar bin al-Khattab ketika beliau
dalam perjalanan ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak
di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadith ini, Amirul
Mukminin Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (Lihat al-
Bidayah wa al-Nihayah, 3/5)
Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya
untuk berubat. Sabda Nabi SAW:
32 AL-BAYAN - SIRI 13
َفإِ َذا ُأ ِصي َب َد َوا ُء ال َّدا ِء َب َر َأ بِإِ ْذ ِن الَّلِ َع َّز َو َج َّل، لِ ُك ِّل َدا ٍء َد َوا ٌء
Maksudnya: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul
ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.”
Riwayat Muslim (2004)
Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih
Muslim (14/359) menjelaskan: “Hadith ini
memberi isyarat disunatkan mengubat
penyakit. Inilah mazhab Ashab kita (aliran
mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan
keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh:
Dalam hadith-hadith ini terkandung
beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia;
benarnya ilmu perubatan, diharuskan
berubat secara keseluruhannya. Hadith-
hadith ini juga menolak golongan sufi yang
melampau yang membantah berubat dan
berkata: “Kesemuanya dengan qadha dan
qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat.”
AL-BAYAN - SIRI 13 33
Kesimpulan
S aya terbaca sebuah buku yang
menarik bertajuk 'al-Ijtihad al-
Maqasidi' yang dikaryakan oleh Dr
Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, antara
lain beliau berkata:
Orang yang sentiasa memerhati
serta menekuni kehidupan Nabi SAW
dan sirahnya dalam pelbagai strategi,
persediaan, dapatan kajian dan ujian
termasuk wasilah yang digunakan dan
mengambil hukum sebab. Begitu juga
sentiasa bermuamalah dan berinteraksi dengan sunnah alam yang
sedang berlaku, serta menjadikan usaha sebahagian daripada takdir
dan qadar. Ini setara Nabiyang diwahyukan kepadanya,yang disokong
daripada Tuhan, bersifat maksum, kadang-kadang ditohmah seolah-
olah ia tidak ada hubungan dengan langit dan sunnah yang terjadi.
Perkara sebaliknya menunjukkan dengan jelas bahawa usaha dan
ikhtiar ini adalah perintah Allah kepada kita dalam mentahqiqkan
dan mencapai sebarang bentuk azam dan cita-cita manusia. (Lihat
al-Ijtihad al-Maqasidi, hlm. 8)
Maka benarlah kata Ibn al-Qayyim: “Bukanlah orang Islam
semata-mata menyerah kepada qadha dan qadar, tetapi orang Islam
yang sebenar yang menolak qadar dengan qadar-Nya adalah orang
yang disukai oleh Allah.”
Dr Nuruddin berkata: “Saya boleh katakan bahawa membina akal
maqasidi sudah tentu membawa perubahan yang besar dan strategi
34 AL-BAYAN - SIRI 13
Orang yang sentiasa
memerhati serta
menekuni kehidupan
Nabi SAW dan sirahnya
dalam pelbagai
strategi, persediaan,
dapatan kajian dan
ujian termasuk wasilah
yang digunakan dan
mengambil hukum
sebab.
AL-BAYAN - SIRI 13 35
dalam perkembangan ilmu serta kefahaman di samping boleh
menukarkan fikrah yang bersifat jenis tertentu kepada kehidupan
akliyah yang sentiasa memahami realiti semasa.” (Lihat al-Ijtihad al-
Maqasidi, hlm. 12)
Hayatilah juga hadis Rasulullah SAW berikut:
َأ َّن َأ َن َس ْب َن َمالِ ٍك َر ِ َض الَّ ُل َع ْن ُه َي ُقو ُل َجا َء َث َلا َث ُة َر ْه ٍط إِ َل ُب ُيو ِت
َأ ْز َوا ِج ال َّنبِ ِّي َص َّل الَّ ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َي ْس َأ ُلو َن َع ْن ِع َبا َد ِة ال َّنبِ ِّي َص َّل الَّ ُل
َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َف َل َّم ُأ ْخ ِ ُبوا َك َأ َّ ُن ْم َت َقا ُّلو َها َف َقا ُلوا َو َأ ْي َن َن ْح ُن ِم ْن ال َّنبِ ِّي
َص َّل الَّ ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َق ْد ُغ ِف َر َل ُه َما َت َق َّد َم ِم ْن َذ ْنبِ ِه َو َما َت َأ َّخ َر َقا َل
َأ َح ُد ُه ْم َأ َّما َأ َنا َفإِ ِّن ُأ َص ِّل ال َّل ْي َل َأ َب ًدا َو َقا َل آ َخ ُر َأ َنا َأ ُصو ُم ال َّد ْه َر َو َل
ُِأ ْف ِط ُر َو َقا َل آ َخ ُر َأ َنا َأ ْع َت ِز ُل ال ِّن َسا َء َف َلا َأ َت َز َّو ُج َأ َب ًدا َف َجا َء َر ُسو ُل الَّل
َِص َّل الَّ ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم إِ َل ْي ِه ْم َف َقا َل َأ ْن ُت ْم ا َّل ِذي َن ُق ْل ُت ْم َك َذا َو َك َذا َأ َما َوالَّل
إِ ِّن َل َأ ْخ َشا ُك ْم ِلَّلِ َو َأ ْت َقا ُك ْم َل ُه َل ِك ِّني َأ ُصو ُم َو ُأ ْف ِط ُر َو ُأ َص ِّل َو َأ ْر ُق ُد
.َو َأ َت َز َّو ُج ال ِّن َسا َء َف َم ْن َر ِغ َب َع ْن ُس َّنتِي َف َل ْي َس ِم ِّني
Maksudnya: “Daripada Anas bin Malik katanya, tiga orang telah
datang ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW, mereka bertanya
tentang ibadat Baginda. Apabila mereka diceritakan seolah-olah
mereka merasakannya sedikit. Mereka berkata: “Di manakah
kedudukan kita jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW
sedangkan Baginda telah diampunkan dosanya yang terdahulu dan
36 AL-BAYAN - SIRI 13
Bukanlah orang Islam
semata-mata menyerah
kepada qadha dan
qadar, tetapi orang
Islam yang sebenar yang
menolak qadar dengan
qadar-Nya adalah orang
yang disukai oleh Allah.
- Ibn al-Qayyim -
AL-BAYAN - SIRI 13 37
yang kemudian.Salah seorang mereka berkata: “Saya akan sentiasa
bersembahyang malam dan seorang lagi berkata: “Saya berpuasa
sepanjang tahun, tidak akan berbuka (tidak ada hari yang tidak
berpuasa) dan orang yang terakhir berkata: “Saya akan menjauhi
perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Tiba-tiba
Rasulullah datang kepada mereka seraya bertanya: “Kamukah
yang mengatakan begini, begini? Demi Allah, sesungguhnya aku
lebih takutkan Allah daripada kamu, paling bertaqwa kepada-
Nya daripada kamu namun aku berpuasa dan aku berbuka, aku
sembahyang dan aku tidur dan aku mengahwini perempuan.
Maka dengan itu, sesiapa yang tidak suka akan sunnahku maka
dia bukan daripada kalanganku.”
Riwayat al-Bukhari (4675)
Justeru, daripada hadith ini, dapat kita fahami bahawa sekalipun
Rasulullah SAW itu merupakan manusia yang paling bertaqwa dan
takutkan Allah SWT, namun Baginda tetap menjalani kehidupan
sebagaimana manusia biasa seperti makan minum, berkahwin dan
tidur malam. Ini bermakna sikap ghuluw atau melampau sehingga
memudaratkan diri apatah lagi jika dengan sengaja mendedahkan
diri kepada kemudaratan yang hampir pasti adalah bukan daripada
ajaran agama bahkan tiada kena mengena dengan agama Islam
amatlah ditegah.
38 AL-BAYAN - SIRI 13
Penutup
Kami tegaskan di sini bahawa pengambilan
vaksin seperti yang kami katakan telah menjadi
kesepakatan para ulama’, akan betapa penting
dan perlunya untuk diambil, sama ada fatwa
badan-badan berautoriti atau tokoh-tokoh
ulama’ yang telah kami nyatakan dalam buku
kami Pengambilan Vaksin Covid-19: Hukum
dan Permasalahannya (2021) dan Isu dan
Persoalan Vaksin Covid-19: Inilah Jawapannya.
Kami juga mendapati ramai tokoh ulama’ telah
mengambil vaksin. Justeru, hal seperti ini
sebagai ikhtiar dan usaha untuk sama-sama
kita hayati dan terus memberi kepercayaan
kepada pihak kerajaan untuk menerima pakai
vaksin. Insya Allah, Allah kurniakan kepada kita
kesihatan yang baik dan afiyat sebagaimana
yang selalu kita doa:
. َوا ْر َح ْم َم ْو َتا َنا، َو َعا ِف ُم ْب َت َلا َنا، ال َّل ُه َّم ا ْش ِف َم ْر َضا َنا
Maksudnya: “Ya Allah! Sembuhkanlah orang sakit di kalangan
kami. Sembuhkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan
rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.”
Semoga pandemik Covid-19 berarak dan berlalu pergi daripada
kamus kehidupan kita.
AL-BAYAN - SIRI 13 39
AL-BAYAN - SIRI 13 41
AL-BAYAN - SIRI 13 43
44 AL-BAYAN - SIRI 13